8
Tanggungjawab Penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks 1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks 1.1 Taklimat untuk guru kelas 1.2 Pembahagian tugas pertadbiran 1.2.1 buku stok (Mengikut kelas) 1.2.2 pengedaran / pengumpulan 1.2.3 buku rosak / hilang 2. Borang permohonan SPBT 2.1 Mengedarkan borang kepada setiap pelajar. 2.2 Borang yang lengkap dikumpul oleh guru darjah dan diberi kepada guru SPBT. 3. Membuat pesanan buku 3.1 Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks. 3.2 Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya. 3.3 Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual. 4. Pengedaran 4.1 Mengedarkan mengikut Kelas. 4.2 Menentukan tarikh pengedaran. 4.3 Mengesan kelancaran pengedaran. 4.4 Mendapatkan borang dari palajar yang baru masuk / bertukar sekolah. 4.5 Mengedarkan buku kepada pelajar-pelajar yang baru masuk. 4.6 Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah pelajar yang bertukar. 4.7 Memastikan guru Kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua pelajar. 4.8 Memastikan semua guru Kelas telah melengkapkan borang pinjaman SPBT / borang G mengikut jadual. 5. Pengurusan Rekod dan Dokumen 5.1 Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis. 5.2 Rekod buku stok yang kemaskini (Mengikut Kelas). 5.3 Senarai tugas guru - pengedaran / pengumpulan. 5.4 Menyimpan rekod buku, hapuskira, rosak, hilang. 6. Pengurusan Keselamatan Buku

10. Tanggungfjawab Ajk Hem 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tanggungjawab Hem

Citation preview

Page 1: 10. Tanggungfjawab Ajk Hem 2014

Tanggungjawab Penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks

1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks 1.1 Taklimat untuk guru kelas1.2 Pembahagian tugas pertadbiran 1.2.1 buku stok (Mengikut kelas) 1.2.2 pengedaran / pengumpulan 1.2.3 buku rosak / hilang

2. Borang permohonan SPBT2.1 Mengedarkan borang kepada setiap pelajar.2.2 Borang yang lengkap dikumpul oleh guru darjah dan diberi kepada guru SPBT.

3. Membuat pesanan buku3.1 Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.3.2 Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya.3.3 Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.

4. Pengedaran4.1 Mengedarkan mengikut Kelas.4.2 Menentukan tarikh pengedaran.4.3 Mengesan kelancaran pengedaran.4.4 Mendapatkan borang dari palajar yang baru masuk / bertukar sekolah.4.5 Mengedarkan buku kepada pelajar-pelajar yang baru masuk.4.6 Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah pelajar yang bertukar.4.7 Memastikan guru Kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua pelajar.4.8 Memastikan semua guru Kelas telah melengkapkan borang pinjaman SPBT / borang G mengikut jadual.

5. Pengurusan Rekod dan Dokumen5.1 Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis.5.2 Rekod buku stok yang kemaskini (Mengikut Kelas).5.3 Senarai tugas guru - pengedaran / pengumpulan.5.4 Menyimpan rekod buku, hapuskira, rosak, hilang.

6. Pengurusan Keselamatan Buku6.1 Memastikan ada bilik khas SPBT dan mengurus bilik SPBT.6.2 Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT.6.3 Peraturan mengedarkan buku ke sekolah lain.6.4 Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut Plastik.

7. Pengurusan Pemulangan SPBT7.1 Menentukan tarikh pemulangan mengikut Kelas.7.2 Melaporkan kepada Guru Besar / GPK HEM tentang proses pemulangan.

8. Pengurusan Stok dan Inventori8.1 Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan.8.2 Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.8.3 Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat.8.4 Mengemaskinikan inventori SPBT.8.5 Mengisi borang maklumat kekurangan / kelebihan buku ke PPD

Tanggungjawab Penyelaras Rancangan Makanan Tambahan & Pro gram Susu

Page 2: 10. Tanggungfjawab Ajk Hem 2014

1. Mengadakan perjanjian dengan pengurus kantin.

2. Mengadakan pemilihan murid untuk RMT / PSS.

3. Menyediakan rekod yang berkaitan dengan RMT / PSS.

4. Mencatat berat dan tinggi murid pada awal dan akhir tahun.

5. Mengawasi murid ketika makan.

6. Menyediakan laporan RMT pada pertengahan dan akhir tahun.

7. Mengedar susu kepada murid-murid yang terlibat dengan PSS.

Tanggungjawab Guru Disiplin

1. Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah.

2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.

3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasa dan dipatuhi.

4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar.

5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.

6. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga dalam menangani masalah disiplin.

7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sekolah di kalangan pelajar dan guru.

8. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin / buku laporan disiplin.

9. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM seminggu sekali.

10. Menghantar laporan salahlaku murid ke PPD pada pertengahan bulan.

Tanggungjawab Guru Lembaga Pengawas

1. Menyediakan peraturan-peraturan sekolah.

2. Menguatkuatkuasakan peraturan-peraturan sekolah.

Page 3: 10. Tanggungfjawab Ajk Hem 2014

3. Mengawasi disiplin murid.

4. Mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap murid yang melanggar peraturan sekolah dan peraturan perpustakaan.

5. Menyimpan ekod tindakan disiplin dan laporan berkenaan.

6. Menentukan penerapan dan amalan nilai-nilai murni.

7. Menyemak buku laporan setiap ahli pengawas dan ambil tindakan segara.

8. Mengelolakan mesyuarat pengawas-pengawas sekolah.

9. Berhubung dengan guru bimbingan untuk mengatasi masalah murid.

Tanggungjawab Guru Bertugas Harian / Mingguan

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.

2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu dan kipas / tiangkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.

3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belarjar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.

4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekalah.

5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.

6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah.

7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon.

8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa petukaran guru.

9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barana-barang.

10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.

11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.

12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:12.1 kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan12.2 pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit12.3 lawatan-lawatan/pelawat12.4 ucapan/pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan

Page 4: 10. Tanggungfjawab Ajk Hem 2014

12.5 laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimupunan.

13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.

14. Perhimpunan14.1 Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan.14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan.14.3 Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.

Tanggungjawab Guru Kantin Sekolah

1. Memastikan makanan yang dijual sesuai dari segi pemakanan dan kebersihan.

2. Tentukan makanan yang dijual mengikut menu tawaran dan perjanjian.

3. Pastikan ada tanda harga makanan mengikut tawaran /perjanjian.

4. Pastikan tidak ada barang larangan yang dijual terutama makanan ringan.

5. Ambil tindakan segera jika berlaku keracunan makanan.

6. Mengawasi kebersihan kantin dari semasa ke semasa.

7. Membantu guru bertugas harian semasa waktu rehat di kantin.

8. Memberi cadangan yang membina kepada pihak pengurusan kantin.

9. Pastikan pengurus dan pekerja kantin telah mendapat suntikan pelalian penyakit berjangkit.

10. Menyelia kebersihan kawasan kantin dan mengisikan borang kawalan keadaan kantin sekolah.

Tanggungjawab Penyelaras K ebersihan , Kesihatan Dan Keselamatan

1. Memantau tugas-tugas yang dilaksanakan oleh kontrak pembersihan untuk mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah.

2. Merancang dan melaksanakan program kebersihan dan keceriaan sepanjang tahun.

3. Memastikan tiada tempat biak Aedes.

4. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi.

5. Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas.

6. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan Kesihatan.

Page 5: 10. Tanggungfjawab Ajk Hem 2014

7. Merancang dan melaksanakan program kesihatan.

8. Menguruskan pelajar yang memerlukan rawatan.

9. Merancang dan melaksanaankan program keselamatan sepanjang tahun.

10. Mengelolakan latihan kebakaran dan kecemasan lain.

11. Bertindak dengan cepat terhadap murid yang ditimpa kemalangan.

12. Memastikan semua suis, alat elektrik dan pendawaian selamat.

Tanggungjawab Penyelaras Pencegahan Jenayah

1. Merancang, memantau dan menilai program atau aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah.

2. Memberikan khidmat nasihat dalam pelaksanaan aktiviti kepada Kelab Pencegahan Jenayah.

3. Menyediakan dan menghantar laporan tahunan Kelab Pencegahan Jenayah kepada Jawatankuasa Peringkat Daerah pada akhir bulan Oktober setiap tahun.

Tanggungjawab Penyelaras Pencegahan Dadah

1. Merancang, memantau dan menilai program atau aktiviti Pencegahan Dadah.

2. Memberikan khidmat nasihat dalam pelaksanaan aktiviti kepada pelaksanaan aktiviti kepada pelaksanaan aktiviti Pencegahan Dadah.

3. Menyediakan dan menghantar laporan tahunan Kelab Pencegahan Dadah kepada Jawatankuasa Peringkat Daerah pada akhir bulan Oktober setiap tahun.