17
11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat Sekolah Menengah Aslina Ahmad Abstrak Kajian ini mengkaji tentang keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat Sekolah Menengah yang dijalankan pada tahun 2002. Kajian ini merupakan kajian perbandingan dapatan tahap pengetahuan, sikap terhadap dadah dan konsep kendiri dan menggunakan reka bentuk kajian deskriptif untuk memperihalkan kedudukan pertandingan dan ex-post facto pula melihat kesan kepada penglibatan pelajar di dalam pertandingan tersebut. Seramai 141 orang responden di kalangan para peserta dan bukan peserta Pertandingan Seni Jauhi Dadah peringkat kebangsaan terlibat dalam kajian ini. Ujian-T yang digunakan menunjukkan tiada perbezaan dapatan antara responden peserta pertandingan dan responden yang bukan peserta pertandingan bagi ketiga-tiga variabel yang dikaji. Latar Belakang Kajian Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara sejak 20 tahun yang lalu dan ini memberi impak bahawa kerajaan sememangnya memandang serius akan permasalahan ini sejak dahulu lagi. Kini pada 21 Januari 2003, masalah ini cuba dibendung dengan kempen Perangi Dadah Habis-habisan. Permasalahan ini semakin meruncing dengan dapatan statistik tentang penagih yang dikesan setiap tahun. Menurut YAB Dato’ Seri Abdullah b. Hj. Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di majlis pembukaan “Global Conference on Drug Abuse Prevention” pada 13 Mei 2002, sejumlah 31,556 penagih dadah yang kebanyakannya terdiri daripada pemuda-pemudi dalam usia 15 hingga 39 tahun telah dapat dikesan pada tahun tersebut. Statistik Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) pula menunjukkan pertambahan 5% penagih yang dikesan pada tempoh suku tahun pertama 2003 dengan catatan penagih paling ramai di Pulau Pinang (1,886) diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,237). Profil penagih juga

11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

11Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah

Peringkat Sekolah Menengah

Aslina Ahmad

Abstrak

Kajian ini mengkaji tentang keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat Sekolah Menengah yang dijalankan pada tahun 2002. Kajian ini merupakan kajian perbandingan dapatan tahap pengetahuan, sikap terhadap dadah dan konsep kendiri dan menggunakan reka bentuk kajian deskriptif untuk memperihalkan kedudukan pertandingan dan ex-post facto pula melihat kesan kepada penglibatan pelajar di dalam pertandingan tersebut. Seramai 141 orang responden di kalangan para peserta dan bukan peserta Pertandingan Seni Jauhi Dadah peringkat kebangsaan terlibat dalam kajian ini. Ujian-T yang digunakan menunjukkan tiada perbezaan dapatan antara responden peserta pertandingan dan responden yang bukan peserta pertandingan bagi ketiga-tiga variabel yang dikaji.

Latar Belakang Kajian

Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara sejak 20 tahun yang lalu dan ini memberi impak bahawa kerajaan sememangnya memandang serius akan permasalahan ini sejak dahulu lagi. Kini pada 21 Januari 2003, masalah ini cuba dibendung dengan kempen Perangi Dadah Habis-habisan. Permasalahan ini semakin meruncing dengan dapatan statistik tentang penagih yang dikesan setiap tahun. Menurut YAB Dato’ Seri Abdullah b. Hj. Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di majlis pembukaan “Global Conference on Drug Abuse Prevention” pada 13 Mei 2002, sejumlah 31,556 penagih dadah yang kebanyakannya terdiri daripada pemuda-pemudi dalam usia 15 hingga 39 tahun telah dapat dikesan pada tahun tersebut. Statistik Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) pula menunjukkan pertambahan 5% penagih yang dikesan pada tempoh suku tahun pertama 2003 dengan catatan penagih paling ramai di Pulau Pinang (1,886) diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,237). Profil penagih juga

Page 2: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat Sekolah Menengah /1 5 3

mendapati 99.1% adalah lelaki, 75.6% Melayu dan 77.2% adalah daripada golongan remaja dan belia. Dari sudut taraf pendidikan pula, 79.1% berpendidikan hingga ke sekolah menengah iaitu sehingga tamat tingkatan tiga. Pengaruh kawan merupakan faktor utama punca keterlibatan dengan dadah (51.0%).

Dalam kajian Hanson, Venturelli, Fleckenstein, (2000) tentang perbandingan penggunaan dadah di kalangan jantina menunjukkan penggunaan ganja setiap hari adalah lelaki (5.2%) berbanding perempuan (2.1%). Manakala pengambilan alkohol pula menunjukkan peratusan lelaki sebanyak 6.8% dan perempuan 1.9 %.

Kajian ADK pada tahun 1997 menunjukkan pengaruh rakan sebaya sebagai pengaruh paling kuat (47.6%) diikuti oleh perasaan ingin tahu (29.4%) dan keseronokan (15.9%). Dapatan yang sama turut dikesan oleh ADK pada tahun 2001 iaitu pengaruh rakan sebagai faktor tertinggi (48.3%) diikuti perasaan ingin tahu (27.3%) dan keseronokan (18.3%).

Dapatan di Negeri Sembilan bagi kes pertama seorang pelajar perempuan yang telah didapati positif mengambil dadah baru-baru ini amat membimbangkan. Laporan ini telah disahkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pada 21 Mei 2002 dalam kenyataan akhbarnya. Pada 2 Mei 2001 pula, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad turut mendedahkan keterlibatan pelajar yang didapati menagih dadah di Negeri Sembilan; lapan daripada 12 orang adalah pelajar tingkatan 5 manakala empat yang lain adalah daripada tingkatan 4.

Pernyataan M asalah

Pelbagai program telah dirancang bagi mencegah gejala ini merebak meliputi aspek pengetahuan, kemahiran psikososial dan keibubapaan. Usaha murni ini melibatkan pelbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian dalam Negeri dan pihak penguat kuasa. ADK di bawah Kementerian dalam Negeri dalam laporan akhbar Utusan Malaysia, 28 Julai 2003 akan menggerakkan program baru, Rakan ADK bersama masyarakat setempat di seluruh negara sebagai usaha untuk menyedarkan orang ramai tentang langkah pencegahan dadah mulai tahun 2003.

Selain daripada itu, Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) juga digubal khas untuk kumpulan sasaran pelajar sekolah rendah. Manakala di peringkat sekolah menengah pula penyisipan tentang bahaya dadah im disampaikan dalam kurikulum serta aktiviti kokurikulum.

Salah satu daripada aktiviti Kementerian Pendidikan adalah dengan menganjurkan pertandingan pendidikan dan pencegahan dadah yang dikenali sebagai Pertandingan Seni Jauhi Dadah di peringkat sekolah. Pertandingan ini berfokuskan kepada penyampaian maklumat, penyampaian nilai, meningkatkan konsep kendiri dan penawaran aktiviti alternatif nntuk pelajar. Setiap peserta akan meningkatkan pengetahuan tentang dadah dan bahayanya kepada kehidupan seseorang. Selain daripada itu, para peserta akan dapat meningkatkan konsep

Page 3: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

154 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

kendiri dan sikap yang negatif terhadap penyalahgunaan dadah dan akan dapat mencegah penglibatan dadah di kalangan peserta. Semua aspek ini akan dilakukan sebelum pertandingan. Sebagai contoh, semua bentuk pertandingan yang dianjurkan, para pelajar akan diminta untuk menyelidik tentang dadah dan kesannya kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara untuk dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti sebutan yang berbentuk nyanyian iaitu Dikir Barat dan Nasyid atau pendeklamasian iaitu Deklamasi Sajak. Persembahan yang dipertandingkan hasil daripada kerja tangan pula adalah melalui Pertandingan Buku Skrap dan Melukis Poster. Segala bentuk persembahan yang dibuat akan memaparkan tentang bahaya dadah dan ini adalah salah satu cara menyeru diri peserta dan rakan-rakan lain agar menjauhi diri daripada dadah.

Program pendidikan dan pencegahan dadah adalah penting untuk dinilai (Kelsios Lee, 2002). Justeru itu, kajian ini akan menilai keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah yang dianjurkan daripada aspek pengetahuan pelajar tentang bahaya dadah, sikap peserta terhadap dadah, konsep kendiri dan penglibatan pelajar dengan dadah. Adakah pendekatan melalui pertandingan ini berjaya mencapai tujuan mencegah pelajar daripada menggunakan dadah? Kajian menilai keberkesanan pertandingan ini akan dilaksanakan dengan membandingkan dapatan peserta pertandingan dengan dapatan pelajar yang tidak menyertai pertandingan terhadap aspek pengetahuan, sikap dan konsep kendiri.

Konsep kendiri penting kerana ia merupakan salah satu faktor protektif terhadap penyalahgunaan dadah. Menurut kajian yang dijalankan oleh Mahmood Nazar pada tahun 1992 terhadap penagih dadah mendapati bahawa pengukuran harga diri dan mekanisme bela diri boleh bertindak sebagai indikator yang baik bagi meneliti perubahan psikologi penagih dadah ke arah normal. Masalah psikologi iaitu konsep kendiri yang rendah, malas berfikir dan tidak mempedulikan orang lain adalah antara faktor keterlibatan semula penagih (Md. Shuaib, 1992).

Intensiti dan impak dadah semakin buruk apabila telah disalahgunakan bukan sahaja dari segi narkotik sejati iaitu dadah asli tetapi kini semakin menular dadah sintetik yang diperbuat di makmal. Contoh terbaru dalam laporan akhbar Utusan Malaysia, 27 Januari 2003 bagi dadah sintetik adalah ectasy, dadah berbentuk halusinogen yang merupakan dadah daripada bahan kimia semata-mata. Kegiatan menghidu gam juga dikhuatiri menular kepada golongan remaja. Laporan polis di Perak menunjukkan golongan yang terlibat adalah remaja dan kanak-kanak berusia antara 10-18 tahun (Haslina, Julai 2002).

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah peringkat sekolah menengah daripada aspek pengetahuan, sikap peserta terhadap

Page 4: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat Sekolah Menengah / 155

dadah serta konsep kendiri para peserta pertandingan. Kajian akan membandingkan dapatan daripada responden peserta pertandingan dan responden pelajar yang tidak menyerta, pertandingan. Secara khususnya kajian ini mempunyai objektif utama iaitu:

a. M embandingkan tahap pengetahuan tentang dadah di kalangan responden pelajar yang tidak menyertai pertandingan dengan responden pelajar yang menyertai pertandingan Seni Jauhi Dadah.

b. Membandingkan tahap sikap responden pelajar yang tidak menyertai pertandingan dengan responden pelajar yang menyertai pertandingan Seni Jauhi Dadah.

c. Membandingkan konsep kendiri di kalangan responden pelajar yang tidak menyertai pertandingan dengan responden pelajar yang menyertai pertandingan Seni Jauhi Dadah.

Kajian Lampau

Menurut laporan NIDA (2002), program pencegahan seharusnya mengukuhkan faktor proktektif dan mengurangkan faktor berisiko. Program pencegahan ini perlu menitikberatkan program yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran dan tahap perkembangan diri individu tersebut. Program pencegahan ini hendaklah menyasar kepada semua jenis dadah dan tidak hanya berfokus kepada dadah tertentu. Program perlulah juga dikendalikan dengan kepekaan budaya agar program ini akan dapat memberi impak yang lebih tinggi. Pengulangan program seumpama ini adalah perlu agar memperolehi kesan jangka masa panjang. Adalah disarankan agar komponen ibu bapa atau penjaga juga turut dimasukkan.

Kajian NIDA juga menyarankan kepentingan faktor protektif seperti jalinan mesra keluarga, peraturan keluarga yang jelas dan konsisten, penglibatan ibu bapa dalam hidup anak-anak dan prestasi akademik yang baik di sekolah. Faktor berisiko pula meliputi mempunyai keluarga yang mengalami gangguan mental, kurang pertautan dengan keluarga, tiada kawalan keluarga, inefektif parenting, tidak menunjukkan prestasi akademik yang baik di sekolah, mempunyai kemahiran sosial yang lemah dan berkawan dengan rakan yang terlibat dengan perlakuan devian. Pelajar berisiko ini juga mengganggap dan mempersepsikan penggunaan dadah diterima oleh rakan, sekolah dan komuniti.

Melihat daripada dapatan ini, pelbagai program telah dibentuk untuk mencegah penyalahgunaan dadah. Program pendidikan dan pencegahan pula perlu mengambil kira aspek penyampaian maklumat tentang dadah, penegasan aspek nilai, penentuan matlamat, peningkatan konsep kendiri, kemahiran menolak pelawaan negatif, kemahiran membuat keputusan, pengendalian tekanan, latihan kemahiran hidup, penghuluran bantuan dan penawaran aktiviti alternatif. (Hansen, 1992). School system generally combine two approaches to preventing

Page 5: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

156 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

drug abuse; one emphasize on discipline , another is education-instruct students about drugs and helping them develop skills and attitudes that will keep them away from drugs (Lachance, 1985).

Terdapat pelbagai strategi yang digunakan bagi menghindari golongan remaja daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Namun beberapa strategi seperti teknik didaktik atau menakutkan, memberi maklumat sahaja tentang dadah dan kesannya, membina konsep kendiri, penjelasan nilai, penggunaan kelompok besar tidak dapat menunjukkan kesan yang efektif terhadap matlamat program ini (Tobler & Straton, 1997). Teknik interaktif disarankan dengan mempelbagaikan beberapa metodologi pengajaran dan pembelajaran seperti main peranan, simulasi, brainstorming, aktiviti kelompok kecil, pembelajaran koperatif, perbincangan dan projek pembelajaran (Bosworty & Sailes., 1993 dalam Bosworty & Kris., 1997; Paglia, A. & Room., R., 1998). Selain daripada itu, pendekatan program seharusnya fleksibel dan perlu menghindari tekanan kurikulum dan peperiksaan (Lloyd, Joyce, R., Hurry, J., & Ashton, M., 2000).

Daripada kajian Hansen, W pada tahun 1992 bagi program pencegahan mendapati bahawa pengetahuan nilai mencapai tahap neutral sebanyak 40%, manakala program afektif mencapai tahap positif sebanyak 40% dan pengaruh sosial menunjukkan tahap positif yang jauh lebih tinggi iaitu 63%. Hansen menyarankan agar program pendidikan dan pencegahan dadah seharusnya meliputi pelbagai komponen dan menggunakan multipendekatan. Pengaruh sosial merupakan pengaruh terbesar, namun Hansen tidak menafikan kepentingan program pengetahuan. Dengan kata lain, program ini tidak akan mencapai objektifnya tanpa kehadiran pendekatan yang lain.

Program berbentuk interaktif mempunyai kesan 7 kali ganda terhadap sikap dibandingkan dengan non-interaktif. Selain itu, kelompok kecil adalah lebih efektif memandangkan penglibatan semua ahli adalah lebih digalakkan. Metod penyampaian juga memainkan peranan penting dalam keefektifan penyampaian maklumat tersebut. (Tobler, Lessard, Marshall, Ochshorn, & Roona, 1999).

Melalui kajian Begum Mumtaz Mughal (2002), kurangnya informasi tentang dadah untuk jangka masa panjang dan jangka masa pendek, kurangnya aktiviti rekreasi, sukan dan kebudayaan di sekolah menyebabkan kecenderungan pelajar terlibat dengan dadah.

PEMADAM juga telah menyediakan pelan lima tahun rancangan membasmi dadah yang kini memberi tumpuan kepada kaum wanita; kaum yang diharapkan dapat menyedarkan keluarga daripada terjebak dengan dadah. Selain daripada itu juga, PEMADAM juga mahu mendekati pelajar sekolah dengan sasaran lebih sejuta pelajar akan menyertai program Sahabat PEMADAM. Timbalan Yang DiPertua PEMADAM, Datuk Idris Ibrahim menyatakan bahawa PEMADAM telah menggubal peraturannya dengan melantik semua Pegawai Daerah di seluruh negara sebagai pengerusi PEMADAM peringkat daerah (Rozilan Salleh, 2003).

Page 6: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat Sekolah Menengah /1 5 7

Menurut Ernett, dalam Zicker, (2003) menyatakan bahawa kandungan perlu disampaikan secara efektif oleh instruktor atau guru yang melibatkan pelajar secara aktif melalui main peranan dan aktiviti interaktif lain.

Kerangka Teori

Kerangka model keberkesanan pertandingan adalah seperti berikut:

Pengetahuan tentang dadah Keberkesanan . „ , . , , ,- Sikap tentang dadah pertandingan t , . . . .e Konsep kendiri

_ , Responden peserta pertandinganPerbandingan

Car Responden bukan peserta pertandingan

Hipotesis

Hipotesis yang dikaji dalam penyelidikan ini adalah:

1. Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan antara responden pelajar yang menyertai Pertandingan Seni Jauhi Dadah dengan responden pelajar yang tidak menyertai Pertandingan Seni Jauhi Dadah.

2. Terdapat perbezaan sikap responden pelajar yang menyertai Pertandingan Seni Jauhi Dadah dengan responden pelajar yang tidak menyertai Pertandingan Seni Jauhi Dadah.

3. Terdapat perbezaan tahap konsep kendiri responden pelajar yang menyertai Pertandingan Seni Jauhi Dadah dengan responden pelajar yang tidak menyertai Pertandingan Seni Jauhi Dadah

Batasan Kajian

Kajian ini hanya meliputi salah satu program pendidikan dan pencegahan dadah iaitu pertandingan Seni Jauhi Dadah peringkat sekolah menengah. Oleh itu, kumpulan sasaran adalah hanya merangkumi pelajar yang berada dalam usia 13 hingga 18 tahun.

Selain daripada itu juga, kajian ini tidak dapat mengawal faktor penyumbang bagi dapatan kajian seperti faktor sampingan lain yang turut mempengaruhi tahap pengetahuan responden. Contohnya, maklumat tentang dadah dan bahayanya yang turut diperolehi daripada sumber lain. Begitu juga dengan dapatan sikap dan konsep kendiri. Responden tidak dapat dikawal sepenuhnya daripada pengaruh variabel yang lain.

Page 7: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

158 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Reka bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan reka bentuk kajian deskriptif untuk memperihalkan kedudukan pertandingan dan ex-post facto pula bagi melihat kesan kepada penglibatan pelajar dalam pertandingan tersebut. Data dianalisa mengikut persoalan kajian dan hipotesis yang dibentuk diuji bagi melihat perbezaan dapatan.

Populasi Kajian

Responden yang dipilih secara rawak daripada semua kontigen negeri adalah daripada kalangan para peserta dan bukan peserta pertandingan Seni Jauhi Dadah peringkat kebangsaan. Pertandingan ini akan diadakan pada 9-12 September 2002 di Laman Budaya, Shah Alam dan dipengerusikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Pemilihan responden dilakukan oleh Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah Negeri. Setiap negeri telah dibekalkan sebanyak 12 borang bagi responden peserta pertandingan Seni Jauhi Dadah peringkat kebangsaan bagi tahun 2002. Sebanyak 12 borang diperuntukkan bagi responden bukan peserta pertandingan yang merupakan pelajar sekolah menengah dan tidak terlibat dengan pertandingan tersebut.

Seramai 67 orang responden pertandingan 73 orang responden bukan responden peserta pertandingan telah memulangkan kertas soal selidik kepada penyelidik. Manakala seorang responden tidak melengkapkan borang soal selidik yang diserahkan. Responden yang paling ramai memulangkan borang soal selidik ini adalah dari Pulau Pinang seramai 28 orang diikuti oleh Wilayah Persekutuan Labuan seramai 21 orang. Berikut adalah populasi kajian mengikut negeri:

Responden yang paling ramai terlibat adalah daripada acara nasyid diikuti dengan dikir barat.

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan dua set soal selidik, iaitu untuk pelajar yang menyertai pertandingan dan peserta pertandingan. Soal selidik ini telah diubah suai daripada Prevention Program Survey, Prince George’s County dan beberapa soal selidik berkaitan dengan dadah yang telah diubah suai oleh Mohd Muzafar Syah. Setiap soal selidik menyentuh aspek berikut:

a. Biodata respondenb. Pengetahuan tentang dadahc. Sikap tentang dadahd. Konsep kendiri

Page 8: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat Sekolah Menengah /1 5 9

Jadual 1: Bilangan responden yang memulangkan borang mengikut negeri

Bil. Negeri Jumlah

1. Perlis 10

2. Kedah 10

3. Perak 03

4. Pulau Pinang 28

5. Selangor 06

6. Wilayah Persekutuan 15

7. Negeri Sembilan 15

8 Johor 01

9. Terengganu 01

10. Kelantan 07

11. Pahang 04

12. Sabah 04

13. Sarawak 02

14. Wilayah Persekutuan Labuan 21

15. Tidak dinyatakan 14

Jumlah Keseluruhan 141

Jadual 2: Bilangan responden mengikut jenis pertandingan yang disertai sebelumdan pada tahun 2002

Bentuk pertandingan Sebelum tahun 2002 Tahun 2002

N % N %

Dikir Barat 7 11.7 5 9.6

Nasyid 34 56.7 36 69.2

Kuiz 1 1.7 1 1.9

Melukis Poster 3 5.0 2 3.8

Mendeklamasi Sajak 5 8.3 3 5.8

Pertandingan Buku Skrap 2 3.3 1 1.9

Lain-lain (Tidak dinyatakan) 8 13.4 47 '7

Pengumpulan Data

Pemilihan responden dilakukan oleh Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah Negeri. Edaran soal selidik ini telah dilakukan dalam salah sebuah mesyuarat yang

Page 9: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

160 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

dijalankan pada Oktober 2002 dengan kerjasama Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah Negeri Selangor, Mohamad Ghazali Hamzah. Panduan memilih responden dan mengisi borang serta sampul bagi pemulangan soal selidik telah disertakan bersama. Responden telah diminta mengisi borang tersebut dan memulangkan semula soal selidik tersebut kepada penyelidik melalui pos.

Penganalisisan Data

Soal selidik yang lengkap diisi mengikut arahan yang ditetapkan akan diproses dan dikodkan dan dianalisis dengan komputer menggunakan program SPSS. Analisa data dalam kajian ini melibatkan statistik deskriptif, Penyelidik akan menggunakan kaedah ujian-T untuk melihat perbezaan dapatan antara responden peserta pertandingan dan responden yang bukan peserta pertandingan. Hipotesis- hipotesis kajian ini diuji tahap signifikannya pada aras keyakinan k < .05.

Dapatan Kajian

Dapatan seperti dalam Jadual 1 tentang taburan responden mengikut negeri perbandingan antara negeri tidak dapat dilakukan memandangkan terdapat bilangan responden yang hanya meliputi satu responden sahaja. Bilangan ini tidak sahih untuk diambil bagi mewakili semua pelajar di negeri tersebut bagi melihat semua variabel yang dinyatakan.

Begitu juga variabel jenis pertandingan yang dominan mempengaruhi pengetahuan, sikap -dan konsep kendiri di kalangan peserta pertandingan tidak dapat dijalankan memandangkan bilangan yang menjadi responden bagi kategori tersebut terlalu sedikit dan tidak dapat mewakili keseluruhan peserta pertandingan bagi setiap kategori.

Persoalan kajian:

(i) Terdapat perbezaan tahap pengetahuan tentang dadah antara responden pelajar yang tidak menyertai pertandingan dengan responden pelajar yang menjadi peserta pertandingan.

Keputusan ujian-t bagi tahap pengetahuan antara responden yang tidak menyertai pertandingan dengan responden yang menyertai pertandingan ditunjukkan dalam Jadual 3. Skor min bagi bukan peserta pertandingan adalah lebih tinggi daripada peserta pertandingan. Dapatan daripada analisa data pada p < 0.05 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan responden pelajar yang tidak menyertai pertandingan tentang dadah dengan responden pelajar yang menjadi peserta pertandingan.

Page 10: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat Sekolah Menengah /161

Jadual 3: Ujian-t bagi membandingkan tahap pengetahuan antara responden peserta dan bukan peserta pertandingan

Responden N Min Std Dev Sig.

Peserta pertandingan 67 1.41 0.19 0.12

Bukan peserta pertandingan 73 1.51 0.23

(ii) Terdapat perbezaan sikap antara responden pelajar yang tidak menyertai pertandingan dengan responden pelajar yang menjadi peserta pertandingan.

Daripada dapatan ini, tahap sikap responden pelajar yang tidak menyertai pertandingan tentang dadah dengan responden pelajar yang menjadi peserta pertandingan adalah tidak signifikan. Skor min bagi responden bukan peserta adalah lebih tinggi.

Jadual 4: Ujian-t bagi membandingkan sikap antara responden peserta dan bukan peserta pertandingan

Responden N Min Std Dev Sig.

Peserta pertandingan 67 1.56 0.32 0.14

Bukan peserta pertandingan 73 1.67 0.41

(iii) Terdapat perbezaan tahap konsep kendiri responden pelajar yang tidak menyertai pertandingan dengan responden pelajar yang menjadi peserta pertandingan.

Hasil analisa menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap konsep kendiri responden pelajar yang tidak menyertai pertandingan dengan responden pelajar yang menjadi peserta pertandingan. Analisa dalam jadual 5 menunjukkan skor min bagi peserta bukan pertandingan (2.07) adalah lebih tinggi daripada peserta pertandingan.

Jadual 5: Ujian-t bagi membandingkan tahap konsep kendiri antara responden peserta dan bukan peserta pertandingan

Responden N Min Std Dev Sig.

Peserta pertandingan 67 1.97 0.29 0.85

Bukan peserta pertandingan 73 2.07 0.29

Page 11: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

162 / Menanggapi Keberkesanan clan Perubahan

(iv) Dapatan maklumat tentang dadah.

Analisa data menggunakan taburan frekuensi menunjukkan maklumat paling banyak diperolehi oleh responden pelajar adalah daripada TV untuk rokok, alkohol, hidu gam atau gas, ectasy, ubat batuk dan lain-lain jenis dadah. Manakala daripada bahan bacaan, maklumat paling banyak diperolehi untuk heroin dan ganja.

Bagi sumber kedua yang paling banyak diperolehi untuk rokok adalah rakan-rakan. Bagi alkohol, hidu gam atau gas, ectasy, ubat batuk dan lain-lain jenis dadah, maklumat diperolehi daripada bahan bacaan. Daripada dapatan, sumber kedua yang paling banyak diperolehi tentang heroin dan ganja adalah juga daripada TV.

Dengan erti kata lain, dua sumber yang memainkan peranan penting dalam pemberian maklumat tentang dadah adalah media massa iaitu TV dan bahan bacaan; dan bukannya daripada guru.

Jadual 6: Perolehan sumber maklumat responden tentang dadah (%)

Sumber Rokok Alkohol Heroin Ganja Hidu Ectasy Ubat batuk Lain-lain

TV 33.3 31.2 22.0 22.7 23.4 36.2 27.0 22.0

Bahan bacaan 19.9 27.7 25.5 27.0 19.1 18.4 19.9 17.0

Internet 1.4 5.0 2.8 4.3 2.8 7.8 7.8 7.1

Ibu bapa 7.1 ‘ 2.8 1.4 2.8 4.3 0.7 7.8 to bo

Guru 1.4 5.7 3.5 5,0 4.3 4.3 3.5 5.0

Rakan-rakan 28.4 11.3 12.1 14.9 22.7 15.6 19.9 9.9

Lain-lain 7.8 7.1 6.4 3.5 7.1 4.3 6.4 8.5

Tidak tahu 0.7 8.5 26.6 19.9 16.3 12.1 7.1 27.7

(v) Penglibatan responden dalam program pendidikan pencegahan dadah.

Merujuk Jadual 7, responden didapati paling ramai terlibat dalam pameran antidadah (87.2%), mendengar ceramah antidadah (85.1%) dan sering membaca buku tentang dadah (83%). Responden juga terlibat dalam Aktiviti Kesihatan (71.6%), Forum Antidadah (46.8%), 5~minit Anti Dadah (41.1%) dan menyertai Kem Waja Diri (31.2%). Aktiviti adalah mengganggotai Skim Lencana antidadah (16.3 %), dan menyertai lawatan ke Pusat Pemulihan dan Rawatan (15.6%).

Page 12: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat Sekolah Menengah / 163

Jadual 7: Penglibatan responden dalam program pendidikan pencegahan dadah

Bil. ProgramYa Tidak

N % N %

1. Mendengar Ceramah Anti Dadah 120 85.1 21 14.9

2. Melihat Pameran Anti Dadah 123 87.2 18 12.8

3. Forum Anti Dadah 66 46.8 75 53.2

4. Menyertai Kem Waja Diri 44 ' 31.2 97 68.8

5. Menjadi ahli Skim Lencana Anti Dadah 23 16.3 118 83.7

6. Mendengar penerangan 5 minit Anti Dadah 58 41.1 82 58.2

7. Membaca Buku Berkenaan Dadah 117 83.0 24 17.0

8. Lawatan ke Pusat Pemulihan & Rawatan 22 15.6 119 84.4

9. Menyertai Aktiviti Kesihatan 101 71.6 40 28.4

(vi) Dapatan aktiviti yang dijalankan bersama keluarga.

Daripada Jadual 8 di bawah, didapati responden banyak meluangkan masa bersama keluarga bagi aktiviti makan bersama (95.7%), menonton TV atau cakera padat (88.7%). Tidak kurang juga bagi mengerjakan amalan agama (76.6%), membeli belah (71.6%) dan bercuti (70.9%). Aktiviti yang turut melibatkan keluarga adalah beriadah (55.3%).

Jadual 8: Aktiviti bersama keluarga

Bil. AktivitiPernah Tidak

N % N %

1. Makan bersama 135 95.7 5 3.5

2. Menonton TV / Cakera Padat 125 88.7 15 10.6

3. Mengerjakan amalan agama 108 76.6 32 22.7

4. Membeli belah 101 71.6 39 27.7

5. Beriadah 78 55.3 62 44.0

6. Bercuti 100 70.9 40 28.4

Page 13: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

164 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

(vii) Dapatan jumlah jam yang dihabiskan di sekolah untuk aktiviti kokurikulum.

Responden turut melibatkan diri dalam tiga kegiatan kokurikulum d sekolah dan waktu yang paling banyak dihabiskan oleh responden dalam kaiian ini adalah melibatkan aktiviti sukan dan permainan yang melebihi 6 jam (12.9 %). Merujuk jadual 9, daripada sudut masa yang digunakan ■aitu 2 hingga 5 jam pula, peratus tertinggi adalah kepada aktiviti unit uniform sebanyak 42.6% (2-3 jam) dan 5.0% (4-5jam). Bagi aktiviti yang mengambil masa 1-2 jam sahaja, majoriti responden meluangkan masa untuk aktiviti persatuan dan kelab (46.1 %).

Jadual 9: Tempoh masa bagi penglibatan aktiviti kokurikulum di sekolah

Bil. Aktiviti Kokurikulum0-1 jam 2-3 jam 4-5 jam Melebihi 6 jam

N % N % N % N %

1. Sukan & Permainan 46 32.6 59 41.8 3 2.1 16 12.9

2. Persatuan dan Kelab 65 46.1 55 39.0 2 1.4 8 5.7

3. Unit Uniform 54 38.3 60 42.6 7 5.0 8 5.7

(viii) Jawatan yang dipegang di sekolah.

Jadual 10 menunjukkan majoriti responden tidak memegang sebarang jawatan; namun menjadi ahli bagi aktiviti di sekolah (46.1 %). Namun begitu, peratusan kedua tertinggi bagi responden kajian adalah ketua atau pemimpin sebanyak 34.8 %.

Jadual 10: Jawatan di sekolah

Jawatan N %

Ketua / Pemimpin 49 34.8

Penolong / Timbalan 14 9.9

AJK 8 5.7

Ahli 65 46.1

Perbincangan dan Cadangan

Kajian ini mendapati tahap pengetahuan responden pelajar yang tidak menyertai pertandingan tentang dadah dengan responden pelajar yang menjadi peserta

Page 14: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat Sekolah Menengah /1 6 5

pertandingan adalah tidak signifikan dengan aras 0.12. Dengan ini tiada perbezaan tahap pengetahuan tentang dadah di kalangan pelajar yang menjadi peserta kepada pertandingan seni jauhi dadah dibandingkan dengan tahap pengetahuan pelajar yang tidak menyertai pertandingan. Ini dapat dikenal pasti melalui dapatan daripada sumber perolehan maklumat tentang dadah daripada TV dan bahan bacaan serta rakan jika dibandingkan dengan sumber maklumat daripada guru atau sekolah.

Selain daripada itu juga, responden juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti pencegahan yang lain seperti pameran antidadah (87.2%), mendengar ceramah antidadah (85.1%) dan membaca buku tentang dadah (83 %). Responden juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti kesihatan (71.6%), forum antidadah (46.8%), mendengar 5 minit antidadah yang dijalankan di sekolah (41.1%) dan menyertai Kem Waja Diri (31.2%). Aktiviti lain adalah mengganggotai Skim Lencana Anti Dadah (16.3%), dan menyertai lawatan ke Pusat Pemulihan dan Rawatan (15.6 %).

Aktiviti-aktiviti yang tersenarai ini juga memainkan peranan yang penting ’ dalam pemberian maklumat tentang bahaya dadah dalam kehidupan seseorang dan juga melibatkan majoriti pelajar di sekolah terutamanya bagi program pameran, forum, ceramah dan aktiviti-aktiviti menjurus kepada kesihatan. Hal ini turut diakui secara lisan oleh kaunselor-kaunselor yang turut serta dalam pertandingan yang dianjurkan.

Tahap sikap dan konsep kendiri responden pelajar yang tidak menyertai pertandingan tentang dadah dengan responden pelajar yang menjadi peserta pertandingan adalah juga tidak signifikan. Ini menunjukkan yang tiada perbezaan antara tahap sikap dan konsep kendiri bagi dua kumpulan responden ini.

Daripada biodata yang diperolehi dalam Jadual 10, didapati sebanyak 34.8% responden merupakan pemimpin atau ketua di sekolah. Pelajar yang mempunyai jawatan mempunyai konsep kendiri yang tinggi dan mempunyai perasaan positif terhadap sekolah seperti menyayangi sekolah dan guru; sentiasa gembira untuk berada di sekolah.

Dengan penglibatan keluarga dalam kehidupan diri responden kajian akan turut memberi kesan kepada dapatan kajian. Merujuk jadual 8, didapati responden banyak meluangkan masa bersama keluarga bagi aktiviti makan bersama (95.7%), menonton TV atau cakera padat (88.7%). Amalan agama (76.6%), membeli belah (71.6%) dan bercuti (70.9%) juga turut dilakukan bersama.

Melalui dapatan ini, responden mengetahui adanya tempat untuk mengadu dan persekitaran sedemikian menyebabkan responden mempunyai konsep kendin yang positif dan sikap negatif terhadap dadah. Dalam kajian NIDA juga turut menyatakan bahawa ibu bapa yang penyayang dan sering melibatkan diri dalam aktiviti seharian bersama anak merupakan faktor utama pencegahan daripada keterlibatan remaja dengan dadah.

Dapatan kajian NIDA juga menunjukkan kebanyakan remaja yang terlibat dengan penagihan dadah adalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sering

Page 15: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

166 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

tidak berpuas hati dengan anak, jarang bersama anak, kurang kawalan terhadap anak dan jarang menegur anak jika mengambil tembakau dan ganja. Dengan ini, ibu bapa kurang mesra dengan anak, terdapat hubungan emosi yang lemah antara mereka dan remaja gagal membentuk kawalan diri atau meresap nilai ibu bapa lantas cenderung membina subbudaya sendiri yang menjurus kepada perlakuan delikuen. Remaja ini juga sering mempunyai konsep kendiri yang rendah dan beranggapan pengambilan dadah adalah sesuatu yang diterima rakan dan kornuniti.

Antara faktor yang dikenal pasti oleh NIDA untuk program pencegahan dari aspek keluarga, sekolah dan komuniti sejak 20 tahun lalu menegaskan bahawa faktor protektif yang penting adalah keakraban keluarga yang kuat dan positif, penglibatan keluarga dalam kehidupan anak-anak serta kejayaan di sekolah hingga membentuk satu jalinan yang kukuh dengan institusi sekolah mahupun institusi keagamaan (NIDA, 2002).

Kajian Nida ini turut disokong oleh kajian tempatan oleh penyelidik UUM pada penghujung 1990-an. Kajian mendapati remaja yang sentiasa berkomunikasi dengan ibu bapa, yang menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga serta membuat rujukan kepada ibu bapa apabila berhadapan dengan masalah adalah di kalangan mereka yang kurang berkecenderungan untuk terlibat dengan masalah sosial (Mahmood Nazar, Mohammed dalam Utusan Malaysia, 30 Januari 2003).

Kecenderungan pelajar- untuk berada di sekolah dan melibatkan diri dengan aktiviti sihat adalah merupakan salah satu faktor pencegahan daripada keterlibatan dengan dadah (Hawkins, J. David & Catalano, R., 1992). Daripada jadual 9, didapati *responden paling banyak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum di sekolah iaitu aktiviti sukan dan permainan yang melebihi 6 jam (12.9%), aktiviti unit uniform sebanyak 42.6% (2-3 jam) dan 5.0% (4-5 jam) bagi aktiviti yang mengambil masa 1-2 jam sahaja, majoriti responden meluangkan masa untuk aktiviti persatuan dan kelab (46.1%). Ini menunjukkan komitmen yang tinggi daripada responden kajian terhadap sekolah dan faktor sedernikian akan mencegah pelajar daripada terlibat dengan dadah.

Tiada perbezaan tahap pengetahuan, tahap sikap dan konsep kendiri antara pelajar yang menyertai Pertandingan Seni Jauhi Dadah dengan pelajar yang tidak menyertai Pertandingan Seni Jauhi Dadah. Faktor program lain dan sumber lain juga memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat negara bersih daripada dadah dan ASEAN bebas dadah menjelang 2015.

Program-program pencegahan seperti pertandingan seumpama ini dan juga penglibatan keluarga adalah perlu ditekankan. Dengan kerjasama yang padu dan berterusan ini akan dapat membantu pencegahan pelajar daripada terlibat dengan dadah di samping membantu perkembangan positif bagi diri seseorang pelajar.

Page 16: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat Sekolah Menengah / 167

Rujukan

Abdul Ghaffar Taib, 1991. Dadah: Strategi dan Kawalan di Sekolah-sekolah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al Ghazali. ‘Penularan ketagihan dadah membimbangkan’ dim. Majalah Tamadun, November 1999.

Begum Mumtaz Mughal, 2002. Youth facing the challenge against drug dalam IV Global Conference on Drug Abuse Prevention, Penang. 13-17 May 2002.

Bosworth, Kris, 1997. Drug Abuse Prevention: School-based strategies That Work. ERIC Clearinghouse on Teaching and teacher Education Washington DC dalam http://www.ericfacility.net/databases/ERIC_Digests/ed409316.html

Carroll, Charles R., 2000. Drugs in Modern Society. Me Graw Hill.

Hansen, W., 1992. School based substance abuse prevention: a review of the state of the art in curriculum 1980-1990. Health Education Research: Theory & Practice; 7,3: 403-430.

Hanson, G. R., Venturelli, P .J., Fleckenstein, A. E., 2002. Drugs and Society. 7thed. Jones & Barlett Publishers.

Haslina Hasyim, 2002. Penyalahgunaan inhalan di kalangan remaja dalam Dewan Kosmik. Julai 2002 ms 30-32.

Hawkins. J., David and Catalano, Richard, 1992. Family risk factors: Family management problems. Communities that Care: Action for Drug Abuse Prevention. Jossey-Bass Publisher.

Lachance, L. L., 1989. Alcohol, Drug and Adolescence. Ann Arbor: ERIC Clearinghouse.

Laporan Agens* Dadah Kebangsaan (ADK) dalam http://www.adk.gov.my

Lloyd, C., Joyce, R., Hurry, J., and Ashton, M., 2000. The effectiveness of primary school drug education. Drugs Education, Prevention & Policy. 7,2: 109-126).

Mahmood Nazar Mohamad, 1992. Perubahan harga diri dan penggunaan mekanisme bela diri sebagai indikator kepada pemulihan penagih dadah dalam http://www.uum.edu.my

Mahmood Nazar, Mohammed, 2003. “Pencegahan dadah mesti bermula dari rumah” dim. Utusan Malaysia, 30 Januari 2003.

Page 17: 11 Keberkesanan Pertandingan Seni Jauhi Dadah Peringkat

168 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Md. Shuaib Che Din, 1992. Teknik dan Strategi Kaunseling dalam Pemulihan Dadah, Alkohol dan Aids. Jurnal Perkama 3 & 4: 57-66.

Mohamad Isa Abd. Majid, 2003. Remaja dan Rokok dalam http://www.prn2.usm.my/ mainsite/buletin/fokus/fokusl.html

NIDA, 2002. Risk and protective factors in drag abuse prevention. Drug Abuse Prevention Research Updates Vol 16. No 6. February 2002 dalam http://www.drugabuse.gov /NIDA_N otes/NN Vol 16N6/Risk.html.

Paglia, A. dan Room, R., 1998. Preventing substance use problem among youth. Literature Review and Recommendations. Ontario: Addiction Research Foundation and Addiction and Mental Health Services Corporation.

Rozilan Salleh, 2003. “Sikap ambil mudah punca masalah dadah semakin serius” dim. Utusan Malaysia, 23 Januari 2003.

Tobler, N., Lessard, T., Marshall, D., Ochshom, P., and Roona, M., 1999. Effectiveness of school-based drug prevention programme for marijuana use. School Psychology International, 20,1: 105-137.

Tobler, N., & Stratton, H., 1997. Effectiveness of school-based drug prevention programs: A meta-analysis of the research. Journal oj'Primary Prevention. 17(3).

Wan Azmi Ramli, 1986. Selangkah Ke Kubur. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

White, D., and Pitts, P., 1977. Health Promotion with Young People for the Prevention of Substance Misuse. NHS Centre for Reviews and Dissemination. University of New York: York.

Zicker, Patrick, 2003. Few middle schools use proven prevention programs dalam NIDA Notes, Vol 17. No. 6. March 2003 dalam http://www.drugabuse.gov/NIDA_Notes /NN Vol 17N 6/MiddleS chool ,html.