12
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 113 UNIT 8 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda akan dapat: 1. menerangkan konsep elemen merentas kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah. 2. menyebutkan elemen-elemen merentas kurikulum yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah. 3. menjelaskan kepentingan integrasi elemen merentas kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah. 4. menjelaskan bagaimana integrasi elemen merentas kurikulum dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah. PETA KONSEP TAJUK Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Konsep EMK Kepentingan EMK Integrasi EMK dalam Pengajaran dan Pengajaran

12 Unit 8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PJJ UPSI SEM 3 2013

Citation preview

Page 1: 12 Unit 8

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

113

UNIT 8

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SEKOLAH RENDAH

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda akan dapat: 1. menerangkan konsep elemen merentas kurikulum dalam pengajaran dan

pembelajaran sekolah rendah. 2. menyebutkan elemen-elemen merentas kurikulum yang terlibat dalam

pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah. 3. menjelaskan kepentingan integrasi elemen merentas kurikulum dalam

pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah. 4. menjelaskan bagaimana integrasi elemen merentas kurikulum dilaksanakan

dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah.

PETA KONSEP TAJUK

Elemen Merentas

Kurikulum (EMK)

Konsep EMK

Kepentingan

EMK

Integrasi EMK dalam

Pengajaran dan

Pengajaran

Page 2: 12 Unit 8

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

114

PENGENALAN Bagi memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), usaha yang komprehensif perlu dilakukan. Sehubungan itu, beberapa mata pelajaran telah diperkenal dan diajar di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun, perkara-perkara selain daripada yang wujud sebagai suatu mata pelajaran; atau yang tidak terkandung dalam sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran tetapi difikirkan penting untuk disampaikan kepada murid-murid perlu juga untuk disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek seperti nilai murni; nilai alam sekitar; nilai patriotisme; kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK); kajian masa depan (KMD); pendidikan kesihatan; sains dan teknologi; dan sebagainya sebagai yang digariskan dalam KBSR perlu diberi penekanan secara bersungguh-sungguh agar kuriklum dan pengajaran menjadi lebih lengkap dan sempurna ke arah mencapai hasrat FPK. Aspek-aspek tersebut adalah jelas akan kepentingannya dalam proses mendidik murid-murid, namun ianya tidak boleh berdiri sebagai satu-satu mata pelajaran secara tersendiri lantaran mata pelajaran yang ada pun telah banyak bilangannya. Oleh kerana hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat komprehensif, maka aspek-aspek lain selain daripada isi pelajaran yang terkandung dalam kurikulum formal adalah perlu disepadukan. Dalam KSSR konsep Elemen Merentas Kurikulum (EMK) diperkenalkan.

ISI KANDUNGAN

Apakah EMK dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah? Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan (BPK, 2010). Dalam KSSR EMK melibatkan elemen sedia ada iaitu bahasa; pendidikan alam sekitar; nilai murni; sains dan teknologi; dan patriotisme dan ditambah dengan elemen baru iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), keusahawanan serta kreativiti dan inovasi. Sila rujuk Rajah 8.1 untuk penjelasan lanjut berkaitan elemen sedia ada; dan Rajah 8.2 untuk elemen baru iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), keusahawanan serta kreativiti dan inovasi.

Terfikirkah anda bahawa konsep EMK dalam KSSR sebenarnya telah terdapat dalam KBSR?

Page 3: 12 Unit 8

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

115

Rajah 8.1 Elemen Sedia Ada Dalam EMK

(Sumber: Bahagian Perkembangan Kurikulum, KPM, 2010)

Page 4: 12 Unit 8

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

116

Rajah 8.2 Elemen-elemen Baru dalam EMK

(Sumber: Bahagian Perkembangan Kurikulum, KPM, 2010)

Page 5: 12 Unit 8

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

117

Seperti yang digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum Standard. Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Dua (BPK, 2011), kreativiti adalah kebolehan atau kemampuan murid untuk mencipta; menyelesai masalah; menggunakan daya imaginasi dan idea kreatif untuk penghasilan idea tulen yang asli dan baharu. Manakala inovasi ialah menjana dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovatif saling berkait rapat dan perlu dibangunkan dalam kalangan murid supaya mereka mempunyai daya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang seterusnya menjadi amalan dalam kehidupan.

Apakah kepentingan mengintegrasi EMK dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah? Sekolah ialah tempat di mana proses sosialisasi dalam kalangan murid-murid berlangsung. Proses sosialisasi yang berlangsung di sekolah mampu mendidik murid-murid atau bakal ahli masyarakat untuk dapat berfungsi dalam masyarakat kelak. Dianggarkan seperempat daripada masa harian murid-murid adalah di sekolah. Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi telah merubah senario dunia sehingga proses mendidik sering dikaitkan dengan persekolahan. Dalam proses sosialisasi, segala ilmu, kemahiran, nilai serta norma-norma masyarakat perlu disampaikan kepada murid-murid iaitu ahli masyarakat di masa hadapan. Sekolah tidak boleh membatas atau menguncupkan peranan dan tanggungjawabnya kepada perkara-perkara yang terhad umpamanya semata-mata untuk kecemerlangan UPSR sahaja. Justeru itu segala yang terdapat dalam masyarakat perlu disampaikan kepada mereka. Melalui cara ini, apa yang dipelajari di sekolah tidak boleh terhad kepada beberapa mata pelajaran tertentu sahaja. Elemen-elemen lain selain daripada yang terkandung dalam sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar, perlu diberi penegasan dalam pelaksanaan kurikulum. Integrasi EMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan; iaitu modal insan yang mampu menangani cabaran semasa dan cabaran masa hadapan (BPK, 2010). EMK dalam KSSR ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Sejak Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) lagi, khususnya melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), pendidikan diberi penegasan kearah melahirkan modal insan tersebut. Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) pula, tema ‘Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia’ diguna pakai bagi kesinambungan penyediaan modal insan yang diharapkan. EMK dalam KSSR adalah merupakan ‘part and partial’ daripada usaha tersebut bagi mencapai apa yang dihasratkan. Dalam abad ke-21 kreativiti dan inovasi; teknologi maklumat; dan keusahawanan adalah antara perkara yang lumrah. Tanpa ada pengetahuan atau kemahiran berkaitan perkara tersebut akan menyebabkan seseorang tertinggal dalam arus perubahan teknologi seterusnya kemodenan dan kemajuan. Murid-murid sekolah yang bakal menjadi genarasi masa hadapan perlu dididik supaya berfikiran kreatif dan inovatif di samping bersifat kaya maklumat; mempunyai ciri keusahawanan; maju dalam bidang sains dan teknologi; mempunyai nilai-nilai luhur termasuk penyayang; dan sebagainya. Dalam hal ini kepentingan EMK untuk diberi penegasan semula adalah sesuatu yang wajar.

Page 6: 12 Unit 8

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

118

Antara ciri-ciri Malaysia pada tahun 2020 dalam Model Baru Ekonomi (MBE) ialah keusahawanan dan inovatif. Integrasi elemen keusahawanan dalam KSSR adalah untuk membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan ke arah menjadi suatu budaya dalam kalangan murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran (BPK, 2011). Integrasi elemen ini bukan sahaja membudayakan keusahawanan, malah melibatkan proses pembentukan sikap yang perlu dimiliki oleh usahawan seperti pemikiran keusahawanan, kemahiran pengurusan perniagaan, aplikasi vokasional dan teknologi serta amalan nilai moral dan etika keusahawanan.

Sebagai guru/bakal guru, bolehkah anda fikirkan lagi apakah kepentingan mengintegrasi EMK dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah?

Bagaimanakah integrasi EMK dapat dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu untuk memastikan EMK diintegrasikan secara efektif demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh FPK. Bagi tujuan ini pelbagai usaha boleh dilakukan. Guru disaran untuk menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang berkesan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran perlu interaktif dan menarik minat murid. Dalam merancang pengajarannya, guru akan memikirkan aktiviti yang boleh melibatkan EMK yang relevan di samping memikirkan aktiviti untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Melalui cara ini hasil pembelajaran yang ditetapkan dapat dicapai di samping guru juga dapat memperkembangkan EMK yang berkaitan kepada murid-muridnya. Sila rujuk Rajah 8.3 berkaitan persoalan untuk difikir semasa merancang untuk mengintgerasikan EMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 7: 12 Unit 8

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

119

Rajah 8.3 Persoalan Perlu Difikir Semasa Merancang Untuk Mengintgerasikan

EMK Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi elemen keusahawanan pula guru boleh memfokus kepada elemen-elemen keusahawanan seperti yang terdapat dalam Rajah 8.45. Guru boleh membentuk sikap keusahawanan dalam diri murid; membentuk pemikiran keusahawanan; memberi pengetahuan dan kemahiran keusahawanan; mendedahkan formulasi pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional; dan menerapkan nilai moral dan etika keusahawanan. Pelbagai idea secara kreatif boleh difikir oleh guru bagi mencapai tujuan tersebut melibatkan aktiviti-aktiviti pembelajaran, bahan-bahan pengajaran serta bahan bantu belajar yang relevan. Dalam Dokumen Standard Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR umpamanya, Tema ekonomi dalam mata pelajaran tersebut mendedahkan murid perihal bidang peniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan kerana dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam kalangan murid.

KREATIVITI DAN INOVASI

Apakah elemen kreativiti dan inovasi

yang boleh saya integrasikan dalam

P&P?

HASIL PEMBELAJARAN ? .

TMK

Apakah elemen TMK yang boleh saya

integrasikan dalam P&P?

KEUSAHAWANAN

Apakah elemen keusahawanan yang

boleh saya integrasikan dalam

P&P?

EMK lain

Apakah EMK lain yang boleh saya

integrasikan dalam P&P?

Page 8: 12 Unit 8

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

120

Rajah 8.4

Lima Fokus Elemen Keusahawanan (Sumber: Bahagian Perkembangan Kurikulum, KPM, 2010)

Terdapat tiga pendekatan utama berkaitan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Pertama ialah belajar mengenai TMK; di mana murid-murid akan diajar dari segi pengetahuan serta kemahiran berkaitan TMK. Dalam hal ini murid diberi peluang untuk mengendalikan perkakasan dan perisian. Kedua ialah belajar dengan TMK; di mana guru dan murid akan menggunakan TMK sebagai alat untuk mengajar dan belajar. Ketiga ialah belajar melalui TMK; di mana TMK digunakan untuk mengakses maklumat serta ilmu pengetahuan yang dipelajari. Contohnya menggunakan CD-ROM, DVD-ROM, Internet dan lain-lain. Kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran KSSR bagi membangun dan mengembangkan tahap potensi kreativiti mengikut keupayaan individu murid. Teaching for creativity merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini guru boleh memberi bimbingan kepada murid supaya berfikir dan bertindak secara kreatif dan inovatif. Murid diberi peluang untuk mengalami proses kreatif dan seterusnya membangunkan daya kreativiti dan inovasi dalam dirinya. Bimbingan dan tunjuk ajar berkaitan kreativiti dan inovasi ini perlu berlangsung dalam semua mata pelajaran. Selain itu, guru sendiri dalam pengajarannya perlulah kreatif dan inovatif agar tindakan yang dilakukan ini dapat dicontohi oleh murid-muridnya. Tema sains, teknologi dan inovasi yang terkandung dalam Dokumen Standard Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR sebagai contoh, adalah sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi.

Page 9: 12 Unit 8

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

121

AKTIVITI 8.1

Merujuk kepada Dokumen Standard mata pelajaran tertentu huraikan

bagaimana EMK berikut secara khususnya diintegrasikan dalam

pembelajaran murid.

1. Kreativiti dan Inovasi

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

_________________________________________________________

2. Keusahawanan

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

_________________________________________________________

3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

_________________________________________________________

Page 10: 12 Unit 8

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

122

RUMUSAN Unit ini telah membincangkan elemen-elemen yang perlu diajar kepada murid sekolah rendah secara merentas kurikulum. Dalam KBSR sebahagian daripada elemen tersebut sememangnya telah ada, namun dalam KSSR elemen tersebut telah diberi penegasan semula dan dikenal sebagai EMK. Tiga elemen tambahan pula ialah TMK, keusahawanan dan kreativiti dan inovasi. Ada daripada elemen tersebut memang jelas terkandung dalam sesuatu mata pelajaran, manakala yang lain adalah elemen yang lain agak kurang jelas kecuali guru perlu memberi penegasan berkait dengannnya. Pengintegrasian EMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan; iaitu modal insan yang mampu menangani cabaran semasa dan cabaran masa hadapan.

KATA KUNCI EMK - Elemen Merentas Kurikulum, iaitu unsur nilai tambah

yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.

Keusahawanan - Satu proses dalam membentuk ciri-ciri, sikap, kaedah

berfikir dan nilai ke arah menjadi seorang usahawan Kreatif dan inovatif - kebolehan individu untuk menghasilkan atau mencipta

sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif.

TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

PENILAIAN KENDIRI

Jawab semua soalan berikut. 1. Dalam pelaksanaan KBSR penekanan adalah tidak terhad kepada perkara yang

terkandung dalam sukatan sesuatu mata pelajaran. Aspek-aspek lain selain daripada itu juga perlu diberi perhatian. Berikut ialah rasional kepada perkara tersebut kecuali ____________

A. Meningkatkan minat murid untuk datang ke sekolah. B. Murid boleh bebas memilih cara dan gaya hidup mereka kelak. C. Peluang murid berinteraksi antara satu sama lain dapat ditingkatkan. D. Tema atau topik yang diminati untuk diajar boleh disesuaikan oleh guru.

Page 11: 12 Unit 8

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

123

2. Selain daripada yang terkandung dalam sukatan pelajaran, aspek-aspek lain juga

diberi penegasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti kekemasan, kebersihan, ketepatan masa dan lain-lain. Penegasan guru kepada perkara tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ____________

A. selaras dengan konsep kesepaduan. B. mengurangkan beban guru disiplin sekolah. C. untuk menampung kelemahan sesuatu mata pelajaran. D. mengisi masa lapang yang terdapat dalam sesi pembelajaran.

3. Murid-murid sekolah rendah perlu diberi kesedaran tentang kepentingan menjaga

alam sekitar. Dalam hal tersebut, antara aspek yang boleh diberi penekanan ialah ____________

I. kualiti kebersihan udara II. kaedah pembuangan sampah sarap III. kebersihan longkang, parit dan sungai IV. penjagaan tumbuhan di sekitar kawasan sekolah

A. I dan IV sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

4. Manakah antara berikut bukan cadangan pendekatan utama berkaitan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah?

A. Belajar dengan berbantukan peralatan TMK. B. Belajar dengan mengakses maklumat melalui TMK. C. Belajar mengenai pengetahuan dan kemahiran TMK. D. Belajar memperbaiki dan menukar ganti peralatan TMK.

5. Elemen keusahawanan dalam EMK bermaksud _____________

I. menerapkan nilai moral dan etika keusahawanan. II. memberi pengetahuan dan kemahiran keusahawanan. III. menjadikan guru sebagai mentor dalam aktiviti keusahawanan. IV. membentuk sikap dan pemikiran keusahawanan dalam diri murid.

A. I dan IV sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

CADANGAN JAWAPAN: 1. B; 2. A; 3. D; 4. D; 5. C

Page 12: 12 Unit 8

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

124

RUJUKAN Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah

Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR): Modul Teras Asas Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Tahun Satu & Dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR): Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

Fogarty, R. (2002). How to integrate the curricula (2nd ed.). Illinois: Pearson Skyligt

Publication.

Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

2006 – 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM.