20
JAS SELANGOR LAPORAN TAHUNAN 2010 71 PENDIDIKAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR bab 5 PROMOSI PENDIDIKAN, KESEDARAN DAN SEBARAN MAKLUMAT ALAM SEKITAR Promosi pendidikan, kesedaran dan sebaran maklumat alam sekitar yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor adalah berorientasikan strategi jangka panjang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awam terhadap kepentingan perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar untuk generasi akan datang. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan meliputi ceramah, pameran, bengkel alam sekitar, kem kesedaran alam sekitar (KeKAS), penyebaran maklumat alam sekitar melalui media cetak dan media elektronik, edaran risalah-risalah mengenai pencemaran alam sekitar, Majalah Era Hijau dan Majalah Impak terbitan Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat. Jabatan Alam Sekitar Selangor juga menyediakan perkhidmatan Pusat Sumber sebagai rujukan kepada orang awam dan pelajar secara percuma. TAKLIMAT/CERAMAH ALAM SEKITAR Foto 5.1: Aktiviti Ceramah Aktiviti ceramah alam sekitar yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar. Ceramah yang dilaksanakan sepanjang tahun 2010 lebih tertumpu kepada komuniti industri, pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, pihak berkuasa tempatan dan umum.

123

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 2010

71

PENDIDIKAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITARbab 5

PROMOSI PENDIDIKAN, KESEDARAN DAN SEBARAN MAKLUMAT ALAM SEKITAR

Promosi pendidikan, kesedaran dan sebaran maklumat alam sekitar yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor adalah berorientasikan strategi jangka panjang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awam terhadap kepentingan perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar untuk generasi akan datang. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan meliputi ceramah, pameran, bengkel alam sekitar, kem kesedaran alam sekitar (KeKAS), penyebaran maklumat

alam sekitar melalui media cetak dan media elektronik, edaran risalah-risalah mengenai pencemaran alam sekitar, Majalah Era Hijau dan Majalah Impak terbitan Jabatan Alam Sekitar Ibu

Pejabat. Jabatan Alam Sekitar Selangor juga menyediakan perkhidmatan Pusat Sumber sebagai rujukan kepada orang awam dan pelajar secara percuma.

TAKLIMAT/CERAMAH ALAM SEKITAR

Foto 5.1: Aktiviti Ceramah

Aktiviti ceramah alam sekitar yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar. Ceramah yang dilaksanakan sepanjang tahun 2010 lebih tertumpu kepada komuniti industri, pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, pihak berkuasa tempatan dan umum.

Page 2: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 201072

KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR (KeKAS)

Sepanjang tahun 2010, sebanyak dua kem kesedaran alam sekitar telah dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan generasi muda supaya mereka menjadi warganegara yang peka dan bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar. Program ini merupakan program tahunan yang telah mula dilaksanakan semenjak tahun 1994.

KeKAS Bil 1/2010Tarikh : 18-20 Jun 2010Tempat : Kem Isi Rimba Hulu KelangAnjuran : Jabatan Alam Sekitar Selangor dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & MenengahModul : Ekosistem Hutan & Sungai

Page 3: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 2010

73

Foto 5.1 : Aktiviti sepanjang KeKAS Bil 1/2010 bertempat di Kem Isi Rimba Hulu Kelang, Selangor

Page 4: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 201074

KeKAS Bil 2/2010

Tarikh : 9-11 November 2010Tempat : Paya Indah Wetlands, DengkilAnjuran : Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN)Peserta : Warga Kerja JAS Selangor & PBT di SelangorModul : PERHILITAN & Ekosistem

Foto 5.2 : Aktiviti sepanjang KeKAS Bil 2/2009 bertempat di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor

Page 5: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 2010

75

PAMERAN ALAM SEKITAR

Sepanjang tahun 2010, sebanyak 40 siri pameran telah diadakan yang merangkumi 16 pameran telah diadakan di kilang serta agensi swasta lain, 16 pameran diadakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi dan 8 pameran diadakan di Jabatan dan agensi – agensi Kerajaan.

Foto 5.3 : Pameran Alam Sekitar Yang Diadakan Di Pelbagai Sektor Agensi Kerajaan, Swasta, Sekolah Dan Pusat Pengajian Tinggi Sepanjang Tahun 2010

Page 6: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 201076

KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR PROGRAM ’SATU BUMI UNTUK SEMUA’SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2010

Tarikh : 23 April 2010Tempat : Ruang Legar Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTARI) UiTM, Shah AlamAnjuran : Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah AlamDirasmikan : Y.Bhg Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim,oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor

Foto 5.4 : Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ’Satu Bumi Untuk Semua’ bertempat di Ruang Legar Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam pada 23 April 2010

Page 7: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 2010

77

GREEN HUNT 2010

Tarikh : 5 Jun 2010Tempat : Dataran Kemerdekaan Shah Alam Pelancaran : Y.Bhg Datin Paduka Che Asmaholeh IbrahimPeserta : Beberapa wakil kumpulan awam

1)PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2010

Page 8: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 201078

MINI KARNIVAL ALAM SEKITAR 2010

Tarikh : 6 Jun 2010Tempat : Perkarangan Bazarena, Stadium Melawati Shah AlamDirasmikan : Y.B Puan Elizabeth Wong, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor.Aktiviti : Pameran Alam Sekitar, Permainan Alam Sekitar, Kitar Semula Buangan Elektrik dan Elektronik (e-waste), Demonstrasi Eco Friendly Craft, Composting & Bio-Enzyme, Kempen 1 Warga 1 Pokok-Pengagihan Pokok dan Persembahan ‘Percussion Music With Recycle Item’.

2)

Foto 5.5 : Aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Mini Karnival Alam Sekitar

pada 5-6 Jun 2010

Page 9: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 2010

79

PROGRAM ’MAYA LOVES NATURE’ 2010 PLASTIC BAG RECYCLING CAMPAIGN

Program MayaLovesNature 2010 Plastic Bag Recycling Campaign merupakan anjuran Jawatankuasa MayaLovesNature dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan Exco Alam Sekitar Kerajaan Negeri Selangor dengan sokongan beberapa agensi kerajaan termasuklah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, beberapa badan swasta dan IPTA. Kempen ini merupakan Kempen Kesedaran Alam Sekitar Peringkat Sekolah Rendah 2010

yang melibatkan 10 buah sekolah rendah terpilih di sekitar Lembah Klang. Kempen ini berlangsung selama 2 bulan (Jun-Julai 2010) di mana setiap sekolah bertanding perlu mengumpul paling banyak beg plastik terpakai bermula 1 Jun 2010 dan berakhir pada 31 Julai 2010. Acara penutup yang diadakan pada 31 Julai 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil turut dihadiri oleh Y.B. Puan Elizabeth Wong, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor dan Yang Berbahagia Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.

Page 10: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 201080

PERPUSTAKAAN

Sepanjang tahun 2010, seramai 450 orang pengguna telah direkod menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber di JAS Negeri Selangor. Pusat Sumber tersebut sentiasa ditambahbaik bagi memenuhi keperluan pengguna perpustakaan dari masa ke semasa dengan tambahan terbitan – terbitan baru untuk rujukan pengguna.

PENYEBARAN MAKLUMAT ALAM SEKITAR

Sepanjang tahun 2010, risalah – risalah mengenai pencemaran air, udara, pembakaran terbuka dan buangan terjadual telah diedarkan kepada orang ramai, pihak sekolah dan pihak industri. Di samping itu juga JAS Negeri Selangor telah membuat pengumpulan maklumat dan laporan mengenai alam sekitar melalui keratan akhbar tempatan. Salah satu aktiviti sebaran maklumat yang dijalankan oleh pihak JAS adalah perhubungan awam media di mana setiap aktiviti yang diadakan, pihak media akan dijemput untuk membantu menyebarkan maklumat alam sekitar kepada orang awam khususnya. Jabatan Alam Sekitar Selangor juga telah menerbitkan Laporan Tahunan 2009. Laporan Tahunan 2009 ini diterbitkan pada bulan September 2010.

HARI BERTEMU PELANGGAN

Hari Bertemu Pelanggan diadakan 2 kali sepanjang 2010 iaitu semasa Mini Karnival pada 5 dan 6 Jun 2010 dan di pejabat JAS Negeri Selangor pada 10 Disember 2010

Page 11: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 2010

81

Jabatan ini telah menerima 30 orang pelajar dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh Malaysia untuk menjalani latihan praktikal selama lapan (8) minggu. Mereka didedahkan kepada pengurusan alam sekitar yang meliputi penguatkuasaan, pengawasan kualiti alam sekitar dan pendidikan alam sekitar. Para pelajar ini ditempatkan di pelbagai unit – unit sediada di Jabatan dengan pemantauan ketua unit masing – masing yang bertindak sebagai pegawai penyelia setiap pelajar praktikal.

Sepanjang tahun 2010 dua aktiviti lawatan sambil belajar diaturkan ke atas pelajar latihan industri ini iaitu lawatan sambil belajar ke Tapak Pelupusan Sampah Sanitari Bukit Tagar dan lawatan ke kilang Mac Food di Subang Jaya. Program ini melibatkan semua pelajar latihan industri bertujuan mendedahkan pelajar-pelajar kepada sistem pengurusan sisa pepejal dan sistem loji pengolahan efluen perindustrian yang juga berkaitan dengan bidang pengajian pelajar-pelajar tersebut.

Foto 5.6 : Antara aktiviti sepanjang Lawatan Sambil

Belajar Pelajar Latihan Industri Jabatan Alam Sekitar Selangor

tahun 2010

PELAJAR PRAKTIKAL DARI PUSAT PENGAJIAN TINGGI

Page 12: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 201082

MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA (MASM) PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Sambutan MASM Peringkat Negeri Selangor telah diadakan Seminar Halatuju Pengurusan Buangan Terjadual Di Negeri Selangor dengan kerjasama JAS Negeri Selangor dan Kualiti Alam Sdn. Bhd. pada 26 Oktober 2010 di Hotel Residence, Bangi. Seminar ini merupakan usaha berterusan bagi

Foto 5.7 : Program seminar BT-KA sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2010

pemahaman perundangan alam sekitar khususnya berkaitan pengurusan buangan terjadual dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada komuniti industri di Negeri Selangor ke arah pematuhan sepenuhnya. Seminar ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Hajah Rosnani Ibarahim, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Page 13: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 2010

83

pemahaman perundangan alam sekitar khususnya berkaitan pengurusan buangan terjadual dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada komuniti industri di Negeri Selangor ke arah pematuhan sepenuhnya. Seminar ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Hajah Rosnani Ibarahim, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) NEGERI SELANGORPada tahun 2010, JAS Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Kawasan Sungai Besar YB Hajah Noriah Kasnon telah berjaya menganjurkan 2 Program Rakan Alam Sekitar (RAS) iaitu Seminar Kesedaran Kepentingan Hutan Paya Bakau pada 18 Februari 2010 bertempat di Balai JKK Desa Nelayan, Kg. Pasir Panjang dan Program Penanaman Pokok Bakau pada 27 Februari 2010. Program ini bertujuan untuk meningkat kesedaran penduduk setempat di Kawasan Parlimen Sungai Besar tentang kepentingan dan peranan masyarakat setempat untuk memelihara pokok bakau di sekitar kawasan Parlimen Sg Besar. Program penanaman pokok bakau ini juga merupakan kerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perhutanan dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia yang mana acara penanaman pokok bakau turut disertai oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Pengarah JAS Negeri Selangor dan YB Hajah Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Kawasan Sg. Besar.

Foto 5.8 : Program Rakan Alam Sekitar Peringkat Parlimen Sungai Besar

Page 14: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 201084

Page 15: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 2010

85

KERATAN AKHBAR

SINAR 20/2/2010

SINAR 2/3/2010

SINAR 20/2/2010

Page 16: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 201086

SEMINAR PEMAHAMAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 UNTUK INDUSTRI LEMBANGAN SUNGAI LANGATSeramai 86 orang telah menghadiri seminar ini yang diadakan pada 28 April 2010 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor. Dirasmikan oleh Y.Bhg. Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim, Pengarah JAS Negeri Selangor. Seminar bertujuan untuk memberikan penerangan kepada komuniti industri yang berada di Lembangan Sungai Langat berkenaan peraturan-peraturan yang baru dikuatkuasakan, iaitu Peraturan-

Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Dan Kambus Tanah) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dalam usaha meningkatkan pematuhan terhadap kehendak perundangan alam sekitar.

Foto 5.9: Program Seminar Pemahaman Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 untuk Industri Lembangan Sungai Langat

Page 17: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 2010

87

BERITA HARIAN 1/7/2010

SEMINAR PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG : PERANAN SEKTOR INDUSTRISeminar ini diadakan pada 29 Jun 2010 di Hotel Concorde, Shah Alam. Seramai 105 orang telah hadir yang bertujuan untuk berkongsi wawasan dan visi Kerajaan Negeri Selangor dengan sektor industri berhubung Projek Pemuliharaan Dan Pembangunan Sungai Klang, meningkatkan kesedaran pihak industri yang beroperasi di dalam Lembangan Sungai Klang akan peranan yang perlu dimainkan bagi menjayakan program Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang dan meningkatkan kefahaman pihak industri ke atas peraturan-peraturan baru seperti Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Effluen Perindustrian ) 2009 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi meningkatkan kawalan pencemaran sungai dari sektor perindustrian. Seminar dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato Abd. Khalid Ibrahim.

Foto 5.10 : Program Seminar Pemuliharaan Dan Pembangunan Sungai Klang : Peranan Sektor Industri

Page 18: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 201088

SEMINAR PEMAHAMAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING, 1974 : PERANAN SEKTOR INDUSTRI DALAM PEMULIHARAAN LEMBANGAN SUNGAI BULOH DAN SUNGAI SELANGORSeminar ini diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam pada 9 Ogos 2010. Tujuan seminar ini adalah untuk memberikan penerangan kepada pihak industri yang beroperasi di Lembangan Sungai Buloh Dan Sungai Selangor mengenai Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan ) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Kawalan Pencemaran Daripada Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Kambus Tanah ) 2009 selain memberi kefahaman tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pihak industri bagi menjayakan perlaksanaan Program Pemuliharaan Sungai Buloh dan Sungai Selangor. Seminar ini dirasmikan oleh Y. Bhg Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Pengarah JAS Negeri Selangor.

Foto 5.11 : Program Seminar Pemahaman Akta Kualiti Alam

Sekeliling , 1974 : Peranan Sektor Industri Dalam Pemuliharaan Lembangan Sungai Buloh Dan

Sungai Selangor

Page 19: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 2010

89

Foto 5.12 : Program Seminar On Green Economic – Toward Sustainable

Economic Growth

SEMINAR ON GREEN ECONOMIC –TOWARDS SUSTAINABLE ECONOMIC GROWTH

Seminar ini diadakan di SACC Convention Centre Hall 1, Shah Alam pada 23 November 2010 yang dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato Abd. Khalid Ibrahim. Seminar ini merupakan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dengan SSIC (Selangor State Investment Centre) Berhad yang bertujuan memberi penekanan tentang kesedaran dan tindakan dikalangan komuniti industri melalui konsep ekonomi hijau ke arah kelestarian dan pembangunan ekonomi dengan mengambilkira fenomena perubahan iklim yang sedang dihadapi oleh dunia hari ini.

Page 20: 123

JAS SELANGORLAPORAN TAHUNAN 201090

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA JAS