13107039 Garis Panduan Bagi KKP Di Tapak Pembinaan

Embed Size (px)

Citation preview

garis panduan bagi keselamatan dan kesihatan aWam di tapak pembinaan(semakan pertama)

jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (jkkp) kementerian sumber manusia malaysia 2007 http://dosh.mohr.gov.my/jkkp dp/g 127/379/4-1 isbn : 978-983-2014-58-4

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

PENGHARGAANGaris Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama) ini disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Ir. Tuan Haji Mohd Hatta Zakaria En. Nazruddin bin Mat Ali En. Supian bin Alias En. Othman bin Abdul Jalil Pn. Noria bt. Mohamad Ali Tn. Haji Ahmad Munauwar bin Haji Abdullah En. Jamaluddin bin Che Hitam En. Abdul Hadi bin Ismail En. Zulkernain bin Harun

Garis Panduan ini telah diperakui oleh Jawatankuasa Semakan Dasar Jabatan ini yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

iii

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

PRAKATAGaris Panduan ini merupakan semakan pertama Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan 1994. Tujuan garis panduan ini adalah untuk menyediakan panduan untuk majikan berhubung dengan bagaimana amalan kerja yang baik boleh dilaksanakan dalam setiap aktiviti semasa pembinaan untuk mencegah kemalangan kepada pekerja dan orang awam. Garis panduan ini diharapkan akan menjadi rujukan standard bagi Pemaju, Kontraktor, Jurutera, Arkitek, Pereka Bentuk dan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan. Jabatan menggesa semua pihak yang berkenaan agar menjadikan tapak kerja dan kawasan persekitarannya tempat yang selamat untuk orang awam dan juga pekerja menurut amalan yang disarankan di dalam garis panduan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Teknikal atas usaha mereka menyediakan dan menerbitkan garis panduan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 2007

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

iv

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

JADUAL KANDUNGANHalaman Penghargaan Prakata Jadual Kandungan 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0 12.0 13.0 14.0 15.0 16.0 17.0 18.0 19.0 20.0 20.1 20.2 20.3 20.4 Pengenalan Takrif Peruntukan Undang-Undang Pemberitahuan Operasi Pemberitahuan dan Pelaporan Kemalangan dan Kejadian Berbahaya Organisasi Keselamatan dan Kesihatan Kewajipan Am Majikan Kewajipan Am Arkitek, Jurutera dan Pereka Bentuk Pengenalpastian HAZAD, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) Pelan Tindakan Kecemasan Pagar Adang Pergerakan Lalu Lintas Kenderaan Nyahsambung Utiliti Kerja Perobohan Peletupan dan Penggunaan Bahan Letupan Pembuangan Puing Pembersihan Tapak Kerja Pengorekan Kerja Cerucuk Superstruktur Perancah Jaring Keselamatan dan Jaring Sisi Pelantar Tadah Kerja Konkrit iii iv v 1 1 2 3 3 3 5 5 6 7 7 8 10 10 12 13 14 14 16 17 17 19 19 20 v

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

21.0 22.0 22.1 22.2 22.3 22.4 22.5 22.6 22.7 22.8

Kemasan Penggunaan Kelengkapan Angkat Am Pemasangan Kerja Membicu Operasi Pemeriksaan dan Ujian Penyenggaraan dan Pembaikan Merombak Penyimpanan Kren Rujukan

20 20 20 22 23 23 24 25 25 25 26

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

vi

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

1.0

PENGENALAN

Operasi pembinaan bangunan dan kerja binaan kejuruteraan di Malaysia telah mengalami kemajuan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan peningkatan dalam aktivitinya boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang awam secara amnya. Tapak pembinaan mendatangkan risiko bukan sahaja kepada pekerja pembinaan, tetapi juga kepada orang awam yang bergerak di sekitar tapak atau mereka yang tinggal berdekatan tapak pembinaan. Contoh bahaya yang dihasilkan ialah: perubahan paras permukaan tanah; pengorekan, lubang and peparit; bahan dan puing yang jatuh; loji dan kelengkapan; debu, wap atau bahan berbahaya lain; bunyi bising; getaran; dan pergerakan lalu lintas kenderaan.

Orang awam hendaklah dilindungi daripada hazad yang berkaitan dengan kerja binaan yang mungkin dilaksanakan di kawasan awam atau bersebelahan kawasan awam. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan agensi kerajaan yang lain mempunyai peraturan yang menetapkan keperluan undang-undang untuk memastikan keselamatan dan kesihatan bukan sahaja pekerja di tempat kerja tetapi juga orang awam. Garis panduan ini terpakai di semua tempat kerja dalam aktiviti kendalian bangunan dan kerja-kerja binaan kejuruteraan di Malaysia yang dilindungi oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139), dan semua peraturan yang dibuat di bawahnya. Ianya disusun sebagai rujukan berguna dan hendaklah dibaca bersama dengan perundangan yang dinyatakan di atas dan kod amalan industri yang lain. Dalam dokumen ini, istilah hendaklah dan haruslah digunakan. Hendaklah digunakan apabila terdapat keperluan perundangan dan teknikal untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Haruslah digunakan sebagai cara untuk menyatakan keutamaan. Ianya tidak menyatakan keperluan mandatori kerana alternatif lain mungkin mencapai hasil yang setara. 2.0 2.1 2.2 TAKRIF Majikan ertinya majikan langsung atau majikan utama atau kedua-duanya (Seksyen 3, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994) Pemaju bermaksud mana-mana orang, kumpulan orang, syarikat, firma atau persatuan yang terlibat dalam atau yang menjalankan perniagaan membangunkan atau menyediakan wang untuk pembangunan atau pembelian atau separa membangunkan atau menyediakan wang untuk membeli bangunan. (Seksyen 3, Akta Jalan, Penyaliran, dan Bangunan 1974 (Akta 133) 1

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

2.3

Kontraktor ertinya seseorang yang mengikat satu kontrak bagi maksud menjalankan apa-apa kendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan dan termasuklah kontraktor utama atau sub-kontraktor (Peraturan 2, PeraturanPeraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Kontraktor Utama ertinya seseorang yang mengikat kontrak dengan pemunya atau penyewa harta atau agennya bagi maksud menjalankan kendalian bangunan atau kerja-kerja binaan kejuruteraan. (Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan ertinya seseorang yang mana berdaftar di bawah peruntukan peraturan 6(1), Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997. Orang Yang Ditetapkan ertinya orang yang kompeten yang dilantik oleh majikan untuk menjalankan apa-apa kerja penyeliaan atau pemeriksaan atau melaksanakan apa-apa tugas atau kewajipan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan KerjaKerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986. Penyelia Keselamatan Kontraktor ertinya penyelia keselamatan kontraktor yang dilantik di bawah peraturan 26, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986. Penyelia Keselamatan Tapak Bina ertinya penyelia keselamatan tapak bina yang dilantik di bawah peraturan 25, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986. Jurutera Profesional ertinya Jurutera Profesional berdaftar sebagaimana yang ditakrifkan oleh seksyen 2 Akta Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2002.

2.4

2.5

2.6

2.7

2.8

2.9

3.0 3.1

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG Tertakluk di bawah seksyen 17(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri, untuk menjalankan pengusahaannya dengan cara memastikan, setakat yang praktik, bahawa dia dan orang-orang lain, yang bukan pekerjanya, yang mungkin tersentuh oleh pengusahaan itu tidak terdedah kepada risiko kepada keselamatan atau kesihatan mereka oleh sebab pengusahaan itu. 2

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

3.2

Tertakluk di bawah seksyen 17(2) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri, dalam hal keadaan yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan, untuk memberi orang-orang, yang bukan pekerjanya yang mungkin tersentuh dengan cara dia menjalankan pengusahaannya, maklumat yang ditetapkan tentang apa-apa aspek cara dia menjalankan pengusahaannya yang boleh menyentuh keselamatan atau kesihatan mereka.

4.0 4.1

PEMBERITAHUAN OPERASI Tertakluk di bawah seksyen 35 Akta Kilang dan Jentera 1967, setiap orang yang menjalankan mana-mana kendalian bangunan atau kerja-kerja binaan kejuruteraan hendaklah memberitahu secara bertulis kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam tempoh tidak lewat daripada tujuh hari dari permulaan aktiviti-aktiviti pembinaan. Pemberitahuan tersebut dikecualikan bagi aktiviti-aktiviti pembinaan yang boleh disiapkan dalam tempoh masa kurang daripada enam (6) minggu dan tidak melibatkan penggunaan jentera.

4.2

5.0

PEMBERITAHUAN DAN PELAPORAN KEMALANGAN DAN KEJADIAN BERBAHAYA Di bawah seksyen 32 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, seseorang majikan hendaklah memberitahu pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdekat tentang apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan, atau penyakit pekerjaan yang telah terjadi atau mungkin akan terjadi di tempat kerja. Kaedah pemberitahuan dan pelaporan kemalangan hendaklah mematuhi Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004.

5.1

5.2

6.0 6.1

ORGANISASI KESELAMATAN DAN KESIHATAN Dasar Keselamatan dan Kesihatan Setiap majikan hendaklah menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar amnya berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja dan organisasi dan perkiraan yang sedang berkuat kuasa bagi menjalankan dasar itu, dan membawa pernyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian kesemua pekerjanya. (Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

3

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

6.2

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Kontraktor utama di tapak kerja yang mana empat puluh orang atau lebih sedang digajikan (sama ada oleh kontraktor utama atau kontraktor-kontraktor lain yang digajikan oleh kontraktor utama atau oleh pelanggan) hendaklah menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan (yang mana keduadua pihak pekerja dan pihak majikan diwakili) bagi maksud mengkaji semula keadaan di tapak kerja yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang-orang yang bekerja di dalamnya dan juga orang awam. (Seksyen 30, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996)

6.3

Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Setiap majikan hendaklah menubuhkan, melaksanakan dan menyelenggarakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan hendaklah mematuhi keperluan Piawaian Malaysia yang berkaitan atau apa-apa sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan lain yang setara yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

6.4

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Setiap kontraktor bagi kendalian bangunan dan kerja-kerja binaan kejuruteraan hendaklah menggaji seorang pegawai keselamatan dan kesihatan jika jumlah harga kontrak bagi projek melebihi dua puluh juta Ringgit Malaysia. (Seksyen 29, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997)

6.5

Penyelia Keselamatan Tapak Kontraktor utama di sesuatu tapak bina kerja hendaklah melantik seorang penyelia keselamatan tapak bina separuh masa yang menghabiskan masanya sekurang-kurangnya lima belas jam seminggu khusus mengenai pengawasan keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat amnya di tapak bina. (Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan) dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986).

6.6

Penyelia Keselamatan Kontraktor Tiap-tiap kontraktor selain daripada kontraktor utama yang bertanggungjawab atas tapak bina kerja yang menggaji lebih dari dua puluh orang pekerja untuk bekerja di tapak bina kerja hendaklah melantik seorang penyelia keselamatan kontraktor separuh masa, yang hendaklah menghabiskan masanya sekurang-kurangnya lima jam seminggu khusus mengenai pengawasan keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat amnya oleh pekerjanya. (Peraturan 26, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986).

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

4

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

7.0 7.1

KEWAJIPAN AM MAJIKAN Setiap pemaju, kontraktor utama, kontraktor dan sub-kontraktor hendaklah mempunyai satu kenyataan bertulis dasar amnya berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjanya di tempat kerja dan orang lain yang bukan pekerjanya, yang mungkin terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan mereka. (Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994) Setiap kontraktor utama, kontraktor dan sub-kontraktor hendaklah menyediakan suatu manual keselamatan dan kesihatan yang mengandungi peruntukan untuk mengawal keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang awam. (Seksyen 15(2)(a), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994) Setiap kontraktor utama, kontraktor dan sub-kontraktor hendaklah membuat suatu perkiraan semasa operasi, pengendalian, pengangkutan, penyimpanan loji dan bahan, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang awam. (Seksyen 15(2)(b), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994) Setiap pemaju, kontraktor utama, kontraktor dan sub-kontraktor hendaklah memastikan bahawa semua pekerja telah dimaklumkan dengan jelas berkaitan hazad pekerjaan mereka dan langkah berjaga-jaga yang perlu dan penyeliaan secukupnya untuk mengelakkan kemalangan, kecederaan dan risiko kepada kesihatan, khususnya kepada pekerja muda, pekerja yang baru diambil bekerja, pekerja yang buta huruf dan pekerja asing. (Seksyen 15(2)(c), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994) Setiap pemaju, kontraktor utama, kontraktor dan sub-kontraktor hendaklah menyediakan peruntukan yang secukupnya bagi memastikan bahawa peruntukan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjanya dan orang awam dilaksanakan dan dipelihara. Setiap pemilik, pemaju, kontraktor utama, kontraktor dan sub-kontraktor hendaklah mengambil langkah secukupnya untuk membangun dan menggalakkan program keselamatan dan kesihatan untuk memastikan bukan sahaja keselamatan dan kesihatan pekerjanya, malah orang awam juga.

7.2

7.3

7.4

7.5

7.6

8.0 8.1

KEWAJIPAN AM ARKITEK, JURUTERA DAN PEREKA BENTUK Di peringkat perancangan apa-apa kerja pembinaan atau kejuruteraan awam yang dicadangkan, pertimbangan khusus hendaklah diberikan, oleh mereka yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk dan pembinaan, kepada keselamatan pekerja dan orang awam yang kemudiannya akan terjejas disebabkan oleh loji yang berkaitan dengan proses pembinaan struktur tersebut. 5

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

8.2

Arkitek, jurutera dan golongan profesional lain, perlulah mengelak daripada memasukkan ke dalam reka bentuk mereka apa-apa perkara yang boleh mengundang penggunaan prosedur pembinaan yang tidak terjamin dan berbahaya, yang mana ia boleh dielakkan dengan pengubahsuaian reka bentuk, haruslah mengambil langkah berhati-hati. Arkitek, jurutera dan golongan profesional lain haruslah mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak memasukkan apa-apa ke dalam reka bentuk yang memerlukan penggunaan prosedur pembinaan yang tidak selamat dan menimbulkan bahaya yang tidak sepatutnya. Ini boleh dielakkan dengan pengubahsuaian reka bentuk, jika perlu. Adalah amat penting bagi jurutera mengambil kira masalah keselamatan yang berkaitan dengan penyenggaraan berikutnya bagi loji yang boleh menimbulkan bahaya. Kemudahan berkaitan keselamatan dan kesihatan haruslah dimasukkan ke dalam reka bentuk bagi memastikan kerja yang akan dilaksanakan tersebut mempunyai risiko yang minimum. Langkah-langkah haruslah diambil untuk memastikan bahawa semua program keselamatan dan kesihatan dilaksanakan dengan berkesan dan disenggara sebaik mungkin.

8.3

8.4

8.5

8.6

9.0

PENGENALPASTIAN HAZAD, PENAKSIRAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC) Semasa merancang kaedah kerja, penaksiran yang sesuai dan cukup haruslah dilaksanakan dan direkodkan. Kaedah, bahan dan peralatan haruslah dipilih untuk menyingkirkan atau meminimumkan risiko di tempat kerja. Majikan bertanggungjawab melaksanakan penaksiran risiko. Prinsip penaksiran risiko yang disenaraikan di bawah haruslah dipatuhi semasa menentukan kaedah dan jujukan kerja: a) b) c) pengenalpastian hazad yang wujud daripada kerja yang dicadangkan; penaksiran risiko (kebarangkalian dan keterukan) apa-apa kemudaratan yang mungkin timbul; pengalihan risiko, jika boleh dengan menukar kaedah atau proses yang dicadangkan; kawalan bagi risiko yang masih ada; semak, dan jika sesuai, kemaskini. 6

9.1

9.2

d) e)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

10.0

PELAN TINDAKAN KECEMASAN Pelan tindakan kecemasan haruslah diwujudkan dan disenggarakan. Ia haruslah mengenal pasti kemungkinan berlakunya kemalangan dan situasi kecemasan, dan menangani pencegahan risiko keselamatan dan kesihatan berkaitan dengannya. Ia haruslah dirangka menurut saiz dan bentuk aktiviti berdasarkan standard antarabangsa yang berkaitan. Ia haruslah: a) memastikan maklumat, komunikasi dalaman dan penyelarasan yang perlu disediakan untuk melindungi semua orang sekiranya berlaku kecemasan di tapak kerja; menyediakan maklumat dan komunikasi dengan pihak berkuasa yang berkenaan dan kejiranan serta perkhidmatan kecemasan; memberi perhatian kepada pertolongan cemas, pencegahan kebakaran dan pengosongan di tapak pembinaan; dan menyediakan maklumat dan latihan yang berkaitan kepada semua warga organisasi, di semua peringkat, termasuk latihan berkala dalam tindakan kecemasan.

b) c) d)

11.0 11.1

PAGAR ADANG Tapak kerja haruslah dikepung sepenuhnya dengan pagar adang pelindung supaya orang awam akan dilindungi daripada kerja yang sedang dijalankan. Pagar adang haruslah dapat melindungi bukan sahaja orang awam daripada bahaya di tapak kerja tetapi juga bertindak sebagai penghalang atau pagar keselamatan untuk mencegah orang lain daripada menceroboh ke dalam tapak kerja. Pagar adang haruslah tidak kurang daripada 1800 mm tinggi dan berterusan ke permukaan tanah. Ia haruslah direka bentuk dan dibina dengan betul menurut spesifikasi pihak berkuasa tempatan dan disenggara supaya sentiasa berkeadaan baik. Jarak selamat di antara tapak kerja dengan pagar adang haruslah bersesuaian. Sekiranya jarak dari tempat awam ke bangunan yang sedang dibina mungkin menyebabkan ada bahan jatuh menimpa pejalan kaki atau lalu lintas kenderaan, maka bumbung pejalan kaki haruslah disediakan. Semasa pembinaan pagar adang, prosedur kerja selamat haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan orang awam. 7

11.2

11.3

11.4

11.5

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

11.6

Pintu keluar masuk ke tapak kerja haruslah ditempatkan di mana kedudukannya dapat mencegah bahaya dan mengelakkan kesulitan kepada orang awam. Keselamatan yang sesuai haruslah disediakan untuk mencegah orang yang tidak berkenaan dan orang awam memasuki tapak kerja. Tanda amaran yang sesuai haruslah disediakan di tempat yang mudah dilihat. Tidak dibenarkan menampal iklan pada pagar adang kecuali tanda amaran. Perkiraan haruslah dibuat supaya sebarang parkir atau aktiviti penjajaan tidak dijalankan di tepi pagar adang apabila terdapat aktiviti atau operasi berisiko tinggi dilaksanakan yang boleh menimbulkan hazad di kawasan sekeliling.

11.7

11.8

11.9

11.10 Semua bahan binaan haruslah disimpan dan dikendalikan di dalam lingkungan pagar adang. 11.11 Struktur jentera pembinaan haruslah ditempatkan di dalam lingkungan pagar adang supaya tidak menjejaskan keselamatan awam sekiranya struktur tersebut runtuh. 11.12 Pintu pagar haruslah direka bentuk dengan sesuai dan kukuh.

12.0 12.1

PERGERAKAN LALU LINTAS KENDERAAN Semua kenderaan yang digunakan di tapak kerja hendaklah sesuai untuk digunakan di jalan dan mematuhi keperluan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Tiada seseorang pun dibenarkan memandu kenderaan dari mana-mana kelas atau jenis di dalam kawasan binaan melainkan jika ia pemegang lesen memandu yang memberi kuasa kepadanya untuk memandu kenderaan dari kelas atau jenis itu. (Peraturan 18(2)(b), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986). Reka bentuk kawalan lalu lintas hendaklah mematuhi standard yang ditetapkan dan dikawal oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Apabila mana-mana kerja dilakukan ke atas, di atas atau di kawasan berhampiran dengan lebuh raya atau mana-mana tempat lain yang mana kenderaan awam keluar masuk boleh mendatangkan bahaya kepada orang 8

12.2

12.3

12.4

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

awam, kawasan kerja itu hendaklah diadang, tanda amaran dan lampu amaran yang cukup dan sesuai hendaklah dipasang untuk mengarahkan kenderaan supaya perlahan dan lalu jauh daripada tempat itu, dan jika perlu, lalu lintas hendaklah dikawal khas oleh orang yang ditetapkan. (Peraturan 18(1), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986). 12.5 Kenderaan yang tiba di tapak dan yang meninggalkan tapak haruslah dijadualkan dengan teratur untuk meminimumkan kesesakan yang berlaku di jalan awam yang menuju ke tapak kerja. Kenderaan haruslah diparkir di kawasan yang dikhaskan di dalam kawasan lingkungan pagar adang semasa memuat atau memunggah muatan. Apabila dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk meletakkan kenderaan yang mengangkut bahan ke tapak kerja di luar kawasan pagar adang, maka langkah keselamatan yang sesuai haruslah diambil. Langkah tersebut haruslah termasuk mengepung kawasan letak kenderaan tersebut dan tanda amaran, lampu amaran serta pengawal laluan haruslah disediakan. Sekiranya jentera pembinaan benar-benar diperlukan untuk melaksanakan kerja dari luar lingkungan pagar adang, kawasan operasi jentera di luar lingkungan pagar adang haruslah dikepung. Tanda amaran dan lampu yang sesuai serta pengawal laluan haruslah disediakan. Kenderaan untuk mengangkut bahan binaan, puing dan bahan pengorekan haruslah bersih, disenggara dan boleh berfungsi dengan baik. Jika kenderaan tersebut membawa bahan cerai, maka bahan tersebut haruslah ditutup dan diikat dengan kuat untuk memastikan tidak ada bahan melimpah ke atas jalan awam.

12.6

12.7

12.8

12.9

12.10 Bahan berbahaya haruslah dijadikan tidak mudarat dan selamat dikendalikan ketika diangkut di atas jalan awam. 12.11 Di kawasan kediaman, enjin kenderaan berat tidak boleh dibiarkan melahu tanpa sebab agar tidak menjadi kacau ganggu kepada orang awam pada waktu malam dan pada hari kelepasan. 12.12 Kenderaan tidak harus dipandu pada kelajuan yang melebihi had laju yang dibenarkan. 12.13 Kenderaan tidak harus dimuatkan melebihi muatan yang dibenarkan dan semua bahan cerai haruslah dibungkus dengan rapi sebelum diangkut. 12.14 Untuk mengelakkan kemalangan, pintu pagar utama hendaklah mempunyai pengawal laluan jika ia bersebelahan dengan jalan utama.Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

9

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

13.0 13.1

NYAHSAMBUNG UTILITI Kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan haruslah diperolehi sebelum apa-apa kerja untuk nyahsambung utiliti contohnya kabel elektrik dan talian paip dijalankan. Nyahsambung utiliti haruslah dilaksanakan oleh orang yang kompeten.

13.1

14.0 14.1

KERJA PEROBOHAN Am 14.1.1 Pemilihan kaedah perobohan haruslah mengambil kira saiz, kekuatan dan kedudukan struktur untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang awam. Kajian penaksiran risiko haruslah dilaksanakan untuk menentukan sebab yang mungkin boleh terjadi bagi ketidakstabilan struktur dan menyediakan pelan tindakan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan. Kerja perobohan haruslah dilaksanakan dengan cara yang tidak menjejaskan kestabilan struktur dan struktur bersebelahan, yang mungkin menyebabkan struktur tersebut roboh tanpa dirancang. Dalam merobohkan struktur yang berhampiran dengan kawasan awam, kerja meroboh haruslah dilaksanakan di luar waktu puncak. Semua kerja perobohan haruslah dijalankan oleh orang terlatih di bawah penyeliaan orang yang ditetapkan. Aktiviti kerja perobohan tidak harus diteruskan dalam keadaan cuaca buruk, seperti angin kencang atau ribut yang boleh menyebabkan struktur yang lemah roboh.

14.1.2

14.1.3

14.1.4

14.1.5 14.1.6

14.2

Kerja Persediaan 14.2.1 Sebelum operasi perobohan bermula: a) b) pemeriksaan sewajarnya haruslah dilakukan oleh orang yang ditetapkan; jika perlu untuk mengelakkan bahaya, bahagian struktur yang tidak stabil haruslah dipastikan selamat; dan 10

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

c)

semua utiliti haruslah dinyahsambung dengan betul atau dimatikan pada atau di luar sempadan kawasan tapak.

14.2.2

Zon bahaya di sekitar struktur haruslah dipagar secukupnya atau diletakkan tanda amaran. Sebelum kerja perobohan bermula, struktur haruslah bebas daripada apa-apa bahan toksik atau berbahaya (misalnya bahan asbestos). Sekiranya sesuai, perancah logam yang dilitupi jaring sisi haruslah dibina sekeliling bangunan atau struktur yang akan dirobohkan. Sebelum kerja perobohan dilaksanakan, pastikan bahan ini ditanggalkan: a) b) c) d) kaca pada pintu, tingkap dan sebagainya; objek cerai; bahagian terjulur; dan b a h a n b o l e h m e l e t u p , m u d a h t e r b a k a r, t o k s i k d a n memudaratkan.

14.2.3

14.2.4

14.2.5

14.3

Pelantar Tadah untuk Operasi Perobohan 14.3.1 Semasa kerja meroboh bahagian luar dinding yang struktur asalnya melebihi 12.2 meter tinggi, pelantar tadah hendaklah dibina di sepanjang permukaan luar dinding tersebut, yang mana perlu untuk mengelakkan kecederaan kepada orang ramai dan juga orang yang bekerja di bawah. (Peraturan 43(1),Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986) Pelantar itu hendaklah direka bentuk oleh Jurutera Profesional dan diperakui selamat sebelum dibina dan digunakan.(Peraturan 43(2), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986) Pelantar tadah itu hendaklah dibina dan dipastikan pada jarak tidak melebihi dari 6 meter di bawah tingkat dimana kerja-kerja membuang dinding luar sedang dijalankan. (Peraturan 43(3), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986) Pelantar tadah tidak boleh digunakan sebagai tempat menyimpan bahan atau sebagai pelantar kerja atau tempat laluan. (Peraturan 43(4), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986) 11

14.3.2

14.3.3

14.3.4

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

14.4

Semasa Kerja Perobohan 14.4.1 Semasa kerja perobohan, kontraktor haruslah: a) b) c) d) e) menyediakan, untuk pekerja dan orang awam, maklumat yang sewajarnya berhubung dengan bahaya keselamatan dan kesihatan semasa kerja perobohan; mengikut jujukan dan kaedah perobohan yang disediakan oleh jurutera kerja perobohan/struktur; memastikan tapak dalam keadaan selamat dan mematuhi kehendak pelan keselamatan dan kesihatan; menyediakan pekerja dengan semua kelengkapan pelindung diri (PPE) yang sesuai berkaitan risiko keselamatan dan kesihatan yang mereka terdedah; dan mengambil langkah yang secukupnya untuk memastikan puing atau kawasan kerja dilembapkan secukupnya untuk memerapkan debu.

15.0 15.1

PELETUPAN DAN PENGGUNAAN BAHAN LETUPAN Kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diperolehi sebelum aktiviti peletupan dilaksanakan. Bahan letupan tidak boleh dikendalikan atau digunakan kecuali mengikut arahan pembuat. (Peraturan 135, PeraturanPeraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Semua kerja peletupan hendaklah dilakukan oleh orang yang terlatih di bawah kawalan terus orang yang ditetapkan yang mempunyai latihan, pengetahuan atau pengalaman dalam bidang pengangkutan, penyimpanan, pengendalian, dan penggunaan bahan letupan. (Peraturan 135, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Sebelum diletupkan, pemunya hendaklah mengambil semua langkah berjagajaga melindungi nyawa dan harta benda seperti batu yang berterbangan, habuk dan gegaran. Notis amaran hendaklah diberi kepada semua penduduk dan mereka dalam kawasan yang berhampiran dengan kendalian letupan itu. (Peraturan 145, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986) Semua penggunaan dan pengendalian bahan letupan hendaklah diberhentikan serta-merta, apabila ribut petir akan berlaku, dan semua pekerja di dalam kawasan itu hendaklah dengan serta-merta mencari tempat perlindungan yang selamat sebagaimana yang diarahkan oleh orang yang bertanggungjawab bagi letupan itu. (Peraturan 146, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) 12

15.2

15.3

15.4

15.5

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

15.6

Struktur yang ditandakan untuk dirobohkan menggunakan bahan letupan haruslah dikepung dengan pagar adang dan tanda bahaya yang secukupnya dipamirkan. Sebelum meledak, peletup hendaklah membunyikan amaran yang kuat yang boleh didengar oleh semua orang yang berada di dalam zon bahaya dan mereka itu hendaklah berundur ke jarak yang selamat atau ke tempat perlindungan yang selamat. Tiada letupan boleh diledak semasa mana-mana orang berada di dalam zon bahaya sebagaimana yang ditentukan oleh peletup. (Peraturan 142, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Kawalan keselamatan, papan tanda dan bendera merah haruslah digunakan sepanjang masa untuk mengelakkan orang yang tidak berkenaan masuk ke kawasan tersebut. Penghuni bangunan bersebelahan haruslah diberikan surat pekeliling untuk memaklumi mereka tentang kerja-kerja peletupan tersebut dan untuk menjelaskan langkah keselamatan yang diambil. Orang awam juga haruslah dimaklumkan oleh media tentang penutupan jalan yang berdekatan.

15.7

15.8

15.9

15.10 Selepas kerja perobohan dengan kaedah letupan, kawasan dan bangunan di kawasan berdekatan haruslah disahkan selamat oleh orang yang kompeten. 16.0 16.1 PEMBUANGAN PUING Puing hendaklah diangkut dan dibuang mengikut cara yang tidak membahayakan keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang awam. (Peraturan 22(1), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Puing tidak boleh dibiarkan berlonggok sehingga menjadi suatu bahaya.(Peraturan 22(2), Peraturan-Peraturan K i l a n g d a n J e n t e r a (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Puing hendaklah sentiasa dilembap secukupnya supaya habuk terperap. (Peraturan 22(3), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986) Di mana sahaja bahan dijatuhkan dari ketinggian lebih daripada 6 meter ke mana-mana tempat di luar dinding bangunan, pelongsor kayu bertutup, atau bahan dengan kekuatan setara hendaklah digunakan. (Peraturan 123(1), Peraturan-Peraturan Pengendalian Bangunan dan Kerja Binaan Kejuruteraan (Keselamatan), 1986)

16.2

16.3

16.4

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

13

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

17.0 17.1

PEMBERSIHAN TAPAK Penebangan pokok haruslah dilakukan oleh orang terlatih untuk menjaga keselamatan awam dan untuk mengelakkan kerosakan harta awam. J i k a ta p a k b e r a d a b e r d e k a t a n kawasan yang telah dibangunkan, pagar adang hendaklah dibina dengan meletakkan papan tanda yang betul dan mencukupi untuk mengelakkan orang yang tidak berkenaan masuk ke kawasan tapak. Perkiraan haruslah dibuat untuk mengelak tanah runtuh, lubang benam dan banjir atau keadaan tanah tak stabil yang lain. Perkiraan ini haruslah mematuhi keperluan pihak berkuasa yang berkenaan. Semua jalan keluar masuk di tapak haruslah disenggara dalam keadaan selamat. Setiap langkah haruslah diambil untuk mengekang pembentukan debu yang disebabkan oleh kenderaan. Langkah berjaga-jaga haruslah diambil untuk melindungi utiliti bawah tanah dan utiliti atas kepala yang sedia ada (jika ada) terutamanya kabel elektrik untuk mengelakkan apa-apa kemalangan yang tak sepatutnya berlaku semasa kerja pembersihan tapak jika penempatan semula perkhidmatan tersebut tidak dapat dilakukan.

17.2

17.3

17.4

17.5

17.6

18.0 18.1

KERJA PENGOREKAN Semua laluan pejalan kaki awam, laluan tepi, dan laluan masuk terus bersempadankan dengan atau merentasi kawasan korekan hendaklah disediakan dengan rel-rel pengadang atau pagar-pagar papan yang kukuh. Sebagai tambahan, lorong jalan kaki sementara di sebelah susur jalan hendaklah dibina dengan kukuh dan diperuntukkan dengan perlindungan di kedua-dua belah lorong itu. (Peraturan 111(1) Peraturan Pengendalian Bangunan dan Kerja Binaan Kejuruteraan (Keselamatan), 1986) 14

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

18.2

Semasa gelap, semua laluan tepi bagi orang awam hendaklah diterangi secukupnya dan lampu amaran atau suar hendaklah diletakkan di sekitar kawasan korekan untuk memastikan keselamatan kepada orang-orang berjalan kaki dan lalu-lintas kenderaan-kenderaan awam.(Peraturan 111(3), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan KerjaKerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Apabila kenderaan atau loji pembinaan menggunakan jalan raya awam, pemberitahuan atau papan tanda amaran haruslah diletakkan di semua laluan keluar masuk ke kawasan kerja untuk memberikan amaran kepada semua orang di kawasan tersebut. Semua kerja yang dijalankan di atas jalan atau lebuh raya hendaklah mendapat kelulusan pihak berkuasa sebelum apa-apa kerja bermula. Papan tanda amaran sementara hendaklah dibina dan kawalan lalu lintas dilaksanakan menurut keperluan pihak berkuasa berkenaan. Apabila terdapat sebarang keraguan tentang kestabilan struktur di sebelah atau di atas kawasan yang hendak dikorek, struktur itu hendaklah ditupang, apabila perlu, dengan cara menupang bawah, cerucuk turap, sangga, merembat atau dengan cara-cara lain dibuat atau didirikan mengikut reka bentuk Jurutera Profesional untuk mencegah kecederaan kepada manamana orang. (Peraturan 112, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Kawasan korekan dan kawasan sekitarnya hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan setiap kali berlakunya hujan ribut atau kejadian yang meningkatkan bahaya yang lain dan perlindungan terhadap gelinciran tanah dan runtuhan hendaklah dipertingkatkan, jika perlu. (Peraturan 113(2), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan KerjaKerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Cerucuk keping sementara yang dipasang untuk membolehkan pembinaan dinding peneguh tidak boleh dicabut sehingga dinding itu mencapai kekuatan yang penuh. (Peraturan 113(3), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986) Di mana benteng dipotong pada bahagian bawah, penyangga yang secukupnya hendaklah disediakan untuk menupang bahan-bahan yang tergantung. (Peraturan 113(4), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Bahan-bahan korekan dan bahan-bahan tertindih lain hendaklah ditempatkan pada jarak selamat dari pinggir pengorekan terbuka dan peparit, dan hendaklah ditimbun atau ditahan supaya tidak ada bahan yang boleh jatuh ke dalam pengorekan, atau menyebabkan tebing menggelongsor atau menyebabkan perubahan mendadak pada dasar pengorekan. Semasa menentukan jarak selamat, pertimbangan hendaklah diberikan kepada kedalaman dan cerun pengorekan, jenis tanah dan berat beban tertindih. 15

18.3

18.4

18.5

18.6

18.7

18.8

18.9

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

18.10 Batu-batu cerai atau bahan-bahan lain yang boleh gelongsor, terguling atau jatuh ke atas mana-mana orang yang berada di bawah, hendaklah dibuang daripada benteng. (Peraturan 113(6), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986) 18.11 Korekan tepi yang terbuka di mana seseorang boleh terjatuh lebih daripada 3 meter hendaklah diadang dengan kepungan yang mencukupi dan papan tanda amaran yang sesuai hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dilihat. (Peraturan 113(7), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) 18.12 Kolam takungan air dan kolam perangkap lumpur haruslah disediakan untuk mengelakkan berlakunya banjir dan pencemaran sistem saliran dan kawasan sekitar. 19.0 19.1 19.2 KERJA CERUCUK Kerja cerucuk haruslah dikendalikan oleh orang terlatih. Jentera cerucuk yang menghasilkan getaran, bunyi bising, asap dan bahan cemar lain yang berlebihan tidak harus digunakan di dalam kawasan berdekatan tempat awam untuk memulihara persekitaran dan perlindungan kesihatan orang awam. Apabila terdapat sebarang keraguan tentang kestabilan struktur yang berhampiran dengan kawasan yang hendak dicerucukkan, struktur itu hendaklah ditupang di mana perlu, dengan cara menupang bawah, mencerucuk keping, menyangga, merembat, atau dengan cara-cara lain mengikut reka bentuk Jurutera Profesional untuk mengelakkan kecederaan kepada sesiapa jua. (Peraturan 124, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Semua alat pelantak cerucuk hendaklah diperiksa setiap hari oleh orang yang ditetapkan sebelum memulakan kerja dan tiap-tiap kecacatan hendaklah dibetulkan dengan segera sebelum pelantakan cerucuk bermula. (Peraturan 125, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Langkah-langkah keselamatan yang wajar hendaklah diambil untuk memberi amaran supaya jangan sesiapa menghampiri kawasan dalam lingkungan 50 meter di mana ujian beban cerucuk sedang dijalankan.(Peraturan 133(2), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan KerjaKerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) 16

19.3

19.4

19.5

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

19.6

Sebelum pelantak cerucuk ditempatkan atau dimajukan, keadaan tanah itu hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan dan, jika perlu, untuk mendapatkan tapak yang kukuh dan rata, kayu hendaklah diletakkan. Selepas pelantak cerucuk itu ditempatkan atau dimajukan, pemeriksaan dan pembetulan ke atas tapak hendaklah dibuat, apabila perlu, untuk mengekalkan kestabilannya. (Peraturan 134, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986) Kesan bunyi bising boleh dikurangkan di kawasan sumber, misalnya dengan menggunakan pelapik bukan logam di antara penukul dengan penutup pelantak dan memasang lingkungan akustik yang melingkungi penukul dan keseluruhan panjang cerucuk yang dilantak. Bagi bunyi bising yang berterusan seperti dari enjin diesel, hingar ini boleh dikurangkan dengan menggunakan penyenyap ekzos yang lebih berkesan atau mereka bentuk kanopi akustik untuk menggantikan penutup enjin. Semua kelengkapan dan loji mekanikal haruslah disenggara dengan baik sepanjang kerja melantakkan cerucuk.

19.7

19.8

19.9

20.0 20.1 20.1.1

SUPERSTRUKTUR Perancah Ti a p - t i a p p e r a n c a h d a n t i a p - t i a p bahagiannya hendaklah dibina dengan baik, dari bahan yang sesuai dan baik dan mempunyai kekuatan yang mencukupi bagi maksud yang hendak digunakannya. (Peraturan 72(1), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986) Ti a p - t i a p p e r a n c a h d a n t i a p - t i a p bahagiannya hendaklah mematuhi Piawaian Malaysia atau mana-mana piawaian antarabangsa yang berkaitan. Tiada perancah boleh dibina atau sebahagian besarnya diubah atau dirombak kecuali di bawah penyeliaan orang yang ditetapkan. (Peraturan 74(1), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

20.1.2

20.1.3

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

17

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

20.1.4

Semua bahagian yang hendak digunakan untuk pembinaan perancah hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan setiap kali sebelum ia digunakan. (Peraturan 74(2), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Setiap pengendali perancah hendaklah berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Pengendali perancah hendaklah sentiasa menggunakan sistem yang selamat semasa memasang, mengubah suai dan merombak perancah. Ini biasanya termasuklah penggunaan abah-abah keselamatan. Semua perancah perlu dirembat untuk membantu mencegah keruntuhan. Semua perancah, termasuk perancah independent, haruslah ditambat selamat, atau disokong. Lebih banyak tambatan diperlukan jika: (a) perancah dilitup atau dipasang jaring yang akan mengakibatkan beban angin yang bertambah; (b) ia digunakan sebagai pelantar untuk memunggah bahan atau kelengkapan; atau (c) pesawat angkat, perkakas angkat atau pelongsor sampah disambungkan padanya.

20.1.5

20.1.6

20.1.7

20.1.8

Pembinaan perancah dan jaringan sisi haruslah satu tingkat lebih tinggi dari lantai struktur yang dalam pembinaan untuk memastikan tiada objek yang boleh jatuh di tepi luar bangunan. Tiap-tiap perancah hendaklah disenggara dengan sempurna dan tiaptiap bahagiannya hendaklah dipasang kekal, dikukuhkan atau diletakkan dalam keadaan supaya dapat mencegah, setakat mana yang praktik, daripada teranjak ke tempat lain dengan tidak sengaja. (Peraturan 73(1), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan KerjaKerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)

20.1.9

20.1.10 Tiap-tiap perancah tiub logam yang melebihi 40 meter tingginya dan tiap-tiap perancah lain yang melebihi 15 meter tingginya hendaklah dibina mengikut reka bentuk dan lukisan Jurutera Profesional. (Peraturan 75(1), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) 20.1.11 Perancah hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan: (a) sebelum digunakan kali pertama; (b) selepas banyak melakukan pengubahsuaian dan selepas apa-apa kejadian yang mungkin menjejaskan kestabilan perancah, misalnya selepas hujan lebat atau angin kencang; dan (c) dalam tempoh yang tetap tetapi tidak melebihi tujuh hari. 18

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

20.2 20.2.1

Jaring Keselamatan dan Jaring Sisi Tiap-tiap jaring keselamatan hendaklah disangkut kepada tambatan atau tupang yang secukupnya di sebelah luar dan melampaui kawasan yang mana seseorang mungkin terjatuh dan di tupang yang tingginya mencukupi untuk mengelakkan daripada melendut ke permukaan atau barang di bawah semasa menahan kejatuhan seseorang. (Peraturan 55(3), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Setiap jaring keselamatan hendaklah mematuhi mana-mana piawaian antarabangsa yang berkaitan. Jika perancah dibina di kawasan yang aktiviti pembinaannya boleh mendatangkan bahaya kepada pejalan kaki atau lalu lintas kenderaan dalam bentuk jatuhan objek, jaring sisi haruslah digunakan untuk melitupi perancah. Tiap-tiap jaring keselamatan atau kombinasi jaring-jaring keselamatan hendaklah mempunyai saiz dan keteguhan yang mencukupi dan hendaklah disediakan pada kawasan yang berkemungkinan seseorang itu boleh terjatuh. (Peraturan 55(2), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Jaring keselamatan dan jaring sisi yang koyak tidak boleh dipasang. Jaring keselamatan dan jaring sisi hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan sebelum setiap pemasangan. Jaring keselamatan, jaring sisi serta tupang hendaklah diperiksa setiap hari selepas setiap pemasangan. Pelantar Tadah Pelantar tadah haruslah dibina sepanjang muka luar bagi dinding luar untuk mengelakkan orang awam yang berada di bawah tercedera. Pelantar tadah boleh dibina daripada bahan selain daripada kayu dengan syarat bahawa bahan tersebut adalah sama kekuatannya dan selainnya tidak mengurangkan keselamatan terhadap bahan-bahan yang jatuh. (Peraturan 44(2), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986) Semua bahan cerai di kawasan tinggi haruslah diikat untuk mengelakkannya daripada diterbangkan daripada struktur oleh angin kuat. 19

20.2.2 20.2.3

20.2.4

20.2.5 20.2.6 20.2.7 20.3 20.3.1 20.3.2

20.3.3

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

20.4 20.4.1

Kerja Konkrit Kotak acuan dan penyangga hendaklah diperakui sebagai binaan yang selamat oleh Jurutera Profesional dan hendaklah dirembat atau diikat sekali dengan sempurnanya supaya dapat mengekalkan kedudukan dan bentuknya. (Peraturan 28(1), Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986) Kotak acuan termasuk penyangga, perembatan dan sokongan lain hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan: a) b) c) semasa pembinaan; semasa dan selepas meletakkan konkrit; dan selepas apa-apa kejadian yang mungkin menjejaskan kestabilan perancah, misalnya selepas hujan lebat atau angin kencang.

20.4.2

20.4.3

Semua kelengkapan konkrit dan acuan hendaklah diletakkan jauh dari tepian bangunan. Kawasan penyimpanan haruslah dikepung. KEMASAN Pemasangan panel kaca luar atau bahan pelapisan haruslah dilaksanakan oleh orang terlatih. Kerja pemasangan haruslah dihentikan apabila keadaan cuaca boleh menjadikan tidak selamat untuk melaksanakan kerja tersebut. Operasi mengecat haruslah dilaksanakan dalam cara yang meminimumkan penyerakan kabut cat dan wap pelarut ke kawasan awam.

20.4.4 21.0 21.1

21.2

22.0 22.1 22.1.1

PENGGUNAAN KELENGKAPAN ANGKAT Am Semua mesin angkat seperti kren menara, kren bergerak, kren derik, mesin angkat barang-barang, mesin angkat penumpang, gondola, dan assess platform yang hendak digunakan hendaklah mempunyai sijil perakuan kelayakan yang sah daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 20

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

22.1.2

Operator kren menara, kren bergerak dan kren derik hendaklah berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kontraktor bagi memasang, merombak dan menyelenggara kren menara, gondola, mesin angkat barang-barang, mesin angkat penumpang dan access platform hendaklah berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Setiap proses untuk memasang, merombak dan menyelenggara mesin angkat tersebut hendaklah dilaksanakan hanya oleh orang bertanggungjawab dan menurut arahan pembuat. Pembuat haruslah menyediakan semua spesifikasi untuk memasang, merombak dan menyelenggara mesin angkat tersebut. Tiap-tiap struktur atas, kren, cangkuk, blok, penyebar, strongback, anduh dan perkakas lain untuk mengangkat beban hendaklah dibina dengan baik dan dalam apa jua cara sesuai untuk tujuan tersebut. Pemilihan kren haruslah sesuai untuk tujuan yang dirancang. Pemilihan ini juga haruslah mengambil kira keadaan tapak kerja atau bagaimana kedudukan kren akan diletakkan. Perhatian hendaklah diberikan kepada jejari putaran kren pada luf maksimum untuk memastikan tiada halangan semasa berputar seperti talian kuasa atas, struktur berdekatan atau kren lain dan bahaya yang mungkin timbul berhampiran jalan masuk awam. Mana-mana bahagian kren tidak boleh mengunjur melebihi pagar adang kawasan tapak kerja. Tapak kerja haruslah dikepung sepenuhnya dengan pagar adang atau pagar atau kepungan sebelum pembinaan kren menara dimulakan. Ini adalah untuk melindungi orang awam daripada apa-apa bahaya semasa kerja sedang berjalan. Operasi angkat menggunakan kren haruslah mematuhi perkara berikut: (a) sentiasa dalam keadaan kerja yang selamat; (b) operator kren, penganduh dan jurutali haruslah mempunyai kebolehan, pengetahuan, atau kuasa yang sewajarnya; (c) operasi mengangkat beban tidak boleh dilakukan di luar pagar adang atau pagar kawasan tapak kerja. Jika operasi angkat perlu dilakukan 21

22.1.3

22.1.4

22.1.5

22.1.6

22.1.7

22.1.8

22.1.9

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

di luar pagar adang atau pagar kawasan tapak kerja, kelulusan bertulis daripada pihak berkuasa tempatan hendaklah diperolehi. Kawasan kerja haruslah dikepung dan kaedah kawalan orang awam, seperti papan tanda amaran, lampu amaran untuk mengarahkan orang awam atau lalu lintas menjauhi kawasan kerja dan kawalan oleh orang yang ditetapkan hendaklah disediakan. 22.1.10 Zon bahaya haruslah dikenal pasti sebelum apa-apa operasi mengangkat, memasang, membicu atau memanjat dan merombak kren dilaksanakan. Kawasan zon bahaya hendaklah dikepung. Jika zon bahaya melepasi pagar adang tapak kerja atau kawasan berpagar, maka kaedah kawalan awam seperti meletakkan papan tanda amaran, lampu amaran untuk mengarahkan orang awam atau lalu lintas menjauhi zon bahaya dan kawalan oleh orang yang ditetapkan hendaklah disediakan. 22.1.11 Bagi kren bergerak, langkah-langkah yang berikut haruslah dipatuhi bagi memastikan kren bergerak tersebut berada dalam keadaan stabil semasa menjalankan operasi: (a) semua outrigger haruslah dijulurkan secukupnya; (b) semua bicu haruslah diletakkan di atas tapak dan pengalas yang betul. Perhatian haruslah diberi untuk memastikan terdapat permukaan bearing yang cukup di bawah pengalas, terutamanya apabila tanah lembut atau dikambus balik; (c) kren haruslah berada di atas kawasan yang rata dan semua rasuk outrigger dilapik berhampiran hujung rasuk outrigger sekiranya berlaku ketidakstabilan. Pin tambatan haruslah diselak jika disediakan di dalam casis dan outrigger; (d) kayu asas bagi apa-apa pengalas, iaitu kayu yang diletakkan di atas permukaan tanah, haruslah diikat rapat, dan haruslah melitupi kawasan seluas yang mungkin untuk memindahkan bebannya ke atas permukaan tanah dengan selamat; (e) semua kayu pengalas haruslah dalam keadaan baik dan tiada kecacatan serta cukup kukuh; (f) lapisan pengalas asas haruslah cukup panjang, lebar dan tebal untuk meliputi kawasan yang diperlukan. Pengalas haruslah diletakkan di atas kawasan rata dan mampat; dan (g) pengalas tidak boleh dialihkan sehingga semua kerja selesai. 22.2 22.2.1 Pemasangan Pemasangan kren menara hendaklah dilaksanakan semasa cuaca baik sahaja. Turutan pemasangan haruslah dilakukan menurut arahan pembuat. Kontraktor haruslah memastikan bahawa tapak asas telah disahkan oleh Jurutera Profesional dan memastikan konkit mengukuh pada jangka masa yang ditetapkan. 22

22.2.2 22.2.3

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

22.2.4

Senarai semak yang merangkumi spesifikasi, saranan dan arahan pembuat untuk pemasangan selamat bagi kren haruslah dipatuhi dalam setiap perincian. Senarai semak tersebut haruslah diisi dan disemak oleh orang bertanggungjawab. Kerja Membicu Kerja membicu haruslah dilakukan menurut prosedur pembuat, dan dijalankan oleh orang kompeten. Kerja-kerja membicu hendaklah dilakukan ketika cuaca baik sahaja. Semua alat keselamatan membicu, tali dawai dan sistem membicu haruslah disemak oleh orang kompeten sebelum membicu kren dijalankan. Selepas setiap pembicuan, semua pengancingan haruslah diperiksa. Operasi Hanya operator kren yang berdaftar dibenarkan mengendalikan kren. Semua peranti keselamatan hendaklah diperiksa dan diuji serta berfungsi dengan baik sebelum mengendalikan kren. Penglihatan operator kren hendaklah tidak terhalang semasa mengendalikan kren atau menggerakkan beban dan dibantu oleh pengawal isyarat terlatih. Apabila kren tidak dikawal dari bawah, tetapi dikawal dari ruang pandu atas, maka isyarat tangan atau komunikasi suara haruslah digunakan antara operator kren dengan pengawal isyarat terlatih yang berada di bawah. Berat bahan yang hendak diangkat haruslah dinyatakan, dan tanggungjawab untuk menyemak beban haruslah ditetapkan. Beban yang melebihi had tidak boleh diangkat. Bahan haruslah diikat rapi sebelum penghantaran ke tapak kerja untuk memastikan bahan dapat diangkat dengan selamat oleh kren. Langkah berjaga-jaga khas harus digariskan dan diamalkan bagi operasi mengangkat yang luar biasa, seperti mengangkat panel lebar, yang boleh ditiup angin, atau mengangkat secara tandem oleh dua kren atau lebih. Dilarang menurunkan beban secara jatuh bebas. Dilarang mengangkat beban melintasi orang awam, melalui laluan awam, jalan raya, bangunan atau tuangan yang berdekatan dalam cubaan membawanya turun ke satu tempat di luar capaian biasa kren. 23

22.3 22.3.1

22.3.2 22.3.3

22.3.4 22.4 22.4.1 22.4.2

22.4.3

22.4.4

22.4.5

22.4.6

22.4.7 22.4.8

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

22.4.9

Piawaian dan kod berkaitan dengan jarak dengan talian kuasa haruslah dipatuhi.

22.4.10 Putaran kren harus dihadkan kepada beberapa pusingan melainkan cincin gelincir atau alat yang serupa disediakan untuk menyalirkan arus elektrik dari bahagian statik ke bahagian mesin yang bergerak. 22.4.11 Zon operasi bagi dua kren atau lebih haruslah tidak bertindih, melainkan diimbangkan secara menegak untuk mengelakkan pelanggaran. Keutamaan operasi harus dinyatakan. 22.4.12 Dilarang mengubah mana-mana suis had. 22.4.13 Beban sama sekali tidak boleh dibiarkan tergantung tanpa kawalan. 22.4.14 Semasa menyediakan cara untuk menetapkan kren (bicu, pengapit rel, pencekik, perembatan, gai dan sebagainya) dan mengenakan brek supaya kren tidak bergerak apabila tidak diawasi, blok beban haruslah diletakkan berhampiran posisi atasnya, dan jika perlu, jib boleh berpusing jika ada angin. Pembuat haruslah memberikan prosedur dan tatacara terperinci. 22.4.15 Bekalan kuasa haruslah dimatikan dan dikunci oleh operator apabila dia meninggalkan ruang pandu. 22.4.16 Operasi mengangkat haruslah dihentikan semasa cuaca buruk. 22.4.17 Lampu limpah yang dipasang pada struktur kren haruslah dipastikan tidak menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam. 22.5 22.5.1 22.5.2 22.5.3 Pemeriksaan dan Ujian Pemeriksaan dan ujian haruslah dijalankan hanya oleh orang bertanggungjawab. Kren haruslah diperiksa dan diuji sepenuhnya sebelum dikendalikan. Kren dan aksesorinya haruslah diperiksa dan diuji setiap kali hendak diguna atau selepas tidak diguna bagi suatu tempoh masa. Ujian penuh semua fungsi haruslah dijalankan selepas memasang atau membicu, dan sebelum kren diluluskan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk digunakan. Senarai semak harian dan mingguan haruslah disediakan untuk pemeriksaan oleh operator kren. Pemeriksaan harian haruslah dibuat berhubung dengan keadaan brek semasa tiada beban, pelarasan, dan pemeriksaan fungsi pelbagai peranti keselamatan dan peranti had yang dipasang pada alat mesin angkat, pemasangan kuasa elektrik dan kawalan lebih beban. 24

22.5.4 22.5.5

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

22.5.6

Pemeriksaan mingguan haruslah dibuat ke atas tali dawai pada mesin angkat dan troli, guys, kabel kuasa elektrik, talian guys jib dan pemberat jib, tambatan tali dawai mesin angkat pada drum belitan, tapak, bolt dan pin. Pelindungan yang serupa haruslah diperiksa secara berkala ke atas alat pembumi, adang, penutup kotak simpang untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik dan berfungsi dengan betul. Semua bahagian struktur haruslah diperiksa oleh orang bertanggungjawab bagi apa-apa kecacatan kimpalan, bengkok, dan sebagainya, menurut saranan pembuat. Penyenggaraan dan Pembaikan Penyenggaraan dan pembaikan haruslah dilakukan oleh orang yang terlatih dan mematuhi saranan pembuat. Titi samping, selusur, atau laluan masuk seumpamanya hendaklah dipasang dengan kemas pada struktur kren. Jika kren perlu dilaras untuk bergerak semasa mengendalikan penyenggaraan tertentu, ia haruslah dilakukan di bawah penyeliaan orang bertanggungjawab, dan di bawah operasi normal kren. Semua pembaikan kimpalan pada bahagian kren hendaklah mematuhi saranan pembuat, dan hanya dilakukan oleh pengimpal yang bertauliah. Merombak Pemeriksaan haruslah dibuat ke atas semua alat pembicuan sebelum operasi merombak kren. Hanya orang bertanggungjawab dibenarkan melaksanakan kerja tersebut. Tatacara merombak kren dengan selamat haruslah disediakan. Tatacara ini haruslah termasuk spesifikasi dan saranan pembuat. Kerja merombak tidak boleh dijalankan kecuali kelulusan bertulis daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperolehi. Penyimpanan Kren Hanya kawasan yang diluluskan oleh agensi kerajaan berkenaan boleh digunakan sebagai kawasan penyimpanan. Kawasan penyimpanan kren atau bahagian kren haruslah dipagar dengan teguh dan disediakan laluan masuk yang selamat ke kawasan tersebut. Ini bagi mencegah mana-mana orang yang tidak berkenaan atau orang awam daripada menceroboh ke dalam kawasan tersebut dan mendedahkan mereka kepada bahaya yang ada di situ. 25

22.5.7

22.5.8

22.6 22.6.1 22.6.2 22.6.3

22.6.4 22.7 22.7.1

22.7.2 22.7.3 22.8 22.8.1 22.8.2

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan (Semakan Pertama : 2007)

22.8.3 22.8.4

Pintu pagar haruslah dikunci dan kuncinya haruslah disimpan oleh orang yang diberi kuasa. Pagar atau adang haruslah direka bentuk dan dibina dengan kukuh untuk menahan berlakunya keruntuhan longgokan struktur kren yang berdekatan. Struktur kren haruslah diletakkan di atas tapak yang kukuh, tidak mendap, dan tidak dikenakan berat yang boleh menyebabkan tekanan beban berlebihan kepada permukaan tanah. Tiada bahagian kren boleh dilonggokkan: (a) pada pagar atau adang melainkan pagar atau adang tersebut diketahui cukup kuat untuk menahan tekanan yang dikenakan; dan (b) hingga ketinggian yang boleh mengakibatkan longgokan itu tidak stabil.

22.8.5

22.8.6

22.8.7

Papan tanda amaran yang secukupnya untuk mengelakkan orang yang tidak berkenaan masuk ke kawasan penyimpanan haruslah ditampal di tempat yang mudah dilihat seperti di pintu masuk. Langkah yang berkesan haruslah diambil untuk mencegah pembiakan nyamuk, lalat, tikus dan haiwan serta serangga lain yang memudaratkan.

22.8.8

RUJUKAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Akta Kilang dan Jentera 1967 Peraturan Kilang dan Jentera (Operasi Pembinaan dan Kerja Pembinaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 Perintah Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996 Safety, Health and Welfare on Construction Sites A Training Manual, International Labour Office

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

26