3
TUGASAN REFLEKSI PEMBELAJARAN KULIAH 1 ( 21 JANUARI 2009 ) : YXGA 6112 KEBERKESANAN & PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH : TEORI & PENYELIDIKAN Disediakan Oleh ; MOHD. KHURAINI BIN KHUZAIMAH YGA 080021 / 690629 - 11 – 5181 Konsep sekolah berkesan dan penambahbaikan merupakan konsep yang sungguh popular kini sekurang-kurangnya dalam kalangan warga pendidikan. Pelbagai program dilaksanakan oleh pelbagai pihak institusi pendidikan di pelbagai peringkat untuk meningkatkan pemahaman dan kemudiannya merancang dan melaksanakan segala usaha ke arah merealisasikan kewujudan sekolah berkesan dan penambahbaikan secara berterusan. Penulis melihat perkembangan ini sebagai satu proses anjakan paradigma yang menarik. Namun penulis melihat keghairahan kepemimpinan sekolah untuk mencapai keberkesanan sekolah kadang-kadang mengundang salah faham terhadap konsep sekolah berkesan itu sendiri. Penulis melihat masih terdapat sesetengah kepemimpinan sekolah kurang memahami ciri-ciri sebenar sekolah berkesan sehingga memberikan tekanan kerja yang berlebihan kepada guru-guru semata-mata untuk mencapai kelulusan penuh, 100 peratus. Malah dalam mengejar cita-cita yang kadang- kadang lebih bersifat peribadi menghasilkan persaingan yang kurang sihat, dan sekali lagi mengorbankan para pelajar yang dikategorikan lemah sehingga sanggup ‘menasihatkan’ kumpulan pelajar ini berpindah ke sekolah lain atau berhenti sekolah. Situasi sebegini sebenarnya telah gagal menepati konsep sebagai institusi pembelajaran dan jauh sekali untuk memenuhi konsep sebenar dan ciri-ciri sekolah berkesan sepertimana yang kita bincangkan dalam slot kuliah hari ini dan sebelumnya. Keberkesanan sekolah hanya dapat dicapai apabila kepemimpinannya berjaya mengimbangi tekanan pihak atasan dengan keperluan dan kebajikan warga pimpinannya. Pengetua yang berkesan semestinya menghayati Falsafah Pendidikan Negara yang tidak hanya mementingkan egonya sahaja. Pemahaman tentang perbezaan kecerdasan emosi dan keperluan individu serta keperluan perkembangan pelajar yang

13853330-REFLEKSISEKOLAH-BERKESAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 13853330-REFLEKSISEKOLAH-BERKESAN

TUGASAN REFLEKSI PEMBELAJARAN KULIAH 1 ( 21 JANUARI 2009 ) : YXGA 6112

KEBERKESANAN & PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH : TEORI & PENYELIDIKANDisediakan Oleh ;

MOHD. KHURAINI BIN KHUZAIMAH – YGA 080021 / 690629 - 11 – 5181

Konsep sekolah berkesan dan penambahbaikan merupakan konsep yang sungguh popular

kini sekurang-kurangnya dalam kalangan warga pendidikan. Pelbagai program dilaksanakan oleh

pelbagai pihak institusi pendidikan di pelbagai peringkat untuk meningkatkan pemahaman dan

kemudiannya merancang dan melaksanakan segala usaha ke arah merealisasikan kewujudan

sekolah berkesan dan penambahbaikan secara berterusan. Penulis melihat perkembangan ini

sebagai satu proses anjakan paradigma yang menarik. Namun penulis melihat keghairahan

kepemimpinan sekolah untuk mencapai keberkesanan sekolah kadang-kadang mengundang salah

faham terhadap konsep sekolah berkesan itu sendiri.

Penulis melihat masih terdapat sesetengah kepemimpinan sekolah kurang memahami ciri-

ciri sebenar sekolah berkesan sehingga memberikan tekanan kerja yang berlebihan kepada guru-

guru semata-mata untuk mencapai kelulusan penuh, 100 peratus. Malah dalam mengejar cita-cita

yang kadang-kadang lebih bersifat peribadi menghasilkan persaingan yang kurang sihat, dan sekali

lagi mengorbankan para pelajar yang dikategorikan lemah sehingga sanggup ‘menasihatkan’

kumpulan pelajar ini berpindah ke sekolah lain atau berhenti sekolah. Situasi sebegini sebenarnya

telah gagal menepati konsep sebagai institusi pembelajaran dan jauh sekali untuk memenuhi

konsep sebenar dan ciri-ciri sekolah berkesan sepertimana yang kita bincangkan dalam slot kuliah

hari ini dan sebelumnya.

Keberkesanan sekolah hanya dapat dicapai apabila kepemimpinannya berjaya

mengimbangi tekanan pihak atasan dengan keperluan dan kebajikan warga pimpinannya.

Pengetua yang berkesan semestinya menghayati Falsafah Pendidikan Negara yang tidak hanya

mementingkan egonya sahaja. Pemahaman tentang perbezaan kecerdasan emosi dan keperluan

individu serta keperluan perkembangan pelajar yang menyeluruh dan seimbang mampu

mewujudkan iklim sekolah yang harmoni dan meningkatkan moral ahli-ahli di dalamnya.

Pengurusan konflik di dalam organisasi seharusnyalah ditangani secara bijaksana untuk

mewujudkan ‘ win-win situation’ dan meningkatkan ‘morale’ guru-guru.

Faktor kritikal pembentukan sekolah berkesan ialah kapasiti kepemimpinannya.

Kepemimpinan yang berkesan mampu menerajui warga sekolah untuk merancang secara

kolaboratif dan kolektif segala sumber yang ada dalam sistem organisasinya secara optimum dan

menggerakkannya agar berfungsi secara berkesan. Keberkesanan hanya akan tercapai dengan

terhasilnya penambahbaikan kepada ‘outcomes’ program-program sekolah khususnya prestasi

‘core bussiness’ iaitu pengajaran dan pembelajaran dan klien utamanya iaitu murid-murid. Para

penyelidik mengutarakan corak kepemimpinan pengajaran dan transformasional sebagai corak

Page 2: 13853330-REFLEKSISEKOLAH-BERKESAN

kepemimpinan yang paling sesuai untuk mencorakkan keberkesanan sekolah, di mana pengetua

perlu bersifat refelktif, kreatif, berinovasi dan bertindak secara profesional.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa kepemimpinan yang berkesan mampu membentuk

pembangunan sosial dan budaya yang produktif di sekolah. Penguasaan pelbagai ilmu

pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran mendengar, mengenalpasti kepelbagai kekuatan

dan kelemahan warga sekolah, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran interpersonal

penting aset untuk membentuk iklim sekolah yang konduksif untuk seluruh warganya. Sekolah

berkesan biasanya mempunyai barisan kepemimpinan yang mempunyai kuasa rujukan dan kuasa

pakar yang sentiasa bersedia berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman mereka dengan staf,

guru-guru mahupun para pelajarnya.

Fungsinya sebagai kepemimpinan pengajaran perlu diutamakan sesuai dengan

pembangunan sekolah sebagai komuniti pembelajaran. Kepemimpinan pengajaran mampu

memberikan input, sokongan dan dorongan kepada guru-guru untuk meningkatkan profesionalisme

dan selari dengan matlamat penambahbaikan berterusan sekolah. Pengetua yang berkesan

biasanya seorang bersifat humanistik, melaksanakan proses pengupayaan tetapi jelas halatujunya.

Proses penambahbaikan perlulah menyeluruh ke atas semua input yang ada pada sekolah sebagai

sebuah organisasi sistem sosial. Kepemimpinan sekolah yang berkesan perlu mengenalpasti

semua elemen secara kolaboratif dengan keupayaan untuk menarik minat pelbagai pihak dalam

dalam komuniti, ‘stakeholders’ dan warga sekolah berkongsi sama melaksanakan segala usaha

untuk mencapai matlamat sekolah.

Penulis mempunyai keyakinan yang tinggi sekiranya kepemimpinan sekolah berjaya

mengembeling seluruh tenaga dalam sistem organisasi sekolahnya menjadikan sekolah sebagai

komuniti pembelajaran, matlamat untuk merealisasikan sekolahnya sebagai sekolah berkesan akan

mudah dan cepat tercapai. Namun, pengetua yang berkesan juga tidak mudah untuk berada dalam

situasi yang ‘ selesa ’ dan mudah berpuashati. Proses penambahbaikan perlu sentiasa diteruskan

kerana sekolah berkesan akan hanya terus berkesan apabila sentiasa berlaku peningkatan,

pembangunan dan perkembangan ke atas seluruh elemen di dalamnya.

Rumusannya penulis percaya sekiranya konsep dan ciri-ciri sekolah berkesan dihayati

sepenuhnyan oleh seluruh warga pendidik dan diseimbangkan dengan pemahaman yang sama

serta sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pelbagai peringkat, matlamat melonjakkan

institusi-institusi pendidikan ke arah keberkesanan akan dapat dicapai. Oleh itu, penulis berharap

proses penambahbaikan kepada segala elemen di dalam sistem pendidikan kebangsaan dapat

direalisasikan secara kolektif. Salah satunya daripadanya ialah penambahbaikan ke atas proses

perlantikan kepemimpinan sekolah yang sebenarnya telah sekian lama diperdebatkan dan

dibincangkan oleh pakar-pakar bidang pendidikan.