19
BAB 16 PENILAIAN PERALIHAN PENGENALAN Pendidikan merupakan asas penting bagi perkembangan seseorang individu. Oleh yang demikian, aspek pendidikan adalah perkara yang harus dititikberatkan oleh semua pihak. Pendidikan boleh dikatakan sebagai hak setiap individu. Setiap individu harus mempunyai peluang yang samarata terhadap pendidikan. Bahkan, “Pendidikan untuk semua” adalah satu konsep yang sangat signifikan. Manusia dilahirkan dengan kebolehan dan potensi yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini kerana, melalui pendidikanlah, seseorang itu boleh mengembangkan potensi yang ada dalam dirinya. Dalam erti kata lain, pendidikan mencorak masa depan seseorang individu. Oleh yang demikian, demi membolehkan setiap individu menerima peluang yang samarata terhadap pendidikan tindakan sosial yang harus kita fikirkan mungkin dengan cara menyedarkan ibubapa tentang keperluan dan kepentingan pendidikan bukan sahaja kepada kanak-kanak normal tetapi juga untuk kanak-kanak yang istimewa. Konsep pendidikan bagi kanak-kanak istimewa berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaupun kanak-kanak istimewa ini mempunyai kekurangan dalam pendidikan, namun ia bukanlah batu penghalang untuk mereka belajar seperti kanak-kanak normal yang lain. Walabagaimanapun, seperti yang dijelaskan tadi bahawa konsep pendidikan bagi kanak-kanak istimewa adalah berbeza dengan kanak-kanak normal, begitulah juga halnya 1

16. PENILAIAN PERALIHAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mk

Citation preview

BAB 16PENILAIAN PERALIHAN

PENGENALAN

Pendidikan merupakan asas penting bagi perkembangan seseorang individu. Oleh yang demikian, aspek pendidikan adalah perkara yang harus dititikberatkan oleh semua pihak. Pendidikan boleh dikatakan sebagai hak setiap individu. Setiap individu harus mempunyai peluang yang samarata terhadap pendidikan. Bahkan, Pendidikan untuk semua adalah satu konsep yang sangat signifikan. Manusia dilahirkan dengan kebolehan dan potensi yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini kerana, melalui pendidikanlah, seseorang itu boleh mengembangkan potensi yang ada dalam dirinya. Dalam erti kata lain, pendidikan mencorak masa depan seseorang individu. Oleh yang demikian, demi membolehkan setiap individu menerima peluang yang samarata terhadap pendidikan tindakan sosial yang harus kita fikirkan mungkin dengan cara menyedarkan ibubapa tentang keperluan dan kepentingan pendidikan bukan sahaja kepada kanak-kanak normal tetapi juga untuk kanak-kanak yang istimewa. Konsep pendidikan bagi kanak-kanak istimewa berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaupun kanak-kanak istimewa ini mempunyai kekurangan dalam pendidikan, namun ia bukanlah batu penghalang untuk mereka belajar seperti kanak-kanak normal yang lain. Walabagaimanapun, seperti yang dijelaskan tadi bahawa konsep pendidikan bagi kanak-kanak istimewa adalah berbeza dengan kanak-kanak normal, begitulah juga halnya dengan pentaksiran terhadap kanak-kanak istimewa ataupun kanak-kanak kurang upaya ini. Golongan dewasa merupakan agen penting dalam menentukan berdikari atau tidak seseorang kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan. Kanak-kanak kurang upaya ini seharusnya tidak diabaikan perihal masa depan mereka. Hal ini termasuklah pendidikan dan pekerjaan. Seandainya mereka dilatih dengan betul dan teliti, golongan kurang upaya ini juga mampu belajar dan bekerja seperti mana golongan normal. Alam pekerjaan merupakan satu alam permulaan untuk menguruskan hala tuju kehidupan. Golongan kurang upaya merupakan insan yang perlu dipantau agar mereka dapat memulakan kerjaya berdasarkan kaedah yang tepat dan melalui garisan yang betul. Bagi memenuhi keperluan ini, kita perlulah membuat kajian dengan terperinci dengan menjalankan penilaian terhadap mereka. Pelbagai kaedah telah dirancang dan dijalankan bagi mencari keputusan yang betul tentang pelaksanaan penaksiran terhadap golongan khususnya bagi golongan kurang upaya. Sebelum memasuki alam kerjaya, golongan kurang upaya ini pastinya akan melalui satu fasa yang diberi nama fasa peralihan. Dalam fasa peralihan ini, golongan kurang upaya seharusnya didedahkan dengan alam pekerjaan. Ini kerana, kebanyakan golongan kurang upaya tidak mempunyai pekerjaan dan masih bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa atau penjaga mereka.Penaksiran peralihan adalah satu proses berterusan yang menolong pelajar mengenal pasti minat, keperluan, kekuatan dan keupayaan mereka untuk menjalin hubungan bagi mempersiapkan diri memikul tugas sebagai orang dewasa termasuklah pekerjaan, pengajian tinggi, hidup berdikari, penglibatan dalam komuniti dan hubungan sosial. Penaksiran peralihan hendaklah bermula dari awal untuk mengenal pasti jenis dan khidmat sokongan yang diperlukan untuk hidup ke alam dewasa. Melalui kaedah ini, ia diharap dapat membantu golongan kurang upaya untuk kelangsungan hidup di kemudian hari.

1. PENTAKSIRAN REMAJA DAN DEWASA

Peralihan ke alam dewasa adalah satu proses yang kompleks dan berterusan yang bermula sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sebagai kanak-kanak menjadi remaja, untuk kehidupan dewasa awal dan kemudian melalui peringkat dewasa. Walaupun proses ini adalah rumit yang terbaik untuk mana-mana orang, individu dengan ketidakupayaan menghadapi cabaran yang unik yang memerlukan pertimbangan khusus.Fasa peralihan adalah satu elemen yang penting bagi kanak-kanak kurang upaya kerana kebanyakan dari mereka tidak mempunyai pekerjaan, hidup bersama ibu bapa dan diabaikan oleh masyrakat. Peralihan daripada alam persekolahan kepada alam dewasa telah muncul sebagai fokus utama dalam pendidikan menengah bagi kanak-kanak kurang upaya. Pendidikan menengah merupakan satu elemen penting memandangkan majoriti kanak-kanak kurang upaya kurang berjaya setelah menamatkan persekolahan. Jika diperhatikan, kanak-kanak kurang upaya dengan kanak-kanak tipikal, kebanyakan kanak-kanak kurang upaya tidak mempunyai pekerjaan, tinggal bersama ibu bapa dan ada yang terpisah dari masyarakat setelah menamatkan pelajaran. Hal ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan mereka juga berhak untuk merasai kehidupan seperti mana orang normal.

1.1 KERANGKA KERJA UNTUK PENAKSIRAN PERALIHAN

Sejak tahun 1970 lagi, beberapa akta telah digubal untuk memenuhi keperluan pendidikan khas bagi kanak-kanak. Antaranya ialah, The National Council on Disability (2000), 1975 Education of All Handicapped Children Act, 1990 Americans with Disabilities Act, 1994 School-to-Work Opportunities Act dan akhir sekali, 1998 Higher Education Act. Dengan tertubuhnya akta-akta ini, ini membuktikan bahawa semua pihak sememangnya mengambilberat dan prihatin terhadap keperluan pendidikan bagi kanak-kanak khas ataupun istimewa. Akta-akta yang digubal ini sudah pastinya memfokuskan kepada pembangunan dan pengembangan pendidikan kanak-kanak khas ini. Pengenalan kepada akta-akta ini adalah bertitik tolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988). Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak biasa namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti kanak-kanak biasa yang lain. Terkini, Individuals with Disabilities Education Act ataupun singkatannya, IDEA telah ditubuhkan. Tujuan utama penubuhannya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak khas dengan memberi penekanan terhadap pendidikan untuk semua, persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment , pentaksiran yang tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan, hak ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang sesuai ( Rancangan Pendidikan Individu). Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) memberi maksud tidak ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan pendidikan bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas ini bukanlah satu beban kepada pihak sekolah mahupun rakan sebaya yang lain. Oleh yang demikian, mereka berhak berada dalam persekitaran yang sama seperti kanak-kanak lain. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak khas mampu belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas bersama kanak-kanak biasa. Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi pula meletakkan syarat bahawa kanak-kanak khas ini dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara yang berbeza. Walau bagaimanapun, pentaksiran yang tidak mendiskriminasi menggariskan panduan bahawa penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka. Ini kerana, kanak-kanak khas ini mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dengan kanak-kanak normal. Pentaksiran yang dijalankan ke atas mereka haruslah mengambil kira dan haruslah sesuai dengan tahap kecerdasan ataupun kekurangan mereka. Hal ini disokong oleh dapatan kajian oleh Diamond (1994) bahawa kanak-kanak khas adalah kurang kompeten berbanding kanak-kanal normal, khususnya, daripada segi penguasaan bahasa.IDEA juga memandatkan bahawa khidmat sokongan yang sesuai haruslah diberi kepada kanak-kanak khas ini. Dalam hal ini, ibu bapa ataupun penjaga memainkan peranan yang besar. Merekalah khidmat sokongan yang terpenting bagi kanak-kanak khas. Mereka memainkan peranan penting dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui setiap maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang penilaian dan perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan dalam mandat IDEA ini.Seperti yang dijelaskan di atas, ibu bapa ataupun penjaga memainkan peranan yang penting dalam menentukan masa depan kanak-kanak khas ini, sama ada mereka akan terus bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa atau penjaga, ataupun mereka mampu memiliki kerja. Pihak sekolah juga seharusnya memainkan peranan penting dalam mengembangkan potensi kanak-kanak khas ini agar mereka dapat berdikari dewasa kelak dan seterusnya mempunyai pekerjaan. Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut IDEA, maklumat mengenai ketidakupayaan seseorang individu adalah sulit. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini. Rekod tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan. Namun , ibu bapa mempunyai hak untuk melihat semua maklumat berkenaan dan boleh membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki, perlulah dimusnah. Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan anak mereka. Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan berbincang terutama bagaimana mereka boleh terlibat sama dalam mengendalikan anak-anak mereka di sekolah. Penglibatan pihak sekolah dan ibu bapa adalah penting bagi memastikan anak-anak khas ini mendapat peluang yang sewajarnya.Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanak tersebut.

2.PENILAIAN PERALIHANPenilaian peralihan, seperti yang ditakrifkan oleh Bahagian Pembangunan dan Peralihan Kerjaya (DCDT) Majlis untuk Kanak-kanak yang luar biasa, adalah "proses yang berterusan untuk mengumpul data mengenai keperluan individu, keutamaan, dan kepentingan kerana ia berkaitan dengan keperluan semasa dan kerja masa depan, pendidikan, kehidupan, dan persekitaran yang peribadi dan sosial. Antara komponen utama penilaian peralihan ialah:a) Individual/Bersifat Individu - Dicipta untuk pelajar tertentu dan bukan protokol standard atau rutin amalan.b) Berterusan - Sepanjang kerjaya pendidikan pelajar, dengan memberi tumpuan kepada pilihan, minat, kekuatan dan keperluanc) Berorientasikan masa hadapan - Jelas menerangkan kemahiran yang dikenal pasti dan cabaran dan implikasi bagi pelajar sebagai orang dewasa yang bekerja, belajar, dan hidup dalam masyarakatPenilaian peralihan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu formal atau tidak formal.

2.1 KAEDAH PENILAIAN PERALIHAN SECARA FORMALi) Kelakuan Adaptive / Kemahiran Hidup harian PenilaianKaedah ini boleh membantu menentukan jenis dan jumlah bantuan yang diperlukan oleh golongan kurang upaya ini. Bantuan itu mungkin dalam bentuk perkhidmatan sokongan dari rumah untuk bayi dan kanak-kanak dan keluarga mereka, pendidikan khas dan latihan vokasional untuk golongan muda, dan kerja disokong atau perkiraan hidup khas seperti pembantu penjagaan diri. Setiap penilaian bergantung kepada responden seperti ibu bapa, guru, atau penjagaan pembekal untuk memberi maklumat tentang individu yang dinilai.ii) Ujian Am dan Ujian Khusus AptitudeJenis penilaian ini akan mengukur kemahiran tertentu atau keupayaan tertentu seseorang individu kurang upaya. iii) Inventori minat pula akan memberikan maklumat tentang pilihan individu untuk kerjaya tertentu, aktiviti-aktiviti pekerjaan, atau jenis kerja.iv) Ujian kecerdasan pula melibatkan ujian tunggal untuk menilai prestasi kognitif seseorang.v) Ujian pencapaian sebaliknya pula akan mengukur pembelajaran kemahiran akademik umum atau khusus. Keputusan boleh dikaitkan dengan keperluan pekerjaan di samping membantu untuk mengenal pasti kawasan yang berpotensi yang memerlukan pemulihan.vi) Inventori KelakuanMengenal pasti tabiat pelajar terhadap pelbagai jenis kerjaya dan kerja (contohnya, kerjaya yang menekankan data, orang, atau perkara-perkara). Laporan sahaja tidak perlu dilihat sebagai peramal kejayaan atau kegagalan tetapi harus dibandingkan dengan data yang lain, termasuk kebolehan dan minat.vii) Kematangan kerjaya atau Ujian Kerja direka untuk menilai tahap perkembangan atau tugasan seseorang individu dengan ketidakupayaan.

viii) Penilaian diri Menyediakan maklumat tentang kesediaan seseorang untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan cita-cita setelah tamat pelajaran menengah mereka. Penilaian ini menyediakan data untuk membantu pelajar mengenal pasti kekuatan dan keperluannya yang berkaitan dengan penentuan sendiri dan faktor-faktor yang boleh menggalakkan atau menghalang keputusan ini.ix) Inventori Perancangan Peralihan adalah satu bentuk penilaian yang boleh membantu mengenal pasti kekuatan dan keperluan peralihan dalam pelbagai aspek kehidupan orang dewasa, termasuk pekerjaan, pelajaran menengah dan latihan, hidup bebas, hubungan interpersonal, dan kehidupan masyarakat. Mereka juga mempersoalkan dan mengenal pasti matlamat dan kesedaran pelajar mengenai apa yang diperlukan atau yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut. Keputusan soal ibu bapa atau penjaga (dan mungkin adik-beradik), dan pendidik boleh dikaitkan untuk mencipta dan akaun tepat matlamat peralihan dan langkah-langkah yang perlu untuk mencapai kualiti yang memuaskan kehidupan.

2.2KAEDAH PENILAIAN PERALIHAN SECARA INFORMALTemu bual dan soal selidik boleh dilakukan dengan pelbagai individu untuk tujuan mengumpul maklumat yang akan digunakan untuk menentukan kekuatan pelajar, keperluan, keutamaan, dan kepentingan relatif kepada jangkaan hasil selepas sekolah. Dalam erti kata lain, maklumat yang didapati daripada pelajar atau keluarga boleh digunakan untuk membantu membangunkan hasil pelajaran menengah dan merancang kursus yang akan membantu pelajar mencapai matlamat. Satu bahagian penting dalam proses pengumpulan data adalah ia melibatkan pengumpulan maklumat tentang pelajar dan sumber semasa dan masa depan keluarganya. Sebagai contoh, melibatkan keperluan pengangkutan semasa dan masa depan untuk ke tempat kerja atau untuk pelbagai aktiviti atau tempat dalam masyarakat. Akhirnya, keluarga sering boleh menyediakan sumber-sumber semasa dan masa depan dari segi pilihan pekerjaan kepada anak perempuan atau anak lelaki mereka.Selain temubual, pemerhatian secara langsung terhadap prestasi pelajar juga dapat menilai pelajar dengan masalah ketidakupayaan. Oleh yang demikian, satu hal yang harus diambilkira dalam pemerhatian langsung ialah ia perlu dilakukan dalam persekitaran semula jadi. Pemerhatian langsung boleh sering dilakukan oleh jurulatih kerja, rakan sekerja, pakar rekreasi, pendidik umum / vokasional, atau pelajar. Data biasanya melibatkan data analisis tugas dan langkah-langkah dalam menyelesaikan tugas, tingkah laku kerja Contohnya, cara menerima arahan dan pergaulan bersama rakan sekerja. Bagi maklumat afektif pula, ia melibatkan emosi pelajar tersebut sama ada gembira, teruja, kecewa, atau bosan. Sebagai contoh, sekiranya didapati bahawa pelajar dengan cepat dan tepat melengkapkan tugas-tugas, berinteraksi dengan baik dengan rakan sekerja, dan kelihatan gembira di tempat kerja, ini membuktikan bahawa jenis pekerjaan ini adalah sesuai dengan kehendak dan kemampuannya. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar itu kelihatan tidak selesa dengan persekitaran kerja dan tidak dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengsn baik, itu bermakna pekerjaan itu tidak sesuai dengan kehendak dirinya. Manakala Penilaian berasaskan kurikulum (CBA) biasanya direka oleh pendidik untuk mengumpul maklumat mengenai prestasi pelajar dalam kurikulum tertentu dan untuk membangunkan rancangan pengajaran tertentu untuk pelajar. Untuk mengumpul data ini, pendidik boleh menggunakan analisis tugas, analisis sampel kerja, penilaian portfolio, dan / atau kriteria rujukan-ujian. Analisis alam sekitar, kadang-kadang dirujuk sebagai penilaian ekologi atau analisis kerja, melibatkan berhati-hati memeriksa persekitaran di mana aktiviti-aktiviti yang biasanya berlaku. Sebagai contoh, pelajar boleh menyatakan kepentingan dalam menghadiri kelas karate di YMCA tempatan. Dalam kes ini, analisis alam sekitar mungkin dijalankan untuk mengkaji keperluan pengangkutan dan jangkaan di YMCA untuk menghadiri (misalnya, menjadi ahli, menggunakan bilik persalinan, mengambil mandi). Dalam contoh yang kedua, jika pelajar menunjukkan minat dalam jenis tertentu kerja, analisis kerja boleh dijalankan membandingkan keperluan pekerjaan kepada kemahiran pelajar (Griffin & Sherron, 1996). Satu bahagian penting dalam analisis perlu untuk mengenal pasti jenis penginapan yang boleh disediakan untuk membantu pelajar melaksanakan fungsi-fungsi yang perlu kerja tertentu (contohnya, penyusunan semula pekerjaan, mengubah suai peralatan, memperoleh alat penyesuaian, menganjurkan semula ruang kerja, menyewa pembantu peribadi (Griffin & Sherron, 1996).Walaubagaimanapun, apa jua jenis penilaian peralihan yang digunakan, di akhirnya ia seharusnya dapat membantu untuk membangunkan matlamat IEP dan objektif yang realistik dan bermakna, membuat keputusan program pengajaran, menyediakan maklumat untuk tahap semasa prestasi yang berkaitan dengan kekuatan pelajar, kepentingan, keutamaan, dan keperluan, belajar tentang pelajar individu, terutama kekuatan mereka di luar akademik dan kerjaya impian mereka (Sitlington, 2004).

3. PENILAIAN UNTUK RANCANGAN PEKERJAAN & ALAM DEWASA

Salah satu aspek penting dalam penaksiran peralihan adalah mencapai tahap kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai kerjaya dan alam pekerjaan. Alam pekerjaan semamangnya merupakan satu alam yang mencabar bagi setiap individu. Apatahlagi bagi individu yang istimewa ataupun individu kurang upaya. Memiliki kerjaya boleh dikatakan sebagai satu pencapaian yang boleh dibanggakan buat individu istimewa ini. Mana taknya, kebanyakan individu kurang upaya lazimnya bergantung sepenuhnya kepada ibubapa ataupun penjaga dan tidak mampu untuk hidup secara berdikari. Memandangkan individu istimewa ini mampu melakukan kerja dengan baik sekiranya diberi latihan yang secukupnya. Oleh yang demikian, alam pekerjaan bukanlah suatu perkara mustahil buat individu istimewa ini. Walaubagaimanapun, individu yang istimewa ini harus melalui beberapa perkara sebelum dapat menjejak kaki ke alam pekerjaan. Analisis pekerjaan adalah salahsatu cara yang berguna yang boleh digunapakai dalam penilaian peralihan dan seterusnya membuat perancangan pekerjaan dan menempuhi alam dewasa. Analisis pekerjaan merupakan satu pemerhatian sistematik berkenaan pencapaian terhadap sesuatu pekerjaan untuk menentukan beberapa aspek, iaitu; apa yang dilakukan oleh pekerja, bagaimana atau kenapa pekerja tersebut melakukannya dan skill yang diperlukan. Antara maklumat yang diperlukan adalah:

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang harus ditititkberatkan oleh pihak yang berkenaan dalam melatih individu istimewa ini sebelum mereka dapat menempuh alam pekerjaan ialah:a)Kesedaran Berkenaan Pilihan KerjayaTidak dapat dinafikan bahawa kerjaya pilihan adalah matlamat setiap individu, sepertimana individu kurang upaya. Golongan ini juga harus diberi kebebasan dalam menentukan kerjaya pilihan mereka yang bersesuaian dengan kemampuan mereka.b)Kemahiran Berkaitan PekerjaanAlam pekerjaan memerlukan beberapa skill ataupun kemahiran yang tertentu untuk membolehkan sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan dengan sempurna. Bagi golongan kurang upaya, skill yang dimiliki oleh mereka berbeza dengan skill yang dimiliki oleh golongan biasa. Oleh yang demikian, adalah penting untuk ibubapa atau penjaga atau pihak sekolah untuk tahu skill apa yang dimiliki oleh seseorang individu kurang upaya. Hal ini adalah kerana, setelah sesuatu pihak itu dapat mengenalpasti skill apa yang dimiliki individu kurang upaya itu, perancangan kerja yang bersesuaian dengan skill tersebut boleh direka.d) Minat VokasionalMinat pelajar merupakan perkara asas dalam pelan peralihan. Walau bagaimanapun tak semua alat penaksiran sesuai untuk pelajar. Adalah penting untuk memastikan bahawa alat penaksiran yang digunakan sesuai dengan tahap kognitif dan komunikasi pelajar.

e) Skill Yang TertentuContoh kerja direka untuk menilai kebolehan pelajar untuk melakukan tugasan yang hampir sama dengan pekerjaan sebenar. Hal ini dipanggil simulasi. Simulasi merupakan prosedur untuk menilai aptitud pelajar, skil dan minat terhadap sesuatu kerja. Contohnya setengah sekolah yang mengadakan mini bisnes untuk menjual barangan sekolah- snek. Pengalaman ini akan memberi pendedahan awal kepada individu tersebut sebelum memasuki dunia pekerjaan sebenar.

f) Penyesuaian Dalam Komuniti

4. MENYEDIAKAN KHIDMAT PERALIHAN

Menurut Defur, Todd Alen & Gatzel (2001), hubungan antara keluarga dan orang yang bertanggungjawab merupakan aspek penting yang akan menentukan sejauh manakanh penglibatan keluarga dalam perancangan peralihan. Komunikasi dan penglibatan pelajar dan keluarga mereka secara awal dan kerap adalah penting. Penglibatan awal keluarga akan menolong pelajar menempuhi alam persekolahan. Hal ini keranan, keluarga merupakan insan yang paling rapat dengan individu tersebut. Oleh yang demikian, sokongan dan campurtangan keluarga dalam merancang masa depan individu istimewa adalah sangat penting. Selain itu, rancangan yang dibentuk seharusnya memfokuskan kepada pelajar tersebut. Hal ini kerana, pelajar itu yang akan mendapat impak daripada sesuatu perancangan. Perancangan merupakan satu falsafah yang memerlukan penglibatan yang samarata, komunikasi yang jelas dan positif di antara pelajar dan keluarga.5. KESIMPULAN

Setelah meneliti semua aspek dalam penilaian peralihan, terdapat beberapa perkara yang harus dititikberatkan. Hal ini kerana, individu khas ini seharusnya mendapat peluang yang sama rata dalam semua bidang meskipun berbeza daripada segi keupayaan. Perancangan yang dilakukan haruslah bermula daripada awal dan berterusan dengan mengambilkira kesemua aspek. Pelaksanaan juga haruslah berjalan serentak dengan perancangan. Memahami langkah yang tepat untuk kejayaan di alam dewasa dan alam pekerjaan adalah faktor utama yang menentukan sama ada seoseorang individu kurang upaya itu mampu melangkah ke alam dewasa atau alam pekerjaan atau tidak. Hal ini kerana, individu kurang uapaya ini seringkali tercicir persekolahannya, tidak bekerja, dan masih bergantung kepada keluarga.

6. RUJUKAN

Diamond, K. E. (1994) Factors in pre-school children's social problem-solving strategies for peers with and without disabilities. Early Childhood Research Quarterly, 9(2), 195-206.Griffin, C., & Sherron, P.(1996). Finding jobs for young people with disabilities. In P. Wehman (Ed.), Life beyond the classroom: Transition strategies for young people with disabilities (2nd ed., pp. 163-187). Baltimore, MD: Paul H. Brookes.Kortering, L., Sitlington, P. & Braziel, P.(2004). The use of vocational assessment and planning as a strategic intervention to help keep youths with emotional or behavioral disorders in school. In Transition of Students with Emotional or Behavior Disorders: Current approaches for positive outcomes. (Ed. Doug Cheney). Arlington, VA: Council for Children with Behavior Disorders and Division on Career Development and Transition.Odom, S., & McEvoy, M. (1988). Intervention of young children with handicaps and normally developing children. In S. Odom & M. Karnes (Eds.), Early Intervention for infants and children with handicaps: An empirical base, (pp. 241-268). Baltimore: Brookes.

13