17 Solawat Al-Imam Sayyidina A

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 17 Solawat Al-Imam Sayyidina A

    1/2

    www.alraufi.blogspot.com

    1

    KeKeKeKetujuh Belastujuh Belastujuh Belastujuh Belas SolawatSolawatSolawatSolawatAlAlAlAl----Imam Sayyidina Ali Karramallhu WajhahImam Sayyidina Ali Karramallhu WajhahImam Sayyidina Ali Karramallhu WajhahImam Sayyidina Ali Karramallhu Wajhah

    .Wahai Allah, yang telah mendamparkan segala yang telah dijadikan terdampar (bumi).

    Dan yang telah menciptakan (beberapa lapisan langit tinggi sebagai) bumbung (bagi bumi).

    Jadikanlah (yakni limpahkanlah) kemuliaan solawatMu dan ketambahan barakahMu, dan

    kelembutan kasih-sayangMu, ke atas penghulu kami Muhammad, hambaMu dan rasulMu,

    pembuka bagi yang tertutup dan penamat bagi (para nabi) yang terdahulu. Dan yang telah

    mengumumkan kebenaran dengan kebenaran, dan [adalah] penghancur bagi segala tentera

    kebatilan.

    Sebagaimana yang telah dipikulkan [ke atasnya], dia telah melaksanakan perintahMu dengan

    penuh ketaatan kepadaMu. Dengan bersegera [tanpa berlengah] dia mencari keredhaanMu.

    Dia sentiasa sedar menjaga wahyuMu. Dia sentiasa memelihara janji kepadaMu. Dia sentiasa

    bersedia untuk melaksanakan perintahMu, sehingga dengan menyalakan api bagi si pencari(kebenaran), telah sampai nikmat Allah kepada keluarganya dengan sebabnya.

  • 7/28/2019 17 Solawat Al-Imam Sayyidina A

    2/2

    www.alraufi.blogspot.com

    2

    Melaluinya, kalbu-kalbu telah mendapat petunjuk (walaupun) setelah berlumuran dengan

    fitnah dan dosa. Dan dia telah menjadikan gembira (kalbu-kalbu) dengan menyatakan ilmu-ilmu

    dan menerangkan hukum-hukum dan menjadikan berkilau cahaya Islam.

    Maka dia adalah penyimpan amanahMu yang dipercayai. Dan khazanah ilmuMu yang

    tersembunyi. Dan adalah saksiMu pada Hari Kiamat. Dan yang telah Dikau bangkitkan sebagai

    satu nikmat. Dan telah Engkau utuskan dengan kebenaran sebagai satu rahmat.

    Wahai Allah, berikanlah kepadanya keluasan di Syurga `AdniMu. Dan balaskanlah dia

    dengan kebaikan yang berlipat ganda dari anugerahMu. Dengan kegembiraan baginya tanpa

    sebarang cacat cela, dari kemenangan pemberianMu yang bersesuaian. Dan dengan kelimpahan

    pengurniaanMu yang setimpal.

    Wahai Allah, tinggikanlah tingkatannya di atas segala tingkatan manusia. Dan muliakanlah

    tempat kembalinya di sisiMu serta kedudukannya. Dan sempurnakanlah cahayanya. Dan

    balaskanlah dia dengan penerimaan di atas kesaksian, dan dengan keredhaan di atas segala

    perkataan.

    [Dia yang merupakan] pemilik tuturkata yang adil, dan garis jalan pemisah (yang dapat

    membezakan di antara yang benar dari yang batil) serta bukti yang agung.

    Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Ismail An-Nabhani :

    [ ^ Z _[ , P ] .

    P @ S ^ . ]

    ^ P ) _.

    [ ^\ [S [ S

    Solawat ini telah disebut oleh al-Qadi 'Iyad di dalam Asy-Syifa, dan oleh Al-Jazuli di dalam DalailKhairat, dan oleh As-Qostolani di dalam Al-Mawahib Al-Ladunniyyah, dan juga [oleh tokoh-tokoh agama

    Islam] yang lain daripada mereka.

    Telah berkata As-Qostolani [yang telah memetik sumber] daripada Salamah Al-Kindi bahawa

    [penghulu kita] Ali telah mengajar orang ramai doa ini. Dan pada satu lafaz beliau telah mengajarorang ramai [cara membaca] solawat ke atas Rasulullahj, dan beliau telah mengucapkan (bentuk

    ungkapan solawat itu sebagai) "Wahai Allah, yang telah mendamparkan segala yang telah dijadikanterdampar ......... ." hingga ke akhirnya.

    Dan telah berkata para pemberi komentar Ad-Dalail, bahawa ia telah disebutkan di dalam Asy-Syifa', [yang juga telah memetik sumber] daripada Salamah Al-Kindi, daripada [penghulu kita] 'Ali.

    Dan At-Tobrani telab mengeluarkannya di dalam Al-Ausat, dan Ibn Abi Syaibah di dalam Al-

    Musannaf, serta Said bin Mansur daripada [penghulu kita] Ali.

    (Sumber daripada kitab karangan Asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail An-Nabhani)