20
PROSEDUR KESELAMATAN SEKOLAH 1. Tatacara Penggunaan Stor Sukan Stor Sukan adalah tempat menyimpan semua peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa maut. Peralatan sukan yang dikenalpasti merbahaya adalah Lembing, Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Pemukul Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bola Golf, Bola Baling, Bola Billiard, Dart, Spikes, Anak Panah dan Peralatan Gimnastik. 1.1 Tatacara Penggunaan Am Peralatan sukan dianggap merbahaya. Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang membahaya diadakan pada hari atau masa yang berasingan Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa. Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja. Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk peralatan sukan.

181965436 Prosedur Keselamatan Sekolah Doc

  • Upload
    johari

  • View
    25

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

prosedur keselamatan peralatan sekolah, langkah-langkah keselamatan peralatan sekolah

Citation preview

PROSEDUR KESELAMATAN SEKOLAH

1. Tatacara Penggunaan Stor Sukan

Stor Sukan adalah tempat menyimpan semua peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa maut. Peralatan sukan yang dikenalpasti merbahaya adalah Lembing, Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Pemukul Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bola Golf, Bola Baling, Bola Billiard, Dart, Spikes, Anak Panah dan Peralatan Gimnastik.

1.1Tatacara Penggunaan Am Peralatan sukan dianggap merbahaya.

Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang membahaya diadakan pada hari atau masa yang berasingan

Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa.

Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja.

Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk peralatan sukan.

Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan.

Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang selamat.

Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.

1.2 Tatacara Penggunaan Murid Pastikan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada guru pendidikan jasmani sebelum mengambil peralatan sukan yang diperlukan. Dilarang mengambil peralatan sukan tanpa kebenaran. Sila beratur ketika berada dihadapan pintu bilik Stor Sukan. Setiap peralatan sukan yang diambil perlulah di rekod ke dalam buku rekod penggunaan Stor Sukan. Sebagai langkah keselamatan, elakkan datang ke Stor Sukan dengan bersendirian tanpa memaklumkan pada guru pendidikan jasmani. Setiap peralatan sukan hendaklah dikembalikan dan diletakkan mengikut susunan asalnya. Pihak Stor Sukan berhak meminta tuntutan ganti rugi daripada kelas terbabit atas segala kerosakan atau kehilangan peralatan sukan yang digunakan. Pastikan pintu sentiasa ditutup sebelum beredar untuk mengelakkan kehilangan peralatan sukan. Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan Stor Sukan. Kutip sampah apabila ternampak di persekitaran dan buang ia ke dalam tong sampah. Pastikan semua suis ditutup sebelum beredar keluar.

1.3 Tatacara Pengunaan Guru / Jurulatih Merekod semua alat sukan yang digunakan.

Mengeluar, menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan.

Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya.

Memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan baik.

Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki.

Memastikan hanya jurulatih / guru penasihat yang bertauliah mengendalikan peralatan sukan.

Aktiviti kokurikulum merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran. Pihak Sekolah bertanggungjawab menyediakan iklim sekolah yang selamat semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Apabila aktiviti kokurikulum dijalankan, warga sekolah yang terlibat terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal dan semasa penggunaan peralatan sukan. Oleh itu, semua pihak perlu menyedari tentang keperluan pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan. Pastikan kegiatan ini bergerak selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Segala peraturan yang ditetapkan bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan semasa kokurikulum dijalankan, mendisiplin diri dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dan memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.2. Tatacara Penggunaan Kantin

Setiap sekolah mempunyai jawatankuasa kantin yang terdiri daripada guru-guru dan pengusaha kantin. Jawatankuasa ini perlu memainkan peranan yang sewajarnya dengan dipantau oleh Jabatan Pelajaran Daerah bagi memastikan garis panduan kantin sekolah dipatuhi. Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan juga perlu bersikap tegas terhadap penjaja kecil yang menjual makanan dan minuman ringan di luar kawasan sekolah. Tidak ada maknanya jika pihak sekolah begitu ketat melaksanakan peraturan pemakanan di kantin, tetapi pelajar dengan mudah mendapatkan makanan tidak berkhasiat di luar sekolah apabila pulang. Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu memperkukuh kurikulum berkaitan amalan pemakanan di dalam mata pelajaran, sama ada sains atau kemahiran hidup. Pelajar perlu diberikan kesedaran yang mantap tentang amalan pemakanan yang sihat dan seimbang, termasuk bahaya makanan dan minuman ringan. Jika pelajar dapat ditanamkan dengan kesedaran ini, mereka sendiri akan menjauhkan diri daripada makanan dan minuman ringan yang tidak berkhasiat.

2.1Tatacara Penggunaan Am Pelajar tidak dibenarkan berlari dan berkejar-kejaran dalam dan di luar kantin.

Pelajar digalakkan makan, minum di kantin, di pondok rehat umum dan bukan di dalam bilik kelas.

Pelajar beratur, tertib dan mengamalkan displin diri yang tinggi ketika membeli makanan dan minuman di kantin.

Membuang sisa dan bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.

Bersopan dan bertertib semasa makan dan minum.2.2Tatacara Penggunaan Murid

Baca, fahami dan patuhi peraturan penggunaan kantin.

Beratur semasa membeli makanan.

Ikut arahan guru dan pengawas bertugas.

Gunakan sabun dan tuala yang disediakan.

Buang sisa makanan dalam plastik dan tong sampah yang disediakan.

Jangan guna sinki yang rosak dan tersumbat.

Tidak dibenarkan masuk ke ruang penyediaan makanan.

Dibenarkan makan dan minum pada waktu rehat sahaja.

Pelajar tidak dibenarkan untuk membeli makanan atau minuman pada waktu pembelajaran, kelas persediaan atau sewaktu pertukaran mata pelajaran.

Para pelajar dikehendaki untuk beratur dengan baik, tidak membuat bising, dan bersopan ketika membeli dan menikmati makanan atau minuman.

Kebersihan meja dan lantai kantin perlu dijaga sepanjang masa. Pinggan, mangkuk, sudu, garpu atau gelas yang telah selesai digunakan hendaklah diletakkan dengan baik ke dalam bekas yang disediakan.

Jangan sekali-kali membuang sisa makanan, sampah atau bahan-bahan pembungkus makanan di atas lantai kantin atau mana-mana kawasan bangunan kantin. Gunakan tong sampah yang disediakan.

2.3 Tatacara Penggunaan Guru

Bertanggungjawab memastikan kebersihan kantin terjaga. Memastikan suasana kantin dalam keadaan terkawal. Memastikan kemudahan kantin terpelihara dan melaporkannya jika terdapat kerosakan. Masukkan bekas makanan dan minuman dalam bekas yang disediakan. Guru disiplin menyediakan pengawas bertugas semasa rehat. Guru kantin menyediakan peraturan penggunaan kantin dan paparkan di kantin. Memastikan makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian. Senarai harga hendaklah dipamerkan. Memastikan peralatan yang digunakan bersih, selamat serta penjual menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.

Memastikan pengusaha menyediakan keadaan dan persekitaran dalaman dan luar kantin yang bersih, kemas dan ceria.

Memastikan pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah.

Memastikan semua makanan ditutup dengan rapi.

Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.

Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan selesa.

Membuat laporan mingguan dalam buku laporan kantin.

Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa.

Memastikan pekerja kantin menggunakan pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih seperti alas kepala, apron dan lain-lain.

Memastikan pengusaha kantin menjual makanan dan minuman yang HALAL, SUCI dan BERSIH.

Memastikan pengusaha kantin mematuhi jadual masa operasi.3. Tatacara Penggunaan Dewan / Foyer

Sesuai dengan saiz ruangannya yang besar, dewan serbaguna sesebuah sekolah, digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti perhimpunan untuk kelas-kelas tertentu, mengadakan majlis-majlis rasmi sekolah seperti Majlis Penyampaian Hadiah Tahunan, Majlis Konvokesyen Tahun 6 , Mesyuarat Agung Tahunan PIBG, Ceramah-ceramah Motivasi dan Mesyuarat Staf. Dalam dewan juga, pelbagai permainan dapat dijalankan seperti permainan Badminton, latihan seni pertahanan diri dan Ping Pong juga diadakan di dewan. Kebiasaannya, kegiatan kebudayaan sangat sesuai diadakan dalam dewan. Selain daripada itu, sesebuah dewan sekolah juga digunakan untuk penutupan rasmi majlis-majlis besar yang tertentu seperti sambutan Hari Guru dan sebagainya. Adakalanya, dewan juga digunakan sebagai tempat pameran-pameran oleh agensi-agensi luar seperti Bomba, IPTA/IPTS dan lain-lain. Biasanya, sesiapa sahaja warga sekolah yang ingin menggunakan dewan, perlu membuat tempahan terlebih dahulu dengan menulis pada buku tempahan yang diletakkan di Pejabat Am sekolah. Dalam buku tersebut pemohon hendaklah mencatat tarikh dewan ini akan digunakan, tujuan dan siapa yang terlibat.

3.1Tatacara Penggunaan Am Dewan tidak diboleh digunakan untuk permainan hoki, bola sepak, bola tampar, sepak takraw dan permainan-permainan yang tidak sesuai diadakan di dewan.

Penggunaan dewan pada waktu malam dihadkan tidak melebihi jam 10.00 malam.

Semua pengguna dewan untuk permainan dimestikan memakai pakaian permainan yang sesuai dan tidak dibenarkan berselipar atau berkaki ayam. Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dewan besar.

Kebersihan dan keselamatan dewan selepas sesuatu program yang dijalankan adalah tanggungjawab AJK yang terlibat. Kebersihan dan keselamatan di dewan adalah tanggungjawab semua penggunanya.

Lampu dan kipas hendaklah dimatikan selepas waktu permainan.

Tidak dibenarkan memindahkan dan mengeluarkan mana-mana kelengkapan dan barang simpanan di dewan besar tanpa kebenaran pihak yang bertanggungjawab. Sebarang kerosakan kelengkapan dewan akibat kelalaian adalah tanggungjawab penggunanya dan dikehendaki melaporkannya kepada guru yang bertanggungjawab terhadap dewan. Sebarang perubahan dan penambahan peraturan penggunaan dewan adalah tertakluk kepada masa, keadaan dan peraturan am sekolah.

3.2

Tatacara Penggunaan Murid Para pelajar tidak dibenarkan menggunakan dewan untuk bermain pada waktu malam kecuali dengan kebenaran daripada Pengetua dan pengawasan oleh sekurang-kurangnya seorang guru.

Para pelajar hanya dibenarkan menggunakan dewan pada waktu petang sahaja pada hari persekolahan manakala pada hari cuti, dewan digunakan waktu pagi dan petang.

3.3Tatacara Penggunaan Guru Guru-guru dan kakitangan sekolah boleh menggunakan dewan pada sebarang masa di luar waktu sekolah dan ini tertakluk pada waktu siang sahaja. Manakala pada waktu malam, penggunaan dewan hanya dibenarkan pada Sabtu malam untuk permainan. Penggunaan pada masa lain tertakluk kepada kebenaran.4. Tatacara Penggunaan Bilik Komputer

Penggunaan komputer amatlah meluas dan boleh digunakan dalam berbagai bentuk untuk membantu tugas guru. Penggunaan komputer sebagai alat bantuan pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan menjimatkan masa untuk menulis dan melukis berbagai graf, carta dan lain-lain kerja merancang pengajaran. Pengajaran yang dirancang dengan baik akan mendatangkan kesan pembelajaran yang baik. Guru boleh juga menggunakan komputer untuk menyediakan nota pelajaran, menganalisa markah pelajar, penyediaan soalan peperiksaan dan ujian serta surat-surat rasmi.

Peraturan bilik komputer diwujudkan untuk memaksimumkan penggunaan, meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan, mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran, panduan untuk penggunaan ramai.

4.1Tatacara Penggunaan Am Semua pengguna bilik komputer mestilah menerima taklimat keselamatan bilik komputer daripada penyelaras bilik komputer sekolah sebelum menggunakan bilik komputer.

Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan peraturan-peraturan serta arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Mendapatkan kebenaran penyelaras bilik komputer sebelum menggunakan kemudahan bilik komputer. Membuat tempahan awal / kebenaran bertulis / mengisi jadual penggunaan kemudahan bilik komputer.

Meninggalkan kasut dan susun dengan teratur di bahagian luar bilik komputer sekolah.

Menggunakan kemudahan dalam bilik komputer mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Mematuhi panduan yang betul semasa menghidup dan mematikan semua peralatan komputer.

Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras.

Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan bilik komputer yang telah disediakan.

Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam bilik komputer.

Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.

Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat, kaum, dan negara. (JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)

Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari bilik komputer sebarang cakera perisian atau dokumen.

Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.

Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.

Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.

Tidak dibenar menggunakan bilik komputer semasa hujan atau kilat.

Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.

Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas, lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa. Mencatatkan maklumat penggunaan bilik komputer pada buku log penggunaan bilik komputer bilik komputer dan buku log penggunaan komputer (pelajar).

4.2Tatacara Penggunaan Murid Peraturan am sekolah hendaklah dipatuhi.

Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memasuki bilik komputer tanpa kehadiran guru mereka. pelajar tidak dibenarkan membawa masuk beg, makanan dan minuman.

Pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan bermain serta melakukan aktiviti tanpa kebenaran guru.

Pelajar hendaklah menulis nama, kelas, masa masuk dan keluar serta nombor komputer yang digunakan di dalam buku rekod yang disediakan.

Pastikan disket bebas dari virus.

Tutup komputer dengan tatacara yang betul.

Pastikan bilik sentiasa kemas dan bersih.

Tidak dibenarkan menggunakan kemudahan internet tanpa pengetahuan guru.

Kebenaran daripada guru mestilah diperolehi sebelum melaksanakan urusan cetakan.

Pelajar-pelajar dilarang sama sekali memasuki Bilik Pelayan (server).

Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan, perkakasan dan perisian dalam makmal komputer kepada penyelaras bilik komputer atau wakilnya dengan SEGERA.

Dilarang mengalih atau memindahkan segala peralatan dan perkakasan dalam bilik komputer tanpa kebenaran daripada guru penyelaras.

Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran. Pastikan semua suis elektrik ditutup, pintu dan gril ditutup dan dikunci sebelum balik.

4.3Tatacara Penggunaan Guru Kertas taip putih dan bewarna tidak akan dibekalkan kepada guru-guru untuk kegunaan peribadi.

Ia juga tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai bahan conteng

Sesuatu yang diperlukan mestilah dimaklumkan kepada Penyelaras supaya dapat direkodkan dan memudahkan untuk dikesan pergerakannya.

Segala peralatan yang digunakan, mestilah diletakkan di tempat asalnya.

Sesuatu alat yang dipinjam mesti ada tandatangan pengakuan mengambil atau memulangkannya dengan ditandatangani pengesahan oleh Penyelaras.

Penyelaras berhak menuntut semula barang yang dipinjam jika melebihi dua minggu dari tempoh pinjaman

Guru-guru yang datang ke bilik komputer tidak dibenarkan menyelongkar atau membaca apa jua bahan di dalam fail tanpa kebenaran Penyelaras.

Kebenaran hendaklah diminta untuk mencetak bahan-bahan dan mencetak bahan persendirian adalah tidak dibenarkan.

Guru yang hendak menggunakan bilik komputer, makluman hendaklah dibuat kepada Penyelaras sehari sebelum penggunaan.

Persediaan hendaklah dibuat sepuluh minit sebelum murid masuk untuk memastikan komputer boleh digunakan.

Guru yang membawa murid masuk ke bilik komputer juga hendaklah mengisi Buku Rekod Penggunaan bilik komputer dan memastikan setiap murid yang menggunakan komputer mencatatnya dalam Buku Rekod Penggunaan Komputer.

Setelah selesai sesuatu penggunaan, guru tersebut hendaklah memeriksa komputer dan memastikan komputer dimatikan dengan betul.

Guru tersebut hendaklah mencatatkan sebarang masalah dan kerosakan dalam Buku Laporan Kerosakan untuk makluman Penyelaras. Talian elektrik mesti dilindungi dari capaian pelajar.

Kedua-dua pintu tidak boleh dikunci semasa kelas berjalan. Pastikan pelan larian kecemasan ditempatkan disekitar kawasan bilik komputer agar pelajar dapat mengetahui ke arah mana mereka patut pergi jika berlaku kecemasan atau kebakaran.

Sebaik-baiknya adakan latihan kebakaran secara berkala dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat atau guru-guru yang berpengalaman.

Maklumat seperti soalan peperiksaan, maklumat pelajar dan guru perlu dijaga dan orang-orang tertentu sahaja yang boleh mendapatkannya.

Simpan "backup" khasnya untuk data yang penting.

Adakan perisian Anti Virus yang terkini.Keselamatan dalam bilik komputer meliputi empat aspek yang penting, iaitu tanggungjawab, keselamatan fizikal, keselamatan sistem dan keselamatan data.

Peranan dan tanggungjawab merujuk kepada peranan kakitangan kerajaan sebagai pegawai maklumat kerajaan.

Keselamatan fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan peralatan untuk menjaga keselamatan pengguna, mencegah kehilangan atau kerosakan alat seperti gril, kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam api.

Keselamatan sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi sistem dan perisian aplikasi yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan pencerobohan. Antara tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem adalah pemasangan perisian antivirus, mewujudkan kata laluan untuk menghadkan akses kepada internet oleh pengguna.

Keselamatan data merujuk kepada kaedah penyimpanan, penyebaran data dan kawalan akses maklumat, misalnya hanya pengetua dan guru kelas yang boleh akses data pelajar dalam pelayan, dokumen sulit yang disimpan dalam disket hanya boleh diakses dengan kata laluan.Pencegahan dan Pendidikan merupakan dua aspek yang penting dalam kawalan keselamatan. Oleh sebab itu, pewujudan peraturan penggunaan peralatan komputer dari peringkat awal adalah penting.RUMUSAN

Keadaan fizikal yang baik akan dapat mengelakkan berlakunya kemalangan. Pihak sekolah diharapkan dapat menilai semula keadaan keselamatan di persekitaran sekolah. Pendidikan keselamatan seharusnya menjadi tanggungjawab masyarakat dan sepatutnya selaras dengan kefahaman terhadap pertumbuhan manusia dan pembangunan masyarakat.