Upload
anonymous-qzfprtsaab
View
75
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bahasa melayu
Citation preview
2.0 Bentuk Kata Dan Golongan Kata2.1 Bentuk KataBentuk kata adalah satu proses pembentukan kata yang menerangkan bagaaimana sesuatu kata dibentuk dan dibina sehingga terhasilnya satu ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Terdapat perkataan yang dibentuk menjadi kata tunggal dan ada juga perkataan yang berasal daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang bersifat aglutinatif. Aglutinatif membawa maksud suatu bahasa itu yang hampir semua perkataannya terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan.2.1.1 Kata Tunggal
Bentuk kata tunggal adalah perkataan yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan pengandaan. Kata tunggal juga adalah bentuk kata dasar dan bentuk itu sendiri yang mendirikan perkataan itu sendiri. Banyak kata tunggal boleh menjadi kata terbitan tetapi bukan semua seperti perkataan ini, itu dan sana. Kata tunggal terdiri daripada satu, dua, tiga, empat dan lebih suku kata. Kata tunggal juga boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Kata tunggal yang merupakan satu unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contohnya adalah orang, gitar dan pensil.
Kata tunggal sebagai kata tugas. Unit kata ini tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan memerlukan sekurang-kurangnya satu unit bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contohnya dari dan untuk.
Kata tunggal sebagai kata akronim. Perkataan ini terhasil melalui proses penggabungan beberapa perkataan membentuk satu perkataan yang kukuh. Bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh kata tersebut adalah kugiran. Kugiran adalah akronim bagi kumpulan gitar rancak.2.1.1.1 Kata Tunggal Satu Suku KataBilangan kata tunggal jenis ini adalah amat terhad dan ada yang terdiri daripada kata pinjaman bahasa asing. Selain itu, ada perkataan yang merupakan kependekan bagi perkataan dua suku kata atau lebih. Misalnya, -ku untuk aku, -mu untuk kamu, -tu untuk itu dan ni untuk ini . Walaupun begitu, perkataan tersebut tidak dianggap sebagai perkataan satu suku kata.Contoh perkataan Suku KataContoh Perkataan
KVDi, Ke, Yu
VKAm, Eh, Oh
KVK Dan, Per, Hal
KKVKGraf, Skor, Trak
KVKKYang, Zink, Golf
KKKVSkru
KKKVKSpring, Skrip, Straw
2.1.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata
Kata tunggal ini mempunyai bilangan yang banyak dalam bahasa Melayu.
Contoh perkataan
Suku KataContoh Perkataan
V + KVItu, Apa, Ini,
V + VKAur, Ais, Air
V + KVK Oleh, Akan, Ingin,
VK + KVAngka, Undi, Anda,
VK + KVKUndang, Ansur
KV + VDua, Tua, Gua
KV + VKPuas, Baik, Buah,
KV + KVDuta, Pada, Dari,
KV + KVKSejak, Belum, Perang
KVK + KVNorma, Mesti, Massa,
KVK + KVKKempen, Panjang, Hampir,
2.1.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku KataKata tunggal tiga suku kata dalam bahasa Melayu adalah merupakan kata- kata pinjaman. Jumlah kata jenis ini adalah sedikit dan mempunyai pelbagai susunan konsonan dan vokal.Suku KataContoh Perkataan
KV + V + KV Kuasa, Buaya, Biasa
KV + V + KVKSiasat, Kiamat, Ziarah
V + KV + KUrea, Idea, Usia
KV + KV + VDunia, Setia, Mulia
KVK + KV + VRahsia, Rumbia, Dahlia
KV + KV + VKHaluan, Sekian, Rasuah
KVK + KV + VKNuklear, Manfaat, Lengkuas
V + KV + KVAzali, Udara, Agama
V + KV + KVKAmaran, Akibat, Ibarat
VK + KV + KVAnggota, Almari, Istana
KV + KV + KVMereka, Baharu, Secara
KVK + KV + KVPerdana, Menteri, Tentera
VK + KV + VKIlmiah, Akliah, Ikhtiar
V + KV + VKAkaun, Elaun, Amaun
KV + KV + KVKBangunan, Wilayah, Harapan
KVK + KV + KVKMahkamah, Martabat, Sembilan
KV + KVK + KVKomando, Belanja, Keranda
KV + KVK + KVKKelompok, Gelombang, Belimbing
KVK + KVK + KVSempurna
2.1.1.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata Dan LebihKebanyakan kata tunggal ini berasal daripada kata pinjaman dan bilangannya juga adalah amat kecil.
Suku KataContoh Perkataan
KV + KV + VK + KVKeluarga, Biduanda
KV + KVK + KV + KVSejahtera, Sementara
KVK + KV + KV + KVBendahara, Laksamana
KVK + KV + KV + KVSentiasa
KV + KV + KV + KVDaripada, Selesema
KV + KV + KV + KVKMasyarakat, Hulubalang
KVK + KV + KV + KVKSentimeter
KVK + KVK + KV + KVSinggahsana
KV + KV + V + KVKNasional, Mesyuarat
V + KV + KVK + KV + KV Universiti
KVK + KV +KV + KV + KVKKosmopolitan
KV + KV + KV + KV + KV + KVMaharajalela
KV + KV + KVK + KVKHalalintar
KVK + KV + KVK + KVKSentimental, Fundamental
2.1.2 Kata TerbitanKata terbitan adalah kata dasar yang menerima sekurang-kurangnya satu imbuhan untuk menjadi kata terbitan. Kata terbitan terhasil apabila menerima kata dasar bergabung dengan imbuhan awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Kata dasar untuk kata terbitan ini terdiri daripada beberapa jenis kata.
Kata akar
Bentuk morfem terikat yang belum lagi mencapai taraf kata dan tidak mempunyai imbuhanContoh :
Kata akarKata terbitan
TawaTertawa
Kata tunggalKata tunggal adalah perkataan yang dibentuk oleh satu morfem bebas, tidak berimbuhan dan tidak berbentuk kata jamak.Contoh :
Kata tunggal Kata terbitan
JualPenjual
Kata terbitanKata ini terhasil daripada proses pengimbuhan.
Contoh :
Kata terbitan Kata terbitan
BerangkatKeberangkatan
Kata majmuk atau rangkai kata
Kata jenis ini adalah perkataan yang dibentuk oleh dua morfem bebas atau lebih.
Contoh :
Kata majmukKata terbitan
Ibu bapakeibubapaan
Kata ganda
Bentuk perkataan yang terhasil daripada proses pengulangan kata.
Contoh :
Kata ganda Kata terbitan
Cantik cantik Mencantik - cantikkan
2.1.2.1 Awalan
Awalan adalah imbuhan yang ditambah pada hadapan kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan. Golongan kata yang boleh diimbuhkan menggunakan awalan adalah kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Awalan kata nama
a. peN-
b. pe
c. peR
d. ke-
e. juru-1. Awalan peN-
Imbuhan ini mempunyai empat bentuk alomorf, iaitu pe-, pem-, pen- dan peng-. Unsur morfofonem N akan berubah mengikut kata dasar yang diterima.i. Awalan peN- menjadi pe- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, ny, r, l dan w . Contoh :peN + namaPenama
peN + nyanyiPenyanyi
peN + lawakPelawak
ii. Awalan peN- menjadi pem- apabila kata dasarnya bermula dengan huruf b dan kata dasar pinjaman yang bermula dengan huruf b, f, p dan v. Contoh :
peN + beliPembeli
peN + brekPembrek
peN + fitnahPemfitnah
iii. Awalan peN- menjadi pen- apabila kata dasarnya bermula dengan huruf d, c, j, sy, z dan kata dasar pinjaman yang bermula dengan huruf f dan s. Contoh :
peN + jajaPenjaja
peN + syarahPensyarah
peN + tadbirPentadbir
iv. Awalan peN- menjadi peng- apabila kata dasarnya bermula dengan huruf g, kh, h ( untuk bunyi konsonan ), a, e, i, o, u ( untuk bunyi vokal ) dan kata dasar pinjaman yang tertentu. Contoh :
peN + hitungPenghitung
peN + edarPengedar
peN + ikatPengikat
peng- juga boleh menjadi penge- apabila kata dasarnya terdiri daripada satu suku kata.
Contoh :
capPengecap
syorPengesyor
pamPengepam
2. Awalan pe-Tiada perubahan yang berlaku pada bentuk huruf awal kata dasar tersebut. Contoh :pe + tunjukPetunjuk
pe + kedaiPekedai
pe + taniPetani
3. Awalan peR-
Awalan ini boleh diimbuhkan pada kata nama dan kata kerja dengan tidak melibatkan perubahan bentuk pada huruf awal kata dasar tersebut. Contoh :
per + tapaPertapa
per + asapPerasap
per + wiraPerwira
4. Awalan ke-
Kata dasar yang tertentu apabila diimbuhkan dengan imbuhan ini tidak akan menyebabkan perubahan pada huruf awal kata dasar. Contoh :
ke + kasihKekasih
ke + hendakKehendak
ke + labuKelabu
5. Awalan juru-
Awalan jenis ini boleh diimbuhkan pada kata nama dan kata kerja tanpa perubahan bentuk pada huruf awal kata dasar. Contoh :
juru + terbangJuruterbang
juru + bahasaJurubahasa
juru + hiasJuruhias
Awalan Kata Kerjaa. meN-
b. beR-
c. teR-
d. di-
e. mempeR-
f. dipeR-1. Awalan meN-
Awalan ini membentuk kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Selain itu, awalan ini mempunyai alomorf me-, mem-, men- dan meng-.i. Awalan meN- menjadi me- apabila kata dasarnya bermula dengan huruf m, n, ng, ny, r, l
dan w. Contoh :
meN + masakMemasak
meN + rawatMerawat
meN + lawanMelawan
Untuk kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s, huruf- huruf ini akan digugurkan apabila diimbuhkan dengan awalan meN- . Contoh :
PegangMemegang
Tekan Menekan
Saji mensaji
ii. Awalan meN- menjadi mem- apabila kata dasarnya bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v. Contoh :
meN + bezaMembeza
meN + fitnahMemfitnah
meN + pamerMempamer
iii. Awalan meN- menjadi men- apabila kata dasarnya bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z. Manakala, kata pinjaman bermula dengan huruf t dan s. Contoh :
meN + dalamMendalam
meN + ciptaMencipta
meN + ziarahMenziarah
iv. Awalan meN- menjadi meng- apabila kata dasarnya bermula dengan huruf g, gh, kh, h ( untuk bunyi konsonan ), a, e, i, o, u ( untuk bunyi vokal ) serta kata pinjamannya yang bermula dengan huruf k. Contoh :
meN + genggamMenggenggam
meN + kritikMengkritik
meN + arahMengarah
2. Awalan beR-
Awalan ini mempunyai satu alomorf iaitu ber- yang boleh diimbuhkan pada semua bentuk kata dasar. Contoh :beR + angkaBerangka
beR + ekorBerekor
beR + depanBerdepan
Apabila imbuhan ber- bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r , salah satu huruf r akan digugurkan. Contoh :RehatBerehat
Renang Berenang
Rakit Berakit
3. Awalan teR-
Awalan ini mempunyai satu alomorf iaitu ter- yang boleh diimbuhkan pada semua bentuk kata dasar. Contoh :
teR + atasTeratas
teR + dudukTerduduk
teR + tanggungTertanggung
Apabila imbuhan ter- bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r , salah satu huruf r akan digugurkan. Contoh :
Rancang Terancang
Rentang Terentang
Rosak Terosak
4. Awalan di-
Awalan ini boleh diimbuhkan pada semua bentuk kata dasar untuk menghasilkan kata kerja ayat pasif. Contoh :
di + tuduhDituduh
di + paksaDipaksa
di + rompakDirompak
5. Awalan mempeR-
Awalan ini mempunyai satu alomorf iaitu memper-. Contoh :memper + cantikMempersila
memper + taruhMempertaruh
memper + silaMempersila
6. Awalan dipeR-
Awalan ini mempunyai satu alomorf, iaitu diper- . Contoh :
diper + hambaDiperhamba
diper + jelasDiperjelas
diper + mudahDipermudah
Awalan Kata Adjektifa. ter-
b. se-
1. Awalan ter-Apabila awalan ini digabungkan dengan kata adjektif, ia akan membentuk kata adjektif juga. Contoh :
ter + baharuTerbaharu
ter + murahTermurah
ter + mahalTermahal
2. Awalan se-
Apabila awalan se- digabungkan dengan kata adjektif, ia akan menghasilkan kata adjektif juga. Contoh :
se + cantikSecantik
se + pantasSepantas
se + putihSeputih
2.1.2.2 Akhiran
Imbuhan ini ditambah pada bahagian akhir kata dasar serta hanya wujud pada kata nama dan kata kerja.Akhiran kata nama
Akhiran kata nama asli
Hanya terdapat satu imbuhan iaitu -an. Imbuhan ini boleh imbuhkan dengan semua bentuk kata dasar. Contoh :
pakai + anPakaian
tujuan + anTujuan
hukum + anHukuman
Akhiran kata nama pinjaman
-ahSultanah
-atMuslimat
-inMuslimin
-ismePatriotisme
-manSeniman
-wanUsahawan
-watiPeragawati
Akhiran kata kerja
a. i
b. kan
1. Akhiran i
Imbuhan ini mempunyai satu bentuk. Contoh :
ikut + iIkuti
jalan + iJalani
sakit + iSakiti
2. Akhiran kan
Imbuhan ini mempunyai satu bentuk. Contoh :
serah + kanSerahkan
lurus + kanLuruskan
mandi + kanMandikan
2.1.2.3 Apitan
Apitan adalah imbuhan yang ditambah pada bahagian awal dan akhir kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Apitan ini dapat digabungkan dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Apitan kata nama
ke--anKesihatan, ketulusan
pe--anPeragaan, Perasmian
pel--anPelajaran
pem-..-anPembuatan, Pembaikan
pen-..anPendakian, Penciptaan
peng-...-anPenghidupan, Penghadaman
penge-..-anPengebomanPengesahan
per-..-anPeraturan, Perlawanan
Apitan kata kerja
ber-..-kanBerjatuhan, Bertaburan, Bertempiaran
ber-..-kanBerbantalkan, Beratapkan, Bersulamkan
di-..-iDidahului, Didapati, Disirami
di-..-kanDimatikan, Dirosakkan, Dibungkuskan
diper-..-iDipersetujui, Diperolehi, Diperingati
diper-..-kanDiperkatakan, Dipertontonkan, Dipertunjukkan
ke..-anKepanasan, Kehujanan, Kekeringan
me-..-iMelukai, Menangisi, Meratapi
me-..-kanMelaksanakan, Memasakkan, Merenehkan
mem-..-iMembaiki, Membaluti, Memberkati
mem-..-kan Membukakan, Membantutkan, Membasahkan
memper-..-iMemperingati, Memperolehi
memper-..-kanMemperkatakan, Mempertontonkan, Mempertahankan
men-..-iMentaati, Mendukungi, Menzalimi
men-..-kan Menjatuhkan, Mendalamkan
meng-..-iMengkasihi, Menghadiri, Menghormati
meng-...-kanMengbanteraskan, Menghapuskan, Menghidupkan
menge-..-kanMengelapkan, Mengeposkan, Mengesahkan
Apitan kata adjektif
ke-..-an Kemelayuan, Keinggerisan, Ketimuran
2.1.2.4 Sisipan
Imbuhan ini disisipkan antara unsur dalam kata dasar. Bentuk sisipan ini adalah tidak banyak dan hanya boleh didapati pada kata nama dan kata adjektif.Sisipan kata nama
-el-Telunjuk, Telapak
-em-Kemuncup, Kemuning
-er-Serabut, Seruling
Sisipan kata adjektif
-el-Gelembung, Selerak
-em-Semerbak, Gemilang
-er-Gerigi, Serabut
-in-Sinambung
2.1.3 Kata Majmuk
Kata majmuk juga dikenali sebagai rangkai kata. Maksud kata majmuk adalah dua atau lebih kata dasar yang dirangkaikan untuk membentuk satu maksud. Bentuk baharu yang dihasilkan oleh rangkai kata tersebut dikenali sebagai kata majmuk. Contoh kata majmuk adalah balai raya dan rumah tangga. Walaupun begitu, terdapat juga kata majmuk yang tidak membawa makna rujukan dan tetapi digunakan sebagai kata penghubung ayat seperti barangkali dan oleh itu . Kata majmuk juga tidak boleh disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Contoh kata tersebut adalah tandatangan dan daya tahan. Jika kata ini disisipkan, ia akan membawa pengertian yang lain. Dalam bidang penulisan, kata majmuk dianggap sebagai satu unit, tetapi dieja secara terpisah melainkan untuk bentuk-bentuk yang telah mantap. Jika digunakan dalam ayat, kata ini tidak dapat berfungsi sebagai kata kerja. Jika hendak menggunakannya, kata tersebut hendaklah diubah menjadi kata terbitan. Contohnya adalah tolak ansur akan menjadi bertolak ansur apabila menerima imbuhan ber-.2.1.3.1 Bentuk Kata MajmukKata majmuk rangkai kata bebasKata majmuk jenis ini tidak mempunyai hubungan makna antara perkataan pertama dengan perkataan kedua dan kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang tersendiri. Contoh :
Buku tulis Beg tangan
Jam locengBola sepak
Perdana menteri Kapal layar
Kata majmuk rangkai kata setara
Rangkai kata ini mempunyai sifat yang setara walaupun makna perkataan pertama dan kedua adalah berlawanan. Contoh :
Hidup matiTua muda
Ibu bapaKerusi meja
Atas bawahPeriuk belanga
Kata majmuk istilah khusus
Kata majmuk ini merujuk kepada istilah-istilah tertentu dalam sesuatu bidang ilmu. Kata majmuk ini mudah didapati dalam bidang sains, matematik dan geografi. Contoh :Keratan rentasTabung uji
Garis lurusJangka lukis
Jangka sudutGaris pusat
2.1.3.2 Kekecualian Bentuk Kata MajmukKata majmuk ini dieja sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada dua kata dasar. Contoh :
Kakitangan Sukarela
Olahraga Bendahara
Matahari Dukacita
2.1.3.3 Penggandaan Kata Majmuk
Dalam penggandaan kata majmuk, hanya unsur pertama sahaja yang terlibat. Walaupun begitu, kata majmuk yang terdiri daripada simpulan bahasa dan bentuk kata yang telah mantap, proses penggandaan akan melibatkan seluruh unsurnya.
Contoh :
Jam-jam tanganPesuruhjaya-pesuruhjaya
Jalan-jalan rayaWarganegara-warganegara
Timbalan-timbalan pengarahBuah hati-buah hati
2.1.4 Kata GandaKata ganda adalah kata dasar yang mengalami proses pengulangan dan membentuk kata ganda. Proses ini berlaku dalam dua cara. Pertama, mengulangi seluruh kata dasar tersebut seperti daun- daun . Kedua, hanya sebahagian kata dasar yang diulang seperti sesungut. Kata ganda dapat dibentuk oleh semua golongan kata seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Tetapi, majoriti kata ganda ini melibatkan golongan kata nama.2.1.4.1 Jenis Kata GandaPenggandaan penuh
Penggandaan jenis ini menggandakan kesuluruhan kata dasar, sama ada kata dasar tersebut berimbuhan atau tidak.Contoh :
Dekat-dekatDalam-dalam
Rumah-rumahSungai-sungai
Penggandaan separa
Proses penggandaan ini hanya menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.
Contoh :
Sesiku Tetupai
Lelangit Kekuda
Jika kata terbitan digandakan, hanya kata dasar sahaja yang digandakan tanpa melibatkan imbuhannya.
Contoh :
Tinjau-meninjauBersiar-siar
Melawat-lawatBenci-membenci
Penggandaan berentak
Kata dasar digandakan mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut. Dalam proses penggandaan ini, seluruh kata dasar akan digandakan dan terdapat bunyi-bunyi tertentu yang diulang atau diubah. Contohnya adalah seperti berikut.i. Penggandaan berentak pengulangan vokalPenggandaan ini menunjukkan penggunaan vokal yang sama dalam perkataan yang pertama dan kedua.
Contoh :
Lauk-paukSelok-belok
Kuih-muihKarut-marut
ii. Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Penggandaan ini menunjukkan penggunaan konsonan yang sama dalam perkataan pertama dan kedua.
Contoh :
Pontang-pantingMundar-mandi
Keluh-kesah Huru-hara
iii. Penggandaan berentak bebas
Penggandaan ini menunjukkan perbezaan penggunaan bentuk vokal atau konsonan dalam perkataan yang pertama dan kedua. Walaupun begitu, makna perkataan kedua tidak akan sempurna tanpa perkataan pertama dan kedua-dua perkataan tersebut adalah saling bergantung untuk membentuk kata ganda.
Contoh :
Ipar-duaiTungkus-lumus
Lintang-pukang Kusut-masai
2