24

1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

id7258968 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 2: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran
Page 3: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

i

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI MATAPELAJARAN MATEMATIK KBSM

TINGKATAN EMPAT BERTAJUK BULATAN III

NOREZHAR RAHIMI BIN AZIZ

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

( Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

id7268953 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 4: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

ii

Page 5: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

iii

DEDIKASI

Untuk abah dan emak tercinta:

Aziz Bin Omar dan Rahimah Binti Arsad

Doa, jasa dan pengorbanan mengiringi kehidupan dan kejayaanku

Terima kasih abah dan emak

Untuk keluarga tersayang:

Noor Azlina

Noor Asyikin

Noramirul

Nur Ummi Haziqah

Sekalung budi buat penyelia:

Encik Juhazren Bin Haji Junaidi yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan

sepanjang melaksanakan Projek Sarjana Muda ini.

Tidak lupa juga semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.

Segala jasa, doa dan sokongan kalian akan dikenang selamanya.

Page 6: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan

salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya dan para sahabat.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S. W. T. kerana dengan izinNya saya telah

berjaya menyempurnakan projek pembangunan laman web pembelajaran ini bagi

memenuhi syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta

Pendidikan (Matematik), di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Johor.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

jutaan terima kasih kepada Encik Juhazren Bin Haji Junaidi, selaku penyelia projek

sarjana muda saya yang telah banyak berusaha untuk membimbing, memberi tunjuk ajar

dan memberi sokongan padu kepada saya sehingga projek ini dapat disiapkan dengan

jayanya.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada emak dan abah serta keluarga

tersayang di atas pengorbanan, sokongan dan dorongan yang diberikan selama ini. Di

sini juga saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan yang telah banyak menghulurkan bantuan dan menyumbangkan

pendapat. Tidak lupa kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam projek pembangunan laman web ini, ribuan terima kasih saya ucapkan.

Page 7: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

v

ABSTRAK

Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah laman web

dengan menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme. Laman web ini merangkumi

topik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik

KBSM. Elemen-elemen multimedia yang bersesuaian seperti teks, grafik dan animasi

diimplementasikan untuk menarik minat dan meningkatkan keberkesanan proses

pembelajaran. Proses pembangunan laman web adalah berpandukan kepada model reka

bentuk ADDIE. Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran tutorial digunakan dalam

penyampaian isi kandungan laman web ini, manakala Bahasa Inggeris digunakan

sebagai bahasa penyampaian. Microsoft Front Page 2003 digunakan sebagai perisian

utama pembangunan dan Macromedia Flash MX2004 serta Adobe Photoshop CS2

digunakan sebagai perisian sokongan. Diharapkan laman web yang dibangunkan ini

dapat membantu meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

di kalangan guru dan pelajar.

Page 8: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

vi

ABSTRACT

The purpose of this project is to develop a website using constructivism learning

theory. This website comprises the topic Circle III for form four according to the

Mathematic KBSM syllabus. The implementation of suitable multimedia elements such

as text, graphic and animation is to attract enthusiasm and to increase the effectiveness

of learning process. Constructivism theory and tutorial learning strategy was applied to

deliver the content in this website, whereas the content was delivered in English. The

website was developed using Microsoft Front Page 2003 software and supported by

other software such as Macromedia Flash MX2004 and Adobe Photoshop CS2.

Hopefully this website will help to increase the effectiveness in teaching and learning

process among the teacher and student.

Page 9: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 5

1.5 Persoalan Projek 6

1.6 Rasional Pemilihan Laman Web Sebagai

Media Pengajaran

6

1.6.1 Mudah Diakses 6

1.6.2 Memudahkan Pengubahsuaian Dan

Penambahbaikan

7

Page 10: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

viii

1.6.3 Kos Pembangunan Yang Lebih

Rendah

7

1.6.4 Jaringan Komunikasi Antara

Pengguna

7

1.7 Kepentingan Projek 7

1.7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 8

1.7.2 Pelajar 8

1.7.3 Guru 8

1.7.4 Ibu Bapa 9

1.8 Batasan Projek 9

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 KBSM 10

1.9.2 Konstruktivisme 10

1.9.3 Laman Web 10

1.9.4 Matematik 10

1.9.5 Multimedia 11

1.9.6 Pembelajaran Berasaskan Web 11

1.9.7 Sekolah Bestari 12

1.10 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Komputer Dan Teknologi Dalam

Pendidikan

13

2.2.1 Multimedia Dalam Pendidikan 15

2.2.1.1 Elemen-elemen

Multimedia

16

a Teks 16

b Grafik 16

c Video 17

d Animasi 17

Page 11: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

ix

e Audio 17

f Hipermedia 17

2.2.2 Pembelajaran Melalui Web 18

2.3 Teori Dan Pendekatan Pembelajaran 18

2.3.1 Teori Pembelajaran Dan Pendekatan

Konstruktivisme

19

2.3.2 Pendekatan Masteri 20

2.4 Strategi Pengajaran 21

2.4.1 Strategi Pengajaran Tutorial 21

2.4.2 Strategi Pengajaran Penyelesaian

Masalah

22

2.5 Model Reka Bentuk (Model ADDIE) 23

2.5.1 Fasa Analisis (Analyze) 24

2.5.2 Fasa Reka Bentuk (Design) 24

2.5.3 Fasa Pembangunan (Development) 24

2.5.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation) 25

2.5.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 25

2.6 Masalah Dalam Pembelajaran Matematik 25

2.7 Penutup 26

BAB 3 REKA BENTUK LAMAN WEB

3.1 Pengenalan 27

3.2 Proses Pembangunan Laman Web 28

3.3 Model ADDIE 28

3.3.1 Fasa 1: Analisis 29

3.3.1.1 Analisis Pengguna 30

3.3.1.2 Analisis Pembangunan 31

a Analisis Keperluan

Perkakasan

31

b Analisis Keperluan

Perisian

32

Page 12: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

x

3.3.2 Fasa 2: Reka Bentuk 33

3.3.2.1 Reka Bentuk Hipermedia

dan Hiperteks

34

3.3.2.2 Reka Bentuk Antara Muka 34

3.3.2.3 Carta Alir 35

3.3.3 Fasa 3: Pembangunan 38

3.3.4 Fasa 4: Perlaksanaan 39

3.3.5 Fasa 5: Penilaian 39

3.4 Rasional Pemilihan Model ADDIE 40

3.5 Penutup 40

BAB 4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB

4.1 Pengenalan 41

4.2 Struktur Asas Laman Web 41

4.2.1 Paparan Menu Utama (Home) 42

4.2.2 Paparan Nota (Notes) 44

4.2.2.1 Paparan Nota Subtopik 45

4.2.2.2 Paparan Nota Sub-subtopik 46

4.2.3 Paparan Latihan (Exercises) 47

4.2.3.1 Paparan Latihan Subtopik 48

4.2.3.2 Paparan Latihan Sub-

subtopik

49

4.2.3.3 Paparan Soalan 50

4.2.4 Paparan Penilaian (Try It!) 51

4.2.4.1 Paparan Kuiz 1 (Quiz 1) 52

4.2.4.2 Paparan Kuiz 2 (Quiz 2) 53

4.2.4.3 Paparan Markah (Mark

Form)

55

4.2.5 Paparan Santai (Have Fun!) 55

4.2.5.1 Paparan Teka Silangkata

(Crossword)

56

Page 13: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

xi

4.2.5.2 Paparan Permainan (Circle

III World)

57

4.2.6 Paparan Glosari (Glossary) 58

4.2.7 Paparan Kredit (Credit) 59

4.2.8 Paparan Peta Laman (Site Map) 60

4.3 Penutup 61

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Perbincangan 62

5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Semasa

Pembangunan Laman Web

64

5.3.1 Pemilihan Strategi 64

5.3.2 Penyampaian Isi Pelajaran 65

5.3.3 Penghasilan Reka Bentuk 65

5.3.4 Pengintegrasian Elemen Multimedia 66

5.4 Kekuatan dan Kelemahan Laman Web 66

5.4.1 Kekuatan Laman Web 66

5.4.2 Kelemahan Laman Web 67

5.5 Cadangan 68

5.5.1 Pengaplikasian Pelbagai Strategi

Pengajaran

69

5.5.2 Pengintegrasian Elemen Multimedia

Audio dan Video

69

5.5.3 Penggunaan Pangkalan Data 69

5.6 Kesimpulan 70

5.7 Penutup 70

RUJUKAN 71

Page 14: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

xii

LAMPIRAN 74

A Carta Alir

Page 15: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model ADDIE daripada Rossett (1987) 23

3.1 Model ADDIE 29

3.2 Carta Alir I 36

3.3 Carta Alir II 36

3.4 Carta Alir III 37

3.5 Carta Alir IV 37

3.6 Carta Alir V 38

4.1 Paparan Menu Utama (Home) 43

4.2 Paparan Menu Utama (Home) 43

4.3 Paparan Nota (Notes) 44

4.4 Paparan Nota Subtopik 45

4.5 Paparan Nota Sub-subtopik 46

4.6 Paparan Nota Sub-subtopik (Solution) 47

4.7 Paparan Latihan (Exercises) 48

4.8 Paparan Latihan Subtopik 49

4.9 Paparan Latihan Sub-subtopik 50

4.10 Paparan Soalan 51

4.11 Paparan Penilain (Try It!) 52

4.12 Paparan Kuiz 1 (Quiz 1) 53

4.13 Paparan Kuiz 2 (Quiz 2) 54

4.14 Paparan Kuiz 2 (Quiz 2) 54

4.15 Paparan Markah (Mark Form) 55

4.16 Paparan Santai (Have Fun!) 56

Page 16: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

xiv

4.17 Paparan Teka Silangkata (Crossword) 57

4.18 Paparan Permainan (Circle III World) 58

4.19 Paparan Glosari (Glossary) 59

4.20 Paparan Kredit (Contact Me) 60

4.21 Paparan Peta Laman (Site Map) 61

Page 17: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta alir 74

Page 18: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan komputer dalam dunia pendidikan bermula dengan penciptaan

mikro komputer pada awal tahun 70-an di mana ia telah memberi kesan yang mendalam

kepada penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim,

Mazenah & Rose Alinda, 1996) dalam Wan Mohd Shukri (2002).

Menyedari kepentingan teknologi ini maka langkah kerajaan untuk

menggabungkan aspek-aspek teknologi ke dalam kurikulum sekolah dianggap sebagai

satu usaha yang komited ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif

terhadap perkembangan teknologi di samping mewujudkan proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih efektif dan bersifat globalisasi. Peruntukan sebanyak RM 2.3

bilion yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) akan

digunakan untuk membiayai inisiatif ICT di sekolah. Ini menunjukkan bahawa negara

sangat memandang berat penggunaan ICT dalam bidang pendidikan. Antara lima

inisiatif yang digariskan dalam RMK-9 ialah projek rintis Sekolah Bestari, pengajaran

dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, projek makmal

komputer sekolah, projek jalur lebar School Net dan teknologi media (Berita Harian ; 25

Julai 2006).

id7321875 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 19: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

2

Pelbagai pendekatan, model dan perspektif yang sesuai perlu digunakan untuk

membuat reformasi dalam bidang pendidikan agar menjadi lebih bermakna dan

menyeronokkan kepada pelajar dan juga guru. Ekoran daripada ini, Sekolah Bestari telah

ditubuhkan pada tahun 1999. Kemunculan Sekolah Bestari di Malaysia telah

menyebabkan perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran (Baharuddin, Rio Sumarni dan Manimegalai, 2001).

Perkembangan sistem pendidikan pada zaman kini telah menjurus kepada

kecanggihan dan kewibawaan teknologi maklumat. Sehubungan dengan itu, penggunaan

komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat

berteknologi selaras dengan hasrat wawasan 2020 serta perkembangan ICT kini.

Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan

kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran

dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan teknologi komunikasi

dan maklumat (ICT) (Utusan Malaysia, 3 Mei 2003).

Menurut Halimah (1999) teknologi multimedia menjadi menarik kerana

teknologi ini dapat memberikan kesan yang berlainan daripada kaedah biasa semasa

proses persembahan. Teknologi ini dijangka akan mengubah kaedah pendidik mengajar

dan cara murid belajar pada masa hadapan. Proses P&P berasaskan komputer akan

menjadi lebih berkesan dengan kewujudan teknologi multimedia kerana pendidik boleh

mempelbagaikan persembahan mereka selain bergantung kepada penggunaan buku teks.

Seiring dengan perubahan teknologi yang pesat ini, para pelajar perlu diberikan

pelbagai pengalaman berkaitan budaya, sejarah dan evolusi saintifik mengenai

matematik supaya mereka menghargai peranan matematik dalam perkembangan

masyarakat yang berorientasikan teknologi. Pendekatan pengajaran yang menumpukan

kepada penyelesaian masalah perlu menjadi fokus supaya pelajar dapat meneroka,

mencipta dan menyesuaikan kefahaman mereka ke dalam keadaan yang berubah, dan

serta secara aktif mencipta pengetahuan baru di dalam hidup mereka.

Page 20: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

3

Dalam konteks pendidikan matematik, proses pengajaran dan pembelajaran

matematik yang lebih berkesan dan efektif dapat diwujudkan dengan memberi

penekanan terhadap beberapa konsep iaitu dengan menitikberatkan konsep kelas

matematik sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan

konsep pengajaran dan pembelajaran yang bukan lagi berpusatkan kepada guru tetapi

lebih berpusatkan kepada pelajar (Esah, 2003). Oleh itu dalam proses pendidikan

matematik, para pelajar perlu dibentuk dan diajar cara bertindak dan berfikir secara

tersendiri. Secara ringkas, pendidikan matematik perlu memberi perhatian kepada proses

menjalankan aktiviti yang berorientasikan matlamat yang jelas dan proses membuat

refleksi yang bermakna.

Terdapat pelbagai media boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

tetapi penggunaan media yang baik dan menarik merupakan sebahagian daripada

keperluan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah

berkesan (Zaidatun, 2001). Di dalam matapelajaran matematik, penggunaan teknologi

akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Penggunaan

elemen-elemen multimedia seperti audio, video, animasi, grafik dan teks di dalam

pengajaran mampu menarik minat pelajar-pelajar untuk terus memberikan tumpuan

terhadap kandungan pelajaran. Penggunaan elemen-elemen multimedia ini akan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik lebih menarik, berkesan dan

interaktif.

1.2 Latar Belakang Masalah

Matematik merupakan salah satu tajuk yang penting di peringkat menengah

rendah mahupun menengah atas. Walau bagaimanapun, ciri matematik yang bersifat

abstrak menyebabkannya menjadi salah satu mata pelajaran yang kurang digemari dan

sukar difahami oleh pelajar (Catherine Kho Ching Yuen, 1997).

Page 21: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

4

Ciri matematik yang kebanyakannya mempunyai konsep yang saling berkait

secara berhierarki, di mana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada

pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain adalah antara punca pelajar menghadapi

masalah kesukaran memahami matematik (Maznah, 2000). Selain itu, di dalam setiap

konsep terkandung prinsip, hukum, pola, hubungan dan sebagainya. Untuk

menyelesaikan masalah matematik, pelajar perlu menguasai kemahiran tertentu

berhubung dengan konsep atau kombinasi beberapa konsep.

Menurut Maznah (2000) lagi, pelajar yang lemah biasanya sukar memahami

konsep dan kurang menguasai kemahiran matematik, menyebabkan mereka tidak boleh

menyelesaikan masalah matematik dengan baik. Mereka ini juga sering melakukan

kesilapan kerana kurang memahami konsep walaupun pada peringkat asas, selain

daripada kesilapan menentukan rumus yang sesuai dan kesilapan dalam pengiraan.

Kelemahan dalam memahami konsep matematik dan lemah dalam menangani

operasi asas menyebabkan pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah

matematik dengan tepat. Selain itu, kekurangan latihan dan ketidak upayaan untuk

mengingati prinsip dan hukum menyebabkan pelajar yang lemah tidak dapat menguasai

matapelajaran ini dengan baik.

1.3 Pernyataan masalah

Pengajaran secara tradisional iaitu pengajaran berasaskan buku teks masih lagi

menjadi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi hampir

keseluruhan matapelajaran di sekolah, termasuk matapelajaran Matematik. Dalam

pengajaran secara tradisi, walaupun ia menjanjikan kejayaan yang tidak boleh

dipertikaikan namun demikian ia juga membawa bersamanya pelbagai masalah dan

kekangan (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Dalam pengajaran tradisi, komunikasi sehala

banyak berlaku di mana seseorang guru memainkan tugas utama sebagai penyalur

Page 22: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

5

maklumat manakala pelajar pula hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi

penting yang diperlukan. Persembahan sebegini menyebabkan pelajar kurang berminat

dengan matapelajaran tersebut dan seterusnya mengkategorikan ia sebagai matapelajaran

yang sukar untuk difahami (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Di samping itu, pengajaran

tradisi juga lebih banyak menggunakan konsep menghafal fakta-fakta yang diberikan

oleh guru (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Penyediaan alat bantu mengajar bagi

pengajaran tradisi juga adalah terhad kepada bahan-bahan yang statik sifatnya

(Jamalludin & Zaidatun, 2003). Semua masalah tersebut secara tidak langsung

mengurangkan minat para pelajar terhadap sesuatu matapelajaran. Dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah, pelajar lebih banyak mendengar

guru menyampaikan isi pengajaran menyebabkan mereka menjadi kurang aktif, dan

menyebabkan mereka tidak meminati matapelajaran ini seterusnya mengkategorikan

Matematik sebagai matapelajaran yang sukar. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, terutamanya dalam matapelajaran matematik yang mementingkan konsep,

prinsip, hukum, teorem dan rumus, pelajar perlu mempelbagaikan bahan rujukan dan

tidak terhad kepada bahan yang bersifat statik sahaja supaya tidak mengalami masalah

untuk menguasai sesuatu konsep. Sebagai contoh, di dalam topik Circle III ini

kebanyakan pelajar sering keliru dalam menentukan definisi tangent, common tangent

dan sebagainya. Dengan adanya bahan rujukan yang pelbagai, pelajar akan dapat

mengukuhkan lagi kefahaman mengenai sesuatu konsep yang telah mereka pelajari di

sekolah.

1.4 Objektif Projek

a) Mereka bentuk dan membangunkan sebuah laman web bagi tajuk Circle

III Form 4 mengikut sukatan mata pelajaran Matematik KBSM dalam

Bahasa Inggeris.

Page 23: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

6

b) Mengaplikasikan teori pembelajaran konstruktivisme dan strategi

pengajaran tutorial di dalam laman web yang direka bentuk dan

dibangunkan.

1.5 Persoalan Projek

a) Bagaimanakah laman web bertajuk Circle III Form 4 mengikut sukatan

mata pelajaran Matematik KBSM dalam Bahasa Inggeris dapat

dibangunkan?

b) Bagaimanakah teori pembelajaran konstruktivisme dan strategi

pengajaran tutorial akan diaplikasikan ke dalam laman web yang direka

bentuk dan dibangunkan?

1.6 Rasional Pemilihan Laman Web Sebagai Media Pengajaran

Antara rasional pemilihan laman web sebagai media pengajaran atau

penyampaian adalah kerana:

1.6.1 Mudah Diakses

Melalui laman web, pengajaran boleh diakses tanpa sekatan masa dan tempat

selagi ada internet. Ia juga boleh diakses oleh ibu bapa dan dan tidak terhad kepada

pelajar sasaran sahaja. Pengguna lain turut boleh mencapai maklumat yang diingini

tanpa sekatan.

Page 24: 1.doc - pdfMachine from Broadgun Software, http ... filetopik Circle III bagi tingkatan empat mengikut sukatan matapelajaran Matematik ... Teori konstruktivisme dan strategi pengajaran

7

1.6.2 Memudahkan Pengubahsuaian Dan Penambahbaikkan

Sebarang perubahan dalam kurikulum atau penambahan maklumat dapat

dilakukan dengan cepat dan tepat yang mampu memberikan maklumat terkini kepada

pelajar. Pembangun akan dapat melakukan pengubahsuaian secara terus pada web dan

boleh digunakan untuk suatu tempoh jangka masa panjang.

1.6.3 Kos Pembangunan Yang Lebih Rendah

Kos pembangunan laman web adalah lebih rendah berbanding dengan media

penyebaran lain seperti cd�rom. Ini memandangkan penyebaran laman web di internet

tidak dikenakan bayaran dan terdapat banyak tapak web yang percuma. Proses

pembaikan juga dapat dilakukan tanpa melibatkan sebarang kos.

1.6.4 Jaringan Komunikasi Antara Pengguna

Laman web memudahkan komunikasi secara online antara guru dengan pelajar

pada bila�bila masa yang ditetapkan guru dan juga komunikasi atau perbincangan

sesama pelajar sendiri tanpa perlu bersemuka.