1.Program Pemantauan Kurikulum Berkualit1

  • Upload
    ismi

  • View
    242

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 1.Program Pemantauan Kurikulum Berkualit1

    1/4

    PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI PPDBS

    PROGRAM PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI

    1.0 Pengenalan

    Penyeliaan dan pemantauan kurikulum dalam bilik darjah adalah satu proses membantu

    guru bagi memperbaiki keberkesanan proses P & P mengikut Glatthorn ( 1984: 2) .Penyeliaan adalah satu proses yang memudahkan perkembangan professionalseseorang guru, terutamanya dengan memberikan maklum balas mengenai pengajarandi dalam bilik darjah dan membantu guru supaya menggunakan maklum balas itu untukmeningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

    Untuk menjalankan penyeliaan dengan lebih berkesan lagi, Kementerian PelajaranMalaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling 3 / 1987 yang mewajibkan semuapengetua / guru besar menjalankan penyeliaan P & P di dalam bilik darjah secarasistematik. ( Sila rujuk lampiran )

    Justeru tujuan pemantauan perlulah difahami oleh guru kerana hanya dengan

    kerjasama dan sokongan guru, proses penyeliaan dan pemantauan oleh pihak yangbertanggungjawab dapat mencapai matlamat yang diarapkan. Menyedari hakikattersebut, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telahmelaksanakan program pemantauan berkualiti mulai tahun 2001.

    2.0 Rasional

    Pemantauan amat penting dalam sesuatu program. Walau secantik dan seindah manasesuatu program, jika tidak dipantau sudah pasti program tersebut tidak berkesan.

    3.0 Matlamat

    Mewujudkan kecemerlangan akademik di sekolah dalam aspek perancangan P & P.Proses P & P, prestasi pelajar dan pengurusan bilik darjah. Pencapaian sekolah dalampeperiksaan awam serta mutu pendidikan dapat dipertingkatkan ke peringkat yang lebihmembanggakan semua warga pendidikan di Negeri Kedah Darul Aman serta cemerlangdan melepasi peringkat nasional.

    4.0 Objektif

    4.1 Memantapkan suasana dan proses P & P supaya lebih dinamik,

    memberangsangkan dan berkesan.4.2 Menjadi pelengkap kepada program-program lain terutamanya Sekolah Lima

    Bintang Versi 2, Perancangan Strategik Lima Tahun Peningkatan PrestasiAkademik (2006 2010) serta program-program utama Kementerian Pelajaran.

    4.3 Mempertingkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam dari segi kuantiti dankualiti

    4.4 Mempertingkatkan profesionalisme guru-guru dalam P & P melalui penekanankursus perkembangan staf

    1

  • 8/14/2019 1.Program Pemantauan Kurikulum Berkualit1

    2/4

    PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI PPDBS

    5.0 Pelaksanaan Program

    5.1 Pihak sekolah menubuhkan jawatankuasa pelaksana.5.2 Pihak sekolah menyediakan takwim sekolah.

    5.3 Menggunakan borang instrumen pemantauan yang bersesuaian (borang PPSMI,SKPM dll)

    5.4 Taklimat kepada semua guru tentang program dan proses pelaksanaan.5.5 Mendedahkan kepada pemantau (Pengetua, Guru Besar, Penolong-penolong

    Kanan, Penolong Kanan Petang, Guru Cemerlang, Guru Kanan Mata Pelajarandan Ketua Panitia) mengenai ilmu dan panduan tentang pemantauan yangberkesan, objektif, matlamat, pengurusan pendidikan sesuatu mata pelajaransecara am, pendekatan, kaedah,strategi, teknik P & P dan kaedah penilaian.

    5.6 Melaksanakan Program Pemantauan Kurikulum Berkualiti dan instrumenpemantauan direkodkan/failkan secara sistematik.

    5.7 Mengadakan sesi refleksi dan penilaian pelaksanaan program.5.8 Menyedikan laporan lengkap pemantauan yang dibuat.

    6.0 Aspek Pemantauan

    6.1 Pemantauan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPP).Perancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran perlu disediakan awal tahundan rancangan ini mestilah bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar.

    6.1.1 Bagi memudahkan pentadbir mengesan tajuk-tajuk pengajaran yangdibuat maka rancangan tahunan hendaklah disediakan dalam bentuk CartaGantt.

    6.1.2 Rekod pengajaran hendaklah ditulis mengikut Pekeliling 3/99.Pemantauan boleh dibuat dari minggu ke minggu atau bulan ke bulan bagi

    memastikan rancangan yang tersedia digunakan bagi faedah pelajar. Sekiranya,apabila dibuat pemantauan, rancangan yang tersedia tidak dapat dijalankanmengikut masa yang ditetapkan maka guru bertanggungjawab mencari masalain agar pelajar mendapat manfaatnya. Contoh borang, jadual dan rekodpemantauan rujuk Lampiran A1, A2 dan A3)

    6.2 Pemantauan Kekerapan Latihan Pelajar

    Kekerapan latihan pelajar harus disepadukan agar tugasan yangdiberi dapat dilaksanakan. Contoh jadual dan rekod pemantauan Rujuk LampiranB1, B2 dan B3.

    6.3 Pemantauan Pengajaran Guru dan Pembelajaran Pelajar ( Pencerapan )

    Pemantauan ini mesti dilakukan kepada guru oleh pihak pentadbir. Jadualpencerapan perlu disediakan sebelum sesi persekolahan bermula. Pencerapanboleh menggunakan instrumen yang sediada seperti Elemen 9 dalam SKPM.Selepas pencerapan dibuat, tindak ikut seterusnya mestilah dilakukan. Contoh

    jadual pencerapan dan instrumen rujuk Lampiran C1, C2, C3 dan C4.

    2

  • 8/14/2019 1.Program Pemantauan Kurikulum Berkualit1

    3/4

    PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI PPDBS

    6.4 Pemantauan Prestasi Pelajar

    Disamping menggunakan kad kemajuan pelajar, borang pengesanan sepertilampiran D1 boleh digunakan untuk tujuan rekod dan pemantauan. Berdasarkan

    borang ini pemantauan secara berterusan sejak daripada pelajar memasukisekolah hingga tamat persekolahan dapat dilakukan. Setiap kali ujian dibuat,borang akan diisi bagi dan bagi pelajar yang tidak mencapai keputusan yangdiharapkan, pelajar ini harus dipanggil untuk pemulihan dan kaunseling. RujukLampiran D1, D2 dan D3.

    6.5 Pemantauan Bilik Darjah

    Bilik darjah yang bersih, tersusun rapi, canti dan ceria mampu merangsangpembelajaran pelajar di samping menyediakan suasana yang kondusif kepadapelajar. Oleh itu keseronokan belajar perlu juga diberi keutamaan dan manual

    prosedur pengurusan bilik darjah yang tersedia seperti Lampiran E1 bolehdigunapakai bagi tujuan ini. Untul jadual dan rekod sila rujuk Lampiran E2 danE3.

    7.0 PenutupPelaksanaan program ini terbukti dapat membantu dalam aspek penyeliaan kurikulumsekolah. Dengan adanya instrumen khas dan panduan pemantauan sudah tentupelanksanaan pemantauan P & P akan menjadi lebih efisyen dan efektif.

    3

  • 8/14/2019 1.Program Pemantauan Kurikulum Berkualit1

    4/4

    PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI PPDBS

    4