2. Nota Temuduga Spp 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

huhu

Citation preview

NOTA TEMUDUGA SPP 20141. RUKUN NEGARA (1970)1) Kepercayaan Kepada Tuhan (pentingnya pegangan agama)2) Kesetiaan Kepada Raja & Negara (Ketua Negara: Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertuan Negeri adalah merupakan lambang perpaduan - rakyat hendaklah menumpukan sepenuh taat setia)3) Keluhuran Perlembagaan (Memuliakan perundangan yang tertinggi - menghargai serta memahami maksud & latar belakang penggubalannya)4) Kedaulatan Undang-Undang (Menjunjung Perlembagaan: perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara)5) Kesopanan dan Kesusilaan (berdisiplin serta bermoral/beradab tinggi menjamin keamanan)

2. SPP: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (1/1/1974)

PengenalanSuruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974. SEJARAH Penubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan sekolah (lebih dikenali dengan nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telah mengemukakan perakuan supaya sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran. SPP di Putrajaya sejak 1999.

Visi SPPMenjadi Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Terbaik

Misi SPPMemberi Perkhidmatan Yang Berkualiti Dalam Urusan Pengambilan Dan Perkhidmatan Bagi Anggota Perkhidmatan Pelajaran .

Objektif SPPMelaksanakan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari segi pelantikan, urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat Anggota Perkhidmatan Pelajaran dengan cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor pendidikan.

Tugas SPP1. Melantik lantik calon ke jawatan tetap2. Mengesahkan sahkan perkhidmatan3. Memasukkan ke jawatan tetap/berpencen4. Menaikkan pangkat5. Menukarkan6. Menjalankan kawalan tatatertib

PENGERUSI SPP YBHG. DATUK DR. HAILI BIN DOLHAN

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA - YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013.

3. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (1987)

1) Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu 2) untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 3) Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta 4) memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

4. TEMA HARI GURU (16 MEI)

2012 Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara2013 - Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda2014 Belum ada lagi.

Tujuan sambut :1) Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.2) Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.3) Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.4) Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Kenapa 16 Mei? :Sebenarnya, tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

5. TEORI PEMBELAJARAN

1) T. Behaviouristic (Skinner 1953)Rangsangan + Gerak balas = Perubahan dalam tingkahlaku. *Aplikasi: Memberi ganjaran apabila murid melakukan perkara yang positif agar mereka terus bersikap sedemikian.

2) T. Kognitif (Piaget 1967)Pengajaran mengikut tahap pemikiran. Aras berbeza.

3) T. SosialistBelajar dari alam, orang lain. Contoh : Mentor-Mentee

4) T. KonstruktivismeMenurut Brooks (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lalu. Model @ kaedah

1) Diskusi(bincang antara kumpulan)

2) Implisit/terus(kaedah konservatif, berpusatkan guru sahaja.)

3) Koperatif (bina kumpulan dan bincang dalam kumpulan)

*** Setiap program berbeza.

Teknik pengajaran

1) Bercerita2) Lakonan3) Pidato4) Permainan5) Sumbangsaran6) Main peranan7) Lawatan8) Simulasi

**Pastikan dapat beza antara TEORI, KAEDAH/MODEL atau TEKNIK PENGAJARAN.

6. ISU PENDIDIKAN PERNAH GEMPARKAN NEGARA

1) Novel Interlok (Ting. 5) karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain. - Masyarakat India sensitif dengan sistem kasta dan perkataan 'paria' yang digunakan.- Kementerian mengekalkan novel Interlok sebagai teks KOMSAS, tetapi dengan pindaan pada bhg sensitif (106 pindaan:lebih 40 halaman)

2) Pelajar didenda makan rumput kerana tidak siap kerja sekolah.

3) Lembu disembelih di sekolah yang menjadi ketidakpuasan hati seorang bapa pelajar India.

4) Pelajar makan di tempat yang dikatakan tandas.

7. DASAR-DASAR PENDIDIKAN

*Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran 1961.

A) Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semuaObjektif: i. perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajarii. insan cemerlang dan seimbangiii. sukatan yang sama di semua peringkat sekolahiv.Membantu pelajaar ke arah pembelajaran berasakan ict

Pembaharuan Dalam Pendidikan:1) Membudayakan ICT dalam kalangan pelajar 2) Sekolah sukan 3) Pendidikan teknikal dan vokasional4) Program pendidikan khas

B) PBS: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Guru mentaksir dan memberikan skor kepada pelajar.*Sistem peperiksaan sebelum ini tidak merekod dan tidak ambil kira Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam markah keseluruhan.

UPSR (2016): 60% Peperiksaan, 40% PBS -- mula pentaksiran Tahun 1, 2011. PMR (2014): 100% PBS -- mula pentaksiran Tingkatan 1, 2012.

Komponen: 1) Peperiksaan pusat (bagi UPSR)2) Pentaksiran Sekolah3) Pentaksiran Aktiviti Jasmani4) Sukan dan Kokurikulum5) Pentaksiran Psikometrik (Personaliti)

Konsep PBSPBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS diguna pakai untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama inidilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain).PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sediadilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi SistemPengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secaraberterusan.

Band 6 paling baik, band 1 paling lemah.

Kelebihan:1) Guru lebih dihormati oleh pelajar (guru pegang markah).2) Dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan (mengurus, sumber manusia, beban guru dalam urus peperiksaan).3) Peluang tumpuan kepada kemahiran insaniah, inovasi dan kreativiti. 4) Ibu bapa tidak perlu menghabiskan duit untuk kelas tuisyen.

Kelemahan: (sekadar pengetahuan)1) Akses dalam talian yang lemah.2) Pelajar yang terlalu ramai menyebabkan PBS gagal dilaksanakan dengan baik.3) Tahap pelajar yang berbeza2 walaupun dalam satu kelas yang sama.

Bilakah penambahbaikan PBS mula dilaksanakan?Penambaikan PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun 2011 dan Tingkatan 1 pada tahun 2012. Penambahbaikan UPSR pada 2016 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

C) PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris)

Mengapa Dimansuhkan?1) UNESCO: pelajar mudah belajar dalam bahasa Ibunda.2) Penurunan pencapaian gred ABC bagi kohot pertama sepenuh PPSMI sek rendah.3) Jurang melebar sekolah bandar dan luar bandar.4) Peningkatan penguasaan BI semasa perlaksanaannya terlalu sikit, tidak lebih dari 3%

D) MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris)

i. Meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya (bahasa kebangsaan: Perkara 152, Perlembagaan Malaysia DAN bahasa pengantar utama pendidikan: Akta Pendidikan 1996).ii. Memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari (bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat antarabangsa).iii. Mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.

*PERANAN KEMENTERIAN: Penyediaan buku teks, menggubal kurikulum, latihan kepada guru, mengenal pasti buku rujukan yang sesuai dan menyediakan perkakasan seperti makmal Bahasa Inggeris (BI) yang mencukupi.

E) PIPP (2006-2010): Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

1) Membina negara bangsa (1Malaysia, bahasa kebangsaan, aktiviti kebudayaan)2) Membangunkan modal insan (saintiif, progressif, berilmu, berkemahiran ICT)3) Memperkasakan sekolah kebangsaan (Infrastruktur lengkap, kuasai 3M)4) Merapatkan jurang pendidikan (TV Pendidikan, SchoolNet, makmal computer, 3M)5) Memartarbatkan profesion keguruan (upgrade the intake system and improve the environment, kenaikan gred DG)6) Melonjakkan kecemerlangan profesion keguruan.

F) PPPM - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

11 anjakan :

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.

4. Meningkatkan kualiti guru dan profesion keguruan sebagai profesion pilihan.Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion perguruan. Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk perlaksanaan pembelajaran secara interaktif.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.Setiap program yang dibuat mestilah memberi input yang berkesan kepada pelajar supaya setiap ringgit yang dibelanjakan tidak menjadi satu pembaziran yang sia-sia.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.Semua pihak berkaitan seperti kementerian, PPD, guru dan lain menjalankan tugas dengan telus dan berkesan.

3 Objektif PPPM

1) Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadapakses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem;

2) Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistempendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang;dan

3) Menggariskan program transformasi sistempendidikan, yang merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan masyarakat yang meningkat, menyemarakserta menyokong keseluruhan transformasi perkhidmatan.

8. WAWASAN 2020 (1991)

Diperkenalkan Tun Mahathir pada 28 Februari 1991, pembentukannya bertujuan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan acuan sendiri pada tahun 2020.

9 Cabaran :1) Negara Malaysia bersatu berkongsi matlamat.2) Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju.3) Masyarakat demokratik yang mengamalkan satu bentuk persefahaman matang.4) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.5) Mewujudkan masyarakt majmuk liberal dan bertolak ansur.6) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi.7) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.8) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.9) Mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

9. MODAL INSAN (RMK-9, 2006-2010)

Pembangunan sahsiah ke atas insan (amanah, jujur, berakhlak mulia, progresif, cergas dan bertamadun).

8 teras :1) Penambaikan sistem pendidikan dan latihan.2) Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan.3) Merapatkan jurang prestasi di antara sekolah luar bandar dan Bandar (ganti guru, baiki infrastruktur).4) Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan kursus yang diikuti memenuhi keperluan majikan.5) Menyediakan lebih banyak peluang pembelajaran sepanjang hayat.6) Membina masyarakat yang inovatif (peroleh dan guna ilmu).7) Menyemai perpaduan nasional dan budaya berprestasi tinggi.8) Memperluas dan memperkemas forum perbincangan kerajaan, swasta, ibu bapa dan masyarakat.

10. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10, 2011-2015)

5 teras strategik ke arah negara maju 2020:1) Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara2) Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama3) Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan4) Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup5) Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara

11 NKRA dan NKEA

11.1 NKRA: Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area, 27 Julai 2009)

Pada 27 Julai 2009, Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan kepada rakyat.

6 Bidang Utama NKRA

1) Mengurangkan kadar jenayah: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)2) Memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).3) Akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)4) Tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)5) Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman: Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)6) Menambah baik pengangkutan awam: Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan)

***Dalam kurungan tu menteri yang dulu masa NKRA ni buat.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PendidikanDalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti danberkemampuan.

Sub-NKRA 1: Prasekolah7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti danberkemampuan:1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandardan pedalaman6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikanPrasekolah.7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012 Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai murid bermasalahpembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan,terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal.Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluankhas.

Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahapautonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggotaperkhidmatan) Menghasilkan pelajar yang cemerlang Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa danyang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkankecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antarasekolah tersebut

Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin SekolahMeningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpinsekolah di Malaysia

11.2 NKEA (Bidang Ekonomi Utama )

Untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Kerajaanpada bulan Oktober 2010 telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagimeningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009kepada AS$15,000 (RM48,000) pada tahun 2020. Peningkatan ini akan dicapai melaluipertumbuhan pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak 6% setahun sehingga 2020.

ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utara Negara (NKEA) iaitu: 1. Minyak, Gas dan Tenaga2. Perkhidmatan Kewangan3. Perkhidmatan Perniagaan 4. Borong dan Runcit 5. Kesihatan6. Pertanian 7. Minyak Sawit8. Pelancongan9. Elektronik dan Elektrikal10. Pendidikan 11. Teknologi Maklumat dan Komunikasi 12. Greater Kuala Lumpur

12. GAGASAN 1MALAYSIA (16/09/2010, Najib Tun Razak)

1) Mengharmonikan rakyat tanpa mengubah/melenyapkan identiti kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. 2) Menekankan soal integrasi dan toleransi (kesamarataan dengan mengambil kira sejarah dan Perlembagaan, hak keistimewaan Bumiputera)3) Meraikan kepelbagaian budaya, bahasa sebagai satu aset atau kelebihan.4) Menghormati kepercayaan dan keunikan kaum lain.

3 Teras (perpaduan nasional): 1) PRINSIP PENERIMAAN (terbuka dan berbesar hati)2) PRINSIP KENEGARAAN (bersatupadu, nasionalisme)3) PRINSIP KEADILAN SOSIAL (adil kebajikan dan aspek sosial)

8 Nilai: 1. Penerimaan (terima sepenuh hati)2. Ketabahan (tekun, kerja keras, dedikasi,juang tinggi)3. Budaya Kecemerlangan (menepati masa, ukuran, kualiti)4. Kesetiaan (kepada Raja, pemimpin)5. Rendah hati (tidak berbangga-bangga, bongkak)6. Meritokrasi (penilaian melalui prestasi)7. Integriti (jujur, bersikap amanah)8. Pendidikan (kurikulum bercorak patriotik.

13. KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) - 2011- tahun 1-4 (penguasaan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul) + kemahiran ICT, fizikal, kognitif, sikap dan nilai- tahun 4-6 (pengukuhan dan aplikasi 4M)

14. KBSR- Membaca, menulis dan mengira.

15. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

PengenalanMulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu, sementara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun Satu. Pelaksanaan KSSR bermula dengan murid Tahun 1 pada 2011. Maka terdapat keperluan untuk melihat semula KBSM sedia ada supaya wujud kesinambungan kurikulum sekolah rendah dan menengah. KBSM telah melalui satu kitaran lengkap dalam sistem persekolahan semenjak pelaksanaannya melalui SPI Bil.2/2000 bertarikh 14 Januari 2002: Pelaksanaan Sukatan Pelajaran yang Disemak Semula Bagi KBSR dan KBSM.

Konsep Transformasi KSSMKonsep transformasi KSSM adalah berdasarkan kepada prinsip KBSM sedia ada iaitu:- Kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan menengah Pendidikan umum untuk semua murid, Penggunaan disiplin ilmu yang ada Kesepaduan antara unsur JERI Penekanan nilai-nilai murni Peluasan dan peningkatan penggunaan Bahasa Malaysia Pendidikan sepanjang hayat

Namun demikian, dasar KSSM yang baru terdapat beberapa transformasi dari segi:- Reka bentuk kurikulum Organisasi kurikulum Kandungan kurikulum Penekanan kepada kemahiran abad ke-21

16. LINUS

- Penguasaan Literasi dan Numerasi (celik nombor dan celik huruf)- tahun 1,2,3 dan semua SK, SJK- guru BM, MAT dan guru pemulihan

17. KABINET @ MENTERI2 YANG PENTING JE

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kementerian KewanganMenteri I : Datuk Seri Najib Tun RazakMenteri II: Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahTimbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian PelajaranMenteri I: Tan Sri Muhyiddin YassinMenteri II : Datuk Seri Idris JusohTimbalan Menteri I: Datuk Mary YapTimbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam NegeriMenteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kementerian Komunikasi dan MultimediaMenteri: Datuk Seri Ahmad Shabery CheekTimbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian PengangkutanMenteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)

Kementerian Pelancongan dan KebudayaanMenteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kementerian Pertanian dan Industri Asas TaniMenteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Kementerian PertahananMenteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Kementerian KesihatanMenteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam

Kementerian Belia dan SukanMenteri: Khairy Jamaluddin Abu BakarTimbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KepenggunaanMenteri: Datuk Hasan MalekTimbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatMenteri: Datuk Rohani Abdul KarimTimbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar NegeriMenteri: Datuk Seri Anifah Aman

18. ISLAM HADHARI Islam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teorikerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Iabukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untukmengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

VisiMenjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

Prinsip(1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.(2) Kerajaan Adil dan Beramanah.(3) Rakyat Berjiwa Merdeka.(4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan.(5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.(6) Kehidupan Berkualiti.

19. Sekolah Kluster

Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia.Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak 30 Mac 2007.

20. KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

Kurikulum - Satu rancangan pendidikan yang dibentuk untuk suatu kumpulan pelajar bagi mencapai matlamat yang telah ditentukan.

Kokurikulum - Apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikanmuridpeluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.

21. STANDARD GURU MALAYSIA

Komponen SGM

Standard merangkumi tiga aspek berikut:-

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruanberdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentangsubjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada padaseseorang guru.

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan PembelajaranStandard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yangpatut dikuasai oleh seseorang guru.

22. HUKUMAN/TATATERTIB

1. Amaran (Warning)2. Denda (Fine)Denda yang dikenakan adalah berasaskan emolumen pegawai. Denda maksimum ialah tidak melebihi 7 hari emolumen. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 12 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

3. Lucut Hak Emolumen (Forfeiture of Emoluments)Lazimnya dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas. Pegawai tidak layak dinaikkanpangkat dalam tempoh 18 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

4.Tangguh Pergerakan Gaji (Deferment of Salary Movement)Dikenakan bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan dan dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji pegawai. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 30 bulan atau satu urusan mana terkemudian.

5.Turun Gaji (Reduction of Salary)Gaji diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama dan penurunan gaji itu tidak melebihi tiga pergerakan gaji.

6.Turun pangkat (Reduction in Rank) Gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama.

7.Buang Kerja (Dismissal) Tarikh hukuman ialah pada tarikh Lembaga Tatatertib menjatuhkan hukuman. Pegawai tidak berhak menerima apa-apa kemudahan dalam perkhidmatan awam.

23. PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)

PROTIM adalah satu program pembangunan yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang bermasalah ini.

24. Tonggak 12 (ada 12, tahu 6 cukuplah)

- bantu kerajaan capai wawasan 2020

1. Hargai masa2. Ketekunan membawa kejayaan3. Keseronokkan bekerja4. Kemuliaan kesederhanaan5. Ketinggian peribadi6. Pengaruh teladan

25. SISTEM PEMERINTAHANDalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah bdan utama iaitu:-

Badan Perundangan.Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;

Badan Pemerintah.Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman;

Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

Badan KehakimanBadan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan [legislative], pentadbiran [executive] dan kehakiman [judiaciary] yang dipraktikkan baik di peringkat pusat atau kerajaan negeri yang diamalkan selama ini berasaskan Perlembagaan seseungguhnya telah mengukuh dan melicinkan lagi urusan pemerintahan-pentadbiran negara semenjak merdeka.

26. DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT

Dewan NegaraDewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan Orang Asli. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat orang ahli iaitu dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.

Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan ini dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah keahliah Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.

Dewan RakyatDewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di-Pertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara.Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana Menteri.

Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri di Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).

27. LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Rekabentuk oleh :Prof. Dato Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad(Majlis Rekabentuk Malaysia)Rasional : Logo ini direka mengunakanhuruf Alifsebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawamanusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurussebagaimana huruf Alif itu. Alif jugamembawa pengertian ILMUkerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.Logo ini menggunakandua Pdandua Alifmelambangkandua peringkat pendidikaniaituSistem SekolahdanSistem Pengajian Tinggi.Hurup P yang bertingkat kearah Alifmelambangkantahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia.Bentuk BulatmelambangkanMalaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna,Biru bermaksud profesionalismadalam sistem pendidikan negara.Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan.Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggidan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

28. GST (Goods and Services Tax)

Pengenalan :Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015. 160 sudah melaksanakan GST.

Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand. Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.

Kebaikan :1. Dulu ada dua cukai iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Sekarang satu cukai saja.2. Beberapa jenis barangan akan menjadi lebih murah bergantung kepada kategori dan jenis barangan itu.3. Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

Keburukan :1. pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu2. GST juga dilihat boleh mengakibatkan kenaikan inflasi yang mendadakbila harga barangan akan naik akibat kos perniagaan bertambah.

29. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

PM ke 4 pada umur 55 tahun. 22 tahun dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Bapa Pemodenan Malaysia 4 orang TPM bawah dia iaitu Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, Dato; Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sumbangan Putrajaya, KLIA, Litar Sepang, KLCC dan banyak lagi.

30. YB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

PM ke 6 sehingga kini lepas Pak Lah PM sejak 3 April 2009 hingga kini. Ahli Parlimen Pekan Gagasan 1 Malaysia

31. UPSI

Pengenalan :

Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.

VisiMenjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.MisiMenjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.Moto"Komited Membawa Perubahan Dalam Pendidikan".IBU KANDUNG SULUH BUDIMANIbu Kandung Suluh BudimanObor Di malam GelapBina Budi Penyebar TekadPancaran Semangat Waja

Ibu Kandung Suluh BudimanIbu Pujaan KamiYang Berjasa Pada MasyarakatHidup Gagah Berani

Ibu Kandung Suluh BudimanDengarlah SumpahSumbangsih Nan SuciSelagi Hayat Dikandung BadanKami Tetap BerbaktiCancelor - Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara SalimNaib Cancelor UPSI - Prof Dr Zakaria KasaYDP sekarang Muhammad Idris Mahmud