23
MODUL 2 PENGASASAN KERAJAAN MELAKA DAN PERKEMBANGAN AWAL Pada hakikatnya terbinanya Melaka adalah merupakan kemunculan sebuah lagi empayar Melayu di Alam Melayu, iaitu selepas runtuhnya empayar Melayu Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatra dan juga Majapahit yang berpusat di Jawa. Sejarawan-sejarawan berpendapat bahawa pada asasnya empayar Melaka itu adalah merupakan sambungan dari empayar Srivijaya yang telah runtuh pada penghujung kurun keempat belas dahulu jua. Antara 21 Objektif 1. Meninjau latar belakang sejarah Malaysia sebelum pengasasan Empayar Melayu Melaka. 2. Membincangkan asal-usul raja Melaka yang pertama. 3. Menghuraikan sebab-sebab pengasasan Melaka. 4. Membincangkan langkah-langkah awal bagi memantapkan Melaka yang baru diasaskan.

2. Pengasasan Melaka

Embed Size (px)

DESCRIPTION

xx

Citation preview

BAB SATU PENGASASAN KERAJAAN MELAKA DAN PERKEMBANGAN AWAL

PAGE 25

MODUL 2

PENGASASAN KERAJAAN MELAKA DAN PERKEMBANGAN AWAL

Pada hakikatnya terbinanya Melaka adalah merupakan kemunculan sebuah lagi empayar Melayu di Alam Melayu, iaitu selepas runtuhnya empayar Melayu Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatra dan juga Majapahit yang berpusat di Jawa. Sejarawan-sejarawan berpendapat bahawa pada asasnya empayar Melaka itu adalah merupakan sambungan dari empayar Srivijaya yang telah runtuh pada penghujung kurun keempat belas dahulu jua. Antara sebabnya ialah kerana raja yang pertama yang memerintah Melaka, yakni Raja Iskandar Syah, ataupun Parameswara adalah juga raja yang terakhir sekali memerintah di Palembang sebelum baginda diusir oleh tentera Majapahit. Oleh itu tidak hairanlah jika didapati sedikit sebanyak adat istiadat diraja, sistem pentadbiran dan sistem masyarakat yang lazimnya terdapat di Palembang dipakai pula di Melaka, terutamanya pada bahagian awal sejarahnya.

Pengasasan Kerajaan Melaka

Bilakah Melaka mula dijadikan kerajaan atau diasaskan oleh Raja Iskandar Syah(parameswara)? Soalan ini tidaklah dapat kita berikan jawapan yang tepat kerana ketiadaan sumber-sumber sejarah yang membolehkan kita berbuat demikian. Sejarawan-sejarawan sendiri kerap bertelagah mengenai tarikh pengasasan kerajaan Melaka oleh Raja Iskandar Syah itu. Namun demikian, kebanyakan sejarawan mutakhir bersetuju yang baginda telah berbuat kerajaan di Melaka pada penghujung kurun keempat belas. D.W. Wolters misalnya, mengatakan Raja Iskandar Shah telah mula berkerajaan di Melaka pada kira-kira T.M. 1399/1400. Pendapat beliau ini adalah didasarkan kepada suatu kronologi pergerakan dan perjalanan Iskandar Syah sejak berkerajaan di Palembang hinggalah menjadi Raja Melaka, iaitu yang dipadankan daripada maklumat-maklumat yang diperolehinya dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), tulisan-tulisan Portugis dan catatan-catatan Cina:

Kronologi Iskandar Syah

1388-89 hingga 1390-91 - raja Palembang kira-kira tiga tahun.

1391-92 hingga 1396-97 - raja Singapura kira-kira enam tahun.

1397-98 hingga 1398-99 - membuat kota/negeri di Muar

1399-1400 hingga 1412-143 - mengasaskan kerajaan Melaka dan

menjadi Raja Melaka pertama kira-kira 14

tahun dan Mangkat 1413.

Walau bagaimanapun, sebelum Raja Iskandar Syah berbuat kerajaan di Melaka sebuah perkampungan kecil sudahpun wujud di situ sejak beberapa lama dahulu. Perkara ini dapat diimbaskan dari catatan Tome Pires yang menyebut bahawa bukan semua pengikut-pengikut Iskandar Syah dari Palembang dan Singapura yang terdiri daripada orang-orang Selat dan Bugis terus mengiringi pergerakan baginda dan menetap di tempat-tempat yang baginda singgahi. Semasa baginda di singapura lagi, sesetengah mereka (30 semuanya) telah menetap di Pulau Karimun. Apabila baginda sampai dan membuka kota di Muar, pengiring 30 orang ini telah pergi pula ke Melaka, yang terletak tidak jauh dari Muar dan menetap di situ. Mereka itulah kemudiannya yang mencadangkan kepada Iskandar Syah agar datang meninjau ke Melaka dengan harapan baginda akan berbuat kerajaan di situ. Sebenarnya hal inilah yang kerap menimbulkan kekeliruan kerana ada penulis-penulis yang tidak dapat membezakan di antara kerajaan Kesultanan Melaka yang diasaskan oleh Raja Iskandar Shah itu dengan perkampungan yang kemudiannya menjadi tapak bagi kerajaan tersebut. Umpamanya seorang penulis Portugis yang bernama Gasper Correa mengatakan Melaka telahpun dibuka tujuh ratus tahun sebelum ia dikalahkan oleh bangsanya pada T.M. 1511. Seorang lagi penulis Portugis, Joas iaitu De Barros, mengatakan Melaka telah dibuka kira-kira dua kurun setengah sebelum terjadinya peristiwa malang T.M. 1511 itu. Malah Tome Pires sendiri, iaitu sebagai seorang petugas dan penulis Portugis yang pernah tinggal di Melaka selama kira-kira tiga tahun (T.M. 1512-1515) selepas kekalahan Melaka itu, menganggarkan bahawa Melaka telah dibuka kira-kira sekurun sebelum peristiwa kekalahannya. Bagaimanapun jika kita bandingkan pandangan-pandangan yang di atas, jelaslah pandangan Tome Pires itu agak lebih tepat, iaitu perkampungan kecil tersebut telah dibuka menjadi sebuah kerajaan oleh Iskandar Shah di sekitar T.M. 1399/1400 iaitu seperti yang dianggarkan oleh Wolters tadi. Kerajaan itu dinamakannya Melaka; kononnya mengikut nama sebatang pokok tempat baginda bersandar merehatkan diri tatkala baginda serta pengikut-pengikut mula sampai ke tempat itu.

Mengikut legendanya, keputusan baginda untuk menjadikan Melaka sebagai kerajaan baru adalah disebabkan berlakunya suatu peristiwa yang luar biasa ketika baginda baru sampai di situ. Pada ketika itu baginda dan pengiring-pengiring pun sedang berusaha mencari suatu kawasan untuk dijadikan kerajaan baru iaitu setelah mendapati Muar, Biawak Busuk, Kota Buruk dan Sening Ujung tidak begitu sesuai. Akhirnya mereka sampai kepada sebuah [kuala?] sungai Bertam namanya; dan kualanya berbukit. Maka baginda pun datang ke sana, berhenti di bawah sepohon kayu, terlalu rampak, maka baginda menyuruh berburu; sekonyong-konyong terjun anjing dihambat pelanduk. Titah baginda Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing kalah oleh pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi? maka disuruh baginda tebas, di pebuat negeri. Maka titah baginda, Apa nama kayu itu? Maka sembah orang, Kayu Melaka namanya, tuanku. Maka titah Raja Iskandar Syah, Jika demikian, Melakalah nama negeri ini.

Soalan Dalam Teks

Teliti bahagian awal bab ini dan berikan jawapan ringkas kepada soalan-soalan berikut:

1. Kerajaan-kerajaan di Malaysia yang wujud sebelum Empayar Melayu Melaka menjadi samar kerana

2. Mengapakah kebanyakan sejarawan menganggap sejarah Tanah Melayu khususnya hanya bermula sejak tertubuhnya Empayar Melayu Melaka?

3. Empayar Melayu Melaka telah muncul setelah keruntuhan empayar-empayar..

4. Apakah yang dapat dilakukan Empayar Melayu Melaka setelah ia berjaya menjadi sebuah empayar Kelantan?

5. Bilakah tarikh pengasasan Melaka yang dipersetujui oleh kebanyakan sejarawan?14116. Siapakah nama Raja Melaka yang pertama dan dari manakah asas-usul baginda?

Sultan iskandar shah dari palembang7. Sebut nama dan asal-usul Melaka mengikut sumber Melayu, Portugis dan Arab.

Namun bagi nama Melaka itu terdapat pula beberapa perbezaan pendapat tentang asal usulnya. Sumber-sumber Portugis seperti Suma Oriental misalnya menyebut ia berasal dari buah dan pokok yang dipersembahkan oleh pengikut Parameswara yang sudah menetap di Bertam/Melaka, ketika mereka mengadap baginda di Muar untuk mempersilakan baginda meninjau kesesuaian Bertam dijadikan negeri yang baru. Parameswara mengatakan negeri baru itu wajar dinamakan Malaqa, sesuai dengan nama buah dan pokok itu dan juga dengan makna tersiratnya sebagai pelarian yang bersembunyi atau lebih tepat, tempat perlindungan. Sumber orang-orang Arab pula menyatakan ia berasal daripada perkataan Malaqat bererti perhimpunan dagang, dan sumber China, Ying-Yai Sheng Lan (1451) pula menyebut bahawa Melaka asalnya dikenali sebagai Wu-hsu yang bererti Lima Buah Pulau, iaitu sebagai merujuk kepada pulau-pulau yang berada di perairan pantai Melaka itu tetapi kemudiannya dikenali sebagai Man-la-chin (Melaka). Walau bagaimanapun, penerangan yang terdapat di dalam Sulatus Salatin itu bolehlah diterima sebagai munasabah bagi asal nama Melaka itu.

Iskandar Syah Keturunan Srivijaya

Setelah Melaka diasaskan, Iskandar Syah pun menjadi raja di situ. Baginda telah menjadi Raja Melaka yang pertama iaitu seperti yang dinyatakan di dalam Sulalatus Salatin itu. Namun begitu, sumber-sumber lain, terutamanya dari China dan Portugis, mencatatkan nama baginda sebagai Pai-li-mi-sula atau Parimicura atau Parameswara. Kemungkinan besar nama ini menunjukkan bahawa baginda masih beragama Hindu/Buddha iaitu agama yang dianutnya semasa memerintah Srivijaya dahulu. Sebenarnya baginda juga mungkin merupakan salah seorang menantu Hayam Wuruk, iaitu Raja Majapahit yang terakhir dan terkenal itu. Oleh kerana Hayam Wuruk tiada mempunyai putera bagi mewarisi takhta kerajaan Majapahit, maka apabila baginda mangkat pada T.M. 1389, menantu-menantu baginda telah bersengketa untuk mewarisi kuasa itu. Parameswara (Raja Iskandar Syak) adalah salah seorang dari yang terlibat di dalam pertelingkahan itu. Tetapi baginda telah gagal. Oleh itu baginda terpaksa melarikan diri kerana mengelakkan dari serangan tentera pihak golongan yang telah berjaya. Palembang dikatakan telah diserang dan dimusnahkan pada kira-kira T.M. 1391-92.

Menjadi Raja Singapura (Temasik)

Baginda dan pengikut-pengikutnya telah melarikan diri ke arah utara Pulau Sumatra itu. Akhirnya mereka sampai ke Temasik atau Singapura dan mendapati pulau tersebut pada ketika itu sudah ada ketuanya yang tinggal di situ sebagai pentadbirannya. Beliau dikatakan mewakili pihak kerajaan Ayudhia atau Siam. Kedatangan Parameswara (Raja Iskandar Syah) ke Pulau tersebut telah dialu-alukan dan disambut dengan baik oleh gabenor Siam yang bernama Tumagi tetapi tidak lama kemudian baginda telah bertindak merampas kuasa di Pulau itu dengan membunuh gabenor tersebut. Dengan kejayaan itu baginda telah menjadi Raja Singapura yang kelima dan memerintah selama kira-kira lima tahun di situ.

Persoalan yang kerap ditimbulkan di sini ialah apakah tokoh atau raja yang disebut sebagai Raja Iskandar Syah di dalam Sulalatus Salatin merupakan tokoh yang sama yang dikenali sebagai Pailimisula di dalam pelbagai sumber China dan Paramjcura dalam beberapa sumber Portugis? Sebenarnya usaha atau kajian yang bertujuan menyamarkan Raja Iskandar Syah dengan Parameswara itu telah banyak juga dilakukan oleh beberapa sejarawan yang terkemuka. Antaranya termasuklah Haji Buyong Adil, Wang Gungwu, dan R.O. Winstedt. Semua mereka itu beranggapan bahawa Raja Melaka yang pertama ialah Parameswara @ Raja Iskandar Syah. Sebelum mengasaskan dan menjadi raja di Melaka, beliau telah menjadi raja di Palembang dan juga di Singapura, iaitu seperti yang telah dinyatakan lebih awal tadi. Penyamaan ini penting kerana ini dapat menentukan siapakah raja Melaka pertama sebenarnya dan keturunan, malah agama beliau.

Kejatuhan Singapura

Setelah memerintah kira-kira lima atau enam tahun di situ, baginda sekali terpaksa menghadapi serangan kuasa luar. Sulalatus Salatin menyebut bahawa baginda diserang oleh tentera Majapahit. Tetapi Suma Oriental menyatakan tentera Siam yang telah datang menyerang Singapura itu. Sebenarnya kedua-dua kuasa itu mempunyai sebab menyerang Raja Iskandar syah di Singapura itu. Majapahit ingin menyerang Singapura dan menamatkan riwayat Raja Iskandar Syah kerana bimbang baginda akan menjadikan Singapura tapak bagi melakukan serangan maupun meneruskan pemberontakan terhadap Majapahit. Siam pula ingin menyerang Singapura kerana ingin membalas dendam atau menghukum Raja Iskandar Syah kerana perbuatan baginda membunuh gabenor Siam di situ. Tetapi kuasa manakah yang sebenarnya telah melakukan serangan itu? Kebanyakan sejarawan pada hari ini mempunyai keyakinan yang melakukan serangan itu ialah Siam yang memerintahkan Patani melaksanakannya. Ini ialah kerana kuasa Majapahit selepas matinya Hayam Wuruk sudah tidak begitu berwibawa lagi dan Siam nampaknya sedang berusaha menonjolkan kekuasaannya ke atas Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Singapura. Malah Siam terus menjadi kuasa yang sentiasa mengancam kedudukan Melaka dari awal lagi hingga sepanjang kewujudan Empayar Melayu Melaka itu.

Walau bagaimanapun akibat serangan itu baginda terpaksa melarikan diri sekali lagi menuju ke arah utara dengan harapan akan dapat membuka sebuah negeri baru. Ini ialah kerana Singapura telah jatuh atau dikalahkan. Baginda sekali lagi menjadi orang pelarian. Dalam pelarian itu baginda dan rombongan Kota Buruk telah berhenti di beberapa perkampungan seperti Muar, Biawak Busuk dan Sungai Ujung, tetapi semuanya didapati tidak sesuai dijadikan negeri yang baik dan kekal. Akhirnya mereka sampai ke kuala Sungai Bertamdan memandangkan kawasan di situ sangat sesuai, maka baginda memutuskan untuk membuka negeri di situ. Pada ketika itu Melaka sudahpun wujud sebagai sebuah perkampungan dan tempat persinggahan para nelayan yang kecil. Kebanyakan penduduknya terdiri dari Orang-orang Laut atau Orang-orang Selat, yang bekerja sebagai nelayan dan pedagang-pedagang kecil yang berulang-alik di antara Singapura, Muar dan Melaka itu sendiri. Seperti yang telah dinyatakan dalam kronologi Raja Iskandar Shah tadi, baginda telah membuat kerajaan di situ di sekitar penghujung kurun masihi yang keempat belas dan menamakannya Melaka. Baginda juga telah menjadi Raja Melaka yang pertama dan memerintah sehingga ke akhir hayatnya pada T.M. 1413, apabila baginda digantikan oleh puteranya yang bernama Mukansautirsya (Mahkota Iskandar Syah).

Unsur Agama Hindu/Buddha dan Animisma

Dalam pada itu ada beberapa sejarawan kini, seperti wang Gungwu, C.H. Wake, menganggap Raja Iskandar Shah atau Parameswara itu masih beragama Hindu. Begitu juga pengikut-pengikut baginda. Mereka terus menganut serta mengamalkan agama Hindu Buddha yang mereka warisi dan bawa dari Srivijaya itu. Masyarakat tempatan juga dikatakan masih beragama Hindu/Buddha. Ada pula di antara mereka yang percaya adanya roh atau semangat pada benda-benda seperti busut, tunggul, pokok kayu, sungai dan sebagainya. Oleh itu mereka menyembah benda-benda seperti itu. Walau bagaimanapun keadaan kepercayaan mereka adalah bercampur-aduk. Agama Hindu/Buddha yang mereka anuti itu juga tidaklah seperti asalnya. Ia telah banyak disesuaikan dengan keadaan dan kepentingan tempatan. Oleh kerana itu apa yang jelas wujud ialah adanya budaya atau cara hidup dan adat istiadat tempatan yang dipengaruhi oleh agama Hindu/Buddha.

Misalnya tentang asal usul Raja Iskandar Shah itu sendiri. Baginda dikatakan berasal dari keturunan anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain iaitu Raja Makaduniah yang terkenal itu. Mereka itu dikatakan telah keluar dari dasar laut lalu turun di Bukit Seguntang Maha Meru di Palembang. Nama mereka ialah Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Sang Nila Utama. Sesetengah pendapat mengatakan Raja Iskandar Shah itu berketurunan dari Sang Nila Utama yang bergelar Sri Tri Buana setelah baginda menjadi raja di Palembang. Sesetengahnya pula mengatakan baginda berketurunan dari Nila Pahlawan yang bergelar Sang Seperba. Sebenarnya kisah asal-usul ini tidaklah mempunyai bukti-bukti sejarah yang jelas. Ia boleh dianggap sebagai dongeng yang dipadankan terutamanya dari kisah asal-usul raja-raja Hindu. Raja-raja Hindu memang gemar mengaitkan asal-usul mereka dengan kisah-kisah dongeng, kuasa sakti ilmu sihir dan perkara-perkara yang ajaib serta dewa-dewa yang mereka sembah sebagai Tuhan mereka. Tujuannya ialah untuk menampakkan kebesaran, kegagalan dan kekuasaan raja yang berkenaan. Dengan itu rakyat akan merasa hormat dan kagum malah gerun lantas mentaatinya.

Malahan nama-nama mereka juga mengimbaskan bahawa mereka adalah beragama Hidu/Buddha. Misalnya, Krisyna Pandita, Sri Teri Buana dan juga Parameswara itu sendiri. Gelaran-gelaran pembesar-pembesar Melaka juga menampakkan pengaruh agama Hindu/buddha itu. Misalnya, Seri Nara Diraja, Seri Maharaja, Seri Paduka Raja dan Mandulika.

Begitu jugalah keadaannya dengan beberapa adat istiadat yang diamalkan, dalam kehidupan mereka sehari-hari. Misalnya di dalam adat istiadat perkahwinan, adanya upacara seperti berinai, bersanding dan makan beradap menunjukkan wujudnya pengaruh unsur-unsur agama Hindu/Buddha Adat pertabalan raja juga mempunyai unsur-unsur pengaruh agama Hindu/Buddha itu.

Walau bagaimanapun ada juga sejarawan-sejarawan silam dan kini yang beranggapan bahawa Parameswara/Raja Iskandar Syah itu telah masuk Islam kira-kira pada awal dekad kedua kurun kelima dan seterusnya memerintah hingga T.M. 1424. Sumber-sumber Portugis seperti de Eredias Decriptions of Malacca (de Eredia) ada menyebut bahawa Parameswara/Raja Iskandar Syah telah memeluk agama Islam pada T.M. 1411 (hlm. 47); dan pandangan de Eredia ini telah mempengaruhi penulis-penulis seperti R.O. Winstedt dan J. Kennedy, yang menyebut tentang catatan orang-orang Cina, untuk membuat kesimpulan bahawa Raja Melaka yang pertama itu telah masuk Islam. Tetapi sumber-sumber Portugis yang lain seperti The Suma Oriental (Tome Pires), The Commentaries (De Albuquerque) tidak menyebut tentang pengislaman Raja Iskandar itu. Begitu sumber-sumber tempatan seperti Sulalatus Salatin (Tun Seri Lanang), Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji); oleh itu sejarawan-sejarawan seperti R.J. Wilkinson, Wang Gungwu, C.H. Wake, D.W. Wolters, yang juga menggunakan sumber-sumber Cina, beranggapan bahawa Raja Iskandar Syah belum memeluk agama Islam walaupun ia telah menggunakan nama Islam. Setakat ini, anggapan inilah yang nampaknya mempunyai sandaran yang kukuh lagi diyakini.

Pembangunan Awal

Pada peringkat awalnya sudah tentulah keadaan Melaka itu tidak begitu teratur. Banyak perkara masih dalam kekurangan. Walau bagaimanapun, Raja Iskandar Syah dan para pembesar baginda memang sudah mempunyai pengalaman dalam hal memerintah dan mentadbir negeri atas hakikat baginda pernah menjadi raja di Palembang, Singapura dan Muar sebelum ke Melaka itu. Pembesar-pembesar baginda adalah juga merupakan pengiring-pengiring setia sejak dari Palembang lagi. Mereka berusaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh untuk membina sebuah negeri yang aman dan makmur. Orang-orang tempatan juga turut membantu sebenarnya perjalanan baginda dan rombongan dari Singapura dan hasrat mereka untuk berbuat negeri di suatu tempat yang baru diketahui oleh penduduk-penduduk tempatan. Mereka memberikan pertolongan yang sewajarnya. Pengikut-pengikut Iskandar Syah, iaitu selain daripada yang berjumlah tiga orang [keluarga] yang sudah menetap di Melaka lebih awal lagi, semakin ramai pula tiba dari Palembang untuk sama-sama berusaha serta membantu memajukan negeri yang baru diasaskan itu.

Dalam pada itu, langkah Raja Iskandar Syah mempersetujui gesaaan pengikut-pengikutnya agar baginda pindah ke Melaka dan membuat kerajaan baru di situ yang dianggap oleh D.W. Wolters sebagai satu langkah yang berani tentulah juga berdasarkan beberapa pertimbangan serta perkiraan. Antara pertimbangan awal itu ialah sungai yang menjadi sumber bekalan air dan jalan pengangkutan, bukit di kuala sungai sebagai kawasan strategik untuk pertahanan dan kawasan kediaman di raja, dan daerah pedalaman yang luas untuk kegiatan pertanian. Faktor-faktor ini jgua nampaknya merupakan faktor-faktor yang menjadikan Melaka itu lebih penting daripada Muar dari sudut perdagangan dan perniagaan.

Usaha yang gigih dan faktor-faktor ekologi alamiah yang dinyatakan telah mendatangkan hasil yang mengkagumkan bagi kerajaan yang baru ditubuhkan itu. Mailink-Rulofz menyatakan bahawa Petempatan baru itu segera mengalami kebanjiran pendatang-pendatang baru, yang bercampur- gaul dengan penduduk-penduduk tempatan yang asal. Catatan oleh Jao De Barros mengatakan hanya kira-kira empat bulan baginda Raja Iskandar menjadi raja di Melaka, sebuah bandar yang didiami oleh 150 keluarga telah pun dapat didirikan dan jumlah ini menjadi 2000 kira-kira dua tahun kemudian.

Seterusnya dalam masa kira-kira empat atau lima tahun Melaka, yang pada mulanya hanyalah merupakan sebuah kampung nelayan yang kecil dan semak, terletak di kuala sungai, bukan sahaja mula mengalami pertumbuhan penduduk yang semakin bertambah ramai, tetapi ia juga telah mula dikenali dan menarik perhatian kuasa-kuasa dan pedagang-pedagang luar menjelang T.M. 1403 dari segi kedudukannya sebagai sebuah pelabuhan pedagangan misalnya, ia sudah menjadi pelabuhan pedagangan yang cukup mantap sehingga menarik perhatian kerajaan China yang memerintahkan dutanya, Laksamana Yin Ching, yang beragama Islam, untuk singgah di situ pada tahun tersebut. Dengan kata lain, Melaka sudah mula menjadi masyhur. Akibatnya ada kuasa luar yang ingin bersahabat dan ada pula yang ingin mengancam dan menaklukinya: Raja Iskandar Syah harus bertindak dengan sebaik-baiknya untuk memelihara negerinya yang baru itu, terutamanya dari pihak-pihak yang mengancamnya atau yang menganggap menguasainya khususnya Siam.

Soalan Dalam Teks

Sila berikan jawapan yang tepat dan ringkas terhadap soalan-soalan berikut:

1. Apakah nama karya tempatan yang telah menyebut Iskandar Syah sebagai raja Melaka yang pertama? Sulalatus salatin 2. Siapakah tokoh yang dianggap sebagai mertua Iskandar Syah?hayam wuruk3. Mengapakah Iskandar Syah melarikan diri dari takta kerajaannya di Palembang?

Kerana baginda telah dikecam oleh majapahit berikutan ikut bersengketa4. Berapa lamakah Iskandar Syah memerintah di Singapura?5/6 thn5. Apakah nama suku kaum yang ramai mendiami Melaka apabila ia mula dijadikan negeri oleh Iskandar Syah?

Orang0orang laut6. Agama apakah yang mempengaruhi budaya dan adat istiadat tempatan pada zaman awal kerajaan Melaka?

Hindu bdha7. Sebutkan dua faktor yang telah mendatangkan hasil yang mengkagumkan bagi kerajaan yang baru ditubuhkan itu.

Sungai yg jd penghubung n bukit untuk perlindunganSoalan Penilaian

1. Huraikan kronologi pergerakan Raja Iskandar Syah yang melarikan diri dari Palembang sehingga akhirnya baginda berjaya mengasaskan Melaka sebagai sebuah negeri baru.

2. Bincangkan mengapakah Empayar Melayu Melaka itu dianggap jelas mempunyai kedudukan yang unggul dan istimewa dalam sejarah Malaysia khasnya dan Kepulauan Melayu amnya?

3. Jelaskan langkah-langkah awal yang dilaksanakan oleh Iskandar Syah dalam membangunkan negeri Melaka yang baru diasaskannya itu.

Objektif

Meninjau latar belakang sejarah Malaysia sebelum pengasasan Empayar Melayu Melaka.

Membincangkan asal-usul raja Melaka yang pertama.

Menghuraikan sebab-sebab pengasasan Melaka.

Membincangkan langkah-langkah awal bagi memantapkan Melaka yang baru diasaskan.

1