67

20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

  • Upload
    zafran

  • View
    80

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

- Articles for gold investment.- 2- best articles for gold investment that should be read.- The fastest and secure way in gaining profit from gold investment.

Citation preview

Page 1: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca
Page 2: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

PEMBERITAHUAN DAN MAKLUMAN

Tahukah anda,di dalam blog jutawangold,ada lebih dari 300 artikel yang boleh dibaca secara

PERCUMA.

Di bawah ini saya lampirkan 20 artikel pilihan saya (kalau ikutkan banyak sangat) sampai ada

yang saya dah lupa.Artikel ini ditulis dari tahun 2010 sehingga 2013.

Tetapi bagi pembeli ebook yang sah,anda boleh update koleksi artikel tersebut di group fb

untuk memudahkan pencarian anda nanti.

Saya selitkan 3 artikel dari seorang pakar yang membuat kajian tentang wang kertas dan

saya harap jangan tertinggal tentang artikel tersebut (3 part semuanya ) supaya anda lebih

faham MENGAPA kita harus Simpan Emas dan SEBAB apa kita perlu berkongsi ilmu tentang

emas dengan lebih ramai orang agar mereka sedar hakikat sebenar.

Selebihnya artikel yang ditulis oleh saya dan nantikan lebih banyak artikel yang akan

diupdate dari semasa ke semasa di blog dan fb (artikel terdahulu)

PERHATIAN :

Ada sesetengah bahagian artikel yang mempunyai bahasa atau ayat yang disalin terus dari

perbualan atau perbincangan di forum serta mengandungi “shortform” yang biasa

digunakan untuk mengekalkan gaya penulisan.

“Beli dan jual emas dengan Ilmu,tanpa ilmu kita merancang untuk GAGAL “

Selamat membaca!

Nor Fazilah Abd Mohd ,

Guru,Usahawan dan Mentor Emas,Penulis,

Pengarah Urusan @Ms Nfam Enterprise (Bisnes Nangka madu,Air Tebu ,Kerepek nangka &

pengangkutan)

http://www.jutawangold.com ~Berkongsi ilmu tentang emas,membeli dan

menjual,melatih pengedar emas

fb :Nor Fazilah Abd Mohd

fb group : Gold Investor Club

fb fanpage :Jutawangold

Page 3: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Hp :0199708897

http://www.nangkamadu.com/ ~Menjual,membekalkan dan memborong nangka madu

Fb fanpage :Nangka Madu 916

Artikel Pilihan #1

Pengalaman dengan Emas :Bagaimana Bermula

Bagaimana semuanya bermula?

Semuanya bermula pada suatu hari..saya membaca sebuah akhbar sambil.Saya memang suka membaca lebih-lebih lagi bahan-bahan ilmiah dan artikel-artikel di suratkhabar.Saya tak ingat tajuknya,tetapi artikel itu menceritakan tentang simpanan emas secara umum tanpa merujuk kepada masa-mana syarikat.

Contoh yang diberikan membuatkan saya lebih memahami artikel tersebut.Pada waktu itu sekitar penghujung tahun 2008,kebetulan sedang mengandungkan anak ketiga saya (perempuan ),saya sangat minat kepada pakaian cantik-cantik dan barang kemas.Cerita tentang emas itu menarik minat saya.Penulis mengatakan emas yang dibeli pada tahun 2000 yang berharga rm800 bernilai rm3500 pada tahun 2008.Kenaikan 4 kali ganda dalam masa lebih kurang 8-9 tahun.Wow!!

Itu barang kemas,dan saya yakin beliau merujuk harga dengan pekedai emas di mana susut nilai biasanya sekitar 20%-35%.Susut nilai barang kemas agak tinggi,semasa membeli kita telah membeli dengan harga yang lebih mahal dari harga semasa kerana ada kos upah (workmanship).

Jadi emas apakah yang terbaik untuk disimpan?Saya pun cuba melayari internet dan cuba mencari info tentang emas.Pada waktu itu hanya ada satu blog yang sangat banyak info tentang emas iaitu www.jutawanemas.com. Pada waktu itu saya tak jemu-jemu membaca berulang kali supaya lebih faham dan akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli emas .

Silapnya saya ketika itu saya terjebak dengan skim pelaburan emas yang saya terbaca di sebuah majalah.Waktu itu ilmu saya sangat tipis dan saya tidak ada mentor yang boleh membantu saya untuk membuat keputusan pilihan yang terbaik.Semasa menyertai skim tersebut selama beberapa bulan,saya ada menghubungi En.Syukor Hashim untuk meminta pendapat beliau.Beliau memaklumkan,beliau juga ada menyertai syarikat tersebut tetapi menarik diri apabila mendapati ada yang tak kena.

Saya mempertahankan syarikat tersebut..hehe.Kelakar pula bila saya ingat.Akhirnya syarikat Etika Emas Estet yang saya sertai diserbu oleh Bank Negara Malaysia (sampai ke hari ini belum dapat didakwa).Banyak isu sebenarnya,saya akan bincangkan dalam artikel lain nanti tentang syarikat ini.

Page 4: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Akhirnya,kerana terpedaya dengan pulangan bulanan yang menarik,akhirnya saya kerugian hampir rm13k.Sebelum itu emas saya diletakkan di ar rahnu Bank Rakyat.Tapi waktu itu saya tak tahu apa fungsi sebenar ar rahnu dan kelebihannya.

Jika saya tahu saya tidak akan menyerahkan emas saya kepada sebuah syarikat lain yang membuat skim yang sama macam Etika Emas Estet buat.Syarikat Fajar Permata juga telah menipu kami dan senyap sehingga ke hari ini.Hampir 100 orang bekas pelabur EEE yang menyertai syarikat ini dan laporan polis telah dibuat,tetapi tiada apa-apa tindakan sehingga ke hari ini.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini berurusan dengan BNM,saya membuat laporan kepada mereka dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia).Tiada khabar berita dan saya pun tak follow up lagi dengan mereka.Maybe saya akan menghubungi Presiden mereka sendiri dan cuba mendapatkan hak saya semula.

Selepas saya tersungkur dek Skim Pelaburan Emas,saya rasa agak kecewa dan saya dah tak ada mood nak melabur/menyimpan emas kerana kerugian itu amat memberi kesan kepada saya.Sehinggalah suatu hari saya terdetik untuk sms kepada En.Syukor Hashim untuk bertanyakan tentang harga emas pada hari tersebut.Beliau membalas mesej saya.

Pulang dari kerja,seperti biasa saya membaca akhbar yang dibeli oleh suami dan saya terjumpa artikel penuh tentang pelaburan emas dan terpampang wajah En.Syukor Hashim yang baru saya hubungi pada pagi tersebut.Tanpa berlengah saya terus sms beliau mengucapkan tahniah di atas perkembangan beliau yang saya kenali sejak penghujung 2008.

Sebab apa saya ucap tahniah?

Seperti yang saya cerita sebelum ini,semasa saya menyertai Skim Pelaburan Emas pada awal tahun 2009,saya mengenali En.Syukor yang pada waktu itu bekerja di MMU di bahagian pentadbiran dan penulis blog yang biasa sahaja.Pada waktu itu memang ada iklan Public Gold di blog beliau.Waktu itu kalau nak jadi dealer mereka modal perlu ada sebanyak rm200k.

Kemudian saya lihat iklan Public Gold semakin rancak di blog beliau sekitar tahun 2009.Dari satu artikel yang saya baca beliau memberitahu yang beliau dihubungi oleh Public Gold dan beliau melawat pejabat mereka yang utama di Penang.Promosi untuk menjadi dealer juga serendah rm40k sahaja.Secara jujurnya saya tak berminat nak menyertai Public Gold waktu itu.Antara sebabnya saya kurang yakin dengan syarikat PG pada masa itu dan kecewa dengan kerugian rm13k.

Sekitar tahun 2010 saya merasakan saya perlu ada satu back up untuk kewangan saya.Di sinilah saya membuat keputusan untuk membeli emas sebanyak rm60k.Rm12k saya beli barang kemas,masa itu saya tak tau ada public jewellery,saya beli di Wah Chan.Beli untuk diri sendiri dan anak perempuan saya.

Bakinya rm48k saya terus menghubungi En.Syukor Hashim dan lock price dengan beliau.Masa tu saya terpaksa buat EPP sebab wang saya dalam sijil Premium BSN, terpaksa

Page 5: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

tunggu 45 hari baru boleh bawa keluar.Saya order sekitar hujung bulan 7 tahun 2010,masa tu 20g sekitar rm2000+ dan 100g rm13800+.Semasa saya hendak lock 100g terus melangkah ke harga 14000.Emas Public Gold saya yang pertama 100g x 2 unit,dan 50g ,20g,10 dinar,5 dinar dan 1 dinar setiap satu sekeping.Saya dan suami menjadi dealer dan pada masa itu saya hanya fikir untuk simpanan sendiri sahaja.

Oh ye..kenapa saya beli emas Public Gold dan menyertai mereka dengan menjadi pengedar?Dahulu,tidak banyak blog tentang emas..cubalah anda lihat sekarang..beratus -ratus web dan blog tentang emas wujud.Dan kebanyakannya ialah dealer Public Gold..barulah saya nampak kelebihan Public Gold yang tersendiri.Bersama Public Gold saya sempat membimbing 100 orang pengedar dan beratus penyimpan tentang emas.Jualan terkumpul juga mencecah RM2 juta lebih.

Namun pertengahan 2010 segalanya berubah apabila saya mengenali sebuah lagi company emas iaitu GoldCrest Pavilion (GCP).Asalnya saya tidak begitu nampak kelebihannya,sehinggalah satu demi satu keunikan dan keistimewaan saya dapat lihat lalu tertarik untuk menyertainya tidak lama selepas itu.Awalnya saya menjadi pengedar kedua-dua syarikat dan mempromosikan keduanya,tapi sampai satu tahap saya terpaksa memilih untuk aktif dan fokus pada syarikat GCP sahaja atas sebab-sebab tertentu.GCP juga sangat bersistem,banyak kemudahan dan menjaga para pengedar sama rata dan adil. Nak tau lebih banyak story?Teruskan membaca dan update di blog saya.

Artikel Pilihan # 2

7 SEBAB Rugi dengan Emas

Nak tau 7 sebab kenapa anda boleh rugi dengan Emas?

1. Beli emas tanpa ilmu

-Main ikut -ikut orang.Orang beli emas,kita sibuk beli emas,tapi kita tak tau sebab apa orang beli emas lalu bertindak kurang bijak apabila tidak merancang simpanan dengan betul.

-Antara akibatnya ada yang jual emas dan terpaksa rugi bila susut nilai tinggi kerana harga emas belum naik

2. Join skim pelaburan emas

-Kelabu mata bila dengar pasal dapat duit bulan,dapat dividen,dapat hibah dan sebagainya.Asal dengar orang cakap “untung ” je terus anda join tanpa sempat buat kajian mendalam.

Page 6: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

-Halal haram dah tak peduli,yang penting “masyuk”.Last2 masuk banyak,keluar pun banyak sebab rezeki tak berkat

Keratan akhbar baru-baru ini

3.Beli dengan harga yang mahal sedangkan boleh dapat murah.

-Emas bukan barang kawalan,harga pun ikut kedai emas/company/pengedar nak jual berapa.Sebab tu boleh tengok ada macam-macam harga.So,pilihla yang murah dan berbaloi dengan servis yang ditawarkan.

-Lebih murah,lebih gram yang anda dapat.Tapi kalau murah,pastikan kira sekali kos tersembunyi contohnya kos minyak,postage ,masa dan tenaga yang dihabiskan.Sebagai contoh,company macam GCP menawarkn harga murah di samping penghantaran percuma ke seluruh negara dengan jaminan dan pelbagai keistimewaan lagi

4.Simpan dalam akaun simpanan emas

- Saya terpaksa menjawab dengan sabar bila ada yang bertanya “kenapa emas bank *** lagi murah dari emas yang puan jual? Saya pun bertanya “ada ke emasnya,dia ada tunjuk?Setahu saya hanya ada satu je yang patuh syariah tapi cawangan ada 3 je,nak beli pun susah.

Ini pula pendapat rakan saya bekas pekerja bank :

- Bank Merah/Bank Kuning menjual emas kertas jauh lebih murah dari emas fizikal kerana meraka sebenarnya tidak mempunyai emas fizikal langsung di dalam peti simpanan mereka. Cost yang diperlukan mereka adalah cost untuk mencetak kertas sahaja. Sebab itu mereka mampu menjual emas kertas dengan amat murah. Anda sendiri pun mampu membuat jual-beli emas kertas, walaupun anda tidak mempunyai 1 gram emas sekalipun.

Page 7: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

- Tak percaya? Cuba pergi ke Bank Merah/Bank Kuning dan beli emas kertas mereka. Dan seminggu kemudian datang balik dan cakap “Boleh tak saya nak tukarkan gold account ini kepada emas sebenar?”. Mereka akan cakap tidak boleh, kerana anda hanya mempunyai ‘gold account’ sahaja dan tidak langsung mempunyai gold fizikal. Setelah pujuk rayu dibuat ke atas pihak atasan, mereka mengalah, kemungkinan sebulan baru anda akan dapat emas fizikal anda. SEBULAN untuk anda seorang. Apa akan terjadi sekiranya Bank-Bank ini ditimpa masalah?

-Mesti ramai yang akan kata, “mustahil lah bank-bank besar macam Bank Kuning/Bank Merah ini boleh bankrupt”. Bank-bank itu hanya besar di dalam Malaysia, cuba bandingkan negara Malaysia ini dengan peta dunia, besar mana pon Malaysia kita? Sebagai contoh, Lehman Brothers Holdings Inc ($600 billion in assets) merupakan antara bank terbesar di dunia yang bermula sejak tahun 1850 lagi telah jatuh bankrupt pada 2008. Dan di ikuti hampir 30 bank-bank terbesar dunia telah ditutup. Dan anda rasa Bank di negara kita sangat kuat? Fikir berkali-kali.

- Kalau Bank Kuning/Merah jatuh bankrupt, anda rasa anda dapat EMAS anda? PIDM akan cover? Mereka hanya cover cerita sahaja. Be wise.

BUY PHYSICAL GOLD! NOT PAPER GOLD. PAPER GOLD = PAPER TOILET.

5. Jual tanpa sebab dan simpan semula dalam bentuk wang kertas

Menjual emas tanpa sebab yang kukuh.Saya selalu ajar client saya,juallah emas bila : -nak berbisnes (perlu modal) -beli rumah -beli tanah -terdesak (pilihan lain,boleh pajak jika mampu tebus)

Lagi satu ramai yang suka trade in,sebenarnya rugi.Saya memang tak sarankan sebab dari nak menambah simpanan emas,tapi semakin berkurangan pula. Ramai juga yang asal harga tinggi je jual,sedangkan dia tak perlu jual pun.Simpan lebih lama,dan jual bila perlu sahaja.

Anda akan rugi kalau tak simpan lebih 5-10 tahun dan jual sebelum harga emas naik berbanding harga yang anda beli.

Page 8: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Harga emas naik untuk jangka masa panjang – 12 tahun ( 2000-2012 )

6. Terlibat dengan ar rahnu tanpa sebab munasabah

Ar rahnu hanyalah tempat untuk anda pajak bila perlu.Bukan untuk jalankan :

-sistem 30:70 -manipulasi untuk tambah emas tanpa terkawal -pajak berulang kali

Gunakanlah kemudahan ar rahnu untuk keperluan dan modal bisnes,bukan untuk perkara di atas.

7. Beli emas sadur /palsu

Memang trend ada orang suka emas Z*****.Adakah anda hanya suka berhias semata-mata?Tak nak ke sambil melawa sambil dapat menyimpan aset? Dengan beli barang kemas diperbuat dari emas tulen,anda bukan sahaja dapat melawa,tapi dapat tambah aset.

Mudah bukan? Emas sadur pu boleh tahan mahal,baik beli barang kemas tulen,harganya makin naik,emas sadur,kat mana boleh jual?

Lagi satu,anda boleh rugi kalau terbeli emas palsu.Macam mana nak check ketulenan emas,pastikan anda dapat resit dari pembeli,dan check di mana-mana ar rahnu atau kedai emas jika ragu-ragu.Nak check sendiri pun boleh jika tahu caranya

Artikel Pilihan #3

Sebelum dan Selepas Simpan Emas

Tiba-tiba sahaja saya mendapat ilham nak tulis tentang pelbagai perkara yang berlaku dalam diri saya sebelum dan selepas menyimpan emas.Apa kesannya dan kebaikannya kepada saya sekeluarga,jom baca..

Page 9: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Sebelum :

1.Selalu fikirkan nak ada simpanan wang yang banyak dalam bank dengan harapan simpanan ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

2.Simpan dalam ASB dan UT Public Mutual,konon nak diversify (pelbagaikan)

3.Pantang tengok baju-baju cantik/aksesori untuk anak-anak,mesti nak beli.Kalau hari raya,suka shopping besar-besaran pakaian berjenama untuk anak-anak.Konon setahun sekali,jadi kenalah sehabis baik (bab ini je la lemah sikit,bab lain memang tak kisah sangat..saya bukan jenis suka tukar sofa,kasut,beg,pakaian atau sebagainya)

4.Masa terluang tak banyak aktiviti,selain melayan anak-anak,membaca buku,buka internet pun sekadar menambah maklumat.

5.Tak pandai berbisnes (minat dah ada sejak 1-2 tahun sebelum kenal emas,tapi tak tau nak meniaga apa dan bagaimana bermula)

6.Rutin harian hampir sama setiap hari,cuma komitmen pada anak-anak yang bertambah.Dari seorang anak,kini ada 4 orang semuanya yang perlukan perhatian

7.Menghargai masa dalam kadar yang sederhana

8.Percaya Perbankan Islam memang betul-betul islamik.Jadi tak kisah buat loan dan refinance.

9.Biasa dengar tentang riba dan tahu serba sedikit mengenainya

10.Suka simpan syiling dan wang kertas sebelum masukkan ke dalam bank.Tak tau ia bukan penyimpan nilai yang baik.

Wang kertas yang diperakui nilainya oleh BNM

Selepas :

Page 10: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

1.Sekarang simpanan saya ialah emas dan perak dalam bentuk gold bar,dinar dan dirham untuk muamalat.Saya hanya simpan sedikit tunai untuk pertukaran on the spot/kegunaan harian dan kecemasan.90% simpanan dalam bentuk logam berharga,jadi ia tak mudah cair,bukan macam simpan wang kertas-sekali keluar asyik nak keluar,lama-lama menyusut.

2.Simpanan dalam ASB tinggal RM50,maybe tak lama lagi akan close.Simpanan dalam UT pun dah selamat ditutup dan digunakan untuk membeli emas.Saya kurang percaya pada diversify jika membabitkan wang kertas,tetapi yakin dengan diversify membabitkan aset tak susut nilai macam rumah dan hartanah.Bayangkan wang kertas diperam di bank bertahun-tahun untuk dapatkan dividen.Ada yang buat loan semaksimum nya dan terpaksa simpan puluhan tahun.Pokoknya,ia meragukan,malah ada yang mendakwa ia haram.

3.Sekarang ini,nak keluar beli barang-barang keperluan anak pun dah tak berapa minat.Saya dah rancang simpanan emas, jadi saya perlu peruntukkan sejumlah wang setiap bulan untuk mencapai matlamat saya.

Alhamdulillah,ini telah mendisiplinkan saya sehingga menjadi seorang yang lebih berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja.Saya hanya bawa wang yang diperlukan sahaja untuk membeli keperluan anak.Anak pun saya ajar pakai pakaian yang sederhana,kalau yang berjenama sedikit,saya beli yang saiz besar agar tahan lama dan boleh pakai lama sikit.

4.Sekarang saya ada banyak masa hendak buat dengan masa 24 jam yang Allah beri ini.Di awal pembabitan saya dalam emas ini,saya rasa macam tak cukup tangan,tapi sekarang alhamdulillah.Saya dah semakin bijak uruskan masa.Ini rutin harian saya kalau hari kerja:

-pergi sekolah-mengajar-cuba siapkan tugasan di sekolah dan fokus dengan kerja-kalau free,saya online untuk update info-balik rumah-uruskan anak-anak-selepas itu online sambil-sambil menguruskan anak-

5.Secara tak langsung kenal dunia perniagaan apabila mula jual dan beli emas.Ini telah membuatkan saya semakin yakin untuk menjadikan perniagaan satu jihad.Islam tidak larang umatnya kaya,asalkan pandai gunakannya sebaik mungkin berlandaskan syariat dan jangan lupa bersedekah(tapi nak bersedekah jangan tunggu kaya,sedekah orang susah dan ‘sakit’ lebih berkat).Sejak saya meniaga lah saya mampu memberi lebih banyak kepada orang lain,dan tak sangka Allah swt membalasnya lebih banyak lagi.

6.Dapat wujudkan masa yang lebih berkualiti dengan anak-anak.Masa yang terhad buat saya dan suami menghargai masa bersama anak-anak dan cuba bagi perhatian sewajarnya.Saya tak kisah buat lebih banyak pelaburan untuk anak-anak dengan membelikan mereka buku-buku,bahan bacaan dan cd pembelajaran.Kini apabila semuanya bersistem,saya mempunyai lebih masa dengan anak-anak.

7.Cuba memaksimumkan penggunaan masa ke tahap yang optimum.Work smart not work hard.

8.Semakin banyak belajar tentang emas,semakin banyak yang diketahui tentang sejarah wang kertas dan agenda di sebaliknya.Jadi,mana mungkin ada bank islam jika wang kertas itu sendiri riba?

Page 11: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

9.Wang kertas adalah riba,tak mampu nak elak..boleh guna perkataan darurat.Tapi jika sudah tahu,tapi masih hendak menggunakannya,ia bukan darurat.Tukarkan sebahagian kepada dinar dan dirham,dan gunakan ia dalam muamalat.Memandangkan kegunaannya masih terhad,saya memilih untuk menyimpan emas dan perak,bagi saya ia lebih baik dari menyimpan wang kertas yang memang dah sah riba

10.Sekarang saya suka simpan logam berharga yang ada nilain intrinsic.Asal ada rezeki lebih,saya akan beli emas dan perak.Tahun lepas dapat belikan setiap orang anak 1 dinar seorang,tahun ni saya buat perancangan sekurang-kurangnya setiap anak akan dapat beberapa keping dinar dan gold bar 1gram..No SSPN and whatever.Just yakin dengan apa yang dituntut oleh Islam.Sekiranya anak-anak saya nak sambung belajar nanti,saya yakin mereka tidak perlukan pinjaman,insyaAllah.

Dinar dan dirham penyatu ummah

Kredit kepada team penggerak DnD ,yang banyak menambah ilmu agama saya dan mengubah persepsi saya kepada wang kertas dan memahami riba di awal pembabitan saya dahulu.

Artikel Pilihan #4

Buta Emas vs Celik Emas

Salam semua..

Kebelakangan ini saya agak sibuk sikit dengan tugas seharian dan urusan perniagaan di gerai serta melayani orang ramai yang semakin celik emas dan yang ingin membeli emas.

Alhamdulillah,semakin ramai yang celik emas-sedar akan kepentingannya dan fungsinya sebagai wang yang sebenar.

Page 12: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Namun di saat semakin ramai yang celik emas,lebih ramai lagi golongan yang tidak sedar tentang emas.Nanti saya akan kupaskan kategori-kategorinya berdasarkan pemerhatian saya.

Golongan buta emas ini ada jenis-jenisnya juga.Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi saya,tiada kajian khusus mengenainya.Berdasarkan pemerhatian saya dan pengalaman berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam apabila berbicara tentang emas.

Ramai tak tahu fungsi dinar

Harap anda akan terus setia membaca blog ini kerana saya mempunyai banyak lagi yang ingin dikongsikan untuk tatapan anda.InsyaAllah kita sama-sama tingkatkan ilmu emas dan berkongsi dengan orang lain di sekeliling kita.

Berikut saya senaraikan ciri-ciri orang yang celik emas dan buta emas serta peringkat ataupun fasa yang akan dilalui mereka.

Di mana anda?

Celik Emas

1.Mula sedar tentang emas-lalu membuat research mengenainya sama ada melalui forum-forum di internet,blog-blog,laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak

2.Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.

3.Merasa tidak sabar untuk memiliki emas,dan apabila memiliki emas,akan timbul perasaan teruja yang mendorong penyimpan emas untuk menceritakan tentang emas kepada orang lain pula

4.Timbul kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk mencari lebih maklumat mengenainya.

5.Menyedari akan hakikat bahawa wang yang sebenar ialah dinar dan dirham,namun untuk mengaplikasikannya sekaligus amatlah payah.Maka usaha untuk menggunakannya secara kecil-kecilan dalam komuniti kecil amatlah sesuai di peringkat awal ini.

Page 13: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

6.Mengambil langkah memperkenalkan emas dan perak terlebih dahulu dan menggalakkan orang lain menyimpan emas sebagai aset yang unggul,kalis inflasi dan mengelakkan dari menyimpan wang kertas yang susut nilai.Simpanan wang kertas hanyalah untuk keperluan seharian dan sebagai medium pertukaran on the spot.

7.Sedar wang kertas penuh dengan riba,dan berusaha untuk mengurangkannya kerana untuk membuang 100% belum dapat lagi dilaksanakan.Maka dengan simpanan emas dan seterusnya penggunaan dinar dan dirham dapat mengelakkan dari riba secara terus menerus.

” Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya)”

8.Bertindak menjadi peniaga emas untuk memudahkan usaha untuk memperkenalkan emas kepada lebih ramai orang.Ini juga dapat meningkatkan ekonomi orang Islam dari seorang umat kepada seorang umat yang lain.

Sabda Nabi Muhammad SAW

“Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah,Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi,Sidiqqin, dan para Shuhada”

-Riwayat At Tarmizi

Kategori Peminat Emas

1.Menjadikan emas hanya untuk mencari keuntungan melalui jual beli semata-mata-tidak menyebarkan ilmu emas

2.Menyampaikan info tentang emas dan menyimpan emas tapi tidak mampu mengedarkan emas kerana bukan pengedar emas

3.Menyimpan emas dan mengedarkan emas sambil menyampaikan info tentang simpanan emas

4.Menyimpan emas untuk dirinya dan keluarganya sendiri-dan tidak menyebarkannya.Baginya memadai untuk dirinya sendiri.Alangkah bagusnya jika golongan ini buang rasa mementingkan diri sendiri dan kasihan kepada golongan yang buta emas lalu menyampaikan kebenaran…

Buta Emas

1.Tidak tahu apa -apa tentang emas.Tidak ada sesiapa yang menyampaikan tentang kepentingan emas,rahsia wang kertas dan sebab untuk mereka menyimpan emas.

2.Pernah dengar dan baca tentang emas-tetapi tidak meneruskan usaha untuk menggali lebih info tentang emas.Akhirnya buta emas

Page 14: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

3.Seseorang telah menyampaikan tentang emas kepada golongan ini,namun mereka berada di zon selesa menyimpan wang kertas dan langsung tidak membuka hati untuk mengetahuinya lebih lanjut.Kesilapan golongan ini ialah kerana merasakan yang penyampai hanya ingin menjual barang dan tak mahu terlibat.Tak kurang yang takut jika ini adalah skim dan bimbang tertipu.

4.Menjual emas tetapi dia sendiri tidak menyimpan emas-hanya untuk keuntungan semata-mata.Sayang kerana si buta emas hanya pandai menjual namun diri sendiri tidak menyimpan.Yang membeli emas dengan golongan seperti ini juga jadi penyimpan emas yang tidak tahu apa-apa.Dan diajar untuk ‘buy low,sell high (konsep pelaburan).Emas adalah simpanan dalam erti kata yang sebenar dan bukanlah pelaburan semata-mata.Namun menjadikannya pelaburan tak salah,tapi ada caranya.

5.Langsung tidak tahu mengenai dinar dan dirham.Kalau tahu atau pernah dengar sekalipun,mereka tak tahu apa fungsinya yang sebenar.Mereka tidak tahu ia adalah untuk tujuan muamalat (jual dan beli)

6.Tidak kisah dengan riba ,tidak faham,tidak berusaha ambil tahu dan mengendahkan larangan yang jelas disampaikan melalui khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Kesimpulannya,masyarakat harus celik emas dan tugas menyebarkan tentang kebaikan menyimpan emas adalah tanggungjawab sosial dan menyebarkan tentang penggunaan matawang Islam Dinar dan Dirham pula tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Janganlah kita malu menjadi penyimpan emas mahupun peniaga emas kerana apa yang kita lakukan adalah jihad.Jihad dalam menentang riba dan monopoli oleh kapitalisme.

Artikel Pilihan #5

Kisah warga asing yang celik emas

Inilah Kedie,pekerja gerai Nangka Madu 916 yang sangat rajin dan berdedikasi

Page 15: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Assalamualaikum..

Dah lama admin nak berkongsi kisah ni.Sebenarnya dah siap hari tu,entah macam mana tiba-tiba tekan butang “Publish”,habis hilang jadi zero..kecewa betul.Jadi nak menaip balik,ambil masa la pulak.

Apa yang best sangat artikel kali ni? Warga asing pun celik emas?Ermm…biasa la tu..(kata sesetengah orang..)

Tengok sahaja warga Kemboja dan Vietnam,kalau mereka tak simpan emas,takkanlah dia boleh hidup senang di negara kita hanya dengan jual kain dan meniaga,betul tak?

Orang kita je yang takut-takut nak bermula dengan simpanan emas,kalau skim cepat kaya dan yang dapat duit bulan-bulan tu laju jer..(semua nak cepat kaya dan nak cepat senang)

Pastu company GCP yang hanya buat urusniaga jual dan beli pun ada yang tanya,sah ke ,ada kebenaran BNM ke.. adui…siapa ajar meniaga emas kena ada BNM..cuba tanya kedai2 emas terdekat,jangan kena gelak dah la…hehe..

Itulah masalah,bila benda yang baik macam jual-beli emas ni,ada comp yang buat skim,dan program yang tak sah,abis company yang genuine pun kena tempias

Ok ,back to topic..

Warga asing celik emas bukanlah sesuatu yang menghairankan. Persoalannya,kenapa mereka lebih celik emas dari orang kita?Ermm..itu yang menarik perhatian saya.

Gambar atas tu adalah pekerja suami saya,yang sangat celik emas.Dia dah bermula simpan emas sejak emas berharga sekitar rm30+ sahaja pergram.

Sekarang harga emas dah cecah hampir RM190+ pergram (harga pasaran biasa)

Bermakna dah naik hampir 7 kali ganda.Inilah kehebatan pelaburan emas.

Sekarang kawan Kedie pun dah mula beli emas dengan saya.Walaupun sikit sikit,tapi mereka percaya itu lebih baik dari tidak bermula langsung.

Kisah seterusnya saya ambil dari rakan pengedar GCP. Saya kekalkan cara penulisan mereka.

Kisah 2

Ini bkn sebarang bangla..ini bangla celik emas…kenapa sy kta begitu? Ikuti kisah perbualan sy di bwh.. Singkatan :

Page 16: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Bari bhai : bb Sy: me Me: bari bhai apa kamu bikin kmu punya simpanan? Bb: sy tarak simpan duit jga..emas jgak simpan Me: aisehman ini bngla pun pandai simpan emas (bisik hati kecilku) Me: bari bhai sini mana emas mahu cari Bb: mustapa sna byk ada jual Me: mustapa…? Sapa mustapa? Bb: bkn itu mustapa shopping complex jga.. Me: oooo…Jd aku mnguji bari bhai.. Me: bari bhai 1g bape ye sini? Bb: apa lu mau? 24k ataw 22k Me: aiseh man ini bari bhai mmg tahu la pasai emas Bb: 24k kalu Lbh kurang 75 SGD …………..

Sepertimana yg tertulis di dalam buku pelaburan emas keluaran PTS yg ditulis oleh saat sukami..benarlah kenapa semasa perang kemboja mletus sbhagian mereka menjadi perlarian…apa yg mereka bawa?? Yg dibawa mereka adalah logam yg sgt bernilai yakni emas…untuk mengetahui lebih belilah buku pelaburn emas oleh saat sukami.. Mgkin faktor ini bari bhai yg mana menyimpan emas semasa berada di kota singapura ini.. Kita di malaysia masih ramai yg belum menjadi perlarian ataw perantauan lagi sbb itulah minda kita bkn celik emas sepertimana bari bhai dan pelarian kemboja… Kisah 3

Dalam byk dealer nie siapa yg pernah jual emas kat bibik(pembantu rumah)

Page 17: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Saya berjaya jual. Pada mulanya sy promote kat kakak saya.Setelah terang pjg lebar.Sebulan lepas tu.Kakak saya beli. Kemudian bibik dia tanya saya.Pak… kadang2 dia panggil saya, sir. Sir ada jual emas ke? Ye! acuh x tak acuh je saya jawab masa tu tengah tengok blog. “Kenapa, bik?”, tanya saya. ” Saya mahu tengoklah sir.” katanya sambil dekat dengan saya. “Di negara saya mahal tambah lagi kalau 999.” katanya. Aii! kata saya dalam hati, teror juga bibik kakak saya. Terus saya kata,” emas nie 999.” Terus dia jawab saya nak beli. Terdiam saya dan macam percaya tak percaya. Almaklum le member yg byk duit pun…asyik beri alasan.

” Berapa harganya.”, tanya bibik. Sayapun sebut harga sebelum diskaun.Kalau bibik nak, saya bagi diskaun.Terus dia kata nak. “Nanti saya minta duit dari mem bila dah ada barangnya.”,kata bibik.

Pendek cerita akhirnya bibik tu beli 10g. Kini bibik tu dah balik negaranya.*** Begitulah kisahnya.Cerita benar tau.

————————–

Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar,ada yang kata rakyat Malaysia ni manja,tak pernah susah,sebab tu kurang menghargai peluang yang ada.Tak taulah sejauh mana kebenaran kata-kata itu.

Artikel Pilihan #6

Fakta:Masyarakat Malaysia kurang celik emas berbanding warga asing?

Kenapa warga asing lebih celik emas?

Alkisah di suatu hari..

Saya melayan seorang pelanggan tetap pembeli emas yg setia..

seorang warganegara asing..duk bercerita sbb apa dia duk beli emas.. layan ..

best jugak dgr celoteh dia.. seorang usahawan berjaya yg humble..

bermula dari zero..kwn baik suami

Saya kenal 5 org warga asing termasuk dia ni ,yg lain tu yg kerja kt gerai Nangkamadu,dri 5 org,3 yg duk beli emas (celik emas)

Page 18: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Saya kenal beratus org penduduk setempat..tp blh kira dgn jari yg celik emas.. apakan daya.. kt dh jlnkan tanggungjwb kita..klu dh Allah takdirkan hati tk terbuka..buatlah apa pun.. ibarat mcm org kena pukau juga duk simpan wang kertas juga.. klu kt nk bljr..kt yg jumpa dgn org yg nk mengajar..warga asing ni pun..Saya tk pernah promote pun,sembang2 biasa..mereka yang bertanya dulu..Mudah betul mereka sedar..dan mmg ada yg dh lama bermula..sy tukang supply jer..

Antara sebab kenapa warga asing lbh celik emas dan lbh cpt blh terima ttg emas (ni berdsrkan pndangan peribadi,pengalaman dilalui dan hasil perbualan dgn mereka)

-mereka mmg asal org susah,negara mereka miskin-jd bila dpt peluang dtg sini,mereka bekerja bersungguh-sungguh dan sdar ttg nilai wang mereka -wang kertas negara mereka mengalami inflasi yg melampau,setiap tahun susut nilai semakin tinggi..anda smua juga tahukan,rm1 kita bersamaan dgn berapa ribu rupiah mereka? jd mereka npk,emaslah yg bgus utk disimpan -menurut mereka,di negara mereka emas lbh mahal,jd peluang yg ada,mereka bli emas di sini dan bawa balik ke sana,ada yg dpt jual lbh mahal dri hrga sini. menurut mereka lagi,org sana tau apa psal hrga,juallah berapa pun ,laku -menurut rakan suami sy pula yg dtg mlm td ;dlm byk2 aset,emas paling sng nk dibahagikan..Emas mudah dibahagikan Sebab katanya,dia pernah bg tanah kt slh seorang adiknya,saudara lain bising..tp bila dia belikan emas sikit2 kt adik dia dlm bntuk brg kemas,sedar2 dh 200g. Dan tk ada siapa pun yg berbunyi -dia ada byk harta,ank seorang,klu jd apa2,tentu smua hartanya dpt kt ank dia.. jd apa yg adik beradiknya dpt?sbb tu dia npk,di sinilah kelebihan emas..dia blh berikan mereka sikit demi sikit

-bawalah emas ke mana2 sekalipun,ttp laku..cuba tgk kedai emas..ada tk daerah yg tk ada kedai emas?

Berbeza dengan masyarakat di Malaysia,yang lebih selesa menyimpan di bank tanpa mengkaji sejarah,isu semasa,dan masa depan

Page 19: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Itulah antara yg dikongsikan dgn sy..

smlm tunjuk koleksi2 emas dan silver…katanya..”sy nk jd geng akak,kumpul emas byk2 lagi..”

sy jwb “jgn..bahaya..sbb bnda ni ketagih..mcm sy..asal tgk wang kertas byk,sy risau..terus sy convert kpd emas..jd hobi”

dia balas “tkpelah akak,hobi yg menguntungkan.hasil pun nampak”

SENYUM

Moral of the story: Mereka yg hidup susah,lbh mudah npk masa depan,berbanding mereka yg hidup dlm zon selesa mcm rkyt msia ni,asalkan smuanya npk “ok”-blh jalan.tk ada usaha nak ambil peduli.mls mmbaca,mls mengkaji..majlis ilmu pun tk suka nk pergi..jgn kata program berbyr,yg FREE pun byk alasan nk dtg.. Sempena maal hijrah ni,lakukanlah TRANSFORMASi..keluar dri zon selesa dan buat persiapan bukan shj utk kehidupan di dunia..tp jua akhirat..

Saya menyaksikan sendiri bagaimana seorang warga asing blh dtg ke sini ,mengambil peluang yg ada dan menjadi kaya di bumi asing,sdgkan rkyt msia sndiri lbh selesa makan gaji,ada rumah sebiji dua biji,dan kereta hasil buat loan. Fikir-fikirkan..

Page 20: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Artikel Pilihan #7

Kisah Wang:Rahsia Sebenar – Part 1

Wang atau duit, itulah yang menjadi idaman utama bagi setiap manusia yang bernyawa didunia ini, malah ada yang mengutamakan wang dari agama, akhlak dan juga kehormatan diri sendiri semata2 untuk mengaut sebanyak mungkin wang yang berada didalam kitaran sistem ekonomi. Mengingat kembali kenangan belajar perdagangan semasa sekolah menengah dahulu, kisah bagaimana wang dicipta, polisi yang mengawalnya tidak pernah diceritakan walaupun wang itu sendiri adalah salah satu tujuan utama pergi kesekolah.. “belajar pandai-pandai supaya nanti bila besar boleh kerja gaji besar (wang banyak)” biasa dengar tak? Atau mungkin itu yang acapkali anda sebut kepada anak2 anda sekarang?. Video yang saya paparkan ini adalah informasi penting bagi segenap masyarakat tak kira bangsa dan agama kerana ianya secara mudah menjelaskan mengapa semakin hari harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat, sebenarnya itu adalah pembohongan terbesar oleh pihak tertentu yang menutup muslihat sebenarnya. Nilai wang itu sendiri yang semakin menyusut dan bukannya barang yang semakin mahal. Link : http://www.youtube.com/watch?v=DEdLgxvuqQA

Walaupun penerangan diatas menggambarkan sistem ekonomi di Amerika, sistem ini juga sebenarnya di guna di kebanyakan negara termasuklah Malaysia, bezanya Bank Negara Malaysia dipunyai kerajaan, Federal Reserve adalah kepunyaan pihak persendirian kumpulan ahli2 bank antarabangsa. Ya.. jangan terperanjat, ianya milik persendirian,

Page 21: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

golongan diatas Piramid, ingat bagaimana ekonomi dunia berubah, saham turun naik apabila FED (Federal Reserve) menaik turun kadar faedah? Mereka sebenarnya yang mengawal ekonomi dunia ini.

Orang paling kaya didunia bukan Bill Gates, akan tetapi pemilik Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF yang meng”kuda”kan presiden dengan bantuan agen2 seperti CIA dan tentera Amerika, memastikan kepentingan mereka terjaga di seluruh dunia termasuklah jika ianya melibatkan perang dan membunuh berjuta2 insan yang tidak berdosa. Amat memeranjatkan juga, mereka2 ini jugalah orang kuat dibelakang Israel dan apa yang mereka lakukan sebenarnya adalah untuk memastikan Israel semakin kuat. Apabila kita meminjam wang dari bank, samada pinjaman rumah, kereta ataupun kad kredit, secara zahirnya kita tidak menzalimi manusia lain, sebab itu ramai berkata “aku rela bayar lebih pada bank sebab kalau tak macamana bank nak beroperasi”, akan tetapi secara halusnya kita secara tidak langsung menzalimi insan2 lain terutamanya golongan yang tidak bernasib baik dan juga golongan miskin, walhal, bank itu sebenarnya tidak perlu pun wujud untuk membolehkan masyarakat mempunyai wang yang sebenarnya. Bagaimana cara kita menzalimi manusia lain?

1. Kita bersubahat men”cair”kan atau menyusutkan nilai wang itu sendiri dengan membiarkan bank men”cipta” wang tanpa sandaran sesuatu yang bernilai samada emas atau perak. Lagi banyak pinjaman, lebih banyak lah susut nilai, sebab itu inflasi sentiasa tetap ada didalam ekonomi.

2. Kita menambahkan permintaan untuk barangan tersebut, contohnya jika kita beli rumah lain untuk pelaburan sedangkan sudah punya rumah sendiri untuk diduduki, pemaju akan menaikan harga rumah kerana banyaknya permintaan.

Link Story of Money part 2 http://www.youtube.com/watch?v=mld9nXo_93M

Jijiknya Riba’ itu melebihi dosa zina, sebab itu Allah dan rasul mengishtiharkan perang terhadap mereka yang melakukannya, samada makan hasil riba’ ataupun membiarkan diri ditindas dengan riba’. Disebabkan manusia semakin hari semakin tertekan, pemikiran manusia lebih tertumpu kepada “survival mode” yang mana kepentingan diri lebih utama dari kepentingan manusia2 lain. Apabila negara merdeka, penjajah sebenarnya telah menyemai dua benih utama yang akan memastikan penjajahan mereka akan kekal, penjajahan yang mana mereka tidak perlu lagi berada di negara kita untuk memastikan kita akan senantiasa tunduk mengikut kehendak mereka tanpa sedar. 1. Benih kerajaan sekular – Kerajaan yang mana mengiystiharkan undang2 negara lebih utama dari undang2 Allah, sebagai negara Islam, Al Quran dan sunnah sepatutnya dijadikan tunjang utama undang2. Sebaliknya undang2 ciptaan manusia yg angkuh, dengan diberi sedikit akal oleh Allah mendabik dada kononnya ini adalah undang2 moden terbaik yang

Page 22: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

menjaga hak asasi manusia. Undang2 Allah sudah lapuk dan tak sesuai lebih2 lagi dengan masyarakat yg berbilang kaum. 2. Benih ekonomi Riba’ – Bank negara diasaskan oleh British, Govenor pertama adalah W.H. Wilcock. Sistem wang kertas diasaskan oleh British dengan penubuhan Bank of England pada kurun ke17. Melalui sistem mereka jugalah Federal Reserve beroperasi dan juga manjadi asas yg sama untuk penubuhan bank2 di negara2 bekas jajahan mereka termasuk Malaysia. Sistem ekonomi inilah yang makin lama makin menindas rakyat kerana adanya applikasi riba’. Dan benih2 ini sudah lama bercambah dan membesar menjadi pokok yang menaungi kita semua sekarang ini, akan tetapi bukan untuk menaungi dari panas matahari, ianya menaungi diri kita dari mendapat hujan rahmat Allah. Terfikirkah anda mengapa kehidupan sekarang ini semakin hari semakin teruk? Berdoalah kita agar ada pemimpin2 yang akan sedar akan sistem ekonomi yang menjamin kemusnahan masyarakat dan bangkit berani bertindak mengubahnya. Dengan sistem yang kaya penindasan inilah menyebabkan rakyat semakin tertekan, akibatnya penyakit sosial semakin serius, jenayah rompak samun, rasuah, penipuan malah maksiat juga berleluasa kerana manusia mengambil jalan mudah termasuklah juga menjual diri untuk mencari wang. Yang di”atas” tidak perlu risau kerana sistem ini senantiasa berpihak kepada mereka, mereka akan kekal kaya raya dan berkuasa, rumah pagar batu berdinding tinggi dengan sistem keselamatan yg canggih, keluar dengan pengawal peribadi mengelilingi diri, mereka ini selamat di akhirat. Akan tetapi mereka inilah yg pertama sekali akan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak atas kerosakan dimuka bumi. Siapa mereka ini? Pemimpin.. Akan tetapi semasa perbicaraan diakhirat, mereka ini akan berhujah balik… “ya Allah, mereka yang pilih aku untuk memimpin mereka jadi janganlah nak salahkan aku sahaja, mereka yang mengundi, memangkah aku dipilihanraya..” Siapa pulak mereka itu..? Tak lain tak bukan selain dari kita semua sebagai rakyat. Rakyat Malaysia semakin berpelajaran, baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Akan tetapi ilmu2 itu sahaja tidak cukup untuk menjamin kita mendapat kebahagian dunia dan lebih2 lagi akhirat. Berapa ramai yang sedar akan penindasan halus masyarakat melalui sistem ekonomi ini? Bak kata Sheikh Imran Hossein, ada mata, tidak boleh nampak, ada telinga tidak boleh dengar, ada hati tetapi tidak boleh memahami, ada ijazah tetapi tiada iman dan ada ilmu agama yang tinggi tetapi tidak ada “nur” dihati. Kerana hanya dengan “nur” inilah kita mampu melihat pembohongan ini yang diinspirasikan oleh Dajjal bermata satu. Pembohongan ini amat sukar di lihat umpama cuba melihat semut hitam, diatas batu yang hitam, di malam yang gelap. Semut hitam itu hanya boleh dilihat dengan cahaya, akan tetapi bukan cahaya lampu suluh tetapi cahaya “nur” yang Allah kurniakan kepada hamba yang dikasihinya. (Al Hadid 57:28) Dan tanpa “nur” inilah manusia lebih berminat akan dunia berbanding akhirat dan menghalalkan apa yang haram.

Page 23: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Diriwayatkan oleh Abu Huraira: Rasul Allah berkata, “Bagaimana jika aku tidak memberitahu kamu mengenai kisah dajjal yang tiada Nabi lain memberitahu kaumnya? Dajjal itu bermata satu dan akan membawa bersamanya apa yang menyerupai neraka dan syurga, dan apa yang di gelarnya syurga adalah sebenarnya neraka; jadi aku memperingatkan kamu (mengenainya) sepertimana Nuh memperingatkan kaumnya. Sahih Bukhari

Apabila pihak bank antarabangsa berjaya menubuhkan Federal Reserve, mereka mengeluarkan “Federal Reserve Note” iaitu wang kertas Amerika, mungkin ramai yang tidak perasan, jika dilihat pada belakang wang kertas 1 dollar yang sudah semestinya paling banyak didalam kitaran. Ada gambar “satu mata” di atas piramid, apakah simbol satu mata itu dan mengapa pula ada gambar piramid sedangkan piramid “gah”nya di Mesir? Mungkinkah mereka yang menubuhkan FED ini mendapat inspirasi dari dajjal yang bermata satu? Lihat pula perkataan yang mengelilingi logo tersebut, “Annuit coeptis” jika dirujuk pada wikipedia bermakna “usaha kami direstuinya (tuhan)”, dan “Novus Ordo Soclurum” bermakna “bermulanya era baru”, era penjajahan rakyat dengan menggunakan wang dan mendapat restu tuhan bermata satu (dajjal).

Wang kertas baru -

Sama2 lah kita bertaubat dan memohon kepada Allah agar dibukakan hati, ditambahkan iman dan diberi “nur” untuk melihat serta kekuatan untuk menempuh hidup yang penuh dengan pembohongan dan tipu muslihat ini. Perbanyakkanlah mencari ilmu terutama ilmu2 yang boleh membebaskan kita dari terperangkap dengan sangkaan neraka itu adalah syurga.

Page 24: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Insyaallah dengan solat yang ikhlas dan sempurna mampu membawa kita kearah tersebut. Berdoalah kepada Allah agar kita semua diberi “nur” di hati untuk melihat pembohongan2 ini. Amin. Harap dapat sebarkan artikel ini kepada rakan2 yang lain, insyaallah.

Sumber : http://zharifalimin.blogspot.com/2010/08/cerita-wang-rahsia-sebenar-bahagian-1.html

Artikel Pilihan #8

Kisah Wang:Antara yang Zahir dan Batin -Part 2

Apa itu wang?

Satu soalan yang si bertanya akan dipandang sinis oleh yang ditanya. Walaupun manusia tahu apa itu wang tetapi boleh dikatakan majoriti tidak mengetahui apakah sebenarnya fungsi wang itu dan apakah ciri2 yang wajib ada pada wang tersebut untuk membolehkan ianya diterimapakai dengan tidak bercanggah baik dari segi moral mahupun dari segi keagamaan. Konsep wang itu sendiri disalah erti dan tidak diendahkan menyebabkan ianya menjadi “senjata” oleh mereka yang memahami dan mengawalnya untuk dimanipulasi lantas menghambakan manusia secara tanpa sedar, samada dengan cara membuatkan manusia itu cintakan wang (bertuankan wang) mahupun dengan menindas melalui aplikasi bunga/riba.

Manusia dahulu kala tidak tahu apa itu wang, ekonomi manusia dahulu kala berdasarkan konsep gotong royong yang mana mereka bekerjasama bertani atau memburu untuk mendapatkan makanan. Semuanya berjalan dengan konsep muhibah dan tolong menolong. “Stress” memikirkan wang atau duit tidak pada mereka seperti yang dialami oleh manusia zaman moden, mungkin sebab itu juga manusia dahulu boleh hidup beratus2 tahun lamanya seperti cerita didalam Al Quran (Al-Ankabut 29:14). Apabila manusia semakin bertamadun, keperluan terhadap kepelbagaian keperluan dan kehendak, manusia berubah kepada sistem bertukar2 barang atau apa yang dipanggil sistem “barter”, akan tetapi disebabkan terhad serta rumit untuk diaplikasikan didalam hidup yang semakin kompleks maka terciptalah wang atau duit yang mana ia digunakan untuk memudahkan pertukaran barang atau perkhidmatan. Pelbagai benda digunakan sebagai “medium of exchange” ini dari kulit siput, tamar, gandum dan beras hinggalah kepada logam bernilai seperti perak dan emas. Fungsi Pertama Wang : Sebagai bahan perantaraan untuk pertukaran barangan atau perkhidmatan

Page 25: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Apabila wang dicipta sebagai bahan perantaraan untuk pertukaran barangan atau perkhidmatan, jika anda tidak punyai barangan atau perkhidmatan untuk diberikan kepada manusia lain, wajarkah wang boleh sampai ketangan anda? Ini satu hujah yang amat penting, saya akan kaitkan ianya selepas ini. Apabila anda memohon pekerjaan, anda bertanya berapa gaji yang akan diberikan, apabila anda mahu membeli sesuatu barangan, anda bertanya berapa jumlah wang yang perlu dibayar untuk barangan tersebut. Jadi wang juga adalah unit ukuran untuk menilai sesuatu perkhidmatan atau barangan baik yang ingin diberikan atau diterima. Fungsi Kedua Wang : Sebagai pengukur nilai barangan atau perkhidmatan Anda bekerja penat lelah selama sebulan dan pada akhir bulan anda menerima gaji mengikut apa yang dijanjikan oleh majikan anda. Selepas tolak perbelanjaan hidup anda mempunyai lebihan wang untuk disimpan supaya wang tersebut boleh digunakan dikemudian hari. Jadi fungsi ketiga wang pula adalah sebagai penyimpan nilai. Bermakna penat lelah anda yang dibayar didalam bentuk wang kertas itu sepatutnya boleh menyimpan nilai penat lelah anda bekerja. Fungsi Ketiga Wang : Sebagai penyimpan nilai. Berdasarkan kepada ketiga2 fungsi wang diatas, adakah wang kertas yang kita gunakan selama ini menepati ciri2 tersebut? Jika kaji wang kertas dan juga sistem kewangan yang kita gunakan sekarang ini, untuk memenuhi fungsi pertama dan kedua tidak menjadi masaalah. Akan tetapi adakah fungsi yang ketiga iaitu sebagai penyimpan nilai dipenuhi oleh sistem wang sekarang? Persoalan 1: Bolehkah wang kertas menyimpan nilai? (Zahir) Wang yang disebut didalam Al Quran hanyalah dinar dan dirham, iaitu emas dan perak yang mana nilai wang itu sendiri ada pada wang itu sendiri. Ini menjamin akan kestabilan wang itu sendiri. Mengapa kita sering di”war-war” kan agar menyimpan wang di institusi yang menjamin pulangan lebih dari kadar inflasi? Jika tidak berbuat demikian wang kita akan lenyap dimakan oleh inflasi itu. Nampaknya wang pada zaman ini tidak lagi boleh menyimpan nilai. Adakah ini dibenarkan oleh Islam? Malah dari segi moral kemanusiaan itu sendiri ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan dibumi. Surah Ash-Shuara 26:183 Punca sebenar meningkatnya inflasi adalah sistem perbankan yang menggalakkan pemberian kredit dan pinjaman baik dari pinjaman rumah, kereta mahupun kad kredit, yang mana ia mencairkan nilai wang itu sendiri. Malah ciptaan bank itu sendiri adalah permulaan sistem perhambaan baru. Jika wang ringgit disandarkan kepada emas sekali pun, kita sebagai rakyat tidak boleh mengunjungi bank negara dan meminta diberi emas yang dikatakan sandaran kepada wang kertas tersebut.

Page 26: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Sebelum 1933, wang kertas Amerika masih boleh ditukarkan dengan emas seperti yang tertera pada muka depan wang tersebut, selepas dari itu wang kertas Amerika hanyalah dilabelkan sebagai “legal tender” yang mana jika dilihat pada wang ringgit tertera “sah diperlakukan”. Sistem kewangan kita ciptaan barat juga mengikut konsep wang kertas barat yang mana sebenarnya tidak mempunyai nilai tersimpan didalam nya. Inilah yang dikatakan oleh Nabi didalam hadisnya; Abu Sa’id Al Khudri melapurkan Pesuruh Allah bersabda: Kamu akan melangkah mengikut laluan yang sama seperti mereka yang terdahulu sebelum kamu inci demi inci dan langkah demi langkah hinggakan jika mereka masuk kelubang cicak sekalipun, kamu akan tetap mengikut mereka. Kami bertanya: Pesuruh Allah, adakah kamu bermaksud Yahudi dan Kristian bagi “mereka yang terdahulu” itu? Baginda bersabda: Siapa lagi selain dari mereka? Sahih Muslim Sistem kewangan moden ciptaan barat menggunakan wang kertas ini sebenarnya adalah satu bentuk ‘riba” halus yang terselindung dan tidak boleh dilihat baik oleh kebanyakan pemimpin apatah lagi rakyat, ia sudah menjadi suatu norma kehidupan bagi semua golongan manusia bak sabda Nabi Diceritakan oleh Abu Hurairah: Nabi (SAW) bersabda: Akan datang suatu ketika kepada umat manusia bilamana hanya penerima riba sahaja yang tinggal, dan jika manusia itu berkata dia tidak menerimanya, debu riba tetap akan mencapainya. Sunan Abu Dawood Dan jika saban hari kita menggunakan sistem yang berlandaskan riba ini, maka ketahuilah akan adanya peperangan dari Allah SW dan rasul terhadap kita semua, akan tetapi amaran2 sebegini tidak lagi memberi kesan apa2 terhadap hati kebanyakan umat Islam sekarang ini. Hanya yang mendapat “nur” dari Allah dan yang berusaha mencari ilmu2 untuk membuka minda, dengan tangisan dimata mahupun dihati akan berusaha sedaya upaya lari dari riba walau apa jua harga yang terpaksa dibayar. Apa yang boleh kita lakukan untuk lari dari riba ini? Didalam institusi kekeluargaan, jika ada masalah didalam rumah seperti kehabisan barang makanan, dengan siapa akan siibu mahupun sianak2 mengadu? Sudah tentu dengan ayah sebagai ketua keluarga. Jika didalam institusi negara, kepada siapa lagi jika bukan kepada pemimpin2 yang kita pilih. Didalam institusi keluarga jika ayah tidak mampu memperbetulkan keadaan, ahli keluarga yg lain terpaksa akur dan bersabar kerana ayah tidak boleh dipecat atau dibuang, akan tetapi didalam sistem negara, kita boleh pilih

Page 27: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

pemimpin yang berada pada landasan yang betul, landasan yang berlandaskan Al Quran dan sunnah. Kita harus ajukan kepada pemimpin agar sedar akan dasyatnya kesan sistem kewangan moden yang mana melalui sistem inilah kekayaan rakyat secara halus dan senyap beralih kepada golongan tertentu dan rakyat terutamanya yang miskin akan menjadi semakin miskin kerana terpaksa membayar lebih untuk membeli barang keperluan. Dan jika pemimpin2 yang sedia ada tidak mahu mengubahnya maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin yang mampu berbuat demikian kerana didalam institusi negara, pemimpin boleh diubah bukan seperti institusi keluarga. Adakah kita juga harus berduyun2 membeli emas kerana khuatirkan wang kertas akan lenyap atau kerana ingin mengikut sunah? Malah ada juga syarikat yang menjual dinar emas membolehkan pembeli membeli dinar tersebut dengan kad kredit. Bagi saya niat untuk menjual dinar itu bukan untuk menggalakkan sunah, tetapi semata2 ingin mengaut keuntungan tanpa memahami konsep wang dinar itu sendiri. Apa yang harus umat islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang2 yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Kumpul wang baru beli, kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri. Selepas habis membayar hutang, barulah beli emas untuk simpanan masa depan. Tidak perlu risau perlu menyimpan sekarang untuk masa depan walau hutang rumah dan kereta masih ada kerana kita juga bersubahat membiarkan bank memberi pinjaman kepada manusia lain dengan wang simpanan kita tadi. Ingatlah, jika kita bertindak untuk mendapatkan keredhaan Allah, Allah akan mempermudahkan ianya untuk kita, inilah ujian keimanan. Moga satu hari nanti kita dapat beralih semula kepada sistem kewangan apa yang dipanggil wang sunnah iaitu wang yang mempunyai nilai sebenar didalamnya dan bukanlah hanya kertas yang sah diperlakukan sahaja. Persoalan 2: Adakah wang ditangan anda itu benar2 milik anda? (Batin) Jika kita rujuk pada fungsi pertama wang, untuk menjadi bahan perantaraan bagi barangan atau perkhidmatan yang diberikan,maknanya wang hanya wujud jika ada barang atau perkhidmatan jadi jika kita tidak punyai barang atau khidmat untuk diberikan, layakkah wang itu berada ditangan kita? Katalah tiba suatu masa Allah mem”fizikal”pahala yang mana pahala boleh kelihatan dan wujud nyata. Bolehkah kita mengambil pahala orang lain? Bolehkah kita mengambil hasil usaha orang lain? Inilah sebenarnya rahsia disebalik larangan riba kerana jika kita mengambil wang orang lain dengan cara yang tidak adil, itu adalah penindasan dan wang (pahala melakukan sesuatu) itu bukan milik kita. Pengasihnya Allah itu melarang kita mengambil riba kerana kita akan menderita kerananya dan adilnya Allah itu akan mengembalikan wang itu semula kepada yang hak.

Page 28: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Jika kita memberi pinjaman atau menyimpan wang didalam bank, faedah yang kita terima itu sebenarnya adalah pahala orang lain yang kita ambil, umpama lintah menghisap darah manusia. Wang datang dari usaha, dan usaha adalah tenaga, maka wang itu adalah tenaga dan tenaga boleh berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain, disebabkan Maha Adilnya Allah itu maka wang (tenaga) yang kita dapat secara haram itu akan mengalir keluar dari diri kita tetapi tidak semestinya dalam bentuk wang itu sendiri, mungkin dalam bentuk lain seperti kesihatan, terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga, masalah kerja yang mana ianya juga memerlukan tenaga kita untuk menghadapainya. Wang yang kita dapati dengan cara yang tidak wajar contohnya bekerja tidak ikhlas, ponteng, menaikkan harga barang, rasuah, mencuri dan sebagainya, wang itu akan “lari” dari kita, satu konsep yang agak sukar untuk diterima akan tetapi itulah hakikatnya kerana kita semua adalah tenaga, jika tak masakan formula Einstein diterima pakai oleh seluruh masyarakat sains. (E=mc2 E= tenaga, m=jisim). Begitu jugalah wang yang didapati seperti hasil dari perniagaan internet yang mana melabur sekian banyak dan kemudiannya cari orang bawah, malah mlm, saham dan forex juga termasuk didalam golongan yang sama. Wang yang didapati itu bukan milik anda kan ianya akan lari, jadi pilih antara dua, wang mudah atau kesusahan pun mudah. Mungkin ada yang berkata, ”aku tengak simamat tu kaya dengan main saham, main forex tapi hidup happy je”, jawapan saya; mungkin kita boleh mengelak dari tenaga (wang) itu untuk lari dari kita semasa hidup, akan tetapi apabila mati, tenaga negatif ini lah yang akan menjadi siksaan dikubur mahupun dineraka. Dan ingatlah Allah itu maha adil. Perasan tak mengapa apabila negara bertambah moden, semua rumah terpaksa bergrill, dengan sistem penggera malah akhir2 ini satu taman sudah berpagar dan mempunyai sekuriti? Ramai yang berkata manusia semakin jahat, perompak semakin banyak, pernahkah terfikir siapa yang mencipta perompak tersebut? Tidak lain dari sistem kewangan riba itu sendiri, baik dari anak2 yang semakin liar kerana tidak mendapat perhatian dari ibu bapa yang terpaksa keluar bekerja untuk membayar hutang rumah selama 20-30 tahun ataupun mereka yang bermain forex bersubahat menjatuhkan matawang negara lain yang menyebabkan rakyat negara tersebut hidup didalam kemiskinan dan datang kenegara kita menjadi perompak. Kita semua berkait dengan satu jaringan tenaga yang kita tidak sedar dan nampak, ini yang dibuktikan oleh quantum fizik (nonlocality), apa yang kita lakukan mempengaruhi semua insan2 lain didunia ini, tekanan hidup menyebabkan manusia hidup didalam situasi “fight or flight” yang mana kepentingan diri sendiri lebih utama berbanding kepentingan sejagat. Hanya dengan solat yang ikhlas dan khusyuk sahajalah yang boleh mengurangkan kesan tekanan tersebut dan mengembalikan darah kefrontal lobe iaitu otak yang berfikir. Larangan riba itu sendiri untuk kebaikan manusia itu sendiri, dengan hidup yang diperangi oleh Allah saban hari (akibat hidup dengan riba), tidak hairanlah mengapa hidup kita semakin hari semakin tersiksa, mungkin bagi individu tidak terasa akan tetapi dari segi masyarakat, surat khabar harian sudah jelas menceritakan pelbagai masalah yang dihadapi oleh umat manusia. Berusahalah kita agar dapat melihat pembohongan2 didunia ini baik

Page 29: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

dari sistem kewangan olahan barat ini mahupun juga keadaan dunia yang penuh tipu daya, tipu daya hasil inspirasi dari Dajjal bak sabda Nabi; Diceritakan oleh Hudaifa: Nabi bersabda mengenai Dajjal yang mana dia akan mempunyai air dan api dengannya: apa yang kelihatan seperti api, adalah air yang sejuk dan apa yang kelihatan seperti air pula adalah api. Sahih Bukhari Jadi berhati2lah dalam membuat keputusan didalam hidup kerana apa yang kita nampak itu baik (air) mungkin suatu yang akan membakar diri kita dikemudian hari. Nauzubillah. Sumber : http://zharifalimin.blogspot.com/2010/08/cerita-wang-sifat-zahir-dan-batin.html

Artikel Pilihan #9

Kisah Wang Kertas :Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia – Part Akhir

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia. “Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Page 30: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki

Page 31: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas. Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

The Creature From Jekyll Island Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Page 32: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah. Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah. Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan

Page 33: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika. Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas. Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini. Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya : “Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” [surah an-Nisa’, ayat 76] Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain). Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Page 34: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Page 36: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Gambar di atas menunjukkan Negara Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak bernilai Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian. Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929. Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar. Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Page 37: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan. Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada. Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia. Sumber : Milenia Muslim http://zharifalimin.blogspot.com/2011/11/wang-kertas-penipuan-terbesar-dalam.html

Page 38: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Artikel Pilihan #10

11 Sebab Saya Tak Beli Emas

Ramai yang memberi pelbagai alasan untuk tidak membeli emas.Siapakah yang rugi sebenarnya?Peniaga emas ..sebab tak dapat jual emas? Peniaga tak rugi apa-apa,bukan jual barang expired,dia simpan pun masih untung,dan kena ingat,anda tak beli,ramai lagi yang beli.

Sanggupkah anda ketinggalan? Dulu siapa tak ada wang kena gelak,sekarang siapa yang tak ada emas,atau tak tahu langsung pasal emas yang kena gelak (yang tak mampu sangat boleh dimaafkan..hehe)

Mentaliti orang Malaysia ni,dia dah selesa simpan wang kertas,kena pulak kalau dapat simpan kat bank,pergh,dia punya yakin punyalah melangit,konon2 selamat.Aah,selamat la sangat,cuba kaji sejarah,bank yang tertua dan beroperasi beratus tahun pun boleh tertutup,dan di Amerika sendiri beratus bank telah ditutup dalam tempoh tak sampai 5 tahun.Di Malaysia ni tak nampak sangat sebab media-media macam tv,paper semua cover cerita,admin blog jutawangold je yang suka dedah itu ini.Khas buat yang nak tahu dan bertindaklah,buat yang selesa simpan kertas tu,teruskan,admin tak rugi apa-apa pun,cuma nak berkongsi ilmu je. Banyak juga kes penyimpan hilang macam tu je duit kat bank,tak dapat balik.P*** nak cover? Jangan haraplah. Admin bercakap ni ada bukti,tak percaya,tengok sendiri kat GIC.

*Simpan wang kertas untuk kegunaan seharian dan kecemasan sahaja,tukarkan kepada emas “simpanan” wang kertas anda dan yang anda tidak gunakan untuk 5-10 tahun akan datang bukan duit nak beli susu anak yang dibuat beli emas.

Nak seribu daya,tak nak seribu dalih,berikut saya kongsikan pengalaman saya berdepan dengan beribu pelanggan.

Page 39: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

~Sebab apa saya tak beli emas~

1.Saya duk fikirkan harganya,kaji sana sini -last-last tak beli-beli pun

2.Duk kaji pasal spread - belum beli dah fikir banyak,spread penting untuk pelabur,tak penting untuk mereka yang ada ILMU pasal spread,so,dapatkan ilmu pasal emas ni

3.Terfikir mcm mana nk jual balik - emas bukan macam barang lain bang,laku di mana-mana. Sebaiknya juallah kat dealer/comp tu balik,dapat harga lebih,tapi kalau ada ilmu yang kat statement no 2 tu,anda memang untung!

4.Mcm mana nk buat untung -banyak cara boleh untung,asalkan emas tu ada kat tangan,bukan atas kertas atau alam maya

5.Takut BNM serbu pulak comp yg sy join -ini bukan skim,ini emas fizikal,selagi pegang emas,apa nak takut? 6.Takut rugi sbb hrga emas jatuh -beli emas bukan untuk dijual esok lusa,ini simpanan jangkamasa panjang,rugi kalau jual je kan,so,simpanlah.Terdesak sangat,barulah pajak,ini sebenarnya fungsi Ar rahnu,bukan untuk manipulasi pelbagai skill.

7.Saya tak tau kenapa orang kata emas itu adalah wang

-kena tau apa maksud wang yang sebenar,dan ciri-cirinya,dan kaji sejarah nanti jumpa,dulu-dulu orang guna apa sebagai emas,dan wang kertas yang kita duk guna sekarang ni cuma ciptaan yahudi untuk menindas dan berkuasa kat dunia

8.Saya tk fhm sbb apa sy perlu simpan emas -Kaji sebab,pasti jumpa jawapannya

9.Saya tak nak membazir -Dulu harga emas rm30+/gram,sekarang dah cecah dekat rm200/gram err..kat mana yang membazir tu?

Page 40: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

10.Saya bimbang emas tu kena curi,hilang dan sebagainya -Kalau kena curi,hilang,bukan emas je,apa-apa pun boleh ,so kena pandai-pandailah elakkan.Tak kan sebab takut hilang,kena curi maka kita tak beli emas?

Abis yang wang kertas kita kena rompak hari-hari(susut nilai sebab inflasi) tu tak takut ke..?

Setahun susut nilai hampir 16%.

Simpan RM1k tahun ni,tahun depan jadi RM840,kalau 10 tahun lagi?

Simpan emas berharga RM1k tahun depan jadi RM1.2k+,mana yang anda nak? 11.Tak dapat pulangan bulanan,dividen dan hibah -Lebih suka join skim cepat miskin,baik join MLM terus,maklumlah,duduk diam-diam dapat duit. —————————————

Bagus…org mcm anda yg mmbuatkan harga emas tak naik mendadak…sbb hanya org yg CELIK emas dan ada ILMU shj yg duk beli emas.

Yang duk fikir 11 soalan di atas,tak sedar yg dia duk buang masa,dan masa itu tidak akan kembali..

Harga emas yg dulu rm16/gram,skrg hmpir rm195/gram,akan dtg akan hanya tinggal sejarah…dan waktu itu dah tak guna nak menyesal sbb tk bermula masa org duk suruh dulu..

Artikel Pilihan #11

Kajian kes :Trade in,pajak atau beli baru?

Saya ada melakukan survey baru-baru ini di fb group perbincangan emas terhangat di Malaysia Gold Investor Club (GIC),dan ini adalah soalan,hasil jawapan dan di bawah sekali adalah pandangan saya.

Soalan:

Alia seorang penyimpan emas.Dia simpan dlm pelbagai bentuk gold bar,barang kemas dan dinar kerana masing-masing mempunyai kelebihan sndiri. Satu hari dia teringin nak beli brg kemas baru untuk dipakai,manakah yang terbaik?

A.trade in (jual brg kemas yg ada beli yg baru) B.pajak brg kemas lama beli yg bru C.jual Gold bar sebab dia tak rolling pun (bukan peniaga emas) D.usahakan wang lain utk beli yg baru,kekalkan yg lama

Page 41: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Jwb ikut situasi anda,bukan org lain..saje nk survey.. Tiada jwpan yg betul atau salah,post ini hanya utk perbincangan..

berikan jwpan shj atau jwpan beserta hujah.

Hasil :

90% memilih D sebagai jawapan pilihan mereka,selebihnya memilih jawapan lain. Ini menunjukkan kematangan ahli group yang amat menghargai nilai emas.

Kenapa mereka memilih jawapan D?

1. emas lama selamat dari dijual,dapat beli emas baru 2.emas bertambah,bukan makin berkurang

3.Sesuai dengan matlamat simpanan emas jangka masa panjang,pembelian secara konsisten 4.Bimbang tak dapat semula dah harga yang dibeli dulu. contoh :2010 beli ems 916 harga rm140/gram,sekarang sudah cecah rm195/gram

Ulasan pilihan jawapan A :

-Ramai orang suka dan guna cara ini,asalkan dapat emas baru,tanpa merasa rugi sebab susut nilai yang dikenakan kedai emas amat tinggi -Cadangan saya,simpan sahaja emas yang anda tak nak pakai tu,nak yang baru,belilah lain.Melainkan emas anda itu rosak teruk dan anda memang tak mampu nak beli yang lain. -Saya sendiri masih simpan 2 gelang emas anak saya yang sudah bengkok tak boleh pakai dengan niat untuk dijadikan aset buat anak saya itu nanti.Bukankah value emas terpakai pun makin naik dari semasa ke semasa? -Kelebihan peniaga emas,kalau mereka nak jual juga,mereka boleh jual pada peminat emas terpakai.

Page 42: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Sebaiknya elakkan trade in

Ulasan pilihan jawapan B :

-Cara ini boleh dilakukan,asalkan anda mampu untuk tebus semula dan ada plan yang tersusun. -Sebaiknya,ketahuilah berapa peruntukan anda sebulan untuk tujuan tebus/bayar upah simpan dan berapa lama tempoh anda boleh tebus balik.Ikut plan yang telah dibuat dengan konsisten dan disiplin. -Elakkan dari emas anda tergadai atau kena lelong.

Ulasan pilihan jawapan C:

Ada gold bar yang tidak digunakan?Kalau jual pun dah untung sebab dah lama beli.Maka bolehlah anda jual gold bar itu dan beli barang kemas untuk dipakai. Macam saya sendiri,pernah jual beberapa keping gold bar yang saya memang tak jual dah produk tu,untuk beli barang kemas yang saya boleh pakai

Sekarang saya ada barang kemas untuk dipakai,dan gold bar GCP pula untuk diniagakan.Bila dah puas beli barang kemas untuk dipakai,maka bolehla start beli gold bar dan dinar balik untuk tujuan simpanan.

Artikel Pilihan #12

Pendedahan ESKLUSIF:Kisah ex banker,guru tadika,peniaga satay dan EMAS

Assalamualaikum..

Saya harap dengan pendedahan ESKLUSIF ini akan membuka mata anda yang masih lagi ragu-ragu dan tertanya-tanya tentang hakikat yang sebenar.Ianya bukanlah isu baru sebenarnya,bagi yang mendalami benar-benar tentang ilmu emas,pasti sudah mengetahuinya.

Semoga kisah-kisah yang jarang anda ingin ambil tahu ini dapat memberi kesedaran yang sewajarnya.

Page 43: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

~Pendedahan Esklusif tentang Bank yang anda JARANG nak ambil tahu~

Kisah 1

Saya baru berhenti kerja dengan Bank X as Wealth Advisor (Expert in Gold and Monetary System). Saya nak bagitau, selagi orang tu menjual emas dalam bentuk fizikal dan tulin serta menepati syariah Islam. Tak ada salahnya mereka nak menjual emas. *** memang kecoh. Alasan dia nak ‘blacklist’ syarikat-syarikat tertentu tak kukuh langsung. Cakap secara dasar, no details! Sebenarnya *** ini takut rakyat Malaysia (especially millionaire) withdraw their money from banks and buy gold!

Coz banks memerlukan duit anda semua untuk diorang beroperasi. Saya berhenti kerja bank sebab saya nampak dengan jelas penipuan bank. Keluarkan duit dari bank dan TOLONGLAH beli emas! TRUST ME.

2 tahun mengkaji pasal gold n monetary system. I join bank coz i nak tau how exactly banks operate. Dalam 6 bulan saya kerja. Macam-macam saya nampak. TERUKNYA sistem bank ini even nak cakap dia Islamic Bank. All the banks are the same. Dia mengamalkan ‘Fractional Reserve System’. Dimana sistem mebuat duit of of nothing!

~Sistem Ar rahnu yang menjerat mangsa ~

- kisah benar mereka yang tercekik skim 30:70-

Kisah 2

guru tadika…gaji rm 450 sebulan… membeli +- 800gram harga RM 203/gram..Dis. 2011. laburkan +- 38K duit peninggalan simpanan tinggalan arwah suami dapat semula setelah jual +-RM3K

Page 44: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Kisah 3

Berniaga satay dan makanan guna lori kecil

sekarang baru 2 minggu buka restoran

kos buka restoran +-RM 30K…menurutnya ketikanya tak ada langsung pelanggan yang datang…

beli 203/g pada Nov 2011 sebanyak +-300g keluar duit RM +-18K.masa tu..barang dah nak kena

lelong…bila jual dapat bersih RM1250…

Banyak lagi kisah tragis yang saya temui…ada yang bergaduh suami isteri..ada yang putus tunang…ada yang terpaksa jual kereta rumah..bergolok bergadai…malah ada yang beritahu saya dah putus harapan meneruskan kehidupan

Kredit to : Hamba Allah yang berkongsi kisah ini

p/s: AR RAHNU BUKAN SATU PERNIAGAAN… janganlah kita menindas dan menzalimi mereka yang teraniaya..wallahualam

Artikel Pilihan #13

Cara Pengiraan Zakat Emas dan Perak

Suburkan harta dengan menunaikan zakat emas dan perak

Berbanggalah dan bersyukur kerana mampu menjadi salah seorang yang menyumbang

kepada zakat,bukan takut dengan simpanan emas dan perak sebab nak elak zakat

Emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat

jika cukup haul dan nisab.

Apakah itu haul ?

- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.

Apakah itu nisab ?

- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

2. Zakat emas yang dipakai.

Page 45: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai

emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat

sebanyak 2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan

telah menyimpannya selama setahun.

Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000

= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib

dikeluarkan zakat ke atasnya.

Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi

wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan

daripada nilai uruf.

Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram

emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di

bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:

= 250 gram – 150 gram (uruf)

= 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)

= 2.5% x (100 gram x RM157.00)

= RM392.00

Page 46: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram. 2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram 3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram 4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000 5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram 6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram 7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram 8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram 9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf 10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram 11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram 12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram 13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000 14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun

2008) (klik)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

Page 47: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-

Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?

Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat

modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula

pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi

beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang

bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan

untuk membayar zakat tersebut?

Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan

duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan

diwarisi daripada nenek?

Page 48: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat

sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika

dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah

saya membayar zakat?

Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang

digadai tidak sempurna milik.

(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)

p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.

- Haul ialah tempoh masa setahun

- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham =

2.975 gram)

Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%

Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999

Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500

Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500

= RM112.50

Page 49: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

**********************************************

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan

Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih,

pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi

dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang

kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan

dahulu.”

At- Taubah; Ayat 34-35.

Rujukan :Web Pusat Zakat dan Jutawanemas.com

Artikel # 14

Apa Lebihnya Silver (Perak) Dari Emas Diadun dari perbincangan emas di group fb “Gold Investor Club”

” Betul ke kenaikan Silver sampi 70% setahun? apa lebih silver dari Gold? Soalan newbies

ttg silver. saya mmg xtahu pasal silver ni tuan “

Apa lebih silver dari gold ?

1) Silver masih fasa I baru nak masuk fasa II dalam investment graph (Orang belum sedar

,takut2 nak beli ,kang beli tak tau nak jual balik kat mana . Itu psycology untuk fasa I. Gold

Page 50: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

pulak dah masuk dan mungkin dah nak akhir fasa II -kedai mamak pun cerita gold , t.v ,paper

dah masuk ,pendek kata semua org dh tau pasal gold

2) Guna gold to silver ratio yg masih lagi 1>55 , lebih baik beli silver dari gold.

3) Industrial demand untuk silver at least 3 x lebih dari semua silver yg di keluarkan dari

lombong .Check berita terbaru President Morales of Bolivia baru je tarik balik permit untuk

melombong kat salah satu pelombong terbesar di Amerika Selatan ,demand gile2 tapi supply

tak ada

4)Silver di gunakan secara meluas dalam industri ,seperti pembuatan cip komputer ,solar

panel chip ,dalam bidang kesihatan (dah ada colloidal silver -minuman silver untuk bunuh

bakteria ,tapi awas jgn terminum lebih ,kang jadi Blue man ,adik sikit pada superman

ja).Pendek kata selagi ada industri , maka ada la kegunaan silver. China dah syorkan rakyat

dia simpan silver (di samping gold) dan dah jadi net importer silver sejak dari 2010 lagi .

Takde di jual nya silver lagi .

- Cara membeli silver yg betul ialah dgn menggunakan kaedah Ounce Cost Averaging (OCA)

yakni menetapkan jumlah gram yg tetap setiap bulan.cthnya 5 oz atau 100g setiap bulan dgn

mengenepikan emosi terhadap turun-naik harga silver di pasaran.Di dalam ‘game’ pelaburan

silver, jumlah gram / oz terkumpul ialah matlamat utama setiap pelabur.

5) Dan yang paling penting ,bila mana anda simpan silver fizikal waima 1 oz pun ,anda telah

mengeluarkan 1 oz fizikal silver dari sistem manipulasi harga silver yang diterajui oleh bank2

besar2 seperti JP Morgan .Jadi secara tidak langsung anda adalah jugak pejuang untuk

menghancurkan tipu daya yahudi ni .Lehman dan Bear Stern dah lingkup kerana main2 dgn

silver pada 2008 dulu ,sekarang mission kita untuk menghancurkan Big 4 ,JPM, BoA ,City

,ngan HSBC

Page 51: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

“Boleh terangkan serba sedikit cmne nak invets in silver ni..saya tak berapa faham…”

- Konsep nya sama sahaja , simpanan sepertimana simpanan emas juga .Beli dulu 1 oz atau

10 gram ,pastu belajar2 .Ilmu penting sebab silver lagi volatile dari gold dan silver tak boleh

gadai tapi silver lagi rock dari gold

- Silver is more for investment.. gold more for saving.. bile cite ttg investment.. konsepnye..

beli pada lowest point.. and jual pd higher point.. of kos kene belajar lebih la… turun naik

pasaran kene alert.. huhu..

- Saya mula2 xberani nk beli silver.antara sbbnya xleh nak pajak,xleh nk jual kat kedai

emas,dsb la..tapi lps baca sikit2 ttg sejarah nilai silver (sepatutnya 1:6 hingga15,tapi skrg ni

cuma 1:55).lps tu lg bila tau yg wang fiat ni akan terkubur masa zaman kita x lama lagi,atau

selewat2nya pd masa generasi slps kita,saya terus mula simpan silver..emas adalah

penyimpan nilai harta.silver adalah matawang masa depan..

- Jika anda jenis yang kurang sabar..jauhkan diri dr terlibat dgn perak..hehe..slps 309 tahun

logam apakah yg digunakan oleh salah seorang pemuda Ashabul Kahfi utk membeli makanan

dan masih diterima?..bukak Qur’an selalu baca surah al-Kahfi..

Artikel # 15

Simpanan emas fizikal Terbaik :Gold bar,dinar atau barang kemas

Ini antara persoalan yang bermain di minda seseorang yang baru "Nak simpan dinar ,gold bar

atau barang kemas ye? Mana yang paling bagus?"

Ramai yang bertanyakan soalan ini apabila ingin memulakan simpanan emas.

Nasihat saya ialah –pelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal anda kerana setiap jenis

mempunyai kelebihannya sendiri.

Dalam entry kali ini,anda boleh baca info tentang jenis emas fizikal in,kelebihan serta

kelemahannya :

Tentang Dinar :

Kelebihan :

#Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah

#Digunakan untuk membayar zakat

#Dijadikan hantaran dan mas kawin

Page 52: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

#Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang

#Simpan untuk pergi haji

#Tabungan/simpanan

Lain-lain :

Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.Berat

standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.Dari segi

harga,syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana

kos pembuatan lebih tinggi.

Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar,jadi simpanlah untuk

tujuan yang telah disebutkan di atas.

Tentang Gold Bar :

Kelebihan

#Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos

pembuatannya tinggi

#Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.

#Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas,dan ingin simpan dalam bentuk

jongkong pula.

#Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain

dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya

#Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-

anak,perkahwinan,simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain.

Lain-lain :

Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh katakan

harga FGJAM ialah RM200g

maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000

Page 53: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas

yang lebih berat

contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g

Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang menawarkan

harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.

Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu

dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!

Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.Dan harga gold bar

jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah

RM20-RM50 berbanding kedai emas.

Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan,jadi

simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.

Tentang Barang Kemas

Kelebihan

# Dijadikan barang perhiasan wanita

#Mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang

memukau.

# Fungsi 4 dalam 1 - Perhiasan,simpanan,pelaburan dan perniagaan

#Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ ar rahnu.

Lain-lain :

Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja,tetapi kaum

lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan,pelaburan dan bisnes.

Dari segi harga,kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih

mahal sehingga 20% dari harga emas mentah,manakala syarikat pengeluar emas

fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah dan tiada upah tukang.

Page 54: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Sesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak

mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila

hendak memajak nanti.

Kesimpulannya,setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya

tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan.Sebagai contoh,saya sendiri membeli

dinar dan gold bar selepas berpuas hati dengan pelbagai koleksi barang kemas untuk

dipakai.Sebelum itu saya mempunyai lebih banyak dinar dan gold bar dari barang

kemas,tetapi saya seimbangkan semula.Kini saya simpan dinar dan gold bar untuk matlamat

jangka masa panjang yang ingin dicapai.

Artikel #16

Tip Emas 1 :Kurangkan kos tunai haji dengan Dinar

Simpan dinar emas untuk kurangkan belanja menunaikan haji

Pada tahun 2007 anda perlukan 26 keping dinar (bernilai RM9000) untuk pergi haji.

Tetapi pada tahun 2012 dengan 26 keping dinar tersebut (bernilai RM20,202) anda boleh

bawa pasangan anda bersama kerana kos haji 2012 hanya 13 keping dinar sahaja (bernilai

rm10,101)!!

Dulu beli dinar 26 kpg RM9000 kini dah jadi rm20202.

Masih mahu simpan duit kertas?

Anda fikir-fikirkanlah.

Duit anda ,pilihan anda

Page 55: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca
Page 56: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Artikel # 17 Tip Emas 2 : Jadi pelajar celik emas uruskan hutang PTPTN dengan bijak

KHAS UNTUK PELAJAR IPT

Hutang PTPTN 4 tahun RM64,000

Tahun pertama Semester 1 & 2 dapat PTPTN RM8,000 x 2 = RM16,000

Kos 1 semester RM3700 x 2 = RM7400

Baki duit RM8,600

Boleh beli 45.26g emas 999 (anggaran harga purata RM190/g)

Tahun kedua Semester 3 & 4 dapat PTPTN RM8,000 x 2 = RM16,000

Kos 1 semester RM3700 x 2 = RM7400

Baki duit RM8,600

Boleh beli 37.39g emas 999(anggaran harga purata RM230/g)

Tahun ketiga Semester 5 & 6 dapat PTPTN RM8,000 x 2 = RM16,000

Kos 1 semester RM3700 x 2 = RM7400

Baki duit RM8,600

Boleh beli 30.71g emas 999(anggaran harga purata RM280/g)

Tahun ke empat Semester 7 & 8 dapat PTPTN RM8,000 x 2 = RM16,000

Kos 1 semester RM3700 x 2 = RM7400

Baki duit RM8,600

Boleh beli 25.29g emas 999(anggaran harga purata RM340/g)

Page 57: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Nilai emas anda 4 tahun 138.65g x rm340 = 47,141

Jika simpan duit RM8600 x 4 = RM34400 + 2752 dividen 4 tahun = 37,152

Beza hampir RM10,000

Anngaran nilai emas anda jika simpan emas untuk 3 tahun lagi 138.65g x RM500 =

RM69,325

Abang & kakak di IPT fikir boleh fikir sendiri hendak simpan duit kertas atau simpan emas

atau beli gajet yang canggih manggih

Jika mahu simpan emas pastikan membeli hanya emas yang terbaik dari syarikat GCP yang

diyakini dan dipercayai sejak 2009

Page 58: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Artikel #18

Tahukah anda apa yg anda boleh dapat dengan 1 gram emas?

Harga purata untuk 1 gram emas pada Mac 2013 ialah RM200/gram

Tahukah anda apa yang anda dapat dengan 1 gram emas ini?

Berikut adalah di antaranya

1) Penginapan di hotel standard untuk 1 malam

2) Stok susu anak untuk sebulan

3) Sepasang tayar kereta Dunlop baru

4) 15 kampit beras 5kg

5) Sehelai tudung jenama X

6) 3 kali tambang pegi balik KL-JB

7) 4 kali topup RM 50

8) 14 kali ulang alik masuk tengok wayang

9) 14 jam melalak kat KTV

Akan datang, harganya akan lebih berganda-ganda dari harga sekarang .Jadi sebelum jadi terlalu

mahal, mari mula mengumpul dari sekarang.

Tapi ingat,simpan emas bukanlah sebab nak harap harganya naik sahaja,tetapi untuk simpanan

jangka masa panjang bagi mengelakkan dari dimamah inflasi.

Artikel # 19

Jangkaan harga emas RM350/gram pada tahun 2015

Berikut ialah artikel admin @Jutawangold yang tersiar di akhbar Sinar Harian bulan

lepas.Selamat membaca

Ramai yang terkeliru di antara simpanan dan pelaburan emas.Kelihatan seperti sama,tetapi

ada bezanya.Jika ingin yang PALING HEBAT maka pilihlah simpanan emas,kerana dengan

simpanan emas,anda mampu membuat pelaburan dalam masa yang sama.Namun seandainya

anda menganggap emas sebagai pelaburan semata-mata,anda mungkin boleh kecewa kerana

harga emas tidak naik ketika ingin menjualnya.

Bagi seorang penyimpan emas,membeli emas adalah untuk tujuan perlindungan kepada

simpanan wang kertas yang langsung tidak relevan dijadikan simpanan.

Ini kerana sifat wang kertas yang lemah,dimamah inflasi dan hanya bertindak sebagai alat

untuk jual beli sahaja,bukan untuk disimpan.Jika anda inginkan simpanan yang hebat dan

unggul,maka simpanan emaslah jawapannya.

Tahukah anda?

Page 59: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Semua orang menyimpan wang,tapi sedarkah ke mana wang itu pergi sedikit demi sedikit-

dicuri dengan cara terhormat

Semua orang perlukan simpanan,tapi simpanan yang bagaimana ?

Berbaloikah simpan wang kertas sahaja ?

Semua orang perlu perlindungan kewangan,tapi bagaimana jika wang itu sebenarnya

semakin tidak bernilai,hari demi hari?

Semua orang yang menyimpan wang tidak sedar wang mereka dirompak,jadi apa solusinya?

Apakah perbandingan SIMPANAN WANG KERTAS dengan SIMPANAN EMAS ?

Lihat sendiri KELEBIHAN EMAS yang diakui oleh ramai pakar

1. Emas adalah wang yang sebenar – wang kertas pula dicipta oleh pihak berkepentingan

2. Emas tidak tidak susut nilai – wang kertas semakin tidak berharga

3. Emas kalis inflasi – wang kertas perlu ditambah dari semasa ke semasa untuk dapatkan

barang yang sama

4. Emas mempunyai nilai intrinsik- wang kertas hanyalah sekeping kertas yg diperakui

nilainya

5. Emas diiktiraf sepanjang zaman,di mana-mana – wang kertas berbeza nilainya ikut negara

dan peredaran zaman

6. Emas mempunyai pelbagai fungsi – wang kertas hanya berfungsi sebagai matawang

7. Emas sebagai wang mempunyai nilai – wang kertas hanyalah wang fiat

8. Emas simpanan yang terbaik – wang kertas simpanan yang merugikan penyimpannya

9. Emas boleh dijadikan pelaburan – wang kertas hanya sesuai sebagai medium pertukaran

(jual beli)

10. Emas tidak boleh dicipta – wang kertas boleh dicetak sesuka hati

11. Emas tidak boleh dimanipulasi –wang kertas boleh dimanipulasi

12. Ada beza antara emas sebenar dan emas tiruan – tiada beza antara wang kertas dan wang

palsu (kos cetakan sama)

13. Emas banyak disebut dlm al Quran – tiada satu pun tentang wang kertas dlm al Quran

14. Emas umpama magnet menarik kekayaan penyimpannya – wang kertas ibarat kapal yang

bocor,bila-bila masa boleh tenggelam.

Page 60: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Fakta :Harga emas tidak naik sebenarnya,wang kertas yang semakin susut nilai menyebabkan

harga emas naik – nilainya sama sahaja.

Dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing,sekarang pun sama 1 dirham boleh beli seekor

ayam,sekarang pun sama.

Ramai penganalis menjangkakan harga emas akan naik pada tahun 2013 bermula dari

jangkaan serendah 1,815usd/oz oleh London Market hinggalah ke jangkaan paling tinggi

tahun 2013-2014 oleh Investment Bank Morgan Stanley,2400usd/oz.

Harga emas sekitar tahun 1990-an ialah RM38/gram.Kini harga emas mencecah

sehingga RM190/gram.Jika anda mempunyai gelang seberat 100g yang dibeli pada

tahun 1990-an dengan harga RM3800,kini harganya ialah :

100g x RM190 =RM19000 !!!

Apa pun,simpan emas bukan kerana harganya makin naik,tapi simpanlah atas sebab untuk

melindungi kewangan anda .Dengan cara ini anda akan lebih untung kerana simpanan

tersebut juga merangkap pelaburan.

Sedarkah anda?

Semakin lama,kita memerlukan wang yang LEBIH BANYAK untuk membeli barang yang

sama.

Wang yang sama beberapa tahun dahulu kini semakin SUSUT NILAI!

Kuantiti barang yang anda boleh dapatkan semakin SEDIKIT !!!

KUASA MEMBELI SEMAKIN MENURUN JIKA ANDA MENGGUNAKAN WANG

KERTAS!

Page 61: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Namun kita masih memerlukan wang kertas ,jadi bagaimana?

Ya,benar tetapi untuk jual beli sahaja.Jadi,untuk tujuan menyimpan,maka simpanlah

emas.Simpan emas haruslah gunakan wang yang anda TIDAK MAHU gunakannya dalam

masa terdekat,jangan guna duit susu anak untuk beli emas.!!!

Belilah dengan wang simpanan anda yang dah sedia ada di bank,atau dengan wang yang

sebelum ini anda peruntukkan untuk menyimpan di bank dan menabunglah emas setiap

bulan.

Artikel Pilihan #20

Artikel terakhir yang saya pilih ini adalah info basic tentang emas yang anda boleh

kongsikan kepada orang yang terdekat dengan anda,saudara mara,rakan-rakan dan

sesiapa sahaja

Adakah Simpanan Emas & Silver Dapat Menjamin Kewangan Anda?

Pengenalan

Sejarah penggunaan emas dalam kehidupan memang lama-hampir seusia dengan sejarah manusia sendiri

Page 62: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Selepas kejatuhan ekonomi,baru ramai yang sedar di sebalik kejatuhan yang tidak diduga rupa-rupanya ada benda yang tidak tergugat iaitu emas

Negara yang mempunyai rizab emas yang banyak,ekonominya dapat diselamatkan dengan lebih pantas

Mengapa Emas mahal?

Biasanya sesuatu barang menjadi mahal kerana 2 sebab utama,iaitu sama ada kerana ianya sedikit ataupun kerana ianya mempunyai banyak kelebihan. Emas memiliki kedua-dua ciri ini.

Permintaan melebihi penawaran Suasana politik,bencana alam,kenaikan harga komoditi terutamanya minyak-mampu

member kesan kepada harga emas

Faktor utama ialah kenaikan kadar inflasi.Inflasi secara mudah membawa maksud penyusutan nilai wang.Kesan inflasi dapat diperhatikan pada kenaikan harga barang.Kesan inflasi menyebabkan wang fiat yang disimpan semakin menurun nilainya.

Apa itu Wang fiat?

Wang digunakan sebagai medium pertukaran. Wang kertas yang kita gunakan dalam urusan jual beli seharian dikenali sebagai wang fiat.Wang fiat bermakna wang yang hanya mempunyai nilai muka,tetapi tidak ada nilai intrinsik.Nilai intrinsik bermaksud nilai sebenar sesuatu benda.Nilai muka pula bermaksdu nilai yang tertera pada wang kertas itu.

Pada hakikatnya kertas wang itu sendiri tidak mempunyai apa-apa nilai.mungkin hanya lebih kurang satu sen sahaja. Wang fiat dicipta oleh pihak bank melalui system Fractional reserved banking.Ia dihasilkan tanpa disandarkan pada sebarang aset berharga. Tambatlah nilai menggunakan emas kerana nilainya tidak jatuh.

Apakah Keistimewaan Emas?

1. Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik. Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya

2. Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga 3. Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa. 4. Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya 5. Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi 6. Mudah untuk menukarkan kepada duit 7. Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya.

“Emas tidak boleh membuatkan anda kaya dengan serta merta tetapi ia boleh mengelakkan anda dari terus miskin”

Sebab Apa Perlu Menyimpan Emas?

1.Nilai wang semakin jatuh

Page 63: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Wang mengalami susut nilai..amat rugi simpan wang kertas..ditambah inflasi..semakin lama semakin byk wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg..(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak..inilah cth paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)

2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang

Pelaburan yang amat selamat..tk buat apa-apa pun hrganya naik..simpan di ASB hnya dpt 8% dividen..tolak inflasi..tidak ada apa yg tinggal..kenaikan hrga emas 20%-36% setahun..

3.Emas adalah aset yg mudah cair

Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampu tebus sekaligus-harta tak luak,duit dapat

4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi

Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.

5.Pelindung kekayaan

Emas bernilai utk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yg baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.

6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan

Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.

Keistimewaan perak ( silver)

1. Bekalan global perak hanya boleh didapati 30 ribu juta di mana 1/5 daripada bekalan emas dunia

2. Permintaan industri dan permintaan utk pelaburan menyebabkan bekalan berkurangan 3. Harganya meningkat lebih pantas dari logam berharga yang lain 4. Perak meningkat 280% dlm msa 8 tahun 5. Pulangan pelaburan yang tinggi 6. Risiko yg minimum kerana perak adalah aset yg berharga dan tidak akan menjadi

sesuatu yg tdk bernilai 7. Berharga untuk selama-lamanya 8. Pelindung kekayaan

Page 64: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

9. Kalis inflasi

Kenapa kita perlu membeli emas atau perak?

1. Emas dan perak mempunyai nilai intrinsik.

Emas dan perak tidak seperti duit kertas yang hanya mempunyai nilai disebabkan keyakinan anda sahaja. Tahukan anda berapa kos mencetak duit kertas RM50 dll? 30 sen? 20sen?

Bank-bank pusat senantiasa menganggap emas sebagai duit tetapi masih ramai pelabur masakini menganggap emas hanyalah komoditi biasa. Pada akhir tahun 2009, emas sekali lagi menjadi matawang setelah bank-bank pusat dunia termasuk bank pusat China, India dan Russia menjadi pembeli emas setelah hampir 20 tahun. Dan dipercayai bahawa bank-bank pusat tersebut sedang bersiap sedia untuk mengembalikan sistem matawang yang bersandarkan emas (Gold standard).

2. Harga emas dan perak masih murah.

Sekiranya harga emas dan perak dikira berdasarkan keadaan inflasi sekarang harga emas berada pada paras USD2300 – 5000 dan harga perak pula pada paras USD150-300. Boleh dikatakan hanya 1.5% daripada jumlah aset seluruh dunia disimpan dalam bentuk emas. Dengan hanya 1.5% daripada jumlah aset harga emas sudah pun USD1474,bayangkan sekiranya jumlah tersebut meningkat ke 10% atau 20%?

3. Emas dan perak tidak boleh dicetak sebagaimana matawang kertas.

Yang peliknya apabila matawang dicetak tanpa kebenaran kerajaan ianya dikira wang palsu, akan tetapi apabila ia dicetak dengan kebenaran kerajaan ia adalah duit yang sah sekalipun kualiti kedua-duanya hampir sama.

4. Index USD dan kuasa membeli dollar semakin jatuh.

Gambarajah di atas menunjukkan semakin rendah index dollar semakin tinggi harga emas.

5. Dapat menyelamatkan kewangan daripada kesan inflasi.

Kuasa membeli dollar Amerika menurun dari USD1 kepada USD0.02. Ini bermakna kuasa membeli dollar sudah hilang lebih daripada 96%.

Kaitan dollar Amerika dengan matawang ringgit.

Banyak yang tidak mengetahui kaitan antara dollar dengan RM. Perkaitannya amat mudah sekali kerana matawang ringgit merupakan matawang yang dipanggil basket currency yang mana RM di back up dengan USD, Euro, renmimbi dll. Sekiranya dollar jatuh, secara tidak langsung nilai matawang ringgit juga akan jatuh.

Page 65: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Pernahkah anda melihat atau mendengar tentang Amero?

Sudah tentu tidak bukan. Amero merupakan matawang kesatuan amerika utara yang terdiri daripada US, Canada dan Mexico. Tujuan matawang tersebut ialah untuk memudahkan urusan ekonomi antara ketiga-tiga negara. Buat masa sekarang Amerika mungkin tidak menunjukkan minat kepada matawang tersebut akan tetapi apabila index dollar jatuh menjunam sudah pastinya amerika akan menggunakan matawang Amero.

Matawang Amero ini dicetak oleh Federal Reserve dan percetakannya adalah dikatakan berpunca daripada penyingkiran USD sebagai matawang simpanan dan urusan jual beli antarabangsa yang mana akan menjadi lebih teruk tidak lama lagi disebabkan oleh percetakan dollar tanpa di back up dengan emas.

Persoalan yang timbul sekarang ialah bilakah kita akan melihat Amero sebagai matawang rasmi Amerika dan Amerika Utara? Tahun ini 2012, ataupun tahun hadapan??!

Kenapa harga emas akan terus meningkat?

a) Polisi kewangan US yang membawa kepada inflasi, polisi fiskal US yang tidak rasional, hutang US yang tinggi dan kejatuhan nilai dolar kesemuanya menyumbang kepada meningkatnya inflasi di US. Meningkatnya inflasi membawa kepada meningkatnya harga emas.

Hutang terkini US ialah USD14.311 trillion dan siling hutang US ialah USD14.294 trillion. Ini bermakna hutang kerajaan US sudah pun melebihi had yang dibenarkan. US sebenarnya sudah bankrap!!!!. Tapi kenapa US belum lagi diisytiharkan bankrap?!! Ini kerana, jumlah yang dikira layak untuk diisytiharkan bankrap ialah jumlah hutang sebenar ( public debt ) sehingga hari ini berjumlah USD 14.24 trillion.

Menurut Geithner, Setiausaha Kewangan US, US mempunyai beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengelakkan negara itu daripada bankrap sehingga 8 Julai 2011. Sekiranya langkah-langkah tersebut gagal, US akan menggunakan senjatanya yang terakhir iaitu dengan meningkatkan lagi siling hutang.Ini secara tidak langsung akan menyebabkan harga emas dan perak melonjak tinggi.

Gambarajah di atas menunjukkan hutang US dari tahun 1939 sehingga tahun 2015. Peningkatan hutang adalah secara parabolik.Tidak hairanlah sekiranya harga emas dan perak juga akan meningkat secara parabolik.

b) Tidak ada jalan penyelesaian yang mudah atau cepat di dalam krisis ekonomi negara-negara Eropah.

c) Minat orang di negara China terhadap perhiasan dan pelaburan emas semakin meningkat dan keadaan ini akan berterusan dengan berkembangnya ekonomi, peningkatan kadar pendapatan individu, kebimbangan terhadap inflasi dan juga polisi kerajaan China yang menggalakkan rakyatnya membeli emas.

Page 66: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

d) Meningkatnya keperluan emas jangkamasa panjang di India dan China.

e) Meningkatnya minat bank-bank pusat dunia terhadap emas sebagai simpanan berbanding dollar US.

f) Pengeluaran emas dari lombong yang sedikit ataupun statik untuk jangkamasa 5 tahun mendatang. Negara-negara pengeluar emas seperti China dan Russia menyerap lebih banyak hasil pengeluaran emas mereka berbanding tahun sebelumnya untuk memenuhi keperluan dalam negara.

g) Harga emas dan perak masih rendah berbanding dengan harga sebenar berdasarkan inflasi. Sebagaimana yang diterangkan di atas harga emas USD2300 paling rendah dan perak USD150. Oleh itu, harga kedua-dua komoditi tersebut masih mempunyai potensi untuk naik sehingga harga tersebut. Sekiranya US mencetak sekali lagi duit dollar pada tahun ini, nescaya harga emas dan perak berdasarkan inflasi akan meningkat lagi. Jumlah peratusan keuntungan masih jauh. Berbanding dahulu hutang negara US hanyalah lebih kurang 1.5 trillion dan kuasa membeli dollar US adalah 10 kali ganda lebih besar daripada sekarang. Jadi emas dan perak masih mempunyai potensi yang cukup besar untuk sampai ke kemuncak harga yang lebih tinggi.

Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menyimpan di dalam emas

dan perak ialah :

1. Margin yang rendah. 2. Jual dan beli semula. 3. Kualiti komoditi. Preferably 999.9 4. Syarikat yang besar dan kukuh. 5. Mudah didapati. 6. Khidmat menyimpan.

Terdapat pelbagai syarikat atau institusi yang menawarkan pelaburan

emas dan perak ini. Antara institusi-institusi tersebut ialah:

1. Bank Negara Malaysia – Kijang Emas 2. Maybank Bhd – Kijang Emas 3. Public Gold Marketing Sdn Bhd – Public Gold bar, Public Dinar, Public Jewellery, i-series 4. Gold Crest Pavillion (GCP) – Gold bar,Brg Kemas 999,Dinar 999 5. Kelantan Gold Trade Sdn Bhd – Dinar Kelantan (KGT) 6. UOB Bank – Canadian Gold Maple Leaf, Swiss Kinebar etc 7. Kuwait Finance House - Gold Accout – i 8. Habib Jewel – Pamp Suisse Gold Bar 9. Poh Kong – Bunga Raya Gold Bar 10. GSR – emas dan silver coin/bar 11. Tomei – gold bar klcc 12. Alliance gold – alliance gold bar 13. Sinar Gold – barang kemas 14. Amsyik Gold – dinar,brg kemas,dirham 15. Sri Ayu – dinar,bar,barang kemas

Page 67: 20 Artikel Emas Terbaik Yang Mesti Anda Baca

Jenis –jenis emas

1. Barang kemas 2. Bar 3. Syiling emas 4. dinar 5. Nugget emas

Gred emas

24k – 999 23k-950 22k – 916 18k-750 14k -583 10k -417 9k -375

Harga barang kemas di Malaysia boleh disemak di web : FGJAM (susut nilai =25%).

Perancangan Sebelum Menyimpan

1. Membuat Analisis dasar dan teknikali - Analisis dasar (analisis fundamental) dan Analisis Teknikal, analisis Penawaran dan permintaan, trend pergerakan harga, pengaruh ekonomi dan pasaran,trend pasaran emas,pegangan emas oleh sesebuah Negara,bank2 pusat dan sebagainya,boleh rujuk World Gold Council (WGC) mengenai trend yang disebut yang dikeluarkan oleh WGC dalam laporan bertajuk Gold Investment Digest – www.gold.org, Harga pasaran semasa dan sejarahnya Boleh rujuk di www.kitco.com, Senario Global dan Keadaan ekonomi dan kewangan

2. Menetapkan Matlamat 3. Membuat perancangan simpanan emas yang munasabah 4. Menyediakan rekod catatan 5. Menyusun strategi 6. Berdisiplin

Empat Jenis Pembeli :

1. Membeli semasa harga emas tinggi 2. Membeli semasa harga emas rendah 3. Membeli kerana orang lain beli 4. Membeli kerana ada ilmu tentang emas

Misi kami di Jutawangold.com

1. Menyampaikan info tentang emas agar masyarakat sedar kepentingan menyimpannya 2. Mengikis kekaratan fikiran bahawa menyimpan wang kertas lebih baik,sebaliknya kami

ingin masyarakat celik emas 3. Memperkenalkan dinar dan dirham 4. Seterusnya melaksanakan penggunaan dinar dan dirham untuk muamalat (jual beli)