Upload
others
View
4
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
2006 KAJIAN REKA BENTUK KENDERAAN UNTUK JABATAN BOMBADAN PENYELAMAT MEMADAMKAN
KEBAKARAN HUTAN JENIS SEKUNDER
Jim Dylon Walter
m Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 9362
.161 (Teknologi Senireka) 2006 2006
I ,.... ~usat Khidmat Matuumat AKaQemll~
UNIVERSlTI MALAYSIA SARAWA¥ P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK 041()() Kma Sa ara}lao
UNIMAS
1111111111111111" 1111111 1000191067
2006
KAJIAN REKA BENTUK KENDERAAN UNTUK JABATAN BOMBA DAN
PENYELAMA T MEMADAMKAN KEBAKARAN HUTAN JENIS SEKUNDER
JIM DYLON WALTER
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
(Senireka Perindusrian)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2006
I
UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN
JUDUL: KAJIAN REKA BENTUK KENDERAAN UNTUK JABAT AN
BOMBA DAN PENYELAMAT MEMADAMKAN KEBAKARAN HUTAN JENIS
SEKUNDER.
SESI PENGAJIAN : 2003/2006
Saya JIM DYLON WALTER.
Mengaku membenarkan tesis/Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. TesislLaporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian ting9L-,
5. *sila tandakan U
D SULIT (mengandungi maklumat yang berdrujah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) D TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan dimana di mana penyelidikan dijalankan)
D TIDAK TERHAD
Disahkan
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh: Tarikh:
Alamat Tetap: Peti surat 2510, 90728, Sandakan, Sabah.
Catatan: *TesislLaporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda *Jika TesisILaporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
I
Projek bertajuk. " Kajian Reka Bentuk Kenderaan Untuk Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Memadamkan Kebakaran Rutan Jenis Sekunder" telah disediakan oleh Jim Dylon
Walter dan telah disediakan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi
syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian(Seni Reka
Perindustrian).
Diterima untuk diperiksa oleh:
(En.Musdib. Rj. Shanat)
Penyelia
Tarikh: ______________________
PENGHARGAAN
Syukur kepada tuhan saya ucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk
menyiapkan Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir Seni Reka Perindustrian dengan
jayanya. Projek Penyelidikan Seni Reka Perindustrian saya yang bertajuk 'Kajian Reka
Bentuk Kenderaan Untuk Jabatan Bomba Dan Penyelamat Memadamkan Kebakaran
Hutan Jenis sekunder' ini merupakan sebahagian daripada syarat yang ditetapkan oleh
pihak Universiti untuk bergraduat dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda(kepujian).
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah terutamanya
kepada pensyarah Seni Reka Perindustrian iaitu Dr. Hj Khairul Aidil Azlin b. Abdul
Rahman, En. Musdi b. Hj. Shanat, dan En. Firdaus yang telah banyak memberi tunjuk
ajar dan mencurahkan segala ilmu kepada saya untuk menyiapkan penyelidikan dan
projek tahun akhir ini. Disamping itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya yang telah mendorong dan
memberi semangat kuat kepada saya untuk menghadapi apa jua masalah atau tekanan
yang timbul semasa menyiapkan projek tahun akhir jni.
Sayajuga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
sepeJjuangan saya mahupun sesiapa sahaja yang telah membantu dalam penghasilan idea,
pengumpulan maklumat yang saya perlukan dan dalam pembuatan model.
,"
!
ABSTRAK
Kebakaran hutan boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira masa dan
waktu. Fire Amor Transport(F AT) ini direka khas untuk diguna pakai dalam operasi
pemadaman kebakaran hutan disamping itu membawa segal a kelengkapan peralatan
pemadaman kebakaran yang boleh digunakan pada bila-bila masa.
ABSTRACT
Forest fire can occur at anytime and anywhere without warning. Therefore the
Fire Amor Transport (FAT) is especially designed to cope and handle the operation
extinguishing forest fire, beside that it is also equipped with the newest and advance
technology fire extinguishing tools that can be use at anytime and any fire situation.
11
1
I'
I
,·u . t Kllidm Il M' lUun t kaaennl' UNIVERsm MALAYSJ. SARAWAY
a :lOfl . ( 1.3 • :ih; ,
lSI KANDUNGAN
Penghar gaan
Abstrak ii
BAB 1 Pengenalan Projek Penyelidikan Halaman
1.1 Penganalan 1
1.2 Objektif Penyelidikan 2
1.3 Penyataan Permasalahan 4
1.4 Metodologi 6
1.5 Hipothesis 7
BAB 2 Sejarah dan Latar Belakang Jabatan Bomba dan Penyelamat
2.1 Maksud Bomba 10
2.2 Sejarah Ringkas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Negeri Sarawak 10
BAB 3 Penganalisaan Data
3.1 Dapatan Kajian 14
3.2 Analisa Data 15
3.3 Latar Belakang Responden 15
3.4 Jenis Kebakaran Rutan 17
5 Jenis Ralangan Laluan 18
iii
3.6 Reka Bentuk Kenderaan 19
3.7 Jenis Kenderaan 20
3.8 Peratusan Jenis Halangan 21
3.9 Assesori 22
3.10 Aplikasi 23
3.11 Jenis Penggunaan Tayar 24
3.12 Kesimpulan 24
BAB 4 Cadangan reka Bentuk
4.1 Proses Perkembangan Idea 25
4.2 Penerangan Rekabentuk 29
BAB 5 Kesimpulan 31
Bibliografi 32
Lampiran
IV
BABl
PENGENALAN PROJEK PENYELIDIKAN
l.lPENGENALAN
Kebakaran hutan boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira masa dan
waktu. Jika kebakaran hutan ini tidak dibendung dari awal, ia boleh menyebabkan
kemusnahan harta benda yang dahsyat dan menyebabkan kerugian hingga berjuta-juta
ringgit.
Jika berlakunya kebakaran hutan, pihak bomba dan penyelamat yang akan
bertungku lumus memadamkan kebakaran hutan sambil dibantu oleh beberapa agensi
lain seperti Jabatan pertahanan awan(JPA3), Jabatan Perhutanan dan Tentera Udara
Diraja Malaysia(TUDM). Tanggungjawab yang dipikul oleh agensi-agensi yang terlibat
untuk memadamkan kebakaran hutan ini bukanlah mudah. Tugas-tugas seperti ini boleh
mengundang kemalanganjiwa.
Tetapi malangnya, setiap kali agensi-agensi yang terlibat ini menjalankan tugasan
mereka untuk memadamkan kebakaran hutan sering kali menghadapi beberapa masalah
teknikallain sebelum dapat memadam api kebakaran di hutan.
Di dalam kajian ini, penyelidik ingin cuba untuk mengungkap masalah-masalah
yang dihadapi oleh agensi-agensi ini ketika menjalankan operasi pemadaman kebakaran
1
...
,
I
hutan dan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Penyelidik hanya menjalankan
kajian untuk kebakaran hutanjenis sekunder sahaja.
1.2 OBJEKTIF PENYELIDlKAN
Di dalam penyelidikan ini, Objektif utama penyelidikan ini dilakukan ialah;
• mengenalpasti ciri-ciri kenderaan yang dapat membantu pihak Bomba dan
Penyelamat di dalam operasi pemadaman kebakaran jenis hutan sekunder
• mengurangkan kadar penggunaan tenaga fizikal yang berlebihan oleh
pihak yang terlibat
• mengurangkan risiko kecederaan
Sehingga masa kini, penyelidik mendapati bahawa negara kita masih belum lagi
mempunyai sebuah kenderaan khas untuk di guna pakai ketika memadamkan kebakaran
hutanjenis sekunder. Ahli bomba dan penyelamat serta badan-badan kerajaan mahupun
swasta yang terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran hutan jenis sekunder ini masih
lagi menggunakan kaedah lama seperti menggunakan tenaga fizikal untuk membuat
sempadan kawasan kebakaran supaya api tidak merebak ke kawasan yang lebih luas atau
dengan menggunakan pancutan air menggunakan pam air.
Dalam penyelidikan yang dilakukanjuga, Penyelidikjuga ingin membantu
mengurangkan kadar penggunaan tenaga fizikal yang berlebihan yang dialami oleh
pihak-pihak yang terlibat di dalam operasi sedemikian. Ini kerana pihak-pihak yang
erbabit seperti pihak Bomba dan penyelamat serta badan-badan yang terlibat terpaksa
2
berjalan kaki untuk menghampiri kawasan kebakaran sambil membawa peralatan kerana
tidak mempunyai kenderaan yang sesuai untuk merempuh rintangan dan laluan hutan
sambil membawa peralatan pemadaman serta peralatan berkaitan. Menurut seorang
pegawai kanan Bomba yang telah ditemuramah iaitu En.Leong, berat peralatan yang
boleh diangkut oleh seorang ketika melibatkan diri dalam operasi pemadaman boleh
mencecah sebingga hampir 20 kg atau lebih. Kadangkala operasi pemadaman ini juga
boleh terbantut disebabkan kekurangan peralatan atau terpaksa mengambil masa yang
agak panjang untuk memadamkan kebakaran hutanjenis sekunder ini.
Penyelidikjuga mendapati ahli-ahli bomba mahupun pihak-pihak yang terlibat
mudah mendapat kecederaan ketika menyertai kerja-kerja pemadaman kebakaran kerana
kawasan hutan tersebut penuh dengan kawasan semak serta di diami oleh banyak
serengga berbisa serta binatang buas dan berbisa. Kewujudan kenderaan yang diguna
pakai ini dapat mengurangkan risiko kecederaan ketika menuju ke kawasan kebakaran
ataupun sedang melakukan kerj a-keIj a pemadaman kebakaran.
3
1.3 PENYATAAN MASALAH
Hutan merupakan salah satu khazanah alarn semula jadi yang sangat berharga
kepada sesebuah. negara. Hutan jenis sekunder ialah hutan yang telah diterokai atau bekas
oleh orang-orang tertentu sarna ada tujuan untuk aktiviti pembalakan, pertanian atau
penempatan. Pihak bomba dan penyelamat sering kali sahaja menghadapi masalah untuk
memadamkan api kebakaran hutan sekunder kerana kekurangan peralatan pemadarnan
dan kesukaran untuk mengharnpiri kawasan kebakaran kerana laluan tidak mengizinkan.
Laluan seperti semak samun, kawasan berbukit dan kawasan paya adalah jenis laluan
yang sukar untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan pacuan empat roda biasa.
Pihak Bomba dan penyelarnat mahupun pihak-pihak yang terlibat di dalarn
operasi ini sering kali juga menghadapi kesukaran mendapatkan punca air danjika
terdapat sungai atau denai tekanan air adalah rendah. Bagi mengatasi masalah ini, Pihak
pihak yang terlibat akan menggunakan inisiatif lain untuk memadamkan kebakaran sarna
ada melakukan proses pemadarnan melalui udara ataupun darat.
Berikut merupakan permasalahan yang dipetik daripada akhbar Utusan bertarikh
24 Feb 2005 mengatakan Pasukan Bomba dan Penyelarnat juga menghadapi kesukaran
untuk menjalankan ketja-ketja memadarn ekoran kekurangan peralatan selain kesukaran
menghampiri kawasan kebakaran. Manakala akhbar 'TheStar', 25 Feb 2005 mengatakan
" The main problem faced by the Fire and Rescue Department was access to the forest
area. Helicopters were used to transport firemen to the affected area, "
4
1
Kesukaran melakukan operasi pemadaman kebakaran hutan juga dipengaruhi oleh
keadaan tanah seperti tanah gambut yang melambatkan proses pemadaman kebakaran
kerana tanah jenis ini boleh menyerap api jauh ke dalam tanah dan kebakaran boleh
berlaku di dalam tanah. Bara api juga boleh marak jika tekanan haba di dalam tanah
gambut ini terlalu tinggi.
Hutan tebal juga boleh melaratkan lagi kebakaran yang berlaku dengan tiupan
angin.
1.4 Metodologi
Dalam Metodologi ini, penyelidik ingin membincangkan tentang kaedah atau
metodologi yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis maklumat.
Penyelidik menggunakan dua kaedah untuk mengumpul dan menganalisa maklumat
yang sedang di selidik bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan dikehendaki.
Untuk mengumpul dan menganalisa maklumat ini, penyelidik menggunakan kaedah
data primer dan data sekunder.
5
1.4.1 Primer
Data primer ini diperolehi secara langsung melalui pengalaman, pemerhatian,
temu ramah dan pengedaran borang soal selidik.
Di dalam penyelidikan ini, penyelidik hanya menggunakan kaedah menemu
ramah dan pengedaran borang soal selidik kepada responden. Responden penyelidik
didalam kajian ini adalah pegawai tinggijabatan Bomba dan Penyelamat bersama
sarna ahli anggota Bomba yang lain, pegawai dan ahli-ahli Jabatan Pertahanan
Awam(JPA3) dan Jabatan perhutanan.
Temu ramah dan pengedaran borang soal selidik ini( sila rujuk lampiran 1) hanya
diberi keutamaan kepada pegawai-pegawai kanan mahupun ahli-ahli jabatan yang
mempunyai pengalaman menyertai operasi pemadaman kebakaran hutan. Keutamaan
akan diberikan kepada ini diberikan kerana pegawai dan ahli-ahli bomba ini
mempunyai pengalaman lebih dan mengetahui ten tang selok belok dan keadaan
ketika berada dalam ataupun menyertai operasi pemadaman kebakaran tersebut.
Penyelidikjuga turut menyediakan 100 borang soal selidik dan diedarkan kepada
ahli-ahli Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awan (JPA 3) sertajabatan
perilUtanan
Di dalam borang selidik yang akan dikemukakan kemudian mengandungi
beberapa bahagian. Pada bahagian pertama dalam borang soal selidik tersebut,
penyelidik akan menyoal soalan tentang latar belakang responden seperti umur,
jantina, pengalaman berkeIja dan bilangan menyertai operasi pemadaman kebakaran
hutan.
6
Pada bahagian kedua borang soal selidik, penyelidik akan mengemukakan soalan
tentang maklumat perkhidamatan selama bekerja sebagai pegawai mahupun ahli
Bomba dan Penyelamat.
Bahagian ketiga pula, penyelidik mengemukakan soalan tentang Tahap Penilaian
terhadap sebuah kenderaan Bomba dan Penyelamat yang sedia ada.
Bahagian keempat pula, soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan
spesifikasidan Ciri-ciri yang patut wujud dalam sebuah kenderaan yang digunakan
untuk membantu pihak Bomba dan Penyelamat.
Bahagian terakhir pula soalan yang dikemukakan adalah tentang pendapat dan
pandangan responden tentang kewujudan kenderaan yang akan di reka ini.
1.4.2 nata sekunder
Data jenis sekunder ini diperolehi secara tidak langsung dimana biasanya
diperolehi dari sumber bacaan dan fakta atau dengan merujuk kepada kajian-kajian
yang lepas.
7
Didalam penyelidikan ini, penyelidik memperolehi data dengan membuat rujukan
didalam Internet, jumal, surat akhbar dan majalah-majalah. Antara bahan rujukan
adalah seperti:
a) Buku
b) Surat khabar
c) Jumal
1.5 Hipothesis
Penyelidik mengandaikan tiada pengangkutan yang khusus digunakan untuk kes
pemadaman kebakaran hutanjenis sekunder. Kerja-kerja pemadaman dilakukan secara
manual dan banyak kerahan tenaga diperlukan. Oleh itu, penyelidik berharap dapat
mereka bentuk sebuah kenderaan yang sesuai digunakan untuk kerja-kerja pemadaman
kebakaranjenis hutan sekunder yang mana dapat mengangkut segala kelengkapan
peralatan pemadaman api.
8
SKOPKAnAN
Skop kajian ini dilakukan di negeri Sarawak sahaja sebagai pennulaan di mana
penyelidik lebih menumpukan kawasan-kawasan yang berpotensi atau telah pun berlaku
kebakaran. Tumpuan diberikan adalah seperti di Kuehing, Sarawak. Hasil kajian ini boleh
diperluaskanpenggunaannya ke seluruh Negara.
Tujuan utama penyelidik memilih negeri Sarawak sebagai pennulaan skop kajian
kerana eiri-eiri hutan di Sarawak mempunyai persamaan eiri hutan dengan Semenanjung
Malaysia dan sabah iaitu selari dengan hutan jenis hutan hujan khatulistiwa .
Sou h enin '. 11
..'
OON ESIA
Gambar rajah 1.1. Menunjukan lokasi-Iokasi negeri di Malaysia
9
BAB2
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG JABATAN BOMBA DAN
PENYELAMAT
1.1 MAKSUD BOMBA
B.O.M.B.A. dalam bahasa Latin bennaksud sebuah pam tang an. Kejadian ini
mula wujud di Eropah pada masa itu alat yang digunakan untuk operasi pemadaman ialah
sebuah pam tangan yang ditarik oleh tiga ekor kuda.
1lSEJARAH RINGKAS JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA,
NEGERI SARA W AK
1940 Bomba mula-mula ditubuhkan di bandar Kuching ketika ia dianggotai oleh
Pasukan Polis Sarawak bertempat di Balai Polis Sentral. la digelar sebagai Bomba
Bantuan ke anggotanya seramai 6 orang dan ketuai oleh Ketua Polis Sarawak PJ Shanon
Esq. Pam yang digunakan pada masa itu adalah pam kuasa wap. Pam ini adalah pam
pertamajenis ini digunakan oleh Bomba Sarawak. 1946 Bomba Sarawak
10
ditubuhkan di Kuching berhampiran dengan bangunan Elektra House di tengah-tengah
Pusat Bandar (Jalan Gartak) ketika itu Bomba di tadbir oleh
Majlis Bandaran dan Luar Bandar (KMC) keanggotaannya seramai 12 orang
Ketua Mejar Dahlan. 1958 Balai Bomba dari J alan Gartak di pindahkan ke Balai Bomba
Jalan Padungan Kuching. Keanggotaannya seramai 40 orang dan masih di tadbir oleh
Majlis Bandaran dan Luar Bandar (KMC). Ketuanya ialah Encik Anthony. 1981 Bomba
telab diserah kepada Kerajaan Pusat. 1982 Bomba Sabah dan Sarawak disatukan dengan
rasminya dan dinamakan Jabatan Bomba Malaysia. 1986 Balai Bomba Barn dibina di
Jalan Batu Lintang. 21 .2.1997 Bomba diberi nama bam iaitu sebagai J abatan Bomba dan
Pcnyelamat Malaysia di Balai Bomba Genting Highland. Sebelum penyatuan
Perkhidmatan Bomba Malaysia dibuat, Jabatan Bomba Negeri Sarawak diletakkan di
bawah Pentadbiran Majlis Daerah.
Semasa di bawah pentadbiran Majlis Daerah berapa buah Balai Bomba telah dibina
iaitu:
1. Balai Bomba Padungan
2. Balai Bomba Bau
3. 8alai Bomba Serian
8alai Bomba Simunjan
11
S. Balai Bomba Sri Arnan
6. BalBi Bomba Saratok
7. BalBi Bomba Sarikei
8. BaJai Bomba Bintangor
9. Balai Bomba Mukah
10. Balai Bomba Kanowit
11. Balai Bomba Kapit
12. Balai Bomba Sibu
13. Balai Bomba Miri
Konsep pembinaan Balai Bomba pada masa itu ialah mendirikan sebuah Balai
Bomba bagi satu daerah. Apabila Perkhidmatan Bomba mula disatukan di bawah
Kc:nVaan Persekutuan, konsep tersebut telah diubah, di mana satu daerah tidak
semestinya mempunyai satu Balai Bomba sahaja, tetapi ianya bergantung kepada risiko
bbakaran, pertumbuhan sektor pelancongan, sektor perindustrian dan sebagainya yang
wujud dalam setiap daerah.
Berasask:an kepada keperluan tersebut dalam Rancangan Malaysia ke lima (1986
1990) sebuah lagi Balai Bomba telah dibina di dalam Negeri Sarawak iaitu Balai Bomba
BiDtulu
Selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat serta per-kembangan
;._~sektordalam tabun 1990, sebanyak 5 buah lagi Balai Bomba telah diluluskan
12
Highland.
pem-binaanya dalam Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995), Balai-Balai Bomba
knebut ialah:
1. Balai Bomba Kanowit
2. Dalai Bomba Limbang
3. Balai Bomba Marudi
4. Dalai Bomba Batu Lintang
S. Balai Bomba Lawas
Pada 21 Februari 1997, nama Jabatan Bomba Malaysia ditukar kepada nama barn,
iaitu sebagai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Balai Bomba Genting
13
3.1 Dapatan Kajian
BAB3
PENGANALISAAN DATA
Hasil maklumat yang dikumpulkan, penyelidik telah mengenalpasti bebarapa
baderaan asas dan peralatan pihak bomba dan penyelamat(sila rujuk lampiran 4) dan
banya sebilangan kecil sahaja yang digunakan mengikut kesesuaian kenderaan,
bsesnaian bentuk permukaanjalan dan laluan sertajenis kebakaran. Kesesuaian
b:oderaan yang dimaksudkan oleh penyelidik adalahjika berlaku kebakaran hutan yang
besar. kenderaan yang diperlukan adalah trak Bombajenis trak 'Water Tender' yang
manpunyai bekalan air yang banyak supaya dapat menampung bekalan air yang
diperIukan pihak bomba dan Penyelamat untuk memadamkan kebakaran yang berlaku.
Operasi pemadaman kebakaran hutan jenis sekunder ini tidak hanya dilakukan
meIa1uijalan darat tetapi juga turut dilakukan melalui udara dengan keIjasama Tentera
tJdara Diraja Malaysia(TUDM) dengan menggunakan helicopter(sila rujuk lampiran 5).
ICaadah yang digunakan adalah pengguguran Born air.
14
ANALISA DATA
Dalam menjayakan penyelidikan ini, penyelidik telah menyediakan borang soal
. . yang mengandungi beberapa soalan yang dapat membantu memberi input kepada
penyelidikan yang dicadangkan.
Penyelidik telah membahagikan borang soal selidik ini kepada lima bahagian
utama, iaitu;
a) Babagian A:(latar belakang Responden)
b) Sahagian B:(Maklumat perkhidmatan)
e) Babagian C:(Tahap Penilaian)
Bahagiao D:(Ciri-ciri dan Spesifikasi)
~ Babagian E:(Pendapat dan Pandangan)
TAR BELAKANG RESPONDEN
Borang soal selidik ini telah diedarkan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Muara
kola Samarahan. Daripada 50 borang soal selidik yang telah diedarkan oleh
;IDlIlYlIidi'k, penyelidik hanya mendapat 21 respon sahaj a.
15
• .I!d,e KEBAKARAN HUT AN
Berikut merupakan peratusan kebakaran hutan yang disertai oleh respond en;
••·
__
Peratusan(% )
4%
• Hutan paya bakau
• Hutan tanah Gambut
o Hutan belukar
o Hutan bukit
• Hutan Tanaman
Figura 3.1: Grafcarta pai menunjukkan peratusan kebakaran jenis hutan.
Daripada Carta pai tersebut, penyelidik dapat memastikan bahawajenis hutan
"'lIIUl1merupakanjenis hutan yang kerap kali berlaku kebakaran di mana hutan ini
••mJainilai peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 27%. Kebakaran hutanjenis
Gambut merupakan kedua tertinggi di mana mempunyai nilai peratusan 26% dan
o.CIlkebakaran hutan belukar yang mempunyai peratusan sebanyak 25%.
IMIIlrIIlhutan jenis hutan Bukit dan hutan Paya masing-masing mempunyai nilai
aeb8llyak 18% dan 4%.
17