38
PRA-SEJARAH ASIA TENGGARA Kuliah 4

20090304140317Kuliah 4 - Prasejarah Asia Tenggara - Zaman Paleolitik Dan Mesolitik

  • Upload
    are-dam

  • View
    259

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

  • PRA-SEJARAH ASIA TENGGARAKuliah 4

  • Zaman Pra-SejarahPrasejarah di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada 4 zaman:

    Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik (Hoabinh)Neolitik Zaman Logam.

  • ZAMAN PALEOLITIKPada umumnya, zaman Paleolitik termasuk ke dalam era waktu Pleistosen.

  • Zaman Pleistosen juga dikenali sebagai Zaman Air Batu bermula pada sekitar 1.5 dan 2 juta tahun lalu.

    Ia berakhir dengan kedatangan zaman Holosen pada lebih kurang 10,000 tahun dahulu.

  • Pada zaman Pleistosen, perubahan iklim sejuk dan panas berlaku silih berganti.

    Penyelidik di Eropah mendapati bahawa berlaku empat kali glasier yang sejuk dikenali sebagai:

    Gunz, Mindel, Riss Wurm.

  • Pembekuan air batu ini menyebabkan beberapa kawasan di zon Khatulistiwa mengalami penurunan suhu.

    Pada kala glasier yang paling sejuk, suhu turun sehingga -15C.

    Manakala pada kala antara-glasier, suhu lebih panas sekitar 2C hingga 3C

  • Ketika Glasier Paras air laut turun. Ketika antara-glasier paras air laut naik.

    Ekoran daripada itu, terbentuklah jambatan semulajadi yang menyambungkan kebanyakan daripada Kepulauan Indonesia dengan Tanah Besar Asia.

    Dengan wujudnya pendedahan dasar laut, ini bermakna keluasan daratan telah bertambah.

  • jambatan semulajadi ini dikenali Pentas Sunda yang kedalamannya sehingga 200m.

    Ia bersempadan dengan Palawan, Borneo Timur, pentas sempit di sepenjang pantai barat Sumatera dan Jawa Selatan.

    Kepulauan Asia Tenggara secara fizikalnya adalah bersambung dengan Tanah Besar Asia.

  • Pada zaman Pleistosen ini, berlaku banyak perubahan pada alam sekitar fizikal yang membawa kepada:

    migrasi haiwan, modifikasi dan pemupusan.

    Perubahan ini disebabkan oleh aktiviti gunung berapi, hakisan dan turun naik paras laut yang memberi kesan kepada kedudukan permukaan bumi dan dasar laut.

  • IkhlimKedudukan Asia Tenggara yang terletak dalam zon Khatulistiwa tidak banyak menerima kesan pengglasieran.

    Bagaimana pun, ada beberapa wilayah di rantau ini yang lebih sejuk daripada hari ini.

    Iklim tropika yang dimiliki oleh Asia Tenggara menyebabkan ia panas, lembab dan menerima hujan sepanjang tahun. Suhu tahunannya dianggarkan lebih kurang 20C

  • Penurunan dan peningkatan aras laut akibat glasier mempengaruhi penyebaran spesis di Asia Tenggara.

    Penurunan paras laut telah mencapai kedudukan hingga 130m, iaitu di bawah paras laut sekarang.

    Ini menyebabkan pentas Sunda terdedah dan membentuk jambatan semulajadi.

    Dengan wujudnya jambatan ini, organisma darat berpeluang menyebarkan spesis ke tempat-tempat yang sebelum ini tidak pernah didiaminya (H.D. Tjia, 1987: 187).

  • Fauna Terdapat dua faktor penting yang mempengaruhi taburan haiwan iaitu bekalan makanan dan kesesuaian iklim.

    Sumber makanan dan air yang mencukupi serta iklim yang lebih sesuai mendorong haiwan berpindah mengikut musim.

  • Fauna awal di Asia Tenggara terbahagi kepada dua kategori iaitu fauna Siva Malaya dan fauna Sino Malaya.

    Fauna Siva Malaya mewakili mamalia Siwalik Awal dari dataran India.

    Fauna Sino Malaya mewakili fauna yang bentuknya menyerupai jenis dari selatan China.

    Di Jawa, fauna Sino Malaya membesar melalui tiga tahap iaitu Djetis, Trinil dan Ngandong. Ini termasuklah badak sumbu, gajah, kijang, lembu, badak air, harimau, beruang, primat hutan seperti orang utan, siamang, hominid dan sebagainya (P. Bellwood, 1997: 23-31).

  • Haiwan yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan suasana alam persekitaran yang bertambah buruk akan menghadapi masalah pemupusan.

    Di Asia Tenggara, kebanyakan haiwan yang pupus pada zaman Pleistosen ialah haiwan jenis besar seperti Stegodont, badak sumbu dan sebagainya.

  • FloraBukti tentang tumbuhan Pleistosen telah ditemui di Sumatera dan Jawa. Bukti yang diperolehi dari Trinil, Jawa ialah mikrofosil tumbuhan dari zaman Pleistosen Tengah.

    Hutan hujan tropika yang tebal merupakan sumber makanan yang penting terutamanya herbivor.

    Apabila Pentas Sunda tenggelam semula, kawasan perhutanan menjadi kecil.

  • Haiwan yang bergantung hidup pada hutan terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

    Haiwan yang gagal berbuat demikian terpaksa menghadapi pemupusan.

  • Kebudayaan Zaman PleistosenManusia hanya wujud di atas muka bumi pada zaman Pleistosen.

    Apabila manusia awal ini berinteraksi dengan alam persekitaran maka lahirlah kebudayaan manusia.

    Ahli-ahli arkeologi menggelar kebudayaan yang wujud pada zaman Pleistosen sebagai Paleolitik.

  • Di Asia Tenggara, ia bermula pada kira-kira 1.6 juta tahun dahulu dan berakhir sekitar 13,000 tahun dahulu.

    Ciri-ciri utama kebudayaan Paleolitik ialah penggunaan perkakas yang diperbuat daripada batu dan pengamalan budaya memburu dan mengumpul.

  • Pada waktu Paleolitik Awal, muncul bentuk manusia yang terawal iaitu Australopithecus dan Homo eretus.

    Mereka menghasilkan peralatan batu seperti alat batu pebel, alat batu berepih dan kemudain kapak genggam.

    Zaman Paleolitik Tengah, peralatan batu diperbuat daripada batu repihan.

  • Manakala pada waktu Paleolitik Akhir, muncul manusia moden iaitu Homo sapien yang sudah mempunyai kemahiran artistik dan pemikiran estetik (F. Hole & R.F. Heizer, 1990: 416).

  • ZAMAN HOABINH (MESOLITHIC)

  • Hoabinh merupakan suatu budaya Mesolitik. Istilah Hoabinh telah didefinasikan dengan pelbagai cara.

    Bagaimanapun, konsep Hoabinh ini telah digunakan secara meluas oleh ahli-ahli arkeologi bagi menggantikan istilah Mesolitik yang digunakan di Eropah.

    Pada 30 Januari 1932, Jawatankuasa Khas Kongres Prasejarah Timur Jauh di Hanoi telah meluluskan resolusi yang menerima beberapa terminologi serta menyokong penggunaan istilah Hoabinh di Kongress Pertama Pra dan Protosejarah.

  • Komponen utama dalam timbunan ini ialah industri batu berepih.

    Alat batu unifas aatau bifas yang dibuat daripada batu sungai masih mempunyai kortek semula jadinya dan pada umumnya mempunyai mata-tepi pemotong.

    Selain daripada itu, turut juga ditemui sebiangan kecil alat batu berasah, serpihan tembikar yang ringkas, beberapa artifak tulang, tinggalan rangka manusia dan tinggalan fauna yang diwakili pelbagai jenis cangkerang serta tulang vertebrate (J.M. Matthews, 1966: 86).

  • W.G. Solheim telah membahagikan budaya Hoabinh kepada 3 tahap iaitu:

    Hoabinh Awal, Hoabinh Pertengahan Hoabinh Akhir (W.G. Solheim, 1970b: 50).

    Budaya Hoabinh Awal ini berkembang terus dari budaya menggunakan alat chopper-chopping.

    Beliau berpendapat bahawa adalah sukar untuk menentukan suatu sempadan secara jelas dan ketara bagi membezakan kedua-dua budaya ini.

  • Pada masa Hoabinh Pertengahan, manusia telah mula membuat alat-alat batu yang bercirikan pengasahan mata-tepi.

    Memburu dan mengumpul hasil hutan serta haiwan air masih lagi penting. Penduduk yang bertambah pada waktu ini, menyebabkan berlakunya pergerakkan ke kawasan-kawasan baru.

  • Solheim menyatakan bahawa Hoabinh Akhir adalah diantara 12,000 dan 10,000 SM.

    Ini merupakan tahap perkembangan teknokomplek Hoabinh.

    Beliau juga berpendapat bahawa pembuatan tembikar bertanda tali atau penternakan binatang mungkin menjadi elemen bagi budaya Hoabinh Akhir ini (B. Hayden, 1971: 80).

  • Di tanah besar Asia Tenggara, tinggalan Hoabinh yang biasanya dijumpai dalam gua merangkumi tahap masa 8,000 tahun dari kir-kira 11,000 hingga lebih kurang 3,000 SM.

    Tinggalan Hobinh biasanya mengandungi batu pencakar, alat giling dan alat-alat lain.

    Antara tinggalan makanan yang ditemui ialah haiwan vertebrate, cangkerang dan pelbagai binatang yang lain.

  • Ciri-ciri HoabinhGorman mendapati terdapat beberapa ciri utama yang menghubungkan tapak-tapak arkeologi di bawah suatu terminologi am Hoabinh. Ciri tersebut ialah:

    suatu tradisi alat berepih unifas yang diperbuat terutamanya dari pebel bulat dan batu repih besar.

    alat teras (Sumatralith) diperbuat hasil perepihan sepenuhnya pada satu bahagian permukaan pebel dan alat batu giling juga diperbuat daripada pebel bulat, pada kebiasaannya berhubung kait dengan ferum oksida.

    peratus yang tinggi kehadiran batu repih terguna (diidentifikasikan dari ciri kerosakan mata tepi).

  • tinggalan timbunan sisa makanan yang agak sama termasuk tinggalan cangkerang, ikan haiwan bersiaz kecil dan besar, yang sudah pupus.

    orientasi ekologi dan budaya yang digambarkan dengan penggunaan batu lindungan bukit yang terletak berdekatan dengan sungai.

    mata tepi berasah dan seramik bertanda tali wujud secara berasingan atau pun bersekali, dilapisan atas timbunan Hoabinh.

  • P. Bellwood pula telah membahagikan alat Hoabinh berdasarkan teknologi pembuatannya:

    alat pebel berepih unifas. Dalam kategori ini ialah alat berbentuk bujur, segitiga dan berbentuk disk serta pebel bujur berepih pada satu permukaan sahaja yang diistilahkan sebagai Sumatralith.

    alat pebel berepih bifas dalam bentuk yang sama.

    kapak pendek yang pada kebiasaannya diperbuat daripada pebel yang telah dibahagi dua.

  • kapak mata-tepi berasah.

    Kategori bentuk-bentuk lain termasuk alat batu pemukul dan blade yang jarang ditemui bersama batu teras dan batu repih yang sering tidak dilaporkan.

  • Tapak-tapak Hoabinh

  • MalaysiaGuar Kepah (Kedah), Gua Kelawar (Kedah), Gua Debu (Kedah), Gua Pulai (Kedah), Bukit Chuping (Perlis), Gunong Cheroh (Perak), Gua Kajang (Perak), Gua Kerbau (Perak), Gol Bait (Perak),

  • Gua Tok Long (Pahang), Bukit Chintamani (Pahang), Kota Tongkat (Pahang), Kota Balai (Pahang), Bukit Cheras (Pahang), Bukti Sagu (Pahang), Gua Kechil (Pahang), Gua Cha (Kelantan) dan Gua Madu (Kelantan).

  • Asia TenggaraDi Vietnam, - tapak Hoabinh dijumpai di daerah Hoa Binh, daerah Ninh Binh, daerah Thanh Hoa, daerah Binh Tri Thien daerah Nghe Tinh dan lain-lain.

  • Kampuchea, gua Laang Spean merupakan tapak Hoabinh yang penting dan mendapat perhatian ahli-ahli arkeologi.

    Laos, tapak Tam Hang dan Tam Pong meninggalkan budaya Hoabinh.

    Thailand, antara tapak yang penting ialah Gua Spirit, Gua Ongbah dan Sai Yok.

    Indonesia, alat-alat Hoabinh dijumpai di Seruwai, Medan, Binjai-Tamiang, Asahan, Sukajadi yang kesemuanya terletak di Sumatera.

  • RumusanPenemuan artifak batu, tulang dan tinggalan sisa makanan menunjukkan kemahiran masyarakat Hoabinh memburu tetapi kaedah dan teknik pemburuannya tidak diketahui. Buat masa ini, tidak dapat ditentukan dengan jelas apakah bentuk budaya, adat istiadat atau aktiviti harian masyarakat memburu dan mengumpul ini.

  • To be Continue