67
PENGARUH INDIA DAN PENGARUH INDIA DAN CHINA KE ATAS ASIA CHINA KE ATAS ASIA TENGGARA TENGGARA Kuliah 6 Kuliah 6

20090304140352kuliah 6 - Pengaruh India Dan China Ke Atas Asia Tenggara

  • Upload
    are-dam

  • View
    61

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

  • PENGARUH INDIA DAN CHINA KE ATAS ASIA TENGGARAKuliah 6

  • PERKEMBANGAN BUDAYA INDIA DAN CHINABernard Philippe Groslier (1971), Berpendapat kewujudan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara yang diketahui sejarahnya adalah hasil daripada campur tangan secara langsung oleh pengaruh China dan India.

    Penduduk Indus-Ganges, keturunan Arya dan Dravidia, pada abad ke-10 SM sudah mempunyai kemahiran seni yang baik.

    Pelbagai objek yang ditemui (arkeaologi) dpat memberi keterangan tentang adap sosial dan kebiasaan (habits) mereka.

  • Contohnya:

    Penduduk lembah Indus mahir sebagai pembuat barang logam.

    Agama - penyembahan "Mother Goddess" (Dewi Utama), kultus yang tersebar ke seluruh Asia Kecil (Asia Minor), terdapat dalam ukiran ukiran pada pelbagai barang tembikar, cop (seals) dan tangkal yang digunakan oleh penduduk Indus.

  • Orang Arya mengamalkan penyembahan Dewa dewa. Ketua dewa ialah Dyaus-pitar (Jupiter), bapa langit yang kemudiannya beralah (digantikan) kepada Varunna, tuhan alam semesta langit dan laut.

    Bersama Varunna tergabung dewa dewi lain seperti matahari (Surya/Savitri/Mitra), Ushas/Aurora (pasangan/gundek matahari), Indra (pahlawan ideal seperti Thor kepada orang Viking).

  • Tuhan tuhan lain, ialah Agni (Ignis) api suci, dan Soma (secara mistik dikenali sebagai bulan, yang mengawal tanaman/tumbuhan) dan sebagainya.

  • AGAMA HINDU Sejak kejatuhan dinasti Maurya sehingga abad ke-8 Masehi, agama Hindu berkembang secara beransur-ansur seperti bentuk sekarang ini.

    Evolusi pembentukan agama ini berligar baur juga dengan agama Jainisme dan Buddha.

  • Evolusi agama Hindu ini membelakangkan tuhan tuhan lama.

    Tuhan tuhan ini (yang tidak dihilangkan) diserap ke dalam Trimurti Hindu (kesatuan 3 unit organ utama)>

    Antaranya Brahma, Vishnu atau Siva yang mewakili tiga lipatan aspek (iaitu ciptaan pengkekalan dan pemusnahan).

  • Perbezaan Agama Hindu "baru" dengan agama (lama) Veda ialah:

    Hindu "baru" telah menjadi lebih jelas menggunakan rupa manusia (patung manusia) dalam rupa tuhan mereka (iaitu tuhan diwakili oleh patung/idol yang diam di kuil yang dilayan sebagai naungan diraja).

  • AGAMA BUDDHA Diasaskan oleh Siddhartha Gautama yang digelar Buddha (Yang Berkesedaran/The Enlightened One).

    Mempunyai 3 kitab suci (Tripitaka): Vinaya Pitaka - peratuan biara bagi pelbagai sami,

    Sutta Pitaka - buku pengajaran agama Buddha,

    Abhidhamma Pitaka - perbincangan tentang sebab dan gelagat kesemua kehidupan.

  • Empat kebenaran mulia: pemahaman yang betul.Masuk campur/mencelah yang betul.Percakapan yang benar/betul.Kelakuan yang betul.Pekerjaan yang betul.

  • Usaha yang betul.Kontemplasi yang betul (mengawal akal) Konsentrasi yang betul

  • Nirvana - bererti pelenyapan atau keluar (dari dukkha).

    Anicca - bererti tidak kekal/sementara (hidup yang berputar dari lahir, membesar, merosot dan mati. Putaran yang diliputi dukkha.

  • Anatta - bererti jasad dan jiwa (self and ego). Jasad tidak kekal, jiwa kekal.

    Kedua-duanya mempunyai 5 cantuman (skandhas) iaitu sifat sifat fizikal, persepsi, perasaan, "subconscious predispositions" dan kesedaran/keawasan. Setiap 2. Nirvana - bererti pelenyapan atau keluar (dari dukkha).

  • Anicca - bererti tidak kekal/sementara (hidup yang berputar dari lahir, membesar, merosot dan mati. Putaran yang diliputi dukkha.

    Jasad dan jiwa kekal mempunyai 5 cantuman (skandhas) iaitu sifat sifat fizikal, persepsi, perasaan, "subconscious predispositions" dan kesedaran/keawasan.

  • Setiap satu berada dalam keadaan berubah. Gabungan ini mencetuskan individu.

    perlindungan ke dalam:

    perlindungan Buddha,

    perlindungan dengan dhamma (kebenaran) dan ajaran ajaran moral;

  • perlindungan dengan Sangha/rahib yang memerlukan pematuhan kepada arahan arahan supaya:

    jangan membunuh, jangan mencuri, jangan berkelakuan buruk, jangan berbohong, dan jangan meminum/menggunakan benda yang memabukkan

  • Agama Buddha selepas kematian Siddharatha Gautama (Buddha) telah terpecah kepada kira kira 16 aliran/mazhab.

    Pada zaman Asoka (270 SM), terdapat dua aliran utama iaitu :

    Mazhab Stkariada atau Buddha Theravada/Hinayana (keendaraan kecil/little vehicle);

    Mazhab Mahasangghika atau Buddha Mahayana (keenderaan besar/greater vehicle).

  • Buddha Theravada menganggap usaha menuju nirvana hanya boleh dilakukan oleh individu kepada dirinya sahaja. Bagi mencapai nirvana penganutnya perlu masuk menjadi sami/sangha (memerlukan pengasingan dari rumah).

    Buddha Mahayana mengatakan bahawa usaha menuju nirvana tidak terhad kepada "individu untuk individu itu sahaja dan tidak perlu pengasingan dari rumah.

  • Pengaruh India Di Asia TenggaraMenurut Sylvain Levi, India memberi mitologinya kepada jiran-jirannya.

    Mereka ini pula menyebarkan mitologi itu ke seluruh dunia.

    India, sebagai ibu kepada perundangan dan falsafah memberi kepada tiga perempat Asia, satu tuhan, satu agama, satu doktrin, dan kesenian.

  • India memberi bahasa suci, kesusteraan, institusi institusinya ke dunia luar.

    Ini dapat dilihat berdasarkan kepada kepentingan unsur Sanskrit di dalam:

    perbendaharaaan bahasa bahasa yang dituturkan,

    bentuk huruf/tulisan yang berasal dari India,

  • pengaruh perundangan dan organisasi pentadbiran India,

    penerusan tradisi tradisi Brahmin walaupun di negeri negeri yang menerima Islam atau yang Buddha Sinhalese;

    dan kehadiran monumen monumen (binaan binaan) lama yang dari segi senibina dan ukiran berkait rapat dengan kesenian India serta mempunyai inskripsi/tulisan Sanskrit.

  • Perhubungan diantara India dengan kawasan timur bermula sejak zaman pra-sejarah lagi.

    pada permulaan tahun Masehi berlaku pembentukan kerajaan-kerajaan yang dihasilkan oleh proses Indianisasi.

  • Sebelum kebangkitan kerajaan kerajaan itu, Asia Tenggara khususnya telah menerima kehadiran para pelayar, pedagang, para imigran India yang mengwujudkan penempatan (koloni) India seawal awalnya sejak zaman Neolithic - kemudian barulah diikuti oleh golongan agama

  • Coedes menekankan bahawa kesan lanjutan dari ketakjupan pribumi Asia Tenggara yang melawat dan melihat tempat tempat suci di India, membawa kepada kesediaan orang Asia Tenggara menerima pengaruh India.

  • Van Leur melihat pengaruh budaya Hindu kelihatan dalam pengamalan upacara-upasara sakral, kesusteraan dan teknik berkerajaan yang pertegas dengan unsur magis.

    Dari proses Indianisasi ini lahirlah kerajaan kerajaan di Asia Tenggara yang pada awal pembentukan mereka mempunyai ciri ciri keHinduan tersebut.

  • H.G.Q. Wales memberi peringkat penyebaran pengaruh India dalam empat gelombang utama dilihat secara kronologi - tetapi pembahagian tempoh antara sesuatu gelombang tidaklah jelas, berlaku tindan lapis: Peringkat-peringkat itu ialah:

    Waktu Amaravati (Abad pertama - abad ke-3 Masehi)Waktu Gupta (abad ke-4 hingga abad ke-6 Masehi)Waktu Pallava (tahun 550 - 750 Masehi)Waktu Pala (750-900)

  • Sylvain Levi memberi 3 sebab berlaku pengembangan pengaruh India ke Asia Tenggara:

    Maklumat tentang adanya emas di kawasan Asia Tenggara - sehingga timbul nama Suvannabhumi (land of gold) kepada Burma.

    Kemahiran yang dicapai dalam teknologi pelautan dan kerana keadaan laut yang agak tenang.

    Orang orang Buddha tidak takut mengharung laut (kerana tiada kasta seperti agama Hindu yang menganggap mengharung laut akan menjatuhkan kasta seseorang).

  • Indianisasi dimulakan oleh migrasi orang orang India, dan para pedagang.

    Walau bagaimanapun kemungkinan golongan pedagang sebagai mekanisme utama penyebaran pengaruh budaya India diragui tetapi tidaklah dapat ditolak bulat bulat.

  • Kesan Pengaruh Hindu-Buddha

    Pengaruh keagamaan-budaya - . Pertamanya melalui apa yang diistilahkan sebagai, "pulsating galactic polity".

    Mula diperkenalkan oleh Stanley Tambiah (1977) bermaksud bahawa penguasaan bersifat mekanisme fizikal tidak penting kepada sesebuah kerajaan.

    Sebaliknya kedudukan kuasa pemerintahan yang ditunggakan kepada ikatan rohaniah atau keagamaan lebih penting.

  • Kesan politik - terdapat dua jenis kanun:

    Kanun rakyatKanun diraja - Kanun diraja boleh dibahagikan kepada dua pula, iaitu:Golongan agama dan Golongan diraja.

    Kanun untuk golongan diraja bersandar kuat kepada kitab dharmasastras (kanun manu) dan arthasastras (pemasyoran politik), terutamanya rajaniti atau susila raja.

  • Ini membawa kepada kemunculan organisasi sosial yang bercorak negara dan negara kota, atau sekurang kurangnya komuniti komuniti.

    Penerimaan ciri ciri peradapan India dilihat dari dua konsep, iaitu:

    Konsep raja (devaraja) disamakan kedudukannya dengan dewa dewa.

    konsep kasta (ryta). Adalah menjadi tugas raja mengekalkan dharma dengan menjaga hiraki dharma yang terbahagi kepada 4 tingkat dan menjaga susunan kelas dan peringkat dalam masyarakat.

  • Dalam kanun Manu tugas raja ialah:

    Melindungi semua,

    Memilikki ciri ciri tuhan tuhan Indra (angin),

    Yama (matahari dan api) dan

    Varuna (bulan dan harta); dan

    Terdapat sakti atau diperlakukan supaya ada atau dipercayai ada sakti walaupun raja itu masih bayi.

  • kesan politik dirumuskan seperti berikut:

    Lahirnya 3 kelas iaitu bangsawan, petuanan dan rakyat.

    Wujudnya kelas yang berbeza itu menyebabkan kuasa ditangan kelas bangsawan dan petuanan. Kuasa yang dibantu oleh unsur politik dan agama India menjadikan politik tempatan bersifat otokratik dan bersistem "parental".

    3. Wujud hukuman yang berbeza terhadap kelas yang tertentu.

  • Kesan Politik

    Konsep asas yang menjadi teras sistem politik berbentuk Hindu-Buddha ialah politi galaktik.

    Kepercayaan bahawa keselarian wujud antara makrokosmos dan mikrokosmos, iaitu antara alam semesta dan alam manusia.

  • Dunia ini digambarkan dalam bentuk bulatan-bulatan sepusat dengan Gunung Meru di tengah-tengahnya.

    Dalam alam duniawi pula, kerajaan dan ibu kota, sebagai mokrokosmos, perlu meniru bentuk kebulatan itu dengan istana atau kuil sebagai Gunung Merunya di peringakt mikrokosmos.

  • Pusat mikrokosmos ini didirikan di tempat yang tinggi sedikit.

    Pengesahan kuasa raja dipertalikan juga dengan taraf baginda sebagai penghuni istana atau pusat mikrokosmos itu.

    Hakikat ini menyebabkan sesiapa yang berjaya menduduki pusat ini akan berupaya menjadi penguasa yang sah.

  • Penyusunan atur negara dan amalan pihak pemerintahan ialah pegangan kepada angka 33 yang mewakili dewa yang mendiami syurga di puncak Gunung Meru.

    Kerajaan dibahagikan kepada 32 wilayah dengan 32 pembesar dan raja, sebagai Indra, akan menepati jumlah 33 dewa tersebut.

  • Prinsip gandaan empat (yang disubkan lagi kepada 8, 16, 32).

    Is mewakili empat arah utama (mata angin) dalam fahaman Kosmologi India .

    Prinsip ini dijelmakan dalam susun atur ibu kota dan juga dalam hierarki pemerintahan.

  • Satu lagi aspek utama politi galaktik ialah konsep devaraja atau divine kingship.

    Raja sebagai jelmaan tuhan (dewa). Seringkali dewa Siva menjadi pilihan jelmaan raja-raja di Jawa dan Kampuchea.

    Amalan ini berbeza dgn. ajaran Buddha Theravada yang memberi keabsahan seorang raja berdasarkan karma dan jasa-jasa agama mereka dalam kehidupan-kehidupan sebelumnya (Heine-Geldern 1958: 7-9).

  • Raja sebagai pengantara antara makrokosmos dan mikrokosmos dan sebagai dhammaraja.

    Tugas utama raja menurut ajaran Buddha ialah memelihara ketenteraman dan mencegah bencana sosial seperti wabak, kemarau dan banjir.

  • Ajaran Buddha menganjurkan raja sebagai cakravatin atau raja sejagat.

    Raja memerintah di dunia atas apa juga kekuatan sama ada agama atau ketenteraan (politik) atau ekonomi.

  • Ciri ketiga politi galatik ialah konsepsi bahawa wilayah di bawah penguasaan seseorang raja merupakan sebuah mandala.

    Mandala ini biasanya mengandungi tiga bulatan sepusat yang mewakili wilayah-wilayah yang menerima darjah penguasaan yang berlainan.

  • Di tengah-tengah mandala ialah ibu kota dan kawasan di bawah penguasaan yang berlainan.

    Di tengah-tengah mandala ialah ibu kota dan kawasan di bawah penguasaan langsung raja,

    di sekelilingnya ialah wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera dan gabenor-gabenor yang dilantik oleh raja,

    di sekeliling wilayah-wilayah ini pula ialah jajahan-jajahan takluk yang diikat kepada kuasa pusat melalui hubungan penguftian.

  • Kesan KeagamaanPengaruh Keagamaan dari India yang berkembang di Asia Tenggara ialah Ajaran Saivasiddhanta.

    Merupakan satu mazhab Hindu yang bersifat mistis dan yang berkembang pada abad permulaan Masehi

  • Aliran Siva adalah aliran yang memuja Siva tetapi lebih khusus ditujukan kepada Durga, isteri Siva.

    Golongan ini dipanggil gulungan Cakta. Aliran Cakta menerima sambutan yang luas sehingga masuk terserap ke dalam agama Buddha.

  • Buddha Mahaya pula meningkat pengaruhnya di Asia Tenggara setaraf dengan pengaruh Buddha Hinayana/Theravada pada abad ke-8.

    Menurut Coedes, ia berpunca dari kenaikan dinasti Pala di Bengal dan Magadha pada pertengahan abad ke-9

    Juga peranan yang dimainkan oleh universiti universiti di Nalanda.

  • Kesan Ilmu Pengetahuan Soekmono membahagikan empat kumpulan/jenis kitab dari India:

    kitab keagamaan (tutur)Kitab hukum (sastra, yang boleh dibahagi kepada kitab umum dan kitab khusus/casana yang ditujukan kepada golongan tertentu seperti kitab kitab untuk menentukan hak, status dan kewajipan pendita misalnya kitab Rsicasana),

  • kitab epik-legenda (wiracarita), misalnya yang utama ialah Ramayana, Mahabharata dan Bhagavad-Gita; dan

    Kitab keagamaan, kesusilaan dan kitab kitab huraian sejarah seperti Nagarakrtagama, Niddesa dan sebagainya.

    Dari segi alam pemikiran pengaruh India (baikpun sekular atau agama) telah mengemburkan mitologi dalam masyarakat tempatan

  • Penumpuan yang berlebihan kepada mitologi menggalakkan corak pemikiran yang tidak-diskursif. (Wujud pemikiran yang tidak konkrit, berbentuk ibarat, tidak dan kurang rasional.

    Oleh itu lahirlah mitos, kesusteraan khayalan, magis, totemisme, pantang larang, mimpi dan fenomena fenomena psizis (pysche) yang lain yang kebanyakannya dianggap tidak rasional

  • Tulisan yang utama zaman Hindu-Buddha ialah tulisan Nagari Pallava (Buddha) dan Sanskrit (Hindu).

    Huruf Devanagari (satu dari tulisan kuno India selain dari tulisan Kharosthi dan Brahmi) dari bahasa Sanskrit.

    Wujudlah juga bahasa yang berbeza: iaitu bahasa dalam (istana) dan bahasa luar istana (bahasa pasar atau bahasa rakyat).

  • Manakala beberapa kesan lain ialah adat yang diperkaya dan diberi sifat baru, iaitu:

    lebih bercorak feudal, egocentrisme

    Masyarakat dan individua juga berubah, dan meningkatkan kemahiran perindustrian perhubungan dan perdagangan.

  • Pengaruh China

  • LatarbelakangTamadun China bermula di sepanjang bahagian tengah Sungai Kuning (Yellow River) dan dalam lembah Sungai Wei.

    Di bahagian datar utaranya sejak 5,000 tahun sebelum Masehi.

  • Dari kawasan utara, tamadun China berkembang ke arah selatan dan menjelang abad ke-3 Sebelum Masehi, tamadun China mula bertembung dengan penduduk Asia Tenggara.

    Dua aliran menguasai pemikiran China iaitu Konfusius dan Tao.

  • ConfusiusSatu koleksi kata kata Confusius (pengasasnya, 551 SM - 479 SM) yang bertaburan yang disusun dan dibukukan oleh para pengikutnya.

    Pemikirannya banyak berkait dengan masalah hubungan antara pemerintah dengan rakyat. Falsafahnya ini, juga berkaitan dengan sosial, moral dan politik, yang menjadi asas kepada tradisi aksi kerajaan dan sosial China.

  • Sungguhpun Konfusiusisme bukanlah satu agama, tetapi ia diterima sebagai satu sistem etika/susila yang mengatur segala aspek perlakuan manusia.

    Sepanjang sejarah pemerintahan dinasti-dinasti China Konfusianisme menjadi ideologi pemerintahan yang tidak dipertikaikan.

  • Konfusianisme berkembang sebagai ideologi politik yang konservatif dan berorientasikan golongan pemerintah.

    Kaedah mewujudkan sifat kerajaan sedemikian dijelmakan dalam sistem pengambilan pegawai-pegawai kerajaan, iaitu menerusi sistem peperiksaan awam.

  • TaoismeTerbahagi kepada Tao chia (falsafah) dan Tao chiao (agama).

    Terdapat tiga peringkat perkembangan awal falsafah Tao yang diwakili oleh tiga tokohnya iaitu Yang chu, Lao-tzu, dan Chuang-tzu.

  • Titik permulaan falsafah Tao ialah "pengeluaran hidup dan mengelak dari kecederaan".

    Dalam falsafah ini, teori politiknya ialah "to undo" atau "not to do at all" (tidak melakukan apa apa, atau, tidak melawan hal semulajadi).

  • Tao sebagai agama bermula pada waktu-waktu akhir dinasti Han (abad pertama SM dan Masehi).

    Falsafah ini terus berkembang hingga sekarang sejak dari abad ketiga SM.

    Ia menjadi agama yang bercorak pantheons (penyembahan objek semulajadi, tokoh sejarah, tokoh atau jenis kerja, fikiran, malah keseluruhan atau sebahagian tubuh manusia).

  • Objektif utama Taoisme ialah mencapai hidup yang lama dan sejahtera. Ini boleh dicapai melalui:

    "simplicity", kedamaian dan berkesedaran" [ajaran Lao-tzu],

    pelarian (mengelak) dari kecederaan dan memelihara kuasa diri [ajaran Yang-chu];

    "persahabatan dengan semulajadi, kebebasan semangat dan tidak memperduli hal hidup atau mati" [ajaran Chuang Tzu].

  • Penyebaran dan kesan ajaran-ajaran keagamaan, undang-undang dan falsafah China banyak terdapat di Vietnam.

    Antaranya, banyak institusi sosial dan `agama' China diresapkan.

    Antaranya, mulai pada abad ke-2 Masehi ritual perkahwinan Vietnam dianggap tidak sah kahwin tanpa cara/ritual China.

  • Begitu juga dengan pakaian orang Vietnam, dianggap tidak sopan dan digantikan dengan cara pakaian China.

    Manakala agama Buddha di Vietnam, wujud kedua bentuk sekali iaitu Buddha Mahayana dan Buddha Theravada.

  • Birokras pentadbiran jenis mandarin diterapkan ke atas Vietnam.

    Aplikasi dua cabang pentadbiran, iaitu tentera dan awam.

    Peperiksaan diadakan bagi menjadi pegawai pentadbir.

    Seseorang perlu lulus peperiksaan enam klasik China (Konfusius) untuk menjadi mandarin.

  • Rumusan

  • Pengaruh India dan India sangat kuat ke atas Asia Tenggara pada zaman awal. Pengaruh India, terutamanya ajaran agama Hindu-Buddha disampaikan dengan secara sinkretis dan lembut (kaedah generasi).

    Keadaan ini berbeza dengan pengaruh China yang diterapkan dengan secara imposition (kaedah paksaan).

    Namun demikian, kedua-dua pengaruh itu membantu dalam meningkatkan kemajuan manusia dan budaya penduduk Asia Tenggara.

  • Sekian