94
MERAIKAN KESEJAHTERAAN 2011 LAPORAN KORPORAT

2011 Corporate Report Bm(1)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

corporate

Citation preview

Page 1: 2011 Corporate Report Bm(1)

MERAIKAN KESEJAHTERAAN

2011LAPORAN KORPORAT

Page 2: 2011 Corporate Report Bm(1)

Nestlé di sisimu merupakan masa hadapan yang kami berbangga untuk berkongsi dengan semua orang.

Nestlé telah berada di sisi rakyat Malaysia selama 100 tahun yang lalu dan adalah janji Syarikat untuk meneruskannya untuk 100 tahun yang akan datang dan seterusnya.

Page 3: 2011 Corporate Report Bm(1)

Selama 100 tahun yang lalu, rakyat Malaysia dan jenama kami telah bersama-sama mewujudkan kisah-kisah yang menakjubkan – ini termasuk kisah tentang perkongsian dan pengasuhan.

Pada tahun ini, kami meraikan masa lalu dan mengukuhkan lagi komitmen kami untuk masa hadapan; bahawa makanan yang baik merupakan asas kepada kehidupan yang baik.

Page 4: 2011 Corporate Report Bm(1)

Pesanan kepada Para Pemegang Saham 12 Ulasan Perniagaan 18 Sorotan Utama 2011 30

Nestlé dalam Berita 36 Erti Menjana Nilai Bersama bagi Kami 38 Lembaga Pengarah 40

Data Korporat 42 Profi l Lembaga Pengarah 43 Kumpulan Pengurusan 50 Kenyataan Tadbir Urus Korporat 54

Penyataan Mengenai Kawalan Dalaman 76 Laporan Jawatankuasa Audit 78

Terma-terma Rujukan bagi Jawatankuasa Audit 80 Notis Mesyuarat Agung Tahunan 82 Borang Proksi

Pesanan kepada Para Pemegang Saham

Ulasan Perniagaan

Sorotan Utama 2011

Nestlé dalam Berita

KANDUNGAN

12 18 30 36

Page 5: 2011 Corporate Report Bm(1)

Erti Menjana Nilai Bersama bagi Kami

Lembaga Pengarah

Kumpulan Pengurusan

Mesyuarat Agung Tahunan ke-28

Pusat Konvensyen Sime Darby,

1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur

hari Khamis, 26 April 2012 pada jam 10.00 pagi.

38 40 50

Page 6: 2011 Corporate Report Bm(1)

Bagi si kecil Keira,

ia adalah satu

pengalaman zaman kecil

yang istimewa yang

tidak boleh dilupakan

apabila mengetahui

bahawa MAGGI akan

menghulurkan bantuan

kepada mangsa banjir

Kampung Tasik Setiu

di Terengganu dengan

mengagihkan produk

makanan.

Page 7: 2011 Corporate Report Bm(1)

“Ia adalah satu pengalaman yang luar biasa – Pada suatu

ketika, saya bermain di rumah dan kemudiannya pula, di sebuah

pusat bantuan. Saya berasa seronok kerana kawan-kawan

saya turut berada di sana tetapi tidak lama selepas itu kami

mula berasa lapar. Dalam keadaan yang sejuk dan basah, kami

teringin makanan yang dimasak di rumah. Nasib baik kami tidak

perlu menunggu lama kerana van MAGGI tiba. Kami cepat-cepat

pergi untuk mengambil makanan kami.”

Page 8: 2011 Corporate Report Bm(1)

Pemain lagenda bola sepak

Malaysia, Datuk Soh Chin

Aun masih terus memulakan

harinya dengan secawan

MILO – seperti beliau, MILO

sudah berada di persada

sukan nasional sewaktu

zaman kegemilangan

sukan negara.

Page 9: 2011 Corporate Report Bm(1)

“Sepertimana yang saya ingati, MILO memainkan peranan

yang penting dalam pembangunan kerjaya saya. Dari masa van

MILO melawati sekolah-sekolah sehingga ke zaman bola sepak

saya dengan pasukan Negeri dan Nasional. MILO masih aktif

dan saya berbangga kerana dikaitkan dengan jenama tersebut

dalam pembangunan bola sepak dan sukan di kalangan

kanak-kanak sekolah.”

Page 10: 2011 Corporate Report Bm(1)

“Semasa membesar, saya ingat nenek saya menyediakan mooru

dan membawa minuman tersebut ke Batu Caves bagi sambutan

Thaipusam untuk dikongsi dengan para penganut. Hari ini,

walaupun kami tidak lagi menyediakan mooru sendiri, tradisi

berkongsi ini masih diteruskan. Kini, keluarga dan kawan-kawan

kami akan berkumpul di gerai Susu EVERYDAY di Batu Caves

sewaktu perayaan Thaipusam untuk menikmati mooru yang

diperbuat dengan Susu Tepung EVERYDAY.”

Page 11: 2011 Corporate Report Bm(1)

Arvind dan keluarganya menjadikan ia

suatu upacara amal untuk menikmati

mooru di gerai Susu EVERYDAY, yang

kini menjadi sebahagian dari perayaan

Thaipusam di Batu Caves, Kuala Lumpur,

Kuil Kallu Mallai di Ipoh dan Kuil Thaneer

Mallai di Pulau Pinang, sejak tahun 2005.

Page 12: 2011 Corporate Report Bm(1)

Shaznin dan Fatin

menjadikan mesin NESCAFÉ

DOLCE GUSTO sebagai

perhiasan unggul dalam

dapur mereka dan ini

telah mengeratkan lagi

perhubungan mereka.

Page 13: 2011 Corporate Report Bm(1)

Salah satu perkara yang merapatkan kami

adalah minat kami terhadap kopi dan kami

telahpun meluangkan banyak masa untuk

berborak sambil menikmati latte atau

cappuccino yang mewah. Tetapi, setelah

berkahwin, kami lebih banyak meluangkan

masa di rumah. Kemudian, pada suatu hari

Shaznin membawa pulang alat yang cantik

lalu berkata, “Sekarang, kita boleh membuat

dan menikmati kopi sedap di rumah!”.

Page 14: 2011 Corporate Report Bm(1)

DARI KIRI:

Peter Vogt

Pengarah Urusan

Tan Sri Dato’ Seri

Syed Zainol

Anwar Jamalullail

Pengerusi

12 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 15: 2011 Corporate Report Bm(1)

PESANAN KEPADA PARA PEMEGANG SAHAM

Tahun 2012 akan menjadi tahun yang penting bagi

Nestlé kerana kami meraikan ulang tahun ke-100 kami

di Malaysia. Sejak kemunculan julung kali di Pulau Pinang

pada tahun 1912, kami meneruskan legasi pengasas

Syarikat, Henri Nestlé, yang berpegang kepada pendekatan

Menjana Nilai Bersama (CSV): kepercayaan kami bahawa

kejayaan korporat dan pembangunan sosial adalah saling

bergantung dan untuk mencipta nilai jangka panjang

kepada para pemegang saham, kami harus menjana nilai

untuk masyarakat.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 13

Page 16: 2011 Corporate Report Bm(1)

Bagi pihak Lembaga Pengarah, kami amat berbesar hati untuk membentangkan Laporan Tahunan Nestlé (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

ULASAN PRESTASI

Tahun 2011 dilakarkan dengan pelbagai ketidaktentuan dan perubahan akibat daripada ketidakstabilan politik dan kewangan di kebanyakan rantau. Malaysia sekali lagi bernasib baik kerana hanya terjejas pada tahap yang agak terhad.

Dalam konteks ini, Nestlé Malaysia telah mencapai prestasi yang baik seperti yang ditunjukkan dalam keputusan kewangan pada tahun 2011. Kumpulan mencatatkan perolehan sebanyak RM4.7 bilion, 16.8% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu. Keputusan yang baik ini tercapai hasil dari jualan kukuh dalam kedua-dua pasaran domestik dan perniagaan eksport.

Daripada bahagian domestik, pertumbuhan dua angka yang konsisten dari suku tahun ke suku tahun adalah bukti kepada pelaksanaan strategi dan pelan sepanjang tahun tersebut. Tumpuan yang jelas kepada sedikit inovasi dan renovasi yang lebih besar telah membantu Kumpulan untuk melancarkan beberapa produk baru bagi menarik segmen pasaran baru dan menyokong pertumbuhan masa hadapan. MILO Sejuk, NESTEA Teh Ais Limau, Wafer NESTLÉ CRUNCHY BITE dan Sistem Minuman NESCAFÉ DOLCE GUSTO adalah antara pelancaran yang telah mendapat sambutan baik di pasaran.

Di bahagian eksport, kami telah mencapai satu lagi pertumbuhan dua angka dengan eksport ke negara-negara ASEAN menyumbang lebih daripada separuh jumlah keseluruhan. Menerusi pelaburan sebelum ini dalam pengeluaran Krimer Kopi dan Kopi Mudah Larut, Kumpulan memperoleh faedah sepenuhnya dari peluang pertumbuhan dalam dua kategori ini. Jualan eksport hari ini mewakili 25% daripada jumlah jualan.

Sepanjang tahun berkenaan, Kumpulan meneruskan pelaburan modal yang diperlukan bagi memenuhi permintaan pengeluaran yang lebih tinggi di masa hadapan. Pelaburan disalurkan ke barisan pemprosesan dan pengisian yang baru bagi Tenusu Dingin, satu barisan pengeluaran mi yang baru di Malaysia Timur, satu barisan pengeluaran wafer baru di Chembong, meningkatkan kapasiti pengisian untuk barisan pembungkusan 3dalam1, memasang pemanggang kopi yang baru dan meningkatkan kapasiti pengeluaran KIT KAT.

Sepanjang tahun berkenaan, Kumpulan sekali lagi menghadapi cabaran di bahagian kos input disebabkan peningkatan berterusan kos bahan mentah yang tinggi. Ini memberi tekanan yang berterusan terhadap margin kasar kami dan ini menekankan keperluan menjalankan penjimatan kos dalaman selanjutnya. Kami berupaya untuk mengurangkan sebahagian dari kos input yang lebih tinggi menerusi usaha-usaha berterusan NCE (Kecemerlangan Berterusan Nestlé) yang bertujuan untuk mengurangkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan di seluruh rantaian nilai.

PESANAN KEPADA PARA PEMEGANG SAHAM

14 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 17: 2011 Corporate Report Bm(1)

Disebabkan jualan yang lebih tinggi dan penyerapan kos tetap yang lebih baik, margin keuntungan sebelum cukai meningkat sebanyak 30 mata asas untuk mencapai RM558.8 juta, manakala keuntungan bersih berada pada paras RM456.3 juta dengan margin mendatar.

DIVIDEN

Memandangkan prestasi yang teguh pada tahun 2011, Ahli Lembaga mencadangkan dividen bersih akhir sebanyak RM1.25 sesaham, memberikan jumlah dividen bersih dicadangkan dan diisytiharkan bagi tahun kewangan sebanyak RM1.80 sesaham, peningkatan sebanyak 9.1% berbanding dividen pada tahun 2010.

MENJANA NILAI BERSAMA

Tahun 2012 akan menjadi tahun yang penting bagi Nestlé kerana kami meraikan ulang tahun ke-100 kami di Malaysia. Sejak kemunculan julung kali di Pulau Pinang pada tahun 1912, kami meneruskan legasi pengasas Syarikat, Henri Nestlé, yang berpegang kepada pendekatan Menjana Nilai Bersama (CSV): kepercayaan kami bahawa

kejayaan korporat dan pembangunan sosial adalah saling bergantung dan untuk mencipta nilai jangka panjang kepada para pemegang saham, kami harus menjana nilai untuk masyarakat. Selaras dengan 100 tahun kami yang lampau, kesejahteraan para pengguna menjadi tumpuan utama Syarikat ketika kami meneruskan perjalanan ke arah matlamat kami untuk menjadi sebuah Syarikat Makanan, Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan terkemuka yang diiktiraf dunia.

Sepanjang tahun 2011, kami telah melaksanakan beberapa usaha untuk menggalakkan pemakanan yang lebih baik dan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia. Kami terus mengukuhkan profi l khasiat pemakanan untuk produk kami dan menggiatkan komunikasi kami berhubung kehidupan menyihatkan menerusi media dan aktiviti pengguna yang lain. Kami juga terlibat dengan pengguna dan pihak berkepentingan menerusi pelbagai acara dan dua sesi penglibatan yang mana kami berkongsi pengetahuan dan sumber kami.

Selaras dengan 100 tahun kami yang

lampau, kesejahteraan para pengguna

menjadi tumpuan utama Syarikat

ketika kami meneruskan perjalanan

ke arah matlamat kami untuk menjadi

sebuah Syarikat Makanan, Pemakanan,

Kesihatan dan Kesejahteraan

terkemuka yang diiktiraf dunia.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 15

Page 18: 2011 Corporate Report Bm(1)

Berlebihan berat badan dan obesiti menjadi kebimbangan Kerajaan dan kami di Nestlé ingin menyumbang dalam mencari penyelesaian dengan pengetahuan kami yang meluas dan mendalam berhubung Pemakanan dan Kesihatan. Pada bulan November, kami telah mengendalikan Forum Obesiti Nestlé yang mana pakar kesihatan dan pemakanan telah dijemput untuk berkongsi pandangan mereka bersama wakil media. Berdasarkan pembelajaran dari pihak berkepentingan utama, kami akan meningkatkan usaha kami dalam melancarkan lebih banyak produk bagi membantu pengguna yang berlebihan berat badan dan obes mengawal kesihatan mereka.

Dari segi alam sekitar, agenda utama tahun ini adalah pelancaran Projek RiLeaf Nestlé di Sabah yang bertujuan untuk menanam semula pokok di sepanjang tapak tebing Sungai Kinabatangan, justeru mencipta satu landskap di mana manusia, alam semula jadi dan pertanian boleh wujud secara harmoni dalam memenuhi keperluan mereka terhadap air. Projek penghutanan semula tersebut bermatlamat untuk meliputi kawasan seluas 2,400 ha dalam tempoh

tiga tahun dan lebih daripada 100,000 batang pokok akan ditanam sepanjang tahun hadapan sempena meraikan 100 tahun kami pada tahun 2012. Maklumat yang lebih terperinci mengenai usaha-usaha CSV kami boleh didapati di dalam Laporan Menjana Nilai Bersama tahun 2011 yang dilampirkan bersama.

PENGIKTIRAFAN DAN ANUGERAH

Komitmen kami terhadap Menjana Nilai Bersama diberi pengiktirafan dan penghargaan oleh industri dan rakan dengan pelbagai penghormatan dan anugerah.

Pada tahun 2011 kami telah memenangi anugerah Laporan Kemampanan Terbaik pada Anugerah Pelaporan Kemampanan ACCA Malaysia 2011 (ACCA MaSRA) dengan Kepujian bagi Penglibatan & Penyertaan Pihak Berkepentingan.

Kami turut diberi penghargaan pada Indeks Tadbir Urus Korporat Malaysia 2011, Kumpulan Badan Pemerhati Pemegang Saham Minoriti (MSWG) apabila kami menerima dua buah anugerah – Anugerah Istimewa dan Anugerah Tanggungjawab Korporat Terbaik.

Tumpuan yang jelas kepada inovasi

dan renovasi yang sedikit tetapi

lebih besar telah membantu Kumpulan

untuk melancarkan beberapa produk

baru bagi menarik segmen pasaran baru

dan menyokong pertumbuhan

masa hadapan.

16 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 19: 2011 Corporate Report Bm(1)

PROSPEK TAHUN 2012

Kami menjangkakan tahun 2012 sebagai satu lagi tahun yang mencabar disebabkan pelbagai ketidaktentuan dalam ekonomi global. Bagaimanapun, kami percaya bahawa negara ini mempunyai asas yang kukuh dan memiliki kepelbagaian yang mencukupi untuk berada dalam keadaan yang mantap dalam menghadapi ketidaktentuan global. Pelan kami adalah berdasarkan pertumbuhan ekonomi Malaysia di antara 4% – 5%.

Ini sesuatu yang baik bagi Kumpulan untuk tahun hadapan ketika kami bermatlamat untuk memanfaatkan permintaan domestik yang positif menerusi inovasi dan renovasi produk kami yang berterusan dan promosi pemakanan berkhasiat serta gaya hidup sihat yang berterusan selaras dengan matlamat Kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan produktif.

Harga komoditi yang tidak menentu dijangka akan berterusan pada tahun 2012. Kumpulan akan terus berwaspada dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi meringankan dan mengurangkan sebarang impak kepada perniagaan kami. Elemen utama adalah melancarkan inisiatif NCE kami kepada lebih banyak unit.

Tahun 2012 merupakan tahun yang sangat bermakna bagi Nestlé Malaysia kerana kami akan menyambut ulang tahun ke 100 operasi kami di Malaysia. Kami telah berada di sisi rakyat Malaysia sejak 100 tahun yang lalu, dengan memberikan mereka ‘GOOD FOOD, GOOD LIFE’ dan kami komited untuk berbuat demikian bagi tahun - tahun yang akan datang.

PENGHARGAAN

Dalam tahun tersebut, kami menyaksikan persaraan Tengku Tan Sri [Dr.] Mahaleel Bin Tengku Ariff sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. Tengku Tan Sri [Dr.] Mahaleel dilantik buat pertama kali untuk menyertai Lembaga Pengarah pada tahun 2003 dan telah berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit dan Pencalonan. Bagi pihak Syarikat, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangannya yang begitu berharga.

Ahli Lembaga dan Syarikat juga ingin mengalu-alukan kehadiran Tan Sri Datuk Yong Poh Kon yang telah dilantik untuk menyertai Ahli Lembaga pada 25 April 2011. Beliau membawa bersamanya pengalaman sebagai Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia dan Ahli

Lembaga bagi Perbadanan Produktiviti Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Beliau kini adalah Pengarah Urusan Royal Selangor International Berhad dan kami mengalu-alukan sumbangannya dalam Lembaga Pengarah.

Sebagai penutup, Lembaga Pengarah ingin merakamkan penghargaan kepada pasukan pengurusan dan semua warga kerja atas komitmen dan dedikasi mereka, tanpa mereka kejayaan berterusan Kumpulan tidak mungkin tercapai. Penghargaan kami juga kepada rakan kongsi, pengedar-pengedar dan pelanggan-pelanggan kami atas sokongan berterusan dan kesetiaan kepada jenama kami.

Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol

Anwar Jamalullail

Pengerusi

Peter Vogt

Pengarah Urusan

PESANAN KEPADA PARA PEMEGANG SAHAM

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 17

Page 20: 2011 Corporate Report Bm(1)

ULASAN PERNIAGAAN

Menyegerakan pelaksanaan Program Kecemerlangan Berterusan Nestlé (NCE) adalah sesuatu yang sangat memanfaatkan bagi mengurangkan atau mengelakkan pengguna menanggung peningkatan harga.

NCE merupakan satu rangka kerja global untuk menambahbaik proses dan kecekapan kerja di Nestlé. Ia mula diperkenalkan dalam bahagian pembuatan beberapa tahun lalu. Hasil yang kukuh telah dicapai misalnya meningkatkan prestasi barisan pengeluaran, mengurangkan pembaziran atau mempercepatkan proses pembangunan bagi produk baru. Sepanjang tahun 2011, pendekatan NCE mula digunakan di beberapa bahagian tambahan Syarikat.

NCE membolehkan fungsi Kewangan & Kawalan (F&C) menyingkirkan pembaziran dalam proses, memacu penjajaran berhubung matlamat dan menyediakan ketelusan terhadap prestasi. Pelaksanaan bermula dengan dua jabatan perintis manakala jabatan lain di dalam F&C akan memulakan perjalanan NCE mereka menjelang suku tahun pertama 2012.

Tahun 2011 adalah satu tahun yang memberangsangkan bagi Nestlé Malaysia, dengan setiap suku tahun menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding suku sebelumnya dengan pertumbuhan dua angka, dipacu oleh kedua-dua jualan domestik dan eksport. Kebangkitan ekonomi Malaysia yang kukuh mempunyai impak yang positif ke atas keyakinan pengguna yang menyebabkan prestasi kukuh dalam jualan domestik.

Melengkapi keadaan ini adalah pengenalan produk-produk baru serta aktiviti inovasi dan renovasi produk yang berterusan. Beberapa produk baru telah diperkenalkan sepanjang tahun ini seperti NESTEA, MILO Sejuk, Ais Krim MAT KOOL, Wafer Crunchy Bite NESTLÉ dan NESCAFÉ Menu Kopi O diterima baik oleh para pengguna.

Pertumbuhan kukuh dalam permintaan daripada pasaran domestik serta eksport menyebabkan pengeluaran keseluruhan meningkat sebanyak kira-kira 10% bagi tahun 2011 dengan penggunaan kapasiti yang tinggi disertai oleh penambahbaikan prestasi yang ketara sepanjang rangkaian pengeluaran.

Pertumbuhan ekonomi yang berterusan negara-negara jiran memainkan peranan penting dalam menggalakkan prestasi jualan eksport yang menyaksikan pertumbuhan jumlah sebanyak 18% kepada pengguna antara pasaran, terutamanya untuk kategori minuman cecair, kopi dan krimer. Malaysia tetap menjadi pembekal utama di ASEAN dan sememangnya fl eksibel dalam menyediakan sokongan kontingensi kepada Ivory Coast dan Thailand.

Pelaburan tambahan dalam barisan pengeluaran dan pengoptimuman proses telah dilaksanakan untuk menyokong peningkatan permintaan domestik dan eksport bagi produk segar dan berkualiti tinggi di Nestlé Malaysia. Pelaburan keseluruhan berjumlah kira-kira RM104 juta dan disalurkan kepada barisan pemprosesan dan pengisian yang baru bagi Tenusu Sejuk, barisan pengeluaran mi yang baru di Malaysia Timur, barisan pengeluaran biskut wafer yang baru di Chembong, meningkatkan kapasiti pengisian bagi barisan pembungkusan 3dalam1, memasang pemanggang kopi yang baru dan meningkatkan kapasiti barisan KIT KAT.

18 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 21: 2011 Corporate Report Bm(1)

Dalam usaha untuk meningkatkan

kecekapan, Syarikat telah

menggunakan pengaruh

Kecemerlangan Berterusan Nestlé

(NCE) serta inisiatif penjimatan

kos untuk mengurangkan atau

mengelakkan pengguna menanggung

peningkatan harga.

Dari sudut Sumber Manusia, Nestlé telah melabur sebanyak RM11 juta dalam latihan dan pembangunan warga kerja pada tahun 2011 yang meliputi kedua-dua program dalaman dan luaran berhubung kemahiran teknikal, kepimpinan, kemahiran insaniah dan manfaat tambahan untuk kesemua warga kerja.

Ini termasuk Penyelesaian Pengurusan Bakat dan Prestasi (TPMS) untuk menyediakan sokongan bagi mengenalpasti bakat serta penilaian dan perancangan berturut-turut; program Nestlé Everyday Coaching untuk membantu warga kerja untuk menemui dan membangunkan potensi dalam mencapai azam mereka secara peribadi atau profesional; pengubahsuaian program Nestlé Management Trainee menyediakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang lebih meluas dalam fungsi utama dan silang; serta Skim Faedah Fleksibel yang mana warga kerja mempunyai fl eksibiliti dalam pilihan mereka terhadap insurans hayat serta pakej kesihatan dan kesejahteraan.

Kami terus melibatkan warga kerja kami menerusi kajian ‘Nestlé & I’, di mana sesi kumpulan tumpuan dikendalikan

untuk mengumpul input daripada warga kerja mengenai cara untuk mengukuhkan rancangan tindakan pasaran. Nilai-nilai Nestlé berasaskan Kepercayaan, Hormat, Penglibatan, Bangga dan Komitmen juga dilancarkan semula dan diimbau kembali menerusi satu siri pameran bergerak “We Make Nestlé” di 13 lokasi di seluruh Malaysia.

Sementara itu, Pasukan Jualan terus memacu kecemerlangan menerusi usaha-usaha dalam bidang pengurusan pelanggan, pandangan orang ramai yang membeli-belah, pembangunan saluran dan pengurusan jualan lapangan yang disediakan menerusi Konvensyen Jualan 2011 bertemakan “Seni Kemenangan”. Ini menghasilkan peningkatan dalam pengedaran, kehadiran di kedai dan dagangan produk, pelaksanaan di kedai bagi aktiviti promosi khusus saluran yang lebih baik dan tahap khidmat pelanggan yang dipertingkatkan kepada pelanggan runcit kami.

Kami juga terus memacu agenda Kemenangan kami dengan Pelanggan menerusi usaha-usaha meningkatkan initiatif-initiatif Perancangan Perniagaan Bersama dan Pertumbuhan Kategori

Penghantaran, yang menghasilkan kerjasama, pertumbuhan dan keuntungan yang lebih baik bagi pelanggan utama kami. Sebagai contoh, Pasukan Jualan Nestlé berkongsi kepakaran mereka dengan menjadi penasihat kategori kepada peruncit Dagangan Tradisional di bawah usaha yang diterajui oleh Kerajaan digelar Program Transformasi Peruncit Kecil-Kecilan (TUKAR).

Satu Polisi Pemulangan Baru pada tahun 2011 juga menghasilkan peningkatan produk-produk yang segar dalam dagangan, pengurusan stok dan penggiliran serta pengurusan keseluruhan bagi barangan rosak yang lebih baik. Turut dilancarkan adalah Pasaran – satu latihan jualan e-pembelajaran dan aplikasi perkongsian amalan terbaik yang dibangunkan oleh Kumpulan Nestlé di seluruh dunia pada tahun 2011.

Kumpulan turut meningkatkan aktiviti pemasarannya pada tahun 2011 bagi menyokong pasukan jualan, melabur dalam promosi media dan pengguna untuk mengukuhkan jenamanya, memperkenalkan produk baru dan mencipta hubungan pelanggan yang lebih kukuh.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 19

Page 22: 2011 Corporate Report Bm(1)

Kumpulan turut meningkatkan aktiviti

pemasarannya pada tahun 2011 bagi

menyokong pasukan jualan, melabur

dalam promosi media dan pengguna

untuk mengukuhkan jenamanya,

memperkenalkan produk baru dan

menjana hubungan pelanggan yang

lebih kukuh.

KOPI & MINUMAN

2011 merupakan satu tahun yang mencabar bagi perniagaan Kopi dan Minuman disebabkan perubahan harga komoditi utama seperti kopi hijau dan serbuk koko. Bagaimanapun, usaha dalaman yang kukuh termasuk kempen pemasaran dan pelancaran produk baru telah membantu untuk melonjakkan jualan dan menyumbang kepada prestasi kukuh secara keseluruhan sektor berkenaan.

Jumlah jualan MILO terus berkembang pada tahun 2011 dengan Pracampur MILO mencatatkan perkembangan di pasaran dan menyumbang kepada peningkatan bahagian pasaran serta mengekalkan kedudukan utama dalam segmen serbuk.

NESCAFÉ Menu KOPI O

NESCAFÉ Menu KOPI O menyediakan rasa kopi

dan aroma yang kuat kegemaran masyarakat

tempatan tanpa bersusah payah menggunakan

penapis.

MILO SejukRahsia Van Pensampelan MILO Didedahkan

MILO membawa kembali rasa klasik minuman

MILO sejuk daripada van menyediakan sampel

yang memikat hati beberapa generasi rakyat

Malaysia selama lebih daripada 60 tahun ke rumah

rakyat Malaysia dengan pengenalan MILO Sejuk.

MILO Sejuk boleh didapati dalam pek stik yang

ringkas dan dirumus khas untuk larut dalam air

sejuk bagi kesegaran segera dan rasa yang lazat

segelas minuman sejuk MILO.

Apa yang Baru

ULASAN PERNIAGAAN

Pada tahun ini kami menyediakan

kod QR untuk kesenangan

melayari laman web kami. Anda

hanya perlu mengimbas kod-kod

ini dengan menggunakan telefon

pintar (anda mungkin perlu muat

turun satu aplikasi untuk berbuat

demikian) dan anda akan terus

dibawa ke laman-laman web

tersebut pada telefon anda.

20 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 23: 2011 Corporate Report Bm(1)

Dilancarkan pada tahun 2011, sistem NESCAFÉ DOLCE GUSTO menyediakan satu pengalaman kafe Itali yang baru. Direka untuk kegunaan rumah dan pejabat kecil, ia mengandungi mesin yang mudah digunakan dan kapsul kopi mudah yang membolehkan pengguna untuk memilih sama ada Espresso, Cappuccino, Latte Macchiato atau Mocha di rumah atau di tempat kerja.

Turut dilancarkan pada tahun 2011 adalah Teh Ais Perisa Lemon NESTEA, minuman keluarga yang baru dan menarik berbentuk serbuk yang larut dengan mudah dalam air sejuk. Ia mengandungi semua kebaikan teh yang menyegarkan dengan khasiat Vitamin C dan 31% kurang gula berbanding jenama teh ais limau yang lain.

Tea Ais Perisa Lemon NESTEAKebaikan menyegarkan Teh dalam Pek Campuran Tersedia

Tea Ais Perisa Lemon NESTEA merupakan

serbuk padu teh premium dengan perasa

lemon yang mudah larut dalam air sejuk. Ia

adalah satu pilihan lebih menyihatkan kerana

ia mengandungi semua kebaikan menyegarkan

teh dengan khasiat vitamin C; dua Tea Ais Perisa

Lemon NESTEA memenuhi 100% saranan

pengambilan harian vitamin C.

NESCAFÉ DOLCE GUSTO

NESCAFÉ DOLCE GUSTO adalah satu sistem

kopi bergaya untuk kegunaan di rumah dan

pejabat kecil yang terdiri daripada mesin

mudah digunakan dan kapsul kopi mudah

yang menyediakan minuman bergaya kafe,

berkualiti tinggi seperti Espresso, Cappuccino,

Latte Macchiato atau Mocha hanya dengan

meletakkan kapsul dan menekan butang.

Pakar kopi pasti menghargai mesin kopi

NESCAFÉ DOLCE GUSTO ini yang menggunakan

tekanan 15-bar yang sama untuk mengekstrak

kopi seperti mesin espresso profesional.

Pada tahun 2011, MILO melancarkan inovasi terbesar tahun ini – MILO Sejuk – serbuk MILO yang larut dalam air sejuk dengan rasa yang serupa dengan minuman sejuk lazat daripada van pensampelan MILO yang digemari ramai. MILO Sejuk meningkatkan bahagian pasaran campuran MILO serta keseluruhan kategori minuman sejuk.

Sementara itu, NESCAFÉ terus mencatatkan pertumbuhan positif dan mengekalkan kedudukan jenamanya. Bagi mengukuhkan pelancaran inovatif NESCAFÉ Menu, satu tambahan baru – Kopi O – yang menyediakan rasa kopi panggang tempatan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia di kedai kopi tempatan telah diperkenalkan.

nal.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 21

Page 24: 2011 Corporate Report Bm(1)

Kini dalam tahun ketiganya, peraduan online ‘Chillah’ NESCAFÉ Dalam Tin menyediakan saluran khas bagi pengguna menzahirkan diri mereka menerusi tema gaya hidup seperti rekaan dan muzik. Kejayaan NESCAFÉ pada tahun 2011 turut dibantu oleh pelancaran resipi rendah lemak yang baru dan diperbaiki dengan rasa kopi tambahan.

MAKANAN

2011 menyaksikan pertumbuhan pantas dalam perniagaan makanan meskipun berhadapan dengan cabaran akibat harga input yang lebih tinggi. Ini disumbangkan oleh usaha bersama untuk menggalakkan nilai jenama tersebut dan pada masa yang sama memacu kecekapan operasi dalaman.

MINUMAN CECAIR NESTLÉ

Tahun ulasan merupakan tahun yang sangat menarik bagi perniagaan Minuman Cecair NESTLÉ (NLD), yang menyaksikan pertumbuhan kukuh dan keuntungan yang lebih tinggi daripada renovasi produk dan kempen menarik pengguna yang merangsang jumlah keseluruhan perniagaan.

MILO UHT adalah penyumbang jumlah terbesar dalam kategori NLD dan akan terus menjadi tunjang penting yang memenuhi keperluan pengguna 7-12 tahun, manakala MILO Dalam Tin terus menerajui segmen golongan muda.

NESCAFÉ Sedia Diminum Rasa Yang Telah Dipertingkatkan dan Rendah Lemak!

NESCAFÉ sedia diminum (RTD) kini dengan rasa

baru yang telah dipertingkatkan, resipi rendah

lemak yang mengetengahkan campuran serbuk

kopi baru yang memberikan rasa kopi lebih baik,

dengan 99 kcal dan kurang daripada 1.9g lemak

untuk setiap hidangan.

Ia boleh didapati dalam jenis ikoniknya iaitu

NESCAFÉ Asli, Latte, Mocha, Black Roast dan

Ais di semua kedai runcit di seluruh negara.

Penambah Tenaga MILO Dalam Tin

Direka semula dengan ekspresi yang lebih

bertenaga, dinamik dengan semua kebaikan

MILO yang sesuai dengan gaya hidup aktif. Tin

langsing bergaya yang memberikan tenaga

sewaktu kesuntukan waktu itu membolehkan

langkah lebih jauh ke mana sahaja anda berada,

boleh didapati dalam 3 jenis yang lazat: Asli

240ml, Mocha 240ml dan Hi-Cal 240ml.

Apa yang Baru

ULASAN PERNIAGAAN

22 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 25: 2011 Corporate Report Bm(1)

Menerajui pembungkusan ini adalah Mi MAGGI yang mengekalkan kedudukan pasarannya. Pengenalan kempen baru yang menggalakkan penyediaan mi yang lazat dan seimbang terus mengukuhkan ekuiti jenama tersebut. MAGGI juga terus melabur dalam rangkaian penyelesaian kulinarinya mencatatkan pertumbuhan dua angka bagi produk utama seperti perasa semua dalam satu MAGGI Cukup Rasa.

MAGGI juga terus menyokong petani-petani cili tempatan menerusi program perladangan kontrak dan menyentuh hati masyarakat setempat dengan memberi sokongan secara aktif dalam acara utama seperti Tahun Baru Cina, Gawai Keamatan di Malaysia Timur dan Ramadan/Hari Raya.

Tahun ulasan merupakan tahun yang

sangat menarik bagi perniagaan

Minuman Cecair NESTLÉ yang

menyaksikan pertumbuhan kukuh dan

keuntungan yang lebih tinggi daripada

renovasi produk dan kempen menarik

pengguna yang merangsang jumlah

keseluruhan perniagaan.

Sos Cili MAGGI Tampil Terbaik dan Rasa Yang Cukup Segar

Cili yang digunakan untuk menghasilkan sos cili

MAGGI dipetik dengan tangan, segar dari ladang

dan hanya cili “separuh merah, separuh hijau”

yang masak sempurna dipilih bagi memastikan

cili tersebut berada dalam keadaan paling segar

semasa ia dibotolkan.

MAGGI juga menggunakan cili segar daripada

jenis Kulai yang dihasilkan menerusi perladangan

kontrak bersama petani tempatan yang

dipaparkan pada label merah dan kuning baru

yang mengetengahkan kesegaran cili ladang.

Perhatikan sos tomato MAGGI kami yang juga

memaparkan penampilan menyegarkan!

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 23

Page 26: 2011 Corporate Report Bm(1)

Perniagaan Konfeksi mencatatkan

pertumbuhan dua angka yang kukuh

pada tahun 2011 dengan kedua-dua

perniagaan domestik dan eksport

secara langsung menunjukkan

prestasi yang sangat baik.

SUSU

Perniagaan Susu terus melabur dalam mengukuhkan pemahaman pengguna menerusi penyelidikan lebih mendalam yang membolehkan penglibatan pengguna yang lebih berkesan dan aktiviti jalinan erat jenama.

Cabaran sepanjang tahun ini termasuk turun naik kos pepejal susu yang memberi tekanan yang kuat kepada perniagaan di seluruh dunia. Bagaimanapun, tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi dalaman membolehkan peningkatan kos input dikurangkan.

Aktiviti penglibatan pengguna termasuk kempen TV mengenai kolesterol oleh NESTLÉ OMEGA PLUS dan penyertaan dalam pameran Jom Heboh di TV3 yang sangat interaktif bagi mendidik pengguna mengenai 10 Tanda Pemakanan Yang Baik dalam susu oleh NESPRAY Fortifi ed, telah membantu untuk mencipta kesedaran pengguna yang lebih baik.

NESTLÉ CRUNCHY BITE Wafer

NESTLÉ CRUNCHY BITE Wafer yang ringan,

rangup dan bercoklat ini didatangkan pada

harga berpatutan.

Yogurt Tanpa Lemak NESTLÉ dengan Blackcurrant dan Anggur Merah

Yogurt Tanpa Lemak NESTLÉ 135g kegemaran

ramai kini dengan Blackcurrant dan Anggur

Merah yang mempunyai tiga kali ganda

kebaikan buah sebenar, tiada pewarna tiruan

dan dengan kultur hidup bagi mengekalkan

sistem penghadaman yang baik. Blackcurrant

dan Anggur Merah mempunyai kandungan

antioksidan yang tinggi dan terutamanya kaya

vitamin C.

Apa yang Baru

ULASAN PERNIAGAAN

24 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 27: 2011 Corporate Report Bm(1)

pada tanda harga pasaran yang menarik. Penerimaan pengguna bagi biskut NESTLÉ CRUNCHY BITE Wafer adalah positif dengan jualan yang dicapai melebihi ramalan awal. Keutamaan kami adalah untuk membina maklum balas positif ini dan meningkatkan kesediaan jenama dan kehadiran di kedai dalam tahun kewangan akan datang.

TENUSU SEJUK

NESTLÉ BLISS merupakan jenama minuman yogurt terkemuka di Malaysia dengan bahagian pasaran yang kukuh. Kempen Cabaran NESTLÉ BLISS 14-Hari diperluaskan pada tahun 2011 dengan aktiviti yang lebih besar, lebih baik dan pembabitan yang lebih ramai, sekali gus menghasilkan pertumbuhan kukuh.

Menyertai keluarga tersebut adalah NESTLÉ BLISS 0% Lemak Campuran Beri yang menawarkan pengguna satu campuran sempurna beri kegemaran mereka. Maklum balas pengguna sangat positif dan menggalakkan.

Minuman 3dalam1 NESVITA meneruskan hubungannya secara digital dengan para pengguna melalui kempen “Spot On” manakala COFFEE-MATE telah melancarkan “Customise Your Cup” NESCAFÉ bagi membolehkan pengguna untuk merasai kenikmatan secawan kopi yang sebenar.

KONFEKSI

Perniagaan Konfeksi mencatatkan pertumbuhan dua angka yang kukuh pada tahun 2011 dengan kedua-dua perniagaan domestik dan eksport secara langsung menunjukkan prestasi yang sangat baik. Pemacu utama pertumbuhan adalah KIT KAT, yang terus mengukuhkan kedudukan pimpinan pasaran jenama tersebut dalam segmen barisan. KIT KAT disokong menerusi kempen multimedia yang baru pada tahun 2011 di Malaysia bersama-sama kehadiran di kedai dan program pengaktifan.

Pada bulan Julai 2011, NESTLÉ CRUNCHY BITE Wafer telah dilancarkan, ditempatkan sebagai Produk Berkedudukan Popular (PPP)

NESTLÉ BLISS 0% Lemak Campuran Beri 700gm

NESTLÉ BLISS 0% Lemak Campuran Beri

adalah campuran sempurna anggur merah,

redcurrant, strawberi, rasberi, blackcurrant dan

beri biru, menggunakan semua jus buah-buahan

sebenar semula jadi, tanpa pewarna tiruan dan

0% lemak.

Ia juga termasuk kebaikan Inulin (Serat) dan

kultur hidup yang membantu untuk mengekalkan

sistem penghadaman yang baik.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 25

Page 28: 2011 Corporate Report Bm(1)

NESTLÉ PROFESSIONAL

2011 menyaksikan pelancaran NESTEA Lemongrass Green Tea manakala resipi baru yang dipertingkatkan telah dilancarkan bagi NESCAFÉ High Roast dan NESCAFÉ Tongkat Ali. Sistem pemilikan NESCAFÉ Milano dengan rangkaian produk import yang menyediakan minuman premium berkualiti barista telah diperkenalkan kepada rakan terpilih.

AIS KRIM NESTLÉ

Tahun ulasan ini adalah tahun yang hebat bagi segmen ais krim – dipacu oleh inovasi baru yang memperluaskan pasaran segmen Dorongan (Impulse). Meskipun keseluruhan kategori ais krim menunjukkan tanda pemulihan yang perlahan, Ais Krim NESTLÉ berkembang melewati lingkungan ini.

Agenda utama tahun ini termasuk kejayaan pelancaran MAT KOOL Split Vanilla Mango dan NESTLÉ DRUMSTICK Almond Thrill. Inovasi baru ini adalah yang pertama di pasaran dan memenuhi komitmen kami untuk menggembirakan pengguna kami dengan mencipta keseronokan untuk keseluruhan kategori ais krim.

NESTLÉ DRUMSTICK Almond Thrill

NESTLÉ DRUMSTICK Almond Thrill merupakan

resipi baru dengan ais krim lembut dan berkrim

berperisa kacang pecan dalam kon, dikelilingi

gegelang coklat nipis dan dilapisi kacang badam

hancur di atasnya. Ais krim tersebut memberikan

sensasi berbeza dengan setiap gigitan sama ada

rasa lembut daripada coklat yang tersembunyi

di bahagian tengah atau kepingan coklat yang

memuaskan hati pada akhir gigitan.

MAT KOOL Split Vanilla Mango 40ml

MAT KOOL Split Vanilla Mango adalah konfeksi

ais krim pertama dengan jeli berperisa mangga

yang boleh dikupas dibuat daripada pewarna

semula jadi yang menampilkan vanila yang lazat.

Apa yang Baru

ULASAN PERNIAGAAN

26 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 29: 2011 Corporate Report Bm(1)

Dalam perniagaan makanan, stok Ayam MAGGI yang baru telah dilancarkan dan menjadi bahan yang digemari bagi pengusaha di luar rumah manakala segmen nilai (saluran jalanan) menjadikan granul MAGGI Cukup Rasa sebagai bahan utama untuk gerai makanan.

Hubungan Nestlé Professional dengan industri Luar Rumah (OOH) mencatatkan satu lagi pencapaian pada tahun 2011 dengan penajaan Anugerah Seni Kulinari Nestlé dan Cabaran Kopi Milano NESCAFÉ bertujuan untuk terus meningkatkan piawaian seni kulinari dan kopi barista serta bekerjasama dengan persatuan F&B bagi meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan makanan dan peribadi untuk pengusaha makanan dan minuman.

Nestlé Professional kini merupakan

salah satu peneraju pasaran F&B

dalam industri luar rumah

dengan kepakarannya menyediakan

produk dan penyelesaian sistem

yang inovatif dan kreatif.

NESCAFÉ Milano

NESCAFÉ Milano adalah “Penyelesaian Mutlak

Pertama” yang menawarkan kualiti, kemudahan

dan mengikut keperluan kepada pengusaha

komersil dalam persekitaran di luar rumah.

Minuman gaya kafe seperti latte dan cappuccino

boleh disediakan dengan hanya sentuhan

butang. Dengan penjimatan masa, pengusaha

boleh melabur dalam seni latte untuk meluaskan

margin menu kopi mereka.

NESTEA Lemongrass Green Tea

NESTEA Lemongrass Green Tea ialah minuman

pracampur mudah larut dalam air sejuk yang

disasarkan untuk kumpulan umur 18-25 tahun

yang inginkan teh sejuk yang menyegarkan serta

menarik untuk dinikmati bersama makanan

mereka dan satu rangkaian unik bagi pengusaha

yang mahu menawarkan sesuatu yang berbeza

kepada pelanggan mereka untuk semua acara.

NESCAFÉ Shake

NESCAFÉ Shake yang boleh didapati di

kebanyakan kedai kopi di kawasan kejiranan

anda adalah kopi kocak sejuk yang pasti

membangkitkan semangat anda. Kopi yang

lembut dan berkrim ini tentunya membuatkan

anda mahukannya lagi.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 27

Page 30: 2011 Corporate Report Bm(1)

Pemakanan bagi 1,500 hari pertama kehidupan,

terutamanya pada peringkat perkembangan

yang sangat awal mempengaruhi kesihatan

sepanjang hayat. Inilah sebabnya Nestlé

menyokong penyusuan susu badan eksklusif

bagi enam bulan pertama kehidupan. Program

‘Start Well Stay Well’ Nestlé meyediakan ibu-

ibu dengan program pemakanan bersepadu

bagi produk, maklumat dan perkhidmatan

yang membantu golongan ibu dengan pilihan

pemakanan bermula daripada kehamilan.

NESTLÉ Mom & Me

Ini adalah minuman susu formula yang direka

khusus dan lazat untuk ibu hamil dan ibu

yang menyusukan bayi yang mengandungi

kultur aktif BL BIFIDUS, 20 vitamin utama

dan mineral, asid folik, DHA dan perasa vanila

bagi memastikan ibu dan bayi dilengkapi

dengan khasiat yang diperlukan.

Bijirin Bayi CERELAC

Bayi yang membesar memerlukan makanan

yang lazat serta berkhasiat, inilah sebabnya

Bijirin Bayi CERELAC dihasilkan daripada

semua bahan penuh semula jadi, tanpa

pengawet atau pewarna tiruan. CERELAC

memastikan diet yang lazat, sempurna dan

seimbang bagi bayi dengan tekstur dihasilkan

khusus untuk mereka.

PEMAKANAN

Pemakanan Bayi terus menjunjung komitmennya untuk meningkatkan kualiti kehidupan menerusi pemakanan berasaskan sains, usia dengan produk yang ditunjangi oleh penyelidikan saintifi k yang meluas bagi memastikan ibu-ibu dan anak-anak mendapat khasiat yang tepat bagi memulakan usia dengan baik dan mengekalkan kesihatan mereka.

Tahun ulasan menyaksikan pelancaran rumusan dipertingkatkan bagi susu membesar LACTOGEN 3 dan pengenalan NESTLÉ Mom & Me – minuman susu formula lazat bagi ibu-ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi.

Apa yang Baru

ULASAN PERNIAGAAN

NAN KID 4

Serbuk susu dirumus khas untuk kanak-kanak

berusia 3 tahun ke atas, ia mengandungi

bahan penting bagi memenuhi keperluan

pemakanan khusus pada usia tersebut yang

termasuk BL BIFIDUS, kultur aktif yang

mempunyai manfaat terbukti secara saintifi k

serta vitamin dan mineral penting.

Dengan khasiat seperti selenium, zink,

vitamin A, C dan E untuk menyokong fungsi

ketahanan tubuh, ia membantu untuk

mengukuhkan pertahanan imun badan serta

mengurangkan risiko jangkitan.

28 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 31: 2011 Corporate Report Bm(1)

NUTREN Optimum FormulaProduk Tenusu

Produk tenusu NUTREN Optimum Formula

adalah satu suplemen oral menyeluruh

bagi mereka yang memerlukan sokongan

khasiat tambahan disebabkan gaya hidup

atau keadaan perubatan yang berasa

penat atau lemah atau mereka yang mahu

mengembalikan tenaga atau pulih daripada

penyakit atau pembedahan.

NESTLÉ Honey Stars dan Rockets

NESTLÉ Honey Stars yang dipertingkatkan

ini akan membuatkan lebih ramai kanak-

kanak teruja untuk bersarapan kerana ia kini

memaparkan bentuk roket kecil di tengah-

tengah bentuk bintang klasik.

Diperbuat daripada jagung penuh, gandum,

oat dan madu, ia menyediakan sekurang-

kurangnya 8gm bijirin penuh dalam setiap

30gm hidangan dan kini mengandungi kurang

11% sodium. Ia juga tinggi dengan kandungan

vitamin B1, B2, B3, B6, C dan zat besi.

NESTLÉ Corn Flakes

Dilancarkan pada bulan Ogos 2011, Bijirin

Sarapan Nestlé melakukan rumusan semula

Nestlé Corn Flakes yang digemari seisi

keluarga yang kini mengetengahkan bijirin

penuh, menjadikannya tambahan terkini

kepada keluarga bijirin penuh NESTLÉ.

Mengekalkan kandungan serat semula jadi,

vitamin dan mineral, Nestlé Corn Flakes juga

mengandungi 10 vitamin and mineral serta

kurang 25% sodium.

Turut dilancarkan adalah Bijirin Bayi NESTLÉ CERELAC untuk kanak-kanak berusia setahun dan ke atas. Menggunakan semua bahan penuh semula jadi, tanpa pengawet atau pewarna tambahan, NESTLÉ CERELAC memastikan diet seimbang untuk bayi. Penting untuk menyediakan penyelesaian sebaik mungkin daripada mula kerana kami memahami bahawa kanak-kanak yang menerima khasiat yang tepat untuk 1,500 hari pertamanya lebih cenderung untuk menjadi sihat sepanjang hayat mereka.

PEMAKANAN PENJAGAAN

KESIHATAN

Pada tahun 2011, bahagian Pemakanan Penjagaan Kesihatan Nestlé menjadi sebahagian daripada Sains Pemakanan Nestlé, yang ditubuhkan untuk menyediakan pemakanan sains kesihatan bagi pencegahan, penambahbaikan dan rawatan keadaan perubatan yang akut dan kronik menerusi intervensi pemakanan.

Sepanjang tahun 2011, produk pemakanan berasaskan sains kami seperti NUTREN Untuk Diabetik, NUTREN Optimum, NUTREN Fibre dan NUTREN Junior telah membantu orang ramai dengan keperluan pemakanan khusus, telah mencapai hasil yang lebih baik untuk keadaan mereka manakala pemakanan dirumus khas PEPTAMEN membantu keperluan pemakanan bagi mereka dalam jagaan kritikal.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 29

Page 32: 2011 Corporate Report Bm(1)

SOROTAN UTAMA 2011

PROJEK RILEAF NESTLÉ A

Nestlé Malaysia telah melancarkan Projek RiLeaf Nestlé di Sukau, Sabah, yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, pada bulan Oktober 2011.

Projek RiLeaf Nestlé adalah projek tiga tahun yang bertujuan untuk menjalankan penghutanan semula tebing sungai Kinabatangan dan pembentukan landskap di mana penduduk, alam semula jadi serta pertanian (kelapa sawit) bersatu melalui sumber daya hidupnya iaitu air. Projek penghutanan semula ini menyasarkan kawasan seluas 2,400 hektar tanah di tebing Sungai Kinabatangan yang bertujuan untuk

A

mewujudkan zon pemuliharaan sebagai kawasan tadahan semula jadi yang menapis dua bahan pencemar utama sungai: sedimen tanah dan sisa bahan kimia daripada baja. Dengan ini, diharapkan kemampanan Sungai Kinabatangan dapat di pelihara sepanjang masa.

Nestlé juga terlibat secara aktif dalam usaha membangunkan keupayaan masyarakat setempat dengan membeli anak benih pokok daripada KAPOK (Komuniti Anak Pokok Kinabatangan). KAPOK ialah sebuah pertubuhan berasaskan komuniti yang terdiri daripada para usahawan dari empat perkampungan setempat yang mengeluarkan biji benih pokok hutan. Selain itu, KAPOK juga menguruskan penanaman anak benih pokok di sepanjang tebing sungai Kinabatangan. Fasa pertama projek ini bermatlamat untuk menanam lebih daripada 100,000 pokok dalam tahun 2012, bersempena sambutan ulang tahun ke-100 Nestlé di Malaysia.

30 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 33: 2011 Corporate Report Bm(1)

NESTLÉ MENERUSKAN PERKONGSIANNYA

BERSAMA WWF-MALAYSIA B

Dalam inisiatif untuk meneruskan sokongan terhadap usaha pemuliharaan di Tanah Bencah Setiu di Terengganu, Nestlé Malaysia memperbaharui kerjasama mereka dengan WWF-Malaysia di satu majlis menandatangani perjanjian di Petaling Jaya, pada 13 Oktober 2011.

Kerjasama yang bermula sejak tahun 2006 itu, mengiktiraf kepentingan tanah bencah untuk pelbagai fungsi dan rangkaian ekosistem termasuk pengawalan sumber air dengan menyerap lebihan air dan mengawal aliran air semasa hujan lebat dengan membebaskan air secara perlahan sepanjang tempoh kering.

Berdasarkan syarat-syarat fasa kedua kerjasama berkenaan yang meliputi tempoh 3 tahun, Nestlé dan WWF-Malaysia akan memberi tumpuan kepada kerjasama mereka dalam pengukuhan asas yang dibina pada fasa lebih awal daripada sudut mengetengahkan wanita untuk menyertai pembangunan pemuliharaan dan kemampanan biodiversiti, meluaskan bantuan dan meningkatkan penyertaan komuniti lain di kawasan tersebut serta mempelbagaikan pilihan untuk menjana pendapatan tambahan. Fasa ini akan mengembangkan projek kepada satu model untuk dijadikan panduan bagi komuniti lain selain menjadikannya usaha berterusan untuk jangka panjang.

B

NESTLÉ MENYULAM JALINAN USAHA ALAM

SEKITAR DI SETIU C

Penduduk wanita di Kampung Mangkok, Setiu meneguhkan pendirian mereka terhadap alam sekitar dengan melancarkan kempen anti beg plastik dan memperkenalkan beg bukan tenun buatan tangan mereka sendiri. Kempen berkenaan telah dianjurkan oleh WWF-Malaysia serta disokong oleh Nestlé Malaysia dilancarkan di pasar pagi Penarik, Setiu, sempena kempen berterusan ‘Tiada Beg Plastik’ yang dijalankan di seluruh negara.

Wanita-wanita berkenaan yang menggelarkan diri mereka PEWANIS (Persatuan Wanita Kampung Mangkok, Setiu) membawa peranan mereka sebagai penjaga alam sekitar serta kemahiran perniagaan mereka ke tahap berikutnya dengan melancarkan usaha mereka sendiri bagi mengurangkan penggunaan beg plastik. Mereka ingin melihat beg-beg plastik digantikan dengan beg bukan tenun yang dihasilkan oleh mereka sendiri.

Projek ini adalah sejajar dengan komitmen Menjana Nilai Bersama Nestlé yang memberi tumpuan terhadap tiga bidang - Pemakanan, Air dan Pembangunan Luar Bandar, bertujuan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium PBB yang mencari peluang untuk meningkatkan kehidupan penduduk miskin di luar bandar menerusi pendidikan, latihan kemahiran atau aktiviti menjana pendapatan.

C

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 31

Page 34: 2011 Corporate Report Bm(1)

FORUM OBESITI NESTLÉ E

Pada bulan November 2011, Nestlé Malaysia menganjurkan sebuah forum bagi meningkatkan kesedaran mengenai peningkatan masalah obesiti serta membincangkan kaedah-kaedah untuk menangani masalah berkenaan.

Forum setengah hari berkenaan merangkumi sorotan penting daripada satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia oleh Prof. Dr. Norimah A. Karim, Naib Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) dan Dr. Chin Yit Siew, daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.

Sebagai tambahan kepada pembentangan tersebut, peserta forum turut berinteraksi dalam perbincangan panel mengenai topik berkaitan usaha pengurangan obesiti yang diwakili oleh ahli panel daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Pakar Pemakanan Malaysia (MDA), Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan Nestlé Malaysia.

E

SOROTAN UTAMA 2011

NESTLÉ DAN MPI MENINGKATKAN KESEDARAN

ALAM SEKITAR D

Pada bulan Jun 2011, pihak media Malaysia didedahkan kepada kepentingan air dan peranannya untuk kewujudan manusia di masa hadapan, apabila Nestlé Malaysia dan Institut Akhbar Malaysia (MPI) menganjurkan Projek Alam Sekitar yang diadakan selama dua hari untuk meningkatkan kesedaran pihak media tentang pemeliharaan air dan alam sekitar. Projek ini dimulakan dengan satu bengkel yang diadakan di ibu pejabat Nestlé Malaysia di Mutiara Damansara. Bahagian kedua program melibatkan para wartawan dalam satu aktiviti pembersihan di Hutan Lipur Gunung Datuk, yang terletak 21km daripada bandar Rembau, Negeri Sembilan.

Bersama-sama dengan penduduk-penduduk Rembau, para wartawan membersihkan sungai dan juga kawasan-kawasan yang berhampiran, serta mengecat semula tandas dan pondok yang terdapat di tapak tersebut. Turut hadir menghulurkan pertolongan ialah ahli-ahli Program Sukarelawan Warga Kerja Nestlé (Nestlé ROCKS).

D

32 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 35: 2011 Corporate Report Bm(1)

WORLD WALKING DAY G

Nestlé menganjurkan World Walking Day pada 20 November 2011 yang mana lebih daripada 18,000 orang telah mengambil bahagian dalam acara tahunan tersebut. Ia dilancarkan secara serentak di enam buah lokasi – Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bahru, Penampang dan Kuching. World Walking Day adalah satu peluang untuk orang ramai bersenam dengan ahli keluarga atau rakan-rakan. Para peserta berjalan sebanyak 3,000 langkah pada pagi itu, yang merupakan 30% daripada 10,000 langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan untuk setiap hari. Selepas acara berjalan, para peserta menikmati produk sarapan Nestlé yang berkhasiat, persembahan dan juga cabutan bertuah. Nestlé menggalakkan orang awam untuk mengadakan Walking Days bersama jiran dan rakan-rakan mereka sepanjang tahun, sehingga tibanya acara tahunan World Walking Day yang diadakan pada hari Ahad ketiga bulan November setiap tahun.

NESTLÉ DAN GIANT MEMBERIKAN SAMBUTAN

SYAWAL YANG BERMAKNA BAGI YANG

KURANG MAMPU F

Semangat menghulurkan bantuan sepanjang Ramadhan lebih bermakna buat empat pertubuhan amal apabila setiap satu menerima sumbangan dari Nestlé Malaysia dan GCH Retail (M) Sdn Bhd – pengendali pasar raya besar dan kedai runcit Giant di Malaysia – menerusi satu kempen khas bergelar ‘Belanja & Beramal’.

Empat pertubuhan berkenaan – Taman Sinar Harapan, merupakan salah satu pertubuhan di bawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang memberi perkhidmatan penjagaan serta memberi latihan kepada pesakit-pesakit kurang upaya akal, Good Samaritan Home sebuah pertubuhan bukan bersifat keuntungan yang mengendalikan anak-anak yatim, kanak-kanak terbiar dan teraniaya pelbagai bangsa,Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah dan Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya Azwar Kuala Lumpur & Selangor (PSIAKU AZWAR) – dikenal pasti sebagai penerima kempen ‘Belanja & Beramal’ yang telah dilancarkan pada 15 Julai 2011.

Taman Sinar Harapan menerima RM50,000, Good Samaritan Home menerima RM30,000 manakala Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah dan Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya Azwar Kuala Lumpur & Selangor (PSIAKU AZWAR) masing-masing menerima RM20,000.

Kempen tersebut, satu usaha sama NESTLÉ dan Giant berjaya mengumpul sebanyak RM120,000 – lebih RM100,000 jumlah sasaran yang ingin dikumpul oleh Nestlé dan Giant sepanjang pelancaran tersebut.

F G

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 33

Page 36: 2011 Corporate Report Bm(1)

NESTLÉ MEMBUKA TADIKA KOMUNITI

LUAR BANDARNYA YANG KE-8 H

Dalam usaha untuk meneruskan komitmennya dalam menyokong pembangunan luar bandar, Nestlé telah secara rasminya membuka Tadika Kg. Lingkabugan 2 pada bulan Disember 2011, iaitu kemudahan pra-sekolah komuniti luar bandar ke-8 yang dibiayai oleh Syarikat ini. Tadika ini terletak di Pitas, salah satu kawasan yang paling terpencil dan termiskin di Malaysia. Tadika ini akan menyokong pendidikan prasekolah untuk kira-kira 20-30 kanak-kanak tempatan.

Projek tersebut adalah hasil kerjasama antara Nestlé dan Raleigh International, sebuah NGO antarabangsa, yang memberi tumpuan kepada belia dan pembangunan mampan.13 pengurus sukarelawan dan 10 sukarelawan muda, dengan bantuan beberapa penduduk kampung telah berjaya menyiapkan pembinaan tadika tersebut.

H

MENYEMAI MENJANA NILAI BERSAMA DI

DALAM PERNIAGAAN I

Bengkel Menyemai Menjana Nila Bersama (CSV) telah diadakan pada bulan November 2011 untuk Nestlé Malaysia dan Singapura. Matlamat bengkel tersebut adalah untuk memastikan penyelarasan global CSV, penyemaian CSV di dalam Strategi Pasaran Perniagaan (MBS), serta berkongsi amalan-amalan terbaik.

Bengkel tersebut dihadiri oleh mereka yang terlibat dengan perancangan MBS, seperti ahli Jawatankuasa Pengurusan Dalam Nestlé (NiMCOM), Pasukan Kepimpinan Singapura, Ketua-ketua CSV dan ahli Lembaga Kesejahteraan Nestlé.

Para peserta diberi peluang untuk membincangkan dan memberikan maklumbalas mengenai rancangan CSV yang sedia ada. Pengarah Urusan Nestlé Malaysia, En. Peter Vogt menggalakkan Unit-unit Perniagaan untuk mencari sudut kempen yang relevan untuk memperkukuhkan lagi jenama-jenama pada masa hadapan. Beliau juga meminta para peserta untuk bekerjasama dengan pemegang-pemegang berkepentingan dan rakan kongsi, yang boleh menyumbang dari segi kepakaran yang mungkin Nestlé tidak perolehi.

I

SOROTAN UTAMA 2011

34 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 37: 2011 Corporate Report Bm(1)

NESTLÉ MENGUMUMKAN PERAYAAN

100 TAHUNNYA J

Nestlé Malaysia mengumumkan bahawa 2012 adalah tahun untuk meraikan “GOOD FOOD, GOOD LIFE” sepanjang tahun, kerana ia akan meraikan ulangtahun yang ke-100nya di Malaysia. Ini menandakan perjalanan dan legasi Syarikat, serta bagaimana Nestlé dan jenama-jenamanya sudah berada di dalam hidup masyarakat Malaysia selama satu abad yang lalu. Tema “100 Tahun Nestlé di sisimu” dipilih kerana Nestlé telah berada di sisi rakyat Malaysia selama 100 tahun, dan ia akan diteruskan untuk 100 tahun yang akan datang, dan seterusnya.

Perayaan ini akan bermula dengan satu acara pelancaran pada bulan Mac, diikuti oleh Pameran 100 Tahun Nestlé di Muzium Negara serta penghasilan Coffee Table Book. Nestlé juga akan melancarkan Program Gaya Hidup Sihat di 100 buah sekolah berasrama penuh serta Kotak Makanan Berkhasiat Nestlé, sebagai sebahagian daripada inisiatif Menjana Nila Bersama (CSV) Syarikat.

J

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 35

Page 38: 2011 Corporate Report Bm(1)

NESTLÉ DALAM BERITA

36 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 39: 2011 Corporate Report Bm(1)

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 37

Page 40: 2011 Corporate Report Bm(1)

Menjana Nilai Bersama (CSV) adalah konsep Tanggungjawab Sosial Korporat kami yang melangkaui pematuhan dan kemampanan, menumpukan kepada prinsip asas perniagaan yang menegaskan bahawa kejayaan dan kemampanan perniagaan untuk jangka panjang harus menjana nilai untuk kedua - dua pihak berkepentingan kami di mana kami beroperasi iaitu para pemegang saham dan masyarakat. Perjalanan Nestlé bermula apabila Syarikat diasas berlandaskan falsafah tanggungjawab sosial, apabila pengasas kami Henri Nestlé menghasilkan satu produk untuk bayi yang tidak boleh menerima susu ibunya.

Hari ini, nilai yang sama masih menjadi sebahagian penting dalam cara Nestlé mengendalikan perniagaan dengan memberi tumpuan kepada aspek spesifi k aktiviti perniagaan utama Syarikat yang melangkaui pematuhan kod undang-undang dan kemampanan. Dengan Menjana Nilai Bersama, kami bermatlamat untuk memperbaiki kehidupan para komuniti memandangkan perkembangan kami banyak bergantung kepada pencapaian kejayaan mereka.

CSV adalah dasar budaya, nilai dan prinsip kami serta satu prinsip bermotivasi bagi warga kerja di Nestlé. Kaitannya dengan inisiatif-inisiatif korporat, produk dan jenama mendorong kami untuk menyemai strategi ini di seluruh rangkaian nilai dan operasi perniagaan kami.

Model Menjana Nilai Bersama Nestlé

MENJANA NILAI BERSAMA

Pemakanan, Air, Pembangunan Luar Bandar

KEMAMPANAN Pengelolaan Alam Sekitar:

Bertindak hari ini dalam cara yang melindungi bumi demi masa hadapan

PEMATUHAN Undang-undang, Prinsip-prinsip Perniagaan dan Kod Tingkah Laku Pihak Pengurusan

CSV adalah dasar budaya,

nilai dan prinsip kami serta

satu prinsip bermotivasi

bagi warga kerja di Nestlé.

Kaitannya dengan inisiatif-

inisiatif korporat, produk

dan jenama mendorong

kami untuk menyemai

strategi ini di seluruh

rangkaian nilai dan

operasi perniagaan kami.

ERTI MENJANA NILAI BERSAMA BAGI KAMI

38 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 41: 2011 Corporate Report Bm(1)

T I G A B I DA N G T U M P UA N K A M I

DALAM CSV

Kami akan terus fokus kepada tiga bidang tumpuan yang mempunyai potensi besar untuk pengoptimuman nilai bersama dengan masyarakat seperti yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan 2010 kami, iaitu Pemakanan, Air dan Pembangunan Luar Bandar. Selain daripada ia menjadi cabaran-cabaran penting bagi masyarakat, bidang-bidang ini juga adalah teras kepada strategi dan operasi perniagaan global kami, asas kepada dayasaing kami serta rangkaian nilai dan kejayaan perniagaan Nestlé - “Untuk menjadi peneraju bidang Makanan, Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan yang diperakui dan dipercayai oleh semua pemegang berkepentingan”.

• Pemakanan: kerana makanan dan pemakanan adalah asas kepada

kesihatan, kepakaran dan perniagaan kami – ia merupakan sebab kewujudan kami.

• Air: kerana kualiti dan perolehannya yang berterusan adalah penting untuk kehidupan, pengeluaran makanan serta operasi kami. Kami juga mempercayai ia merupakan isu alam sekitar semasa yang utama.

• Pembangunan Luar Bandar: kerana kesejahteraan keseluruhan para petani dan masyarakatnya adalah asas kepada kemampanan perniagaan kami.

Dengan menyemai CSV secara kukuh dalam perniagaan kami, kami berupaya untuk melaksanakan inisiatif berorientasikan keputusan yang mempunyai kesan jangka panjang kepada masyarakat. Kami bermatlamat untuk mewujudkan

masyarakat yang berkembang maju dan mampan dengan menangani isu-isu kesihatan termasuk kekurangan dan berlebihan zat pemakanan, gaya hidup tidak aktif, penduduk yang semakin tua serta peningkatan kos kesihatan hingga ke pertanian dan kemiskinan di luar bandar; air, tenaga dan perubahan iklim.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif CSV Nestlé Malaysia, sila rujuk kepada Laporan CSV 2011 yang boleh dimuat turun dari laman web korporat kami: www.nestle.com.my. Maklumat lanjut mengenai CSV boleh diperolehi daripada:

• www.nestle.com

• www.creatingsharedvalue.org

• www.community.nestle.com

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 39

Page 42: 2011 Corporate Report Bm(1)

LEMBAGA PENGARAH

40 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 43: 2011 Corporate Report Bm(1)

DUDUK, DARI KIRI:

Peter Vogt • Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalullail • Tan Sri Datuk Yong Poh Kon

BERDIRI, DARI KIRI:

Tan Sri Datuk [Dr.] Rafi ah Binti Salim • Dato’ Frits van Dijk • Dato’ Mohd. Rafi k Bin Shah Mohamad• Marc Seiler • Mohd. Shah Bin Hashim [Setiausaha Syarikat]

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 41

Page 44: 2011 Corporate Report Bm(1)

AHLI LEMBAGA PENGARAH

Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar JamalullailPengarah Bebas, Bukan EksekutifPengerusi Lembaga PengarahPengerusi Jawatankuasa AuditPengerusi Jawatankuasa Pencalonan

Tengku Tan Sri [Dr.] Mahaleel Bin Tengku AriffPengarah Bebas, Bukan EksekutifAhli Jawatankuasa AuditAhli Jawatankuasa Pencalonan[Bersara pada 21 April 2011]

Dato’ Mohd. Rafi k Bin Shah MohamadPengarah Bebas, Bukan EksekutifAhli Jawatankuasa AuditPengerusi Jawatankuasa Imbuhan

Tan Sri Datuk [Dr.] Rafi ah Binti SalimPengarah Bebas, Bukan EksekutifAhli Jawatankuasa AuditAhli Jawatankuasa Imbuhan

Tan Sri Datuk Yong Poh KonPengarah Bebas, Bukan EksekutifAhli Jawatankuasa Pencalonan[Dilantik pada 25 April 2011]

Dato’ Frits van DijkPengarah Bukan Bebas, Bukan EksekutifAhli Jawatankuasa PencalonanAhli Jawatankuasa Imbuhan

Peter VogtPengarah UrusanPengarah Silih Ganti kepada Marc Seiler

Marc SeilerPengarah EksekutifPengarah Silih Ganti kepada Peter Vogt

Detlef KrostPengarah Silih Ganti kepada Dato’ Frits van Dijk

JAWATANKUASA AUDIT

Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar JamalullailPengerusi

Tengku Tan Sri [Dr.] Mahaleel Bin Tengku AriffAhli[Bersara pada 21 April 2011]

Dato’ Mohd. Rafi k Bin Shah MohamadAhli

Tan Sri Datuk [Dr.] Rafi ah Binti SalimAhli

JAWATANKUASA PENCALONAN

Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar JamalullailPengerusi

Tengku Tan Sri [Dr.] Mahaleel Bin Tengku AriffAhli[Bersara pada 21 April 2011]

Tan Sri Datuk Yong Poh KonAhli[Dilantik pada 25 April 2011]

Dato’ Frits van DijkAhli

JAWATANKUASA IMBUHAN

Dato’ Mohd. Rafi k Bin Shah MohamadPengerusi

Tan Sri Datuk [Dr.] Rafi ah Binti SalimAhli

Dato’ Frits van DijkAhli

SETIAUSAHA SYARIKAT

Mohd. Shah Bin Hashim [LS 0006824]

Telefon : +603 7965 6000Faksimili : +603 7962 7213E-mel : [email protected]

PEJABAT BERDAFTAR

22-1, Tingkat 22, Menara SurianNo.1, Jalan PJU 7/3Mutiara Damansara47810 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

LAMAN WEB SYARIKAT

www.nestle.com.my

PENDAFTAR SAHAM

Tricor Investor Services Sdn. Bhd. [118401-V]

Tingkat 17, The Gardens North TowerMid Valley City, Lingkaran Syed Putra59200 Kuala LumpurTelefon : +603 2264 3883Faksimili : +603 2282 1886

JURUAUDIT

KPMG [Firm No. AF 0758]

Chartered AccountantsTingkat 10, Menara KPMG8, First Avenue, Bandar Utama 47800 Petaling Jaya Selangor Darul EhsanTelefon : +603 7721 3388Faksimili : +603 7721 3399

BANK-BANK UTAMA

Malayan Banking Berhad [3813-K]

HSBC Bank Malaysia Berhad [127776-K]

PENYENARAIAN BURSA SAHAM

Pasaran UtamaBursa Malaysia Securities Berhad[635998-W]

DATA KORPORAT

42 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 45: 2011 Corporate Report Bm(1)

PROFIL LEMBAGA PENGARAH

TAN SRI DATO’ SERI SYED ZAINOL

ANWAR JAMALULLAIL

Pengarah Bebas, Bukan EksekutifPengerusi Lembaga PengarahPengerusi Jawatankuasa AuditPengerusi Jawatankuasa PencalonanWarganegara Malaysia, berumur 60 tahun

Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalullail telah dilantik sebagai pengarah Syarikat pada 25 Februari 2002. Beliau memulakan kerjayanya dengan Malaysian Airlines Systems Berhad pada tahun 1975 sebagai Akauntan Kewangan, sebelum memegang jawatan kanan dalam pelbagai syarikat. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Capital Partners. Tan Sri merupakan bekas Pengerusi Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji. Beliau juga adalah bekas Pengerusi Media Prima Bhd., MRCB Bhd., DRB Hicom Berhad, EON Bank Bhd., Realmild [M] Sdn. Bhd. dan Radicare [M] Sdn. Bhd. Beliau juga adalah seorang pengarah bebas Maxis Communications Berhad. Kini beliau adalah Pengerusi Cahya Mata Sarawak Berhad, Lembaga Zakat Selangor, Media City dan Pulau Indah Ventures Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Canselor Segi University College. Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalullail adalah pemegang

Sarjana Muda Kesusasteraan dalam bidang Perakaunan dari Universiti Macquarie di Sydney, Australia. Beliau seorang Akauntan Bertauliah dari Institut Perakaunan Malaysia dan juga merupakan Pengamal Akauntan Bertauliah dari Australian Society of Certifi ed Practising Accountants, selepas memperolehi kelayakan pada tahun 1984. Beliau tidak memegang sebarang saham dalam Syarikat, tiada konfl ik kepentingan dengan Kumpulan Syarikat, tiada kepentingan peribadi dalam sebarang urusan perniagaan membabitkan Kumpulan Syarikat, tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Kumpulan Syarikat dan tidak pernah disabitkan kesalahan dalam tempoh 10 tahun yang lepas, melainkan kesalahan trafi k, jika ada. Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalullail telah menghadiri kesemua 4 [empat] mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang diadakan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 43

Page 46: 2011 Corporate Report Bm(1)

DATO’ MOHD. RAFIK

BIN SHAH MOHAMAD

Pengarah Bebas, Bukan EksekutifAhli Jawatankuasa AuditPengerusi Jawatankuasa ImbuhanWarganegara Malaysia, berumur 61 tahun

Dato’ Mohd. Rafi k Bin Shah Mohamad telah dilantik sebagai pengarah Syarikat pada 1 Jun 2007. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Audit serta Pengerusi Jawatankuasa Imbuhan. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai seorang Penganalisa dengan Esso Malaysia Berhad pada tahun 1973 dan telah memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat tempatan. Beliau menyertai Syarikat pada tahun 1981 dan telah memegang beberapa jawatan penting dalam beberapa syarikat tempatan. Beliau telah menyertai Syarikat ini pada tahun 1981 dan telah memegang pelbagai jawatan penting dalam kumpulan syarikat Nestlé, di Malaysia dan negara-negara lain, sebelum bersara pada April 2006. Kini beliau juga merupakan pengarah Malaysian AgriFood Corp. Berhad, dan Pengerusi Cold Chain Network Sdn. Bhd. [anak syarikat kepada Malaysian AgriFood Corp. Berhad]. Beliau juga merupakan Pengerusi/Pengarah Biotropics Malaysia Berhad. Biotropics Malaysia Berhad adalah

pemilik tunggal Phytes Biotek Sdn. Bhd. yang merupakan salah satu pembekal terkini bahan-bahan mentah kepada anak syarikat Syarikat. Walau bagaimanapun, Phytes Biotek Sdn. Bhd. berurusan dengan anak syarikat tersebut atas dasar sama rata dengan syarikat pembekal yang lain. Dato’ Mohd. Rafi k Bin Shah Mohamad adalah seorang Akauntan Bertauliah dari Institut Perakaunan Malaysia dan ahli Association of Chartered Certifi ed Accountants, United Kingdom. Setakat 2 April 2012, beliau tidak memegang sebarang saham dalam Syarikat, setelah melupuskan semua sahamnya pada 6 September 2011, dan tiada sebarang konfl ik kepentingan dengan Kumpulan Syarikat, tiada kepentingan peribadi dalam sebarang urusan perniagaan membabitkan Kumpulan Syarikat, tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Kumpulan Syarikat dan tidak pernah disabitkan kesalahan dalam tempoh 10 tahun yang lepas, melainkan kesalahan trafi k, jika ada. Dato’ Mohd. Rafi k Bin Shah Mohamad telah menghadiri kesemua 4 [empat] mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang diadakan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

PROFIL LEMBAGA PENGARAH

44 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 47: 2011 Corporate Report Bm(1)

TAN SRI DATUK [DR.] RAFIAH

BINTI SALIM

Pengarah Bebas, Bukan EksekutifAhli Jawatankuasa Audit

Ahli Jawatankuasa ImbuhanWarganegara Malaysia, berumur 65 tahun

Tan Sri Datuk [Dr.] Rafi ah Binti Salim telah dilantik sebagai pengarah Syarikat pada 17 April 2009. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Audit dan ahli Jawatankuasa Imbuhan. Beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dalam sektor awam dan swasta, serta di peringkat antarabangsa, pernah berkhidmat sebagai Pensyarah, Timbalan Dekan dan Dekan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, sebagai Naib Setiausaha Agung bagi Pengurusan Sumber Manusia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu [“PBB”] di New York, sebagai Naib Gabenor Bank Negara Malaysia, dan sebagai Pengurus Besar Sumber Manusia di Malayan Banking Berhad. Sebelum ini, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Kepimpinan Kewangan Antarabangsa dan pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai wanita pertama yang memegang jawatan Naib Canselor di Malaysia, berkhidmat di Universiti Malaya. Kini beliau juga merupakan Pengarah di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad,

Pengarah Institut NAM bagi Memperkasa Wanita Malaysia, dan Pengerusi Malaysian Genomics Resource Centre Berhad. Tan Sri Datuk [Dr.] Rafi ah Binti Salim adalah pemegang Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-Undang dari Universiti Queen’s Belfast, United Kingdom dan telah dianugerahkan Doktor Kehormat oleh Universiti yang sama pada tahun 2002. Beliau telah diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia pada tahun 1988. Beliau tidak memegang sebarang saham dalam Syarikat, tiada sebarang konfl ik kepentingan dengan Kumpulan Syarikat, tiada kepentingan peribadi dalam sebarang urusan perniagaan membabitkan Kumpulan Syarikat, tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Kumpulan Syarikat dan tidak pernah disabitkan kesalahan dalam tempoh 10 tahun yang lepas, melainkan kesalahan trafi k, jika ada. Tan Sri Datuk [Dr.] Rafi ah Binti Salim telah menghadiri kesemua 4 [empat] mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang diadakan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 45

Page 48: 2011 Corporate Report Bm(1)

DATO’ FRITS VAN DIJK

Pengarah Bukan Bebas, Bukan EksekutifAhli Jawatakuasa Pencalonan

Ahli Jawatankuasa ImbuhanWarganegara Belanda, berumur 64 tahun

Dato’ Frits van Dijk telah dilantik sebagai pengarah Syarikat sejak 26 April 2006. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Imbuhan. Beliau telah berkhidmat dengan kumpulan syarikat Nestlé selama 40 tahun, bermula pada tahun 1970 sebagai Wakil Jualan Nestlé UK dan jawatan terakhir beliau adalah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Zon Asia, Oceania, Afrika dan Timur Tengah bagi Nestlé S.A. sebelum bersara pada hujung bulan September 2011. Beliau telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam kumpulan Syarikat Nestlé di beberapa buah negara seperti India, Filipina, Sri Lanka dan Jepun. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi dan seterusnya sebagai Ketua Pasaran Syarikat dari tahun 1987 hingga tahun 1995. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pasaran di Nestlé Jepun juga sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Waters

di Perancis. Dato’ Frits van Dijk adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari School of Economics, Rotterdam, Belanda, dan juga telah menghadiri Program Pembangunan Eksekutif di International Institute for Management Development, di Lausanne, Switzerland. Setakat 2 April 2012, beliau memegang 8,000 saham dalam Syarikat tetapi tiada sebarang konfl ik kepentingan dengan Kumpulan Syarikat, tiada kepentingan peribadi dalam sebarang urusan perniagaan membabitkan Kumpulan Syarikat, tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Kumpulan Syarikat dan tidak pernah disabitkan kesalahan dalam tempoh 10 tahun yang lepas, melainkan kesalahan trafi k, jika ada. Dato’ Frits van Dijk telah menghadiri 2 [dua] daripada 4 [empat] mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang diadakan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

PROFIL LEMBAGA PENGARAH

46 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 49: 2011 Corporate Report Bm(1)

Tan Sri Datuk Yong Poh Kon dilantik sebagai pengarah Syarikat pada 25 April 2011. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Pencalonan. Kini beliau adalah Pengarah Urusan Royal Selangor International Sdn. Bhd., pengeluar dan pengeksport barangan piuter. Beliau merupakan graduan University of Adelaide dengan Sarjana Kepujian dalam Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 1968. Selama lebih dari tiga dekad, Tan Sri Datuk Yong Poh Kon berkait rapat dengan Persekutuan Pengilang Malaysia [“FMM”], dan merupakan Presiden terkini. Beliau baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi ICC Malaysia. Tan Sri Datuk Yong Poh Kon telah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Produktiviti Malaysia, Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Beliau juga Ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara [MAPEN I dan II] dan Pesuruhjaya pengasas di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Pada tahun 2007, beliau dilantik oleh Perdana Menteri menjadi Pengerusi-Bersama dengan Ketua Setiausaha Malaysia,

dari PEMUDAH iaitu Pasukan Petugas Khas untuk Memudahkan Perniagaan. Pasukan Petugas tersebut diterajui oleh ahli-ahli sektor swasta serta penjawat awam tertinggi negara. Pada Februari 2009, beliau dilantik sebagai ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia. Tan Sri Datuk Yong Poh Kon adalah Fellow di Akademi Sains dan Institut Pengurusan Malaysia. Beliau tidak memegang sebarang saham dalam Syarikat, tiada sebarang konfl ik kepentingan dengan Kumpulan Syarikat, tiada kepentingan peribadi dalam sebarang urusan perniagaan membabitkan Kumpulan Syarikat, tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Kumpulan Syarikat dan tidak pernah disabitkan kesalahan dalam tempoh 10 tahun yang lepas, melainkan kesalahan trafi k, jika ada. Tan Sri Datuk Yong Poh Kon telah menghadiri 2 [dua] mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah sejak pelantikan beliau, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

TAN SRI DATUK YONG POH KON

Pengarah Bebas, Bukan EksekutifAhli Jawatankuasa PencalonanWarganegara Malaysia, berumur 66 tahun

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 47

Page 50: 2011 Corporate Report Bm(1)

PETER VOGT

Pengarah UrusanWarganegara Swiss, berumur 57 tahun

Peter Vogt, Pengarah Urusan Syarikat, telah dilantik sebagai pengarah Syarikat pada 16 September 2009. Beliau telah berkhidmat dengan kumpulan syarikat Nestlé seluruh dunia hampir 30 tahun, bermula pada tahun 1980 sebagai pelatih di Nestlé S.A., Vevey. Sebelum pelantikannya di Malaysia, beliau telah memegang pelbagai jawatan kanan di pasaran Nestlé yang lain, kebanyakannya di Asia [Jepun, Hong Kong, Malaysia, Sri Lanka dan Indonesia]. Semasa perkhidmatan terdahulu beliau di Malaysia, Peter Vogt memegang jawatan Pengurus Bahagian Pemasaran Syarikat dari tahun 1990 hingga 1994. Kemudiannya, Peter Vogt mengetuai pelbagai operasi Nestlé di Switzerland, Scandinavia dan Jerman, di mana selepas itu beliau dilantik sebagai

Pengarah Presiden PT Nestlé Indonesia, syarikat makanan kedua terbesar di Indonesia. Peter Vogt adalah graduan dari Universiti St. Gallen, Switzerland. Beliau tidak memegang sebarang saham dalam Syarikat, tiada sebarang konfl ik kepentingan dengan Kumpulan Syarikat, tiada kepentingan peribadi dalam sebarang urusan perniagaan membabitkan Kumpulan Syarikat, tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Kumpulan Syarikat dan tidak pernah disabitkan kesalahan dalam tempoh 10 tahun yang lepas, melainkan kesalahan trafi k, jika ada. Peter Vogt telah menghadiri kesemua 4 [empat] mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang diadakan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

PROFIL LEMBAGA PENGARAH

48 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 51: 2011 Corporate Report Bm(1)

Marc Seiler, Pengarah Eksekutif, Kewangan & Kawalan Syarikat, telah dilantik sebagai pengarah Syarikat pada 1 Disember 2008. Beliau memulakan kerjayanya sebagai juruaudit luar di Coopers and Lybrand, sebelum menyertai kumpulan syarikat Nestlé pada tahun 1990 sebagai Pengurus Perancangan Kewangan Nestlé Waters di Paris. Seterusnya, beliau dipindahkan ke Nestlé Waters, Amerika Utara, di mana beliau telah memegang beberapa jawatan penting termasuk Pengarah Perancangan Korporat, Pengarah Kewangan Rantai Bekalan, Pengarah Perbelanjaan Promosi Perdagangan, Ketua Pegawai Kewangan Kanada, Ketua Pegawai Kewangan Bahagian Runcit Amerika Syarikat, dengan jawatan terakhirnya sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan, Penggabungan & Pemerolehan. Marc Seiler merupakan graduan Ecole Superieure de Commerce

de Paris, Perancis, dengan Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Pengurusan serta Diploma Perakaunan & Kewangan. Marc Seiler kini memegang jawatan Bendahari di Persatuan Perniagaan Swiss-Malaysia. Beliau tidak memegang sebarang saham dalam Syarikat, tiada sebarang konfl ik kepentingan dengan Kumpulan Syarikat, tiada kepentingan peribadi dalam sebarang urusan perniagaan membabitkan Kumpulan Syarikat, tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Kumpulan Syarikat dan tidak pernah disabitkan kesalahan dalam tempoh 10 tahun yang lepas, melainkan kesalahan trafi k, jika ada. Marc Seiler telah menghadiri kesemua 4 [empat] mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang diadakan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

MARC SEILER

Pengarah Eksekutif[bertanggungjawab bagi Kewangan & Kawalan]

Warganegara Perancis, berumur 47 tahun

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 49

Page 52: 2011 Corporate Report Bm(1)

PETER VOGT

Pengarah Urusan

Peter Vogt, warganegara Swiss, adalah Pengarah Urusan Nestlé [Malaysia] Berhad dan Ketua Rantau Nestlé Malaysia/Singapura sejak 16 September 2009. Seorang graduan Perakaunan & Kewangan dari Universiti St. Gallen, Switzerland, Peter Vogt memiliki lebih 30 tahun pengalaman pengurusan dengan Nestlé di seluruh dunia, kebanyakannya di Asia termasuk Jepun, Hong Kong, Malaysia, Sri Lanka dan Indonesia. Semasa beliau ditugaskan di Malaysia dahulu, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran Nestlé Malaysia dari tahun 1990 hingga 1994. Dari tahun 1996 hingga 2005, Peter Vogt mengetuai pelbagai operasi Nestlé di Switzerland, Scandinavia dan Jerman, sebelum kembali ke Asia sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PT Nestlé Indonesia dari tahun 2005 hingga 2009. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. Peter Vogt adalah Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia [“MICCI”], ahli Majlis Persekutuan Pengilang Malaysia [“FMM”] serta ahli Persatuan Perniagaan Swiss-Malaysia.

MARC SEILER

Pengarah Eksekutif, Kewangan & Kawalan

Marc Seiler, seorang warganegara Perancis, adalah Pengarah Eksekutif, Kewangan & Kawalan Syarikat. Beliau dilantik sebagai pengarah Syarikat pada 1 Disember 2008. Marc Seiler merupakan graduan Ecole Superieure de Commerce de Paris, Perancis, dengan Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Pengurusan serta Diploma Perakaunan & Kewangan [Diplome d’Etudes Superieure Comptables et Financieres]. Sebelum menyertai Nestlé, Marc Seiler merupakan seorang juruaudit luar Coopers and Lybrand. Beliau menyertai kumpulan syarikat Nestlé pada tahun 1990 di bahagian Kewangan Nestlé Waters di Paris. Beliau kemudian dipindahkan ke Nestlé Waters, Amerika Utara, di mana beliau memegang pelbagai jawatan kanan di Amerika dan Kanada sebelum bertugas di Syarikat ini. Marc Seiler kini adalah Bendahari di Persatuan Perniagaan Swiss-Malaysia.

KUMPULAN PENGURUSAN

50 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 53: 2011 Corporate Report Bm(1)

ZAINUN NUR BINTI ABDUL RAUF

Pengarah Eksekutif, Sumber Manusia & Perhubungan Korporat Kumpulan

Zainun Nur adalah Pengarah Eksekutif, Sumber Manusia dan Perhubungan Korporat Kumpulan. Beliau mula berkhidmat dengan Syarikat pada tahun 1998 sebagai Pengurus Jenama Kumpulan untuk bahagian Breakfast Cereal [Bijirin Sarapan Pagi]. Beliau kemudiannya berpindah ke unit perniagaan FoodServices [kini dikenali sebagai Nestlé Profesional], diikuti dengan Bahagian Perkhidmatan Pelanggan. Pada tahun 2005, beliau berpindah semula ke Nestlé Professional sebagai Pengurus Perniagaan Negara untuk Malaysia dan Singapura di mana beliau bertugas menguruskan pasaran makanan dan minuman di luar-rumah. Zainun Nur memegang Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dari Institut Pemasaran, United Kingdom.

PATRICK HARTLESS

Pengarah Eksekutif, Rangkaian Bekalan

Patrick Hartless adalah Pengarah Eksekutif, Rangkaian Bekalan. Beliau telah berkhidmat dengan Nestlé selama 7 tahun. Patrick Hartless menyertai Syarikat dari Nestlé UK di mana beliau adalah Ketua Rangkaian Bekalan bagi Bahagian Makanan & Minuman. Beliau pernah berkhidmat di Kraft, UK dan juga Ashland Chemicals di Eropah dan Amerika Syarikat dan juga pernah bertugas di Timur Tengah. Patrick Hartless mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Loughborough, United Kingdom dan memiliki Ijazah Sarjana di dalam bidang Sains dari Universiti Cranfi eld, United Kingdom.

CHEW SOI PING

Pengarah Eksekutif, Peneraju Pasaran NCE bagi Malaysia dan Singapura

Chew Soi Ping dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Peneraju Pasaran NCE bagi Malaysia dan Singapura. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif bagi Unit Perniagaan Ais Krim. Chew Soi Ping memulakan kerjayanya dengan Syarikat sebagai Pelatih Pengurusan pada Januari 1988 dan dari tahun 1989 hingga 1994, beliau telah memegang pelbagai jawatan berkaitan jenama termasuk perniagaan Makanan, Tenusu dan Produk Dingin. Dari tahun 1996 hingga 1998, beliau telah dihantar ke Switzerland untuk ekspatriasi dan mengambilalih jawatan sebagai Pembantu Rantau bagi Zon Asia, Oceania, Afrika dan Timur Tengah. Chew Soi Ping memegang Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Central Arkansas, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pemasaran [Kepujian] dari Universiti Ozarks, Arkansas, Amerika Syraikat.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 51

Page 54: 2011 Corporate Report Bm(1)

DETLEF KROST

Pengarah Eksekutif, Teknikal & Pengeluaran

Detlef Krost ditukarkan dari Nestec S.A., Switzerland ke Nestlé Malaysia/Singapura bermula 1 Ogos 2009 sebagai Pengarah Eksekutif, Teknikal & Pengeluaran. Beliau juga telah dilantik ke dalam Lembaga Pengarah Syarikat pada tarikh yang sama. Detlef Krost, seorang pakar Teknologi Makanan dengan kelulusan Kejuruteraan, memulakan kerjayanya dengan Nestlé Jerman pada tahun 1984 sebagai Pengurus Pengeluaran. Selepas 8 tahun berkhidmat di pelbagai kilang coklat, beliau menyertai Pasukan Produktiviti Nestlé di Vevey, Switzerland, pertamanya sebagai Koordinator Projek, kemudian sebagai Ketua Pasukan Produktiviti Nestlé. Beliau pulang ke Nestlé Jerman pada tahun 1996 sebagai Pengurus Kilang di Hamburg dan kemudian di Berlin. Pada tahun 2001, beliau dilantik sebagai Pengurus GLOBE Business Excellence untuk Teknikal, Pengeluaran dan Kajian & Pembangunan berpangkalan di Vevey, Switzerland. Beliau kemudian dilantik pula sebagai Pengurus Teknikal bagi Nestlé Waters di Eropah, berpangkalan di Perancis, dari tahun 2003. Pada tahun 2007, beliau pulang ke Vevey, Switzerland sebagai Pengurus Teknikal bagi Unit Perniagaan Strategik Coklat, Konfeksi & Biskut.

VICTOR SEAH

Pengarah Eksekutif, Jualan

Victor Seah adalah Pengarah Eksekutif, Jualan sejak 1 Januari 2008 dan telah berkhidmat dengan Syarikat selama 5 tahun. Sebelum menyertai Syarikat, beliau telah mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang barangan konsumer FMCG, Runcit dan Perkhidmatan Perundingan di dalam pelbagai bidang Jualan, Pemasaran, Kewangan dan Pengurusan Umum di Amerika Syarikat dan rantau Asia Pasifi k. Victor Seah kemudian ditugaskan di Singapura selama setahun sebagai Pengurus Perniagaan Negara bagi perniagaan Food Services Business [kini dikenali sebagai Nestlé Profesional]. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian Kelas Satu dari Universiti Southern Illinois, Amerika Syarikat.

YAP YIN KEE

Pengarah Eksekutif, Nestlé Profesional

Yap Yin Kee adalah Pengarah Eksekutif Nestlé Profesional, Malaysia & Singapura. Beliau memulakan kerjayanya dengan Syarikat pada tahun 1994 dalam unit perniagaan Nestlé Profesional di mana beliau memegang beberapa jawatan Pemasaran & Jualan. Pada tahun 2002, beliau dilantik sebagai Pengurus Vending dan seterusnya beralih ke Pengurus Perniagaan Minuman pada tahun 2008 sebelum jawatan terkini yang disandang sejak tahun 2010. Yap Yin Kee juga telah terlibat dalam beberapa tugasan luar negara bagi Nestlé Profesional di Taiwan, Perancis dan Oceania [Australia & New Zealand]. Beliau juga memperoleh pengalaman dalam Jualan & Pemasaran dengan syarikat antarabangsa lain seperti Proctor & Gamble, Diethelm dan Citigroup. Yap Yin Kee lulus pada tahun 1993 dengan Ijazah Sarjana Muda [Kepujian Kelas Satu] dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

KUMPULAN PENGURUSAN

52 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 55: 2011 Corporate Report Bm(1)

DONALD HOWAT

Pengarah Eksekutif, Kopi & Minuman

Donald Howat seorang warganegara Britain telah menjadi Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan Kopi & Minuman sejak Januari 2008. Seorang graduan dari Manchester Metropolitan University, beliau telah berkhidmat dengan Nestlé selama lebih 20 dan memegang pelbagai peranan. Dari tahun 2005 hingga 2007 ditugaskan di Moscow, beliau bertanggungjawab untuk perniagaan kopi dan minuman di Russia. Dari tahun 2001 hinggga 2004 Donald Howat menjadi Pengarah Komersial untuk Perniagaan Strategic Unit Kopi & Minuman, dan bekerja dengan pasaran yang sedang membangun di Asia, Eropah Timur dan Amerika Latin. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

HO HAU CHIEH

Pengarah Eksekutif, Susu

Ho Hau Chieh adalah Pengarah Eksekutif bagi Unit Perniagaan Susu. Beliau menyertai Syarikat pada tahun 1999 sebagai Pengurus Jenama untuk Konfeksi dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Operasi Jualan, Konfeksi pada tahun 2001. Pada tahun 2003, beliau beralih ke unit perniagaan Susu sebagai Pengurus Jenama Kumpulan. Pada tahun 2005, Ho Hau Chieh dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Jenama bagi menerajui unit perniagaan baru, Nestlé Minuman Cecair. Beliau menyandang jawatan kini pada Mac 2009. Beliau sebelum ini pernah bertugas dengan syarikat antarabangsa lain seperti Proctor & Gamble dan Diethelm. Ho Hau Chieh adalah graduan lulusan Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dengan pengkhususan dalam Pentadbiran Perniagaan.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 53

Page 56: 2011 Corporate Report Bm(1)

Selama ini, Syarikat dan Ahli Lembaga Pengarah amat tegas dalam memastikan bahawa perniagaan dan hal-hal berkaitan Syarikat adalah berlandaskan kepada doktrin serta prinsip-prinsip tadbir urus korporat yang baik seperti kejujuran, ketelusan, ketanggungjawaban dan tata laku perniagaan yang bertanggungjawab.

Sebagai anak syarikat Nestlé S.A., Vevey, Switzerland, Syarikat telah menggunapakai “Prinsip-Prinsip Tadbir Urus Korporat” syarikat induknya sebagai asas amalan terbaik dalam tadbir urus korporat.

Prinsip-prinsip tadbir urus korporat yang diamalkan oleh Syarikat meliputi sebahagian besar, 4 [empat] bidang seperti berikut:

• Hak-hak dan tanggungjawab para pemegang saham;

• Kesamarataan layanan terhadap para pemegang saham;

• Tugas-tugas dan tanggungjawab para pengarah; dan

• Pendedahan serta ketelusan.

Prinsip-prinsip yang digunakan oleh Syarikat adalah selaras dengan prinsip-prinsip dan amalan-amalan yang dinyatakan dalam syarat-syarat luaran seperti Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia [Disemak 2007] [“Kod Malaysia”] dan perenggan-perenggan 15.25 serta 15.26 Syarat-syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. [“Syarat-Syarat Penyenaraian”] dan syarat-syarat dalaman seperti Kod Tadbir Urus Perniagaan Nestlé [“Kod Nestlé”].

Kod Nestlé menentukan kelakuan kesemua warga kerja Syarikat termasuk Ahli Lembaga Pengarah. Contoh-contoh yang terdapat dalam Kod Nestlé termasuk, pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan pengawalan, menghindari keadaan di mana terdapat sebarang konfl ik berkepentingan, kepentingan dalam perniagaan yang bersaing, larangan menggunakan maklumat dalaman, peluang korporat, dagangan dalaman, pengaduan salah laku/pendedahan rahsia dan tiada aktiviti-aktiviti yang tidak jujur.

Selain daripada Kod Nestlé, Syarikat turut berpandukan Prinsip-prinsip Perniagaan Korporat Nestlé [“Prinsip-Prinsip Perniagaan Nestlé”]. Prinsip-prinsip Perniagaan Nestlé merangkumi isu-isu penting termasuk Tanggungjawab Sosial Korporat [“CSR”] atau bagi Syarikat lebih dikenali sebagai Menjana Nilai Bersama [“CSV”] yang dicipta untuk disesuaikan dengan ciri-ciri unik perniagaan barangan pengguna. Sepuluh prinsip-prinsip ini diringkaskan seperti berikut:

• Kami menggembirakan para pengguna [Prinsip-prinsip 1, 2, 3]

• Kami mengambil berat terhadap para pengguna [Prinsip-prinsip 4, 5, 6]

• Kami membangunkan kerjasama perniagaan yang bertanggungjawab [Prinsip-prinsip 7, 8]

• Kami menggalakkan kemampanan [Prinsip-prinsip 9, 10]

Syarikat komited terhadap piawaian etika yang tinggi dan menganggapnya sebagai kunci utama dalam kejayaan prestasi Syarikat. “Prinsip-prinsip Pengurusan dan Kepimpinan Nestlé” yang dikeluarkan oleh Nestlé S.A. telah digunapakai di dalam Syarikat dan telah dikongsi dengan setiap warga kerja menurut tugas masing-masing.

Prinsip-prinsip Pengurusan dan Kepimpinan Nestlé menerangkan budaya, nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang dikehendaki daripada warga kerja; serta sifat-sifat yang harus dipunyai untuk berjaya sebagai pengurus atau pemimpin di Nestlé. Ia selaras dengan Prinsip Perniagaan Nestlé, di mana, “Kepimpinan dan Tanggungjawab Individu” ditengahkan sebagai prinsip operasi yang utama. Disamping itu, ia juga selaras dengan Kod Nestlé yang menubuhkan piawaian yang tidak boleh dirunding berkenaan dengan kelakuan warga kerja.

Syarikat menekankan keperluan untuk membangunkan para Pengurus Nestlé yang dapat meningkatkan nilai melalui bimbingan dan inspirasi, dan bukan melalui kuasa formal. Komitment peribadi yang tinggi diperlukan daripada setiap warga kerja serta pemikiran yang sama untuk mencapai matlamat. Untuk mencapai kejayaan yang berterusan, setiap pemimpin Nestlé harus memahami konteks dan mengambil kesempatan dengan keadaaan berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

• Memimpin untuk menang

• Mengurus untuk keputusan

• Membina bakat dan kumpulan

• Bersaing dan berhubung secara luaran

KENYATAAN TADBIR URUS KORPORAT

Nada tadbir urus yang baik telah ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dan disalurkan melalui

organisasi kita. Sementara Prinsip Perniagaan Korporat Nestlé kita menjelaskan apa yang kita

pertahankan sebagai sebuah syarikat dan piawaian yang tinggi yang kita tetapkan untuk diri kita,

peraturan-peraturan Lembaga Pengarah kita dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengannya

menggariskan prinsip-prinsip organisasi dan tadbir urus.“Laporan Tahunan Nestlé S.A. 2011

54 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 57: 2011 Corporate Report Bm(1)

Syarikat percaya bahawa Prinsip-prinsip Pengurusan dan Kepimpinan Nestlé adalah sangat bermanfaat untuk membantu warga kerja Nestlé untuk berkesanan, melibatkan dan menginspirasi dengan memastikan bahawa mereka ‘menjalankan apa yang dikatakan’ dan memimpin dengan teladan.

Kod Nestlé, Prinsip-prinsip Perniagaan Nestlé dan Prinsip-prinsip Pengurusan dan Kepimpinan Nestlé disediakan untuk setiap warga kerja serta Pengarah-pengarah dalam intranet Syarikat dan Prinsip-prinsip Perniagaan Nestlé boleh didapati di laman web korporat Syarikat di www.nestle.com.my. Salinan dokumen-dokumen tersebut boleh didapatkan dari Setiausaha Syarikat.

Selain daripada Kod Nestlé, Prinsip-prinsip Perniagaan Nestlé dan Prinsip-prinsip Pengurusan dan Kepimpinan Nestlé, Syarikat turut menyediakan polisi-polisi serta garis panduan dalaman untuk memastikan tadbir urus korporat yang baik. Polisi-polisi, piawaian-piawaian serta garis panduan dalaman ini termasuk Kod Pembekal Nestlé dan Arahan Tetap Syarikat bagi Memperolehi Perkhidmatan yang bermatlamat untuk mendapatkan pembekal-pembekal perkhidmatan yang berkualiti untuk melindungi perkhidmatan pelanggan Syarikat serta proses pembidaan yang kompetitif dan telus untuk memberikan harga yang kompetitif.

Berikut adalah anugerah-anugerah yang merupakan testimoni kepada komitmen Syarikat untuk menguruskan perniagaannya dengan penuh tanggungjawab.

ANUGERAH & PENCAPAIAN

• Anugerah Laporan Kemampanan ACCA Malaysia 2011

• Anugerah Tataurus Syarikat Terbaik FinanceAsia 2011

• Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2011

• Anugerah Indeks Tadbir Urus Korporat Malaysia 2011

• Anugerah Jenama Putra 2011

Laporan yang penuh boleh didapati di mukasurat 110 to 111 Laporan Menjana Nilai Bersama 2011.

LEMBAGA PENGARAH

Komposisi Ahli Lembaga Pengarah

Komposisi Lembaga Pengarah mematuhi syarat-syarat yang dimandatkan oleh Syarat-Syarat Penyenaraian dan seperti yang ditetapkan oleh prinsip-prinsip dan amalan-amalan terbaik Kod Malaysia. Pada tarikh Kenyataan ini dikeluarkan, saiz dan komposisi Lembaga Pengarah adalah seimbang dalam keadaan penubuhannya untuk menghadapi apa juga cabaran perniagaan dan memacu perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Lembaga Pengarah terdiri daripada Pengarah-pengarah Eksekutif dan Bukan Eksekutif dari latar belakang profesional yang pelbagai serta mempunyai pengalaman luas, berkemahiran dan pakar. Pada 31 Disember 2011, Lembaga Pengarah terdiri daripada 7 [tujuh] ahli, 5 [lima] daripada mereka adalah Pengarah Bukan Eksekutif [termasuk Pengerusi] dan 2 [dua] daripada mereka merupakan Pengarah Eksekutif. 4 [empat] daripada 5 [lima] daripada Pengarah Bukan Eksekutif merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Setakat 2 April 2012, para ahli Lembaga Pengarah adalah seperti berikut:

Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalullail Pengarah Bebas, Bukan EksekutifPengerusi Ahli Lembaga PengarahPengerusi Jawantankuasa AuditPengerusi Jawatankuasa Pencalonan

Dato’ Mohd. Rafik Bin Shah Mohamad Pengarah Bebas, Bukan EksekutifAhli Jawantankuasa AuditPengerusi Jawatankuasa Imbuhan

Tan Sri Datuk [Dr.] Rafiah Binti Salim Pengarah Bebas, Bukan EksekutifAhli Jawatankuasa AuditAhli Jawatankuasa Imbuhan

Tan Sri Datuk Yong Poh Kon Pengarah Bebas, Bukan EksekutifAhli Jawatankuasa Pencalonan

Dato’ Frits van Dijk Pengarah Bukan Bebas, Bukan EksekutifAhli Jawatankuasa PencalonanAhli Jawatankuasa Imbuhan

Peter Vogt Pengarah Urusan

Marc SeilerPengarah Eksekutif

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 55

Page 58: 2011 Corporate Report Bm(1)

Kadar 2/3 [dua-pertiga] Pengarah Bebas Bukan Eksekutif memenuhi kriteria yang diperuntukkan dalam Syarat-Syarat Penyenaraian.

Struktur semasa Lembaga Pengarah memastikan yang tiada seorang individu atau kumpulan yang menguasai proses membuat keputusan. Seterusnya, peranan-peranan Pengerusi dan Pengarah Urusan dipegang secara berasingan, dan pembahagian tanggungjawab mereka digaris dengan jelas, dengan setiap seorang mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang berbeza dan jelas.

Pengerusi bertanggungjawab ke atas kepimpinan Lembaga Pengarah, memastikan keberkesanannya dan menyediakan agenda untuk semua mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah. Sebaik sahaja objektif-objektif dan strategi-strategi dikaji semula dan diterima oleh Lembaga Pengarah pada keseluruhannya, tanggungjawab Pengarah Urusan adalah bagi memastikan penyempurnaan objektif-objektif tersebut serta strategi-strategi dalam bidang kuasa yang diwakilkan oleh Lembaga Pengarah. Pengarah Urusan bertanggungjawab untuk pengendalian hala tuju Kumpulan serta pengurusan harian Syarikat.

Ia merupakan tugas Pengarah Urusan, dengan kerjasama pihak Kumpulan Pengurusan Syarikat, untuk menguruskan perniagaan Syarikat secara konsisten dengan Kod Nestlé dan Prinsip-prinsip Perniagaan Nestlé serta sejajar dengan mana-mana rancangan khusus serta arahan-arahan dari Lembaga Pengarah.

Para ahli Lembaga Pengarah merupakan profesional yang berkaliber serta berintegriti tinggi dan mereka memiliki pengetahuan mendalam juga pengalaman perniagaan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas mereka dengan efektif.

Tanggungjawab Utama

Lembaga Pengarah

Lembaga Pengarah mengarahkan penilaian risiko, perancangan strategik, perancangan penggantian dan pengurusan pengendalian dan kewangan Syarikat untuk memastikan kewajipan-kewajipan kepada pemegang saham dan pihak berkepentingan lain difahami serta dipenuhi. Lembaga Pengarah memberikan kepimpinan yang diperlukan bagi membolehkan objektif-objektif perniagaan Syarikat dipenuhi selaras dengan rangka kerja kawalan-kawalan dalaman sepertimana yang dinyatakan dalam Kenyataan ini. Lembaga Pengarah bertanggungjawab untuk menentukan semua dasar-dasar

utama, menyemak sistem kawalan dalaman, memastikan strategi-strategi yang berkesan dan pengurusan siap diatur, untuk mengkaji prestasi Syarikat serta Kumpulan Pengurusannya.

Dalam menjalankan tanggungjawabnya, Lembaga Pengarah berpandukan kod-kod etika dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Kod Nestlé merangka kelakuan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah, Pengerusi dan Pengarah Urusan. Lembaga Pengarah memastikan pematuhan dipantau melalui satu proses di mana pengisytiharaan pematuhan mereka diperolehi dari semua Pengarah dan Kumpulan Pengurusan termasuk pendedahan mana-mana situasi yang menunjukkan konfl ik kepentingan.

Di antara tugas-tugas utama yang mana Lembaga Pengarah dipertanggungjawabkan termasuk mengenalpasti risiko-risiko utama dan memastikan pelaksanaan sistem-sistem yang sesuai untuk menguruskan risiko-risiko ini, menyemak dan mengambil rancangan strategik untuk Syarikat, menyemak sama ada sistem kawalan dalaman Syarikat adalah memadai dan berintegriti, termasuk sistem untuk pematuhan undang-undang yang tersedia, peraturan-peraturan, arahan-arahan dan garis-garis panduan.

KENYATAAN TADBIR URUS KORPORAT

56 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 59: 2011 Corporate Report Bm(1)

Ahli Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab bersama terhadap pengurusan Syarikat. Pengarah-pengarah Eksekutif bertanggungjawab untuk membuat penilaian dan penelitian yang bebas terhadap keputusan yang diambil oleh Lembaga Pengarah dan mengemukakan cabaran-cabaran yang objektif kepada pengurusan.

Pengarah-pengarah Bukan Eksekutif tidak terlibat dalam pengurusan harian Syarikat serta tidak melibatkan diri dalam mana-mana urusan perniagaan atau hubungan lain dengan Syarikat dalam memastikan bahawa mereka berkebolehan untuk memberikan pertimbangan secara objektif dan bertindak dalam kepentingan terbaik Syarikat, para pemegang sahamnya serta pemegang-pemegang saham minoriti.

Lembaga Pengarah turut bertanggungjawab untuk mengisytiharkan dividen-dividen dan meluluskan kenyataan-kenyataan kewangan dan polisi-polisi Syarikat. Antara tugas-tugas lain Lembaga Pengarah adalah untuk mempertimbangkan perancangan penggantian, termasuk melantik, menjalani latihan, menetapkan imbuhan dan jika wajar menggantikan Kumpulan Pengurusan.

Seterusnya, Lembaga Pengarah juga ditugaskan untuk menentukan urus niaga perniagaan serta aktiviti-aktiviti berikut:

• Pemerolehan dan pelupusan atau penutupan suatu perniagaan;

• Penubuhan perniagaan baru;

• Pelan strategik tahunan;

• Pelaburan modal dan pelupusan aset-aset nyata dari perniagaan yang ada kepada pihak ketiga;

• Cadangan untuk pinjaman-pinjaman atau pemberian kemudahan kredit oleh satu anak syarikat dari sebuah syarikat di dalam kumpulan;

• Peningkatan atau pengurangan modal terbitan atau rasmi oleh satu anak syarikat;

• Penebusan tidak dirancang atau bayaran balik pinjaman awal;

• Sebarang penyusunan semula korporat yang tidak termasuk dalam perkara-perkara di atas; dan

• Penukaran nama sebarang syarikat di bawah kumpulan atau penubuhan sebarang syarikat baru.

Kumpulan Pengurusan

Dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas yang disebutkan di atas, Ahli Lembaga Pengarah dibantu oleh pengurusan kanan Syarikat, iaitu Kumpulan Pengurusan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan yang memegang jawatan-jawatan berikut:

1. Pengarah Urusan;

2. Pengarah Eksektutif, Kewangan & Kawalan;

3. Pengarah Eksekutif, Teknikal & Pengeluaran;

4. Pengarah Eksekutif, Jualan;

5. Pengarah Eksekutif, Rantai Bekalan;

6. Pengarah Eksekutif, Sumber Manusia & Perhubungan Korporat Kumpulan;

7. Pengarah Eksekutif, Kopi dan Minuman;

8. Pengarah Eksekutif, Peneraju NCE Pasaran [Rantau Malaysia & Singapore];

9. Pengarah Eksekutif, Susu; dan

10. Pengarah Eksekutif, Nestlé Profesional.

Ia penting bagi Lembaga Pengarah dan Kumpulan Pengurusan untuk melengkapi antara satu sama lain. Kumpulan Pengurusan diberi tanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar dan keputusan Lembaga Pengarah, menyelia operasi serta membangun, menyelaras bersama dan melaksanakan perniagaan dan strategi-strategi korporat.

Dari masa ke semasa, apabila Lembaga Pengarah perlu mengemaskini maklumat yang relevan dari mana-mana ahli Kumpulan Pengurusan, ahli berkaitan dalam Kumpulan Pengurusan akan dijemput untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah untuk menyediakan Lembaga Pengarah dengan maklumat yang relevan atau terkini yang diperlukan.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 57

Page 60: 2011 Corporate Report Bm(1)

Setiausaha Syarikat

Selain dari Kumpulan Pengurusan, Setiausaha Syarikat turut menyokong Pengerusi untuk memastikan Lembaga Pengarah berfungsi dengan berkesan. Setiausaha Syarikat mengatur dan turut hadir di kesemua mesyuarat Lembaga Pengarah dan Jawatankuasanya serta memastikan bahawa terdapat rakaman isu-isu yang dibincangkan, keputusan dan kesimpulan-kesimpulan yang betul dan tepat disimpan untuk perbincangan. Setiausaha Syarikat merakam, menyedia dan mengedar minit minit-minit mesyuarat Lembaga Pengarah dan Jawatankuasanya untuk memastikan bahawa minit disimpan dengan betul di pejabat berdaftar Syarikat dan dikeluarkan untuk pemeriksaan, jika perlu.

Di samping itu juga, Setiausaha Syarikat juga menyampaikan maklumat terkini kepada Lembaga Pengarah mengenai sebarang pindaan bagi syarat-syarat Penyenaraian, catatan-catatan amalan dan bimbingan, surat-surat pekeliling dari Bursa Malaysia Securities Berhad serta semakan terkini undang-undang atau peraturan serta impaknya terhadap Syarikat dan perniagaannya. Semua Pengarah mempunyai akses bagi nasihat dan perkhidmatan Setiausaha Syarikat. Setiausaha Syarikat dilantik dan boleh dipecat oleh Lembaga Pengarah.

Mesyuarat-Mesyuarat

Ahli Lembaga Pengarah

Ahli Lembaga Pengarah menjadualkan 4 [empat] mesyuarat dalam setahun untuk mempertimbangkan segala perkara berkaitan dengan kawalan menyeluruh, prestasi perniagaan dan strategi Syarikat. Mesyuarat-mesyuarat tambahan akan dijadualkan jika dan apabila perlu.

Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Syarikat untuk sepanjang tahun telah dijadualkan dalam suku ketiga tahun sebelumnya supaya Pengarah-pengarah dapat merancang waktu mereka terlebih dahulu dan memastikan yang mesyuarat-mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah telah dimasukkan dalam jadual masing-masing.

Dalam tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2011, 4 [empat] Mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan.

Jadual berikut menunjukkan kehadiran Pengarah-pengarah di mesyuarat-mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun 2011:

Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalullail

4/4

Dato’ Mohd. Rafik Bin Shah Mohamad

4/4

Tan Sri Datuk [Dr.] Rafiah Binti Salim

4/4

Tan Sri Datuk Yong Poh Kon[Dilantik pada 25 April 2011.Hadir 2 [dua] mesyuarat sejak dilantik]

2/2

Dato’ Frits van Dijk 2/4

Peter Vogt 4/4

Marc Seiler 4/4

* Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Bin Tengku Ariff telah

menghadiri 2/2 mesyuarat sebelum bersara

pada 21 April 2011.

KENYATAAN TADBIR URUS KORPORAT

58 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 61: 2011 Corporate Report Bm(1)

Di mana arahan atau keputusan diperlukan dengan segera dari Lembaga Pengarah di antara mesyuarat-mesyuarat tetap, maka mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah khas dianjurkan oleh Setiausaha Syarikat, selepas rundingan dengan Pengerusi. Agenda untuk mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah akan dibuat oleh Pengerusi setelah berunding dengan Pengarah Urusan serta Setiausaha Syarikat.

Keputusan Lembaga Pengarah dibuat sebulat suara atau dengan persetujuan sebulat suara. Di mana sesuai, antara mesyuarat yang dijadualkan dan mesyuarat khas, keputusan boleh diambil dengan pengeluaran Resolusi Pekeliling Pengarah. Dalam tahun 2011, 8 [lapan] resolusi-resolusi telah diluluskan oleh Pengarah-Pengarah melalui Resolusi Pekeliling.

Lembaga Pengarah mempunyai satu jadual tetap yang mengandungi hal-hal yang termasuk dalam agenda dan dikaji semula sepanjang tahun iaitu, Laporan Suku Tahun Pengarah Urusan, Keputusan Suku Tahunan yang belum diaudit serta cadangan-cadangan yang dibuat dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Audit. Antara agenda-agenda lain termasuk:

1. Pembentangan-pembentangan oleh Pengarah Urusan;

2. Keputusan Suku Tahunan Yang Belum Diaudit;

3. Rancangan Syarikat;

4. Kesemua pengumuman yang dikeluarkan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad;

5. Aktiviti-aktiviti Menjana Nilai Bersama Syarikat;

6. Laporan Tahunan Syarikat [termasuk Kenyataan Tadbir Urus Korporat, Penyata Mengenai Kawalan Dalaman, Laporan Jawatankuasa Audit dan Kenyataan Jawatankuasa Menjana Nilai Bersama];

7. Laporan Kewangan Syarikat yang telah Diaudit; dan

8. Panduan Tadbir Urus Korporat yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Berhad.

Jawatankuasa Kumpulan Pengurusan atau penasihat-penasihat luar dijemput, apabila perlu, untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasanya untuk menasihati dan menyediakan maklumat dan penjelasan mengenai perkara-perkara yang dibentangkan dalam agenda kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasanya untuk membolehkan mereka mencapai satu keputusan yang telah dipertimbangkan.

Jawatankuasa dan Jawatankuasa

Kecil Lembaga Pengarah

Lembaga Pengarah telah menubuhkan 3 [tiga] Jawatankuasa Pengarah utama di mana ia telah diberi tanggungjawab tertentu. Mereka adalah Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Imbuhan.

Untuk memastikan kelancaran dalam menjalankan tugas bagi setiap Jawatankuasa Lembaga Pengarah, setiap Jawatankuasa Lembaga Pengarah akan menurut arahan terma rujukan yang jelas serta yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Semua Jawatankuasa mempunyai peranan-peranan /fungsi-fungsi mereka, terma-terma rujukan bertulis, prosedur-prosedur pentadbiran serta pihak-pihak bertanggungjawab yang jelas. Lembaga Pengarah mengkaji kuasa serta terma rujukan setiap Jawatankuasa dari masa ke semasa.

Setiap Jawatankuasa perlu mengemukakan kepada Ahli Lembaga Pengarah, laporan-laporan pertimbangan dan cadangan masing-masing, dan semua pertimbangan serta keputusan yang diambil perlu diminit dan diluluskan oleh setiap Jawatankuasa serta disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa tersebut pada mesyuarat Lembaga Pengarah berikutnya.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 59

Page 62: 2011 Corporate Report Bm(1)

Komposisi Jawatankuasa Lembaga Pengarah pada 2 April 2012 dan kehadiran Ahli-ahli pada mesyuarat-mesyuarat yang diadakan pada tahun 2011 adalah seperti berikut:

Kehadiran

Mesyuarat

Jawatankuasa Audit

Mesyuarat Jawatankuasa

Pencalonan

Mesyuarat

Jawatankuasa Imbuhan

1. Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalullail Pengerusi, Pengarah Bebas, Bukan Eksekutif

5/5 1/1 –

2. Dato’ Mohd. Rafik Bin Shah Mohamad Pengarah Bebas, Bukan Eksekutif

5/5 – 2/2

3. Tan Sri Datuk [Dr.] Rafiah Binti Salim Pengarah Bebas, Bukan Eksekutif

5/5 – 2/2

4. Tan Sri Datuk Yong Poh Kon Pengarah Bebas, Bukan Eksekutif

[Dilantik pada 25 April 2011]

– N/A –

5. Dato’ Frits van Dijk Pengarah Bukan Bebas, Bukan Eksekutif

– 1/1 1/2

Nota: Tengku Tan Sri [Dr.] Mahaleel Bin Tengku Ariff telah menghadiri 2/2 Mesyuarat Jawatankuasa Audit, 1/1 Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan

sebelum bersara pada 21 April 2011.

KENYATAAN TADBIR URUS KORPORAT

60 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 63: 2011 Corporate Report Bm(1)

JAWATANKUASA LEMBAGA

PENGARAH

1. Jawatankuasa Audit

Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab dalam mewujudkan aturan yang rasmi dan telus bagi mempertimbangkan bagaimana ia menggunakan prinsip-prinsip pelaporan kewangan dan kawalan dalaman, serta memelihara satu hubungan yang sesuai dengan juruaudit luar Syarikat, KPMG dipenuhi melalui Jawatankuasa Audit.

Sehingga tarikh Kenyataan ini, Jawatankuasa Audit terdiri daripada 3 [tiga] Pengarah. Semua Ahli Jawatankuasa Audit adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Semua ahli Jawatankuasa Audit mempunyai syarat-syarat seperti yang dinyatakan oleh Kod Malaysia dan Pengerusi, Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalullail memenuhi semua syarat-syarat di bawah perenggan-perenggan 15.09 dan 15.10 daripada Syarat-syarat Penyenaraian. Pengerusi Lembaga Pengarah ialah seorang Akauntan Bertauliah yang mempunyai kelayakan dari Institut Akauntan Malaysia dan juga seorang Pengamal Akauntan Bertauliah dari Australian Society of Certifi ed Practising Accountants, selepas memperolehi kelayakan pada tahun 1984.

Bidang Kuasa

Jawatankuasa Audit membantu Lembaga Pengarah dalam penilaiannya berhubung keberkesanan kawalan dalaman, proses pengurusan risiko dan pentadbiran Syarikat yang termasuk menyemak penyata-penyata kewangan Syarikat dan proses-proses laporan.

Jawatankuasa Audit telah bertemu dengan Kumpulan Pengurusan serta juruaudit luar dan dalaman bagi penyemakan semula keberkesanan pengurusan kawalan-kawalan dalaman dan risiko perniagaan, serta menerima laporan dari fungsi audit dalaman [yang dipanggil Audit Pasaran Nestlé] dan telah mengkaji semula pematuhan dengan Prinsip-prinsip Perniagaan Nestlé dan prosedur-prosedur yang terdapat di dalam Kumpulan untuk pengurusan polisi-polisi perniagaannya. Jawatankuasa Audit telah memberi pertimbangan terperinci untuk risiko-risiko perniagaan berbangkit dalam konteks operasi perbendaharaan Kumpulan, sistem teknologi maklumatnya dan ancaman bagi perniagaan Kumpulan yang ditimbulkan oleh pelanggaran hak-hak Intelek yang berkaitan dengan produk-produk serta mengkaji semula kawalan khusus yang sedia ada dalam Kumpulan untuk menangani risiko-risiko sedemikian. Jawatankuasa Audit telah memenuhi kehendak sendiri dengan adanya kawalan dalaman yang sesuai dan memuaskan untuk mengenal pasti dan mengawal risiko-risiko perniagaan, dan bahawa perniagaan Kumpulan itu dijalankan dengan cara yang betul dan selamat.

Jawatankuasa Audit juga bertanggungjawab untuk meluluskan audit, audit berulang yang berkaitan dan audit yang tidak berkaitan perkhidmatan oleh juruaudit luar dan dalam melaksanakan tugas-tugas mereka, jawatankuasa audit akan memastikan kebebasan dan objektiviti juruaudit luar tidak tergugat.

Jawatankuasa Audit telah mengkaji semula dan membincangkan Penyata Kewangan yang telah diaudit pada 31 Disember 2011 oleh KPMG dan disyorkan kepada Lembaga Pengarah pada 23 Februari 2012, bahawa Penyata Kewangan yang telah diaudit pada 31 Disember 2011 dimasukkan ke dalam Laporan Tahunan Syarikat 2011.

Ahli Lembaga Pengarah telah meluluskan Penyata Kewangan yang telah diaudit pada 23 Februari 2012 untuk dimasukkan ke dalam Laporan Tahunan Syarikat tahun 2011 dan akan difailkan ke Bursa Malaysia Securities Berhad, Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Mesyuarat-Mesyuarat

Pengarah Eksekutif Kewangan & Kawalan, Ketua Audit Pasaran Nestlé, Ketua Perakaunan dan Penggabungan Insuran & Pencen serta wakil-wakil juruaudit luar menghadiri mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Audit bersama ahli-ahli Jawatankuasa Audit. Jawatankuasa Audit telah berjumpa 5 [lima] kali pada tahun 2011.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 61

Page 64: 2011 Corporate Report Bm(1)

Tiada Ahli Jawatankuasa Audit, kecuali Pengerusi Jawatankuasa Audit, yang menerima apa-apa bayaran pada tahun 2011 dari Kumpulan selain daripada bayaran-bayaran yang telah diterima sebagai seorang Pengarah Syarikat serta elaun-elaun untuk kehadiran mesyuarat. Pengerusi Jawatankuasa Audit menerima satu yuran tahunan tetap untuk jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit.

Fungsi-fungsi, komposisi dan keahlian Jawatankuasa Audit diterangkan dengan terperinci dalam muka surat 78 hingga 81 Laporan Tahunan ini.

2. Jawatankuasa Pencalonan

Jawatankuasa Pencalonan adalah eksklusif yang terdiri daripada majoriti Pengarah-pengarah Bukan Eksekutif.

Jawatankuasa Pencalonan telah ditubuhkan pada 26 Ogos 2010 untuk memberi cadangan kepada Lembaga Pengarah, calon-calon yang sesuai untuk dilantik menjadi Lembaga Pengarah. Antara Jawatankuasa Pencalonan terkini terdiri daripada:

[i] Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalullail [Pengerusi]

[ii] Tan Sri Datuk Yong Poh Kon

[iii] Dato’ Frits van Dijk

Jawatankuasa Pencalonan diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah untuk, antara lainnya, mengenalpasti, mencadang dan mencalonkan individu yang berkelayakan bagi pelantikan semula pengarah-pengarah serta mengkaji semula kebebasan pengarah-pengarah, memastikan pengarah-pengarah baru melalui program induksi yang sesuai dan secara kolektif serta individu menilai prestasi pengarah-pengarah dan pengurusan kanan secara berterusan dan mencadangkan latihan, jika perlu. Jawatankuasa Pencalonan mempunyai akses bagi sebarang bentuk nasihat profesional bebas, maklumat dan nasihat serta khidmat Setiausaha Syarikat, jika dan apabila perlu, dalam melaksanakan fungsi-fungsinya. Seorang Pengarah yang hendak dilantik semula dan kembali dipilih akan menarik diri daripada semua pertimbangan mengenai pemilihan semulanya ke Lembaga Pengarah dan Jawatankuasanya. Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan akan diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun dan apabila perlu.

Sepanjang beberapa tahun yang lalu sebelum penubuhan Jawatankuasa Pencalonan, kadar pertukaran pengarah-pengarah sangat rendah. Apabila sesuai, pencalonan pelantikan dan peletakan jawatan seorang pengarah dibincang oleh semua ahli Lembaga Pengarah di mesyuarat mereka.

Kuasa dan terma rujukan Jawatankuasa Pencalonan ialah seperti berikut:a. Bidang Kuasa

Jawatankuasa Pencalonan diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah untuk melakukan perkara yang berikut:

• Untuk mencadangkan kepada Lembaga Pengarah calon-calon yang sesuai untuk dilantik sebagai pengarah;

• Untuk memastikan bahawa Lembaga Pengarah mempunyai satu imbangan yang sesuai dari segi kemahiran, kepakaran, sifat-sifat serta kecekapan-kecekapan yang teras;

• Untuk sentiasa menyemak profi l kemahiran-kemahiran yang diperlukan, kepakaran, sifat-sifat serta kecekapan-kecekpan teras untuk keanggotaan bagi Lembaga Pengarah;

• Bagi semakan semula rancangan penggantian untuk ahli-ahli Lembaga Pengarah;

• Untuk mencadangkan kepada Lembaga Pengarah calon pengarah yang berpotensi untuk mengisi tempat-tempat dalam Jawatankuasa Lembaga Pengarah; dan

• Untuk menilai setiap tahun keberkesanan Lembaga Pengarahnya, Jawatankuasa-jawatankuasa dan sumbangan setiap Pengarah.

KENYATAAN TADBIR URUS KORPORAT

62 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 65: 2011 Corporate Report Bm(1)

b. Mesyuarat-Mesyuarat

• Jawatankuasa Pencalonan akan bertemu sekurang-kurangnya sekali setahun atau atas permintaan mana-mana ahli-ahlinya.

• Majoriti para ahli yang hadir mestilah merupakan Pengarah Bebas supaya memenuhi kuorum untuk mesyuarat tersebut.

• Setiausaha Syarikat akan mencatat, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan dan memastikan yang minit disimpan dengan betul dan dikeluarkan untuk pemeriksaan jika diperlukan.

• Jawatankuasa Pencalonan akan melaporkan kepada Lembaga Pengarah dan minitnya akan dibentangkan dan dicatatkan oleh Lembaga Pengarah.

3. Jawatankuasa Imbuhan

Jawatankuasa Imbuhan telah ditubuhkan pada 26 Ogos 2010 untuk memberi cadangan-cadangan bagi Lembaga Pengarah mengenai rangka kerja pampasan untuk pengarah-pengarah.

Jawatankuasa Imbuhan dianggotai oleh 3 [tiga] ahli, dengan majoritinya merupakan Pengarah Bebas, Bukan Eksekutif seperti berikut:

[i] Dato’ Mohd. Rafik Bin Shah Mohamad [Pengerusi]

[ii] Tan Sri Datuk [Dr.] Rafiah Binti Salim

[iii] Dato’ Frits van Dijk

Tanggungjawab utama Jawatankuasa Imbuhan adalah untuk memastikan bahawa pampasan dan faedah-faedah pengarah sesuai dengan tahap tanggungjawab Pengarah-pengarah dari segi prestasi Syarikat dalam industri, menyemak semula dan mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah imbuhan yang sesuai bagi Pengarah Bukan Eksekutif dan menyemak semula dan meluluskan bonus serta kenaikan gaji tahunan Pengarah Eksekutif dan pengurusan kanan sejajar dengan amalan pampasan syarikat kumpulan Nestlé di seluruh dunia seperti yang ditubuhkan oleh bahagian Sumber Manusia Nestlé S.A. di Vevey, Switzerland. Seorang pengarah yang pakejnya sedang dipertimbangkan akan menarik diri daripada perbincangan pampasannya sendiri.

Jawatankuasa Imbuhan mempunyai akses bagi sebarang bentuk nasihat profesional bebas, maklumat dan nasihat serta khidmat Setiausaha Syarikat, jika dan apabila perlu dalam melaksanakan fungsi-fungsinya. Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Imbuhan akan diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun dan apabila perlu.

Objektif-objektif Jawatankuasa Imbuhan dalam menentukan tahap dan komponen-komponen pakej-pakej imbuhan adalah untuk menarik, mendorong dan mengekalkan bakat dan dedikasi Pengarah Eksekutif serta ahli-ahli pengurusan kanannya. Dalam keazaman mereka, Jawatankuasa Imbuhan mengambil pertimbangan tahap-tahap yang setanding dengan pengurusan kanan utama dalam syarikat-syarikat tanda aras lain.

a. Bidang Kuasa

Jawatankuasa Imbuhan diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah untuk bertindak seperti berikut:

• Mencadangkan kepada Lembaga Pengarah rangka dasar Syarikat dari segi syarat-syarat pekerjaan Pengarah Eksekutif dan ahli-ahli Kumpulan Pengurusan.

• Mencadangkan kepada Lembaga Pengarah mengenai semua unsur ganjaran dan bayaran imbuhan Pengarah Eksekutif dan ahli-ahli Kumpulan Pengurusan.

• Menyemak semula dan meluluskan bonus tahunan dan kenaikan gaji Pengarah Eksekutif dan ahli-ahli Kumpulan Pengurusan.

• Menyemak semula dan mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah imbuhan Pengarah Bukan Eksekutif.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 63

Page 66: 2011 Corporate Report Bm(1)

b. Mesyuarat-Mesyuarat dan Minit-

Minit Mesyuarat

• Jawatankuasa Imbuhan akan bertemu sekurang-kurangnya sekali dalam setiap tahun atau lebih kerap seperti mana ia diputuskan.

• Majoriti ahli-ahli dalam kehadiran mesti terdiri daripada Pengarah Bukan Eksekutif bagi membentuk satu kuorum untuk mesyuarat itu.

• Pengarah-pengarah Eksekutif dan Pengarah-pengarah Bukan Eksekutif akan menarik diri daripada pertimbangan dan keputusan undian berhubung pampasan masing-masing di tahap Jawatankuasa Imbuhan atau tahap Lembaga Pengrah mengikut keadaan.

• Jawatankuasa Imbuhan berhak memanggil Bahagian Sumber Manusia untuk nasihat secara dalaman atau daripada sumber-sumber luar, apabila perlu.

• Setiausaha Syarikat akan merekod, menyedia dan mengedar minit mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Imbuhan dan memastikan bahawa minitnya betul dan ia disimpan serta dikeluarkan untuk pemeriksaan jika perlu.

• Jawatankuasa Imbuhan akan melaporkan kepada Lembaga Pengarah dan minit Jawatankuasa Imbuhan akan dibentangkan dan dicatatkan oleh Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Imbuhan telah bermesyuarat sebanyak 2 [dua] kali pada tahun 2011.

Pelantikan dan Pemilihan Semula

atau Pelantikan Pengarah-Pengarah

Proses Pelantikan

Lembaga Pengarah melantik ahli-ahlinya melalui satu proses formal yang mana sejajar dengan Artikel 90.1 dan 90.2 daripada Artikel-artikel Pertubuhan Syarikat [“Artikel”], satu pertiga daripada pengarah-pengarah dari masa dilantik akan bersara daripada jawatan dan adalah layak untuk pemilihan semula, dengan syarat semua pengarah akan bersara daripada jawatan sekurang-kurangnya sekali setiap 3 [tiga] tahun tetapi akan layak untuk pemilihan semula untuk memberikan para pemegang saham peluang untuk memperbaharui mandat mereka di Mesyuarat Agung Tahunan. Pengarah-pengarah yang akan bersara setiap tahun adalah mereka yang telah menjadi paling lama memegang jawatan mereka sejak pemilihan terakhir.

Proses Pemilihan atau

Pelantikan Semula

Syarikat tidak mempunyai satu had penggal untuk kedua-dua para Pengarah Eksekutif dan Pengarah Bebas kerana Lembaga

Pengarah percaya bahawa sumbangan yang berterusan memberi manfaat kepada Lembaga Pengarah dan Kumpulan secara keseluruhannya. Bagaimanapun, Artikel 88 daripada Artikel Syarikat menyatakan bahawa pada sesuatu masa, jumlah keseluruhan Pengarah tidak boleh kurang daripada 2 [dua] dan tidak lebih daripada 8 [lapan] dan Nestlé S.A. berhak melantik sehingga 4 [empat] orang Pengarah. Selain daripada itu, Syarikat yakin dan percaya yang individu-individu dipilih dan dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah sebagai Pengarah adalah individu yang berkaliber tinggi dan berintegriti serta berkebolehan dalam menjalankan tugas dan bertanggungjawab secara bebas dan dengan berkesan. Artikel 97 daripada Artikel menyatakan bahawa seorang pengarah yang dilantik oleh Ahli Lembaga Pengarah dari masa ke semasa akan hanya memegang jawatannya sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya, dan akan layak untuk pemilihan semula pada Mesyuarat Agung Tahunan.

Menurut Seksyen 129[6] Akta Syarikat 1965, ahli-ahli Lembaga Pengarah yang berumur lebih dari 70 tahun boleh dilantik semula sebagai pengarah untuk tahun seterusnya di Mesyuarat Agung Tahunan.

Perubahan bagi pelantikan semula Lembaga Pengarah dalam tahun 2012 adalah seperti berikut:

Nama Gelaran

Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalullail

Pengarah Bebas, Bukan Eksekutif

Tan Sri Datuk Yong Poh Kon Pengarah Bebas, Bukan Eksekutif

Marc Seiler Pengarah Eksekutif

KENYATAAN TADBIR URUS KORPORAT

64 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 67: 2011 Corporate Report Bm(1)

Artikel 90.1 daripada Artikel membolehkan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada Ahli Lembaga Pengarah tertakluk kepada persaraan secara pertukaran pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.

Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalullail, seorang Pengarah Bebas, Bukan Eksekutif, Marc Seiler, Pengarah Eksekutif, Kewangan & Kawalan, dijangka bersara menurut Artikel 90.1 dan Tan Sri Datuk Yong Poh Kon, Pengarah Bebas, Bukan Eksekutif, dijangka bersara menurut Artikel 97 pada Mesyuarat Agung Tahunan ini dan akan dicadangkan untuk pemilihan semula dan pelantikan kembali oleh Ahli Lembaga Pengarah bedasarkan Artikel.

Maklumat setiap pengarah yang akan dipilih semula boleh didapati di muka surat 43, 47 dan 49 Laporan Tahunan.

Ganjaran Para Pengarah

Polisi untuk ganjaran para pengarah adalah bagi menggantikan satu pakej ganjaran yang perlu untuk menarik, mengekalkan dan mendorong Pengarah mengenai kualiti yang dikehendaki daripada mereka untuk menguruskan perniagaan Syarikat serta Kumpulan pada keseluruhannya.

Bagi para Pengarah Eksekutif Kumpulan, prestasi individu dan korporat diberi ganjaran melalui penggunaan faedah-faedah gaji bersepadu dan struktur bonus dan mencerminkan sifat persaingan

operasi Kumpulan bagi menyumbang ke arah menjayakan strategi organisasi Kumpulan. Para Pengarah Eksekutif merupakan pekerja-pekerja sepenuh masa Syarikat dan mereka tidak menerima pampasan tambahan untuk perkhidmatan sebagai seorang Ahli Lembaga Pengarah. Pada satu asas tahunan, Jawatankuasa Imbuhan mengambil kira daya saing pasaran, keputusan perniagaan dan prestasi individu dalam menilai ganjaran Pengarah Eksekutif.

Dalam menilai ganjaran Pengarah Urusan, Jawatankuasa Imbuhan turut mengambil kira prestasi individu dan korporat, serta prestasi dan antara faktor lain termasuk pencapaian matlamat strategik serta prestasi korporat serantau dan global.

• GAJI ASAS Gaji asas bagi Pengarah Eksekutif adalah

berdasarkan ganjaran yang diamalkan Kumpulan syarikat-syarikat Nestlé di seluruh dunia seperti yang ditubuhkan oleh fungsi Sumber Manusia Nestlé S.A. di Vevey, Switzerland.

• FAEDAH Faedah-faedah biasa seperti peruntukan

bayaran sewa, kenderaan bermotor, keahlian kelab dan perbelanjaan peribadi serta faedah lain diberikan kepada Pengarah Eksekutif sejajar dengan polisi Kumpulan, manakala Pengerusi mendapat tambang percutian tahunan disamping yuran pengarah.

• EMOLUMEN Emolumen termasuk bonus, faedah

persaraan, peruntukan untuk tambang percutian dan elaun-elaun tetap.

• YURAN PENGARAH Yuran-yuran dibuat kepada para

Pengarah Bukan Eksekutif.

Bagi Pengarah Bukan Eksekutif, jumlah ganjaran berbeza-beza dengan tahap tanggungjawab yang dijalankan oleh Pengarah Bukan Eksekutif secara individu.

Yuran-yuran bagi setiap Pengarah Bukan Eksekutif ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah sepertimana yang dibenarkan oleh pemegang saham Syarikat.

Semua Pengarah Bukan Eksekutif dibayar yuran pengarah tahunan tetap sebagai ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah. Selain daripada yuran tahunan tetap pengarah, bayaran-bayaran kesemua Pengarah Bukan Eksekutif kecuali Pengerusi, dibayar elaun kehadiran mesyuarat untuk setiap Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah dan mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengarah yang dihadiri. Sebagai pengiktirafan kepada masa tambahan dan komitmen, Pengerusi Jawatankuasa Audit juga menerima satu yuran tetap tahunan untuk jawatan pengerusinya dalam Jawatankuasa Audit.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 65

Page 68: 2011 Corporate Report Bm(1)

[a] Butiran dan jumlah setiap unsur utama ganjaran gaji, bonus dan faedah yang diberikan kepada para pengarah Syarikat pada tahun 2011 ialah seperti berikut:

2011

Pengarah Eksekutif* Pengarah Bukan Eksekutif*

[RM, Kasar] **

Pendapatan 2,060,349.00 –

Ganjaran Yuran Pengarah *** – 189,333.00

Emolumen **** 2,182,759.50 –

Faedah ***** 2,201,553.07 35,672.00

Jumlah 6,444,661.57 225,005.00

* Termasuk pengarah yang telah meletakkan jawatan/bersara.

** Angka-angka yang diberi adalah sebelum cukai.

*** Yuran dibayar kepada Pengarah Bukan Eksekutif.

**** Emolumen lain termasuk bonus, insentif, faedah persaraan, peruntukan cuti dan elaun.

***** Faedah termasuk bayaran sewa, kenderaan bermotor, keahlian kelab, perbelanjaan

persendirian dan faedah lain sebagai pengarah.

[b] Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, bilangan pengarah Syarikat yang mana jumlah keseluruhan ganjaran yang dibayar pada tahun 2011 mengikut julat ganjaran adalah seperti berikut:

2011

Pengarah Eksekutif* Pengarah Bukan Eksekutif*

Eksekutif Julat Imbuhan [RM]

1 – 50,000 – 5

50,000 – 100,000 – 1

1,750,000 – 1,800,000 2 –

2,900,000 – 2,950,000 1 –

Jumlah 3 6

* Termasuk para pengarah yang telah meletakkan jawatan/bersara.

Gaji, bonus dan faedah yang dibayar kepada Peter Vogt dan Marc Seiler adalah berdasarkan kepada pakej ganjaran setiap individu seperti yang ditentukan oleh bahagian Sumber Manusia Nestlé S.A. dan juga berdasarkan kepada prestasi individu dan pencapaian keuntungan Syarikat.

Latihan Para Pengarah

Semua Pengarah semasa Syarikat telah menamatkan Program Akreditasi Wajib [MAP]. Mana-mana pengarah yang dilantik ke Lembaga Pengarah dikehendaki melengkapkan MAP dalam tempoh 4 [empat] bulan dari tarikh pelantikan. Berikutan pemansuhan Program Pendidikan Berterusan [CEP], syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia Securities Berhad bermula 1 Januari 2005, Ahli Lembaga Pengarah terus menilai dan menentukan keperluan latihan pengarahnya serta memastikan pendidikan secara berterusan bagi membantu mereka dalam menjalankan tugasan mereka sebagai pengarah.

Semua pengarah yang dilantik ke Lembaga Pengarah, selain daripada menghadiri MAP turut menghadiri latihan lain yang berkaitan untuk program seterusnya bagi meningkatkan kecekapan perniagaan dan profesionalisme mereka dalam menjalankan tugas-tugas mereka bagi Kumpulan. Menurut perenggan 15.08[2] dan Appendik 9C [Bahagian A, Perenggan 28] Syarat-syarat Penyenaraian, Pengarah

KENYATAAN TADBIR URUS KORPORAT

66 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 69: 2011 Corporate Report Bm(1)

telah sebelum tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011, menghadiri latihan dalam bidang kepimpinan, tadbir urus korporat, kewangan, pembangunan pengawasan, tanggungjawab sosial korporat, keselamatan maklumat dan risikan perniagaan.

Syarikat juga menyediakan taklimat dalaman bagi para pengarah tentang pembangunan tadbir urus korporat utama dan memberi maklumat terkini kepada mereka terhadap perubahan kepada Syarat-syarat Penyenaraian, undang-undang dan peraturan-peraturan. Para pengarah diberitahu sepenuhnya tentang kesan perkembangan atau pertukaran kepada Syarikat.

Sebagai sebahagian daripada latihan berterusan, para pengarah dimaklumkan pada waktu yang sesuai oleh pengurusan, dengan menyediakan mereka dengan salinan-salinan bahan-bahan bacaan, mengenai perkembangan terbaru pada peranan-peranan dan tanggungjawab pengarah-pengarah.

Para pengarah juga digalakkan menghadiri latihan luaran yang sesuai bagi Syarikat dan kos-kos menghadiri program-program ini ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat. Dato’ Mohd. Rafi k Bin Shah Mohamad telah menghadiri latihan mengenai Audit dan Akaun Antarabangsa pada 12 July 2011 di Persidangan Antarabangsa IIA.

Kepentingan Langsung dan

Tidak Langsung Pengarah

Sehingga 31 Disember 2011, kepentingan langsung dan tidak langsung Pengarah dalam Syarikat adalah seperti berikut:

[i] Dato’ Frits van Dijk memegang 8,000 saham dalam Syarikat; dan

[ii] Peter Vogt memegang 14,600 saham dalam Nestlé S.A.

Rangkaian Maklumat

Lembaga Pengarah dan Jawatankuasanya menerima maklumat terkini untuk membuat penilaian di masa yang tepat dan cepat sebelum setiap mesyuarat, dan Setiausaha Syarikat, di bawah arahan Pengerusi, memastikan aliran maklumat dari Lembaga Pengarah dan Jawatankuasanya. Setiausaha Syarikat juga bertanggungjawab untuk menasihati Lembaga Pengarah, melalui Pengerusi mengenai semua hal-hal pentadbiran. Sebelum mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah dan Jawatankuasanya, satu agenda rasmi serta kertas-kertas mesyuarat yang mengandungi maklumat berkaitan hal-hal yang akan dipertimbangkan pada mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah dihantar kepada semua Pengarah sekurang-kurangnya 5 [lima] hari sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah berkaitan dan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasanya. Ini adalah bagi membolehkan para pengarah

menyemak semula, mempertimbangkan dan jika perlu, mendapatkan keterangan lanjut atau menyelidik hal-hal yang akan dipertimbangkan supaya mereka lebih bersedia. Kertas-kertas mesyuarat dibentangkan dalam satu cara yang ringkas yang termasuk antara lain, laporan-laporan menyeluruh pengurusan, minit-minit mesyuarat, cadangan projek dan dokumen-dokumen sokongan.

Penyampaian kepada Lembaga Pengarah dan Jawatankuasanya disediakan dan disampaikan dalam cara yang memastikan penyampaian tersebut jelas dan mencukupi. Sebagai tambahan, bahan-bahan bacaan disediakan dan diedarkan sebelum setiap mesyuarat bagi membantu semua Pengarah memahami subjek.

Lembaga Pengarah mengiktiraf bahawa proses membuat keputusan amat bergantung pada kualiti maklumat yang lengkap. Tambahan lagi, setiap Pengarah mempunyai akses yang tidak terbatas bagi semua maklumat dalam Syarikat. Lembaga Pengarah menggalakkan kehadiran pengurusan kanan serta pegawai-pegawai Syarikat di mesyuarat Lembaga Pengarah dan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasanya untuk meningkatkan pemahaman Lembaga Pengarah mengenai operasi Syarikat dan memberi pihak pengurusan kanan peluang untuk bersama dengan para pengarah.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 67

Page 70: 2011 Corporate Report Bm(1)

Para pengarah sering dikemaskinikan dengan syarat undang-undang dan statutori baru berkaitan dengan tugas-tugas dan tanggungjawab pengarah-pengarah dan kesan serta implikasi mereka terhadap Syarikat dan Pengarah dalam melaksanakan tugas-tugas fi dusiari dan tanggungjawab mereka. Terdapat juga satu prosedur rasmi yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah untuk para Pengarah, sama ada bertindak sebagai Ahli Lembaga Pengarah sepenuhnya atau dalam keupayaan individu mereka, untuk memperoleh nasihat profesional bebas apabila perlu, atas perbelanjaan Kumpulan. Sebelum melantik seorang penasihat bebas, kelulusan mesti diperoleh dari Pengerusi Lembaga Pengarah dan, di mana boleh digunakan, Pengerusi boleh mendapatkan nasihat luar untuk Lembaga Pengarah.

HUBUNGAN DENGAN PIHAK

BERKEPENTINGAN

Lembaga Pengarah percaya bahawa mereka bukan sahaja bertanggungjawab kepada para pemegang saham tetapi juga bertanggungjawab untuk menguruskan satu hubungan produktif dan berjaya dengan para pihak berkepentingan Syarikat.

PEMEGANG SAHAM

Syarikat mengiktiraf pentingnya memelihara ketelusan dan kebertanggungjawaban bagi pemegang sahamnya. Lembaga Pengarah memastikan yang semua pemegang saham Syarikat dilayan dengan adil dan hak-hak semua pelabur, termasuk para pemegang saham minoriti dilindungi.

Perhubungan asas Syarikat dengan pemegang saham ialah melalui Pengerusi, Pengarah Urusan, Pengarah Eksekutif Kewangan dan Kawalan serta Setiausaha Syarikat. Semua pertanyaan para pemegang saham akan diterima oleh Setiausaha Syarikat yang akan menyediakan maklum balas dan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan pemegang saham dan di mana maklumat mungkin dianggap sebagai maklumat sensitif tentang Kumpulan, ia tidak akan disediakan bagi seorang pemegang saham melainkan maklumat tersebut telah pun dimasukkan di tempat awam melalui pendedahan.

Mesyuarat Agung Tahunan [AGM]

AGM ialah peluang utama Lembaga Pengarah bertemu dengan para pemegang saham Syarikat dan untuk Pengerusi menyediakan satu gambaran menyeluruh mengenai kemajuan Syarikat dan menerima soalan-soalan dari pemegang saham. Di AGM, para pemegang saham turut serta mempertimbangkan resolusi-resolusi yang ada atau pada operasi Kumpulan secara umum. Pada setiap AGM, satu meja bantuan disediakan sebagai pusat rujukan untuk para pemegang saham.

AGM 2011 telah diadakan pada 21 April 2011 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur. Jumlah pemegang saham yang telah menghadiri AGM pada tahun 2011 telah bertambah dan ini menunjukkan hubungan Syarikat dengan para pemegang saham berada di peringkat yang sangat baik. Semua resolusi telah diluluskan dan semua Pengarah termasuk Setiausaha Syarikat menghadiri mesyuarat itu. Ahli Lembaga Pengarah, pengurus kanan dan

juruaudit luar Syarikat, KPMG turut hadir untuk menjawab soalan dan menyediakan penjelasan seperti dikehendaki oleh pemegang saham. Sidang akhbar telah diadakan sebaik sahaja selepas AGM di mana Pengerusi, Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif Kewangan dan Kawalan menyediakan maklumat terkini bagi wakil-wakil media serta resolusi-resolusi mesyuarat sebelumnya dan menjawab soalan berhubung hal-hal berkaitan dengan Kumpulan.

AGM tahun 2012 akan diadakan pada 26 April 2012 di Pusat Konvesyen Sime Darby, Kuala Lumpur. Notis AGM dan Borang Proksi disertakan dalam Laporan Tahunan ini. Keputusan semua resolusi dicadangkan akan disediakan di laman web Syarikat dan Bursa Malaysia Securities Berhad sejurus selepas AGM 2012.

Laporan Tahunan

Satu lagi saluran utama digunapakai oleh Lembaga Pengarah untuk memastikan para pemegang sahamnya dan pelabur-pelabur mempunyai akses untuk mendapatkan maklumat mengenai perniagaannya, kewangan dan aktiviti-aktiviti penting lain adalah melalui Laporan Tahunan Syarikat, yang mana kandungannya ditingkatkan secara berterusan bagi mengambil kira pembangunan, dan antara lainnya, dalam tadbir urus korporat.

Lembaga Pengarah bermatlamat untuk memberi dan menyampaikan satu penilaian yang jelas dan komprehensif dalam Laporan Tahunan kepada pemegang saham. Dalam mendedahkan maklumat dalam Laporan Tahunannya, Lembaga Pengarah berpandukan prinsip-prinsip yang ditetapkan

KENYATAAN TADBIR URUS KORPORAT

68 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 71: 2011 Corporate Report Bm(1)

dalam Syarat-syarat Penyenaraian dan Kod Nestlé.

Kenyataan Tadbir Urus Korporat, Penyata Mengenai Kawalan Dalaman serta Laporan Jawatankuasa Audit membentuk sebahagian daripada Laporan Tahunan 2011. Kenyataan-kenyataan dan laporan-laporan ini dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Audit untuk komen-komen dan cadangan-cadangan, sebelum dibentangkan kepada Lembaga Pengarah untuk kajian semula dan perbincangan sebelum dimasukkan ke dalam Laporan Tahunan.

Satu aspek penting dalam polisi komunikasi aktif dan positif ialah kepantasan dalam menyebarkan maklumat kepada pemegang saham dan pelabur-pelabur. Syarikat menghantar Notis Mesyuarat Agung Tahunan dan surat pekeliling berkaitan kepada pemegang-pemegang saham sekurang-kurangnya 21 hari sebelum mesyuarat itu sepertimana yang dikehendaki di bawah Syarat-syarat Penyenaraian untuk memastikan pemahaman penuh dan penilaian ke atas isu-isu yang terlibat. Di mana terdapat urusan khas di dalam Notis Mesyuarat Agung Tahunan, satu penjelasan penuh disediakan kepada pemegang-pemegang saham mengenai kesan yang timbul daripada resolusi urusan khas yang dicadangkan.

Pengumuman segera keputusan kewangan pada setiap suku tahun membolehkan para pemegang saham mendapat satu gambaran menyeluruh prestasi dan operasi Syarikat dan membantu dalam membuat keputusan-keputusan pelaburan.

Pengeluaran Keputusan Kewangan Suku Tahunan

Keputusan Suku

Tahunan 2011

Tarikh

Pengeluaran

Tarikh Akhir

Bursa Securities

Jumlah Hari

selepas akhir Suku

Suku Pertama 24.02.2011 28.02.2011 55

Suku Kedua 20.04.2011 31.05.2011 20

Suku Ketiga 18.08.2011 31.08.2011 49

Suku Keempat 04.11.2011 30.11.2011 35

Hubungan Pelabur

Syarikat mengadakan taklimat suku tahunan secara berasingan untuk pengurus-pengurus dana, pelabur-pelabur institusi dan penganalisis pelaburan serta media selepas pengumuman setiap suku kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.

Taklimat suku tahunan adalah bermaksud bukan sahaja untuk menggalakkan penyebaran keputusan kewangan Syarikat kepada seramai mungkin pelabur-pelabur, pemegang saham dan media tetapi ia juga untuk membolehkan pelabur awam serta pemegang berkepentingan lain mengemaskini maklumat kemajuan dan pembangunan perniagaan Syarikat.

Taklimat suku tahunan diadakan oleh Pengarah Eksekutif Kewangan & Kawalan dengan kehadiran Setiausaha Syarikat. Pada tahun 2011, Syarikat menganjurkan 4 [empat] taklimat suku tahunan untuk pengurus-pengurus dana, pelabur-pelabur institusi dan penganalisis pelaburan.

Laman Web Syarikat

Untuk mengekalkan tahap ketelusan setinggi yang mungkin, Syarikat telah membuka sebuah laman web di www.nestle.com.my di mana pemegang saham boleh mengakses maklumat di bawah ‘Hubungan Pelabur’ yang mengandungi maklumat korporat, laporan tahunan terbaru, kenyataan-kenyataan akhbar terbaru, keputusan kewangan terbaru, harga saham, pengumuman dari Bursa Malaysia Securities Berhad, taklimat hubungan pelabur serta polisi-polisi dan tanggungjawab asas sosial Syarikat.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 69

Page 72: 2011 Corporate Report Bm(1)

Ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan pembabitan tinggi setiap warga kerja dan satu set minda yang bermatlamatkan pencapaian syarikat yang baik.

Bagi memastikan kepatuhan ini, semua warga kerja pengurusan, termasuk Lembaga Pengarah dan pembekal-pembekal serta penyedia-penyedia perkhidmatan Syarikat diperlukan untuk mengisytihar pematuhan mereka dengan Kod Nestlé dan Prinsip-prinsip Perniagaan Nestlé serta mendedahkan mana-mana konfl ik kepentingan pada setiap tahun.

JAWATANKUASA PEMATUHAN

Pada tahun 2011, Syarikat telah mewujudkan dua tahap Jawatankuasa Pematuhan untuk memantau pematuhan keseluruhan Kumpulan terhadap dasar-dasar, peraturan-peraturan, arahan-arahan dan perundangan yang berkenaan dalam menjalankan perniagaan.

Tahap pertama, Jawatankuasa Ketua Pematuhan, terdiri daripada wakil-wakil setiap unit perniagaan dan unit fungsi yang kebanyakannya diwakili Pengawal Perniagaan. Wakil-wakil dinamakan ‘Ketua’ dan bertanggungjawab untuk menyelia penilaian pematuhan bagi unit masing-masing. Bagi mempermudahkan penilaian tersebut, peralatan memantau termasuk senarai kesemua keperluan pematuhan telah diwujudkan. Peralatan memantau ini, dikenali sebagai Matriks Pematuhan juga mengandungi garis panduan masa bagi mana-mana jurang yang perlu dirapatkan dan pelan tindakan untuk memastikan semua jurang diberi perhatian dan dilengkapi sepantas mungkin.

Pegawai Kanan

Maklumat pegawai kanan yang bertanggungjawab terhadap Hubungan Pelabur adalah seperti berikut: Nama : Marc Seiler Gelaran : Pengarah Eksekutif, Kewangan & KawalanUmur : 47 tahun Alamat : Nestlé [Malaysia] Berhad [110925-W]

22-1, Tingkat 22 Menara Surian No. 1, Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan No. Tel : 03 - 7965 6107 E-mel : InvestorRelations. [email protected]

Butir-butir lanjut kelayakan dan pengalaman beliau boleh didapati di seksyen Profi l Pengarah dalam Laporan Tahunan ini.

Ia telah menjadi amalan Syarikat untuk menjawab surat para pemegang saham, panggilan telefon dan pertanyaan melalui e-mel. Setiap surat atau e-mel yang diterima, jika ia memerlukan perhatian Lembaga Pengarah, akan dikaji semula oleh Bahagian Undang-undang dan Kesetiausahaan sebelum dimajukan kepada Lembaga Pengarah untuk pertimbangan.

Dalam pada Syarikat berusaha untuk menyediakan sebanyak mungkin maklumat bagi pemegang saham dan pihak berkepentingan, Syarikat prihatin terhadap rangka kerja perlembagaan yang merangkumi penyebaran maklumat penting dan yang sensitif terhadap harga

saham. Sebarang maklumat yang mungkin dianggap sebagai maklumat sensitif tentang Syarikat atau Kumpulan tidak akan didedahkan kepada orang awam.

WARGA KERJA

Syarikat percaya dalam mempromosikan piawaian kelakuan yang tinggi dan untuk memastikan bahawa semua warga kerja mendukung kelakuan sedemikian secara berterusan dalam prestasi tugas-tugas mereka, mereka dipimpin oleh 3 [tiga] sistem nilai-nilai teras, iaitu Kod Nestlé, Prinsip Perniagaan Nestlé dan Prinsip-prinsip Pengurusan dan Kewibawaan Pengurusan Nestlé [“Sistem Nilai”].

Kod Nestlé berteraskan kepada 3 [tiga] prinsip asas, iaitu mengelakkan sebarang kelakuan yang boleh merosakkan atau membahayakan Syarikat atau reputasinya, pematuhan dan kejujuran serta mengutamakan kepentingan Syarikat sebelum kepentingan lain atau peribadi, membimbing cara pekerja-pekerja Syarikat menjaga kelakuan. Prinsip-prinsip Perniagaan Nestlé tertumpu kepada amalan-amalan tempat kerja dan etika, hubungan pekerja dan hak-hak kemanusiaan pekerja. Prinsip-prinsip ini menetapkan satu pendekatan umum bagi pembangunan dasar-dasar dan prosedur-prosedur mengambilkira undang-undang dan amalan buruh serta konteks politik, ekonomi dan budaya. Prinsip-prinsip Pengurusan dan Kewibawaan Pengurusan Nestlé menerangkan bagaimana pekerja boleh menyumbang kepada syarikat dengan melakukan atau berkelakuan dengan cara yang menambah nilai bagi Syarikat.

KENYATAAN TADBIR URUS KORPORAT

70 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 73: 2011 Corporate Report Bm(1)

Mesyuarat Ketua Pematuhan dipengerusikan oleh Pengarah Eksekutif, Perundangan dan Kesetiausahaan, Mohd. Shah Bin Hashim dan melibatkan perbincangan mengenai kemajuan penilaian, jurang-jurang dikenalpasti oleh Para Ketua dan status pelan tindakan. Isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat ini di bawa ke perhatian Jawatankuasa Panduan Pematuhan, yang merupakan tahap kedua Jawatankuasa Pematuhan. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, sebanyak 4 [empat] Mesyuarat Ketua Pematuhan diadakan.

Tahap kedua Jawatankuasa Pematuhan adalah Jawatankuasa Panduan Pematuhan [“Jawatankuasa Panduan”] yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan, Peter Vogt dan terdiri daripada Kumpulan Pengurusan. Semua perkara berbangkit di mesyuarat Ketua Pematuhan diringkaskan dan dibawa ke Jawatankuasa Panduan Pematuhan untuk memastikan status jurang-jurang yang telah dikenalpasti dan kemajuan pelan tindakan.

Jawatankuasa Panduan bertanggungjawab menetapkan arah tuju rangkakerja pematuhan dan untuk menyokong perlaksanaan rangka kerja dengan jayanya dari segi kewangan dan juga cara-cara yang lain.

PEMATUHAN UNDANG–UNDANG

PERSAINGAN

Dengan penggubalan Akta Persaingan yang baru, yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 [“Akta”], Syarikat telah menjalankan program kesedaran yang menyeluruh untuk memastikan Syarikat akan terus mematuhi semua undang-undang negara dan beroperasi sejajar dengan Prinsip Perniagaaan Korporat Nestlé, dengan menjalankan perniagaan berpandukan Akta.

Seawal 2011 lagi, Syarikat telah mengkaji operasi perniagaan dan telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa Syarikat mematuhi Akta.

Sebagai salah satu program pematuhannya, Syarikat telah menjalankan pelan tindakan bagi memastikan kesedaran pematuhan undang-undang persaingan, yang mengandungi latihan-latihan bagi warga kerja, penyusulan semula perjanjian-perjanjian yang mengandungi unsur-unsur yang mungkin tidak mematuhi Akta, pembentukan Panduan Undang-undang Persaingan, audit kesediaan persaingan serta menigkatkan sumber-sumber di Jabatan Undang-undang dengan tumpuan kepada undang-undang persaingan dan pematuhan.

Bagi tahun kewangan yang diakhiri 31 Desember 2011, Syarikat telah menjalankan 34 latihan-latihan Undang-undang Persaingan merentasi perniagaan/unit-unit fungsi Kumpulan. Latihan-latihan ini adalah bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan yang berkenaan dan meningkatkan kesedaran di kalangan warga kerja mengenai kepentingan mematuhi Akta, serta tidak melibatkan diri dengan kelakuan yang melanggar Akta.

Berkenaan dengan perjanjian-perjanjian, Syarikat melalui peguam dalaman telah mendapatkan khidmat kepakaran peguam luaran untuk membantu Syarikat mengkaji semula dan jika perlu, meminda perjanjian-perjanjian untuk memastikan bahawa mereka mematuhi Akta tersebut dengan sepenuhnya.

Pada suku terakhir 2011, Syarikat telah melantik kepakaran daripada Nestlé S.A melalui Peguam Antitrust untuk menjalankan audit kesediaan persaingan bagi Kumpulan. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa langkah asas telah berjaya diambil untuk mengemudi Syarikat ke arah pematuhan sepenuhnya.

Syarikat juga telah dihasilkan Panduan Undang-undang Persaingan, yang akan diedarkan kepada semua warga kerja sebagai panduan asas bagi mematuhi undang-undang persaingan. Panduan Undang-undang Persaingan dijangka akan diedarkan dalam suku tahun pertama 2012.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 71

Page 74: 2011 Corporate Report Bm(1)

PENGGUNA-PENGGUNA

Berpandukan Polisi Kualiti serta Prinsip Komunikasi Pengguna Nestlé, produk-produk dan jenama-jenama Syarikat dibangun, dikilang dan dipasarkan dengan penuh tanggungjawab. Demi mencapai wawasan Syarikat untuk kualiti yang tiada kompromi, Syarikat menyediakan satu talian bebas tol untukpengguna bagi semua produknya dengan objektif untuk menerima aduan-aduan serta maklum balas pengguna dan memberi respon terhadap semua aduan secepat mungkin.

PEMBEKAL DAN PENYEDIA

PERKHIDMATAN

Kod Nestlé, Prinsip Perniagaan Nestlé dan Kod Pembekal [“Piawaian”] juga terpakai kepada pembekal-pembekal dan penyedia-penyedia perkhidmatan Syarikat untuk memastikan piawaian etika perniagaan yang tinggi di kalangan semua pembekal dan penyedia-penyedia perkhidmatan Syarikat termasuk syarikat-syarikat berkait pembekal atau penyedia perkhidmatan. Piawaian tersebut digabungkan ke dalam kontrak dengan pembekal atau penyedia perkhidmatan. Ia telah dijelaskan dalam semua perjanjian dengan pembekal-pembekal dan penyedia-penyedia perkhidmatan yang mana pelanggaran mana-mana peruntukan dalam Piawaian tersebut boleh menjurus kepada penamatan segera kontrak dengan pembekal atau penyedia perkhidmatan berkenaan.

PERAKAUNAN DAN AUDIT

Laporan Kewangan

Lembaga Pengarah bermatlamat untuk memberi penilaian yang jelas, seimbang dan komprehensif mengenai prestasi kewangan dan prospek Kumpulan pada akhir tahun kewangan, terutamanya melalui kenyataan-kenyataan keputusan kewangan tahunan, suku tahunan dan separuh tahunan kepada pemegang saham serta kenyataan dan kajian semula operasi oleh Pengerusi dalam laporan tahunan. Lembaga Pengarah dibantu oleh Jawatankuasa Audit untuk menyelia proses pelaporan kewangan Kumpulan dan kualiti laporan kewangannya.

Kenyataan Tanggungjawab Para

Pengarah dari segi Penyediaan Penyata

Kewangan yang telah Diaudit

Lembaga Pengarah memastikan yang kenyataan-kenyataan kewangan Syarikat menyediakan satu gambaran benar dan saksama mengenai keadaan Kumpulan dan Syarikat di akhir tempoh perakaunan serta keuntungan atau kerugian dan aliran tunai untuk tempoh tersebut. Dalam menyediakan penyata-penyata kewangan, para pengarah memastikan yang piawaian perakaunan diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia [MASB] di Malaysia dan peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965 telah dipatuhi dan pertimbangan munasabah dan cermat serta anggaran telah dibuat. Tanggungjawab

menyeluruh para pengarah juga merangkumi pengambilan langkah-langkah yang ada pada mereka bagi menjamin perlindungan aset-aset Kumpulan dan untuk pelaksanaan dan operasi perakaunan dan sistem kawalan dalaman yang berterusan bagi pencegahan penipuan dan penyelewengan lain.

Lembaga Pengarah berpuas hati di mana ia telah menepati kewajipannya untuk membentangkan satu penilaian yang seimbang dan mudah difahami mengenai kedudukan dan prospek Syarikat dalam Laporan Pengarah pada muka surat 6 hingga 9 dan Penyata Kewangan pada muka surat 10 hingga 58 dalam Laporan Kewangan tahun ini.

Kawalan Dalaman

Ia penting untuk ditekankan bahawa tanggungjawab utama untuk memastikan satu sistem kawalan dalaman yang baik dan menyemak keberkesanan sistem tersebut terletak pada Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah menetapkan dasar-dasar dan prosedur-prosedur untuk kawalan dalaman dan memastikan yang sistem kawalan dalaman sedemikian dilaksanakan dengan betul oleh Kumpulan Pengurusan. Syarikat telah menggariskan proses-proses untuk menyelia dan membuat pengurusan risiko.

Butiran proses-proses ini terdapat di muka surat 76 hingga 77 Laporan Tahunan ini.

KENYATAAN TADBIR URUS KORPORAT

72 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 75: 2011 Corporate Report Bm(1)

Syarikat telah menyediakan satu Polisi Teknologi Maklumat yang menggariskan proses-proses yang perlu diikuti untuk mewujudkan dasar-dasar, amalan-amalan terbaik, piawaian dan penggunaan teknologi-teknologi maklumat sokongan. Syarikat amat prihatin terhadap implikasi undang-undang jika sistem-sistem teknologi atau maklumat disalahgunakan dan melanggar landas perundangan. Syarikat lantaran memastikan semua perisian digunapakai Syarikat adalah salinan-salinan berlesen.

Sejajar dengan Panduan untuk Pengarah Syarikat Tersenarai Awam, penilaian oleh Lembaga Pengarah telah dijalankan sekurang-kurangnya setahun sekali, dan ini termasuk semua kawalan material termasuk kewangan, operasi dan kawalan pematuhan serta sistem-sistem pengurusan risiko. Lembaga Pengarah mendapat jaminan-jaminan yang wajar daripada laporan yang diserahkan oleh jawatankuasa yang berkaitan mengenai pengurusan risiko dan kawalan dalaman.

Butiran fungsi audit dalaman terdapat di muka surat 76 hingga 77 Laporan Tahunan ini.

Dasar Pendedahan Rahsia

Satu daripada peruntukan utama dalam Kod Nestlé ialah pelaporan salah laku di sisi undang-undang atau ketidakpatuhan. Syarikat mengakui yang salah laku dalam mana-mana syarikat seperti perlanggaran undang-undang, peraturan-peraturan, kerosakan pengeluaran, penyelewengan perlanggaran mutu kesihatan dan keselamatan atau

rasuah biasanya diketahui terlebih dahulu oleh orang yang bekerja di dalam atau dengan Syarikat.

Satu sistem amaran seperti prosedur pendedahan rahsia boleh membantu Syarikat mengesan salah laku dan memberi amaran kepada Kumpulan untuk mengambil tindakan pemulihan sebelum satu masalah menjadi satu krisis. Sistem pendedahan rahsia boleh menguatkan dan menyokong pengurusan yang baik dan pada masa yang sama menunjukkan kebertanggungjawaban, mengadakan pengurusan risiko yang baik serta amalan-amalan tadbir urus korporat yang baik. Lembaga Pengarah percaya bahawa mempunyai satu sistem pendedahan rahsia dapat meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap Kumpulan dan ia adalah sejajar dengan amalan-amalan tadbir urus korporat Syarikat yang baik. Ini juga ditingkatkan lagi dengan adanya Akta Pendedahan Rahsia 2010 baru-baru ini, di mana seorang pendedah rahsia boleh diberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap majikan apabila satu aduan sedang disiasat.

Warga kerja Syarikat digalakkan untuk tampil ke hadapan dan menyatakan sebarang kelakuan yang mencurigakan, penyelewengan atau ketidakpatuhan dalam pengurusan perniagaan Syarikat melalui prosedur pendedahan rahsia dalaman yang diwujudkan pada 2011.

Prosedur pendedahan rahsia dalaman akan menjadi sebuah rangka yang komprehensif yang menggariskan bila,

bagaimana dan dengan siapa satu perkara yang boleh diketengahkan dengan betul, membezakannya dengan rungutan peribadi dan membenarkan pendedah rahsia menyatakan kebimbangan di luar pihak pengurusan mereka. Disamping itu juga, bagi menghormati privasi pendedah rahsia dalam satu keadaan, prosedur tersebut melibatkan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang membekalkan talian tersebut kepada warga kerja melalui panggilan telefon atau laman web. Pihak ketiga ini tidak akan mendedahkan sebarang maklumat untuk mengenalpasti identiti pendedah rahsia tersebut.

Seorang pekerja yang mematuhi tugas masing-masing dengan jujur untuk melaporkan sebarang salah laku dan mendedahkan maklumat akan dilindungi Syarikat dari sebarang paksaan atau pembalasan berkaitan dengan kerjasama masing-masing. Perlindungan dilanjutkan sepanjang proses disiplin dan rayuan, termasuk menjaga identiti pendedah maklumat dengan selamat.

Prosedur-prosedur ini membolehkan warga kerja mengetengahkan masalah mereka tanpa rasa takut atas pembalasan dan dalam pengetahuan bahawa prosedur-prosedur telah sedia ada dan aduan-aduan mereka adalah disiasat serta identiti mereka dirahsiakan. Sebarang keraguan yang diketengahkan akan disiasat oleh satu pasukan siasatan yang terdiri daripada pengurus-pengurus kanan dan satu laporan diperuntukkan kepada Ahli Lembaga Pengarah, melalui Jawatankuasa Audit.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 73

Page 76: 2011 Corporate Report Bm(1)

Penyata Mengenai Kawalan Dalaman

Penyata mengenai Kawalan Dalaman yang disediakan pada muka surat 76 hingga 77 dalam Laporan Tahunan ini menyediakan satu gambaran menyeluruh pada keadaan kawalan-kawalan dalaman dalam Syarikat.

Transaksi-transaksi Pihak

Yang Berkaitan

Rangka kerja pematuhan dalaman wujud untuk memastikan yang Syarikat memenuhi kewajipan-kewajipannya di bawah Syarat Penyenaraian kewajipan-kewajipan berkaitan dengan transaksi-transaksi pihak yang berkaitan. Ahli Lembaga Pengarah, melalui Jawatankuasa Auditnya, meninjau semula transaksi-transaksi pihak yang berkaitan. Seorang Pengarah yang mempunyai kepentingan dalam satu transaksi mesti menarik diri daripada mempertimbangkan dan mengundi pada resolusi berkaitan, dalam transaksi sedemikian pada Ahli Lembaga Pengarah dan pada mana-mana mesyuarat agung yang bersidang mempertimbangkan perkara itu.

Terdapat prosedur-prosedur yang ditubuhkan oleh Syarikat untuk memastikan bahawa semua transaksi-transaksi pihak yang berkaitan adalah dijalankan pada asas tidak terlalu rapat dan pada syarat-syarat komersial normal, konsisten dengan amalan-amalan perniagaan biasa dan dasar-dasar Syarikat, yang secara umumnya bukan lebih baik daripada yang biasanya tersedia kepada orang awam dan pembekal-pembekal lain dan tidak memudaratkan bagi pemegang-pemegang saham minoriti.

Rangka kerja dalaman berkaitan dengan pentadbiran transaksi-transaksi pihak yang berkaitan diringkaskan seperti berikut:

• Satu senarai pihak berkaitan Syarikat akan diedarkan kepada para pengarah dan pengurusan Syarikat serta anak syarikatnya untuk memaklumkan bahawa semua transaksi-transaksi pihak yang berkaitan perlu dijalankan dengan tidak terlalu rapat dan berdasarkan syarat-syarat komersial normal dan tidak berat sebelah seperti yang biasanya tersedia kepada orang awam dan pembekal-pembekal lain dan tidakmenjejaskan pemegang-pemegang saham minoriti;

• Semua transaksi-transaksi pihak yang berkaitan akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit Syarikat. Mana-mana ahli Jawatankuasa Audit Syarikat boleh sekiranya beliau percaya sesuai, meminta maklumat tambahan berkaitan dengan transaksi termasuk dari sumber-sumber bebas atau penasihat-penasihat; dan

• Semua transaksi-transaksi pihak yang berkaitan berulang yang dilakukan berdasarkan amanat pemegang-pemegang saham untuk transaksi-transaksi pihak yang berkaitan berulang akan direkodkan oleh Syarikat dalam suatu daftar atau rekod-rekod yang dipegang oleh Syarikat.

Transaksi-transaksi Pihak Berkaitan Berulang yang dilakukan Syarikat dengan pihak-pihak yang berkaitan dalam tahun 2011 adalah untuk:

• pembelian bahan-bahan mentah, separa siap dan produk-produk makanan siap dari syarikat-syarikat sekutu Nestlé berjumlah kira-kira RM400juta;

• pembayaran royalti untuk penggunaan cap dagang untuk jualan produk-produk makanan kepada syarikat-syarikat sekutu Nestlé berjumlah kira-kira RM170 juta;

• pembayaran untuk perkongsian perkhidmatan teknologi maklumat untuk penggunaan dan penyenggaraanperkhidmatan teknologi maklumat kepada syarikat-syarikat sekutu Nestlé berjumlah RM25 juta; dan

• jualan produk-produk makanan kepada syarikat-syarikat sekutu Nestlé berjumlah kira-kira RM950 juta.

Butiran di bawah akan dibentangkan untuk kelulusan para pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan pada 26 April 2012:

• pembayaran untuk perkongsian perkhidmatan teknologi maklumat dan perkhidmatan agensi berjumlah kira-kira RM3 juta; dan

• pembayaran untuk perkongsian perkhidmatan teknologi maklumat berjumlah kira-kira RM2 juta.

KENYATAAN TADBIR URUS KORPORAT

74 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 77: 2011 Corporate Report Bm(1)

Hubungan dengan Juruaudit Luaran

Jawatankuasa Audit berbincang dengan juruaudit luar tentang skop audit dan kewajipan-kewajipan laporan sebelum audit dimulakan. Jawatankuasa Audit memastikan bahawa pengurusan akan menyediakan satu respon yang menepati masa pada sebarang pertanyaan yang diketengahkan oleh juruaudit luar selepas audit kepada pengurusan, dalam menghormati rekod perakaunan, akaun kewangan atau sistem kawalan.

Jawatankuasa Audit bekerja rapat dengan rakan kongsi kanan audit yang ditugaskan oleh KPMG kepada Syarikat, untuk menjadi wakil utama bagi menyelia hubungan Syarikat dengan juruaudit luar. Menurut syarat-syarat Institut Akauntan Malaysia, Syarikat menggantikan rakan-rakan kongsi auditnya setiap 5 [lima] tahun untuk memastikan objektiviti, kebebasan dan integriti pendapat audit.

Jawatankuasa Audit juga berjumpa dengan juruaudit luar bagi semakan semula kewajaran keputusan penting, prinsip-prinsip perakaunan dan keberkesanan pengurusan operasi kawalan-kawalan dalaman dan risiko perniagaan.

Jawatankuasa Audit ditugaskan dengan kuasa dari Ahli Lembaga Pengarah bagi menilai sebarang perkara berkenaan pelantikan dan pelantikan semula, yuran audit, perletakan jawatan atau pemecatan juruaudit luar dan mengkaji semula serta menilai faktor-faktor berkaitan dengan kebebasan juruaudit luar dan membantu mereka dalam menjaga kebebasan mereka.

Kontrak Material

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, tiada sebarang kontrak material ditandatangani oleh Syarikat dan anak-anak syarikatnya [bukan kontrak yang ditandatangani dalam urusan perniagaan yang biasa], yang melibatkan para pengarah dan pemegang saham utama, kecuali kontrak material berhubung dengan urus niaga berulang dengan pihak-pihak berkaitan dalam perolehan atau dagangan.

Pematuhan Terhadap Kod Perlakuan

Perniagaan Nestlé

Ahli Lembaga Pengarah telah mempertimbangkan, mengkaji semula dan meluluskan Kenyataan Tadbir Urus Korporat. Ahli Lembaga Pengarah menganggap Kenyataan Tadbir Urus Korporat ini menyediakan maklumat yang penting bagi membolehkan pemegang saham untuk menilai bagaimana Kod Malaysia telah digunapakai. Ahli Lembaga Pengarah menganggap dan adalah berpuas hati bahawa Syarikat telah menunaikan kewajipannya di bawah Kod Nestlé, Kod Malaysia, Syarat-syarat Penyenaraian dan semua undang-undang berkenaan serta peraturan-peraturan sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Kenyataan ini telah dibentangkan dan diluluskan pada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah pada 23 Februari 2012.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 75

Page 78: 2011 Corporate Report Bm(1)

PENGENALAN

Nestlé [Malaysia] Berhad [110925-W] dan para pengarahnya adalah komited kepada satu sistem kawalan dalaman yang teguh dan dengan sukacitanya menyediakan penyata berikut mengenai skop dan bentuk kawalan dalaman bagi Kumpulan Syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

TANGGUNGJAWAB LEMBAGA

PENGARAH

Para pengarah dan pihak pengurusan bertanggungjawab ke atas penubuhan kawalan-kawalan dalaman untuk Kumpulan Syarikat. Sistem-sistem kawalan dalaman sentiasa dinilai untuk memastikan kesesuaiannya kecukupan dan integriti oleh pihak pengurusan. Sistem ini direka untuk menguruskan, dan sebaliknya bukan untuk menghapuskan risiko kegagalan yang berpunca dari ketidakcapaian dasar-dasar, matlamat-matlamat dan objektif-objektif Kumpulan. Sistem sedemikian menyediakan jaminan yang munasabah berbanding jaminan mutlak daripada salah nyata atau kehilangan. Pengarah Syarikat telah memberikan tanggungjawab pengawasan sistem kawalan dalaman ini kepada pengurusan.

Di samping kajian-kajian lazim dan penilaian-penilaian sistem kawalan dalaman ini, turut dilaksanakan adalah satu proses berterusan untuk mengenalpasti, menilai

dan menguruskan risiko-risiko nyata yang dihadapi oleh Kumpulan. Proses ini melalui ulasan oleh pengarah-pengarah sejajar dengan “Penyata mengenai Kawalan-kawalan Dalaman: Garis panduan untuk Pengarah-pengarah Syarikat Senaraian Awam” [“Panduan Kawalan Dalaman”] yang dikeluarkan oleh Institut Auditor Dalaman Malaysia.

RANGKA KERJA PENGURUSAN

RISIKO

Pengarah-pengarah dan pihak pengurusan menyokong sepenuhnya kandungan Garis Panduan Kawalan Dalaman. Hasil kerjasama erat dengan Jabatan Audit Dalaman Syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan, pengarah-pengarah dan pihak pengurusan telah menyediakan garis-garis panduan pengurusan risiko, langkah-langkah dan proses kawalan.

FUNGSI AUDIT DALAMAN

Jabatan Audit Pasaran Nestlé bertanggungjawab untuk mengkaji semua proses dalam Kumpulan Syarikat dan hubungannya dengan pihak ketiga. Ia menyediakan pendapat-pendapat bebas kepada pengarah-pengarah mengenai proses-proses, pendedahan risiko dan sistem kawalan dalaman Kumpulan Syarikat. Tanggungjawab Jabatan Audit termasuk:

• Menilai dan melaporkan keberkesanan sistem-sistem kawalan dalaman yg ada;

• Menilai dan melaporkan tahap kebolehpercayaan sistem dan maklumat pelaporan;

• Menilai dan melaporkan mengenai kecekapan operasi pelbagai Unit-unit Perniagaan dan Jabatan di dalam Kumpulan Syarikat dan mengenal pasti potensi-potensi penjimatan di mana praktikal; dan

• Mengkaji tahap pematuhan terhadap dasar-dasar Kumpulan Syarikat, Arahan Tetap Syarikat dan garis-garis panduan serta undang-undang dan peraturan terpakai.

Jabatan Audit mengenalpasti unit-unit yang akan diaudit berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan terhadap [a] risiko sedia ada unit, dan [b] kerumitan proses-proses dari peringkat awal ke peringkat akhir.

Satu matriks yang meliputi penilaian, jenis-jenis dan tahap kepentingan audit secara keseluruhan bagi setiap isu-isu audit dibangunkan sebagai satu panduan untuk menjalankan susulan kepada isu-isu audit yang dibangkitkan. Hasil daripada kajian-kajian audit dilaporkan pada setiap suku tahunan kepada Jawatankuasa Audit dan kemudian kepada Ahli Lembaga Pengarah melalui Pengerusi Syarikat. Maklum balas dari pihak pengurusan dan pelan tindakan diteliti secara lazim dan disusuli oleh Jabatan Audit Dalaman dan Jawatankuasa Audit.

PENYATAAN MENGENAI KAWALAN DALAMAN

76 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 79: 2011 Corporate Report Bm(1)

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Jabatan Audit menjalankan 10 [sepuluh] audit meliputi fungsi korporat, pusat pengedaran, kilang-kilang dan unit perniagaan. Sebagai tambahan, 5 [lima] penilaian ad hoc dijalankan. Di mana terdapat pengecualian, ia adalah tidak material dan langkah pembetulan sudah pun diambil.

Seterusnya, Audit Kumpulan Syarikat Nestlé [“NGA”], bahagian audit dalaman syarikat induk Nestlé S.A., bertanggungjawab terhadap penilaian keberkesanan kawalan dalaman bagi seluruh Kumpulan Syarikat Nestlé. NGA menjalankan kajian-kajian kepada proses, sistem dan kecemerlangan perniagaan terhadap unit/bahagian perniagaan terpilih berdasarkan kaedah-kaedah penilaian risiko. Pelan audit tahunan dan keputusan-keputusan NGA adalah dilaporkan kepada Pengurusan Zon dan Jawatankuasa Audit Nestlé S.A. Berdasarkan kepada penilaian risiko ini, 2 [dua] audit [Fungsi Korporat Nestlé [Malaysia] Berhad dan Unit Perniagaan Pemakanan Bayi] telah dijalankan oleh NGA dalam pasaran ini bagi tahun berakhir Disember 2011.

Pelan audit tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 telah dibentangkan kepada NGA dan telah diluluskan pada suku akhir 2011.

RISIKO DAN PROSES-PROSES

KAWALAN LAIN

Struktur dan proses-proses yang ditakrifkan secara rasmi [menerusi Arahan Tetap Syarikat] memainkan peranan yang besar dalam pengurangan risiko. Walaupun Kumpulan Syarikat adalah sebuah organisasi berangkaian, proses kebertanggungjawapan yang didokumenkan dan boleh diaudit tetap kekal. Di samping itu, had-had kuasa dan Polisi-Polisi Kumpulan Syarikat yang utama [kesihatan dan keselamatan, latihan dan pembangunan, kesaksamaan peluang, prestasi kakitangan, gangguan seksual, dan salahlaku serius] dan Prinsip-prinsip Perniagaan Nestlé S.A. [boleh dilayari menerusi www.nestle.com] telah diedarkan kepada semua kakitangan Kumpulan Syarikat. Prosedur-prosedur ini diwujudkan di seluruh peringkat organisasi dan membantu memberi jaminan kepada setiap tingkat pengurusan, termasuk pengarah-pengarah. Audit Pasaran Nestlé berfungsi untuk memastikan perlaksanaan sepenuhnya prosedur-prosedur ini dan melaporkan struktur, serta mengesahkan sistem-sistem kawalan dalaman. Pengarah Urusan turut melaporkan kepada pengarah-pengarah mengenai sebarang perubahan ketara dalam perniagaan dan persekitaran luaran yang memberi kesan kepada operasi.

Maklumat kewangan, prestasi utama dan petunjuk-petunjuk risiko juga dilaporkan pada setiap suku tahun kepada pengarah-pengarah Syarikat.

Selain itu, Kumpulan Syarikat sudah pun melaksanakan Kaedah Penilaian Kendiri Nestlé [“NSAT”] bagi semua Unit

Perniagaan dan fungsi korporat, kaedah ini dilancarkan pada tahun 2008. NSAT, satu usaha global oleh Nestlé S.A. sebagai respon terhadap perubahan di dalam Kod Obligasi Switzerland bagi syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Switzerland, adalah penyelesaian Penilaian Kawalan Kendiri yang dihasilkan sendiri untuk mengukur tahap kepatuhan setiap unit dengan kawalan-kawalan dalaman minimum yang ditentukan oleh Audit Kumpulan Syarikat Nestlé. Matlamat penilaian kawalan kendiri ialah untuk membantu setiap unit mengenal pasti dengan lebih baik kelemahan kawalan dalaman mereka sendiri dan untuk membangunkan pelan tindakan secara khusus, boleh diukur dan bertepatan pada waktunya untuk menangani kelemahan-kelemahan ini. Keputusan-keputusan ini dipantau pada pihakpengurusan serta oleh Nestlé S.A. NSAT juga akan bertindak sebagai pusat penyimpanan amalan-amalan kawalan dalaman terbaik yang kemudiannya akan dikongsi bersama unit-unit Nestlé lain di seluruh dunia.

Perlaksanaan NSAT untuk peringkat Kumpulan Syarikat tidak mempunyai sebarang perbezaan ketara dalam kawalan dalaman yang minimum dan apabila perbezaan wujud, pelan tindakan telah dilaksanakan atau dikenalpasti, dengan tarikh yang dijangka selesai dan pihak yang bertanggungjawab. Fungsi audit dalaman Kumpulan Syarikat akan melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai status pelan tindakan ini [telah dilaksanakan, sedang dilaksanakan, atau belum dilaksanakan] setiap suku tahun.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 77

Page 80: 2011 Corporate Report Bm(1)

Jawatankuasa Audit juga mempunyai hak untuk bertemu dengan juruaudit luar dan/atau juruaudit dalaman tanpa kehadiran para pengarah eksekutif dan pihak pengurusan.

Sekurang-kurangnya dua kali setahun, Jawatankuasa Audit akan bermesyuarat dengan juruaudit luar, tanpa kehadiran Pengarah Eksekutif dan pihak pengurusan.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

Jawatankuasa Audit bertindak sebagai satu jawatankuasa Lembaga Pengarah dan diwujudkan pada 2 Mac 1994 di bawah Terma-terma Rujukan seperti yang tercatat di dalam Laporan Tahunan ini.

RINGKASAN AKTIVITI SEPANJANG

TAHUN KEWANGAN BERAKHIR

31 DISEMBER 2011

Aktiviti berhubung audit luar:

• kajian skop audit luar dan rancangan audit berasaskan kepada pembentangan pelan dan strategi audit oleh juruaudit luar; dan

• kajian keputusan-keputusan audit luar, laporan audit, surat pengurusan dan maklum balas daripada pengurusan.

Jawatankuasa Audit dianggotai oleh 3 [tiga] orang ahli yang kesemuanya adalah Pengarah Bebas, Bukan Eksekutif. Pengerusi Jawatankuasa Audit, Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalullail dan seorang lagi ahli Dato’ Mohd. Rafi k Bin Shah Mohamad, masing-masing adalah akauntan bertauliah dan merupakan ahli Institut Perakaunan Malaysia. Semua ahli Jawatankuasa Audit mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan dengan pendedahan meluas dalam dunia korporat. Satu korum, yang diwujudkan dengan kehadiran Pengerusi dan sekurang-kurangnya 2 [dua] orang ahli, sentiasa hadir dalam mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Audit.

Jawatankuasa Audit telah mengadakan 5 [lima] mesyuarat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Diatas jemputan Jawatankuasa Audit, Pengarah Eksekutif, Kewangan & Kawalan, wakil-wakil juruaudit luar, Ketua Audit Pasaran Nestlé dan Ketua Perakaunan & Penggabungan/Insurans & Pencen telah menghadiri semua mesyuarat berkenaan. Apabila terdapat keperluan oleh Jawatankuasa Audit, ahli-ahli berkaitan daripada pihak pengurusan juga dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

SAIZ DAN KOMPOSISI

Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar JamalullailPengarah Bebas, Bukan Eksekutif

Pengerusi

[Akauntan Bertauliah dari Australian Society of Certifi ed Practicing Accountants;

Akauntan Bertauliah dari Institut Perakaunan Malaysia]

Dato’ Mohd. Rafi k Bin Shah MohamadPengarah Bebas, Bukan Eksekutif

Ahli

[Akauntan Bertauliah dari Association of Chartered Certifi ed Accountants, United Kingdom;

Akauntan Bertauliah dari Institut Perakaunan Malaysia]

Tan Sri Datuk [Dr.] Rafi ah Binti SalimPengarah Bebas, Bukan Eksekutif

Ahli

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT

78 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 81: 2011 Corporate Report Bm(1)

Aktiviti berhubung audit dalaman:

• kajian keperluan sumber audit dalaman, kelengkapan skop dan fungsi;

• kajian pelan dan program audit dalaman;

• kajian laporan audit dalaman, syor-syor dan maklum balas pengurusan. Tindakan pembaikan dalam bidang kawalan dalaman, sistem dan peningkatan kecekapan yang dicadangkan oleh juruaudit dalaman dibincangkan bersama dengan pihak pengurusan dalam forum berasingan;

• kajian mengenai perlaksanaan syor-syor ini menerusi laporan audit susulan;

• mencadangkan peluang-peluang penambahbaikan tambahan dalam bidang kawalan dalaman, sistem dan peningkatan kecekapan; dan

• kajian dan mengenalpasti pergerakan anggota kakitangan audit dalaman.

Aktiviti berhubung penyata-penyata

kewangan:

• kajian laporan tahunan dan penyata-penyata kewangan diaudit Kumpulan Syarikat sebelum penyerahan kepada para pengarah untuk penelitian dan kelulusan mereka. Ini adalah untuk memastikan pematuhan penyata kewangan terhadap peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965 dan piawaian perakaunan terpakai yang diluluskan sejajar dengan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia [“MASB”];

• kajian pematuhan Kumpulan Syarikat terhadap Syarat-syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, MASB serta peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan pengawalseliaan lain yang relevan dan berkaitan dengan penyata-penyata kewangan suku tahunan dan akhir tahunan; dan

• kajian pengumuman keputusan kewangan belum diaudit sebelum mengesyorkannya untuk kelulusan Lembaga Pengarah.

Aktiviti-akitiviti lain:

• kajian urus niaga pihak berkaitan, pembayaran dividen biasa dan luar biasa; dan

• kajian pematuhan terhadap Kod Malaysia.

Fungsi audit dalaman:

Fungsi audit dalaman Syarikat adalah selaras dengan Kod Malaysia. Fungsi audit dalaman [dikenali sebagai Audit Pasaran Nestlé] diuruskan sebagai sebuah jabatan di dalam lingkungan fungsi Kewangan & Kawalan Syarikat, yang melapor secara terus kepada Jawatankuasa Audit dan dari segi fungsi kepada Kumpulan Audit Nestlé di Vevey, untuk memastikan kebebasannya. Peranan utamanya ialah untuk menjalankan kajian secara bebas dan sistematik terhadap proses-proses serta garis panduan Kumpulan Syarikat dan memberi laporan mengenai aplikasi dan pematuhannya.

Penilaian secara individu dilaporkan secara objektif kepada pihak pengurusan dan Jawatankuasa Audit.

Audit Pasaran Nestlé diketuai oleh Shusaku Kimura, berumur 34 tahun, yang telah berkhidmat dengan Kumpulan Syarikat Nestlé selama kira-kira 10 [sepuluh] tahun. Beliau sebelum ini berkhidmat di Bahagian Kewangan dan Kawalan Nestlé Jepun dan kemudiannya di Kumpulan Audit Nestlé, Nestlé S.A. Shusaku Kimura berkelulusan Universiti Waseda di Jepun, dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pendidikan. Kos untuk fungsi audit dalaman bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 adalah sebanyak RM1,508,827.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 79

Page 82: 2011 Corporate Report Bm(1)

OBJEKTIF

Jawatankuasa Audit adalah sebuah jawatankuasa bebas yang membantu Lembaga Pengarah dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap tadbir urus korporat, kawalan korporat dan laporan kewangan.

Jawatankuasa Audit bertindak bagi pihak Ahli Lembaga Pengarah untuk memastikan bahawa:

• fungsi audit dalaman beroperasi secara berkesan dan mengikut Piawaian-piawaian Amalan Profesional bagi Pengauditan Dalaman;

• perhatian sewajarnya diberikan kepada keberkesanan, kecekapan dan ekonomi dalam operasi Kumpulan Syarikat;

• keputusan suku tahunan dan penyata kewangan akhir tahun dikaji sebelum diluluskan oleh Lembaga Pengarah;

• sistem kawalan dalaman yang mencukupi telah dilaksanakan untuk menghasilkan maklumat pengurusan yang tepat dan bermakna; dan

• tindakan yang betul dan tepat pada masanya diambil oleh pengurus-pengurus yang berkaitan untuk memperbetulkan perkara-perkara utama yang menjadi kebimbangan.

Jawatankuasa Audit memberi laporan kepada Lembaga Pengarah pada setiap suku tahunan berhubung perkara-perkara di bawah bidang terma rujukan Jawatankuasa Audit.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Jawatankuasa Audit bertanggungjawab terutamanya untuk:

Risiko dan Kawalan

• menilai sama ada proses-proses dan langkah-langkah penilaian risiko yang mencukupi wujud untuk meminimumkan sebarang pendedahan kepada risiko, termasuk penipuan;

• mengkaji dan menilai, bersama-sama juruaudit luar dan dalaman, mengenai prosedur-prosedur pengurusan, yang telah direka untuk memberi jaminan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan-peratutran, dasar-dasar dan kod-kod amalan dan perilaku;

• pemantauan sistem dan prosedur, yang direka untuk menyediakan tahap kawalan dalaman, perlindungan aset dan maklumat pengurusan yang berkesan dan memuaskan bersama-sama dengan juruaudit luar dan dalaman; dan

• pemantauan operasi Kumpulan Syarikat menerusi kajian-kajian audit dalaman yang perlu, bagi menentukan sama ada perhatian yang secukupnya diberikan kepada ciri-ciri kecekapan, berkesanan dan ekonomi.

Audit Dalaman

• mengkaji laporan-laporan audit dalaman bagi audit utama yang dilaksanakan;

• mengkaji tahap perlaksanaan cadangan-cadangan audit dalaman dan tempoh masa maklum balas diterima;

• mengkaji prestasi audit dalaman dan keberkesanan untuk memastikan ianya konsisten dengan pelan yang diluluskan, Piagam Audit Dalaman dan piawaian-piawaian profesional yang berkaitan; dan

• mengkaji keberkesanan skop, fungsi, kebolehan dan sumber bagi fungsi audit dalaman.

Audit Luaran

• mengkaji maklum balas pengurusan terhadap laporan interim juruaudit luar, laporan tahunan dan surat-surat pengurusan;

• memantau pembangunan dalam bidang audit luar dan piawaian-piawaian yang ditetapkan oleh badan profesional serta pihak berkuasa pengawalseliaan lain; dan

• menyelia aturan audit luar yang wujud di entiti-entiti di bawah kawalan atau anak-anak syarikat.

TERMA-TERMA RUJUKAN BAGI JAWATANKUASA AUDIT

80 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 83: 2011 Corporate Report Bm(1)

Laporan

• mengkaji rangka akhir penyata-penyata kewangan suku tahunan dan tahunan [sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah bagi meluluskan penyata-penyata kewangan berkenaan], menerima penjelasan bagi sebarang perbezaan ketara daripada tahun sebelumnya dan daripada bajet, serta merujuk isu-isu ini kepada Lembaga Pengarah, jika dan apabila perlu;

• memantau pematuhan kepada syarat-syarat statutori bagi laporan kewangan, dengan fokus kepada sebarang perubahan ketara dalam dasar-dasar dan amalan perakaunan, bersama dengan pengubahsuaian ketara yang disyorkan oleh audit luar; dan

• mengkaji pematuhan terhadap semua pendedahan pihak berkaitan yang disyaratkan oleh Piawaian-piawaian Perakaunan.

Lain-lain

• mengkaji jika dan apabila perlu sebarang perkara berbangkit daripada operasi kewangan Kumpulan Syarikat; dan

• mengarahkan siasatan atau kajian yang relevan dengan peranannya, sekiranya difi kirkan perlu.

Bidang Kuasa

Jawatankuasa Audit, dalam menjalankan tugas-tugasnya, mempunyai kuasa untuk meminta mana-mana pegawai dalam Kumpulan Syarikat atau mana-mana anak syarikat untuk membekalkan maklumat dan penjelasan yang diperlukan;

• mengadakan perbincangan dengan pengurus-pengurus dan kakitangan dalam Kumpulan Syarikat dan anak-anak syarikat pada sebarang masa yang munasabah;

• mendapatkan bantuan daripada pihak luar yang berkelayakan untuk memberi nasihat berhubung isu-isu, di mana ahli-ahli memerlukan pandangan pakar; dan

• mengadakan mesyuarat dengan juruaudit luar, juruaudit dalaman atau kedua-duanya sekali, tanpa kehadiran pengarah-pengarah lain dan pekerja Syarikat, apabila difi kirkan perlu.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 81

Page 84: 2011 Corporate Report Bm(1)

AGENDA

Sebagai Urusan Biasa

1. Untuk menerima penyata-penyata kewangan statutori bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011 dan laporan-laporan pengarah serta juruaudit yang dilampirkan.

Resolusi 1

2. Untuk meluluskan pembayaran dividen akhir sebanyak 125.00 sen sesaham, di bawah sistem dividen satu peringkat, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Resolusi 2

3. Untuk meluluskan pembayaran yuran-yuran pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Resolusi 3

4. Untuk melantik semula pengarah-pengarah berikut yang bersara mengikut Tataurusan Pertubuhan Syarikat:

4.1 Di bawah Artikel 90.1

[i] Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalullail Resolusi 4

[ii] Marc Seiler Resolusi 5

4.2 Di bawah Artikel 97

Tan Sri Datuk Yong Poh Kon Resolusi 6

ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat

Agung Tahunan Syarikat yang ke-28 [Dua Puluh Lapan] akan

diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A Jalan Bukit

Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur pada hari Khamis, 26 April 2012 pada

jam 10.00 pagi untuk melaksanakan urusan-urusan berikut:

5. Untuk melantik semula Tetuan KPMG [No. Firma AF 0758] sebagai juruaudit Syarikat dan memberi kuasa kepada pengarah-pengarah untuk menetapkan imbuhan mereka. Resolusi 7

Sebagai Perniagaan Khas

Untuk mempertimbangkan dan jika perlu, meluluskan Resolusi-Resolusi Biasa berikut:

6. Cadangan Pembaharuan Mandat

Pemegang-pemegang Saham Untuk

Urus Niaga Berulang dengan Pihak

Berkaitan yang Berbentuk Perolehan

atau Dagangan seperti dinyatakan

di bawah Seksyen 2.3A[a] dalam

Surat Pekeliling kepada Pemegang-

pemegang Saham bertarikh 2 April

2012.

“Bahawa mandat yang diluluskan oleh pemegang-pemegang saham Syarikat pada 21 April 2011 mengikut perenggan 10.09 Syarat-syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, yang memberi kuasa kepada Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya untuk menyertai urus niaga berulang pihak berkaitan yang berbentuk perolehan atau dagangan seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 2.3A[a] dalam

Surat Pekeliling kepada Pemegang-pemegang Saham bertarikh 2 April 2012 dengan pihak-pihak berkaitan seperti yang disebutkan, yang perlu bagi operasi harian Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya dan dilakukan dalam perjalanan biasa perniagaan dengan terma yang tidak boleh lebih berpihak kepada pihak-pihak berkaitan berbanding dengan terma yang biasa ditawarkan kepada umum serta tidak menjejaskan pemegang-pemegang saham minoriti, adalah diperbaharui.

Bahawa kuasa yang diberikan oleh mandat tersebut adalah bermula dengan kelulusan resolusi ini dan terus dilaksanakan sehingga:-

[i] tamatnya Mesyuarat Agung Tahunan [“AGM”] Syarikat berikutan AGM akan datang di mana mandat berkenaan telah diluluskan, pada ketika ia akan tamat, kecuali mandat berkenaan diperbaharui oleh resolusi yang diluluskan pada AGM berikutnya;

[ii] tamatnya tempoh AGM Syarikat berikutnya selepas AGM akan datang, perlu diadakan mengikut Seksyen 143[1] Akta Syarikat 1965, [tetapi tidak dilanjutkan sehingga lanjutan itu seperti yang dibenarkan mengikut Seksyen 143[2] Akta Syarikat 1965]; atau

[iii] dibatalkan atau diubah oleh resolusi yang diluluskan oleh pemegang-pemegang saham dalam satu mesyuarat agung;

yang mana lebih awal;

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

82 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 85: 2011 Corporate Report Bm(1)

Bahawa pengarah-pengarah diberi kuasa untuk menyempurnakan dan mengambil tindakan-tindakan [termasuk menguatkuasakan dokumen-dokumen yang diperlukan] untuk melaksanakan urus niaga yang dirancang dan/atau dibenarkan oleh resolusi ini.”

Resolusi 8

7. Cadangan Pembaharuan Mandat

Pemegang-pemegang Saham Untuk

Urus Niaga Berulang dengan Pihak

Berkaitan yang Berbentuk Perolehan

atau Dagangan seperti dinyatakan

di bawah Seksyen 2.3A[b] dalam

Surat Pekeliling kepada Pemegang-

pemegang Saham bertarikh 2 April

2012.

“Bahawa mandat yang diluluskan oleh pemegang-pemegang saham Syarikat pada 21 April 2011 mengikut perenggan 10.09 Syarat-syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, yang memberi kuasa kepada Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya untuk menyertai urus niaga berulang pihak berkaitan yang berbentuk perolehan atau dagangan seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 2.3A[b] dalam Surat Pekeliling kepada pemegang-pemegang Saham bertarikh 2 April 2012 dengan pihak-pihak berkaitan seperti yang disebutkan, yang perlu bagi operasi harian Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya dan dilakukan dalam perjalanan biasa perniagaan dengan terma yang tidak boleh lebih berpihak kepada pihak-pihak berkaitan berbanding dengan terma yang biasa ditawarkan kepada umum serta tidak menjejaskan pemegang-pemegang saham minoriti, adalah diperbaharui.

Bahawa kuasa yang diberikan oleh mandat tersebut adalah bermula dengan kelulusan resolusi ini dan terus dilaksanakan sehingga:-

[i] tamatnya AGM Syarikat berikutan AGM akan datang di mana mandat berkenaan telah diluluskan, pada ketika ia akan tamat, kecuali mandat berkenaan diperbaharui oleh resolusi yang diluluskan pada AGM berikutnya;

[ii] tamatnya tempoh AGM Syarikat berikutnya selepas AGM akan datang, perlu diadakan mengikut Seksyen 143[1] Akta Syarikat 1965, [tetapi tidak melanjutkan sehingga lanjutan itu seperti yang dibenarkan mengikut Seksyen 143[2] Akta Syarikat 1965]; atau

[iii] dibatalkan atau diubah oleh resolusi yang diluluskan oleh pemegang-pemegang saham dalam satu mesyuarat agung;

yang mana lebih awal;

Bahawa pengarah-pengarah diberi kuasa untuk menyempurnakan dan mengambil tindakan-tindakan [termasuk menguatkuasakan dokumen-dokumen yang diperlukan] untuk melaksanakan urus niaga yang dirancang dan/atau dibenarkan oleh resolusi ini.” Resolusi 9

8. Cadangan Pembaharuan Mandat

Pemegang-pemegang Saham Untuk

Urus Niaga Berulang dengan Pihak

Berkaitan yang Berbentuk Perolehan

atau Dagangan seperti dinyatakan

di bawah Seksyen 2.3A[c] dalam

Surat Pekeliling kepada Pemegang-

pemegang Saham bertarikh 2 April

2012.

“Bahawa mandat yang diluluskan oleh pemegang-pemegang saham Syarikat pada 21 April 2011 mengikut perenggan 10.09 Syarat-syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, yang memberi kuasa kepada Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya untuk menyertai urus niaga berulang pihak berkaitan yang berbentuk perolehan atau dagangan seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 2.3A[c] dalam Surat Pekeliling kepada pemegang-pemegang Saham bertarikh 2 April 2012 dengan pihak-pihak berkaitan seperti yang disebutkan, yang perlu bagi operasi harian Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya dan dilakukan dalam perjalanan biasa perniagaan dengan terma yang tidak boleh lebih berpihak kepada pihak-pihak berkaitan berbanding dengan terma yang biasa ditawarkan kepada umum serta tidak menjejaskan pemegang-pemegang saham minoriti, adalah diperbaharui.

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 83

Page 86: 2011 Corporate Report Bm(1)

Bahawa kuasa yang diberikan oleh mandat tersebut adalah bermula dengan kelulusan resolusi ini dan terus dilaksanakan sehingga:-

[i] tamatnya AGM Syarikat berikutan AGM akan datang di mana mandat berkenaan telah diluluskan, pada ketika ia akan tamat, kecuali mandat berkenaan diperbaharui oleh resolusi yang diluluskan pada AGM berikutnya;

[ii] tamatnya tempoh AGM Syarikat berikutnya selepas AGM akan datang, perlu diadakan mengikut Seksyen 143[1] Akta Syarikat 1965, [tetapi tidak melanjutkan sehingga lanjutan itu seperti yang dibenarkan mengikut Seksyen 143[2] Akta Syarikat 1965]; atau

[iii] dibatalkan atau diubah oleh resolusi yang diluluskan oleh para pemegang saham dalam satu mesyuarat agung;

yang mana lebih awal; Bahawa pengarah-pengarah diberi

kuasa untuk menyempurnakan dan mengambil tindakan-tindakan [termasuk menguatkuasakan dokumen-dokumen yang diperlukan] untuk melaksanakan urus niaga yang dirancang dan/atau dibenarkan oleh resolusi ini.

Resolusi 10

9. Cadangan Pembaharuan Mandat

Pemegang-pemegang Saham Untuk

Urus Niaga Berulang dengan Pihak

Berkaitan yang Berbentuk Perolehan

atau Dagangan seperti dinyatakan

di bawah Seksyen 2.3A[d] dalam

Surat Pekeliling kepada Pemegang-

pemegang Saham bertarikh 2 April

2012.

“Bahawa mandat yang diluluskan oleh pemegang-pemegang saham Syarikat pada 21 April 2011 mengikut perenggan 10.09 Syarat-syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, yang memberi kuasa kepada Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya untuk menyertai urus niaga berulang pihak berkaitan yang berbentuk perolehan atau dagangan seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 2.3A[d] dalam Surat Pekeliling kepada pemegang-pemegang Saham bertarikh 2 April 2012 dengan pihak-pihak berkaitan seperti yang disebutkan, yang perlu bagi operasi harian Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya dan dilakukan dalam perjalanan biasa perniagaan dengan terma yang tidak boleh lebih berpihak kepada pihak-pihak berkaitan berbanding dengan terma yang biasa ditawarkan kepada umum serta tidak menjejaskan pemegang-pemegang saham minoriti, adalah diperbaharui.

Bahawa kuasa yang diberikan oleh mandat tersebut adalah bermula dengan kelulusan resolusi ini dan terus dilaksanakan sehingga:-

[i] tamatnya AGM Syarikat berikutan AGM akan datang di mana mandat berkenaan telah diluluskan, pada ketika ia akan tamat, kecuali mandat berkenaan diperbaharui oleh resolusi yang diluluskan pada AGM berikutnya;

[ii] tamatnya tempoh AGM Syarikat berikutnya selepas AGM akan datang, perlu diadakan mengikut Seksyen 143[1] Akta Syarikat 1965, [tetapi tidak melanjutkan sehingga lanjutan itu seperti yang dibenarkan mengikut Seksyen 143[2] Akta Syarikat 1965]; atau

[iii] dibatalkan atau diubah oleh resolusi yang diluluskan oleh para pemegang saham dalam satu mesyuarat agung;

yang mana lebih awal;

Bahawa pengarah-pengarah diberi kuasa untuk menyempurnakan dan mengambil tindakan-tindakan [termasuk menguatkuasakan dokumen-dokumen yang diperlukan] untuk melaksanakan urus niaga yang dirancang dan/atau dibenarkan oleh resolusi ini.”

Resolusi 11

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

84 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 87: 2011 Corporate Report Bm(1)

10. Cadangan Mandat Baru Pemegang-

pemegang Saham Untuk Urus Niaga

Berulang dengan Pihak Berkaitan

yang Berbentuk Perolehan atau

Dagangan seperti dinyatakan di

bawah Seksyen 2.3A[e] dalam

Surat Pekeliling kepada Pemegang-

pemegang Saham bertarikh 2 April

2012.

“Bahawa Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya adalah diberi mandat untuk menyertai urus niaga berulang dengan pihak berkaitan yang berbentuk perolehan atau dagangan seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 2.3A[e] dalam Surat Pekeliling kepada Pemegang-pemegang Saham bertarikh 2 April 2012 dengan pihak-pihak berkaitan seperti yang disebutkan, yang perlu bagi operasi harian Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya dan dilakukan dalam perjalanan biasa perniagaan dengan terma yang tidak boleh lebih berpihak kepada pihak-pihak berkaitan berbanding dengan terma yang biasa ditawarkan kepada umum serta tidak menjejaskan pemegang-pemegang saham minoriti syarikat.

Bahawa kuasa yang diberikan oleh

mandat tersebut adalah bermula dengan kelulusan resolusi ini dan terus dilaksanakan sehingga:-

[i] tamatnya AGM Syarikat berikutan AGM akan datang di mana mandat berkenaan telah diluluskan, pada ketika ia akan tamat, kecuali mandat berkenaan diperbaharui oleh resolusi yang diluluskan pada AGM berikutnya;

[ii] tamatnya tempoh AGM Syarikat berikutnya selepas AGM akan datang, perlu diadakan mengikut Seksyen 143[1] Akta Syarikat 1965, [tetapi tidak dilanjutkan sehingga lanjutan itu seperti yang dibenarkan mengikut Seksyen 143[2] Akta Syarikat 1965]; atau

[iii] dibatalkan atau diubah oleh resolusi yang diluluskan oleh pemegang-pemegang saham dalam satu mesyuarat agung;

yang mana lebih awal;

Bahawa pengarah-pengarah diberi kuasa untuk menyempurnakan dan mengambil tindakan-tindakan [termasuk menguatkuasakan dokumen-dokumen yang diperlukan] untuk melaksanakan urus niaga yang dirancang dan/atau dibenarkan oleh resolusi ini.

Resolusi 12

11. Cadangan Mandat Baru Pemegang-

pemegang Saham Untuk Urus Niaga

Berulang dengan Pihak Berkaitan

yang Berbentuk Perolehan atau

Dagangan seperti dinyatakan di

bawah Seksyen 2.3A[f] dalam

Surat Pekeliling kepada Pemegang-

pemegang Saham bertarikh 2 April

2012.

“Bahawa Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya adalah diberi mandat untuk menyertai urus niaga berulang dengan pihak berkaitan yang berbentuk perolehan atau dagangan seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 2.3A[f] dalam Surat Pekeliling kepada Pemegang-pemegang Saham bertarikh 2 April 2012 dengan pihak-pihak berkaitan seperti yang disebutkan, yang perlu bagi operasi harian Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya dan dilakukan dalam perjalanan biasa perniagaan dengan terma yang tidak boleh lebih berpihak kepada pihak-pihak berkaitan berbanding dengan terma yang biasa ditawarkan kepada umum serta tidak menjejaskan pemegang-pemegang saham minoriti syarikat.

Bahawa kuasa yang diberikan oleh mandat tersebut adalah bermula dengan kelulusan resolusi ini dan terus dilaksanakan sehingga:-

[i] tamatnya AGM Syarikat berikutan AGM akan datang di mana mandat berkenaan telah diluluskan, pada ketika ia akan tamat, kecuali mandat berkenaan diperbaharui oleh resolusi yang diluluskan pada AGM berikutnya;

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 85

Page 88: 2011 Corporate Report Bm(1)

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

Untuk mempertimbangkan dan jika perlu, meluluskan Resolusi Khas berikut:12. Cadangan Pindaan ke atas Tataurusan Pertubuhan Syarikat

“BAHAWA pengubahan, pengubahsuaian, penambahan atau pemotongan berikut kepada Tataurusan Pertubuhan Syarikat diluluskan:-

No. ARTIKEL-ARTIKEL YANG

SEDIA ADA

No. ARTIKEL-ARTIKEL YANG

DICADANGKAN

59 Di dalam setiap notis yang melibatkan mesyuarat Syarikat, akan adanya dengan munasabah, satu kenyataan di mana seorang ahli yang diberi kuasa untuk menghadiri dan mengundi juga diberi kuasa untuk melantik seorang proksi untuk menghadiri dan mengundi bagi pihak dirinya. Seorang proksi boleh, tetapi tidak semestinya, terdiri daripada ahli Syarikat dan peruntukan Seksyen 149[1][b] Akta Syarikat 1965, tidak akan dikenakan ke atas Syarikat.

59 Di dalam setiap notis yang melibatkan mesyuarat Syarikat, akan adanya dengan munasabah, satu kenyataan di mana seorang ahli yang diberi kuasa untuk menghadiri dan mengundi juga diberi kuasa untuk melantik seorang proksi untuk menghadiri dan mengundi bagi pihak dirinya. Seorang proksi boleh, tetapi tidak semestinya, terdiri daripada ahli Syarikat dan peruntukan Seksyen 149[1][b] Akta Syarikat 1965, tidak akan dikenakan ke atas Syarikat. Seorang proksi yang dilantik untuk

menghadiri dan mengundi di

mesyuarat agung akan memiliki

hak yang sama seperti seorang ahli

untuk bersuara di mesyuarat tersebut.

83 Di mana seorang ahli Syarikat adalah penama yang diberi kuasa seperti ditakrifkan di bawah Akta Depositori Pusat, beliau boleh melantik sekurang-kurangnya satu [1] proksi tetapi tidak lebih daripada dua [2] proksi bagi setiap akaun sekuriti yang dipegangnya dengan saham biasa Syarikat pada jumlah yang sama seperti akaun sekuriti berkenaan.

83 Di mana seorang ahli Syarikat adalah penama yang diberi kuasa seperti ditakrifkan di bawah Akta Depositori Pusat, beliau boleh melantik tidak

lebih daripada dua [2] proksi bagi setiap akaun sekuriti yang dipegangnya dengan saham biasa Syarikat pada jumlah yang sama seperti akaun sekuriti berkenaan. Di mana seorang

ahli Syarikat adalah penama yang

diberi kuasa yang dikecualikan, yang

memegang saham biasa di dalam

Syarikat untuk beberapa pemilik

berfaedah di dalam satu [1] akaun

sekuriti [“akaun pelbagai”], tiada had

bagi jumlah proksi di mana penama

yang diberi kuasa yang dikecualikan

boleh melantik bagi setiap akaun

pelbagai yang dipegangnya.

Di mana seorang penama yang

diberi kuasa melantik dua [2] proksi,

atau di mana seorang penama yang

diberi kuasa yang dikecualikan

melantik dua [2] atau lebih proksi,

pembahagian pemegang saham

yang diwakili oleh setiap proksi

harus ditentukan di dalam suratcara

untuk melantik proksi.”

Resolusi 14

[ii] tamatnya tempoh AGM Syarikat berikutnya selepas AGM akan datang, perlu diadakan mengikut Seksyen 143[1] Akta Syarikat 1965, [tetapi tidak dilanjutkan sehingga lanjutan itu seperti yang dibenarkan mengikut Seksyen 143[2] Akta Syarikat 1965]; atau

[iii] dibatalkan atau diubah oleh resolusi yang diluluskan oleh pemegang-pemegang saham dalam satu mesyuarat agung;

yang mana lebih awal;

Bahawa pengarah-pengarah diberi kuasa untuk menyempurnakan dan mengambil tindakan-tindakan [termasuk menguatkuasakan dokumen-dokumen yang diperlukan] untuk melaksanakan urus niaga yang dirancang dan/atau dibenarkan oleh resolusi ini.

Resolusi 13

86 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W

Page 89: 2011 Corporate Report Bm(1)

NOTA:

[i] Seseorang ahli Syarikat yang layak untuk menghadiri dan mengundi pada mesyuarat itu adalah layak melantik seorang proksi untuk menghadiri dan mengundi bagi pihak dirinya. Seorang proksi boleh, tetapi tidak semestinya, terdiri daripada ahli Syarikat dan peruntukan Seksyen 149[1][b] Akta Syarikat 1965,tidak akan dikenakan ke atas Syarikat.

[ii] Suratcara untuk melantik proksi mestilah secara bertulis oleh orang yang melantik atau wakilnya yang diberi kuasa secara bertulis atau jika yang melantik adalah suatu perbadanan, sama ada dimeterai dengan cop syarikat atau dengan ditandatangani oleh pegawai atau wakil yang diberi kuasa.

[iii] Di mana seorang ahli Syarikat adalah penama yang diberi kuasa seperti ditakrifkan di bawah Akta Depositori Pusat, beliau boleh melantik tidak lebih daripada dua [2] proksi bagi setiap Akaun Sekuriti yang dipegangnya dengan saham biasa Syarikat pada jumlah yang sama seperti Akaun Sekuriti berkenaan. Di mana seorang ahli Syarikat adalah penama yang diberi kuasa yang dikecualikan, yang memegang saham biasa di dalam Syarikat untuk beberapa pemilik berfaedah di dalam satu [1] Akaun Sekuriti [“Akaun Pelbagai”], tiada had bagi jumlah proksi di mana penama yang diberi kuasa yang dikecualikan boleh melantik bagi setiap akaun pelbagai yang dipegangnya.

Di mana seorang penama yang diberi kuasa melantik dua [2] proksi, atau di mana seorang penama yang diberi kuasa yang dikecualikan melantik dua [2] atau lebih proksi, pembahagian saham yang diwakili oleh setiap proksi harus ditetapkan di dalam suratcara untuk melantik proksi.

[iv] Penama yang diberi kuasa yang mempunyai lebih daripada 1 [satu] Akaun Sekuriti mesti menyerahkan suratcara proksi yang berasingan untuk setiap Akaun Sekuriti.

[v] Suratcara melantik proksi dan surat kuasa atau kuasa-kuasa lain [jika ada] di bawah mana ia ditandatangani atau salinan surat kuasa berkenaan yang disahkan secara notari, hendaklah diserahkan kepada Pendaftar Saham Syarikat di Tricor Investor Services Sdn. Bhd. [No. Syarikat 118401-V] Tingkat 17, The Gardens North Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia, tidak kurang daripada 48 jam sebelum masa yang ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat atau mesyuarat yang ditangguhkan di mana orang yang dinamakan di dalam suratcara bercadang untuk mengundi, atau dalam kes membuat undi, tidak kurang daripada 24 jam sebelum masa yang ditetapkan untuk membuat undian, dan jika gagal, suratcara proksi akan dianggap tidak sah.

[vi] Bagi sekuriti yang disimpan, hanya ahli-ahli yang namanya muncul di dalam Rekod Pendeposit pada [suatu tarikh tidak kurang daripada tiga hari pasaran sebelum mesyuarat agung], akan diberi hak untuk menghadiri, bersuara dan mengundi di mesyuarat agung.

Nota Penjelasan untuk Urusan Khas:-

Urus Niaga Berulang

dengan Pihak Berkaitan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Surat Pekeliling kepada pemegang-pemegang Saham bertarikh 2 April 2012 yang dilampirkan bersama Laporan Tahunan Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Cadangan Pindaan ke atas

Tataurusan Pertubuhan Syarikat

Cadangan pindaan akan menjadikan Tataurusan Pertubuhan Syarikat Sejajar dengan pindaan kepada kehendak-kehendak Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dan juga untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran.

ADALAH DENGAN INI JUGA

DIMAKLUMKAN BAHAWA, tertakluk kepada kelulusan daripada pemegang-pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-28 [Dua Puluh Lapan] Syarikat, dividen akhir sebanyak 125.00 sen sesaham, di bawah sistem dividen satu peringkat, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 akan dibayar kepada pemegang-pemegang saham pada 30 Mei 2012. Tarikh kelayakan bagi dividen tersebut adalah 16 Mei 2012.

SELANJUTNYA ADALAH DIMAKLUMKAN

BAHAWA seorang pendeposit layak untuk mendapatkan kelayakan hanya berhubung dengan:

A. Saham yang dipindahkan ke Akaun Sekuriti Pendeposit sebelum jam 4.00 petang pada 16 Mei 2012 bagi perpindahan biasa; dan

B. Saham yang dibeli menerusi Bursa Malaysia Securities Berhad berasaskan kelayakan mengikut peratuan-peraturan Bursa Malaysia Securities Berhad.

DENGAN PERINTAH LEMBAGA PENGARAH

MOHD. SHAH BIN HASHIM

Setiausaha Syarikat [LS 0006824]

Petaling Jaya 2 April 2012

Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 87

Page 90: 2011 Corporate Report Bm(1)
Page 91: 2011 Corporate Report Bm(1)

NESTLÉ [MALAYSIA] BERHAD (110925-W) [Diperbadankan di Malaysia]

Jumlah saham yang dipegang

Saya/Kami No. Kad Pengenalan: [Baru] [Lama]

dari

sebagai ahli Nestlé [Malaysia] Berhad, dengan ini melantik *Pengerusi mesyuarat atau

No. Kad Pegenalan: [Baru] [Lama]

dari

atau jika beliau tidak dapat hadir, No. Kad Pengenalan: [Baru] [Lama]

dari

sebagai proksi saya/kami untuk mengundi bagi pihak saya/kami di Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang ke-28 [Dua Puluh Lapan] yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia pada hari Khamis, 26 April 2012 pada jam 10:00 pagi dan pada sebarang penangguhannya. * Potong jika tidak berkenaan

Proksi saya/kami akan mengundi dengan memangkah “X” seperti di bawah. Jika tiada arahan khusus tentang pengundian diberikan, proksi akan mengundi atau tidak mengundi atas budi bicaranya.

No. Resolusi Setuju Tidak Setuju

1. Untuk menerima penyata kewangan statutori bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 dan laporan-laporan pengarah serta juruaudit yang dilampirkan.

2. Untuk meluluskan pembayaran dividen akhir sebanyak 125.00 sen sesaham, di bawah sistem dividen satu peringkat, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

3. Untuk meluluskan pembayaran yuran-yuran pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

4. Untuk melantik semula Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalullail sebagai pengarah Syarikat.

5. Untuk melantik semula Marc Seiler sebagai pengarah Syarikat.

6. Untuk melantik semula Tan Sri Datuk Yong Poh Kon sebagai pengarah Syarikat.

7. Untuk melantik semula Tetuan KPMG [No. Firma AF 0758] sebagai juruaudit Syarikat dan memberi kuasa kepada pengarah-pengarah untuk menetapkan imbuhan mereka.

8. Cadangan Pembaharuan Mandat Pemegang-pemegang Saham Untuk Urus Niaga Berulang dangan Pihak Berkaitan yang Berbentuk Perolehan atau Dagangan seperti dinyatakan di bawah Seksyen 2.3A[a] dalam Surat Pekeliling kepada Pemegang-pemegang Saham bertarikh 2 April 2012.

9. Cadangan Pembaharuan Mandat Pemegang-pemegang Saham Untuk Urus Niaga Berulang dangan Pihak Berkaitan yang Berbentuk Perolehan atau Dagangan seperti dinyatakan di bawah Seksyen 2.3A[b] dalam Surat Pekeliling kepada Pemegang-pemegang Saham bertarikh 2 April 2012.

10. Cadangan Pembaharuan Mandat Pemegang-pemegang Saham Untuk Urus Niaga Berulang dangan Pihak Berkaitan yang Berbentuk Perolehan atau Dagangan seperti dinyatakan di bawah Seksyen 2.3A[c] dalam Surat Pekeliling kepada Pemegang-pemegang Saham bertarikh 2 April 2012.

11. Cadangan Pembaharuan Mandat Pemegang-pemegang Saham Untuk Urus Niaga Berulang dangan Pihak Berkaitan yang Berbentuk Perolehan atau Dagangan seperti dinyatakan di bawah Seksyen 2.3A[d] dalam Surat Pekeliling kepada Pemegang-pemegang Saham bertarikh 2 April 2012.

12. Cadangan Mandat Baru Pemegang-pemegang Saham Untuk Urus Niaga Berulang dengan Pihak Berkaitan yang Berbentuk Perolehan atau Dagangan seperti dinyatakan di bawah Seksyen 2.3A[e] dalam Surat Pekeliling kepada Pemegang-pemegang Saham bertarikh 2 April 2012.

13. Cadangan Mandat Baru Pemegang-pemegang Saham Untuk Urus Niaga Berulang dengan Pihak Berkaitan yang Berbentuk Perolehan atau Dagangan seperti dinyatakan di bawah Seksyen 2.3A[f] dalam Surat Pekeliling kepada Pemegang-pemegang Saham bertarikh 2 April 2012.

14. Cadangan Pindaan ke atas Tataurusan Pertubuhan Syarikat.

Bertarikh haribulan 2012

Disaksikan oleh:

Tandatangan:

Alamat:

Cop Syarikat:

Pekerjaan: Tandatangan Pemegang Saham atau Meterai

NOTA:

[i] Seseorang ahli Syarikat yang layak untuk menghadiri dan mengundi pada mesyuarat itu adalah layak melantik seorang proksi untuk menghadiri dan mengundi bagi pihak dirinya. Seorang proksi boleh, tetapi tidak semestinya, terdiri daripada ahli Syarikat dan peruntukan Seksyen 149[1][b] Akta Syarikat 1965,tidak akan dikenakan ke atas Syarikat.

[ii] Suratcara untuk melantik proksi mestilah secara bertulis oleh orang yang melantik atau wakilnya yang diberi kuasa secara bertulis atau jika yang melantik adalah suatu perbadanan, sama ada dimeterai dengan cop syarikat atau dengan ditandatangani oleh pegawai atau wakil yang diberi kuasa.

[iii] Di mana seorang ahli Syarikat adalah penama yang diberi kuasa seperti ditakrifkan di bawah Akta Depositori Pusat, beliau boleh melantik tidak lebih daripada dua [2] proksi bagi setiap Akaun Sekuriti yang dipegangnya dengan saham biasa Syarikat pada jumlah yang sama seperti Akaun Sekuriti berkenaan. Di mana seorang ahli Syarikat adalah penama yang diberi kuasa yang dikecualikan, yang memegang saham biasa di dalam Syarikat untuk beberapa pemilik berfaedah di dalam satu [1] Akaun Sekuriti [“Akaun Pelbagai”], tiada had bagi jumlah proksi di mana penama yang diberi kuasa yang dikecualikan boleh melantik bagi setiap akaun pelbagai yang dipegangnya

Di mana seorang penama yang diberi kuasa melantik dua [2] proksi, atau di mana seorang penama yang diberi kuasa yang dikecualikan melantik dua [2] atau lebih proksi, pembahagian saham yang diwakili oleh setiap proksi harus ditentukan di dalam suratcara untuk melantik proksi.

[iv] Penama yang diberi kuasa yang mempunyai lebih daripada 1 [satu] Akaun Sekuriti mesti menyerahkan suratcara proksi yang berasingan untuk setiap Akaun Sekuriti.

[v] Suratcara melantik proksi dan surat kuasa atau kuasa-kuasa lain [jika ada] di bawah mana ia ditandatangani atau salinan surat kuasa berkenaan yang disahkan secara notari, hendaklah diserahkan kepada Pendaftar Saham Syarikat di Tricor Investor Services Sdn. Bhd. [No. Syarikat 118401-V] Tingkat 17, The Gardens North Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia, tidak kurang daripada 48 jam sebelum masa yang ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat atau mesyuarat yang ditangguhkan di mana orang yang dinamakan di dalam suratcara bercadang untuk mengundi, atau dalam kes membuat undi, tidak kurang daripada 24 jam sebelum masa yang ditetapkan untuk membuat undian, dan jika gagal, suratcara proksi akan dianggap tidak sah.

[vi] Bagi sekuriti yang disimpan, hanya ahli-ahli yang namanya muncul di dalam Rekod Pendeposit pada [suatu tarikh tidak kurang daripada tiga hari pasaran sebelum mesyuarat agung], akan diberi hak untuk menghadiri, bersuara dan mengundi di mesyuarat agung.

BORANG PROKSI

Page 92: 2011 Corporate Report Bm(1)

Tricor Investor Services Sdn. Bhd. [No. Syarikat 118401-V]

Tingkat 17, The Gardens North Tower Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra

59200 Kuala Lumpur

Tampalkan

setem

Sila lipat di sini untuk digam

Sila lipat di sini untuk digam

Page 93: 2011 Corporate Report Bm(1)

Dicetak menggunakan kertas yang dikitar semula

Page 94: 2011 Corporate Report Bm(1)

Nestlé (Malaysia) Berhad (110925-W)

22-1, Tingkat 22, Menara SurianNo. 1, Jalan PJU 7/3Mutiara Damansara47810 Petaling JayaSelangor Darul EhsanMalaysia

Telefon : (+603) 7965 6000Faksimili : (+603) 7965 6767Talian Percuma Khidmat Pengguna Nestlé: 1-800-88-3433Facebook: http://www.facebook.com/NestleMalaysia

www.nestle.com.my