53
SEMBELIHAN Disediakan Oleh: Mohd Noor Bin Daud

20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

SEMBELIHAN

Disediakan Oleh:Mohd Noor Bin Daud

Page 2: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Takrif

Sembelihan dari segi bahasa ialah potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang

Dalam bahasa Arab disebut al-Zabaih. Al-Zabaih adalah kata jamak zabihah yang bermaksud binatang yang disembelih.

Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

Page 3: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Dalil sembelihan

Page 4: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Maksudnya

Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi al-Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mengahwini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi al-Kitab sebelum kamu (surah al-Maidah:5)

Page 5: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Jenis-jenis sembelihan Sembelihan terbahagi kepada 3:1. Az-Zabhu: iaitu memotong batang leher sebelah atas

(al-halqu) dengan syarat-syaratnya. Ia adalah menyembelih semua jenis haiwan yang boleh ditangkap (dikuasai) oleh manusia

2. An-Nahru: iaitu memotong batang leher sebelah bawah (labbah) haiwan. Cara ini disunatkan bagi menyembelih unta atau serupanya.

3. Al-Aqru: iaitu sembelihan darurat iaitu dengan mencederakan haiwan denfan kecederaan yang boleh membawa maut pada mana-mana bahagia.

4. Cth,. Haiwan-haiwan liar atau yang menjadi liar yang boleh dimakan.

Page 6: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Syarat-Syarat Sah Sembelihan

Syarat ialah perkara-perkara mesti ada untuk menajdikan sembelihan itu sah dan untuk menjadikan binatang sembelihan itu bersih.

Dibahagikan kepada 3 bahagian dan setiap bahagian ada syarat-syaratnya;-

1. Syarat berkaitan dengan penyembelih2. Syarat berkaitan dengan binatang

sembelihan3. Syarat berkaitan dengan alat sembelihan.

Page 7: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Syarat-Syarat Orang Yang Menyembelih

 

1)penyembelih mestilah Islam atau ahli kitab (akan dibahaskan kemudian)

2) Berakal3) perempuan Muslim

juga boleh menyembelih

4) tidak halal daging sembelihan kafir yang menyembah berhala

Page 8: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Syarat alat untuk menyembelih

1) Sesuatu yang tajam dan dapat melukai seperti pisau yang tajam, besi, tembaga, emas, kaca dan sembilu dan sebagainya.

Mengalirkan darah hanya akan berlaku dengan alat yang melukakan disebabkan ketajamannya.Alat yang mematikan dengan hentakan berat tidak mengalirkan darah.

Page 9: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

2) Alat itu bukan tulang, gigi, dan kuku.

Tidak halal sembelihan menggunakan gigi dan kuku walaupun ia melukakan dan ketajamannya mengakibatkan mengalirnya semua darah.

Termasuk dalam hukum ini ialah semua jenis tulang sama ada tulang manusia atau selainnya.

Page 10: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Sambg…

1) Dalilnya, hadis riwayat oleh Al-Bukhari(2356) dan Muslim (1968)daripada Rafi’bun Khudaij r.a. katanya:Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :

”Apa yang mengalirkan darah dan disebutkan nama Allah atasnya, makanlah ia selagi mana ia tidak menggunakan gigi dan kuku”

Page 11: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

2) Rofi’ bin Khodij bertanya kepada Rasulullah SAW: Kami akan bertemu musuh esok. Sedangkan kami tidak mempunyai pisau. Apakah kami boleh menyembelih dengan sembilu?” Beliau menjawab : ”Apa saja yang boleh mengalirkan darah dan disebutkan nama Allah ketika menyembelihnya, maka makanlah! Kecuali menggunakan tulang ataupun kuku. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

3) Adi bin Hatim bertanya kepada Rasulullah SAW, ia berkata:”Sesungguhnya salah seorang dari kami mendapat haiwan buruan, tetapi ia tidak membawa pisau. Bolehkah ia menyembelihnya dengan belahan batu mirwah? Dan belahan tongkat?” Rasulullah SAW menjawab : ”Alirkanlah darah dan sebutlah nama Allah”. (Hadis riwayat Ahmad). Mirwah adalah salah satu jenis dari batu.[1]

[1] Ibnu Qayyim Al Jauziyah, Panduan Hukum Islam: I’LAMUL MUWAQI’IN

Page 12: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Syarat binatang yang disembelih

Binatang darat yang halal dimakan Binatang yang masih hidup yang rohnya masih diseluruh

badannya, masih bersuara, dan masih boleh bergerak (hayat mustaqirrah).

Sekiranya sebelum disembelih telah kehilangan hayat mustaqirrah,maka tidak dianggap sembelihan melainkan jika

sebelum itu ia telah disembelih dengan sembelihan darurah. Bukti haiwan itu masih mempunyai hayat mustaqirah ialah ia

meronta dengan kuat setelah disembelih.jika disembelih dengan lambat,apabila selesai penyembelihan didapati haiwan itu tidak meronta,ini membuktikan ia telah kehilangan hayat mustaqirrah sebulum selesai penyembelihan. Maka tidak halal memakannya kerana ia mati bukan sebab penyembelihan.

Page 13: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Syarat proses penyembelihan

1) terputus urat halkum (saluran nafas) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) bagi binatang yang ingin disembelih itu

-sekiranya binatang yang halal dimakan cedera digigit binatang buas atau dilanggar kenderaan dan masih mustaqirrah, maka sah untuk disembelih dan dagingnya halal dimakan.

Page 14: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Sambg… Sekiranya masih belum putus salah satu dari keduanya

walaupun sedikit, sembelihan itu tidak sah (fiqh manhaji, j3, h.621 (terj).

Baginda mensyaratkan dalam penyembelihan agar mengalir darahnya.Darah hanya akan mengalir jika semua urat halkum dan urat merih dipotong. Begitu juga dengan nyawa, nyawa juga hanyakan hilang jika kedua urat ini dipotong.

2 memotong dengan cepat dan sekaligus. Perkara ini disyaratkan agar haiwan itu tidak mati kerana kesakitan dan sewaktu sembelihan itu belum selesai. Kalau ini berlaku, maka sembelihan itu dianggap tidak sah.

Page 15: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

ISU-ISU DALAM

SEMBELIHAN

Page 16: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

1) Bagi binatang yang jatuh ke dalam lubang atau kerana liar(berlari laju atau terbang) maka caranya adalah dengan melukai dibahagian manapun tubuhnya yang boleh mematikan binatang tersebut seperti dengan menggunakan panah atau pedang.

Sekiranya semasa tertangkap binatang yang telah dipanah/dilukai tersebut masih hidup, maka harus disembelih lagi.

Rasulullah SAW ditanya tentang hal ini. Baginda menjawab:”Andaikata kamu menusuknya di pahanya, nescaya sudah cukup bagimu” (Hadis riwayat Abi Dawud). Ini adalah cara menyembelih haiwan yang jatuh di dalam perigi

Page 17: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

2) Sembelihan janin (anak dlm perut) cukup dgn sembelihan ibunya melainkan jika didapati ia masih hidup maka hendaklah disembelih.

Dalilnya: hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud (2827) drpd Abu Said al-Khudri r.a katanya:

Kami bertanyakan Rasulullah s.a.w. tentang janin, jawab Baginda s.a.w.: “ makanlah ia jika kamu, sesungguhnya sembelihannya cukup dengan sembelihan ibunya”.

Page 18: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

3) Mana-mana bahagian haiwan yang terpotong dalam keadaan ia masih hidup, hukumnya adalah sama dgn hukum bangkai binatang tersebut, melainkan bulunya yg boleh digunakan utk alas tempat duduk, pakaian dan selainnya.

Bahagian yg terpotong drp ikan dlm keadaan ia masih hidup boleh dimakan kerana bangkai ikan boleh dimakan.

Page 19: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Bahagian yg terpotong drpd kambing sewaktu ia masih hidup tdk boleh dimakan kerana bangkainya adalah najis.

Bahagian anggota manusia yg dipotong sewaktu ia masih hidup adalah suci kerana manusia tetap suci apabila ia telah mati.

Bahagian yg dipotong drpd apa sahaja binatang sewaktu ia masih hidup adalah najis kerana bangkainya adalah najis.

Page 20: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Sambg…

Dalilnya: Hadis riwayat al-Hakim dan telah disahihkannya drpd Abu Said al-Khudri r.a.: Rasulullah s.a.w. ditanya tentang potongan lemak bonggol unta dan potongan lemak kambing, jawab Baginda: “ Bahagian yg dipotong drpd binatang hidup adalah sama seperti bangkai”.

Pengecualian

Dikecualikan drpd hukum yg telah disebutkan; Bulu kambing dan unta yg panjang dgn syarat berikut

Page 21: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Sambg…

1. Haiwan itu diboleh dimakan dagingnya menurut syarak.

2. Ia dipotong dalam keadaan haiwan masih hidup ataupun setelah ia disembelih menurut cara yg disyaratkan.

3. Ia bukan dipisahkan drpd anggota badan yg telah terpisah drpd anggota haiwan yg hidup.

Bulu haiwan yg mati selain manusia adalah najis dan tdk suci kerana ia tdk disamak.

Page 22: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Sambg…

Dalilnya yg bermaksud: Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah sebagai tempat tinggal dan Dia menjadikan kamu kulit binatang-binatang ternak, khemah-khemah yg kamu mendapatinya ringan (dibawa), semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Dia juga menjadikan) dari berbagai jenis bulu-bulu binatang ternakan itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa (tertentu). An-Nahl:80.

Page 23: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

4) Diharamkan memakan bangkai walau bagaimanapun cara matinya. Bangkai ialah haiwan yang dicabut nyawanya bukan melalui sembelihan yg mengikut syariat,sama ada ia mati sendiri ataupun kerana perkara lain seperti dipukul, dicekik, diselam ke dalam air (mati lemas) dan sebagainya.

Begitu juga diharamkan makan darah yg tumpah drpd apa jenis haiwan pun.

Page 24: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Dalilnya firman Allah Taala yg bermaksud: Diharamkan kpd kamu (memakan) bangkai dan darah serta daging babi dan binatang-binatang yg disembelih kerana yg lain dari Allah serta yg mati tercekik dan yg mati dipukul serta yg mati terjatuh dan yg mati ditanduk serta yg mati dimakan binatang buas, kecuali yg sempat kamu sembelih (sblum habis nyawanya). Dan yg disembelih atas nama berhala. (Al-Maidah:3)

Page 25: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Bangkai dan darah yg dihalalkan:- Bangkai ikan dan belalang

Hati dan limpa (darah)

Dalilnya, hadis riwayat Ahmad 2/27 dan selainnya drpd Ibnu Umar r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “ telah dihalalkan utk kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah, dua jenis bangkai itu ialah ikan dan belalang manakala dua jenis darah ialah hati dan limpa”.

Page 26: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Perkara Sunat Ketika Sembelihan

1) Asah pisau supaya cukup tajam

2) Untuk binatang yang lehernya panjang seperti unta dan angsa, sunat di potong pada pangkal lehernya

3) Mengadap ke arah kiblat4) Membaca BismillahDalilnya: ( الله اسم ذكر مما فكلوا

) (عليه 118األنعام: )5) Melakukan sembelihan di siang

hari6) Membaringkan binatang di atas

rusuk kirinya dengan lembut dengan kepalanya diangkatkan sedikit.

Page 27: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Pendetailan kepada perkara sunat

1. Penyembelih hendaklah menajamkan mata alat sembelihan. Nabi s.a.w. bersabda: . القتلة فأحسنوا قتلتم، فإذا شىء كل على اإلحسان كتب الله 'ن .ِإ . ذبيحته فليرح شفرته، أحدكم واليحد الذبح فأحسنوا ذبحتم، وِإذا “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berlaku ihsan dalam

semua perkara. Apabila kamu membunuh maka perelokkan pembunuhan, apabila kamu menyembelih maka perelokkan sembelihan, hendaklah penyembelih itu menajamkan mata alat sembelihannya dan rehatkanlah binatang sembelihannya”.

Riwayat Muslim (1955)

Page 28: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Menyebut nama Allah Azzawajalla sewaktu menyembelih.

عليه الله اسم ذكر  مما Terjemahan: Maka makanlah dari (sembelihan binatang-

binatang halal) Yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya.. (Al-An’am: 118)

Sabda Nabi s.a.w. dalam hadis:

“Apa yang mengalir darah dan disebutkan atasnya nama Allah maka makanlah ia”.

Sunat menyebutkan ketika melepaskan anak panah@ melepaskan

binatang berburu kepada buruan.

Page 29: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Hukum Tasmiah ke atas sembelihan

Ulama berbeza pendapat kepada 3:-1) Tasmiah adalah Fardhu dan Syarat Halal. Pendapat

Ahli Zahir, Ibn Umar r.a, al-Sya’bi dan Ibn Sirin2) Tasmiah adalah syarat ketika ingat, tidak (gugur

kewajipan menyebutnya) ketika lupa. Pendapat muktamad mazhab Imam Ahmad, Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan 2sahabatnya, Ishaq dan pendapat yang difatwakan oleh Jumhur ulama.

3) Tasmiah adalah mustahab. Pendapat Imam Syafie , salah satu riwayat Imam Ahmad. Kata al-’Abdari: Diriwayatkan juga dari Ibn Abbas, Abi Hurairah dan ‘Ata’.

Page 30: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Memotong urat wadajain sewaktu menyembelih.

- Urat ini ialah 2 urat di tepi batang leher, mengelilingi halkum

- Keduanya juga dinamakan urat marid

- Disunatkan kerana boleh menyegerakan pengeluaran ruh dari halkum.

Page 31: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

4. Membaringkan sembelihan atas pinggul kirinya, membiarkan kaki kanannya bergerak setelah disembelih supaya dapat kerehatan dengan pergerakkan itu kecuali unta.

Lebih afdhal ialah ia disembelih dalam keadaan berdiri dengan digantungkan betis kiri kaki belakangnya.

Dalil firman Allah:

Terjemahan : oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya

Page 32: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Perkara-Perkara Makruh Ketika Sembelihan

1. Tidak membaca Bismillah2. Menghalakan binatang selain dari arah Kiblat3. Meletakkan kaki di atas pipi binatang4. Mengasah pisau dihadapan binatang yang telah

dibaringkan dan dihadapan binatang-binatang lain5. Melakukan penyeksaan tanpa sebab seperti

memutuskan kepala, mematahkan leher, memotong ke saraf tunjang, menyembelih dari belakang tengkok, menyeret binatang secara songsang ke tempat penyembelihan.

6. Melapah atau memotong kulit sebelum binatang sembelihan itu sejuk, 

Page 33: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Isu-isu dalam

sembelihan

Page 34: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Hukum makan sembelihan ahli kitab

Page 35: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Orang Islam dibenarkan memakan makanan ahli kitab sebagaimana firman Allah swt didalam surah al-Maa’idah ayat 5. Yang dimaksudkan ‘makanan’ adalah binatang halal yang telah di sembelih oleh ahli kitab. Ini dijelaskan oleh Ibn Qudamah rh, katanya :-

؛ الكتاب أهل ذبائح إباحة على العلم أهل أجمعتعالى الله : لقول

ل*ك)م- َو*َط*ع*اُم) ) ل. ح/ ال-ك/ت*اب* أ)َوت)وا ال3ِذ/يَن* ؛ 5المائدة/ ( قال : . ذبائحهم عباس : يعني ابَن قال البخاري

ذبائحهم: َطعامهم

“Ijma’ ulama’ membenarkan memakan daging sembelihan ahli kitab! Kerana firman Allah swt : ‘Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu’ al-Maa’idah ayat 5. Al-Bukhaari berkata : Ibn Abbas ra. berkata : ‘Makanan mereka’ bermakna daging yang disembelih oleh mereka” (al-Mughni, 13/293).

Page 36: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Siapakah ahli kitab?

1) Pendapat para ulama dari Mazhab Syafi’i, ahli Kitabiyah adalah merujuk kepada orang Yahudi dan Kristian. Pendapat ini merujuk kepada ayat-ayat dalam kitab suci al-Quran yang menyebut tentang kaum yang diturunkan Kitab

Page 37: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Menurut perkembangan undang-undang Islam di Malaysia kini, persoalan Kitabiyah telah diberikan penekanan oleh Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan yang bersidang pada 13 Ogos 1977. Majlis dengan sebulat suara bersetuju untuk meminda rumusan (3) daripada persidangan yang ketiga belas supaya dinyatakan seperti berikut:

(3) Kitabiyyah adalah wanita Yahudi atau Kristian yang:

Page 38: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

~ berketurunan daripada Nabi Ya’kub (a.s) sekiranya keturunannya tidak menganut agama (Yahudi atau Kristian) setelah ia terbatal (iaitu terbatal dengan kedatangan agama-agama yag terkemudian umpamanya agama Yahudi terbatal oleh agama Kristian dan agama kemudianya telah terbatal dengan kedatangan agama Islam

~ bukan merupakan keturunan Nabi Ya’kub (a.s), sekiranya keturunannya menganut agama tersebut sebelum ia terbatal dengan kedatangan agama Islam

Page 39: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Dari Aisyah ra. bahawa beberapa orang telah datang kepada Nabi dan berkata: اسم أذكرَوا ندري ال ، باللحم يأتوننا قوما إن

أُم عليه اللهكلوا : فقال ؟ال ثم ، أنتم سموا

“Beberapa orang telah membawa daging kepada kami, Kami tidak tahu sama ada mereka menyebut nama Allah atau tidak? Baginda berkata : Kamu ucapkan sendiri kemudian makanlah” [Hadith Riwayat al-Bukhaari #5507].

Page 40: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Ibn Utsaimin rh. telah mengariskan 3 senario berkenaan dengan daging ini :-

1) Kita tahu bahawa ia disembelih menurut jalan yang betul. Maka daging ini Halal.

2) Kita tahu bahawa ia tidak disembelih menurut jalan yang betul. Maka daging ini Haram.

3) Kita tidak pasti, tidak tahu samada disembelih menurut cara jalan yang betul atau tidak. Hukum di dalam kes ini adalah dagingnya Halal, dan tidak wajib bertanya atau mencari bagaimana ia disembelih, dan apakah disebut nama Allah atau tidak”

(Fataawa Islamiyyah, 3/415).

Page 41: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

اللحوُم هِذه مَن األكل َوترك اإلنسان تورع َوإذاحرج فال

عليه حرج فال أكلها َوإن ، عليه

“Dan jika seseorang itu berhati2 dan meninggalkan dari memakan daging ini, maka tiada kesalahan baginya, dan jika dia memakannya maka tidaklah juga satu kesalahan baginya”

(Fataawa Islamiyyah, 3/415).

Page 42: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Kesimpulan, secara umumnya umat Islam dibenarkan memakan daging sembelih ahli kitab. Jika kita tahu bahawa sembelihan ahli kitab tadi tidak mematuhi kehendak syariah, maka haram bagi kita memakan daging tersebut. Bagi yang tidak tahu atau tidak menyoalnya, maka bolehlah mereka memakan daging tersebut.

Page 43: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Bolehkah wanita menyembelih binatang korban?

Dibolehkan bagi wanita menyembelih haiwan sebagaimana lelaki berdasarkan beberapa hadith sahih. Dan dibolehkan juga memakan dagingnya, dengan syarat wanita tersebut muslimah atau ahli kitab dan dia melakukan penyembelihan tersebut secara syar’i walaupun lelaki yang mampu menyembelih ada, sebab tidak adanya lelaki bukan menjadi syarat batalnya sembelihan wanita tersebut.

Page 44: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Dalilnya:

berdasarkan kisah seorang wanita budak pengembala kambing kemudian ada serigala yang menerkam kambingnya lalu budak tersebut mengambil batu yang tajam untuk menyembelih kambing tersebut, lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan untuk memakan sembelihan tersebut.

Page 45: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Hukum Memakai Pakaian Kulit Binatang Yang Tidak Disembelih

Sebahagian ulama membenarkan penggunaan kulit binatang yang telah disamak (proses) walaupun binatang itu tidak disembelih atau telah menjadi bangkai untuk dijadikan pakaian dan dipakai semasa solat.

Ini berdasarkan beberapa dalil, antaranya: Sabda Rasulullah SAW:

ا ُد)ب/َغ* /ذ*ا ر* إلإ َط*ه) د- ق* ف* ه*اب)

“Apa sahaja kulit yang telah disamak maka ia adalah suci.” (H.R Muslim, Abu Daud, Tirmizi dll)

Page 46: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

قال عباس ِإبن مFوE عن عFلFى FَقHدIُصI اٍةL الت Fَش' ب FةF EمIون 'مFي ل Lٍة'َهFا ب PرFمFف EْتF PهI فFمFات الل َصFلPى Pه' الل IولIس Fَر FمP ل FسFو Eه' Fي عFل

IوُهIمI FْغEت فFدFب FَهFا 'َهFاب ِإ EمI FَخFذEت أ PاَّلFَه FالFقFوا فI فFقFال 'ه' ب EمI FفFعEت Eت فFانIَهFا Eل ك

F أ Fم IرFح PمFا 'ن ِإ FالFقFف YةF Eت مFي PَهFا 'ن ِإ

“Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a beliau berkata:

Hamba sahaya milik Maimunah r.a diberi sedekah seekor kambing, lalu kambing itu mati. Tidak berapa lama Rasulullah berjalan melintasi bangkai kambing itu. Baginda bersabda:

“Mengapa tidak kamu ambil kulitnya, kemudian kamu samak supaya kamu dapat memanfaatkannya. Mereka berkata: “Ia sudah menjadi bangkai.” Baginda bersabda: “Yang haram itu hanyalah memakannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Page 47: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Penyembelihan dengan alat elektronik (current shock)

Menggunakan elektrik atau dipukul pada saraf tertentu yang boleh membuatkan binatang tersebut pengsan.

Hukumnya sah dan halal kerana memberi kesenangan kepada penyembelih dan berbuat ihsan kepada binatang disamping binatang tersebut masih mempunyai hayat mustaqirrah.

Hukum penyembelihan adalah harus pada hukum syara’

Page 48: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

sebagaimana hadith nabi riwayat Muslim dari Syaddad bin Aus:

“Bahawasanya Allah menetapkan ihsan(berbuat baik) atas tiap-tiap sesuatu(tindakan). Apabila kamu ditugaskan membunuh, maka dengan cara baiklah kamu membunuh dan apabila engkau hendak menyembelih, maka sembelihlah dengan cara baik. Dan hendaklah mempertajam salah seorang kamu akan pisaunya dan memberikan kesenangan kepada yang disembelihnya(tidak diseksa dalam penyembelihannya)”

Page 49: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Tujuan penyembelihan dengan peralatan moden

Untuk memperoleh daging yang bersih dan bermutu baik.

Mempercepat waktu pemotongan Menjimatkan perbelanjaan pemotongan

Page 50: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Menyembelih haiwan yang hampir mati? Cuba jawab….

Page 51: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

Hikmah disyariatkan penyembelihan

a) Bagi penyembelih:

1) Terhindar dari perbuatan menyeksa binatang

2) Akan memperoleh daging yang bersih dan sihat. Binatang yang disembelih dengan cara yang betul akan mengeluarkan darah binatang tersebut dengan cepat dan tidak tercampur dalam daging kerana daging yang masih tercampur dengan darah bila dimakan akan membahayakan kesihatan.

3) Menambahkan keimanan kepada Allah

Page 52: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

b) Bagi binatang yang disembelih

1) Sembelihan yang betul serta dengan penggunaan alat yang tajam tidak akan menyeksa binatang tersebut serta mempercepatkan kematiannya.

Page 53: 20120331140306isu Isu Dlm Sembelihan 1

TAMAT…Ada soalan…