28
PENGENALAN Tahukah anda bahawa perkembangan dunia yang semakin mencabar hari ini turut memberi cabaran kepada peranan guru? Oleh itu, semua guru perlu mempunyai persediaan kemahiran kecerdasan emosi untuk berhadapan dengan cabaran tugas seharian di samping menempuh kehidupan seharian bersama masyarakat. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE); 2. Menyenaraikan komponen-komponen di dalam KKE; 3. Menyatakan contoh-contoh aktiviti bagi setiap komponen KKE; 4. Mengamalkan perpaduan, toleransi, bersikap adil dan memahami nilai dan budaya; 5. Mengaplikasikan pengurusan diri dari segi kebersihan, pakaian dan penampilan; dan 6. Menunjukkan sikap bekerja dalam kumpulan dengan mengamalkan sikap toleransi, adil dan menghormati nilai dan budaya individu lain. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 6 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE)

201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

  • Upload
    liow-

  • View
    83

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE)

Citation preview

Page 1: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� PENGENALAN

Tahukah anda bahawa perkembangan dunia yang semakin mencabar hari ini turut memberi cabaran kepada peranan guru? Oleh itu, semua guru perlu mempunyai persediaan kemahiran kecerdasan emosi untuk berhadapan dengan cabaran tugas seharian di samping menempuh kehidupan seharian bersama masyarakat.

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE);

2. Menyenaraikan komponen-komponen di dalam KKE;

3. Menyatakan contoh-contoh aktiviti bagi setiap komponen KKE;

4. Mengamalkan perpaduan, toleransi, bersikap adil dan memahami nilai dan budaya;

5. Mengaplikasikan pengurusan diri dari segi kebersihan, pakaian dan penampilan; dan

6. Menunjukkan sikap bekerja dalam kumpulan dengan mengamalkan sikap toleransi, adil dan menghormati nilai dan budaya individu lain.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

66 � Kemahiran

Kecerdasan Emosi (KKE)

Page 2: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE)

128

Seseorang yang mempunyai kecerdasan mental yang tinggi belum tentu juga mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi. Tanpa kekuatan dalam Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE), individu itu sukar membuat perancangan, bertindak dan melaksanakan penilaian kendiri demi memastikan diri dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam pelbagai bidang kehidupan. Kompetensi Kecerdasan Emosi diterapkan ke dalam kurikulum perguruan hari ini untuk menjadikan guru berdaya tahan dan mempunyai jati diri yang mampu menghadapi pelbagai cabaran dan tuntutan profesion keguruan. Kompetensi Kecerdasan Emosi akan menyediakan bakal guru dengan kemahiran menangani pelbagai masalah tingkah laku pelajar. Elemen ini turut membantu bakal guru dalam membuat keputusan, mempamerkan keterampilan diri, meningkatkan keyakinan diri, menguruskan diri, masa dan yang pentingnya mengawal emosi dalam pelbagai situasi yang dihadapi. Kerjaya perguruan menuntut guru bekerja secara kolaborasi dengan rakan sejawat, kakitangan sekolah dan semua warga sekolah lain. Sikap hormat menghormati dan bertolak ansur sesama ahli dalam kumpulan akan menjadikan semua masalah di dalam kumpulan dapat diselesaikan secara adil dan berkesan.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (KKE)

Teori Kecerdasan Emosi diperkatakan oleh Daniel Goleman pada tahun 1995 dalam bukunya Emotional Intelligence. Teori ini sebenarnya telah dipelopori pada tahun-tahun 1970an hingga 1980an oleh Howard Gardner, Peter Salovey dan John Mayer. Prinsip yang dibawa oleh teori ini memperkenalkan cara baru untuk memahami dan menilai sikap, tingkah laku, potensi, cara mentadbir dan kemahiran interpersonal manusia. Kita menggunakan perkataan „emosi‰ untuk memaksudkan perasaan sayang, benci, marah, kecewa dan sebagainya. Kesedihan, kegembiraan, kekecewaan, kehampaan dan harapan adalah emosi yang sering kita alami dalam kehidupan seharian. Kebanyakan perlakuan dalam kehidupan seharian kita adalah berkaitan dengan perasaan atau emosi. Emosi juga kerap mempengaruhi kita dalam membuat keputusan. Rajah 6.1 menunjukkan perbandingan cara bertindak antara individu yang mempunyai EQ (Emotional Quotient) yang tinggi dengan individu yang mempunyai EQ (Emotional Quotient) yang rendah.

6.1

Page 3: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE) �

129

Rajah 6.1: Perbandingan cara bertindak antara individu yang mempunyai

EQ yang tinggi dengan individu yang mempunyai EQ yang rendah Apakah yang dimaksudkan dengan Kompetensi Kecerdasan Emosi? Kecerdasan Emosi ialah kebolehan mengenali emosi sendiri di samping mengenali emosi orang lain pada masa-masa tertentu. Kebolehan ini kemudiannya digunakan untuk mengurus diri dan mengurus hubungan dengan orang lain (Emotional Intelligence, Ceopartnership.com). Menurut Goleman (1997), KKE ialah kemampuan memotivasi diri, membina ketahanan dalaman sehingga mampu mengatur jiwa dan kepuasan diri semasa menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Seringkali kita terdengar orang yang pintar dan cerdas sangat berjaya dalam bidang akademik tetapi gagal menjalin hubungan secara berkesan dengan rakan setugas, apatah lagi dengan pekerja bawahannya. Mengapa keadaan ini berlaku? Ia mungkin berlaku apabila dua orang yang bersifat agresif berinteraksi dengan satu sama lain. Sila lihat Rajah 6.2.

Page 4: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE)

130

Rajah 6.2: Pertelingkahan antara dua orang yang bersifat agresif

„Sesiapa pun boleh marah. Tetapi, untuk marah pada orang yang tepat, dengan kadar yang tepat, pada waktu yang tepat, dengan tujuan yang tepat, dengan cara yang tepat, bukanlah mudah‰

(Aristotles, The Nicomachean Ethics) KKE berbeza dengan IQ (Intelligence Quotient) yang dianggap sebagai terlalu cetek dan telah lapuk jika digunakan untuk menilai dan mengesan kejayaan seseorang. IQ hampir kekal bersama kita sepanjang hayat. Sedangkan KKE boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan yang betul. KKE boleh dipelajari. Goleman (2002) berpendapat bahawa KKE penting di dalam pekerjaan. Menurut beliau, seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi memiliki EQ yang rendah sukar berjaya dalam kerjaya. Ini bermakna keseimbangan antara IQ dan EQ amat penting dalam memburu kejayaan dalam kerjaya. Di dalam bidang pendidikan, KKE amat penting kerana sebab-sebab berikut: (a) Guru yang gembira, ceria dan mengambil berat akan menjadikan pelajar

gembira semasa belajar;

(b) Elemen terpenting untuk membina suasana p&p yang sihat dan gembira; dan

(c) KKE adalah elemen terpenting yang membuktikan guru dapat mengawal emosi mereka, terutama emosi negatif secara autentik, sebenar dan sihat.

Jadual 6.1 menunjukkan Model Kecerdasan Emosi yang telah disunting daripada Goleman (2002).

Page 5: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE) �

131

Jadual 6.1: Model Kecerdasan Emosi

Kendiri Sosial

Kes

edar

an

Kesedaran Kendiri

� Kesedaran Emosi Kendiri (Emotional Self-awareness)

� Ketepatan Penilaian Kendiri (Accurate Self-assessment)

� Keyakinan Diri (Self-confidence)

Kesedaran Sosial

� Empati (Empathy)

� Orientasi Perkhidmatan (Service Orientation)

� Kesedaran Organisasi (Organisational Awareness)

Pen

guru

san

Pengurusan Diri (Self Management)

� Kawalan Kendiri (Self-control)

� Amanah (Trustworthiness)

� Ketekunan (Conscientiousness)

� Kebolehsuaian (Adaptability)

� Dorongan Pencapaian (Achievement Drive)

� Inisiatif (Initiative)

Pengurusan Hubungan

� Membangunkan Orang Lain (Developing others)

� Pengaruh (Influence)

� Komunikasi (Communication)

� Pengurusan Konflik (Conflict Management)

� Kepimpinan (Leadership)

� Pemangkin Perubahan (Change Catalyst)

� Membina Hubungan (Building Bonds)

Sumber: Goleman, 2002 Rumusannya, KKE meningkatkan faktor-faktor berikut: (a) Keupayaan untuk mengenal diri, perasaan kendiri dan orang lain;

(b) Keupayaan untuk mengurus diri sendiri;

(c) Keupayaan untuk mengurus emosi kendiri dan dalam perhubungan;

(d) Keupayaan untuk merangsang dan memotivasikan diri sendiri; dan

(e) Kemahiran sosial yang membolehkan seseorang menangani keperluan persekitaran dan tekanan secara berkesan.

Page 6: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE)

132

6.1.1 Komponen Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE)

Goleman (2002) telah menggariskan lima elemen dalam KKE seperti berikut: (i) Mengenali emosi sendiri;

(ii) Mengurus emosi sendiri;

(iii) Memotivasi diri sendiri;

(iv) Mengenali dan memahami emosi orang lain; dan

(v) Menguruskan perhubungan dengan orang lain. KKE terbahagi kepada dua komponen seperti berikut: (a) Kompetensi Personal (Personal Competence) iaitu menjelaskan

bagaimana kita memahami diri sendiri; dan (b) Kompetensi Sosial (Social Competence) iaitu memahami perasaan orang

lain. Rajah 6.3 berikut menunjukkan komponen dan sub-komponen KKE.

Rajah 6.3: Komponen kompetensi kecerdasan emosi

Page 7: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE) �

133

Penerangan lanjut tentang Kompetensi Personal dan Kompetensi Sosial dinyatakan seterusnya: (a) KKompetensi Personal ((Personal Competence) Kompetensi Personal terbahagi kepada tiga sub-komponen berikut:

(i) Kesedaran Kendiri (Self-awareness) Kesedaran kendiri ialah mengenali apa yang dirasakan oleh orang

lain, apa yang menjadi keutamaannya, punca dan bisikan hati. (ii) PPengurusan Kendiri (Self-regulation) Pengurusan kendiri ialah mengurus perasaan dalaman, tindakan

spontan dan sumber. (iii) MMotivasi Kendiri (Self-motivation) Motivasi kendiri adalah mengetahui apa yang terbaik untuk diri

sendiri dan tidak selalu mengharapkan galakan daripada orang lain.

Rajah 6.4 menggambarkan perincian bagi Kompetensi Personal.

Page 8: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE)

134

Rajah 6.4: Perincian kompetensi personal

(b) KKompetensi Sosial (Social Competence)

Kesedaran sosial (social awareness) adalah kesedaran terhadap perasaan dan kehendak orang lain. Ia terdiri daripada elemen berikut:

(i) Empati Boleh merasai perasaan dan pandangan orang lain dan menunjukkan

minat atas keprihatinan mereka.

Page 9: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE) �

135

(ii) Kesedaran Organisasi (Organisational Awareness) Kebolehan meneka emosi semasa ahli kumpulan melalui kekuatan

hubungan. (iii) Membangun Individu Lain (Developing Others) Kebolehan memberikan semangat/motivasi kepada individu lain. (iv) Melayani Kepelbagaian (Leveraging Diversity) Dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai lapisan masyarakat. (v) Kebolehan Mengembangkan Keupayaan Orang Lain (Developing

Others) (vi) Pengaruh (Influence) Memujuk dengan cara yang berkesan. (vii) Komunikasi (Communication) Mendengar secara aktif dan menggalakkan perbincangan terbuka. (viii) Pengurusan Konflik (Conflict Management) Kebolehan menangani percanggahan pendapat (konflik). (ix) Kepimpinan Bervisi (Visionary Leadership) Memberikan inspirasi, bimbingan dan menggerakkan individu atau

kumpulan serta menunjukkan gambaran masa depan yang jelas. (x) Pemangkin Perubahan (Change Catalyst) Berupaya menangani perubahan.

(xi) Membina Hubungan (Building Bonds) Memupuk dan mengekalkan hubungan baik, membina jaringan

hubungan yang luas serta berhubung antara satu dan lain secara lebih erat.

(xii) Kerja Berpasukan (Teamwork and Collaboration) Bekerja bersama untuk mencapai matlamat yang sama. (xiii) Membina Kepercayaan (Building Trust) Amanah dan beretika bila bekerja dan berhubung dengan orang lain

dan mempunyai keupayaan membina hubungan yang berasaskan kepercayaan.

Rajah 6.5 menggambarkan perincian bagi Kompetensi Sosial.

Page 10: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE)

136

Rajah 6.5: Perincian kompetensi sosial

1. Nyatakan dan gabungkan semua komponen dalam KKE. 2. Bagaimanakah anda harus membangunkan kecerdasan emosi

anda?

SEMAK KENDIRI 6.1

Page 11: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE) �

137

6.1.2 Membangunkan Kecerdasan Emosi

Steve Hein (2002) memberikan 10 cadangan untuk membangunkan kecerdasan emosi. Ini diterangkan dalam Jadual 6.2 yang berikut.

Jadual 6.2: Cadangan Membangunkan Kecerdasan Emosi

Cadangan

1. Kenalpasti perasaan sendiri dan elakkan daripada melabel individu lain atau situasi.

Contoh: Saya rasa sudah tidak sabar... Berbanding dengan: Semua ini memang mengarut!

2. Bezakan pemikiran dari perasaan.

Contoh: Fikiran: Saya fikir seperti...& saya fikir jika.... & saya fikir yang.... Perasaan: Saya rasa� : (perkataan yang menggambarkan perasaan)

3. Bertanggungjawab atas apa yang anda rasa.

Contoh: Saya rasa cemburu... Berbanding dengan: Awak membuatkan saya rasa cemburu..

4. Gunakan apa yang anda rasa untuk membantu orang lain membuat keputusan.

Contoh: Bagaimana agaknya perasaan saya jika saya bertindak begini..... dan bagaimana pula jika saya tidak berbuat apa-apa�..

5. Hormati perasaan orang lain.

Contoh: Bagaimana agaknya perasaan anda jika saya bertindak begini..... dan bagaimana pula perasaan anda jika saya tidak berbuat apa-apa�..

6. Biar rasa bertenaga bukan marah.

Gunakan apa yang dikatakan ÊkemarahanÊ untuk membantu anda rasa bertenaga untuk bertindak secara produktif.

7. Menerima perasaan orang lain.

Tunjukkan empati, memahami dan penerimaan terhadap perasaan orang lain.

8. Buat latihan untuk dapatkan nilai positif dari emosi.

Contoh:Tanya diri: 'Apa perasaan saya?' dan 'Apa yang boleh menenangkan saya?' Tanya orang lain: 'Apa perasaan anda?' dan 'Apa yang boleh menenangkan anda?'

9. Elakkan dari menasihat, memberi arahan, mengawal, mengkritik, menghakim atau memberi syarahan kepada yang lain.

Cuba tunjukkan yang anda mendengar dengan empati tanpa menghakim.

10. Jauhkan diri daripada individu yang mencemuh anda.

Sekurang-kurangnya cuba kurangkan masa anda bersamanya ataupun tunjukkan kekuatan psikologi yang anda miliki.

Page 12: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE)

138

Anda dimarahi oleh pengetua sekolah di dalam bilik guru kerana dikatakan tidak masuk kelas, tidak komited terhadap tugas dan memberikan maklumat yang salah kepada pelajar. Rakan sejawat anda kelihatan tergamam tetapi tidak seorang pun yang bersuara. Bagaimanakah anda menangani situasi ini dengan bijaksana? (a) Apakah perasaan anda?

(b) Apakah yang anda fikirkan?

(c) Apakah tindakan anda? Bagaimanakah cara terbaik untuk anda bertindak?

(d) Bagaimanakah sepatutnya pengetua bertindak? Jangkaan Jawapan Perasaan: Malu, tersinggung, kecewa, geram dan marah. Fikir:

(a) Sungguh biadab pengetua ini.

(b) Benarkah begitu? Saya perlu menyemak semula fakta ini.

(c) Pengetua ini cuba mencabar kewibawaan saya.

(d) Pengetua memalukan saya di hadapan rakan sejawat.

AKTIVITI 6.1

Page 13: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE) �

139

PERPADUAN

Cuba renung kembali pengalaman anda semasa di sekolah dahulu. Bagaimanakah cara anda berhubung dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa di kelas anda? Apabila timbul sesuatu isu yang kontroversial, yang agak sensitif kepada kaum lain, bagaimanakah guru anda menanganinya? Malaysia mempunyai rakyat pelbagai kaum. Masyarakat majmuk di negara ini hidup aman damai tanpa rasa curiga antara satu kaum dengan kaum yang lain. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan demi mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.

6.2

Tindakan:

(a) Dengan marah, „Kurang ajar‰.

(b) Dengan marah, ‰Tuan telah menghina saya!‰.

(c) ‰Adakah tuan fikir cara ini betul untuk menegur kesilapan saya?‰

(d) ‰Adakah tujuan tuan untuk memalukan saya?‰

(e) Keluar dari bilik guru untuk meredakan rasa marah. Tindakan Pengetua:

(a) Memanggil ke biliknya.

(b) Memberi peluang membela diri.

(c) Menggunakan kompetensi kecerdasan emosi.

(d) Menangani konflik yang timbul dengan bijaksana.

Seorang rakan mengajak anda membantunya memukul seorang rakan lainyang berlainan bangsa kerana dikatakan menghina agama dan budayaanda berdua. Apakah tindakan anda? Bagaimanakah sepatutnya masalahini ditangani?

AKTIVITI 6.2

Page 14: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE)

140

BERSIKAP ADIL

Bersikap adil bermaksud tidak memihak kepada mana-mana pihak apabila membuat sebarang keputusan. Keputusan yang diambil berdasarkan pertimbangan yang sama untuk semua keadaan atau individu yang terlibat. Mengapakah sebagai seorang guru anda perlu bersikap adil? Pernahkah anda mengalami satu peristiwa yang anda merasakan tindakan guru anda sangat tidak adil terhadap anda? Perasaan tersebut wujud terutamanya apabila tindakan guru berkenaan telah membawa kesan jangka panjang yang sangat mengecewakan anda. Fikirkan!

Secara tidak sedar, mungkin kita sendiri pernah berlaku tidak adil kepada orang lain. Orang itu mungkin orang yang paling dekat dengan kita seperti ibu bapa atau adik beradik kita sendiri, rakan, jiran atau sesiapa sahaja. Kita berlaku tidak adil kepada ibu bapa kita jika harapan dan jangkaannya terhadap kita tidak dipenuhi dan tidak adil kepada adik beradik jika haknya kita ketepikan.

6.3

Bincangkan secara berkumpulan di dalam kelas anda mengenai senario berikut: Sewaktu anda di peringkat tingkatan satu dahulu, terdapat seorang pelajar bernama Rais. Pada pengetahuan anda beliau datangnya daripada keluarga yang miskin. Setiap malam beliau terpaksa menolong bapanya berniaga di pasar malam. Rais didapati selalu tidak menyiapkan kerja sekolah, tertidur di dalam kelas dan jarang mengikuti aktiviti kokurikulum. Guru kelas anda yang tidak mengetahui latar belakang Rais, telah membawa kes Rais kepada guru disiplin sekolah. Tanpa diselidik dengan sebaiknya, Rais dihukum rotan dan didenda membersihkan tandas selama mana dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya. Belum cukup seminggu denda berjalan, Rais mengambil keputusan berhenti sekolah. (a) Adilkah tindakan guru anda itu?

(b) Apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh guru itu?

(c) Ramalkan apakah yang terjadi kepada Rais selepas itu.

AKTIVITI 6.3

Page 15: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE) �

141

TOLERANSI

Apakah yang dimaksudkan dengan toleransi? Mengapa perlu ada toleransi dalam hubungan? Toleransi mengikut Kamus Dewan bermaksud sedia menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri. Di dalam negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk ini, sifat toleransi sangatlah dituntut. Dalam perhubungan setiap hari, kita berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. Kita tidak perlu pergi jauh, cuba kita renungkan apa yang terjadi antara anak dan ibu bapa. Ada di antara kita terpaksa memilih jalan kerjaya yang kita tidak minati. Ibu bapa yang menentukannya. Akibatnya individu berkenaan akan rasa tertekan, ditambah pula dengan tanggapan salah masyarakat yang menobatkan kejayaan sebagai cemerlang dalam akademik sahaja. Apakah yang anda pelajari semasa di tadika dahulu? Bukankah kita diajar supaya berkongsi, bermain bersama, belajar bersama dan sebagainya dilakukan bersama dengan rakan lain yang tidak kita kenali sebelum ini? Ini termasuklah dengan rakan-rakan yang datang daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang.

MEMAHAMI NILAI DAN BUDAYA

Apakah yang anda fahami daripada istilah nilai dan budaya? Kamus Dewan memberikan maksud nilai sebagai darjah, kualiti, mutu atau taraf manakala budaya pula sebagai tamadun atau peradaban. Mengapa kita perlu memahami nilai dan budaya masyarakat atau kaum lain? Sebagai rakyat di dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, memahami nilai dan budaya kaum lain amatlah penting. Apakah implikasinya jika kita hanya taksub kepada nilai dan budaya sendiri? Kadang-kadang, kita tidak merasakan perlunya menghormati budaya kaum lain kerana kita sedang berada di dalam kelompok yang selesa. Kita beranggapan yang kita tidak memerlukan kaum lain untuk berkomunikasi atau berinteraksi dalam menerusakan kehidupan. Keadaan ini tidak akan kita temui di negara kita. Kita tidak dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan kaum lain; sama ada di sekolah, di pusat membeli belah, di dalam kenderaan awam mahu pun di taman hiburan.

6.5

6.4

Page 16: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE)

142

Oleh itu, memahami nilai dan budaya kaum lain merupakan satu keperluan dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. Sikap hormat menghormati antara kaum akan menjadikan Malaysia negara yang selamat untuk didiami.

PENGURUSAN DIRI

Pengurusan diri adalah satu kriteria yang amat penting dalam bidang perguruan. Kita mestilah berupaya menguruskan diri dari segi kebersihan, pakaian dan penampilan. Penerangan lanjut diberikan seterusnya.

6.6.1 Kebersihan

Di dalam agama Islam, Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda bahawa ‰Kebersihan itu sebahagian daripada iman‰. Ini bermakna kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kita demi menjamin kesihatan dan kesejahteraan umat manusia. Kebersihan juga adalah punca kecemerlangan dalam segala bidang. Sebagai contoh, kita mulakan dengan makanan. Tentulah kita memerlukan makanan yang bersih bermula dari segi pemilihan bahan mentah, cara penyediaannya hinggalah kepada pinggan mangkuk yang digunakan untuk menghidang. Sejajar dengan itu, kita juga akan memastikan anak-anak atau pelajar mencuci tangan sebelum makan, semata-mata untuk menjaga kesihatan melalui tangan yang bersih. Menurut teori perkembangan Sigmund Freud, kanak-kanak mula belajar hal-hal yang berkaitan dengan kebersihan bermula di peringkat umur dua hingga empat tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak diberikan latihan ke tandas (toilet-train). Sebelum dan selepas ke tandas, kita meminta mereka mencuci tangan dengan sabun. Menurut Freud lagi, jika latihan ini dibuat secara berlebihan, kanak-kanak berkemungkinan menjadi terlalu cerewet bila meningkat dewasa dan begitulah sebaliknya. Kebersihan yang dipentingkan bukan sahaja dari segi jasmani tetapi juga rohani. Setiap pagi kita diminta oleh ibu bapa supaya mengosok gigi dan mandi menggunakan sabun sebelum memakai pakaian bersih untuk ke sekolah. Mereka mengharapkan tabiat ini menjadi amalan seharian sehingga dewasa. Inilah cara mereka mengajar kita menjaga kebersihan fizikal. Kebersihan rohani pula bersangkutan dengan mempunyai niat yang ikhlas, berfikiran bersih tanpa rasa syak wasangka atau curiga sesama manusia. Melakukan sesuatu kerja tanpa mengharapkan balasan dan tidak ada udang di sebalik batu.

6.6

Page 17: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE) �

143

6.6.2 Pakaian

Kita sering kali menilai keperibadian seseorang menerusi cara mereka berpakaian. Bagaimana pun, individu yang bijak akan menyesuaikan pakaian dengan persekitarannya. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda kepada seorang sahabatnya yang dilihatnya berpakaian buruk: ‰Apabila Allah mengurniakan kamu dengan harta, maka perlihatkanlah bekas nikmat dan kemurahanNya itu pada dirimu‰. Pakaian adalah aspek penting dan amat ditekankan ke atas umat Islam, sama ada lelaki atau wanita. Pakaian harus menutup aurat. Pakaian lelaki harus berbeza daripada pakaian perempuan. Bagaimana pun, pakaian wanita lebih diutamakan kerana memang sifat wanita itu sendiri mudah menarik perhatian; sama ada dari segi susuk tubuh, perwatakan mahupun pergerakannya. Peraturan berpakaian diwujudkan bagi sesetengah organisasi, kerana cara berpakaian seseorang itu mencerminkan imej organisasi yang diwakilinya. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 menggariskan peraturan-peraturan berpakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1991 pula menggariskan peraturan berpakaian semasa menghadiri upacara rasmi bagi pegawai-pegawai tadbir dan diplomatik. Pakaian semasa bekerja dan pakaian semasa menghadiri majlis rasmi diterangkan seperti berikut: (a) Pakaian Semasa Bekerja Pakaian semasa bekerja untuk lelaki dan wanita diberikan seterusnya.

(i) Pakaian Lelaki Semua pegawai lelaki dikehendaki memakai tali leher, seluar panjang

berserta baju kemeja dengan warna yang sesuai. Tali leher juga dimasukkan dalam keperluan pakaian seragam bagi Pemandu, Pengawal Keselamatan, Pembantu Am Rendah kecuali Pembantu Rendah Awam yang diberikan kelonggaran. Untuk kelihatan kemas dan rapi, baju dimasukkan ke dalam dan sekiranya memakai baju berlengan panjang, ianya janganlah dilipat.

Staf lelaki Melayu digalakkan memakai baju Melayu lengkap pada

hari Jumaat. Pemakaian songkok juga dibenarkan semasa bekerja, tetapi hanya yang berwarna hitam.

Page 18: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE)

144

(ii) Pakaian Wanita Wanita Muslim digalakkan menutup aurat sepenuhnya. Pakaian

wanita perlulah sopan dan tidak menjolok mata. Sebagai menghormati budaya pelbagai kaum dalam negara ini, mereka dibenarkan memakai pakaian kebangsaan kaum masing-masing yang sesuai untuk bekerja.

(b) PPakaian Semasa Menghadiri Majlis Rasmi Pakaian semasa menghadiri majlis rasmi dapat kita lihat dalam Jadual 6.3.

Apakah pendapat anda tentang pakaian mereka yang berikut? Sesuaikah pakaian mereka dengan keadaan dan persekitaran? (a) Seorang perempuan memakai pakaian yang sangat terang

warnanya, menampakkan bentuk badan dan singkat semasa menziarah kematian.

(b) Seorang guru Pendidikan Jasmani berpakaian kebaya di tengah-

tengah padang sambil mengajar pelajar teknik membaling dan menyambut bola yang betul.

(c) Seorang lelaki berpakaian kot dan bertali leher menunggu bas di

tengah panas matahari.

SEMAK KENDIRI 6.2

Page 19: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE) �

145

Jadual 6.3: Pakaian Lelaki dan Wanita Semasa Menghadiri Majlis Rasmi

Majlis WWanita LLelaki

1. Bankuet negara atau negeri

Baju kurung atau kebaya labuh, bertudung atau berselendang

Mess kit /white tie/baju kebangsaan rasmi dengan darjah kebesaran

2. Jamuan makan malam rasmi oleh Ketua Negara atau Ketua Kerajaan

Baju kurung, bertudung atau berselendang

Baju kebaya labuh, berselendang

Baju kebangsaan hitam

Black tie

3. Jamuan makan malam formal

Baju kurung

Baju kebaya labuh

Baju kebangsaan

Lounge suit

4. Jamuan makan malam tidak formal

Baju Melayu moden

Baju batik lengan panjang

5. Jamuan makan tengahari rasmi

Baju kebaya

Baju kurung

Baju batik lengan panjang

Lounge suit

Pakaian kerja

6. Jamuan makan tengahari tidak rasmi

Baju Melayu moden

Baju batik lengan panjang

7. Jamuan teh rasmi

Baju kurung

Baju kebaya labuh

Baju batik lengan panjang

Lounge suit

Pakaian kerja

8. Pengurniaan darjah kebesaran

Pakaian istiadat

Baju kurung atau kebaya labuh, bertudung atau berselendang dan tidak sedondon

Pakaian istiadat

Baju kebangsaan rasmi

9. Istiadat pertabalan

Pakaian istiadat

Baju kurung atau kebaya labuh, bertudung atau berselendang dan tidak sedondon

Pakaian istiadat

Baju kebangsaan rasmi

10. Hari ulang tahun kemerdekaan

Baju kebaya

Baju kurung

Baju batik lengan panjang

Bush-jacket

Pakaian kerja

Page 20: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE)

146

11. Pembukaan persidangan Parlimen

Pakaian istiadat

Baju kurung atau kebaya labuh, bertudung atau berselendang dan tidak sedondon

Pakaian istiadat

Baju kebangsaan rasmi

12. Mengadap Tuanku

Baju kurung atau kebaya labuh, bertudung atau berselendang dan tidak sedondon

Lounge suite gelap dan bersongkok

Baju kebangsaan

13. Coktail dan reception

Baju kebaya

Baju kurung

Baju batik lengan panjang

Lounge suit

14. Tilawah Al-Quran

Baju kurung atau kebaya labuh dan tidak sedondon

Baju kebangsaan

Baju batik lengan panjang

Lain-lain pakaian yang sesuai

15. Pengkebumian

Baju kurung atau kebaya labuh, bertudung, berselendang dan tidak sedondon

Baju kebangsaan

16. Majlis anjuran agensi (siang)

Pakaian kerja

Pakaian kerja

17. Majlis di luar dewan seperti perasmian sukan

Baju kurung

Baju batik lengan panjang

18. Anugerah Sastera Negara atau Anugerah Seni Negara

Baju kurung atau kebaya labuh, bertudung, berselendang dan tidak sedondon

Baju kebangsaan hitam

Lounge suit warna gelap

19. Kemangkatan

Wanita Islam dikehendaki berbaju kurung dan berkebaya labuh dan berselendang putih atau bertudung putih, manakala wanita bukan Islam hendaklah berpakaian sempurna dan sopan serta bertudung hitam

Bagi orang Islam hendaklah berpakaian baju kebangsaan hitam, bersongkok hitam dililit kain putih selebar 3.8 � 4.0 sentimeter manakala bagi bukan beragama Islam memakai kot gelap dan bertali leher hitam dengan lilitan hitam 8.5 � 8.9 sentimeter dipakai sebelah atas lengan kiri

Page 21: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE) �

147

Pekeliling terbaru membenarkan staf lelaki dan wanita memakai pakaian batik pada tarikh-tarikh 1hb dan 15hb setiap bulan. Batik yang digunakan hendaklah buatan Malaysia. Konsep kebolehsuaian (adaptability) dalam Kompetensi Kecerdasan Emosi diguna pakai. Pakaian perlu disesuaikan dengan persekitaran atau majlis yang dihadiri.

6.6.3 Penampilan

Penampilan bermula daripada rupa paras, tingkah laku, air muka hinggalah kepada cara seseorang berpakaian. Oleh itu, penampilan menjadi satu faktor utama kepada bagaimana seseorang individu diberikan taraf atau kedudukan dalam masyarakat. Penampilan seseorang individu menggambarkan sikapnya terhadap diri sendiri, tahap keyakinan diri, terhadap tugas dan terhadap pelajar-pelajarnya. Penampilan yang bagaimanakah yang diharapkan oleh masyarakat terhadap seorang guru? Mari kita lihat peranan penampilan dalam profesion perguruan. Peranan Penampilan

(a) Individu yang mempunyai penampilan menarik; sama ada dari segi rupa, perwatakan, tingkah laku atau pun pakaian lebih mudah mempengaruhi orang lain untuk memberi perhatian terhadap apa yang diperkatakannya.

(b) Individu yang mempunyai karisma selalunya mempunyai kepakaran,

ketulusan dan imej yang baik yang boleh mendorong orang lain mengubah pemikiran dan tingkah laku. Bagaimana pun, hanya segelintir individu yang dianugerahkan tuhan dengan karisma.

PENGURUSAN KUMPULAN

Bekerja di dalam kumpulan memberi peluang untuk kita berinteraksi dengan rakan-rakan lain. Tugasan yang dihasilkan akan menjadi lebih baik berbanding dengan tugasan individu. Selalunya, kumpulan dibentuk berdasarkan faktor-faktor intrinsik seperti minat, hobi, kecerdasan dan seumpamanya. Bagaimanapun, kumpulan juga boleh dibentuk berdasarkan pelbagai minat atau kecerdasan.

6.7

Page 22: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE)

148

Beberapa cara boleh digunakan dalam membentuk kumpulan pelbagai minat atau kecerdasan (heterogeneous group) seperti dengan: (a) Mengggunakan Nombor Setiap pelajar diminta menomborkan diri dari 1 hingga 5. Semua pelajar

membentuk kumpulan berdasarkan nombor yang sama. (b) Menggunakan Pakaian Berkumpul dalam kumpulan mengikut pakaian/bercermin mata dan

sebagainya. (c) Menggunakan Kad-kad Bergambar Semua pelajar membentuk kumpulan berdasarkan gambar yang sama.

6.7.1 Ciri-ciri Kumpulan Berkesan

Ciri-ciri kumpulan yang berkesan dalam satu organisasi dinyatakan dalam Jadual 6.4.

Jadual 6.4: Ciri-ciri Kumpulan Berkesan

Ciri-ciri Keterangan

Tujuan Ahli-ahli merasa bangga berada dalam kumpulan dan berusaha ke arah mencapai matlamat dan tujuan yang sama.

Keutamaan Tahu apa yang harus dilakukan seterusnya, oleh siapa dan bila demi mencapai matlamat.

Peranan Ahli tahu peranan dalam menyempurnakan tugasan dan bila perlu mendapatkan khidmat ahli yang lebih mahir untuk membantu.

Keputusan Autoriti dan cara membuat keputusan difahami dengan jelas.

Konflik Ditangani secara terbuka dan dianggap penting dalam membuat keputusan dan untuk perkembangan individu.

Personaliti Merasakan keunikan personaliti dihargai dan digunakan sepenuhnya.

Norma Norma kumpulan ialah bekerja bersama, difahami dan dianggap sebagai standard kumpulan.

Keberkesanan Perjumpaan kumpulan dilaksanakan dengan berkesan dan produktif. Setiap ahli menantikan perjumpaan yang akan datang.

Kejayaan Kejayaan kumpulan dikongsi bersama secara adil dengan penuh kebanggaan.

Latihan Berpeluang untuk mendapat maklum balas dan meningkatkan kemahiran. Ia ditunggu oleh setiap ahli.

Page 23: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE) �

149

6.7.2 Merancang Bersama

Perancangan aktiviti untuk kumpulan akan dibincang bersama-sama bukan berdasarkan keputusan individu tertentu. Persetujuan semua ahli atau majoriti ahli akan digunakan untuk membuat sebarang keputusan. Pembelajaran secara kolaboratif atau koperatif boleh digunakan untuk menjadikan kumpulan yang dibentuk lebih berkesan.

Aktiviti Mengenal Diri dan Orang lain Arahan Aktiviti: 1. Setiap pelajar mencatatkan kelebihan dan kekurangan diri. 2. Secara berpasangan, bandingkan apa yang dicatat. 3. Lukiskan dua bulatan seperti berikut.

4. Tuliskan sifat-sifat diri di dalam bulatan A dan sifat pasangan di

bulatan B. 5. Tuliskan persamaan sifat di ruang bertindih antara A dan B. 6. Bincangkan apakah kesan ke atas EQ.

AKTIVITI 6.4

Page 24: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE)

150

6.7.3 Berbincang dan Pembahagian Tugas

Pembelajaran kolaboratif memberi peluang kepada pelajar bergaul atau berinteraksi sesama ahli di dalam kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Banyak kemahiran sosial yang terlibat di dalam perbincangan seperti bertukar idea, memberi pendapat dan bersikap toleransi di dalam menerima atau menolak cadangan. Kolaborasi juga membantu di dalam mengagihkan tugas secara adil di dalam kumpulan. Contohnya melantik ketua; apakah tugas dan tanggungjawab seorang ketua perlulah disenaraikan. Tugasan yang diterima oleh kumpulan boleh ditingkatkan dari segi kualitinya jika semua ahli bersatu hati menyelesaikannya. Pembelajaran koperatif boleh digunakan dan telah terbukti memberikan kesan yang sangat positif. Pelbagai teknik pembelajaran koperatif disenaraikan oleh Kagan seperti: (a) Jigsaw;

(b) Round robin;

(c) Round table;

(d) Think pair-share;

(e) Group investigation;

(f) Brainstorming; dan

(g) Pairs-check. Kumpulan yang berkesan adalah kumpulan yang semua ahlinya terlibat di dalam sesuatu tugasan yang diberi. Penentuan peranan di dalam kumpulan penting untuk menimbulkan rasa kekitaan dan kesepunyaan di kalangan ahli. Jika semua prosedur pembentukan kumpulan dipatuhi tidak akan ada ahli yang merasakan dirinya terpinggir di dalam aktiviti yang berlangsung.

6.7.4 Membuat Keputusan

Keputusan yang diambil di dalam kumpulan bukan keputusan individu tetapi keputusan bersama, sama ada diambil sebagai keputusan sebulat suara atau pun secara majoriti. Sebelum sesuatu keputusan diambil, perbincangan secara sumbang saran, round table atau round robin dan seumpamanya dilaksanakan terlebih dahulu.

Page 25: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE) �

151

6.7.5 Melaksanakan Tugas Kumpulan dengan Adil dan Berkesan

Melaksanakan tugas kumpulan dengan adil dan berkesan, termasuklah melakukan aktiviti-aktiviti yang berikut: (a) Bina semangat berpasukan;

(b) Bekerja sama ke arah nilai dan matlamat yang sama;

(c) Sumbangkan idea ke arah mencari penyelesaian bersama;

(d) Kenal pasti dan hormati pendapat ahli lain;

(e) Dengar dan kongsi maklumat;

(f) Tanya soalan dan dapatkan penjelasan;

(g) Libatkan diri dengan penuh komited;

(h) Bergembira dan ambil berat terhadap kumpulan;

(i) Kongsi tanggungjawab kumpulan; dan

(j) Wujudkan suasana percaya mempercayai dan perbincangan secara terbuka. Ahli kumpulan yang berkesan ialah mereka yang: (a) Menyumbang secara berkesan ke arah pencapaian matlamat kumpulan;

(b) Menyelesaikan kerja-kerja yang kompleks secara berterusan; dan

(c) Menghormati pemikiran dan pendapat ahli lain di dalam kumpulan.

Page 26: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE)

152

� Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) diterapkan ke dalam kurikulum perguruan hari ini sebagai salah satu usaha menyediakan guru yang berdaya tahan dan mempunyai jati diri yang mampu menghadapi pelbagai cabaran dan tuntutan profesion keguruan.

� Menurut Goleman (1997), KKE ialah kemampuan memotivasi diri, membina ketahanan dalaman sehingga mampu mengatur jiwa dan kepuasan diri semasa menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian.

� Terdapat dua komponen dalam KKE iaitu Kompetensi Personal dan Kompetensi Sosial.

� Dengan mempelajari tentang KKE, para guru diharapkan dapat menerapkan perpaduan, bersikap adil, toleransi dan memahami nilai dan budaya.

� Pengurusan diri juga amat penting dalam profesion perguruan seperti menjaga kebersihan diri, menjaga adab berpakaian semasa bekerja dan menghadiri majlis rasmi serta menjaga penampilan diri.

� Pengurusan kumpulan juga elemen utama dalam kemahiran kecerdasan emosi. Dalam menjayakan sesuatu kumpulan, perancangan hendaklah dibuat bersama melalui perbincangan dan pembahagian tugas yang adil. Pendapat semua ahli dalam kumpulan perlu diambil kira dalam membuat sesuatu keputusan.

Autentik

Kemahiran Interpersonal

Kolaborasi

Potensi

Page 27: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE) �

153

Jawab semua soalan: 1. Siapakah yang mempelopori Teori Kecerdasan Emosi? ___________________________________________________________________

(1 markah) 2. Berikan dua perbezaan antara IQ dengan EQ.

IQ ________________________________________________________________ IQ ________________________________________________________________ EQ _______________________________________________________________ EQ _______________________________________________________________

(2 markah) 3. Berikan dua kepentingan EQ kepada guru. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

(2 markah) 4. Jelaskan dua peranan penampilan kepada seorang guru. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

(2 markah)

5. Senaraikan tiga ciri kumpulan yang berkesan. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

(3 markah)

Page 28: 201208150720_Topik 6 Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE).pdf

� TOPIK 6 KEMAHIRAN KECERDASAN EMOSI (KKE)

154

Di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah pelbagai masalah pelajar perlu ditangani oleh seseorang guru. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kompetensi Kecerdasan Emosi?

(3 markah)

(b) Jelaskan bagaimana aspek KKesedaran Sosial di dalam Kompetensi Kecerdasan Emosi boleh membantu guru menangani pelbagai masalah pelajarnya.

(6 markah)

(c) Berikan contoh-contoh yang sesuai. (6 markah)