3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Mata pelajaran: Fizik Kelas: Tingkatan 4 Jujur Tarikh: Masa: 11.35 pagi – 12.35 tgh (60 minit) Bilangan pelajar: 25 pelajar Bidang pelajaran: Daya dan Tekanan Objektif pembelajaran: Memahami tekanan dalam cecair Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, pelajar berupaya: A Menguasai isi kandungan a. menyatakan perkaitan antara kedalaman dengan tekanan dalam cecair b. menyatakan perkaitan antara ketumpatan dengan tekanan dalam cecair c. menghuraikan keadaan tekanan dalam cecair dan menyatakan bahawa P=hρg d. menyelesaikan masalah melibatkan tekanan dalam cecair B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir a. mereka bentuk dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk menentukan perkaitan antara tekanan dalam cecair, kedalaman dan ketumpatan, apabila diberi botol air mineral, dulang, dan minyak C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni a. melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan prosedur yang dipersetujui dalam kumpulan b. menghargai masa dengan menjalankan eksperimen dengan teliti dan sempurna Konsep saintifik: Tekanan dalam cecair a. bertindak dalam semua arah b. meningkat dengan peningkatan kedalaman c. meningkat dengan peningkatan ketumpatan

20121207091218Lesson Plans - 111

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 20121207091218Lesson Plans - 111

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Mata pelajaran: Fizik Kelas: Tingkatan 4 Jujur Tarikh: Masa: 11.35 pagi – 12.35 tgh (60 minit) Bilangan pelajar: 25 pelajar Bidang pelajaran: Daya dan Tekanan Objektif pembelajaran: Memahami tekanan dalam cecair Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, pelajar berupaya: A Menguasai isi kandungan

a. menyatakan perkaitan antara kedalaman dengan tekanan dalam cecair b. menyatakan perkaitan antara ketumpatan dengan tekanan dalam cecair c. menghuraikan keadaan tekanan dalam cecair dan menyatakan bahawa P=hρg d. menyelesaikan masalah melibatkan tekanan dalam cecair

B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir

a. mereka bentuk dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk menentukan perkaitan antara tekanan dalam cecair, kedalaman dan ketumpatan, apabila diberi botol air mineral, dulang, dan minyak

C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

a. melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan prosedur yang dipersetujui dalam kumpulan

b. menghargai masa dengan menjalankan eksperimen dengan teliti dan sempurna

Konsep saintifik: Tekanan dalam cecair a. bertindak dalam semua arah b. meningkat dengan peningkatan kedalaman c. meningkat dengan peningkatan ketumpatan

Page 2: 20121207091218Lesson Plans - 111

Bahan, peralatan dan bahan sumber: Botol air mineral – 4 unit Minyak – 1 botol Dulang – 2 unit Beg plastik – 4 unit Nota di slaid PowerPoint

Langkah berjaga-jaga:

Tiada Pengetahuan sedia ada: Pelajar telah mempelajari definisi operasi tekanan, P=F/A, dan telah menggunakannya untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan tekanan pepejal ke atas satu permukaan pejal. Langkah-langkah Pengajaran

Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

Permulaan/ Mencungkil idea (5 min)

Definisi tekanan P=F/A Arah tekanan dalam cecair dan factor yang mungkin mempengaruhi tekanan dalam cecair Pengalaman berenang pelajar (jika ada)

Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal Cungkil idea pelajar tentang sama ada cecair mengenakan tekanan dan factor yang mempengaruhinya.

Pelajar memberi respon Strategi/ Teknik: Penyoalan seluruh kelas

Menstruktur/ Menstruktur semula (40 min)

Tekanan dalam cecair a. bertindak dalam

semua arah b. berkadar langsung

dengan kedalaman c. berkadar langsung

dengan ketumpatan d. boleh ditulis sebagai

P=hρg

Tunjukkan beg plastik berisi air dan minta pelajar meramal arah pancutan air jika plastik ditebuk di beberapa tempat Mengutarakan satu persoalan utama: Bagaimana tekanan dalam cecair berkait dengan kedalaman dan ketumpatan?

Pelajar meramal, memerhati, dan membuat inferens dan kesimpulan Pelajar membuat hipotesis, beri cadangan reka bentuk eksperimen, menyatakan pembolehubah. Pelajar menjalankan eksperimen bagi

Strategi/ Teknik: Demonstrasi interaktif guru Aktiviti inkuiri dalam kumpulan

Page 3: 20121207091218Lesson Plans - 111

Tanya hipotesis, reka bentuk eksperimen dan pembolehubah terlibat. Debriefing Bimbing pelajar untuk membina P=hρg drp dua perkaitan di atas

menjawab persoalan. Pelajar buat kesimpulan dan bina P=hρg

Sikap saintifik dan nilai murni: Penglibatan aktif Menghargai masa

Aplikasi Idea (10 min)

1. Kedudukan tangki air yang tinggi memastikan tekanan air tinggi.

2. Bentuk bekas tidak mempengaruhi tekanan air

3. Satu soalan melibatkan P=hρg

Tunjukkan masalah di slaid (rujuk lampiran 1)

Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan Pelajar membentangkan dapatan

Strategi: Perbincangan kumpulan diikuti persembahan Sumber pengajaran: slaid PP

Penutup (5 min)

Tekanan dalam cecair a. bertindak dalam

semua arah b. berkadar langsung

dengan kedalaman c. berkadar langsung

dengan ketumpatan d. boleh ditulis sebagai

P=hρg

Taksir kefahaman pelajar dengan memberi kuiz pendek. Tingkatkan keterujaan dengan mengadakan pertandingan antara kumpulan Tunjukkan ringkasan idea utama di slaid. Beri tugasan membaca untuk tajuk seterusnya iaitu tekanan gas dan 4 soalan menyelesai masalah dalam buku latihan.

Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz dan membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.

Strategi: Penyoalan keseluruhan kelas Sumber pengajaran: slaid PP

Refleksi :