3
1 TUGASAN 1 KOD KURSUS : HBEF2803 TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN SEMESTER : MEI 2013 SOALAN TUGASAN ADAT RESAM PERKAHWINAN DI MALAYSIA Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang penuh harmoni. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari semua golongan di Malaysia. Di sebalik keramaian yang penuh warna-warni, upacara ini melambangkan perpaduan kaum yang mempunyai latarbelakang budaya dan adat resam yang berbeza. Tradisi perkahwinan pelbagai etnik di Malaysia perlu dikekalkan bagi menyemarakkan lagi perpaduan diantara kaum. Masyarakat di Malaysia bukan sahaja terdiri daripada kaum Melayu, China, dan India, bahkan juga meliputi kaum etnik seperti Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian, masyarakat di negara ini seharusnya berbangga dengan keunikan tradisi perkahwinan yang pelbagai wujud di Malaysia. Berdasarkan kepada pernyataan ini, anda dikehendaki menyediakan satu tugasan yang lengkap dengan memilih SATU upacara adat resam perkahwinan yang boleh diraikan/disambut bersama-sama teman-teman daripada kaum yang lain. Perihalkan penglibatan anda dengan istiadat dan adat resam perkahwinan daripada kaum tersebut berdasarkan konsep silang budaya (cross culture). Penglibatan anda dilihat daripada skop yang luwes dan segala aspek yang berkaitan dengan adat resam perkahwinan tersebut perlu diberi perhatian dengan teliti dan diselidiki mengikut tatasusila budaya Malaysia. Nyatakan

201305290615_HBEF2803 -TUGASAN 1

  • Upload
    yin-tan

  • View
    2.399

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 201305290615_HBEF2803 -TUGASAN 1

1

TUGASAN 1

KOD KURSUS : HBEF2803

TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

SEMESTER : MEI 2013

SOALAN TUGASAN

ADAT RESAM PERKAHWINAN DI MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang penuh harmoni.

Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari semua golongan di Malaysia. Di

sebalik keramaian yang penuh warna-warni, upacara ini melambangkan perpaduan kaum yang

mempunyai latarbelakang budaya dan adat resam yang berbeza. Tradisi perkahwinan pelbagai

etnik di Malaysia perlu dikekalkan bagi menyemarakkan lagi perpaduan diantara kaum.

Masyarakat di Malaysia bukan sahaja terdiri daripada kaum Melayu, China, dan India, bahkan

juga meliputi kaum etnik seperti Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain yang terdapat di

Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian, masyarakat di negara ini seharusnya berbangga dengan

keunikan tradisi perkahwinan yang pelbagai wujud di Malaysia.

Berdasarkan kepada pernyataan ini, anda dikehendaki menyediakan satu tugasan yang lengkap

dengan memilih SATU upacara adat resam perkahwinan yang boleh diraikan/disambut

bersama-sama teman-teman daripada kaum yang lain.

Perihalkan penglibatan anda dengan istiadat dan adat resam perkahwinan daripada kaum tersebut

berdasarkan konsep silang budaya (cross culture). Penglibatan anda dilihat daripada skop yang

luwes dan segala aspek yang berkaitan dengan adat resam perkahwinan tersebut perlu diberi

perhatian dengan teliti dan diselidiki mengikut tatasusila budaya Malaysia. Nyatakan

Page 2: 201305290615_HBEF2803 -TUGASAN 1

2

kesignifikan adat resam perkahwinan kaum tersebut, ritual-ritual atau amalan-amalan yang

berkaitan, bagaimana ianya diraikan mengikut adat tertentu dan impaknya kepada masyarakat

Malaysia.

E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokuskan kepada aspek-

aspek berikut:

• Sejarah adat resam perkahwinan, tujuan dan aspek-aspek yang berkaitan dengan

perkahwinan

• Aspek - tradisi, sosial dan budaya

• Aspek persediaan sebelum istiadat perkahwinan- merisik, bertunang dll

• Amalan-amalan/ritual yang dilakukan

• Pakaian tradisional semasa upacara persandingan/perkahwinan

• Juadah kuih muih utama/ hantaran pihak lelaki/perempuan

• Hiasan dalaman dan luaran tempat upacara perkahwinan/persandingan dll

• Pantang larang jika ada yang berkaitan dengan adat resam perkahwinan

• Gambar/ rakaman audio-visual upacara yang berkaitan dengan perkahwinan

• Analisis/ refleksi kendiri tentang adat resam istiadat perkahwinan tersebut.

Page 3: 201305290615_HBEF2803 -TUGASAN 1

3

PANDUAN PERLAKSANAAN:

1.Tugasan ini perlu disiapkan dengan membuat TIGA aktiviti terancang yang

diberikan seperti berikut:

• Aktiviti 1 – Kajian dokumen

• Aktiviti 2 – Gambar/ rakaman suasana sambutan upacara perkahwinan dan lain lain.

• Aktiviti 3 – Jurnal Reflektif

2. Anda perlu memilih SATU upacara perkahwinan daripada kaum/ etnik lain untuk melakukan

TIGA aktiviti yang berkaitan.

Contoh upacara dan adat resam aktiviti perkahwinan adalah seperti berikut:

• Adat resam upacara perkahwinan kaum Melayu

• Adat resam upacara perkahwinan kaum China

• Adat resam upacara perkahwinan kaum India

• Adat resam upacara perkahwinan Chirstian

• Adat resam upacara perkahwinan kaum etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti

Melanau,Iban, Kadazan Dusun, Murut dan lain-lain.

PERINGATAN:

1. Anda hendaklah memilih adat resam perkahwinan kaum lain.

2. Anda disarankan supaya membaca semua aktiviti; dan rancang cara terbaik untuk

membuatnya kerana semua aktiviti adalah saling berkaitan antara satu sama lain.