30
Bahagian A [60 markah] Arahan: Jawab semua soalan di bawah. Markah bagi setiap soalan berdasarkan markah yang terdapat dalam tanda [ ]. 1 (a) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan imbuhan yang telah ditandakan dengan huruf condong. Betulkan kesalahan tersebut pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Para pelancong yang kunjung ke negara ini dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. _____________________________________________________________________ ii. Pihak berkuasa telah berjaya mengesan tempat sembunyi pendatang tanpa izin yang wujud di negara kita. _____________________________________________________________________ iii. Setelah mendapat berita yang gembirakan itu, Lina terus menelefon ibunya. _____________________________________________________________________ iv. Encik Ahmad teruskan tugas hariannya sebagai anggota polis trafik seperti biasa walaupun hujan turun dengan lebat. _____________________________________________________________________ v. Banyak pokok hiasan ditanam di tepi jalan raya untuk tingkatkan kualiti alam sekitar. _____________________________________________________________________ [5 markah]

2014 f1 mei

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 2014 f1 mei

Bahagian A

[60 markah]

Arahan: Jawab semua soalan di bawah. Markah bagi setiap soalan berdasarkan markah

yang terdapat dalam tanda [ ].

1 (a) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan imbuhan yang

telah ditandakan dengan huruf condong. Betulkan kesalahan tersebut pada ruang

yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Para pelancong yang kunjung ke negara ini dikehendaki menjalani pemeriksaan

kesihatan terlebih dahulu.

_____________________________________________________________________

ii. Pihak berkuasa telah berjaya mengesan tempat sembunyi pendatang tanpa izin yang

wujud di negara kita.

_____________________________________________________________________

iii. Setelah mendapat berita yang gembirakan itu, Lina terus menelefon ibunya.

_____________________________________________________________________

iv. Encik Ahmad teruskan tugas hariannya sebagai anggota polis trafik seperti biasa

walaupun hujan turun dengan lebat.

_____________________________________________________________________

v. Banyak pokok hiasan ditanam di tepi jalan raya untuk tingkatkan kualiti alam sekitar.

_____________________________________________________________________

[5 markah]

Page 2: 2014 f1 mei

1 (b) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan

tersebut pada ruang yang disediakan. Bagi setiap ayat anda tidak boleh

menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu

semula.

i. Semangat kejiranan jika dipupuk dapat mengeratkan kerja sama antara jiran.

_____________________________________________________________________

ii. Aktiviti ko-kurikulum di peringkat sekolah dilaksanakan secara terancang untuk

melahirkan pelajar yang aktif.

_____________________________________________________________________

iii. Pelbagai usaha wajar dilipat gandakan untuk menangani jenayah yang kian meningkat.

_____________________________________________________________________

iv. Program Latihan Khidmat Negara mendapat sambutan yang menggalakkan daripada

seluruh masyarakat terutama ibubapa peserta.

_____________________________________________________________________

[4 markah]

Page 3: 2014 f1 mei

1 (c) Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

i. Encik Ishak hendak ke pejabatnya atau pulang ke rumah?

a. __________________________________________________________________

b. __________________________________________________________________

ii. Aryan sedang membaca buku manakala Imran sedang membuat latihan matematik di

rumahnya.

a. __________________________________________________________________

b. __________________________________________________________________

iii. Halimah dan Azizi telah diberi pujian oleh gurunya.

a. __________________________________________________________________

b. __________________________________________________________________

iv. Walaupun Zaiton berasal daripada keluarga berada, tetapi dia tidak sombong.

a. __________________________________________________________________

b. __________________________________________________________________

v. Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.

a. __________________________________________________________________

b. __________________________________________________________________

[10 markah]

Page 4: 2014 f1 mei

1 (c) Nyatakan pola ayat di bawah ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama

(FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif

(FN+FA), Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FSN).

1. Landskap di kawasan itu sangat cantik.

____________________________________________________________________

2. Guru sedang menyemak buku latihan pelajar.

____________________________________________________________________

3. Hadiah yang diterima pasangan pengantin itu adalah daripda saya.

____________________________________________________________________

4. Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia.

____________________________________________________________________

5. Pak Mail mengusahakan kebun.

____________________________________________________________________

[5 markah]

Page 5: 2014 f1 mei

1 (d) Berdasarkan gambar dan perkataan di bawah berikan tiga peribahasa yang berikan.

[6 markah]

i. _____________________________________________________________________

ii. _____________________________________________________________________

iii. _____________________________________________________________________

api

Page 6: 2014 f1 mei

Latihan Ekstra

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan imbuhan yang telah

ditandakan dengan huruf condong. Betulkan kesalahan tersebut pada ruang yang disediakan.

Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Penunggang motosikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilaku

oleh polis trafik.

2. Melalui e-mel yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga tidak

bimbang akan keselamatannya.

3. Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengah hari selama satu jam

setengah.

4. Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi digunakan untuk meningkatkan mutu

pendidikan dan memastikan pelajar mengikuti pengajaran dan pelajaran dengan lebih

berkesan.

5. Majlis Makan Malam Amal ini dirancang oleh pihak sekolah bagi mengumpul dana

untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah kewangan.

6. Selain kewujudan peluang pekerjaan, program inap desa diharapkan dapat menarik

kedatangan pelancong asing ke negara kita.

7. Selepas bidang teknologi maklumat dan komunikasi, Malaysia kini pemberi fokus pada

bioteknologi.

8. Ketika berada di pusat membeli-belah, ibu bapa hendaklah mengingatkan anak-anak

supaya tidak bermain di kawasan eskalator.

9. Walaupun dunia telah mengalami arus globalisasi, namun ada sesetengah golongan yang

memandang rendah terhadap mementingkan bahasa Inggeris.

Page 7: 2014 f1 mei

Latihan Ekstra:

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan tersebut

pada ruang yang disediakan. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih

daripada satu kesalahan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Qiasara yang sentiasa ingin mengikuti perkembangan fesyen semasa telah mengambil

keputusan untuk mengubahkan fesyen rambutnya daripada lurus kepada kerinting.

2. Satu jawatan kuasa telah dibentuk untuk menangani permasalahan sosial yang semakin

meruncing di kampung ini.

3. Mereka telah melakarkan plan ke rumah pengantin untuk diterakan pada kad jemputan

tersebut.

4. Konsep e-dagang lebih tertumpu pada perdagangan yang menggunakan infrastraktur

teknologi maklumat dan komunikasi sebagai wahana interaksi dan transaksi.

5. Kerajaan sedang giat memperindah kawasan alam sekitar agar dapat menarik pelancung

sama ada dari dalam mahupun luar negara.

6. Dalam kontek pengurusan, seorang ketua yang baik berupaya memaksimumkan semua

input yang terdapat dalam organisasi.

7. Kedudukkan politik dan ekonomi negara merupakan elemen penting dalam usaha untuk

memantapkan sektor pelancongan negara.

8. Penambah kepada alternatif sedia ada, ibu-bapa turut menggembleng tenaga memberi

pendidikan secukupnya kepada anak-anak bagi membendung masalah itu dari akar umbi.

9. Dalam menungkah arus globalisasi, manusia berlumba-lumba mengejar kemewahan

dunia yang tiada sempadan.

2011 spm

Page 8: 2014 f1 mei

Latihan Ekstra

Nyatakan pola ayat di bawah ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama

(FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA),

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FSN).

1. Dia masih tidur. [ ]

2. Bas itu dari Seremban. [ ]

3. Kucing itu kurus kering. [ ]

4. Rakannya gadis Filipina. [ ]

5. Puan Ramziah guru di sekolah itu. [ ]

6. Merokok membahayakan kesihatan. [ ]

Page 9: 2014 f1 mei

Latihan Ekstra:

1 (d) Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis tiga

peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

i. _____________________________________________________________________

ii. _____________________________________________________________________

iii. _____________________________________________________________________

Page 10: 2014 f1 mei

BENGKEL BM SUPER TARGET SKOR A+

KESALAHAN EJAAN PT3

KESALAHAN EJAAN PEMBETULAN

1. berbillion-billion berbilion-bilion

2. dasyat dahsyat

3. sampah-sarap sampah sarap

4. profession profesion

5. apartment apartmen

6. walaubagaimanapun walau bagaimanapun

7. bersopan-santun bersopan santun

8. terngadah tengadah

9. anti kerajaan antikerajaan

10. mengembleng menggembleng

11. Pengawai polis pegawai polis

12. Disamping itu Di samping itu

13. dairi diari

14. khursus kursus

15. motorbot motobot

16. urusetia urus setia

17. Tsunami tsunami

18. pertempatan petempatan

19. berjogging berjoging

20. pengganguran pengangguran

Page 11: 2014 f1 mei

BENGKEL BM TI SKOR A+ Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) Ms. Jenny

RANGKAP MAKSUD Pergi ke belukar memasang pikat,

Pulangnya lewat di hujung petang;

Jikalau sentiasa berjimat cermat,

Rezeki secupak terasa segantang.

Berbelanja secara berhemah seolah-olah

mendapat rezeki yang melimpah-ruah.

Indah nian pemandangan dunia,

Dari timur hingga selamat;

Sikap berjimat amalan mulia,

Orang boros sahabat syaitan.

Berjimat cermat merupakan amalan yang tepuji

manakala membazir pula merupakan perbuatan

yang keji.

Masak meranum buah ara,

Jatuh sebiji di atas papan;

Jika berjimat setiap perkara,

Pasti terjamin masa hadapan.

Orang yang berjimat cermat pasti akan hidup

senang.

Sungguh pahit buah peria,

Dimakan juga dibuat sayuran;

Membesar belanja sikap sesia,

Hanya menambah beban kewangan.

Orang yang boros akan menanggung hutang yang

banyak.

Singgah berehat di Kota Lama,

Kuih dijamah air dihirup;

Berjimat cermat suruhan agama,

Jika diamal sejahteralah hidup.

Berjimat cermat merupakan tuntutan agama.Oleh

itu, orang yang berjimat cermat pasti akan hidup

bahagia.

Inderagiri pasirnya lumat,

Tempat berkelah putera raja;

Baik sedikit tetapi berjimat,

Daripada banyak membazir sahaja.

Memiliki harta yang sedikit tetapi berjimat

cermat adalah lebih baik daripada memiliki harta

banyak tetapi boros.

Turun ke ladang memetik kacang,

Hendak dibuat masak lemak;

Segala urusan jika terancang,

Sikap membazir pasti terelak.

Orang yang membuat perancangan sebelum

melakukan sesuatu pekerjaan pastu tidak akan

menanggung kerugian.

Page 12: 2014 f1 mei

BENGKEL BM TI SKOR A+ Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) Ms. Jenny

ITEM PENYATAAN HURAIAN

Tema Kepentingan amalan berjimat

cermat. Amalan ini memberi

pelbagai faedah.

Antara nasihat yang diberikan oleh

pemantun ialah kelebihan amalan

berjimat cermat dan keburukan

berbelanja dengan boros.

Persoalan Amalan berjimat cermat

menambahkan rezeki

Keburukan sikap boros

Kepentingan merancang

perbelanjaan

Berjimat memberi kebaikan dan

mengelakkan kita daripada bersikap

boros.

Berbelanja besar adalah sikap yang tidak

berfaedah. Sikap ini hanya akan

menambahkan beban kewangan.

Kebijaksanaan dalam merancang

perbelanjaan akan mengelakkan

pembaziran .

Gaya Bahasa Inversi

Imej alam

Metafora

Masak meranum buah ara, segala urusan

jika terancang

Belukar, pasir, sayur, kacang

Rezeki secupak terasa segantang

Bentuk

luaran

Rangkap

Bilangan baris

Bilangan patah perkataan

Bilangan suku kata

Rima akhir

7 rangkap

4 baris serangkap

3-5 patah perkataan

8-12 suku kata

abab

Unsur bunyi Asonansi ( pengulangan huruf

vokal)

Aliterasi

Rezeki secupak terasa segantang dalam

baris sajak di atas, vokal “e” diulang

sebanyak 5 kali

Baik sedikit tetapi berjimat dalam baris

sajak di atas, konsonan “t” diulang

sebanyak 4 kali

Page 13: 2014 f1 mei

BENGKEL BM TI SKOR A+ Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) Ms. Jenny Nilai Berjimat cermat

Kesederhanaan

Kebijaksanaan

Ketaatan

Berjimat memberi kebaikan dan

mengelakkan kita daripada bersikap

boros.

Bersederhana ketika berbelanja akan

memberi keuntungan.

Kebijaksanaan dalam merancang

perbelanjaan akan mengelakkan

pembaziran.

Ketaatan terhadap suruhan agama akan

menjamin kesejahteraan hidup.

Pengajaran Kita perlu berjimat cermat agar

dapat elakkan sikap boros dan

pembaziran.

2.

3. Kita perlu merancang

perbelanjaan.

4.

Kita harus tidak boros berbelanja

agar tidak menanggung bebanan

hutang.

Berjimat memberi kebaikan dan

mengelakkan kita daripada bersikap

boros.

Kebijaksanaan dalam merancang

perbelanjaan akan mengelakkan

pembaziran .

Berbelanja besar adalah sikap yang tidak

berfaedah. Sikap ini hanya akan

menambahkan beban kewangan.

Page 14: 2014 f1 mei

BENGKEL BM TI SKOR A+ Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) Ms. Jenny 1. Apakah maksud baris akhir pada rangkap pertama pantun di atas?

A. Rezeki sedikit tetap tidak berkurang.

B. Rezeki sedikit masih mampu diagih-agihkan.

C. Rezeki sedikit akan terasa banyak.

D. Rezeki sedikit rasa tak mencukupi.

2. Peribahasa yang dikaitkan dengan amalan berjimat cermat ialah

A. Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang.

B. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

C. Rumah sudah pahat berbunyi.

D. Cuba paha kiri, paha kanan terasa juga.

3. Yang manakah antara yang berikut imej alam?

A. Papan

B. Kuih

C. Pikat

D. Peria

4. Pilih jeda yang sesuai bagi baris-baris pantun yang berikut.

A. Masak/ meranum buah ara

B. Jatuh sebiji di/ atas papan

C. Singgah sebentar/ di Kota Lama

D. Inderagiri pasirnya/ lumat

5. Semua yang berikut adalah pengajaran yang terdapat dalam Pantun Empat Kerat (Berjimat

Cermat), kecuali..

A. Kita haruslah bijak memilih barang yang berkualiti sahaja.

B. Janganlah suka membazir kerana sikap itu amalan syaitan.

C. Amalkanlah sikap berjimat cermat dalam kehidupan.

D. Berjimat cermat dapat menjamin masa depan yang lebih baik.

Page 15: 2014 f1 mei

BENGKEL BM TI SKOR A+ Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) Ms. Jenny

1. Berdasarkan pantus di atas, jelaskan maksud rangkap ketiga yang ingin disampaikan oleh

pemantun.

2. Apakah kebaikan yang akan diperoleh sekiranya berjimat dalam setiap perkara?

3. Jelaskan gaya bahasa yang telah digunakan oleh pemantun dalam rangkap pertama.

4. Nyatakan bentuk pantun ini.

5. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang akan kita peroleh daripada amalan berjimat

cermat?

Page 16: 2014 f1 mei

BENGKEL BM TI SKOR A+ Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) Ms. Jenny

Page 17: 2014 f1 mei

BENGKEL BM T1 SKOR A+ Drama Surat Untuk Ina Ms. Jenny

Drama: Surat Untuk Ina

Sipnosis:

Badar dan Jais cuba mengorek rahsia Zali yang meminati seorang pengawas yang

bernama Zalina. Zali tidak mengiyakan atau menidakkan perkara itu sebaliknya dia hanya

tersenyum. Badar dan Jais mencadangkan supaya Zali menulis surat kepada Zalina. Zali

bimbang kalau-kalau Zalina akan mengadukan perkara itu kepada Cikgu Halil, guru disiplin

di sekolah mereka. Badar dan Jais meminta Zali menulis surat tanpa nama pengirim dan

menyatakan niatnya yang ingin berkenalan serta bersahabat dengan Zalina. Akhirnya surat

itu siap ditulis oleh Zali dan diletakkan di dalam meja Zalina.

Zalina membawa surat yang ditulis oleh Zali untuk ditunjukkan kepada Cikgu Halil.

Jais bimbang rahsia Zali terbongkar. Zali agak yakin Cikgu Halil tidak akan tahu. Namun

begitu, apabila Jais menyebut tentang tulisan Zali, Zali mulai bimbang. Badar Zalina tidak

mungkin berani melaporkan perkara itu kepada Cikgu Halilnkerana nanti dia juga yang akan

malu. Ternyata andaian Badar itu meleset. Cikgu Halil masuk ke kelas dan menyuruh semua

pelajar mengeluarkan buku latihan masing-masing. Cikgu Halil meneliti tulisan dalam buku

para pelajar. Beliau meneliti tulisan dalam buku Zali agak lama. Cikgu Halil meminta Zali

menulis nama dan alamatnya di papan hitam. Terbuktilah bahawa tulisan dalam surat itu

meyerupai tulisan Zali. Beliau meminta Zali mengakui kesalahannya.

Cikgu Halil memutuskan hukuman yang akan dikenakan terhadap Zali bergantung

kepada keputusan Zalina. Zali meminta maaf kepada Zalina. Zalina memaafkan Zali dan

menasihati Zali supaya tidak mengulang perbuatannya. Badar dan Jais berasa gembira.

Page 18: 2014 f1 mei

BENGKEL BM T1 SKOR A+ Drama Surat Untuk Ina Ms. Jenny

ITEM PENYATAAN HURAIAN

Tema Kenakalan pelajar lelaki yang

sedang meningkat remaja

yang melanggar peraturan

sekolah.

Zali tertarik kepada Zalina, seorang

pengawas di sekolahnya. Zalina gadis yang

cantik, bijak, dan bersopan santun. Oleh

sebab itu, Zali ingin berkenalan dan

bersahabat dengan Zalina. Zali telah menulis

surat untuk meluahkan cintanya kepada

Zalina.

Persoalan Perasaan tertarik kepada

individu yang berlainan

jantina.

Peranan guru dalam

menyelesaikan masalah yang

timbul.

Pengaruh rakan sebaya yang

kuat terhadap remaja.

Contohnya, Zali tertarik kepada Zalina,

seorang pengawas di sekolahnya. Zalina

gadis yang cantik, bijak, dan bersopan

santun. Oleh sebab itu, Zali ingin berkenalan

dan bersahabat dengan Zalina.

Contohnya, Cikgu Halil memeriksa tulisan

dalam buku latihan murid-murid di kelas

Zalina untuk mengesan penulis surat itu.

Akhirnya, Cikgu Zali mendapati tulisan

dalam surat itu menyerupai tulisan Zali.

Beliau memutuskan bahawa hukuman yang

akan dikenakan terhadap Zali bergantung

pada keputusan Zalina.

Contohnya, Jais dan Badar dapat

mempengaruhi Zali supaya menulis surat

kepada Zalina. Walaupun pada mulanya dia

bimbang Zalina akan mengadukan perkara

itu kepada Cikgu Halil, namun setelah

dipujuk oleh rakan-rakannya, Zali

memberanikan diri menulis surat itu dan

menghantarnya kepada Zalina.

Page 19: 2014 f1 mei

BENGKEL BM T1 SKOR A+ Drama Surat Untuk Ina Ms. Jenny Watak dan

perwatakan

Zali

rakan Badar dan Jais Meminati Zalina, mudah terpengaruh oleh

kata-kata Badar dan Jais,pelajar yang baik

dan bijak,berani mengakui kesalahannya,

sanggup meminta maaf atas kesalahan yang

dilakukannya.

Badar rakan Zali dan Jais Nakal dan suka mengusik orang, tahu

bahawa Zali meminati Zalina, pandai

mempengaruhi Zali.

Jais rakan Zali dan Badar Nakal dan suka mengusik orang, tahu

bahawa Zali meminati Zalina, pandai

mempengaruhi Zali.

Zalina pengawas sekolah dan

berambut panjang

Seorang yang bijak,cantik dan bersopan,

tegas, rajin, pemaaf. Diminati oleh seorang

pelajar lelaki yang bernama Zali.

Cikgu Halil tidak terburu-buru dalam

membuat keputusan,

bijak,tegas, berfikiran terbuka.

Guru yang tegas dan bersikap adil dalam

melaksanakan tugasnya dan bijak dalam

menyelesaikan masalah yang timbul antara

Zali dan Zalina.

Fatimah kawan baik Zalina Fatimah merupakan seorang pustakawan

sekolah.

Latar masa waktu pagi waktu persekolahan

Latar

tempat

di bawah pokok di satu kawasan lapang, di dalam kelas

Latar

masyarakat

Masyarakat remaja yang

tertarik kepada pelajar yang

berlainan jantina.

Contohnya, Zali tertarik kepada Zalina,

seorang pengawas di sekolahnya. Zalina

gadis yang cantik, bijak, dan bersopan

santun. Oleh sebab itu, Zali ingin berkenalan

dan bersahabat dengan Zalina.

Page 20: 2014 f1 mei

BENGKEL BM T1 SKOR A+ Drama Surat Untuk Ina Ms. Jenny

Masyarakat pelajar yang

berani.

Masyarakat guru yang bijak

menyelesaikan masalah yang

timbul.

Zalina berani memarahi Badar dan Jais yang

mengusiknya. Zalina berani juga

menunjukkan surat yang diterimanya itu

kepada Cikgu Halil.

Cikgu Halil memeriksa tulisan murid-murid

di kelas Zalina untuk mengesan penulis surat

tanpa nama pengirim itu.

Gaya

Bahasa

Peribahasa

Bahasa Inggeris

Sinkope

Similie

Repitisi

Anafora

Sudahlah! Janganlah masuk bakul, angkat

sendiri.

member, relax

Li, kau ingat tak apa yang kautanyakan aku

semalam!

Otak macam komputer dan gadis yang cantik

macam bidadari.

Apabila dia masuk ke kelas, dia akan buka

dan membacanya.

Aku boleh belajar dan mengulang kaji

pelajaran bersama-samanya. Aku belajar

pun, akan bertambah semangat.

Nilai Kebijaksanaan

Keberanian

Tegas

Cikgu Halil bijak menyelesaikan masalah

yang timbul berkenaan dengan kes surat

yang diterima oleh Zalina itu.

Zalina berani memarahi Badar dan Jais yang

mengusiknya. Selain itu, Zalina berani juga

menunjukkan surat yang diterimanya itu

kepada Cikgu Halil.

Cikgu Halil tegas mendesak Zali mengakui

perbuatannya.

Page 21: 2014 f1 mei

BENGKEL BM T1 SKOR A+ Drama Surat Untuk Ina Ms. Jenny

Baik hati Zalina sanggup memaafkan kesalahan Zali.

Pengajaran Janganlah bertindak terburu-

buru.

Kita hendaklah bijak

menyelesaikan masalah yang

timbul.

Janganlah melanggar

peraturan sekolah.

Kita hendaklah memanfaatkan

kesalahan orang lain.

Cikgu Halil menyiasat perkara itu terlebih

dahulu sebelum mengambil sebarang

tindakan apabila Zalina mengadu tentang

surat itu.

Cikgu Halil memeriksa tulisan murid-murid

di kelas Zalina untuk mengesan penulis surat

tanpa nama pengirim itu.

Tindakan Zali yang menulis surat kepada

Zalina melanggar peraturan sekolah. Sebagai

akibatnya, Zali telah dimarahi Cikgu Halil.

Zalina memaafkan Zali yang telah menulis

surat kepadanya.

Page 22: 2014 f1 mei

BENGKEL BM T1 SKOR A+ Drama Surat Untuk Ina Ms. Jenny

Page 23: 2014 f1 mei

BENGKEL BM T1 SKOR A+ Drama Surat Untuk Ina Ms. Jenny Latihan

Jais: (Mengusik) Sudah ingat..?

Zali: (Mengangguk-angguk) Okey. Aku ingat.

Badar: Baguslah, kalau kau sudah ingat. Bagaimana?

Zali: Bagaimana apa pula kau ini?

Jais: Yalah. Tentang kau hendak berkenalan dengannya.

Zali: (Lemah) Aku malulah, Jais.

Badar: (Mengusik) Kau tidak ada hidung ke?

Zali: Bukan tidak ada hidung. Kau bukan tidak tahu dia tu pengawas. Tersilap

langkah, nama aku akan sampai kepada guru disiplin. Cikgu Halil tu, tegas

orangnya.

Jais: Itu perkara kecil, Zali. Mula-mula kau tulis sepucuk surat tanpa nama. Kau tulis

kau ingin berkenalan dan bersahabat dengannya.

Badar: (Menyampuk) Kau cakaplah bahawa kau ingin berbincang tentang pelajaran.

Katakan bahawa niat kau suci. Tidak lebih dari sahabat.

Zali: Kalau aku tak tulis nama, macam mana aku hendak kenal dia. Dan bagaimana

pula dia hendak mengenali aku?

Badar: Tadi kau kata takut dilaporkan kepada Cikgu Halil.

Zali: Memang betul. Aku memang takut Cikgu Halil. Tapi, aku hendak berkawan

baik dengan pengawas itu.

Jais: Surat yang kau tulis itu,kita letakkan dalam mejanya. Apabila dia masuk ke

kelas, dia akan buka dan membacanya. Selepas beberapa hari, kita lihat sahaja

reaksinya. Kalau dia diam dan idak hebohkan kepada rakan-rakannya, bermakna

dia setuju.

Zali: (Mencelah) Kalau dia ceritakan kepada rakan-rakannya, macam mana?

Aniayalah aku!

Badar: (Menepuk bahu Zali) Kita atur rancangan lain pula!

Page 24: 2014 f1 mei

BENGKEL BM T1 SKOR A+ Drama Surat Untuk Ina Ms. Jenny Latihan

Baguslah kau sudah ingat. Bagaimana?

1. Siapakah yang menuturkan dialog di atas?

A. Zali

B. Badar

C. Jais

D. Cikgu Halil

2. Jais mencadangkan supaya

A. Zali meminta bantuan Cikgu Halil untuk mendekati Zalina.

B. Zali memberitahu Zalina bahawa dia ingin menjadi pengawas sama seperti Zalina.

C. Zalina menulis sepucuk surat kepada Zalina untuk menyatakan hasratnya yang ingin

berkenalan dan bersahabat dengan Zalina.

D. Zali mengajak Zalina mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan mereka.

3. Kau bukan tidak tahu dia tu pengawas.

Apakah unsur keindahan bahasa terdapat pada kedua-dua kata yang berbaris dalam ayat di

atas?

A. Simile

B. Personifikasi

C. Metafora

D. Sinkope

4. Yang berikut merupakan nilai yang terdapat dalam Drama Surat Untuk Ina, kecuali

A. Bijak

B. Berani

C. Mengenang budi

D. Baik hati

5. Drama Surat Untuk Ina berakhir dengan peristiwa…

A. Zali bertengkar dengan Jais dan Badar yang membocorkan rahsianya kepada Cikgu

Halil.

B. Fatimah memarahi Zali yang mengganggu kawan baiknya, Zalina.

C. Cikgu Halil memaksa Zali supaya mengakui perbuatannya di hadapan Pengetua.

D. Zali meminta maaf kepada Zalina atas kesalahannya menulis surat itu. Zalina

memaafkan Zali. Badar dan Jais berasa gembira.

Page 25: 2014 f1 mei

BENGKEL BM T1 SKOR A+ Drama Surat Untuk Ina Ms. Jenny

1. Apakah sebab yang digunakan oleh Jais kepada Zali semasa menulis surat kepada

pengawas sekolah yang diminati oleh Zali?

2. Kalau aku tak tulis nama ! Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam ayat ini?

3. Mengapakah Zalina mengutus surat kepada Zalina?

4. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan yang dilakukan oleh Zali untuk menulis surat

kepada Zalina untuk meluahkan perasaan cintanya?

Page 26: 2014 f1 mei

BENGKEL BM T1 SKOR A+ Drama Surat Untuk Ina Ms. Jenny

Page 27: 2014 f1 mei

BENGKEL BM SUPER TARGET SKOR A+

EJAAN TINGKATAN 1

练功房:

1. Aspirasi 抱负/愿望

2. Ilustrasi 插图

3. Acap kali 经常

4. Seantero dunia 全世界

5. Global 全球

6. Masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri 左耳进,右耳出

7. Akar umbi 根底

8. Risiko 风险

9. Fobia-takut 害怕

10. Nasi menjadi bubur 太迟了

Page 28: 2014 f1 mei

BENGKEL BM SUPER TARGET SKOR A+

EJAAN TINGKATAN 1

练功房:

11. Malang tidak berbau 意外是没有预兆的

12. Mencari jalan 想办法

13. duri dalam daging 肉中刺

14. cendawan tumbuh selepas hujan 雨后春笋

15. bapa borek anak rintik 有其父必有其子

16. ketandusan 缺乏

17. sanubari 心灵

18. disisihkan 被忽略

19. meranapkan 破坏

20. khazanah 宝藏

Page 29: 2014 f1 mei

BENGKEL BM SUPER TARGET SKOR A+

EJAAN TINGKATAN 1

练功房:

21. membendung 解决

22. serampang dua mata 一举两得

23. menyarankan 建议

24. terpikul 承受

25. kebejatan 腐败

26. tersohor 出名

27. dicanangkan 被宣扬

28. Signifikan 重要

29. Berkaliber 有能力

30. dipandang remeh 被看低

Page 30: 2014 f1 mei

BENGKEL BM SUPER TARGET SKOR A+

EJAAN TINGKATAN 1

练功房:

31. drastik 激烈

32. individualistik 自私

33. musibah 灾难

34. Diam ubi berisi, diam besi berkarat 虽然很文静但是很有自己的想法和有很

多知识的人

35. Seperti hujan jatuh ke pasir 任何的好意都是白费心机

36. Tidur-tidur ayam 睡得不安宁

37. Buah fikiran 意见

38. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni 有福同享,有难同当

39. Lapang dada 开心和放心

40. Kacang lupakan kulit 忘恩负义