21
1 PENGURUSAN ALAM SEKITAR CARA PERUNDANGAN : AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 Satu akta yang digubal untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling Penggubalan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 memperuntukan penubuhan sebuah badan untuk mengurus dan menjaga alam sekitar. Badan ini ditubuhkan dengan nama Bahagian Alam Sekitar. Dikenali dengan Jabatan Alam Sekitar selepas 10 tahun kemudian dan berfungsi sebagai jabatan yang menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan alam

20140517130514kuliah 12-Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

  • Upload
    aqembun

  • View
    300

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kuliah12

Citation preview

  • PENGURUSAN ALAM SEKITAR CARA PERUNDANGAN : AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974Satu akta yang digubal untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling

    Penggubalan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 memperuntukan penubuhan sebuah badan untuk mengurus dan menjaga alam sekitar. Badan ini ditubuhkan dengan nama Bahagian Alam Sekitar.

    Dikenali dengan Jabatan Alam Sekitar selepas 10 tahun kemudian dan berfungsi sebagai jabatan yang menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan alam sekitar.

  • SambunganWawasan memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat masa kini dan akan datang

    Fungsi + aktiviti memelihara dan mengawal alam sekitar berpandukan kepada AKAS, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta sebahagian daripada Akta ZEE, 1984

  • SambunganPerundangan sebelum 1974 skop terhad dan terbatas untuk tangani masalah as

    Umumnya digubal utk untuk sesuatu perkara seperti enakmen air, enakmen perlombongan, akta jalan, parit dan bangunan

    Sebahagian besar perundangan sukar dikuatkuasakan kerana kurangnya garis panduan, rujukan atau standard utk digunakan

    Pengasingan hak undang-undang dan t/jwb antara kerajaan negeri dan persekutuan menyulitkan

  • SambunganDalam AKAS, 1974 ada 6 bahagian

    * Permulaan* Pentadbiran* Lesen* Langkah dan kawalan mengenai pencemaran* Rayuan dan lembaga rayuan* Pelbagai

    Ada 51 seksyen kesemuanya digubal sebagai perundangan yang komprehensif koordinasikan kesemua aktiviti berkaitan pengawalan alam sekitar di seluruh negara

  • SambunganSeksyen 3 (1) perlantikan ketua pengarah untuk melaksanakan akta dan koordinasikan semua aktiviti berkaitan dengan pencemaran alam sekitar, mengawal pencemaran dan memulihkan kualiti alam sekitar.

    Terdapat 15 tugas yang perlu dilakukan yang ada kaitan dengan pengurusan alam sekitar mentadbir, mengawal, menjalankan penyiasatan, memberi maklumat, membuat laporan dsb

    Seksyen 5 penubuhan Majlis Kualiti Alam Sekeliling menasihatkan menteri mengenai perkara yang berhubung dengan akta ahli spt pengerusi yang dilantik oleh menteri dan ketua setiausaha kementerian e.g Kem. Pertanian, Kem. Pengangkutan, Kem. Kesihatan dsb.

  • SambunganSeksyen 22 sekatan mengenai pencemaran udara melanggar seksyen boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 10 ribu atau penjara tidak lebih daripada dua tahun denda tambahan tidak lebih drp 1000 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan.

    Seksyen 23 sekatan mengenai pencemaran bunyi bising denda tidak melebihi RM 5 ribu atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali

    Seksyen 24 sekatan mengenai pencemaran tanah-tanih dianggap mencemar bila meletakkan apa-apa benda dalam btk cecair, pepejal dan gas di dalam atau atas tanah, melonggokkan sampah ganggu manusia atau ganggu air bawah tanah + beri kesan mudarat

    Denda tidak lebih RM 10 ribu atau penjara tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih RM 1 ribu untuk denda tambahan setiap hari

  • SambunganSeksyen 25 sekatan mengenai pencemaran perairan daratan

    Seksyen 27 melepaskan minyak ke dalam perairan Malaysia dilarang

    Seksyen 29 melepaskan buangan ke dalam perairan Malaysia dilarang

    Seksyen 31 ketua pengarah boleh menentukan jenis alat, pemasangan, pengendalian serta kelengkapan kawalan bagi sesuatu premis

    Seksyen 33 - ketua pengarah boleh menghadkan pelepasan, memberhentikan pengeluaran daripada sesuatu premis sekiranya pelepasan kumulatif membahayakan

  • SambunganSeksyen 34(A) AKAS 1974 (Pindaan), 1985 + dikuatkuasakan pada 9 Januari 1986 laporan mengenai kesan kepada alam sekeliling akibat aktiviti yang telah ditetapkan

    19 aktiviti yang telah ditetapkan seperti dalam Jadual

    Laporan perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling untuk diteliti, disiasat dan sama ada untuk diluluskan atau ditolak permohonan bagi aktiviti tersebut

  • SambunganPertanianLapangan TerbangSaliran dan PengairanTebusguna TanahPerikananPerhutananPerumahanIndustriInfrastrukturPelabuhanPerlombonganPetroleumPenjanaan dan Pemancaran KuasaKuariKeretapiPengangkutanPemajuan Rekreasi dan PeranginanPengolahan dan Pelupusan BuanganBekalan Air

  • SambunganSeksyen 37 meminta pihak premis memberi maklumat terperinci mengenai pengendalian serta pelepasan yang dimonitorkan oleh premis itu sendiri

    Seksyen 51 Peraturan-peraturan iaitu dalam perkara 1 membenarkan menteri yang bertanggungjawab setelah mengadakan perbincangan dengan MKAS buat peraturan mengenai pelbagai perkara berkaitan dengan perlindungan alam sekitar

    Seksyen ini membenarkan untuk dikemukakan standard atau menyekat akta lain atau memerlukan sesuatu perkara untuk dilakukan melalui perundangan wakilan

  • PERUNDANGAN WAKILANBagi AKAS, 1974 ia tidak boleh berfungsi atau dikuatkuasakan tanpa pewujudan perundangan perwakilan atau dipanggil peraturan-peraturan yang digubal dari AKAS 1974.

    Telah digunakan dengan agak berkesan dalam rangka strategi jangka pendek JAS sebagai kaedah statut dalam pengawalan kualiti alam sekitar

    Terdapat banyak perundangan perwakilan yang digubal dari JAS yang dipanggil dengan nama seperti perlesenan, premis yang ditetapkan, rawatan bahan buangan yang terjadual dan sebagainya.

  • SambunganTidak kurang daripada 24 buah peraturan atau perintah yang digubal di bawah AKAS, 1974 untuk membantu menguatkuasa dan melindungi alam sekitar (1974 2000)

    Arahan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah), 1977

    Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pelesenan), P.U. (A) 198, 1977

    Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Pelepasan Asap & Gas), P.U. (A) 414, 1977

  • sambunganArahan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang ditetapkan) (Getah Asli Mentah), 1978

    Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) P.U. (A) 280, 1978

    Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan) (Pindaan), P.U. (A) 43, 1979

    Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang ditetapkan) (Getah Asli Mentah), P.U. (A), 338, 1979

    Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah), P.U.(A) 342, 1979

  • sambunganPeraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen Perindustrian) P.U. (A) 12, 1979

    Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kepekatan Plumbum Dalam Gasolin Motor), P.U. (A) 296, 1985

    Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Kenderaan Bermotor), P.U. (A) 244, 1987

    Arahan Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekeliling), P.U. (A) 362, 1987

    Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), P.U. (A) 139, 1989

    Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang ditetapkan) ( Kemudahan Pengolahan & Pelupusan Buangan Terjadual) P.U (A) 140, 1989

  • sambunganPerintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling), 1987

    Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Kemudahan dan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual), 1989

    Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin), 1993

    Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Larangan Ke Atas Penggunaan Kloroflorokarbon dan Lain-Lain Gas Sebagai Propelan dan Agen Pengembang), 1993

    Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin), 1994

  • sambunganTerdapat undang-undang kecil yang digubal di bawah AKAS 1974 bersama-sama Ordinan Lalu Lintas Jalan Raya, 1958 iaitu* Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Pelepasan Asap dan Gas), P.U. (A) 414, 1977* Peraturan Kenderaan Bemotor (Mengkompaun Kesalahan) (Pindaan), P.U. (A) 43, 1979

    Tindakan undang-undang yang boleh diambil sekiranya didapati melakukan pencemaran alam sekitar dan menjejaskan atau mengancam kesihatan manusia seperti notis, kompaun, tindakan mahkamah dan perintah larangan.

  • SambunganPencemaran udara dirangkumi oleh Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978, Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kepekatan Plumbum dan Gasolin Motor) 1985 dan Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977.

    Peraturan untuk kawal pencemaran udara dari punca bergerak dan tidak bergerak

    Peraturan mengenai udara bersih mengandungi syarat yang melarang dan mengawal pelepasan beberapa jenis pencemar udara melalui pengwujudan standard serta rujukan khas kepada ketua pengarah kualiti alam sekeliling

  • POLISI DAN DASAR ALAM SEKITARTerdapat dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun Negara.

    Dasar pemeliharaan alam sekitar buat kali pertama dibentuk dalam RM 3 dan tidak disentuh dalam RM sebelumnya.

    Faktor-faktor yang diambil kira dalam dasar iniPertambahan penduduk & kesan kepada alam sekitarPengekalan mutu alam sekitar & keupayaan pengeluaran sumber tanahKekalkan alam sekitar bagi kehidupan manusia yang sihatKekalkan pusaka asli yang unik menyumbang kepada mutu kehidupanSaling kaitan antara faktor sosial, kebudayaan, ekonomi, alam hayat dan fizikal dalam menentukan ekologi manusia.

  • SambunganPenggubalan dasar berpunca dari kemerosotan mutu alam sekitar akibat dari aktiviti pembangunan tanah danpembuangan sisa industri.

    Dalam RM 5, penerusan polisi dilakukan dengan penekanan terhadap perlindungan alam sekitar, penerokaan berlebihandan elak pencemaran.

    Dalam RM 6, penekanan kepada isu di kawasan bandarseperti masalah pencemaran udara dan bunyi, pertambahankenderaan, pembentungan, kawasan pelupusan sampah,kegiatan ekonomi menyumbang kepada masalah bekalan air dan sebagainya.

  • SambunganRM 7, titik beratkan konsep pembangunan berterusan-hasil resolusi persidangan PBB di Rio de Janeiro pada tahun 1992.

    Objektif Dasar Negara Mengenai Alam SekitarAlam sekitar bersih, selamat, sihat generasi kini dan masa depanMemulihara sumber asli dan warisan kebudayaanGalak cara hidup serta penggunaan dan pengeluaran sejajar dengan prinsip pembangunan mapan.

    Terdapat polisi lain berkaitan dengan alam sekitar iaitu Dasar Perhutanan Negara dan Dasar Pertanian Negara.

  • SambunganDasar Perhutanan pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli,pengurusan perhutanan, tentukan sumber hutan berterusan,kurangkan pembaziran dan sebagainya.

    Dasar Pertanian pembukaan kawasan hutan untuk kawasanpertanian dikurangkan, penggunaan semula sisa pertanian bagitujuan perlindungan alam sekitar.