40
1 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF 1.0 Pendahuluan Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal (Lokman, 2009). Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris “Inclusive” yang memberikan maksud “merangumi”. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status. Manakala Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan- kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi

2015 inklusif

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Inklusif study

Citation preview

Page 1: 2015 inklusif

1 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0 Pendahuluan

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai

hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar

berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu

normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka

tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai

kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi

pencapaian pelajar yang normal (Lokman, 2009).

Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan

inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil daripada

perkataan inggeris “Inclusive” yang memberikan maksud “merangumi”. Menurut Naim, 1997 dalam buku

Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid

berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan

belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status.

Manakala Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran

yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar

biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan-kemudahan

diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak

individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid

kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam

kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006).

2. Sejarah Pendidikan Inklusif

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu “

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang

berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan

serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif

selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara” (Sabilah, 2006).

Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia di

Persidangan Dunia mengenai pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua mendapat

Page 2: 2015 inklusif

2 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang demikian Kementerian

Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu

kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan

menitik beratkan aspek-aspek berikut:

a) Intelek

b) Rohani

c) Jasmani

d) Emosi

e) Sosial

f) Bakat

g) Nilai-nilai moral

h) Estetika

(Mohd Najib, 2006)

3. Apa Itu Pendidikan Inklusif?

Pendidikan inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan Yang

sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran

bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994).

Abraham, morris and wald (1993):

“one in which children with and without disabilities learn and play together”.

Bowe (1995):

“an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are

placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities”.

3.1 Murid Berkeperluan Khas di Aliran Perdana

Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di Malaysia. Dalam

konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan

Page 3: 2015 inklusif

3 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Terdapat juga pelbagai kategori KBK dalam

setting inklusif. Namun begitu terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam aliran

perdana. Mereka ialah dalam kategori masalah :

i. fizikal (cacat anggota)

ii. emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD)

iii. pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia)

iv. penguasaan kemahiran 3M

Pada umumnya perkembangan fizikal, mereka adalah setara dengan perkembangan rakan sebaya

yang normal. Dengan demikian, ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah sebenar kanak-kanak

ini. Akibatnya mereka dianggap malas atau degil atau bermasalah, malah ada yang dianggap biadab apabila

mereka tidak dapat memenuhi kehendak norma bilik darjah/pembelajaran atau tatasusila masyarakat

setempat/sekolah (Supiah Saad, 2010).

3.2 Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas di Malaysia

Terdapat empat kementerian yang terlibat secara langsung menyediakan perkhidmatan pendidikan

untuk KBK di Malaysia iaitu Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Kesihatan

(KKM). Agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan diberi tanggungjawab merancang dan

melaksanakan pelbagai program untuk golongan berkeperluan khas. Antara bidang tugas utama setiap

kementerian adalah seperti berikut;

a) KPM: Pendidikan formal peringkat prasekolah, rendah dan menengah.

b) KKM: 1. Proses Saringan dan Diagnostik

2. Intervensi awal

c) KPWKM: 1. Pendidikan tidak formal

2. Intervensi awal

d) KPT: Pendidikan tinggi (tertiary education)

Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua

kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal

mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Dasar ini diperkukuhkan lagi

Page 4: 2015 inklusif

4 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai ‘Disabled Person Act 2002’ serta komitmen Malaysia

dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium

Framework 2002. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian

mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai

kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM dan kementerian-

kementerian lain yang dinyatakan di atas, memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan pendidikan

untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Supiah Saad, 2010).

4. Keperluan Pendidikan Inklusif

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi

keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama

memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut

diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan

dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut,

pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa

pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem

pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan

berkualiti dan keperluan sosial.

4.1 Keperluan Kesamarataan hak asasi

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab

terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu

berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled)

adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran

(Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata

termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan

kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran

yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi

kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi.

Page 5: 2015 inklusif

5 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia

adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan

negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip

Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama

menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu

keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori

pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam

aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

4.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai

taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan

etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem

pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan

mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa

panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini

kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan

khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana

pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan

khas .

Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat

yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan

persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian

menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila

mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan

sahaja di sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat-pusat biasa untuk memudahkan

akses pendidikan kepada golongan berkeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga sebenarnya menjimatkan

banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan

kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara

kita.

Page 6: 2015 inklusif

6 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

4.3 Keperluan Sosial

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada

golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat.

Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak- kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang

upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan

khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk

menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk

mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini

kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan

persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangkamasa panjang pendidikan inklusif

membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri

serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

5.0  Pencalonan

Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar  berkeperluan khas yang berada di

program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :

-Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana

-Bersosialisasi

-Menduduki peperiksaan awam

6.0 Konsep dan Dasar Pendidikan Inklusif

Berkaitan dengan “pendemokrasian” pendidikan dan konsep keadilan kepada:

i.              Kanak-kanak mempunyai banyak persamaan

ii.            Agen Yang baik boleh mengajar semua jenis kanak-kanak.

iii.           Semua Kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualit pendidikan yang tinggi.

iv.           Proses Pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid/“childcentered”.

Page 7: 2015 inklusif

7 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

7.0 Objektif  Pendidikan Inklusif.

i.         Membolehkan Pelajar pendidikan khas mendapat tempat yg sama dalam pendidikan.

ii.         Menempatkan Pelajar pendidikan khas ini daalm persekitaran yang seakan normal

mengikut kesesuaian pendidikan  untuknya.

iii.        Membolehkan Pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek

kurikulum dan kokurikulum sejak  dari awal.

iv.        Membuktikan Bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang

setanding dengan rakan-rakan yang normal.

v.         Membolehkan Mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal.

vi.        Mendapat Perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

8.0 Penekanan Dalam Pendidikan Inklusif

i.         Pemupukan Budaya ilmu, iaitu melalui amalan membaca berfikir, berkarya dan belajar.

ii.         Penerapan Nilai-nilai murni.

iii.        Pendidikan Teknik dan vokesional spt pelajaran kemahiran hidup dan pelajaran

reka cipta.

iv.        Pendidikan Sains teknologi serta penguasaan bahasa lain.

v.         Pemupukan Budaya niaga & keusahawanan.

vi.        Menanam Semangat kenegaraan melalui sifat patriotisme dan perpaduan.

vii.       Pengetahuan Dan kemahiran dalam bidang komputer.

9.0 Perlaksanaan Pendidikan Inklusif.

i.         Fleksibel Dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian

kurikulum mengikut aras dan keupayaan pelajar.

ii.         Berasaskan Kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke

kompleks.

Page 8: 2015 inklusif

8 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

iii.        Galakan Kemahiran komunikasi dan interaksi.

iv.        Melibatkan Pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya

tahan. Sediakan aktiviti p&p yg menarik.

v.         Berikan Penekanan kepada kurikulum bersepadu.

vi.        Waktu Bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph

adalah sama.

vii.       Murid berkeperluan Khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat .

viii.      Guru Pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran.

ix.        Pelajar Berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di

program pendidikan inklusif.

x.        Penilaian:

-penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian

formatif dan sumatif dari aspek:

-Tingkah laku

-Sosial

-Akademik

-pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di

program pendidikan inklusif.

-pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan

kembali semula ke program pendidikan pra inklusif.

10.0 Bentuk Pendidikan Inklusif

10.1    Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa

Pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa.

Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.

Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru pendamping)

sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi  pembelajaran atau tingkahlaku.

Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam

Page 9: 2015 inklusif

9 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

10.2  Pendidikan Separa Inklusif

Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.

Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas.

Senarai nama pelajar pada daftar program pendidikan khas.

Guru pendidikan khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.

Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa.

Program pendidikan inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada

laporan prestas atau rpi oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu layak atau sebaliknya.

11.0 Model-model Pendidikan Inklusif

1. Model A –penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan

strategi p&p.

2. Model B – penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat

nasihat/bimbingan guru pendidikan khas.

3. Model C – penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/bilikresos/ pusat sumber.

4. Model D –penempatan di sekolah khas (baseschool) dan kelas“satellite” di sekolah biasa.

(OctopusModel)

5. Model E– penempatan sepenuhmasa di sekolah pendidikan khas.

6. Model F– penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

11.0 Kebaikan Pendidikan Inklusif

1.     Memberi Peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.

2.     Dapat Berinteraksi dengan semua pelajar normal.

3.     Pelajar Aliran perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu.

4.     Semua Pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping/ resos.

5.     Meningkatkan Kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.

6.     Penglibatan Ibu bapa dalam komuniti sekolah.

7.     Memungkinkan Pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat

setempat.

8.     Menyediakan Lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk berdikari dan

Page 10: 2015 inklusif

10 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

memperolehi peluang pekerjaan.

12.0 Kelemahan Pendidikan Inklusif

i.         Kurangnya Tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas.

ii.        Guru  mata Pelajaran sukar memberi tumpuan yang sepatutnya kepada

pelajar  pendidikan khas.

iii.     Pelabelan Terhadap pelajar pendidikan dalam kalangan rakan sebaya dan guru aliran

perdana.

iv.        Sikap Guru aliran perdana terhadap program inklusif dan sukar memberi kerjasama.

v.        Kurangnya Komitmen antara guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas.

vi.    Pelajar – pelajar pendidikan khas belum bersedia sepenuhnya dalam pnp kelas inklusif.

vii.     Kurang Penyeliaan dari pihak pentadbiran.

viii.     Kurang Kerjasama dari ibu bapa.

ix.    Jurang Yang besar dalam kurikulum .

Page 11: 2015 inklusif

11 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

AKTIVITI 1

1.0 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Bermasalah pendengaran ( hearing impairment )

Bermasalah penglihatan ( visual impairment )

Bermasalah pembelajaran ( learning disabililities )

Bermasalah kerencatan akal ( mental Retadation )

Bermasalah tingkah laku dan emosi ( behavior disorders & emotional disturbance )

Bermasalah pertuturan atau bahasa ( speech or language impairment )

Pintar cerdas ( gifted and talented )

Bermasalah fizikal ( physical disabilities )

Bermasalah kesihatan ( health impairment )

Masalah bergabung ( multiple problem )

Dalam konteks Malaysia, kanak-kanak berkeperluan khas memberi definisi yang menekankan kepada

kebolehan, kefungsian , kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut

dalam kemahiran-kemahiran pengembangan  ( developmental skills ). Pendekatan baru menolak

pendekatan tradisi yang menekankan  kecacatan dan ketidakbolehan  ( medical deficit model ). Penguasaan

dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan

seseorang murid dengan dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif,

perkembangan tingkah laku sosial, penguasaan bahasa dan lisan, penguasaan membaca, kemahiran

matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan,

kebolehan penglihatan dan kebolehan pendengaran.

Page 12: 2015 inklusif

12 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

2.0 JENIS INSTRUMEN IDENTIFIKASI AWAL MURID BERMASALAH

PEMBELAJARAN

i. Ujian Saringan

ii. Ujian Diagnostik

2.1 DEFINISI UJIAN SARINGAN

Satu instrumen pengukuran yang menyeluruh bagi membantu mengesan murid yang lemah.

Mengasing dan menentukan kumpulan murid.

Ujian formal atau tidak formal Secara individu atau berkumpulan.

KANDUNGAN UJIAN SARINGAN

1. Bahasa

-lisan

-bacaan

-penulisan

-pengamatan (penglihatan, pendengaran, dan sensori motor)

2. Matematik

-operasi-operasi asas

-penyelesaian masalah harian

3. Kaedah Pengesanan

>Pemerhatian

-Memperolehi maklumat mengesan kelemahan murid.

contoh: Susah mengenal huruf atau perkataan. hiperaktif- tidak boleh duduk diam.

4. Pentafsiran Rekod Prestasi

-Dokumen berbentuk senarai semak iaitu satu set kemahiran-kemahiran kecil.

Page 13: 2015 inklusif

13 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

5. Pentafsiran Rekod Profil

-Menggambarkan pencapaian murid secara keseluruhan.

-Disediakan pada setiap hujung bulan.

-Pencapaian dicatatkan dalam bentuk gred.

6. Ujian Kertas dan Pensel

-Berbentuk objektif dan subjektif.

-Memberi gambaran pencapaian murid dalam Bahasa dan Matematik.

7. Latihan Harian

-Berbentuk lisan atau bertulis.

-Dijalankan dari semasa ke semasa.

-Menguji kefahaman murid tentang tajuk diajar.

-Lazimnya dalam bentuk lembaran kerja.

8. Soaljawab / Kuiz

-Dijalankan untuk memberi petunjuk tentang kefahaman murid dalam topik yang telah

disampaikan.

9. Ujian Fizikal

-Merupakan temubual dengan guru kelas, ibubapa dan guru besar.

-Mendapatkan maklumat secara langsung atau tidak langsung tentang pencapaian murid.

10. Ujian Pendengaran dan Penglihatan

-Menggunakan alat jangka audio (audiometer) bagi mengesan kesukaran pendengaran

di kalangan murid.

-Menggunakan Keystone Telebinocular bagi mengesan berbagai kecacatan mata.

-Carta Snellen untuk menguji masalah penglihatan murid melihat dari jarak dekat.

Page 14: 2015 inklusif

14 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

2.2 DEFINISI UJIAN DIAGNOSTIK

Merupakan satu ujian formatif.

Data-data yang diperolehi menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan murid.

Membantu guru mengenalpasti punca kegagalan menguasai sesuatu kemahiran.

Analisa keputusan membantu guru merancang program pengajaran kepada individu atau kumpulan secara

tepat dan sistematik.

Kandungan Ujian Diagnostik

1. Bahasa

-lisan

-bacaan

-penulisan

-pengamatan (penglihatan, pendengaran, dan sensori motor)

2. Kaedah Perlaksanaan

-Dilaksanakan setelah guru mengenalpasti murid yang dipilih melalui ujian saringan.

-Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu.

-Ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil.

-Ujian disediakan mengikut urutan kognitif daripada rendah kepada lebih tinggi

(pengetahuan, pemahaman, aplikasi).

-Ujian ini dimulakan dengan ujian lisan serta diikuti dengan ujian bertulis.

-Ujian ini diberhentikan sekiranya seseorang murid gagal menjawab dengan betul

dalam tiga kemahiran yang berturut-turut.

-Setiap jawapan murid direkodkan ke dalam borang rekod ujian diagnostik.

3. Keputusan Ujian Diagnostik Keputusan

-ujian diagnostik akan menentukan tahap kebolehan dan kelemahan murid dalam

sesuatu kemahiran.

-Murid yang mempunyai kebolehan yang hampir sama dikumpulkan dalam satu kumpulan

kecil untuk membolehkan guru menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran

yang lebih sesuai.

Page 15: 2015 inklusif

15 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

-Keputusan ujian diagnostik juga membolehkan guru merancang rancangan

pengajaran individu.

4. Kaedah-kaedah Lain Pengagihan Murid

-Mengikut kemahiran yang hendak diajar Contoh: dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

(Jahitan atau Masakan).

-Mengikut jantina. Contoh: dalam Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Kemahiran

Hidup.

-Mengikut minat murid.

Contoh UJIAN SARINGAN

Contoh 1

Kemahiran 1 : Melakukan arahan mudah

Arahan : Ikut arahan guru.

-Berdiri atau duduk

-Buka mulut awak

-Angkat tangan awak

-Tunjuk tiga jari

-Pegang telinga awak

Contoh 2

Kemahiran 7 : Perkataan KVK

Arahan : Baca perkataan di bawah.

-Ini kucing.

-Ini kucing Ani.

-Nama kucing ini Pintar.

-Pintar kuat makan.

-Ani beri Pintar makan ikan.

-Warna bulu Pintar putih dan hitam.

Page 16: 2015 inklusif

16 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Contoh 3 :

Kemahiran 13 : Bacaan dan kefahaman

Arahan guru : Baca cerita bergambar ini dan jawab soalan berikut.

-Soalan Pemahaman (Lisan) Ini gambar apa?

-Ini kucing siapa?

-Apa nama kucing ini?

-Ani beri kucing ini makan apa?

-Apa warna bulu Pintar?

Contoh UJIAN DIAGNOSTIK

Contoh 1 (Lisan)

Kemahiran 5 : Sukukata KV Arahan :

5.1 Tunjuk sukukata yang guru sebut.

5.2 Sebut sukukata yang guru sebut.

Contoh 2 (Praktik )

Kemahiran 3 : Huruf vokal Arahan guru :

Suaikan huruf awal dengan gambar yang sesuai.

Contoh 3 (Bertulis )

Kemahiran 12 : Menulis perkataan dan sukukata KVK +KV Arahn guru :

Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar di bawah ini.

__ __ __ pu __ __ __ ci __ __ __ pu __ __ __ di __ __ __ __ __

Page 17: 2015 inklusif

17 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

3.0 Kaedah Pengajaran Pendidikan Khas

3.1 Kaedah Dan Teknik Mengajar

Pengajaran secara kumpulan

Berasaskan strategi berpusat pada murid

Menguasai kemahiran mengikut kebolehan masing-masing

Jenis kumpulan: a) mengikut kebolehan

b) guru rancang P&P secara berperingkat

Murid dikumpulkan berdasarkan hasil penilaian

Sesuai digunakan untuk aktiviti kemahiran asas membaca, menulis dan mengira

Ahli dalam kumpulan boleh ditukarkan kepada kumpulan lain mengikut tahap kebolehan

Komposisi ahli tidak sama untuk setiap kumpulan bagi matapelajaran yang berlainan

Kumpulan pelbagai kebolehan

Pembentukan kumpulan yang mengandungi murid-nurid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan

kecenderungan.

Sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti permainan, simulasi, perbincangan, projek dan ujikaji.

Murid-murid yang cerdas dapat membantu murid-murid yang lambat.

Pengajaran secara individu

Kaedah mengajar yang berlaku di antara seorang guru dan seorang murid sahaja

Murid-murid yang diajar dengan kaedah ini akan dapat mengembangkan potensi mereka

dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial secara menyeluruh serta seimbang

Faktor-faktor yang diambil kira dalam pengajaran secara individu

Kebolehan dan pengalaman sedia ada

Punca masalah yang dihadapinya

Strategi dan teknik mengajar

Isi pelajaran dan bahan bantu mengajar

Langkah-langkah pengajaran mengikut urutan

Page 18: 2015 inklusif

18 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Aktiviti pengukuhan dan penilaian

Aktiviti pembelajaran untuk murid-murid lain

Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi

PENDEKATAN

Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada

objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan

proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap

benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan).

Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan

sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan.

Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran;

konkrit ke abstrak

mudah ke kompleks

keseluruhan ke sebahagian

umum ke spesisifik (deduktif)

Pendekatan mengajar

Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah

yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor

pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi,

kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid.Pendekatan

pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT.

KAEDAH

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat

dilaksanakan dengan berkesan. Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai

objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu

objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. “Merujuk kepada satu ikhtiar

keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu

pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963).

Page 19: 2015 inklusif

19 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Jenis kaedah

Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah

1. Kaedah Tradisional

Tugasan membaca buku teks

Kuliah

Mengucap dengan kuat

Tumpuan kepada perbendaharaan

Laporan secara lisan oleh murid

Mengkaji semula(riview)

Ujian,kuiz dan peperiksaan

2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan)

Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu :

P1- Kenal pasti masalah

P2- Rancang penyelesaian

P3- Kumpul maklumat

P4- Buat tafsiran

P5- Buat kesimpulan

3. Kaedah kumpulan

perbincangan kumpulan

kuliah perbincangan

kerja jawatankuasa

main peranan

Sesi Buzz

Sumbangsaran

Wawancara

Konferen

Page 20: 2015 inklusif

20 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

4. Kaedah penyelesaian masalah

Projek

Tinjauan

Penyelidikan atau penjelajahan

Tunjukcara atau demonstrasi

Kelab kesihatan

Lawatan

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan

memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan

masalah mengikut langkah berikut.

1. Menganalisis dan memahami masalah

2. Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.

3. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat.

4. Membentuk jawapan yang mungkin.

5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif.

6. Pilih penyelesaian yang sesuai.

7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan

Menggalakkan interaksi antara pelajar

memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi

menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji.

Kelemahan

Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru

Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar yang lembab

atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati

pelajaran dengan sepenuhnya.

5. Kaedah Kolaboratif

Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara

beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif

adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan

Page 21: 2015 inklusif

21 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan

berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan

oleh guru. Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai

dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan,

eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.

6. Kaedah Koperatif

Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah

murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu

sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan

murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan

bergantung secara positif.

murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan

bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan.

murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha

untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang

diberikan.

Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi

galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan

kumpulan berfungsi dengan efektif.

Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian

matlamat.

TEKNIK

Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi,

latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan

pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ;

Umur

Page 22: 2015 inklusif

22 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Kebolehan

Kecerdasan

Minat

Teknik simulasi

Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara

menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian

untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru

menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya

dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah

yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

Teknik main peranan

Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu

situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat

gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh

dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

Teknik latih tubi

Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-

ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh

dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan

kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari.

Teknik demonstrasi

Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara

melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain

memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan

cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas

dan berkesan.

Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat

Page 23: 2015 inklusif

23 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

kelengkapan yang diperlukan.Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model

simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut

teknik yang betul di padang.

Teknik sumbangsaran

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga

dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran

dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran

dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu

topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.

kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan

pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti

berjalan lancar

setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.

semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.

cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Contoh teknik mengajar kemahiran asas

Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya

apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul.Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran

yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran

mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-caramemegang kayu;

iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya.

STRATEGI

Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif

jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada ;

Kebijaksanaan memilih pendekatan

Kecekapan merancang kaedah dan teknik

Berdasarkan objektifnya

Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Page 24: 2015 inklusif

24 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat

kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang

dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan bukan sahaja di

bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan.

Oleh itu strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu di guna

pakai sebagai panduan :

Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaran yang

berteraskan kepada domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif.

Domain psikomotor – merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulatif atau motor.

Domain kognitif – merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan

kebolehan dan kemahiran intelek.

Domain afektif – merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu

Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis dalam bentuk

SMART iaitu menekankan perkara berikut;

o Kemahiran yang khusus

o Boleh diukur

o Boleh dicapai

o Munasabah

o Masa mencukupi

Dedahkan hanya satu kemahiran baharu sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi

satu sesi pengajaran.

Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan.

Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas.

Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil

bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran.

Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya

perlu ada kesinambungan atau berhubung kait.

Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi

murid atau perangsang.

Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P ;

Page 25: 2015 inklusif

25 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

P1- Penerangan (semasa, maklum balas)

P2- Praktik (pengelolaan)

P3- Pelakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang)

P4- Permainan atau pertandingan

P5- Penyeliaan atau pembetulan

Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu.

Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat

oleh murid-murid.

Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberikan

perhatian.

Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran

pembelajaran.

4.0 Keperluan Fizikal dan Sokongan Infrastruktur

Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta persekitaran

sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang pembelajaran optimum

kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar pendidikan khas. Melalui pendidikan yang sempurna, pelajar-

pelajar pendidikan khas boleh dilatih untuk berdikari di samping memperkembangkan potensi mereka.

Sistem pendidikan di negara kita kini telah diubah suai selaras dengan hasrat negara yang terkandung

dalam Wawasan 2020. Ianya menjadi sasaran utama negara untuk menjadi sebuah negara maju yang

mementingkan pembangunan insan selaras dengan pendidikan bersepadu yang digunakan.

Selain ketiadaan bilik darjah yang benar-benar sesuai dengan ketidakupayaan para pelajar

pendidikan khas, bilik-bilik lain yang digunakan untuk membantu perkembangan dan pengurusan diri juga

tidak disediakan, seperti bilik untuk mata pelajaran pengurusan diri, bilik akses kendiri, bilik pendidikan

moral dan sebagainya. Analisis data juga menunjukkan kedudukan tandas bagi pelajar-pelajar pendidikan

khas tidak bersesuaian dengan keadaannya yang jauh dari bilik darjah, sinki terlalu tinggi dan juga tiada

laluan berkerusi roda khusus bagi mereka yang kurang upaya. Dari segi Bahan Bantu Mengajar (BBM)

pula, responden menyatakan bahawa ianya masih tidak mencukupi terutama sekali yang berbentuk bahan

ICT terkini. Penggunaan BBM merupakan satu cara untuk meningkatkan kejayaan dan pencapaian bagi

pelajar-pelajar pendidikan khas, kerana tanpa bahan-bahan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan

kurang efektif dan kualiti akademik akan menurun.

Page 26: 2015 inklusif

26 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Sejajar dengan dunia yang serba canggih ini, ICT merupakan salah satu alat bantu mengajar yang

menjadi keperluan bagi setiap sekolah. Sebagai contoh di dalam kajian Campbell, Milbourne, Dugan dan

Wilcox (2006), kanak-kanak dilatih untuk menggunakan alat bantu komunikasi suara selari dengan konteks

kanak-kanak khas pra sekolah semasa di dalam bilik darjah. Infrastruktur multimedia juga memainkan

peranan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar pendidikan khas ini mempunyai minat

yang sama seperti pelajar biasa dimana mereka mudah tertarik dengan bahan-bahan pembelajaran yang

bersifat interaktif. Campbell et al. (2006) juga menyatakan bahawa, perisian komputer memberikan

kemahiran mempelajari program yang mencakupi pelbagai aspek.

Pelajar-pelajar yang menggunakan perisian mesra pendidikan khas akan dapat meningkatkan kemahiran

menggunakan komputer. Perbandingan dapat dibuat di antara pengajaran menggunakan perisian berasaskan program

komputer dan juga pengajaran pertuturan secara tradisional, di mana kanak-kanak didapati lebih mudah mempelajari

suku kata dengan mengikuti arahan berpandukan penyampaian menggunakan komputer (O'Connor & Schery, 1986).

Ini dipersetujui oleh Elder-Hinshaw, Manset-Williamson, Nelson dan Dunn (2006), yang menyatakan kemudahan

multimedia memberikan peluang kepada pelajar untuk mengakses pelbagai teknologi bagi mengembangkan dan

menyampaikan sesebuah projek dan juga dapat menggabungkan media lain seperti pengimbasan teks, gambar, video

dan juga internet.

Aspek keselamatan adalah penting kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Mereka perlu sentiasa diberi

perhatian seperti menyediakan bilik darjah yang terletak di aras bawah dan berdekatan dengan tandas khas. Menurut

Goldsmith dan Goldsmith (1998), kanak-kanak yang berkeperluan khas perlu berasa selesa, selamat dan terkawal

bagi menerima pelajaran. Justeru itu, ia penting untuk mewujudkan kesinambungan dalam persekitaran bagi

membolehkan kanak-kanak khas memberi makna terhadap dunia sekitar mereka dan membentuk konsep tempat

mereka.

Penyediaan peluang-peluang pengajaran dan pembelajaran yang sama rata perlu diadakan termasuk untuk

pelajar berkeperluan khas bagi membolehkan mereka berdikari dan memperkembangkan potensi masing-masing.

Bilik darjah juga sepatutnya tidak perlu diasingkan berjauhan dengan bilik darjah pelajar normal kerana pergaulan di

antara mereka akan terbatas dan pengasingan ini juga akan menjejaskan keyakinan dan kepercayaan diri pelajar-

pelajar berkeperluan khas. Selain itu, pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru

memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah yang harmonis, kondusif dan perlaksanaan

pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan.

Kesimpualan

Page 27: 2015 inklusif

27 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan diakui untuk mengubah sikap

itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak

berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu

memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur

dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam

kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang.

Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali

daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu

bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan

individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program

yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem

pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan

Malaysia dipersada dunia.

RUJUKAN

Page 28: 2015 inklusif

28 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Campbell, P. H., Milbourne, S., Dugan, L. M., & Wilcox, M. J. (2006). A review of evidence on practices

for teaching young children to use assistive technology devices. Topics in Early Childhood

Special Education, 26(1), 3–13.

Elder-Hinshaw, R., Manset-Williamson, G., Nelson, J. M., & Dunn, M. W. (2006). Engaging older students

with reading disabilities: Multimedia inquiry projects supported by reading assistive technology. Teaching Exceptional Children. 39(1), 6–11.

Eleweke, C. J. (2002). A review of issues in deaf education under Nigeria's 6-3-3-4 Education System. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 7(1) , 74–82.

Elliot, J. L., & Thurlow, M. L. (2006). Improving test performance of students with disabilities: On district and state assessments (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Goldsmith, J., & Goldsmith, L. (1998). Physical management. In Lacey, P. (Ed.), People with profound and

multiple learning disabilities: A collaborative approach to meeting complex needs (pp. 15–28). London: David Fulton Publishers.

O'Connor, L., & Schery, T. (1986). A comparison of microcomputer-aided and traditional language therapy for developing communication skills in non-oral toddlers. The Journal of Speech and Hearing Disorders, 51, 356–361.

Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa. 2009. Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk

Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.

Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali. 2008. Amalan Program Intervensi Awal Kanak-kanak

Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33.

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan

Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.

Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan

Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor

Page 29: 2015 inklusif

29 HBEF3503-PENDIDIKAN INKLUSIF

Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.