Upload
dawson-ador
View
233
Download
32
Embed Size (px)
DESCRIPTION
21 Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik
Citation preview
21 Aktiviti Menarik Bulan Sains dan MatematikRabu, April 02, 2014 Hal Guru, Inovasi, Kreatif 21 comments
Bulan April dah mula menjengah. Maka bermulalah juga Bulan Sains dan
Matematik di sekolah saya. Banyak juga aktiviti yang dah dirancangkan.
Jom saya kongsikan sket cadangan 21 Aktiviti menarik bagi Bulan Sains
dan Matematik. Mudah-mudahan dapat membantu rakan guru di luar
sana dalam mencari idea untuk diadakan di sekolah masing-masing.
1. Pertandingan Fotografi SainsPertandingan fotografi ini adalah seperti pertandingan fotografi yang
lain. Janji gambar nampak cantik di mata cikgu, maka cikgu dah boleh
isytiharkan siapa pemenangnya. Bagi pertandingan ini, subjek dan
temanya mesti lah ada kena mengena dengan Sains. Sebagai contohnya,
tumbuhan berbunga atau tumbuhan tidak berbunga.
Penggunaan kamera bergantung kepada cikgu sendiri, sama ada nak
sediakan banyak-banyak kamera, atau pun benarkan pelajar
menggunakan kamera sendiri. Pertandingan ini sebenarnya saya dah
kongsikan secara detail dalam entri yang terdahulu.
2. Pameran SainsIni adalah aktiviti yang agak biasa dijalankan di mana-mana sekolah.
Bezanya mungkin bergantung kepada apa benda yang nak dipamerkan.
Jika ada bahan pameran yang menarik dan boleh membuatkan pelajar
rasa teruja nak melihat dan membelek bahan pameran anda, maka
dipersilakan. Jika bahan pameran adalah biasa-biasa sahaja, maka saya
rasa aktiviti ini agak membosankan.
3. Pertandingan Telur KebalPertandingan Telur Kebal ini adalah pertandingan mencipta bahan
sokongan bagi telur, supaya tak pecah jika dijatuhkan daripada tempat
yang tinggi. Kalau tak pecah, maka kebal lah telur itu. Pelajar boleh
menggunakan kaedah masing-masing sekreatif mungkin, tetapi masih
berpandukan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Semakin ketat peraturan yang cikgu tetapkan, maka semakin kreatif lah
hasil daripada pelajar nanti. Aktiviti ini agak menarik dan cukup
menghiburkan. Jangan terkejut dengan kreativiti anak murid cikgu dalam
menghasilkan produk mereka!
4. Kuiz Sains (bertulis)Ini juga adalah aktiviti turun temurun dan menjadi kebiasaan kepada
hampir semua sekolah. Namun, rakan guru boleh mengkreatifkan kuiz ini
dalam bentuk yang lebih terkini. Sebagai contoh, dengan menggunakan
Makmal Komputer bagi menjawab soalan yang sudah diselaraskan. Minta
bantuan daripada rakan guru yang mahir dalam menetapkan
penggunaan ICT, inshaAllah aktiviti kuiz ini juga boleh jadi aktiviti yang
menarik.
5. POPKUIZ SainsAktiviti kuiz yang berbentuk seperti POPKUIZ ini juga dapat menarik
minat pelajar untuk mengikuti aktiviti Bulan Sains dan Matematik
dengan jayanya. Adakan kumpulan daripada setiap kelas yang terdiri
daripada 2 / 3 orang dalam satu kumpulan.
Beberapa pusingan boleh diadakan bergantung kepada kreativiti cikgu.
Mungkin pusingan pertama memberi peluang kepada setiap kumpulan
untuk memilih soalan, diikuti pusingan kedua yang memberi peluang
kepada kumpulan yang paling pantas menjawab soalan.
6. Pertandingan AmaliPertandingan amali adalah pertandingan yang mengkhususkan kepada
kemahiran menjalankan eksperimen dengan baik. Pemilihan eksperimen
adalah bergantung kepada guru. Lebih susah eksperimen yang
dijalankan, lebih mencabar pertandingan tersebut kepada pelajar.
Pemarkahan boleh dinilai pada hasil akhir eksperimen, kemahiran
menjalankan eksperimen dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
nilai semasa menjalankan eksperimen.
7. Drama SainsAktiviti ini juga merupakan aktiviti yang menarik. Ada kelainannya.
Setiap kumpulan diberikan masa 10 minit bagi mempersembahkan
drama yang berunsurkan Sains. Kreativiti adalah bergantung kepada
pelajar sama ada mahu menggunakan konsep sketsa, puisi dan lagu, atau
apa-apa seni persembahan lain.
Pemarkahan diberi pada kandungan Sains yang dinyatakan dalam drama,
kreativiti dan penggunaan bahan yang sesuai. Jika ada faktor lain yang
boleh dinilai, seperti mutu lakonan dan persembahan, maka mungkin
rakan guru boleh berikan markah bonus.
8. Pertandingan VideoJika sekolah anda mempunyai budaya 'video' yang bagus, maka saya
sarankan diadakan pertandingan mencipta video berunsurkan Sains. Jika
tak ada pun, masih rakan guru boleh teruskan aktiviti ini dengan
seringkas mungkin.
Pelajar menghasilkan video pendek, dalam jangka masa 2 - 5 minit yang
menerangkan mengenai apa-apa yang berkaitan dengan Sains. Video
boleh dirakam terus dengan menggunakan apa jua jenis kamera
(termasuk kamera telefon), dan boleh juga dalam bentuk yang sudah di-
edit.
9. Membina modelPertandingan ini juga dapat membina kreativiti pelajar anda. Guru-guru
boleh tetapkan syarat dan juga peraturan yang perlu dipatuhi pelajar.
Sebagai contohnya, wajib menggunakan bahan terpakai.
Tujuan model dibina juga boleh dipelbagaikan dengan menetapkan tema
perhiasan rumah, tema projek alam sekitar, tema barang pelbagai-guna
dan macam-macam lagi.
10. Pertandingan Memasang ModelPertandingan ini saya dapat idea semasa menjalankan pdp dalam kelas.
Pelajar sangat teruja mahu siapkan memasang model dengan masa yang
paling pendek. Maka saya anjurkan pertandingan memasang model
paling cepat.
Model yang cikgu boleh gunakan adalah model manusia dan juga model
litar elektrik (selari dan bersiri). Hati-hati juga. Takut ada yang terlebih
excited nak pasang model, sampai habis rosak model yang ada.
11. Explorace Sains / Saintis MudaPertandingan ini dicedok daripada pertandingan Explorace yang popular
suatu ketika dahulu. Konsepnya lebih kurang sama, iaitu ditetapkan
beberapa stesyen, dengan setiap stesyen mempunyai tugasan tertentu
yang perlu diselesaikan. Kumpulan yang paling awal menamatkan
cabaran, akan dikira sebagai pemenang.
Bagi setiap stesyen, banyak aktiviti atau tugasan yang boleh ditetapkan.
Kalau cikgu mahu lebih menarik, jalankan aktiviti ini di luar daripada
kelas dan juga makmal. Tentu meriah melihat kumpulan pelajar terkejar-
kejar ke sana ke sini bagi mendapatkan jawapan!
12. G-MathIni adalah pertandingan yang mirip kepada permainan sahibba. Bezanya
permainan ini memerlukan kemahiran asas mengira + - / x dalam
menghasilkan sesuatu persamaan matematik itu.
Bagi yang belum pernah mencuba, mungkin agak sukar. Namun jika
sudah mula bermain, G-Math ini pasti menyeronokkan.
13. Pertandingan SudokuTak sahlah kalau permainan ini tak dimasukkan dalam senarai aktiviti
bulan Sains dan Matematik. Permainan Sudoku ini agak menarik dan
mencabar kemampuan pelajar untuk berfikir dengan pantas dan tepat.
Mungkin rakan guru boleh kreatif kan lagi permainan ini dengan
mengadakan perlumbaan siapa yang dapat selesaikan masalah Sudoku
ini dengan lebih pantas! Adakan dalam beberapa pusingan, dengan
setiap pusingan menyaksikan sebilangan pelajar akan tersingkir. Tentu
lebih menarik!
14. Pertandingan Teka Berat / Teka BilanganIni juga pertandingan yang agak menarik. Guru boleh meletakkan apa-
apa barang dalam balang besar / akuarium dan kemudiannya menyuruh
pelajar untuk meneka bilangan atau pun berat barang tersebut. Guru-
guru boleh gunakan guli, biji kacang hijau, biji getah dan apa-apa yang
difikirkan sesuai.
Sediakan borang kecil yang mencatatkan maklumat peneka dan terus
sediakan kotak pertandingan. Letakkan juga balang besar / akuarium
tersebut di tempat laluan yang strategik. Tentu banyak
sambutan. Sekurang-kurangnya pelajar juga dapat menggunakan
kemahiran menganggar dengan logik dan bijak.
15. Pertandingan Sudut MatapelajaranSetiap kelas di sekolah diminta untuk menghias sudut matapelajaran
'Sains'. Bahan yang dilekatkan perlulah bahan yang berkualiti dan
dengan persembahan yang menarik dan ceria.
Bagi memudahkan penilaian dari kelas ke kelas, rakan guru boleh
menetapkan tema bagi sudut Sains tersebut. Contohnya, tema angkasa,
tema hidupan air, keseimbangan ekosistem dan lain-lain perkara yang
berkaitan dengan Sains.
16. Pertandingan Artikel SainsPertandingan menyediakan artikel Sains dengan maklumat yang
menarik. Pelajar dibenarkan untuk menggunakan sebarang bahan untuk
mendapatkan artikel Sains yang menarik.
Jika ditetapkan penggunaan saiz A4 serta bahan yang digunakan,
mungkin juga artikel Sains yang dihasilkan oleh pelajar dalam
pertandingan tersebut dapat di-laminate dan dijadikan bahan hias sekitar
sekolah. Bahan info Sains yang menarik!
17. Buku SkrapPenghasilan buku skrap Sains juga merupakan aktiviti yang
menyeronokkan. Tema yang ditentukan kepada pelajar boleh datang
dalam bentuk yang pelbagai. Sebagai contohnya senarai tumbuhan yang
terdapat dalam kawasan sekolah. Bagi menambahkan lagi cabaran, guru
boleh tetapkan juga nama saintifik bagi setiap tumbuhan yang
dimasukkan dalam buku skrap.
Selain daripada cadangan tema di atas, guru juga boleh tetapkan tema
lain seperti senarai tumbuhan berbunga dan tidak berbunga,
monokotiledon dan dikotiledon serta serangga yang wujud dalam
kawasan sekolah.
18. Pelancaran Roket AirRoket air juga merupakan aktiviti Bulan Sains yang boleh memberi
kelainan kepada pelajar. Pertandingan sebegini sudah tentu merangsang
kreativiti pelajar dalam menghasilkan roket air dengan inovasi yang
tersendiri.
19. Lawatan ke Agensi / Pusat SainsBagi sekolah yang berada berdekatan dengan mana-mana agensi atau
pusat Sains, maka anda bolehlah membuat lawatan sambil belajar ke
pusat tersebut. Rancang aktiviti dengan baik, inshaAllah ini akan jadi
pengalaman yang berharga buat pelajar.
Mana tahu dengan lawatan tersebut menyebabkan pelajar akan lebih
berminat untuk mendalami Sains. Selain daripada agensi / Pusat Sains,
antara tempat lain yang anda boleh adakan lawatan sambil belajar
adalah institusi seperti universiti, Pusat Kimia, kilang industri, pusat
rawatan air, pusat pelupusan sampah, empangan hidroelektrik dan apa-
apa yang berkaitan dengan Sains.
20. Ceramah / BengkelIni lagi satu aktiviti yang agak membosankan untuk diadakan di Bulan
Sains dan Matematik. Namun aktiviti zaman berzaman ini kalau nak
diadakan jugak, boleh disegarkan dengan ceramah atau bengkel oleh
individu yang lebih berpengaruh (artis, tokoh). Pokok pangkalnya
mestilah ceramah atau bengkel yang berkaitan dengan Sains.
Selain daripada individu, pihak sekolah juga boleh memohon pihak
universiti atau mana-mana institusi yang berkaitan dengan Sains untuk
datang memberi ceramah di sekolah. Semoga terhibur.. ;)
21. Mencerap BintangBagi sekolah yang mempunyai peralatan yang mencukupi, pihak sekolah
boleh juga mengadakan sesi mencerap bintang di langit. Saya rasa
aktiviti ini menarik dan sangat bersesuaian dengan bulan Sains dan
Matematik.
Walaubagaimanapun beberapa perkara perlu diambil kira. Terutamanya
yang berkaitan dengan perjalanan pelajar pada malam hari serta
kesediaan guru untuk meluangkan masa malam di sekolah bersama
pelajar, sambil melihat bintang yang berkerlipan.
Inilah antara beberapa cadangan aktiviti menarik yang boleh dianjurkan
sepanjang Bulan Sains dan Matematik. Hampir kebanyakan daripada
aktiviti di atas ada dan pernah dianjurkan di sekolah saya. Ada yang
mendapat sambutan hangat dan ada yang mendapat sambutan suam-
suam kuku. Semuanya bergantung kepada kreativiti cikgu dalam
melaksanakan pertandingan dan aktiviti tersebut.
Jika sekiranya cikgu-cikgu mempunyai cadangan aktiviti lain, boleh lah
kongsikan juga di ruangan komen supaya boleh diambil manfaat oleh
rakan guru yang lain. Selamat mencuba!