42
ANALISA PEMBINAAN DAN KEJATUHAN SESEBUAH PERADABAN Pengenalan Fokus utama tugasan ini ialah memapar dan mengupas teori- teori jatuh bangunnya sesebuah peradaban. Dua perkara yang menjadi intipati bab ini ialah tentang perkembangan peradaban dan faktor-faktor jatuh bangun sesebuah peradaban menurut pandangan para sarjana. Teori-teori yang diketengahkan di sini ialah teori irama (rhythmic theory), teori kitaran ( cyclical theory ), teori linear ( linear theory ) teori pertembungan/pertentangan peradaban ( the clash of civilizations ) dan teori pendekatan psikologi/ketuhanan. Teori Alunan ( Rhythmic Theory ) Teori ini dikemukakan oleh Akbar S. Ahmed, seorang bekas menteri di Pakistan dan bekas Profesor di beberapa universiti ternama seperti Universiti Cambridge, Universiti London dan beliau juga merupakan bekas Profesor Tamu di

223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

  • Upload
    asdasd

  • View
    139

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ctu uitm pembentangan

Citation preview

Page 1: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

ANALISA PEMBINAAN DAN KEJATUHAN SESEBUAH PERADABAN

Pengenalan

Fokus utama tugasan ini ialah memapar dan mengupas teori-teori jatuh bangunnya

sesebuah peradaban. Dua perkara yang menjadi intipati bab ini ialah tentang

perkembangan peradaban dan faktor-faktor jatuh bangun sesebuah peradaban menurut

pandangan para sarjana. Teori-teori yang diketengahkan di sini ialah teori irama

(rhythmic theory), teori kitaran ( cyclical theory ), teori linear ( linear theory ) teori

pertembungan/pertentangan peradaban ( the clash of civilizations ) dan teori pendekatan

psikologi/ketuhanan.

Teori Alunan ( Rhythmic Theory )

Teori ini dikemukakan oleh Akbar S. Ahmed, seorang bekas menteri di Pakistan dan

bekas Profesor di beberapa universiti ternama seperti Universiti Cambridge, Universiti

London dan beliau juga merupakan bekas Profesor Tamu di Universiti Princeton serta

Harvard. Menurut beliau, sejarah peradaban manusia boleh dilihat sebagai satu alunan

yang menaik dan menurun, bukannya berkembang melalui peringkat permulaan,

kemuncak dan kemerosotan. Alunan secara kontinum dan pola seperti ini akan

berterusan dari masa ke semasa atau dari satu generasi ke generasi yang lain.

Akbar S. Ahmed melihat konsep peradaban itu lebih luas, bukan sekadar sebuah

kerajaan dan empayar, tetapi peradaban ( Islam yang dikajinya ) boleh berkembang di

mana-mana sahaja dari masa ke semasa. Meskipun sesebuah kerajaan mengalami

Page 2: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

kegemilangan dan kemerosotan, malah ada yang merosot serta tidak muncul lagi, tetapi

akan ada peradaban baru yang akan bangkit. Menurutnya, Delhi diambilalih oleh orang

Muslim pada tahun 1192 oleh Muhammad Ghori, Baghdad tidak lama kemudian direbut

oleh orang Mongol. Orang Islam menguasai Konstantinopole pada tahun 1453 dan

menamakan kota itu sebagai Istanbul yang bermaksud kota Islam, tetapi pada tahun

1492, Islam kehilangan Granada yang kemudian menjadi kota Kristian. Pendek kata,

Islam mengalami kemunduran di suatu tempat, tetapi hidup kembali di tempat lain;

Islam lesu di tempat tertentu, tetapi berkembang pesat di tempat lain. 15

Teori yang diutarakan oleh Akbar S. Ahmed ini diterima dan diperkembangkan

lagi oleh Profesor Hashim Musa dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Asas-asas teori Akbar S. Ahmed diperkukuhkan oleh Hashim Musa yang memfokuskan

kajiannya terhadap peradaban Melayu Islam. Kedua-dua sarjana ini mempunyai

pendapat yang sama dalam usaha merungkai penafsiran sarjana Barat yang beranggapan

bahawa pola pembinaan dan kejatuhan peradaban Islam adalah sama seperti yang

berlaku terhadap tamadun lain di dunia. Kedua-duanya mengemukakan pola alunan naik

turun peradaban berdasarkan peristiwa-peristiwa penting dan genting yang merentasi

tempoh masa tertentu.

Akbar S. Ahmed menelusuri kronologi peradaban Islam sejak tahun 853

Sebelum Masihi ( sejak sebutan Arab ditemukan) sehingga 1986 ( Undang-undang

Tentera dimansuhkan di Pakistan dan Pembunuhan Profesor Ismail al-Faruki dan

isterinya dibunuh di Amerika Syarikat.16 Hashim Musa pula menjejaki perkembangan

15 Akbar S. Ahmad, 1986. Discovering Islam: Making Sense of Muslim History and Society, New York: Routledge, hlm. 31-3216 ibid, hlm. 232-236.

Page 3: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

peradaban Islam bermula dari tahun 610 Masihi ( wahyu pertama diturunkan ) sehingga

tahun 1999 ( kudeta tentera di Pakistan dan parti pemerintahan Islam berkuasa di

Pakistan ).17 Hashim Musa juga memperturunkan detik-detik utama dalam deretan

sejarah kebangkitan dan kecundangan serta naik turunnya peradaban Melayu Islam di

Alam Melayu yang bermula pada tahun 840 Masihi ( Penabalan Sultan Perlak 1 ) hingga

tahun 1999 ( Abdul Rahman Wahid menjadi Presiden Indonesia ).18

Dalam usaha menghuraikan teorinya, Akbar S. Ahmed menggunakan konsep

ideal Muslim. Konsep ini membawa maksud bahawa perilaku dan tindak-tanduk

masyarakat Islam perlu mencontohi amalan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat

baginda, jika ingin mengembalikan kegemilangan peradaban mereka. Akbar S. Ahmed

memperturunkan dua buah hadis bagi mengukuhkan hujahnya iaitu “ Yang terbaik

daripada kalangan umatku ialah generasiku kemudian mereka yang mengikutinya dan

yang mengikuti sesudah itu”. Begitu juga dengan hadis yang berbunyi “ Para sahabatku

itu ibarat bintang kejora. Bilamana engkau meneladani salah seorang di antara mereka,

maka engkau memperoleh tuntutan yang benar”.19 Justeru Akbar S. Ahmed menegaskan

“ The farther from the ideal, the greater the tension in society”20

Penegasan ini membawa maksud bahawa amalan kehidupan masyarakat Islam berada di

kemuncak pada era Nabi Muhammad s.a.w., kemudian diteruskan oleh para sahabat

semasa pemerintahan khalifah al-Rasyidin. Tahap peradaban semakin merosot jika

17 Ibid, hlm. 16-17. Lihat juga Lampiran A18 ibid, hlm. 65-7019 ibid, hlm.24 dan 3120 ibid, hlm. 31

Page 4: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

konsep ideal Muslim diabaikan. Hal ini digambarkan oleh Akbar S. Ahmed seperti

keadaan yang berlaku di Baghdad pada masa pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah.21

Hashim Musa dalam analisisnya terhadap kemerosotan Tamadun Melayu Islam

berpendapat bahawa kemerosotan sesebuah peradaban berlaku apabila tiada lagi

keseimbangan dan kesaksamaan antara tuntutan dan kekreatifan fizikal, mental dan

spritual. Nilai kebendaan pula mengatasi nilai kerohanian. Menurutnya lagi masyarakat

yang menggunakan bahan sumber dan barang simpanan untuk memenuhi kehendak-

kehendak kemewahan dan kemegahan turut menyumbang kepada kemerosotan sesebuah

peradaban. Begitu juga dengan sifat kealpaan di peringkat negara dan masyarakat yang

mengenepikan sifat kerajinan dan kesungguhan, ketabahan dan keusahawanan. Selain

itu, ekoran daripada pengaruh kebendaan, kekayaan dan pangkat merosotkan aspek

akhlak dan etika, maka timbullah hasad dengki, dendam kesumat, penyelewengan,

keangkuhan, perkelahian dan permusuhan sesama sendiri. Semuanya ini akan

menyebabkan keretakan dalaman yang akan merosakkan ciri-ciri Islam, iman dan ehsan

dalam diri manusia serta masyarakatnya.22 Gejala-gejala seperti ini telah menyebabkan

kejatuhan pusat-pusat tamadun Melayu Islam.

Teori Kitaran ( cyclical theory )

Menurut pengemuka-pengemuka teori ini, sesebuah kerajaan atau peradaban akan

bergerak seperti kitaran atau putaran yang melalui beberapa peringkat

perkembangannya. Ruang lingkup perkembangan peradaban itu dimulakan dengan

21 Ekoran tanah jajahan yang luas menyebabkan kerajaan Bani Abbasiyyah semakin kaya. Segelintir pemimpin hidup berfoya-foya, minum arak dan mempunyai ramai gundik. Lihat ibid, hlm. 47 22 Hashim Musa, op. cit, hlm. 63-64.

Page 5: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

peringkat pengasasan, kemajuan dan kegemilangan, dan akhirnya kepada peringkat

kemerosotan serta keruntuhan. Kekosongan itu akan diambilalih oleh sebuah kerajaan,

dinasti atau peradaban yang lain. Kerajaan atau dinasti baru itu akan mengikut pola yang

serupa seperti kerajaan sebelumnya. Dua sarjana yang melihat perkembangan peradaban

melalui cara sebegini ialah Ibn Khaldun dan Malik Bennabi.

Nama Ibn Khaldun seperti yang ditulisnya sendiri ialah Abd. Al-Rahman ibn

Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn al-Hassan ibn Muhammad. Dalam

bukunya Mukaddimah, Ibn Khaldun berusaha mencari peraturan bagaimana sesebuah

masyarakat berperadaban mengalami perkembangan dan kemudiannya merosot.

Menurutnya lagi terdapat lima tahap perkembangan sesebuah dinasti atau peradaban.

Pada tahap pertama, sesebuah kerajaan atau dinasti dimulakan dengan kejayaan

menumpaskan dinasti yang sebelumnya dan rajanya berjaya mengekalkan rasa kekitaan

dan mempunyai perhubungan yang rapat antara semua pengikutnya. Tahap yang kedua,

berlaku apabila raja mengenepikan rakyatnya dan menghalang mereka daripada

mengambil bahagian dalam urusan pemerintahan. Pada tahap ini juga raja berusaha

mengumpul dan memperbanyakkan pengikutnya. Kaum kerabatnya diutamakan.

Bagaimanapun, di kalangan yang menentang baginda, mereka akan diketepikan.

Tahap yang ketiga, adalah tahap bersenang lenang yang ditandai dengan

golongan raja dan bangsawan melalui perlonggokan harta, kuasa, pangkat, pembinaan

monumen, dan pemberian hadiah kepada rakyatnya. Tahap keempat ialah tahap

kepuasan dan kedamaian. Raja bersyukur dan berpuas hati dengan apa yang diusahakan

oleh pemerintah terdahulu dan menteladani apa yang mereka lakukan. Pada pendapat

Page 6: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

mereka, melanggar adat bererti suatu malapetaka yang akan menimpa ke atas kerajaan

mereka.

Tahap kelima ialah tahap pembaziran dan pemborosan, penyalahgunaan kuasa

dan pemerintah gemarkan keseronokan dan berfoya-foya. Pada peringkat ini raja dan

bangsawan membelanjakan khazanah negara dengan sesuka hati. Mengambil pembantu

yang berwatak jahat untuk melakukan tugas-tugas penting dan berusaha merosakkan

hubungan orang-orang yang berpengaruh dan disenangi oleh rakyat dan pemimpin yang

terdahulu. Justeru timbul kebencian, penentangan dan konflik dalaman yang membawa

kepada pemberontakan di kalangan rakyat jelata serta kemusnahan sesebuah kerajaan

itu. Dinasti yang baru akan mengambil alih kuasa yang akan membentuk satu kitaran

dinasti atau tamadun yang baru.

Asas kepada pembinaan tamadun manusia ialah asabiyah atau semangat

kesukuan. Apabila manusia tinggal menetap, mereka pula mengekalkan keperluan asas

serta pengeluaran mewah mengatasi keperluan asas. Manakala ekonomi menjadi lemah

dan porak poranda. Masyarakat akan jatuh miskin dan rasuah berleluasa. Ekoran

perkembangan dalam pelbagai bidang seperti dalam bidang kesenian, kraf, sains dan

teknologi, maka lahirlah peradaban. Keadaan ini tidak berterusan. Akan sampai masanya

golongan elit pemimpin berpuas hati dan lalai dengan kemewahan. Semangat asabiyah

akan luntur, terhakis sedikit demi sedikit sehingga membawa kepada keruntuhan

sesebuah peradaban.

Malik Bennabi (1905-1973) seorang sarjana Algeria yang mendapat pendidikan di

Perancis, turut terpengaruh dengan teori kitaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun.

Page 7: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

Pada asasnya teori kitaran Malik Bennabi berkembang melalui tiga tahap iaitu tahap

pimpinan roh (permulaan kebangkitan), tahap pimpinan akal

( penyebarluasan ), tahap pimpinan naluri ( kehancuran dan kejatuhan ).

Pada tahap pimpinan roh, seseorang memiliki fitrah semulajadi, dan dalam period

ini pemikiran dan tindakan masyarakat banyak dipengaruhi unsur-unsur yang dinamakan

roh (spritual). Bagi Malik Bennabi, hanya spiritual akan memberi semangat

kemanusiaan untuk berkembang dan membentuk peradaban. Apabila spiritual jatuh,

dengan sendirinya peradaban akan menurun.23 Dalam sejarah Islam period ini bermula

apabila lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. dengan memberi petunjuk dan wahyu

sehinggalah berlakunya perang Siffin pada tahun 38 Hijrah.

Ekoran tahap kehidupan manusia menjadi lebih maju, kompleks dan manusia

berhadapan dengan masalah-masalah baru menyebabkan masyarakat mula cenderung

menggunakan akal dan proses ini berlaku secara perlahan. Pada period ini manusia tidak

lagi berminat dengan pemikiran keagamaan menyebabkan sedikit sekali pengaruh agama

dalam kehidupan manusia. Unsur-unsur metafizik (ghaib) semakin terhakis sungguhpun

berlakunya perkembangan dalam bidang ilmu pengetahuan.

Fenomena ini memberi kesan terhadap psikologi individu dan bentuk moral

masyarakat yang berfungsi sebagai pengawal tingkah laku seseorang. Semakin jauh

masyarakat daripada ikatan moral dan norma-norma, semakin besar pula kesan terhadap

pengamalan moral dalam kehidupan sehari-hari. Keadaan ini dikenalpasti sebagai

permulaan timbulnya penyakit-penyakit sosial dalam masyarakat. Di Eropah period ini

berlaku dengan lahirnya Descartisme dan perluasan wilayah yang disusuli dengan 23 Lihat Ali Al-Quraisyiy, 1996. Malik bin Nabi dan Pergolakan Sosial 2, (terjemahan), Kuala Lumpur: YADIM,

Page 8: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

penemuan benua-benua Amerika oleh Columbus. Dalam peradaban Islam, tempoh in

berlaku apabila berakhirnya perang Siffin, dan Muawiyah bin Sufyan dikatakan

bertanggungjawab merosakkan keseimbangan antara unsur-unsur material dan roh.

Pada tahap ketiga, akal telah kehilangan fungsi sosial untuk membimbing

manusia. Masyarakat terasing daripada pemikiran keagamaan dan cuba menyesuaikan

diri dengan hal-hal keagamaan mengikut kehendak mereka. Soal-soal keagamaan

disempitkan kepada hal-hal ibadat sahaja. Dalam tahap ini, berlakunya kegiatan rasuah

dengan berleluasa kerana kehendak naluri yang tidak terkawal. Dalam era ini, timbul

banyak aliran sufi yang menurut Malik Bennabi sebagai usaha pelarian masyarakat, dan

keadaan ini berterusan sampai sekarang.

Malik Bennabi menegaskan bahawa terdapat tiga unsur yang membina peradaban

iaitu manusia, bumi, dan idea bagi mencapai kemajuan dan mencipta tamadun. Unsur

manusia dianggap lebih utama kerana manusia perlu mempunyai usaha (kerja) yang

akan membantu membina peradaban sesuatu bangsa. Beliau memberi contoh bagaimana

masyarakat awal Islam telah berusaha untuk membina masjid di Madinah yang dijadikan

tempat mengatur strategi bagi membangunkan ummah.

Malik Bennabi berpendapat nilai bumi bergantung kepada pemiliknya bukan dari

sudut jenis dan kesesuaian tanaman. Tanah sangat tinggi nilainya kalau dimiliki oleh

orang-orang berperadaban, sebaliknya tidak berharga jika dimiliki oleh orang yang tidak

berperadaban. Di Algeria banyak tanah yang dahulunya subur tetapi kini menjadi tandus

dan ditinggalkan sungguhpun beliau mengakui bahawa faktor udara dan iklim (serangan

angin pasir) mempengaruhi kehidupan, namun sikap manusia dalam menghadapi

Page 9: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

ancaman tersebut adalah lebih penting. Manusia perlu berikhtiar dan mencari jalan

menyelesaikan masalah tersebut. Sikap yang positif ini tidak ditunjukkan oleh orang

Algeria.

Malik Bennabi turut meletakkan keutamaan kepada unsur idea. Kekayaan material

atau benda tetapi miskin idea tidak memungkinkan tamadun dibina dengan kukuh.

Seperti yang ditegaskan Fawzia Bariun:

“He had noticed that the dilemma of the underdeveloped countries was not their

lack of things, but their poverty of ideas.”24

Beliau merumuskan bahawa masa adalah penting untuk menebus kemunduran

umat Islam. Bangsa Arab terutamanya mempunyai sama banyak jumlah waktu seperti

yang dimiliki oleh bangsa yang maju tetapi bangsa Arab tidak memperhitungkan masa

dengan baik. Menurutnya lagi, kaedah yang paling sesuai untuk mengajar umat Islam

tentang pentingnya masa ialah melalui proses pendidikan. Beliau memberi contoh

masyarakat Jerman selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1948, pemerintah

Jerman mewajibkan seluruh warganegara bekerja secara sukarela dua jam sehari yang

dilakukan semata-mata untuk kepentingan masyarakat. Hasilnya dalam masa terdekat

perubahan yang besar telah berlaku dalam masyarakat Jerman dalam bidang ekonomi

dan sosial.

Teori Linear

24 Fawzia Bariun, 1993. Malik Bennabi- His Life and Theory of Civilization, ABIM, Kuala Lumpur, lm.164.

Page 10: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

Teori ini beranggapan bahawa sesebuah peradaban akan berubah mengikut landasan yang

serupa satu deretan yang berbentuk linear. Teori ini menjelaskan bagaimana sesebuah

peradaban dilahirkan, berkembang dengan pesat, mencapai puncak kegemilangan ,

mengalami kemerosotan dan berakhir dengan kemusnahan dan kehancuran. Antara sarjana

yang berpegang pada teori ini termasuklah Arnold Toynbee dan Carrol Quigley.

Arnold Toynbee (1889-1949) seorang sarjana sejarah British telah menumpukan

kajiannya terhadap arah aliran dan peraturan perkembangan peradaban merujuk kepada 21

peradaban melalui bukunya A Study of History. Beliau yang hidup dalam era Perang Dunia

Pertama dan Perang Dunia Kedua, kurang senang dengan perubahan peradaban yang

berlaku di sekelilingnya. Beliau melihat kemerosotan yang berlaku dan dikatakan

mempunyai persamaan seperti yang diperjelaskan oleh Gibbon dalam karyanya berjudul

Decline and Fall of the Roman Empire. Toynbee sedar bahawa ketika berlakunya

kemerosotan Empayar Rom, banyak lagi peradaban lain yang mengalami keadaan yang

sama.25 Melalui data-data yang dikumpulkannya daripada hampir dua dozen peradaban,

beliau telah merangka teori perkembangan peradaban.

Menurut Toynbee, sesebuah peradaban akan melalui beberapa tahap

perkembangannya iaitu permulaan ( genesis ), pertumbuhan ( growth ), perpecahan ( break

down ), kejatuhan ( distintegration ) dan kelenyapan ( dissolution ).

Permulaan peradaban berlaku ekoran tindak balas manusia terhadap cabaran alam

semulajadi atau persekitaran sosial.26 Untuk menghadapi cabaran ini, maka muncullah

25 http://www.angelfire.com/sc3/holistic/1002.HTM, hlm.126 Antara cabaran yang dihadapi ialah keperitan hidup di kawasan sungai, padang pasir dan seumpamanya yang penuh dengan ancaman banjir besar, cuaca yang panas dan kekurangan bekalan makanan seperti yang

Page 11: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

golongan minoriti kreatif bagi memimpin dan membangunkan masyarakat. Toynbee

menggelarkan golongan ini sebagai mimesis. Golongan majoriti rakyat merasa selesa

dengan pencapaian (memenuhi keperluan golongan majoriti) yang dilakukan oleh

pemimpin minoriti yang kreatif.

Keadaan ini akan berakhir setelah cabaran itu sudah menjadi kebiasaan kepada

mereka. Situasi ini pernah dihadapi oleh masyarakat Neolitik yang berpuashati dengan

tempat tinggal, peralatan yang digunakan dan kegiatan bercucuk tanam yang mereka

usahakan. Akibatnya, peradaban itu akan diambil alih oleh golongan minoriti dominan

yang memerintah secara kuku besi. Peradaban mula retak setelah golongan majoriti melihat

golongan minoriti dominan mempunyai keistimewaan dalam struktur sosial masyarakat.

Masyarakat umumnya tidak lagi menganggap golongan minoriti dominan sebagai role

model mereka.

Golongan majoriti bukan elit ini merasakan mereka bukan lagi berada dalam

peradaban tersebut serta disingkirkan (alienated) dan Toynbee mengkelaskan golongan ini

kepada dua kumpulan iaitu proletariat dalaman dan proletariat luaran. Masyarakat berada

dalam keadaan kebingungan, bagaimanapun pemerintahan masih dapat dilaksanakan oleh

golongan minoriti dominan. Kelompok elit ini tidak lagi kreatif, tetapi sekadar berjaya

mempertahan kedudukannya sebagai kelompok yang dominan sahaja.27 Keadaan ini

membawa kepada pemerintahan yang kucar-kacir dan kawalan yang longgar ke atas rakyat

oleh golongan pemerintah.

dihadapi masyarakat Mesir, Hwang Ho dan Mesopotamia.27 Lihat Arnold Toynbee, 1954. A Study of History, London: Oxford University Press, vol.X, hlm.6.

Page 12: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

Tekanan hebat yang dikenakan ke atas golongan proletariat luaran, mengakibatkan

mereka bangkit dan membentuk satu pasukan tentera yang digelar Toynbee sebagai

‘barbarian war-bands’. Golongan ini kemudiannya mengambil alih tampuk pemerintahan.

Walaupun mereka belajar dan menguasai teknologi ketenteraan, golongan barbarian ini

mengabaikan nilai-nilai kesopanan dan kemanusiaan yang baik.

Tahap seterusnya memperlihatkan golongan ploretariat dalaman mencari jalan

keluar dengan menganuti agama baru ( higher religious ) dan lain-lain ideologi. Masyarakat

melihat agama dipergunakan oleh golongan elit pemerintah untuk mengekalkan status quo

mereka. Akhirnya, bagi Toynbee peradaban tadi runtuh dan diambil alih oleh pemerintahan

yang bercorak ‘Universal Church’ Maka bermulalah peradaban baru.

Arnold Toynbee berpendapat bahawa kesengsaraan hidup merupakan faktor utama

yang melahirkan tamadun yang tinggi. Penderitaan hidup telah merangsang manusia untuk

mencari jalan bagi membebaskan diri daripada belenggu kesengsaraan. Keadaan tersebut

memberi kekuatan dari segi mental dan fizikal untuk mencipta kejayaan baru.

Toynbee percaya bahawa peranan agama mampu menjadikan ubat yang paling

mujarab untuk menangani krisis peradaban yang menuju kehancuran. Beliau seterusnya

merumuskan bahawa agama lahir daripada tamadun yang lemah atau sedang runtuh.

Berdasarkan krisis moral yang berlaku di kalangan masyarakat Barat yang

membelakangkan agama Kristian, beliau meramalkan Barat akhirnya akan dipengaruhi

oleh satu agama yang berkembang dari Timur.

Jangka waktu antara ketiga-tiga fasa (break down, distintegration dan dissolution)

mungkin mengambil masa yang lama, seribu tahun atau lebih. Toynbee menegaskan

Page 13: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

bahawa kejatuhan sesebuah peradaban disebabkan oleh faktor dalaman dan bukan faktor

luaran. Jadi, Toynbee sependapat dengan Ibn Khaldun yang menyatakan bahawa pihak

pemerintah yang leka dengan kemewahan dan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai

memudaratkan sesebuah peradaban.

Carrol Quigley dalam bukunya The Evolution of Civilizations, berpendapat proses

perkembangan sesebuah tamadun akan melalui tujuh tahap iaitu bermula dengan tahap

campuran (mixture), kandungan (gestation), pengembangan (expansion), era konflik (age

of conflic), empayar sejagat (universal of empire), keretakan (decay) dan penaklukan

(invasion).28

Bagi menggunapakai teorinya, beliau telah merujuk kepada lebih 10 tamadun iaitu

tamadun Mesir, Mesopotamia, Tamadun Klasik, Rusia, China, India, Islam, Inca, Aztec

dan Minoan. Setiap tamadun ini diberi tempoh masa mengikut tahap tertentu. (Lampiran

B).

Setiap peradaban bermula dengan campuran dua atau lebih budaya. Kebanyakan

campuran budaya ini muncul di kawasan sempadan antara dua atau lebih budaya. Apabila

keadaan ini berlaku, akan wujudlah persefahaman dalam hal-hal yang berkaitan dengan

adat dan juga keperluan-keperluan asas. Kedua-dua pihak perlu membuat keputusan

bersama bagi memenuhi kehendak mereka, dengan itu wujudlah peradaban baru yang

berdasarkan persetujuan bersama.

28 Carrol Quigley, The Evolution of Civilizations, Indianapolis: Liberty Press, 19 , hlm.146

Page 14: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

Pada tahap kedua terdapat sedikit perubahan dalam masyarakat dan kebanyakan

anggota masyarakat dilihat mempunyai kedudukan yang stabil dalam struktur

masyarakatnya. Quigley menamakan tahap ini sebagai tahap kandungan. Tahap yang

ketiga muncul apabila wujudnya ciri-ciri berikut iaitu perubahan dalam pengeluaran

makanan, pertambahan jumlah penduduk, berlakunya proses penjelajahan dan penjajahan

serta perubahan dalam ilmu pengetahuan.

Bagi Quigley tahap keempat iaitu era konflik merupakan tahap lebih kompleks,

cukup menarik dan lebih kritikal jika dibandingkan dengan ketujuh-tujuh tahap

peradaban. Antara ciri-ciri utama tahap ini ialah kemerosotan dalam pengembangan,

munculnya ketegangan dan berlakunya konflik kelas khususnya di kawasan-kawasan

penempatan utama. Selain itu era ini juga digambarkan dengan bertambahnya keganasan

akibat berlakunya peperangan dengan penjajah dan timbulnya ketidakwarasan, sikap

mudah putus asa, pengamalan kepercayaan tahyul dan penentangan terhadap aspek

keduniaan semata-mata. Ekoran daripada penglibatan dalam perang imperialis,

menyebabkan kadar pengembangan menjadi perlahan.

Keadaan seterusnya akan menyebabkan wujudnya dominasi politik oleh satu pihak

yang melahirkan fasa kelima iaitu tahap empayar sejagat. Tahap ini ini dikenali Quigley

sebagai zaman keemasan iaitu era keamanan dan kemakmuran. Keamanan muncul setelah

ketiadaan perbalahan antara unit-unit politik dan juga ketiadaan pertentangan dengan

masyarakat yang berhampiran. Kemakmuran pula wujud kerana berakhirnya peperangan

dalam masyarakat, luasnya perdagangan antarabangsa serta kewujudan sistem mata wang.

Tahap ini dapat dilihat dengan kemajuan yang berlaku di bandar-bandar utama dan

pembinaan monumen seperti Taman Tergantung Babylon, piramid dan sebagainya.

Page 15: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

Tahap keretakan muncul apabila berlakunya kemerosotan ekonomi yang ketara,

kemerosotan taraf hidup, perang saudara dengan pelbagai pihak yang berkepentingan dan

tahap buta huruf yang tinggi. Masyarakat semakin lemah walaupun pelbagai usaha diambil

untuk memulihkan keadaan, tetapi kepincangan dalam masyarakat terus berlaku. Pada masa

ini muncul gerakan agama baru untuk menarik perhatian masyarakat.

Tahap ini mungkin mengambil masa yang lama sehingga muncul tahap yang

ketujuh iaitu tahap penaklukan. Tahap ini berlaku apabila masyarakat bersedia

mempertahankan diri mereka dan kesempatan ini diambil oleh pihak luar yang lebih

berwibawa dan bertenaga. Kesan daripada penaklukan ini menyebabkan sesebuah

peradaban itu musnah dan lenyap.

Quigley berpendapat bahawa jatuh bangunnya sesebuah peradaban ditentukan oleh

alat pengembangan (an instrument of expansion). Terdapat tiga elemen penting dalam alat

pengembangan ini iaitu insentif untuk mencipta, terdapat peningkatan dalam hasil

(accumulation of surplus) yang membolehkan sebahagian masyarakat menguasai kekayaan

dan membelanjakan kekayaan tersebut. Peningkatan hasil tadi digunakan untuk

menghasilkan ciptaan-ciptaan baru. Kejayaan dalam penciptaan itu bergantung kepada cara

masyarakat itu mengelolakan anggotanya. Sesetengah masyarakat menawarkan insentif

yang banyak, kerana terdapat banyak ganjaran dan galakan daripada instituisi mereka. .

Accumulation of surplus bermaksud sebahagian individu atau organisasi dalam

masyarakat memiliki sumber-sumber kekayaan yang melebihi keperluan mereka dan ini

membolehkan perbelanjaan sumber-sumber tersebut dalam jangka masa pendek.

Page 16: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

Surplus creating instrument adalah elemen penting untuk menyemarakkan lagi

perkembangan peradaban di samping adanya unsur-unsur rekacipta (invention) dan

pelaburan. Unsur “lebihan mencipta alat” ini bukan sahaja merujuk kepada organisasi

ekonomi tetapi boleh juga kepada organisasi-organisasi politik, ketenteraan, sosial, agama

dan sebagainya. Di Mesopotamia, golongan pendeta diberi penghormatan yang tinggi

dalam masyarakat. Di Mesir, organisasi politik mencipta lebihan melalui kutipan cukai

daripada rakyat jelata. Dalam peradaban Barat , pada zaman Feudal, organisasi ketenteraan

mencipta ( lebihan mencipta alat ) dengan membenarkan sebahagian kecil masyarakat,

golongan tentera atau tuan-tuan tanah mengumpul hasil-hasil ekonomi daripada golongan

serf supaya golongan serf mendapat perlindungan.

“Alat pengembangan” akan merosot secara perlahan ekoran kadar pelaburan susut

nilai. Keadaan ini semakin buruk apabila berlakunya pengurangan dalam penciptaan dan

accumulator of surplus. Hal ini boleh berlaku kerana beberapa sebab. Antaranya ialah

sekumpulan masyarakat menguasai sumber-sumber ekonomi dan golongan ini tidak mahu

melakukan apa-apa perubahan untuk memperbaiki masyarakat. Dalam masa yang sama,

usaha-usaha pembinaan monumen, dan perbelanjaan terhadap projek-projek mewah tidak

membawa kepada cara pengeluaran yang berkesan. Keadaan dalam masyarakat terus

mewujudkan tekanan dan melemahkan anggota masyarakat untuk melakukan aktiviti

yang kreatif dan inovatif. Quigley merumuskan bahawa peradaban itu muncul apabila

lahirnya ‘ a producing society with an intrument of expansion ‘29

Teori Pertembungan/Petentangan Peradaban

29 Ibid, hlm. 142

Page 17: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

Sungguhpun kedua-dua tokoh yang akan dibincangkan ini kurang jelas membicarkan

persoalan perkembangan proses perkembangan peradaban, namun penulis merasakan

bahawa idea-idea yang diketengahkan mereka masih relevan dengan pokok persoalan

kita iaitu perkembangan peradaban dan faktor-faktor yang menentu jatuh bangunnya

sesebuah peradaban.

Apabila membincangkan teori-teori jatuh bangunnya sebuah peradaban masa

kini, rasanya kurang lengkap jika kita tidak mengetengahkan tesis yang dikemukakan

oleh Samuel P. Huntington dalam bukunya The Clash of Civilization and the Remaking

of World Order. Buku yang penuh kontroversi dan menarik perdebatan ramai, kini telah

membuka era baru dalam kajian peradaban yang lebih komprehensif jika dibandingkan

dengan teori-teori yang terdahulu.

Sungguhpun Huntington lebih memfokuskan kepada tema pertembungan

peradaban, namun beliau mengakui ada faktor-faktor yang menyumbang kepada

kekuatan sesebuah peradaban moden serta ada faktor-faktor yang menjadi penentu

kurangnya pengaruh sesebuah peradaban. Hal ini ditegaskan oleh beliau bahawa

peradaban-peradaban senantiasa mengalami kemunduran sekaligus berkembang.

Peradaban bersifat dinamis, bangkit dan jatuh, menyatu dan saling terpisah, dan

sebagaimana halnya dengan apa yang mereka belajar sejarah, ia juga tenggelam dan

terkubur di dalam pasir-pasir masa.30

30 Samuel P. Huntington, The Clash of Civilization and the Remaking of World Order, New York: Touchstone, 1996, hlm. 44.

Page 18: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

Bagi Huntington, konflik antara peradaban merupakan fasa yang terbaru dalam

konflik dunia moden khususnya selepas era perang dingin. Menurutnya identiti

peradaban akan menjadi lebih penting pada masa hadapan, dan sebahagian dunia akan

dibentuk oleh interaksi antara tujuh atau peradaban besar ini. Peradaban besar itu

termasuklah peradaban Barat, Confucios, Jepun, Islam, Hindu, Slavic-Orthodox, Latin

Amerika dan mungkin juga peradaban Afrika. Konflik yang paling penting pada masa

hadapan dijangka akan berlaku pada garis keretakan yang memisahkan peradaban-

peradaban ini.

Huntington memperturunkan enam faktor yang menyebabkan berlakunya

keretakan atau pertembungan antara peradaban.31 Faktor yang pertama ialah peradaban

dibezakan antara satu sama lain oleh sejarah, bahasa, budaya, tradisi dan yang paling

penting ialah agama. Justeru, masyarakat daripada peradaban yang berbeza mempunyai

pandangan yang berlainan tentang banyak perkara. Menurut Huntington perbezaan ini

timbul dalam proses yang lama dan perbezaan ini tidak mudah lenyap kerana sifatnya

lebih asasi, berbanding dengan perbezaan ideologi politik dan rejim kerajaan yang

berasaskan politik.

Kedua, interaksi antara manusia daripada berlainan peradaban semakin

bertambah kerana dunia kini semakin mengecil. Peningkatan interaksi ini

memperdalamkan lagi kesedaran di kalangan kelompok itu sendiri. Orang Amerika

misalnya lebih bersifat negatif terhadap pelabur-pelabur Jepun daripada pelabur dari

Kanada dan negara-negara Eropah yang lain.

31 Samuel P. Huntington, Pertembungan Peradaban, (terjemahan) Kuala Lumpur: ISIS Malaysia, 1992, hlm4-6.

Page 19: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

Ketiga, proses pemodenan ekonomi dan perubahan sosial di seluruh dunia telah

memisahkan orang daripada identiti tempatan yang telah lama berakar umbi dan proses

ini melemahkan negara bangsa sebagai asas identiti. Bagaimanapun menurut

Huntington, agama telah berjaya menembusi jurang selalunya dalam bentuk gerakan

yang dilabelkan sebagai fundamentalis. Golongan fundamentalis terdiri daripada

kalangan anak muda, lulusan universiti, sekolah menengah, para profesional dan ahli

perniagaan.

Keempat, kesedaran tamadun akan semakin meningkat dan akan dipercepatkan

oleh dwi-peranan Barat. Pada satu pihak, Barat berada di puncak kekuasaan dan pada

masa yang sama sebagai kesan kekuasaan Barat menyebabkan dunia Barat mencari jalan

keluar seperti pengislaman semula Timur Tengah. Kelima, ciri dan perbezaan

kebudayaan agak sukar untuk diubahsuai dan oleh itu sukar dikompromikan berbanding

dengan ciri-ciri ekonomi dan politik. Malah lebih daripada persoalan etnik, agama

merupakan tekanan yang hebat di kalangan umat manusia. Seseorang itu mungkin boleh

dianggap separuh Perancis dan separuh Arab dan seterusnya menjadi warga dua negara.

Namun tidak mungkin boleh menjadi separuh Katolik dan separuh Islam.

Yang terakhir ialah keserantauan ekonomi semakin meningkat menyebabkan

kerjasama serantau menguntungkan negara-negara anggota kesatuan berdasarkan

peradaban yang sama. Salah satu kejayaan Barat ialah kerjasama serantau yang

diamalkan dan dikongsi bersama seperti Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC). Bergantung

kepada asas-asas dalam budaya di Eropah dan Kristian Barat tetapi kejayaan ini tidak

mutlak akibat timbul masalah tentang tiadanya persefahaman seperti itu. Penggunaan

mata wang Euro memperlihatkan Britain enggan menyertainya. Sungguhpun peradaban-

Page 20: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

peradaban lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara mempunyai organisasi serantau

mereka sendiri seperti South Asian Association for Regional Cooperation (SAARC)

dan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), namun kejayaan kerjasama

dalam bidang ekonomi kurang menggalakkan.

Faktor kedua yang menjadikan peradaban Barat lebih dominan ialah pelaku

utamanya iaitu Amerika berganding bahu di belakang teman seagama mereka. Barat kini

berada di kemuncak kekuasaannya. Musuhnya Jepun tidak memiliki taring yang

berbeza. Barat menguasai politik antarabangsa dan instituisi keselamatan bersama-sama

Jepun. Soal politik sejagat dan isu keselamatan diselesaikan dengan arahan Amerika

Syarikat, Britain dan Perancis secara berkesan. Isu ekonomi dunia diselenggarakan oleh

Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun dan kesemuanya mengekalkan hubungan yang

amat rapat antara satu sama lain dengan mengenepikan negara-negara yang sebahagian

besarnya bukan negara Barat.

Pengaruh Barat terhadap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang

hanya sesekali diganggu oleh pengecualian undi China, mendorong keputusan Bangsa-

Bangsa Bersatu memerangi Iraq dan seterusnya memusnahkan senjata canggih Iraq dan

menghapuskan kemampuannya membuat senjata.

Dalam membicarakan tahap perkembangan peradaban manusia, Ali Shariati

mengaitkan peristiwa Habil dan Qabil32 sebagai titik bermula sejarah bermulanya

32 Kedua-duanya adalah anak Nabi Adam. Kisahnya bermula apabila Qabil telah jatuh cinta dengan gadis jelita yang menjadi tunangan Habil, maka berlakulah pertelingkahan diantara kedua-dua anak Adam itu. Habil ialah manusia yang baik yang mempunyai sifat-sifat kasih sayang dan merendah diri dan cepat mengalah (dalam perbualan) . Hormat kepada orang tua serta taat kepada Allah. Beliau tegas dalam mempertahankan kebenaran dan keadilan. Qabil pula adalah seorang yang jahat dan bersikap keras dan kejam. Habil menjadi jahat kerana ia tinggal dalam sistem sosial yang anti kemanusiaan iaitu sistem yang dikuasai oleh rejim yang

Page 21: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

pertentangan manusia33. Dengan melihat dari sudut sosiologi, kisah ini mencerminkan

berakhirnya zaman kehidupan primitif. Berakhirnya zaman ini bererti sistem kehidupan

asal manusia yang menitikberatkan soal persamaan dan persaudaraan sebagaimana yang

digambarkan melalui kegiatan berburu dan menangkap ikan pada zaman Habil.

Sistem ini kemudiannya digantikan pula dengan sistem pertanian yang

mengizinkan pemilikan peribadi. Apabila berlakunya pembolotan pemilikan peribadi,

maka lahirlah masyarakat kelas pertama yang melakukan penindasan dan kezaliman.

Matinya Habil dan hidupnya Qabil, merupakan kenyataan sejarah yang tidak dapat

diubah lagi. Habil mati tanpa meninggalkan zuriat, yang mengizinkan keturunan Qabil

untuk terus hidup, berkuasa dan mencorakkan segala-galanya. Apabila masyarakat,

kerajaan, ekonomi, agama telah dikuasai oleh Qabil maka pandangan dan perbuatan

Qabil mula diterima sebagai nilai sejagat masyarakat selepas itu. Inilah peristiwa yang

menjadi punca kepada keidakseimbang yang berlaku dalam pandangan dan kehidupan

manusia kini34.

Ali Shariati menegaskan lagi bahawa pertelagahan yang berlaku antara Habil dan

Qabil bukanlah pertelagahan antara adik beradik kerana merebut seorang gadis, malah

pertelagahan tersebut mewakili satu pertentangan yang berterusan antara dua pihak

membolot harta kekayaan untuk kepentingan sendiri.33 Beliau menolak tafsiran yang dibuat oleh tokoh agama Islam dan tokoh agama lain tentang peristiwa ini. Kebanyakan daripada tokoh-tokoh tersebut , memberi huraian yang tidak banyak perbezaannya iaitu mengutuk peristiwa pembunuhan itudengan alas an membunuh itu adalah astu perbuatan yang berdosa, perlulah kita menjauhkan diri daripadanya terutama sekali terhadap saudara mara kita, baginya peristiwa ini merupakan titik agung dalam sejarah peradaban manusia.34 Beliau menyatakan bahawa penentangan dan pergelutan yang berterusan itu akan tiba saatnya apabila golongan penindas terpaksa meratapi kematian sistem Qabil dan dari saat inilah sistem Habil akan mulai tegak kembali. Persamaan hak akan dihayati seluruh dunia, perpaduan dan persaudaraan manusia akan dikukuhkan melalui penegakan persamaan hak dan keadilan sejagat. Beliau mengutip seoptong ayat Al Quran yang bermaksud “…dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”

(Quran 28:5)

Page 22: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

dalam masyarakat manusia . Kisah ini merupakan cerita yang menjadi kesinambungan

kisah hidup manusia di sepanjang zaman.

Sebagai lanjutan daripada kisah Habil. Ali Shariati menyebut empat manusia

yang disebut dalam Al-Quran yang dilambangkan melalui watak Firaun, Qarun, Haman,

dan Bal’am. Pada setiap zaman, keempat-empat jenis manusia ini telah tampil sebagai

pendukung status quo dan penentang perubahan sosial. Firaun adalah penguasa yang

korup, penindas yang selalu merasa dirinya sahaja yang benar, tonggak sistem

kezaliman dan kemusyrikan. Haman mewakili kelompok teknokrat, ilmuan yang

menunjang kezaliman dengan memperalatkan ilmu. Qarun adalah cerminan kaum

kapitalis, pemilik sumber kekayaan, rakus, menghisap seluruh kekayaan massa. Bal’am

melambangkan kaum ruhaniyun, tokoh-tokoh agama yang menggunakan agama untuk

mengesahkan kekuasaan yang dikumpul.

Ali Shariati mengatakan ada dua perkara yang memungkinkan terbinanya

sesebuah peradaban. Faktor yang pertama ialah fenomena hijrah atau migrasi dan faktor

kedua ialah peranan manusia khususnya golongan intelektual.

Bagi Ali Shariati, hijrah bukan sahaja merujuk kepada perpindahan Nabi

Muhammad s.a.w. dari Mekah ke kota Madinah untuk menyelamatkan diri daripada

seksaan kaum Quraisy tetapi mempunyai erti kata yang lebih luas dan mendalam.

Daripada kajian beliau terhadap 27 peradaban, Ali Shariati merumuskan bahawa

peradaban lahir disebabkan penghijrahan manusia dari tempat asal ke tempat baru.

Page 23: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

Sebaliknya tidak terdapat sebarang peradaban yang lahir dan berkembang di kalangan

masyarakat primitif yang tidak pernah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain35.

Faktor kedua ialah peranan manusia itu sendiri khususnya golongan intelektual

yang bertanggungjawab menentukan nasib dan mengubah masa depan mereka, kerana

mereka diberi akal fikiran dan kudrat untuk berusaha. Beliau mengaitkan faktor tersebut

dengan ayat Al-Quran :

“Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak mahu

mengubahnya”.(Al Quran)

Golongan intelektual turut terlibat dalam menegakkan sesebuah peradaban.

Istilah golongan intelektual yang digunakan Ali Shariati ialah rausyanfikr. Golongan ini

bukan sekadar ilmuan36 tetapi golongan yang merasa bertanggungjawab untuk

memperbaiki masyarakatnya bagi menunaikan cita-cita mereka. Merumuskannya ke

dalam bahasa yang dapat difahami setiap orang, menawarkan strategi dan alternatif

penyelesaian masalah. Beliau mentafsirkan bahawa golongan intelektual…

”one who is conscious of his own “humanistic status” in a specific social and

historical time and place. His self awareness lays upon him the burden of responsibility.

He responsibily, self-conciuosly leads his people in scientific, social and revolutionary

action.”37

Teori Pendekatan Psikologi/Ketuhanan

35 Ali Shariati, On Sociologi of Islam,(terjemahan Hamid Algar), Berkeley: Mizan Press, 1979, .hlm 43-45.36 Hanya melibatkan diri dalam kelompok orang yang sudah mendapat pendidikan tinggi dan memperoleh gelaran sarjana. Seorang ilmuan mencari kenyataan, sementara seorang rausyanfikr mencari kebenaran.37 Ali Shariati, 1980. Reflections of Humanity: Two View of Civilization and Plight of Man, Texas: Free Islamic Literature Inc. hlm. 2

Page 24: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

Aurobindo, seorang reformis dan ahli falsafah India berpendapat bahawa pola

perkembangan peradaban manusia boleh difahami dengan menggunakan pendekatan

psikologi. Dengan itu beliau menolak pendekatan teori-teori jatuh bangun oleh para-para

sarjana sebelum ini.38 Beliau mendapati pendekatan psikologi yang digunakan oleh ahli

psikologi Jerman iaitu Lamprecht, cukup relevan bagi menjelaskan tahap-tahap

perkembangan peradaban manusia. Lima tahap tersebut ialah tahap simbolik, typal,

konvensional, individualis dan subjektif.39

Pada tahap simbolik, simbol-simbol keagamaan memainkan peranan penting

dalam kehidupan masyarakat. Manusia secara umumnya melahirkan perasaan mereka

melalui unsur-unsur mitos, puisi, dan kesenian. Amalan–amalan budaya dan instituisi

sosial turut terpengaruh dengan unsur-unsur simbolik. Misalnya dalam kitab Rig Veda

pada zaman Vedik (1500-1000SM) menyanjung serta mengagung-agungkan upacara

perkahwinan Surya, puteri kepada Dewa Matahari. Manusia dianggap sebagai insan

kerdil dan merupakan imej ketuhanan. Pendek kata simbol-simbol keagamaan hadir di

belakang kehidupan mereka. Aurobindo meletakkan Zaman Vedik iaitu zaman

pembentukan budaya orang Arya di India tergolong dalam tahap ini.

Tahap typal memperlihatkan perkembangan seterusnya dalam perkembangan

peradaban manusia .Menurut Aurobindo kesedaran terhadap sistem varna mula berubah.

Struktur serta sistem sosial masyarakat mula berkembang kerana wujudnya perbezaan

dan fungsi ekonomi empat golongan yakni brahmin, ksatriya, vaisya dan sudra. Pada

38 Teori irama,linear dan putaran.39 Grace E. Cairns, “ Aurobindo’s Conception of the Nature and Meaning of History”, dalam T.M.P. Mahadevan & Grace E. Cairns, 1977.Contemporary India Philosophers of History, Calcutta: The World Press Private Ltd., hlm. 5

Page 25: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

tahap ini, agama menjadi penghalang untuk mewujudkan etika kehidupan yang

sempurna.

Pada tahap konvensional, pengamalan sistem varna menjadi lebih ketara. Agama

pula digambarkan oleh Aurobindo sebagai

“religion in the conventional stage becomes stereotype, thought subjected to

infallible authorities, and education bound to unchangeable forms”.40 Eropah pada

Zaman Pertengahan dan India pada masa kini menurut Aurobindo masih berada pada

tahap konvensional.

Tahap individualis disebut sebagai ta’kul (reason), memberontak (revolt),

kemajuan (progress) dan kebebasan (freedom). Keempat-empat elemen tadi cukup

penting untuk melahirkan rasa ketidakpuashatian di kalangan anggota masyarakat.

Dalam usaha mengatur kehidupan yang lebih sempurna, perjuangan untuk mewujudkan

persamaan dan kebebasan di kalangan anggota masyarakat mula terserlah. Kesannya

muncullah pihak-pihak yang memperjuangkan hak masing-masing tidak kira golongan

miskin atau kaya yang kemudiannya melahirkan golongan berideologi fasis, komunis

dan sosialis.

Pada tahap subjektif bagi Aurobindo, manusia mestilah melalui semua empat

tahap sebelum ini untuk mencapai tahap terakhir yang juga disebut sebagai spiritual atau

dikenali juga sebagai tahap minda unggul (supermind). Pada tahap ini manusia percaya

bahawa kuasa ketuhanan mengatasi keupayaan intelek. Manusia melihat intelek sebagai

perantara antara dunia material (infrarational) dan dunia kerohanian (suprarational).

40 Ibid, hlm. 7

Page 26: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban

Apabila semua orang atau sebahagiannya mendapat ilmu pengetahuan yang subjektif

dengan identiti ketuhanan, maka muncullah tahap masyarakat berperadaban.

Bagi Aurobindo syarat untuk mencapai tahap minda unggul atau ketuhanan, dua

perkara mesti dipenuhi serentak. Pertama, mestilah muncul individu

“ who are able to see, to develop, to re-create themselves in the image of

Spirit and communicate both their idea and its power to mass.”41

Menurutnya, Mahatma Ghandi telah mencapai tahap ini. Pandangan ini sama dengan

pandangan Ali Shariati yang menganggap bahawa golongan intelek perlu ada untuk

menggerakkan masyarakat.

Kedua, kesediaan untuk membaca minda masyarakat supaya message daripada

Tuhan dapat diterima. Manusia pada masa ini dipenuhi dengan rasa rendah diri, kurang

berkesedaran dan kurang mengetahui aspek spiritual. Justeru mereka tidak bersedia

menerima imej ketuhanan. Aurobindo seterusnya menegaskan bahawa jika seseorang

ingin mencapai tahap ketuhanan, unsur-unsur material perlu dihindarkan dalam

masyarakat.42

Sekiranya kedua-dua syarat tadi tidak dipenuhi, maka manusia secara

keseluruhannya akan menjadi makhluk yang tidak sempurna menurut Aurobindo.

41 Sri Aurobindo, 1949.The Human Cycle, Pondicherry: Sri Aurobindo Ashram, hlm. 442 Grace E. Cairns, op.cit., hlm. 5

Page 27: 223979313 Teori Teori Pembinaan Dan Kejatuhan Sesebuah Peradaban