Upload
others
View
1
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
2
25 APRIL 2008
3
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN
DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR-PELAJAR TAHUN EMPAT
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN
(KEJURUTERAAN AWAM,ELEKTRIK,MEKANIKAL) DI FAKULTI
PENDIDIKAN, UTM
ANASYUHADA BT LA’ANAIN
4 SPJ
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
4
25 APRIL 2008
5
DEDIKASI
Khasnya untuk :
Ayah yang dikasihi En La’anain bin Hj Jamil
Ibu tiri saya yang disayangi Pn Norshahimah bt Abdullah
Teman teristimewa En Ahmad Nawawi bin Ahmad
Kakak dan adik-adik yang tersayang
Segala pengorbanan kalian sumber inspirasi bagiku untuk meneruskan
perjuangan. Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian semua.
Tidak lupa juga untuk :
Kawan-kawan semua
Khanya yang terlibat dalam menjayakan kajian ini
Terima kasih atas segala sokongan & keperihatinan………
6
PENGHARGAAN
Pertama sekali saya mengucapkan Alhamdullillah, segala pujian dan syukur
kepada Allah S.W.T. dengan izinNya Projek Sarjana ini dapat disempurnakan.
Selawat dan salam untuk junjungan Rasullullah S.A.W serta para sahabat baginda
Dalam usaha untuk menjayakan projek ini, penulis ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Tuan Haji Kandar bin Selamat
iaitu pensyarah PSM I dan Encik Asnul Dahar bin Minghat iaitu pensyarah PSM II
yang telah banyak membantu dan memberikan bimbingan sepanjang tempoh
penyediaan Projek Sarjana Muda ini. Kesabaran dan keikhlasan mereka amatlah
dihargai
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada wakil kelas SPA, SPE, SPH dan
SPJ tahun empat yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya di dalam
penyelidikan ini tidak lupa juga buat rakan-rakan dan kepada sesiapa sahaja yang
terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Sekian, terima kasih.
7
ABSTRAK
Kajian ini berbentuk deskriptif bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor
yang mempengaruhi kecemerlangan dalam pencapian akademik pelajar-pelajar.
Sampel kajian ini melibatkan 61 orang pelajar tahun empat yang mendapat anugerah
Kepujian Dekan semester II sesi 2006/2007 yang mengikuti program Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Mekanikal) di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Aspek yang dikaji melibatkan
empat perkara utama iaitu untuk mengenalpasti pilihan utama terhadap faktor
pensyarah, mengenalpasti pilihan utama terhadap faktor cara belajar berkesan,
mengenalpasti pilihan utama terhadap faktor rakan, dan juga mengenalpasti pilihan
utama terhadap faktor pembaharuan standard penilaian pemarkahan (GRED BARU).
Instrumen kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah soal selidik. Nilai
kebolehpercayaan item soal selidik ini adalah 0.837. Data yang diperolehi dianalisis
dengan perisian SPSS ( Statistical Package for the Social Science ) Versi 12.0. Hasil
analisis mengikut item diterjemahkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Hasil
kajian menunjukkan faktor pembaharuan standard penilaian pemarkahan (GRED
BARU) adalah merupakan pilihan utama pelajar dalam mempengaruhi
kecemerlangan dalam pencapaian akademik iaitu nilai min 2.74, diikuti dengan faktor
pensyarah dengan nilai min 2.65, pilihan ketiga pelajar pula adalah faktor cara belajar
berkesan dengan nilai min 2.53, dan akhir sekali pelajar telah memilih faktor rakan
sebagai pilihan dengan nilai min hanya 2.46. Beberapa cadangan telah dikemukakan
dalam kajian bagi memungkinkan kajian lanjutan dijalankan.
8
ABSTRACT
This research is in form of descriptive and to determine the factor-factor that
influence the success of academic education among students. This sample research
involves 61 forth year students whom got Dean List for semester II session
2006/2007 which is undergoing Bachelor of Technology and Education (Civil,
Electrical and Mechanical) at Education Faculty, UTM. The aspect surveyed involves
four main factor which is effective learning method, determine the main selection
towards friends factor and development of main selection towards the advancement
of new grading system. Questionnaire is used as the research instrument. The value of
the questionnaire reliability is 0.837. Data obtained is analyzed by using SPSS
version ( Statistical Package for the Social Science ) version 12.0. the outcome is
presented in frequency and percentage form. The outcome of this research shows that
the main selection which is choosen by students is the new groding system which
influence their academic achievement with mean value of 2.74, followed by lecture
factor with mean value of 2.65, and the third factor is effective learning method with
mean value of 2.53 and finally students choosed friends factor with mean value of
2.46. Several suggestion have been presented in this research for further investigation
in future.
9
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 12
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.7 Batasan Kajian 14
1.8 Istilah / Definasi 14
1.9 Kesimpulan 17
10
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Kecemerlangan Akademik 20
2.2.1 Faktor Pensyarah 21
2.2.2 Faktor Cara Belajar 26
2.2.3 Faktor Rakan 30
2.2.4 Faktor Pembaharuan Standard
Penilaian Pemarkahan 33
2.3 Kesimpulan 37
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Rekabentuk Kajian 38
3.3 Tempat Kajian 39
3.4 Polulasi dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 41
3.6 Kajian Rintis 43
3.6.1 Keesahan Intrumen Kajian 44
3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 45
3.7 Kaedah Analisis Data 46
3.8 Prosedur Kajian 48
3.9 Kesimpulan 49
BAB 4 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pengenalan 50
4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 52
4.2.1 Latar belakang responden 52
11
4.2.1.1 Program/Aliran 53
4.2.1.2 Jantina 54
4.2.1.3 Bangsa 54
4.2.1.4 Kelulusan Tertinggi Ibu/Bapa 55
4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 55
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama. 56
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 61
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 64
4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 68
4.4 Kesimpulan 72
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 73
5.2 Perbincangan
5.2.1 Perbincangan Bahagian A 74
5.2.2 Perbincangan Bahagian B 75
5.2.2.1 Perbincangan Dapatan Persoalan 1 76
5.2.2.2 Perbincangan Dapatan Persoalan 2 78
5.2.2.3 Perbincangan Dapatan Persoalan 3 81
5.2.2.4 Perbincangan Dapatan Persoalan 4 83
5.3 Rumusan
5.3.1 Rumusan Bahagian A 86
5.3.2 Rumusan Bahagian B 87
5.4 Cadangan 83
5.5 Cadangan kajian lanjutan 91
5.6 Kesimpulan 92
12
BIBLIOGRAFI 93
LAMPIRAN 98
13
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA HALAMAN
Jadual 1.1 Statistik pelajar-pelajar dekan
semester I dan II sesi 2006/2007 4
Jadual 1.2 Standard Penilaian Pemarkahan
Terbaru 7
Graf 1.1 Gaya Pengajaran Pensyarah 9
Jadual 3.1 Taburan Responden Kajian
Mengikut Pengkhususan 40
Jadual 3.2 Skala Likert 42
Jadual 3.3 Item soal selidik 43
Jadual 3.4 Pertimbangan yang akan digunakan
oleh penyelidik untukmenjawab
persoalan kajian yang berkaitan. 48
Jadual 4.1 Tahap pencapaian berdasarkan
Skor Min 51
Jadual 4.2 Jadual Skala Likert 52
Jadual 4.3 Bilangan dan peratus taburan
responden mengikut Program 53
Jadual 4.4 Bilangan dan peratus taburan
responden mengikut Jantina 54
Jadual 4.5 Bilangan dan peratus taburan
responden mengikut Bangsa 55
Jadual 4.6 Bilangan dan peratus taburan
14
responden mengikut kelulusan
tertinggi 56
Jadual 4.7 Taburan kekerapan dan skor min
berkaitan analisis faktor pensyarah 58
Jadual 4.8 Taburan kekerapan dan skor min
berkaitan faktor cara belajar berkesan 62
Jadual 4.9 Taburan kekerapan dan skor min
berkaitan analisis faktor persekitaran 65
Jadual 4.10 Taburan kekerapan dan skor min
berkaitan analisis Faktor Perubahan
Standard Pemarkahan 69
15
SENARAI SINGKATAN
CGPA Cumulative Grade Point Average
PNGK Purata Nilai Gred Keseluruhan
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPSS Statistical Package For the Social Sciences
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional
SPJ Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
SPE Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrikal)
SPA Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
16
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA HALAMAN
A Soal Selidik 98 B Pengesahan Item 105 C Pengesahan Item 107
17
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kecemerlangan dalam sesebuah peperiksaan sering menjadi harapan yang
bukan sahaja untuk diberikan pujian bahkan menjadi ukuran yang menentukan masa
depan para pelajar. Menurut Jashir (1975), taraf pendidikan yang tinggi sering di
kaitkan dengan pekerjaan, pendapatan dan kedudukan sosial yang lebih baik. Oleh
yang demikian, pencapaian akademik yang cemerlang sering menjadi matlamat
utama bukan sahaja oleh pensyarah malah ibu bapa dan diri pelajar itu sendiri.
Bukan sahaja ibu bapa, pensyarah serta pelajar itu sendiri yang mahukan
kecemerlangan, bahkan negara kita sendiri mempunyai cita-cita untuk menjadi
sebuah negara maju berasaskan perindustrian serta pertanian dan berupaya untuk
bersaing dengan negara maju yang lain. Untuk merealisasikan impian dan cita-cita
negara, institusi pengajian tinggi perlu melahirkan ribuan mahasiswa-mahasiswi
yang cemerlang dari aspek akademik untuk menjanjikan mutu kerja yang berkualiti
18
Menurut Altbacch G.Phillips (1982), sesebuah negara yang ingin mencapai
proses pembangunan ekonomi yang mapan mestilah bersedia untuk melakukan
perubahan yang drastik dalam aspek pembangunan sumber tenaga manusia dari segi
kualiti, kuantiti dan taburan pekerjaan. Matlamat ini hanya dapat dicapai melalui
perubahan di dalam penyususnan semula struktur pendidikan ataupun lebih di kenali
sebagai reformasi bagi sesebuah negara. Ini adalah untuk menghasilkan golongan
siswazah yang cemerlang dan dapat membangunkan negara.
Untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, terdapat beberapa faktor
yang dapat dikaitkan. Setiap manusia mempunyai potensi untuk cemerlang dan
berjaya dalam hidup masing-masing. Hal ini jelas apabila kita renung kembali ayat-
ayat al-Quran bahawa manusia mampu memperoleh apa yang diusahakan olehnya
(al-Baqarah 2:286). Kecemerlangan ataupun kejayaan tidak datang bergolek. Tetapi
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi seseorang untuk mencapai kejayaan.
Menurut T. Marimuthu (1990), pencapaian akademik yang baik tidak akan
diperolehi sekiranya terdapat faktor-faktor negatif yang mempengaruhi
pembelajaran. Jadi, di sini jelas menunjukkan bahawa faktor-faktor yang
memepngaruhi pelajar-pelajar adalah dari faktor yang positif sahaja. Faktor ini perlu
dikaji untuk mengembangkan potensinya bagi dapat melahirkan lebih ramai lagi
siswazah yang cemerlang dalam akademik.
19
1.2 Latar Belakang Masalah
Memang menjadi harapan setiap orang untuk cemerlang dalam apa sahaja
aktiviti yang dilakukannya. Begitu juga dalam bidang pembelajaran, setiap pelajar
inginkan kecemerlangan dalam mana-mana ujian dan peperiksaan yang dihadapinya.
Tetapi, apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar itu untuk
berjaya.
Tidak dinafikan bahawa banyak yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar dari
fakulti pendidikan kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Mekanikal, Awam dan Elektrik). Seperti yang dinyatakan oleh Awang Had (1996),
kemajuan adalah satu proses bukan satu titik pencapaian yang terakhir dan mutlak, ia
adalah sasar yang sentiasa berganjak kehadapan. Menurut statik yang diperoleh
daripada pejabat fakulti pendidikan, dapat dilihat bahawa peningkatan keputusan
peperiksaan akhir yang begitu mendadak bagi pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan
bagi sem I sesi 2006/2007 dan bagi sem II sesi 2006/2007.
Jadual 1.1 : Statistik pelajar-pelajar dekan semester I dan II sesi 2006/2007
Semester sesi
2006/2007
Bilangan Pelajar
1 275
2 1143
(Sumber : Pejabat Akademik, Fakulti Pendidikan, UTM 2007)
20
Peningkatan ini adalah sesuatu yang memberangsangkan pelbagai pihak
tetapi apakah faktor yang menyebabkan peningkatan ini. Mengapa ini terjadi.
Sememangnya peningkatan keputusan peperiksaan akhir ini memang amat di
harapkan oleh pihak fakulti, pelajar serta keluarga masing-masing. Tetapi setiap apa
yang berlaku mempunyai sebab yang tersendiri. Untuk menjamin peningkatan ini
berterusan, suatu penyelidikan harus dijalankan unuk mengenalpasti faktor
penyebabnya. Hal ini supaya peningkatan demi peningkatan dalam pencapaian
akademik dapat diperolehi.
Sememangnya dapat diketahui bahawa sebelum seseorang pelajar dapat
mengikuti kursus perguruan di UTM, seseorang pemohon itu perlu melalui beberapa
ujian temuduga serta mempunyai kelulusan yang tinggi. Hal ini kerana mengikut
bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed berkata, keputusan itu
dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan Kementerian Pelajaran Malaysia dan
kementeriannya bertujuan untuk memastikan kualiti guru yang dilahirkan oleh
kedua-dua kementerian mempunyai standard yang sama dan memudahkan mereka
diserap ke jawatan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia (Bernama, 03
April 2007). Ini menunjukkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi mengambil
berat mengenai kualiti guru yang bakal di lahirkan. Sehubungan dengan itu, prestasi
cemerlang oleh pelajar-pelajar yang mengikuti kursus perguruan dalam bidang
akademik perlu berterusan dan seiring dengan kehendak Kementerian Pengajian
Tinggi untuk menjamin kualiti yang berterusan.
21
Mengikut Shariff Omar dan Aziz Nordin (1997), penggredan merupakan
suatu penilaian yang dibuat untuk mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan
dan kemahiran asas yang perlu dalam sesuatu kursus bagi membolehkan pelajar
mempelajari kursus berikutnya atau sebagai satu bahan bukti pencapaian bagi
membolehkan seseorang pelajar itu memasuki alam pekerjaan. Di sini dapat di lihat
bahawa penggredan iaitu penilaian pemarkahan merupakan aspek penting untuk
seseorang pelajar memperolehi pekerjaan kelak. Sehubungan dengan itu, apabila
peningkatan tahap kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik meningkat atau
susut nilainya, suatu kaji selidik perlu di lakukan untuk mengetahui punca sebenar
atau faktor penyebab. Ini kerana untuk menjamin pekerjaan kepada pelajar-pelajar
serta mengurangkan tahap pengangguran daripada berlaku.
Seperti yang semua pihak tahu, mulai Sem 2 sesi 2006/2007, terdapat
pembaharuan standard penilaian pemarkahan. Pembaharuan ini jelas dapat dilihat
pada Jadual 1.2. Pembaharuan standard penilaian pemarkahan ini adalah berdasarkan
pekeliling akademik Bil 3/2007. Dapat di ketahui bahawa, sebelum ini sistem
pemarkahan Universiti Teknologi Malaysia adalah tinggi berbanding dengan
universiti-universiti yang lain. Sememangnya universiti ini mempunyai golongan
yang cerdik pandai yang banyak. Tetapi sistem penggredan yang begitu tinggi
menyukarkan para pelajar untuk menonjol. Selain itu juga mengurangkan motivasi
seseorang pelajar itu kerana sistem penilaian yang terlampau tinggi.
22
Menurut Shariff Omar dan Aziz Nordin (1997), proses menilai sesuatu
kursus atau program pengajian bukanlah satu perkara yang mudah kerana kesilapan
dalam menilai boleh menyebabkan kesan yang negatif kepada pelajar yang
mengikuti kursus tersebut dan seterusnya kepada orang lain yang akan mendapat
khidmat daripada pelajar berkenaan. Ini jelas terbukti apabila berlaku pembaharuan
standard penilaian pemarkahan, peningkatan yang drastik telah berlaku dalam
keputusan akhir semester. Tetapi tanpa ada kajian yang khusus, kita tidak dapat
menyimpulkan bahawa perubahan standard penilaian pemarkahan menyebabkan
peningkatan peratusan pelajar-pelajar yang memperoleh anugerah kepujian dekan
iaitu mendapat CGPA 3.50 ke atas. Jadi persoalan ini perlu dikaji untuk mengetahui
cara yang terbaik untuk mempertingkatkan prestasi para pelajar Universiti Teknologi
Malaysia.
23
Jadual 1.2 : Standard Penilaian Pemarkahan Terbaru
Gred CGPA
A+ 4.00
A 4.00
A- 3.67
B+ 3.33
B 3.00
B- 2.67
C+ 2.33
C 2.00
C- 1.67
D+ 1.33
D 1.00
D- 0.67
E 0
(Sumber : www.aimsweb.utm.my)
Setiap semester, pelajar-pelajar akan bertemu dengan pensyarah yang
berlainan. Hanya segelintir sahaja yang akan bertemu pensyarah yang telah
mengajarnya pada semester sebelum itu. Ini juga merupakan salah satu faktor yang
mungkin dapat memberi kesan peningkatan pencapaian akademik pelajar. Hal ini
kerana, pengajaran pensyarah adalah satu aspek yang amat penting semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Seperti mana menurut Syarifah Alawiyah
(1983), pengajaran adalah aktiviti ataupun proses. Pengajaran mengandungi aktiviti
menerangkan, menyoal, mendengar dan menggalakkan sesuatu yang menyebabkan
pelajar belajar. Setiap pensyarah mempunyai cara pengajaran dan konsep yang
berlainan dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Jadi, pengkaji ingin
mengkaji adakah faktor pensyarah yang berlainan pada sem 1 sesi 2006/2007 dan
24
sem 2 sesi 2006/2007 memberi kesan kepada peningkatan pencapaian akademik
pelajar-pelajar.
Hal ini kerana setiap pensyarah mempunyai gaya pengajaran yang
tersendiri untuk menarik minat pelajar-pelajarnya. Graf 1.1 menunjukkan beberapa
gaya pensyarah yang di ambil dari Kajian Pola Pembelajaran Pelajar UTM dari Unit
Pengajian Pembelajaran (UNIPEN) Canselori, UTM. Gaya pengajaran pensyarah
merupakan aspek utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
berlaku.
GAYA PENGAJARAN PENSYARAH
0 10 20 30 40 50 60 70 80
ABCDEFGHI
kod
ciri
-cir
i pen
syar
ah
bilangan
Series1
Graf 1.1 : Gaya Pengajaran Pensyarah
25
Kod ciri-ciri gaya pengajaran pensyarah
A. Menepati masa kuliah sentiasa.
B. Menyampaikan kuliah dengan penuh bersemangat, keceriaan dan
kepelbagaian pendekatan.
C. Pensyarah menyediakan bahan kuliah dengan baik dan teratur.
D. Pensyarah menguasai pengetahuan bidangnya dengan tinggi.
E. Pensyarah menyampaikan bahan kuliah dengan lancar dan tidak gugup.
F. Penggunaan papan tulis OHP dan sebagainya adalah membantu dan
berkesan.
G. Pensyarah sering tangguh atau batalkan kuliah tanpa sebab.
H. Pensyarah mempunyai kemahiran dan bakat berkomunikasi yang
tinggi.
I. Pensyarah mendorong dan meningkatkan kemahiran berfikir.
Cara belajar atau gaya belajar yang berkesan juga dapat memberi kesan
kepada mutu pencapaian akademik pelajar . Setiap orang mempunyai cara yang
berbeza untuk belajar. Terdapat pelajar yang sering melakukan pelbagai bentuk
latihan, samada latihan daripada pensyarah berbentuk tutorial, latihan daripda buku
ataupun latihan daripada soalan peperiksaan yang lepas sebagai satu langkah
mengulangkaji pelajaran. Latihan bertujuan memastikan kita memahami apa yang
telah dipelajari dengan lebih mendalam. Ada sesetengah pelajar selalu mengunjungi
perpustakaan untuk meminjam dan membaca buku bagi menguasi pelajaran yang
telah di pelajari. Selain itu juga terdapat pelajar yang hanya menguasai pengajaran di
dalam kelas. Mereka memberi tumpuan sepenuhnya ketika sesi pengajaran berjalan.
Selain memberi tumpuan, sesi soal jawab antara guru dan pelajar juga memainkan
peranan yang penting dalam memahami sesi pengajaran.
26
Gaya belajar yang betul boleh membantu pelajar untuk menjawab soalan
peperiksaan dengan lebih mudah untuk mencapai kecemerlangan. Abdul Rahim
(1992) menyatakan hasil kajian di England mendapati ramai pelajar yang
menyatakan mereka gagal sebagai pelajar. Mereka hanya ingat tetapi tidak pandai
menggunakan kaedah belajar yang betul dan ini menyebabkan ramai yang gagal
dalam peperiksaan. Pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah di dalam bilik
kuliah tidak lengkap sekiranya pelajar tidak dapat menumpukan sepenuhnya
perhatian, tidak membaca, tidak membuat catatan nota, tidak mengulangkaji
pelajaran dan tidak mengurus masa dengan berkesan.
1.3 Pernyataan Masalah
Seramai 1143 orang pelajar yang menerima anugerah Kepujian Dekan pada
semester II sesi 2006/2007 berbanding hanya 275 orang pelajar sahaja pada semester
I sesi 2006/2007. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji
faktor yang mempengaruhi kecemerlangan dalam akademik pelajar-pelajar fakulti
pendidikan tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Mekanikal, Awam, dan Elektrik) iaitu samada faktor pensyarah, cara belajar yang
berkesan, persekitaran pelajar ataupun perubahan standard penilaian pemarkahan.
27
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau dan mengetahui
faktor- faktor yang mempengaruhi kecemerlangan dalam pencapian akademik
pelajar-pelajar fakulti pendidikan tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Mekanikal, Awam, dan Elektrik). Jabatan Pendidikan
Teknikal dan Kejuruteraan (PTK). Aspek-aspek yang akan dilihat dalam kajian
secara khususnya adalah seperti :
i. Mengenalpasti faktor pensyarah memainkan peranan dalam mempengaruhi
kecemerlangan pencapaian akademik pelajar.
ii. Mengenalpasti faktor cara belajar atau gaya belajar yang berkesan
memainkan peranan dalam mempengaruhi kecemerlangan pencapaian
akademik pelajar.
iii. Mengenalpasti faktor rakan memainkan peranan dalam mempengaruhi
kecemerlangan pencapaian akademik pelajar.
iv. Mengenalpasti faktor perubahan standard penilaian pemarkahan
memainkan peranan dalam mempengaruhi kecemerlangan pencapaian
akademik pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Berikut dikemukakan persoalan-persoalan utama kajian ini:
28
i. Apakah faktor pensyarah memainkan peranan dalam mempengaruhi
kecemerlangan pencapaian akademik pelajar?
ii. Apakah faktor cara belajar yang berkesan memainkan peranan dalam
mempengaruhi kecemerlangan pencapaian akademik pelajar?
iii. Apakah faktor rakan memainkan peranan dalam mempengaruhi kecemerlangan
pencapaian akademik pelajar?
iv. Apakah faktor perubahan standard penilaian pemarkahan memainkan peranan
dalam mempengaruhi kecemerlangan pencapaian akademik pelajar?