24
GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains 7 PENGURUSAN MAKMAL SAINS 7.0 Objektif Bab Bab ini menberi pengetahuan kepada anda tentang: 1. Kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains. 2. Bagaimana merancang belanjawan makmal sains, khususnya yang melibatkan pembelian bahan dan alat sains. 3. Cara yang betul menyimpan bahan dan peralatan sains di dalam makmal. 4. Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya di dalam makmal. 5. Jenis dan punca kemalangan serta langkah-langkah mencegah berlakunya kemalangan di dalam makmal sains. 6. Cara-cara merawat kecederaan ringan di dalam makmal sains. 7. Cara-cara pembuangan bahan sisa daripada makmal sains. 7.1 Pengenalan Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Ini bermakna para pelajar, sama ada yang mengikuti aliran sastera mahupun aliran sains menggunakan malmal sains sekurang-kurangnya 80 minit setiap mingggu. Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagi memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu pengetahuan dan kemahiran mengurus dan menyelenggara makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan. Bab ini akan membincangkan tentang beberapa aspek penting pengurusan makmal sains sekolah. Aspek-aspek berkenaan ialah : Belanjawan makmal sains, Penyimpanan bahan dan peralatan sains, Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya, Keselamatan di dalam makmal, Pertolongan cemas dalam makmal dan Pelupusan bahan sisa.

2675321 pengurusan-makmal-sains

  • Upload
    syira11

  • View
    3.119

  • Download
    20

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

7 PENGURUSAN MAKMAL SAINS

7.0 Objektif Bab

Bab ini menberi pengetahuan kepada anda tentang:

1. Kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains.2. Bagaimana merancang belanjawan makmal sains, khususnya yang melibatkan

pembelian bahan dan alat sains.

3. Cara yang betul menyimpan bahan dan peralatan sains di dalam makmal.

4. Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya di dalam makmal.

5. Jenis dan punca kemalangan serta langkah-langkah mencegah berlakunya

kemalangan di dalam makmal sains.

6. Cara-cara merawat kecederaan ringan di dalam makmal sains.

7. Cara-cara pembuangan bahan sisa daripada makmal sains.

7.1 Pengenalan

Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di

dalam makmal sains. Ini bermakna para pelajar, sama ada yang mengikuti aliran sastera

mahupun aliran sains menggunakan malmal sains sekurang-kurangnya 80 minit setiap

mingggu. Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmal

sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagi

memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu

pengetahuan dan kemahiran mengurus dan menyelenggara makmal sains adalah penting

bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelak

berlakunya sebarang kecelakaan.

Bab ini akan membincangkan tentang beberapa aspek penting pengurusan makmal sains

sekolah. Aspek-aspek berkenaan ialah : Belanjawan makmal sains, Penyimpanan bahan

dan peralatan sains, Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya, Keselamatan di dalam

makmal, Pertolongan cemas dalam makmal dan Pelupusan bahan sisa.

Page 2: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

7.2 Kepentingan Pengurusan dan Penyelenggaraan Makmal Sains

Setiap makmal sains di sekolah perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik .

Matlamatnya ialah :

• Menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam makmal.

• Mengelak sebarang kecelakaan semasa bekerja di dalam makmal.

• Mengelak pembaziran.

• Memudahkan pencarian bahan dan alat yang diperlukan untuk pengajaran.

• Merancang penggunaan peruntukan secara berkesan.

7.3 Peruntukan Makmal Sains

Makmal sains mendapat peruntukan kewangan dari beberapa sumber.

PERUNTUKAN SUBSIDI DARI KERAJAAN SEKOLAH

PERUNTUKAN SAINS

FIZIK KIMIA BIOLOGI SAINS

7.4 Belanjawan Makmal Sains

• Suatu proses yang melibatkan perancangan yang sistematik tentang perbelanjaan

sejumlah wang yang diperuntukkan. Proses ini memerlukan kebijaksanaan

perancangan supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada peruntukan

tersebut.

7.4.1 Bagaimana membuat belanjawan

• Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan

pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal.2

Page 3: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

• Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-guru kanan

mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua.

7.4.2 Saranan membuat belanjawan makmal

1. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item.

2. Ketua Jabatan Sains tentukan:

(a) Kegunaan tahunan item-item pakai habis.

(b) Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.

(c) Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.

(d) Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.

(e) Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.

3. Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan.

4. Periksa kemudahan dalam setiap makmal – bekalan air, elektrik, gas ,perabot, dll.

5. Semak harga semasa item dalam makmal dan buat pelunjuran harga untuk tahun

hadapan.

6. Daripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah

menyediakan satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Jelaskan jenis, model

dan kuantiti item yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi: (a) bahan-bahan

pakai habis; (b) bahan-bahan tahan lama; (c) bahan-bahan kaca, plastik dan

logam;(d) spesimen biologi dan slaid-slaid; (e) bekalan gas, air, elektrik; (f)

peralatan pejabat; (g) perabot; (h) buku-buku sains; (i) peralatan-peralatan bengkel;

dll.

7. Adakan mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan dan Guru Kanan) untuk

menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.

Garis panduan menyediakan senarai keperluan

1. Apakah item-item yang:

sangat diperlukan?

boleh diubahsuaikan?

boleh dibeli dengan murah?

3

Page 4: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari rumah, sekolah,

sekitaran?

boleh dibuat oleh Kelab Sains sekolah?

2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar?

7.4.3 Pesanan dan pembelian

• Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada Pengetua atau Ketua

Jabatan. Segala urusan surat-menyurat dan tanda tangan dilakukan oleh

Pengetua.

Pertimbangan sebelum pembelian:

1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang dilantik

oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke sekolah.

2. Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada sesuatu masa:

. Kuantiti banyak, lebih murah.

. Bahan kimia, jangan beli banyak.

3. Masa pembelian:

. Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan “segar”.

. Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum.

4. Cari pembekal yang murah:

. Harga mahal dari pembekal alatan sains.

. Beli dari syarikat yang belum terkenal.

. Beli dari kedai biasa.

7.4.4 Prosedur pembelian

Jika anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah melalui cara tender.

Bagi pembelian kurang daripada RM50,000 , pembelian adalah melalui sebut harga.

Pembelian melalui sebut harga merangkumi tujuh langkah, iaitu:

1. Meminta Sebut harga

. Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal

meminta sebut harga.

4

Page 5: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan.

. Nyatakan tarikh tutup sebut harga.

. Simpan salinan surat.

2. Pemilihan pembekal

Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga.

. Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu barangan, status pembekal,

perkhidmatan selepas jualan.

. Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu.

3. Borang pesanan

. Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya.

. Simpan salinan pesanan

4. Surat/nota tanda terima

. Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan.

. Failkan bersama-sama dengan borang pesanan.

5. Nota hantaran

. Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa barangan akan

dihantar ke sekolah

seperti dinyatakan dalam borang pesanan.

. Surat menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang akan dihantar.

. Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran.

. Failkan nota bersama-sama dokumen lain.

6. Penerimaan barangan

. Pembekal menghantar barangan.

. Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran,

semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani

dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah.

7. Invois

. Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang telah

ditandatangani.

. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang dibuat.

. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran5

Page 6: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

7.5 Penyimpanan Bahan/Radas Sains

7.5.1 Jenis storDi sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan.

STOR UTAMA STOR AGIHAN• Menyimpan semua alat dan bahan

pengajaran sains.• Bahan/alat dari stor ini tidak

diagihkan kepada individu.• Bahan/alat diagihka kepada stor di

setiap makmal.

• Di setiap makmal.• Agihan/pengeluaran bahan/alat kepada

pelajar di makmal berkenaan.

Ciri-ciri stor utama• Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat bawah untuk

memudahkan hantaran bahan/alat.

• Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan troli.

• Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas.Cukup cahaya di lorong,

antara lorong dan antara rak.

7.5.2 Sistem penyimpanan item-item sains

Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet,

rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan

padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah

mencari bahan/item semasa pemeriksaan stok.

Contoh:

Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan lima (5) kabinet dalam

makmal Fizik II.

Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2, F1K3, F1K4 dan F1K5.

Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2, F2K3, F2K4 dan F2K5.

6

Page 7: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan/alat.Kad-kad stok

biasanya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang setiap

item dalam bentuk kod.

Contoh:

Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna botol spesimen disimpan

di makmal Biologi I, dalam kabinet nombor 3.

Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan. Pastikan

setiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya.

7.5.3 Dokumen-dokumen penting di dalam makmal

• Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet yang berkunci.

• Hanya kakitangan makmal boleh melihat dokumen. Orang lain mesti terlebih

dahulu mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Sains.

• Jangan dibawa keluar dari makmal.

Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut harga, Nota

pesanan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual arahan, Katalog, Risalah dan

Kad-kad stok.

Kad-kad Stok

• Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap item yang

disimpan di dalam stor.

• Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item, untuk

memudahkan pemeriksaan stok.

• Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu item-item pakai

habis) dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (item-item tahan lama).

7

Page 8: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

Contoh kad stok:

(a) Item-item tahan lama.

(Nama sekolah)

Item: Kelalang,volumetrik 500ml Lokasi : K8

Tarikh StokMasuk

Tarikh KuantitiDibeli

Harga Jumlah Stok

Tarikh Dipinjam,Rosak, dll.

Baki Tandatangan

199625/3

5

26/4 2

RM12

5

6

1 pecah 4

6

(b) Bahan pakai habis.

STOK MAKSIMUM 2 kg

(Nama sekolah)

Nama bahan: Kuprum sulfat ( hablur)

Lokasi : K3

STOKMINIMUM 0.5kg

Tarikh StokMasuk

Tarikh KuantitiDiterma

Harga Pembekal Jumlah Stok

Digunakan Baki Tandatangan

199619/3

1.5kg

26/4 0.5kg RM30 R&R 2.0kg 0.5kg

1.5kg

7.5.4 Penyimpanan Bahan/Radas

A. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia• Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah

dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang

beracun, higroskopik , mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya.

• Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama.8

Page 9: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

• Gunakan stok yang lama dahulu.

• Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang.

• Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.

(a) Bahan kimia tak organik

• Simpan berasingan daripada bahan kimia organik.

• Label pada botol mengikut nama logam.

• Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam

almari bertutup.

• Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk.

• Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama

logam.

Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium.

• Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan

yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.

Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara : asid sulfurik pekat,

barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kalium

karbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat,

kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II)

klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natrium

hidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida,

zink nitrat.

Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara : ammonium

karbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat (II),

magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat, natrium sulfat.

(b) Bahan kimia organik

• Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari bahan-bahan lain.

• Abaikan penambahan ortho, para, di, tri.

9

Page 10: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

• Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang meruap, beracun dan

mudah terbakar. Oleh itu, bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan yang

baik dan penggunaan api dilarang.

(c) Bahan kimia cecair yang mengkakis

• Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Jangan letak di atas rak yang

tinggi. Sebaliknya, letak di atas lantai atau rak-rak yang hampir dengan

lantai.

(d) Logam alkali

• Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara.

• Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan,

gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh

dengan tangan.

(e) Fosforus kuning (putih)

• Sangat berbahaya dan sangat aktif .

• Disimpan di dalam air sejuk.

(f) Bahan kimia yang terurai oleh cahaya

• Contoh, argentum nitrat dan asid nitrik pekat.

• Disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.

(g) Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas

• Contoh : vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida.

• Disimpan di dalam peti sejuk.

(h) Bahan kimia yang sangat berbahaya

• Contoh : sebatian arsenik dan garam sianida. Boleh membawa maut serta–

merta jika tertelan.

• Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.

10

Page 11: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

B. Cara menyimpan peralatan

(a) Bahan kaca

• Disimpan mengikut saiz. Jangan disimpan terlalu tinggi atau bersama-sama

benda-benda yang berat atau logam.

• Alat yang mahal seperti “Kipp’s Apparatus” hendaklah disimpan dalam

bungkusan dan kotak asal. Labelkan kotak jengan jelas.

• Bahan-bahan kaca disimpan mengikut saiz dan jenis.

. Kelalang – mengikut saiz dan dalam kotak yang berbeza.

. Buret – disimpan berdiri atau dalam laci yang panjang yang dialas

dengan kapas.

. Bahan-bahan kaca yang kecil (slaid mikroskop, piring petri, tiub

spesimen) – disimpan di dalam talam di rak ataupun dalam

laci. Labelkan setiap laci dengan jelas.

. Termometer – disimpan dalam kotak asal mengikut jenis dan julat.

. Tiub dan batang kaca – disimpan tegak dan diberi sokongan di

bahagian tengah. Tiub kaca yang bergaris pusat besar

disumbat kedua-dua hujung untuk mengelak habuk/debu.

Bahan –bahan ini mesti disimpan mengikut “berat”

(berdinding nipis, sederhana atau tebal). Setiap kategori

disimpan mengikut garis pusat luar. Jika belun digunakan,

simpan dalam pembalut asal.

. Alat kaca yang panjang (contoh : buret dan pipet) disimpan

derdiri tegak pada rak khusus.

(b) Bahan/alat plastik• Jauhkan dari punca panas.• Jangan simpan dengan/bersama-sama alat yang berat.

(c) Bahan-bahan logam• Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disimpan bersama dan perlu diperiksa

dari semasa ke semasa.(d) Bahan bantu mengajar

• Disimpan dalam almari “bertingkap” cermin.• Carta – ditutup dengan helaian plastik lutsinar.

(e) Pelbagai item kecil11

Page 12: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

• Contoh : macis, gabus, paku, penyepit tabung uji dan spatula.• Disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak kecil.

(f) Model-model yang besar• Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan plasik

untuk mengelak debu.(g) Mikroskop

• Disimpan dalam almari yang dipasangkan dengan beberapa buah mentol 25 watt sepanjang masa. Bahagian dalam almari dilapik dengan beberapa keping zink atau aluminium untuk memastikan udara di dalamnya panas dan kering. Tujuannya adalah untuk mengelak percambahan kulat. Dinding almari ditebuk beberapa lubang kecil supaya udara bergerak dengan bebas.

7.6 Keselamatan Di Dalam Makmal Sains

Para pelajar memang seronok menjalankan aktiviti makmal, terutamanya eksperimen.

Namun demikian mereka mestilah menyedari tentang kemungkinan berlakunya

kemalangan jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Oleh yang demikian, guru

bartanggungjawab menerangkan kepada pelajar tentang aspek keselamatan dan langkah-

langkah keselamatan serta memastikan setiap pengguna makmal sains mematuhi

peraturan dan langkah-langkah keselamatan.

GURU PELAJAR

MESTILAH MENGAMBIL LANGKAH PERLU SEDAR TENTANG BAHAYA SUPAYA SEGALA AKTIVITI DAPAT YANG MUNGKIN BERLAKU SUPAYA DILAKSANAKAN TANPA SEBARANG DI SAMPING MENDAPAT FAEDAH KEMALANGAN DARIPADA AKTIVITI, KEMALANGAN

DAPAT DIHINDARI

7.6.1 Mengapa kemalangan berlaku

Kajian-kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar kemalangan di dalam makmal

sains berlaku antaranya kerana:

• Kurang kefahaman tentang bahan, proses dan peralatan yang digunakan.

• Guru gagal memberi arahan dan menyelia secukupnya.

• Guru tidak merancang aktiviti dengan baik.12

Page 13: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

• Peralatan perlindungan/peralatan yang betul tidak digunakan.

• Tidak mematuhi arahan-arahan/peraturan-peraturan.

• Guru meninggalkan makmal semasa pelajar menjalankan amali.

• Tergesa-gesa dalam melakukan amali.

• Sikap “tidak apa” pengguna makmal.

7.6.2 Keselamatan makmal – tanggungjawab siapa?

SEKOLAH DAN KAKITANGAN MAKMAL

• Menyediakan kemudahan peralatan dan penyelenggaraan supaya wujud suasana kerja

yang selamat.

GURU

• Merancang aktiviti makmal dengan baik. Memberi arahan yang jelas termasuk

langkah keselamatan dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan dan

peraturan.

PELAJAR

• Mempelajari bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan yang berpunca dari bahan

kimia, peralatan, dan teknik yang digunakan supaya bahaya adalah minimum.

• Sedar bahawa ia bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan

semasa di makmal

7.6.3 Aspek-aspek keselamatan di dalam makmal

1. RUANG 2. PERALATAN 3. PENGGUNA 4. LANGKAH

. STOR .. API . GURU . PERATURAN AM

. MAKMAL . SPESIMEN . PELAJAR . ARAHAN . ELEKTRIK . PEMBANTU KESELAMATAN

. KACA MAKMAL . PROSEDUR . BAHAN KECEMASAN KIMIA . RAWATAN

13

Page 14: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

. PELUPUSAN . PERALATAN KHUSUS

. PERSEDIAAN GURU

5. JENIS KEMALANGAN . LUKA . KEJUTAN . BAHAN BERACUN . BAHAN KIMIA . KEBAKARAN

7.6.3 Langkah-langkah keselamatan dalam makmal

• Peraturan makmal – Satu senarai tentang apa yang pelajar patut patuhi semasa

bearada dan bekerja di dalam makmal sains. Pastikan setiap pelajar memahami

peraturan berkenaan Penerangan tentang peraturan diberi semasa pelajar

pertama kali mengunakan makmal. Tampalkan peraturan makmal ditempat yang

mudah dilihat oleh pelajar.

• Kemahiran manipulatif – Pastikan pelajar tahu menggunakan teknik yang

betul semasa mengendalikan alat radas dan bahan kimia serta sentiasa mematuhi

arahan guru tentang prosedur amali.

• Kotak pertolongan cemas – Pastikan kotak pertolongan cemas tidak berkunci

dan mengandungi peralatan untuk rawatan kecemasan.

• Peralatan keselamatan – Pastikan semua peralatan keselamatan, misalnya alat

pemadam kebakaran berada dalam keadaan baik dan berfungsi serta diletakkan

di tempat yang mudah diambil. Pastikan juga semua pelajar tahu menggunakan

peralatan berkenaan.

• Petunjuk – Pamerkan petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA di

tempat yang mudah dilihat dalam setiap mmakmal.

• Kebersihan – Makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah

hendaklah disediakan.

• Rancangan untuk keadaan kecemasan – Pastikan pelajar tahu prosedur

menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.

14

Page 15: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

• Pencahayaan dan pengudaraan – Pastikan cukup pencahayaan dan

pengudaraan di dalam makmal.

• Panduan keselamatan – Sediakan panduan keselamatan makmal dan pastikan

guru dan kakitangan makmal memahami isi kandungannya serta dapat

mengambil langkah-langkah keselamatan bila perlu.

• Peralatan- Pastikan semua peralatan, termasuk pendawaian dan palam elektrik

berada dalam keadaan baik.

• Pelupusan bahan sisa – Pastikan bahan sisa makmal dilupuskan dengan cara

yang betul.

• Rawatan kecemasan – Pastikan guru dan kakitangan makmal tahu tentang

cara-cara memberi rawatan kecemasan apabila diperlukan.

Selain memastikan aktiviti di makmal berjalan lancar, guru mempunyai

tanggungjawab tambahan, iaitu:

• Pengetahuan tentang pertolongan cemas; dan,

• Rancangan tindakan untuk keadaan cemas.

7.7 Rawatan Kecemasan

Pengetahuan tentang rawatan kecemasan sangat penting dalam langkah memberi rawatan

awal sebelum mangsa mendapat rawatan profesional. Empat perkara asas dalam rawatan

kecemasan ialah:

AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN.

JANGAN CEMAS.

TAHU PUNCA KEMALANGAN.

TAHU BAGAIMANA MEMBERI RAWATAN AWAL

Jenis dan punca kemalangan

15

Page 16: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

K E M A L A N G A N

JENIS PUNCA

KEBAKARAN

• PENUNU BUNSEN• LITAR PINTAS• UNSUR-UNSUR

LOGAM AKTIF

KERACUNAN• BAHAN KIMIA• GAS• SPESIMEN BIOLOGI

LUKA• ALATAN KACA• RADAS

KEJUTAN• ALAT ELEKTRIK PENDAWAIAN, PUNCA KUASA, PALAM

Pengetahuan tentang jenis dan punca kemalangan yang berlaku di dalam makmal dapat

membantu guru mengenal pasti langkah dan cara rawatan yang bersesuaian.

7.7.1 Prosedur pertolongan cemas

TERBAKAR

. Mengurangkan kesan haba .Mengurangkan kesakitan . Mengurangkan

bengkak . Memastikan mangsa mendapat cukup minuman

.Mententeramkan mangsa .Mengurangkan kejutan

Kaedah rawatan kebakaran

API

• Rendamkan bahagian yang terbakar dalam air sejuk (ais) dengan segera untuk mengurangkan kesakitan.

• Jika luka, balutkan dengan pembalut yang steril untuk mengelakkan infeksi.

• Dapatkan rawatan profesional.

BAHAN KIMIA

• Tanggalkan pakaian dan barang-barang yang terkena bahan . Basuh dengan air mengalir selama 15 minit.

• Dapatkan rawatan profesional. Jika melecur ringan, beri rawatan awal.

16

Page 17: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

KEBAKARAN RINGAN

ASID

• Basuh dengan air.

• Sapukan larutan natrium bikarbonat 1 %.

• Basuh dengan air.

ALKALI

• Basuh dengan air.

• Sapukan asid asetik 1 %.

• Basuh dengan air.

BROMIN • Basuh dengan air.

• Sapukan larutan ammonia cair

(1 bahagian ammonia : 15 bahagian air)

NATRIUM dan KALIUM

• Buang logam dengan menggunakan

penyepit.

• Rendam dalam air selama 20 minit.

• Keringkan dan balut dengan pembalut

yang steril.

FOSFORUS

• Basuh dengan air.

• Basuh dengan larutan kuprum sulfat 1%.

• Balut dengan pembalut yang lembap.

7.7.2 Merawat kecederaan ringan

LUKA

• RINGAN DAN SEDIKIT BERDARAH

• Buang kekotoran / kaca.

• Basuh dengan air.

• Balut dengan pembalut yang bersih dan steril.

• Dapatkan rawatan doktor. Suntikan antiteta diberiakn jika perlu.17

Page 18: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

• JIKA BANYAK DARAH

• Hentikan pendarahan dengan

menekan tempat yang luka.

• Jika luka pada tangan atau kaki,

tekan pada titik tekanan. (lihat Rajah)

. Titik tekanan

PATAH

• Jangan gerakkan pesakit kecuali jika terdapat wasap atau

kebakaran.

• Berikan rawatan untuk luka dan kejutan.

• Dapatkan rawatan profesional.

KEJUTAN

GEJALA : Pucat, kulit dingin dan lembap, berpeluh pada kulit dan tapak

tangan, muntah, menggigil, susah bernafas.

RAWATAN :

• Baringkan pesakit dengan kepalanya lebih rendah daripada badan.

• Jangan gerakkan pesakit.

• Pastikan badannya panas, iaitu dengan menyelimutkannya.

• Pastikan saluran pernafasan terbuka.

• Jika sedar, berikan kopi atau teh untuk memulihkan peredaran darah.

KEJUTAN ELEKTRIK

• Tutup punca arus dan berikan rawatan untuk kejutan.18

Page 19: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

• Untuk menarik mangsa dari punca arus elektrik:

• Berdiri atas bahan penebat, misalnya kasut getah.

• Gunakan sarung tangan getah/kayu

• Lakukan pernafasan buatan dengan segera, jika perlu.

• Panaskan badan mangsa dengan selimut.

• Panggil doktor.

KERACUNAN

DALAM MULUT

• Keluarkan dengan segera dan basuhkan dengan air yang banyak.

• Dapatkan rawatan doktor.

TERLELAN

• Jika sedar, berikan 2 – 4 gelas air/susu dengan segera.

• Panaskan badan mangsa.• Panggil doktor dengan segera.

TERHIDU

• Bawa mangsa ke tempat yang lapang.• Berikan oksigen (jika ada alat).• Panaskan badan mangsa.• Dapatkan bantuan doktor.• Jika boleh, kenal pasti jenis bahan

toksik.• Jika pernafasan berhenti, berikan

pernafasan buatan.

7.8 Bahan-bahan Yang Berbahaya

19

Page 20: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

• Setiap bekas atau botol bahan kimia yang berbahaya mestilah ditandakan

dengan simbol yang khusus, misalnya bahan mengkakis, bahan beracun dan

bahan mudah terbakar.

• Guru mestilah mengetahui sama ada sesuatu bahan itu berbahaya dan

kesannya ke atas kesihatan supaya langkah berjaga-jaga dapat diambil dan

penggunaan bahan berkenaan dapat dielak atau dikurangkan.

• Terdapat pelbagai sifat dan kesan bahan kimia. Ada yang sangat beracun,

sangat mengkakis, meruap, boleh meletup, membebaskan gas beracun, dan

sebagainya. Kesannya pula, ada yang menyebabkan kematian, karsinogenik,

merosakkan organ-organ di dalam badan, dan sebagainya.

• Contoh-contoh berikut menunjukkan betapa bahayanya bahan-bahan kimia

tertentu terhadap kesihatan:

• Arsenik : Beracun; boleh meyebab maut.• Asbestos : Debunya menyebabkan barah paru-paru.• Asid hidroklorik pekat : Meruap; beracun.• Asid sulfurik pekat : Amat mengkakis.• Benzena : Sangat beracun; boleh meresap melalui kulit; merosakkan

hati, ginjal dan sum-sum tulang; menyebabkan barah.• Kalium : Meletup bila dicampurkan dengan air.• Kalsium klorida : Debunya merosakkan mata.• Natrium sianida : Beracun; boleh menyebabkan maut dengan segera.• Piridina : Amat beracun; meruap; menyebabkan kemandulan pada

lelaki.• Merkuri : Wapnya sangat beracun; merosakkan hati dan ginjal;

meresap melalui kulit.• Trikloroetana : Merosakkan mata dan hati.

7.9 Tindak Balas Kimia Yang Berbahaya

Tindak balas kimia juga merupakan salah satu punca kemalangan di dalam makmal.

Contoh: 1. Gas hidrogen - boleh menyebabkan letupan jika sesuatu tindak balas

membebaskan terlalu banyak hidrogen.

2. Mencampurkan alkali kuat dengan asid kuat akan menghasilkan tindak balas

yang hebat dan sangat berbahaya.

3.Letupan juga boleh disebabkan oleh tindak balas antara agen pengoksida yang

20

Page 21: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

kuat seperti kalium klorat dengan agen penurun yang kuat seperti serbuk

logam sulfur.

4 4. Pencairan asid pekat juga boleh menyebabkan letupan yang berbahaya. Cara

mencairkan asid pekat ialah:

CAMPURKAN ASID PEKAT KE DALAM AIR PERLAHAN-LAHAN SAMBIL

MENGACAUNYA. JANGAN SEKALI-KALI MENCAMPURKAN AIR KEPADA

ASID KUAT.

Beberapa contoh tindak balas yang berbahaya ialah:

Bahan Bahaya jika dicampurkan dengan Kesan

1. Air Kalium, natrium, asid pekat, kalsium

karbida

Meletup

2. Asid nitrik Etanol, metanol, selulosa Meletup

pekat

3. Klorin Hidrogen, ammonia, benzena Meletup

4. Asid sulfurik Asid oksalik, asid formik, Membebaskan

pekat format, oksalat gas karbon

monoksida yang

beracun

7.10 Pelupusan Bahan Sisa

• Elakkan membuang bahan sisa ke dalam sistem saliran atau longkang. Bahan-

bahan toksik boleh menyebabkan pelbagai masalah, terutamanya pencemaran

alam sekitar. Sebelum menuang sesuatu larutan ke dalam sistem saliran,

pertimbangkan dahulu perkara-perkara berikut:

• Adakah larutan itu mengancam kehidupan haiwan dan tumbuhan?

• Bolehkah dicairkan dengan sempurna?

• Adakah bahan itu telah dirawat supaya boleh dicairkan?

21

Page 22: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

• Adakah bahan itu boleh larut dalam air?

Cara-cara pelupusan yang sesuai:

(a) Pencairan – merupakan cara paling baik bagi pelupusan cecair dan gas.

• Bahan yang larut dalam air boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran

dengan air yang banyak.

• Bahan-bahan organik yang tidak larut dalam air hendaklah dikumpulkan di

dalam botol dan dilabellkan. Jangan buang bahan-bahan itu ke dalam

sistem saliran.

(b) Rawatan secara kimia – Kebanyakan bahan sisa makmal boleh dijadikan tidak

berbahaya melalui rawatan secara kimia. Ada yang boleh dimusnahkan melalui

tindak balas tertentu dan ada pula yang boleh dineutralkan dan dicairkan

sebelum dibuang.

• Garam-garam logam, terutamanya merkuri dan kadmium hendaklah

dimendakkan terlebih dahulu. Merkuri ialah logam yang paling berbahaya

di dalam makmal. Langkah keselamatan mestilah diutamakan semasa

mengguna dan membuang bahan ini.

(c) Pembuangan bersama-sama sampah – Bahan-bahan pepejal yang tidak berbahaya

boleh dibuang secara ini. Bahan-bahan kaca dan logam hendaklah diasingkan.

Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna semula.

(d) Penanaman – Najis, bangkai haiwan serta sisa tumbuhan boleh ditanam di tempat

yang sesuai. Pastikan lubangnya agak dalam. Bahan-bahan kimia tidak sesuai

dilupuskan melalui cara ini kerana boleh mencemarkan sumber air bawah tanah

yang berdekatan

TUGASAN

Anda dikehendaki mencari maklumat dari pelbagai sumber untuk melaksanakan tugas berikut.

1. Bagaimanakh cara yang betul untuk:22

Page 23: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

(a) Menyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan mancis?(b) Memanaskan larutan di dalam tabung uji?(c) Menghidu gas yang dihasilkan dalam sesuatu eksperimen?(d) Menyimpan logam-logam yang mudah terbakar seperti kalium, natrium dan

kalsium?

2. Dapatkan dua senarai peraturan makmal, sama ada daripada buku ataupun dari sekolah yang berlainan. Kaji kedua-dua senarai berkenaan dan kemudian berikan huraian tentang isi kandungan setiap satunya. Adakah kandungan kedua-duanya sama? Dari segi apakah kedua-duanya berbeza? Cadangkan perkara-perkara lain yang anda fikirkan perlu ditambah pada senarai berkenaan.

3. Simbol-simbol yang berikut menunjukkan pelbagai tanda amaran bahaya bahan kimia. Berikan makna bagi setiap simbol berkenaan.

Bacaan Asas

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1978. Panduan keselamatan makmal sains. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ooi Chong Beng & Mohd Khairuddi Yahaya. 1982. Panduan makmal sains. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

RECSAM. 1978. Laboratory management and techniques for schools and colleges.

23

Page 24: 2675321 pengurusan-makmal-sains

GE2253 KAEDAH SAINS

Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd.

Rujukan untuk Tugasan 1,2 dan 3:

Abdul Rahman Kurais, Mat Zakaria, Rashidi Azizan, Tajul Ariffin Noordin & Tamby Subahan Mohd Meeran. 1991. Sains tingkatan I, KBSM. Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam.

(Atau mana-mana buku teks rasmi sains KBSM tingkatan I)

24