Upload
hanisah
View
309
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Sila sebarkan ebook ini untuk manfaat
bersama
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 2
“27 Sebab Mengapa Calon
GAGAL Ujian PTD”
Oleh:
Team TipsPtd.com
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 3
Kondisi
Walaupun segala langkah telah diambil untuk memastikan laporan percuma ini
sempurna, mungkin terdapat beberapa kesalahan, kerana kita sebagai
manusia kadangkala terlalai dan tersilap. Maaf untuk itu..
Laporan atau ebook ini adalah milik Blog Tips PTD (http://tipsptd.com/blog)
sepenuhnya. Anda dibenarkan mengedarkannya secara percuma. Anda tidak
dibenarkan sama sekali untuk menjual ebook percuma ini ataupun mengubah
kandungannya dalam apa cara sekalipun.
http://tipsptd.com/
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 4
Muqaddimah
Setiap tahun boleh dikatakan puluhan ribu yang memohon untuk
menjadi Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ataupun kita
panggilnya pegawai PTD. Dari puluhan ribu itu, hanya beberapa ribu
yang berjaya melepasi ujian peperiksaan bertulis PTD dan layak
menghadapi PAC. Setelah melalui proses tapisan PAC, hanya
sebahagian yang berjaya untuk terus menghadapi peringkat terakhir
sebelum proses lantikan iaitu temuduga PTD. Dan anda harus tahu, setiap
peringkat ambilan tidak sampai 500 orang sahaja yang diserap menjawat
jawatan ini dan sudah pastilah tahap kesukaran ini meletakkan kerjaya
PTD sebagai satu kerjaya yang berprestij dalam senarai penjawat awam.
Antara faktor yang menjadi sebab utama dan terpenting kenapa calon
gagal menjadi PTD ialah mereka gagal mendefinisikan “KENAPA MEREKA
GAGAL!”. Pakar motivasi mengatakan yang kunci utama kejayaan ialah
mengenal kekuatan anda dan memperkukuhkannya. Kenali kelemahan
anda dan cuba perbaiki. Belajar dari kesilapan orang lain adalah satu
jalan ‘shortcut’ untuk berjaya sebab itulah dikatakan ‘sejarah mengajar
kita untk berjaya’.
Atas kesedaran itu, tipsPtd.com mengumpulkan 27 sebab mengapa
calon gagal menjawat jawatan pegawai PTD. Dengan harapan agar
ianya menjadi panduan untuk setiap calon yang bakal menduduki proses
pengambilan PTD tidak kiralah pada perigkat ujian bertulis, PAC
mahupun temuduga PTD, anda harus tahu mengapa orang lain gagal
dan anda seharusnya memperkuatkan diri anda supaya anda tidak
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 5
mengulangi kesilapan mereka, seterusnya melayakkan anda menjawat
jawatan berprestij ini.
27 sebab-sebab ini dikumpulkan hasil pengalaman calon-calon sebenar
yang melibatkan 15 orang responden yang gagal dalam ujian-ujian PTD,
8 daripadanya gagal ujian bertulis PTD dan selebihnya di peringkat PAC
dan temuduga. Sekalung penghargaan juga untuk mereka kerana sudi
berkongsi pengalaman dan mudah-mudahan ianya memberi manfaat
untuk pembaca blog tipsPtd.com.
Blog TipsPtd.com dibangunkan khas untuk menjadi ‘one-stop-center’
untuk bakal-bakal pegawai PTD dalam mencari maklumat yang
komprehensif, tepat dan merangkumi hampir keseluruhan gambaran
setiap peringkat ujian. Hal ini diilhamkan hasil dari pengalaman sendiri
dan pengalaman rakan-rakan yang mencari maklumat dari internet, tapi
maklumatnya bercampur seterusnya membuatkan kita sendiri jadi lebih
gelabah dan kabur. Jadi TipsTpd.com berusaha membekalkan maklumat
yang tersusun dan mencukupi untuk anda menduduki peringkat-
peringkat tapisan dalam usaha menjadi pegawai PTD. Komen anda
adalah amat dialukan dan semoga sedikit usaha ini bermanfaat untuk
semua.
Ikhlas dari;
Team Tipsptd.com
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 6
27 Sebab Mengapa Calon Gagal
Ujian PTD
Sebab-sebab ini dikumpulkan sekali untuk ketiga-tiga peringkat tapisan
PTD iaitu ujian bertulis, PTD Assessment Center (Pre-PAC) dan temuduga
PTD.
1. Tidak Tahu Bagaimana
• Ini merupakan masalah yang pokok. Anda mungkin pernah
mendengar tentang PTD dan kegemilangannya, tapi tidak
tahu bagaimana nak memohon untuk menjadi pegawai PTD.
Anda jugak tidak tahu apa kelayakan yang diperlukan untuk
menjawat jawatan ini dan apakah tuntutan-tuntutan dalam
menjawat jawatan ini. Dalam kata lain faktor ini merupakan
maklumat asas yang anda seharusnya tahu dengan tepat
bagi memastikan arah tuju anda untuk menjawat jawatan
PTD lurus dan sampai ke arah tujunya. Gagal mendapatkan
maklumat yang tepat merupakan jalan utama untuk anda
gagal manjawat jawatan ini.
2. Kurang Maklumat
• Anda tidak mengetahui maklumat tentang bila anda harus
memohon. Bilakah masanya jawatan ini dibuka untuk anda
mohon. Apabila anda leka dalam mencari maklumat ini,
anda mungkin terpaksa menunggu sehingga tahun depan
untuk memohonnya semula. Begitu juga dengan tarikh-tarikh
penting dan system pengisian borang yang disediakan oleh
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 7
pihak SPA. Jadi dalam kes ini anda harus peka dengan
maklumat yang diiklankan oleh pihak SPA di akhbar
mahupun terus merujuk laman web rasmi SPA
3. Tidak Tahu Format dan Ujian yang Bakal Dilalui
• Anda mendedahkan diri anda kepada kemungkinan terkejut
dan ‘blank’ semasa ujian PTD termasuklah juga untuk ujian
PAC dan temuduga PTD. Dalam ujian bertulis contohnya,
anda harus tahu apakah format dan apakah skop yang
akan ditanya. Dengan itu persediaan anda akan lebih
terarah dan fokus. Masuk ke dewan peperiksaan dengan
memiliki keseluruhan idea tentang ujian itu adalah kelebihan
kepada anda di mana anda akan lebih tenang dan yakin
semasa menduduki peperiksaan tersebut. Di samping itu,
anda akan dapat melakukan persediaan dengan lebih
tepat dan yakin kerana tahu apakah skop yang perlu anda
studi.
4. Tidak Tahu Apa yang Dinilai
• Semasa mengharungi “PTD Assessment Centre” (pre-PAC),
anda harus tahu apa sebenarnya yang dinilai sepanjang
program tersebut. Membawa diri anda tanpa fokus hanya
akan merugkan anda. Kebanyakan kes calon gagal semasa
PAC ialah kegagalan mempamerkan sesuatu yang
dikehendaki oleh penilai anda. Secara kasarnya ada 3 faktor
utama yang dinilai selain keadaan fizikal dan penampilan
anda! Anda harus cari apakah 3 faktor tersebut dib blog
tipsPtd.com!
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 8
5. Gagal Menunjukkan Kelebihan
• Faktor ini lebih kepada semasa mengharungi PAC dan
temuduga PTD. Anda harus tahu apa kelebihan anda yang
perlu anda tonjolkan. Kegagalan ini membuatkan anda
sedikit terkebelakang dengan calon lain. Sekiranya anda
mempunyai kelebihan seperti pernah menjadi Presiden Kelab
semasa di universiti ataupun menganggotai Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP), sebolehnya anda cuba mengenengahkan
kelebihan anda sebagai kredit tambahan untuk anda. Tapi
ingat, anda perlu bersederhana dan memilih masa yang
sesuai untuk tujuan ini.
6. Tidak Membuat Persediaan Rapi
• Persediaan rapi mencakupi keyakinan diri dan maklumat
yang mencukupi adalah faktor kritikal untuk anda berjaya
dalam mengharungi peringkat-peringkat nilaian dalam
usaha menjawat jawatan idaman ini. Ramai calon yang
gagal peringkat ujian bertulis khasnya adalah disebabkan
kegagalan melakukan persediaan yang rapi sebelum
menduduki ujian tersebut. Luangkan masa khas mungkin satu
jam sehari selama seminggu sebelum menduduki peperikaan
ini. Anda harus tahu dan sedar bahawa tujuan ujian bertulis
diadakan adalah antara lain untuk menguji pengetahuan
anda. Jika anda seorang yang malas mengambil tahu isu-isu
nasional dan antarabangsa, bagaimana anda boleh
menjadi seorang pegawai PTD yang bagus? Ringkasnya,
buatlah persediaan yang rapi sebelum menduduki
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 9
peperiksaan ini kerana ianya melambangkan kesungguhan
anda untuk menjawat jawatan ini.
7. Info Tidak Tersusun
• Anda punya maklumat hasil dari pembacaan dan
pengalamn anda semasa di universiti, tapi maklumat-
maklumat itu ada yang anda hanya ‘ingat-ingat lupa’.
Mungkin sebab anda mendapat maklumat itu dari mulut ke
mulut ataupun maklumat itu sudah lama. Jadi anda harus
mengukuhkan maklumat ini dan berusaha
memantapkannya melalui ulangkaji tidak rasmi seperti
pembacaan semula dan pastikan apa-apa yang anda tak
pasti. Semasa sesi pengucapan umum dan dalam
mempertahan hujah anda semasa PAC, anda perlu
mengenengahkan maklumat yang tepat dan releven dan
mampu mempertahankan hujah anda dengan maklumat
yang tepat, jika tidak kelemahan ini akan digunakana
sepenuhnya oleh rakan lain untuk menjatuhkan anda.
Jangan biarkan ini berlaku, kukuhkan maklumat anda.
8. Gemuruh
• Gemuruh atau gementar ialah perkara normal dan
seharusnya dilalui oleh manusia biasa. Tapi gemuruh yang
keterlaluan dan tidak terkawal memang menjadi faktor
penting kenapa ramai calon gagal dalam menjadi PTD.
Fenomena ini membuatkan anda gagal untk berfikir dan
bertindak selari dengan kebijaksanaan anda. Memang
merugikan kalau anda gagal mengawalnya. Pendekatan
holistic seperti berdoa dan mohon restu ibu ayah adalah
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 10
antara benda yang tidak seharusnya dipandang remeh.
Selain itu sampai awal ditempat ujian dapat membantu
anda mengurangkan gemuruh ini disamping teknik
pernafasan yang betul. Saya sendiri mengamalkan
pengambilan penawar hemopathy yang memang terbukti
berkesan untk saya dalam mengawal gemuruh sya. Oopss..
terlepas rahsia saya!
9. Maklumat Bercampur
• Anda boleh dapat pelbagai maklumat dari internet melalui
engin carian Google dan Yahoo. Tapi hasilnya anda akan
menghadapai satu situasi yang dinamakan ‘information
overload’. Bukan setakat anda keliru dengan maklumat
anda, tapi lebih parah kepala anda dipenuhi dengan
maklumat yang bercampur-campur sehingga menjadikan
anda lebih gemuruh. Sepatutnya dengan maklumat yang
banyak, anda menjadi lebih yakin, tapi sebab ianya
bercampur-campur, ramai calon menjadi lebih gelabah dan
akhirnya gagal memanfaatkan maklumat-maklumat tersebut.
Apa yang perlu ialah anda senaraikan dulu apa yang anda
hendak, dan kemudian baru mula mencari. Mencari secara
umum dan tidak terarah akan menjadikan anda leka dan
gagal mencapai objektif carian anda. Dalam ujian PTD
contohnya, anda harus tahu skop apa yang bakal ditanya
dan anda harus cari berdasarkan skop tersebut.
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 11
10. Merasakan Diri Sentiasa Benar
• Hal ini adalah masalah ‘attitude’. Ianya adalah keperibadian
yang buruk sebenarnya. Tiada keterbukaan dan ini
merupakan kelemahan walaupun anda menganggap ianya
kelebihan! Sebolehnya sepanjang PAC anda harus
membuka situasi perbincangan yang membolehkan anda
berkongsi pandangan dengan rakan lain yang mana
memberi anda lebih kredit dalam nilaian pergaulan dan
keupayaan mengawal situasi. Sifat menganggap
pandangan anda adalah sebahagian dari idea dan
bukannya fakta adalah satu attitude yang harus anda lentur
dan praktikkan di PAC. Idea boleh dibincangkan manakala
fakta pula ialah sesuatu yang telah muktamad dan tidak
boleh dipertikai secara umumnya.
11. Tidak Menerima Pendapat Orang Lain
• Dalam sesi pengucapan awam / public speaking di PAC,
anda haruslah menyampaikan idea, maklumat dan maksud
dengan yakin dan berkesan. Anda juga akan menghadapi
sesi debat ala parlimen yang bertujuan menilai menifestasi
perilaku anda. Di sini, bukan sahaja kebolehan penyampaian
maklumat dinilai, tetapi bagaimana anda yakin dalam hujah
anda dan bagaimana anda mempertahankan hujah anda
ketika diasak oleh rakan lain. Tertib, berhemah dan objektif
perlu diluncurkan dalam setiap tindak balas anda dalam
mempertahankan hujah anda, kadang sifat kedegilan anda
mempertahankan hujah anda walaupun anda tahu ianya
salah, melambangkan kedegilan anda dan memburukkan
nilaian tata-pergaulan dan tertib penyampaian anda. Ramai
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 12
calon PAC merasakan mereka berjaya dalam
mempertahankan hujah mereka tapi pada akhirnya mereka
gagal dalam PAC yang antara lainnya ialah kerana mereka
gagal menunjukkan kebolehan menerima pendapat orang
lain dan gagal menjaga tertib dan hemah mereka. Ini faktor
penting dan cirri PTD yang berjaya.
12. Tidak Fit
• Antara lain, calon yang gagal melepasi PAC ialah kerana
mereka gagal dalam ujian kecergasan. Dalam PAC, calon-
calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4
km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu
mengikuti latihan jasmani yang lain. Oleh itu, sebelum pergi
ke PAC di INTAN, anda seharusnya mengamalkan rutin
bersenam dan bersukan untuk memantapkan kecergasan
anda. Latih diri anda melakukan larian 2 - 3 km sebelum pergi
menduduki PAC sehingga anda selesa dengannya. Bagi
mereka yang jarang melakukannya, badan anda akan tidak
terdaya kerana tidak biasa melakukannya. Dalam kata lain,
mereka yang tidak ‘fit’ hampir pasti gagal dalam ujian
kecergasan PAC seterusnya kehilangan banyak markah
dalam penilaian keseluruhan PAC.
13. Tidak Bersungguh
• Tidak bersungguh ini merupakan faktor umum dalam apa jua
kedaan. Anda tak akan berjaya dalam apa pun kalau anda
tidak bersungguh. Begitu jugalah dalam menjadi PTD, lebih
lagilah untuk anda perlu bersungguh. Bermula dari peringkat
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 13
ujian bertulis, anda harus bersungguh mengumpul maklumat
dan memantapkan diri anda dengan kefahaman yang
sepatutnya, diikuti dengan PAC dimana kesungguhan anda
bukan sekadar persediaan tapi sepanjang PAC tersebut
anda harus mempamerkan kesungguhan anda. Sama juga
dalam temuduga PTD, anda seboleh mungkin bersungguh
dan cuba sedaya upaya menjawab soalan yang ditanya
dan cuba menonjolkan kelebihan anda sebaik mungkin.
Mungkin tak perlu diihuraikan dengan lebih panjang kerana
anda pasti lebih tahu tentang apa yang dimaksudkan
dengan kesungguhan ini.
14. Kurang Maklumat Tentang Isu Semasa
• Dalam ujian bertulis PTD, ada bahagian di mana anda
dikehendaki menulis esei yang selalunya berkait rapat
dengan isu semasa. Begitu juga semasa PAC ada sesi
pengucapan umum tidak kira English atau Bahasa Melayu.
Kegagalan calon meyiapkan diri anda dengan isu semasa
sememangnya menyumbang kepada kegagalan menjadi
penjawat jawatan ini. Sebagai contohnya sekiranya anda
graduan jurusan ekonomi, tetapi disuruh menghuraikan
tentang masa depan Bioteknologi Negara dan anda tidak
tahu tentang Dasar Bioteknologi Negara, bagaimana
agaknya anda boleh berdepan dengannya? Jadi amatlah
penting untuk anda menyiapkan diri anda dengan maklumat
semasa, dasar baru kerajaan dan halatuju Negara kita sendiri.
Membaca akhbar dan mendengar berita setiap hari adalah
satu pelaburan yang amat berharga dalam usaha anda
menyiapkan diri anda dengan maklumat semasa. Ambil tahu
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 14
isu dan isi pentingnya, selebihnya anda boleh ‘goreng’
dengan kebijaksanaan yang anda dapat dari universiti
dahulu.
15. Benci Subjek Sejarah dan Matematik
• Dalam ujian bertulis, Seksyen A mencakupi pengetahuan am
mengenai Malaysia dan alam sekeliling. Calon yang benci
subjek sejarah semasa di sekolah dahulu akan menghadapi
sedikit kesukaran di sini. Mengetahui sedikit sebanyak
mengenai latarbelakang Malaysia, tentang ASEAN dan lain-
lain yang berhubung kait dengan sejarah Malaysia adalah
satu kelebihan walaupun ianya bukanlah sesuatu yang
dominan dalam menentukan anda lulus ujian bertulis ini, tapi
ianya masih dianggap antara yang penting. Jadi
dekatkanlah hidup anda dengan sejarah, kerana sejarahlah
kita menjadi negara yang dihormati ☺. Ramai juga calon
yang mengeluh tentang kepayahan soalan Matematik yang
ditanya. Untuk mereka yang minat subjek Matematik anda
sudah pasti tidak bermasalah sebab sudah dinyatakan
tahap soalan hanyalah sehingga peringkat sekolah
menengah. Sekiranya anda tidak minat 2 subjek ini, anda
harus melakukan persediaan komprehensif untuk ‘cover’
balik apa yang telah anda tinggalkan dan perkukuhkan diri
anda dengannya.
16. Kurang Kemahiran Berbahasa
• Kemahiran berbahasa Melayu dan Inggeris amat penting
terutama dalam sesi debat dan ‘discussion’ semasa PAC.
Ramai yang gagal PAC kerana mempunyai kemahiran
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 15
berbahasa yang lemah. Anda harus cuba sedaya upaya
meningkatkan penguasaan bahasa anda. Banyakkan
membaca dan praktiskan bercakap untuk bahasa Inggeris.
Ramai yang pandai menulis esei dalam bahasa Inggeris tapi
bila disuruh bercakap, mereka akan bermasalah. Seharusnya
kalau anda pandai menulis maknanya anda sudah ada kosa
kata atau ‘vocabulary’ yang mencukupi. Apa yang anda
perlukan adalah sedikit keyakinan yang anda boleh
melakukan. Saya yakin semua graduan mampu dan
sebenarnya mahir dalam bahasa, tapi atas faktor malu dan
kurang yakin, ianya menjadi penghalang dan Nampak
seolah-olah anda tak menguasai kemahiran berbahasa
dengan baik.
17. Kurang Kemahiran Pengucapan Umum
• Faktor ini hampir serupa dengan faktor sebelum ini. Cumanya
mereka yang gagal ini tidak dapat menyampaikan idea
mereka dengan kadar yang menyakinkan kerana gaya
pengucapan yang tidak bagus. Kelancaran dan stail
pengucapan melambangkan keyakinan dan memberi nilai
tambah kepada kredibiliti anda. Cuba kaji bagaimana
pemimpin politik berucap ataupun ucapan tokoh-tokoh
yang anda boleh tengok di Youtube, dan belajar
bagaimana mereka memberikan ucapan. Apa yang penting,
anda seharusnya berjaya menyampaikan idea anda
dengan lancar dan tepat. Berlatih bercakap di depan
cermin di bilik anda, dan selalulah melakukan monolog
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 16
sendiri ketika lapang untuk melancarkan pengucapan anda.
Walaupun praktis sendiri ini dianggap remeh, tapi
percayalah ianya akan membantu meningkatkan
kelancaran dan keyakinan anda. Minta bantuan dari rakan
untuk mendengar dan menilai gaya pengucapan anda.
18. Tiada yang Istimewa
• Apabila markah anda lebih kurang sama dengan orang lain
dalam ranking SPA, anda perlukan faktor lain untuk berjaya.
Anda perlu ada nilai tambah tersendiri ataupun
keistimewaan tambahan yang menjadikan anda sedikit
berbeza dengan mereka yang lain. Sebab itulah semasa sesi
temuduga anda sebolehnya harus menonjolkan kelebihan
dan hebohkan keistimewaan anda. Penglibatan dalam
aktiviti kokurikulum contohnya harus diketengahkan. Ramai
juga yang gagal sebab mereka hanyalah ‘calon biasa’ atau
‘calon kebanyakan’. Tapi ini hanyalah satu faktor sampingan,
tapi harus juga diambil perhatian. Sebolehnya lengkapkan
diri anda sebaik mungkin supaya mereka tak ada pilihan
melainkan untuk melantik anda menjadi Pegawai PTD!
19. Jawapan Meleret
• Dalam tips untuk berjaya dalam temuduga selalu disebut
yang kita seharusnya menjawab soalan dengan tepat dan
padat. Jangan meleret kerana ianya akan membuang masa
penemuduga di samping mendedahkan diri anda kepada
membuat ‘statement’ yang salah. Fokus kepada jawapan
anda, biar ianya padat dan tepat
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 17
20. Malu/Angkuh untuk Bertanya
• Tidak mahu bertanya kepada mereka yang dah ada
pengalaman ataupun mereka yang dah berjaya. Ianya
mungkin kerana malu ataupun kerana angkuh dan terlalu
yakin pada diri sendiri. Kita seharusnya akn mendapat idea
yang lebih jelas tentang apa yang bakal berlaku, apa yang
ditanya dan apa yang seharusnya kita lakukan sebelum
mengharungi mana-mana peringkat dalam ujian PTD. Jika
anda malu bertanya, anda hampir pasti GAGAL dan
peribahasa melayu ada menyebut “malu bertanya, sesat
jalan..”. Belajarlah dari pengalaman orang lain dan anda
ada peluang yang besar untuk berjaya.
21. Cepat Menyerah ... gagal skali
• Anda harus sedar dan tahu bahawa kebanyakan mereka
yang berjaya adalah mereka yang pernah gagal dalam
ujian ptd sebelum itu. Bukan ramai yang berjaya dengan
sekali ujian sehaja bahkan ada kes di mana calon itu berjaya
selepas 5 kali mengambil ujian. Sekiranya anda gagal untuk
percubaan kali pertama, jangan berputus asa. Cuba lagi
untuk sesi yang akan datang tapi dengan persediaan yang
lebih rapi dan teratur. Jadikan kegagalan itu satu
pengalaman dan anda harus analisa diri sendiri dan cari
sebab kenapa anda gagal dan apa yang perlu anda
pertingkatkan.
22. Masalah Tingkah Laku
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 18
• Pembawakan diri juga menyumbang kepada pemilihan
calon semasa proses PAC dan temuduga. Dalam bercakap
contohnya, jaga intonasi anda, bahasa badan atau gerak
tubuh dan pertuturan bahasa yang bersopan dan tertib.
Pergaulan semasa PAC, cuba jadi mesra dan tampak
mudah untuk bergaul. Jadi anda seharusnya
memperkemaskan skil ‘public relation’ anda. Cara mudah
ialah, cuba jadi ceria dan yakin. Di samping itu juga semasa
temuduga anda harus menjaga perlakuan anda, masuk ke
bilik temuduga dengan tertib, elakkan duduk bersilang kaki
dan jawab dengan tenang dan tak gelabah.
23. Terlalu Jujur
• Masalah terlalu jujur ini kadangkala mendedahkan
kelemahan anda. Anda tidak perlu berpura-pura kerana
hipokrasi pasti dapat dikenalpasti oleh panel penilai yang
sememangnya berpengalaman semasa PAC mahupun
temuduga. Apa yang perlu ialah anda dedahkan apa yang
bagus tentang diri anda dan sembunyikan apa yang buruk
tentang diri anda. Cuba kawal diri, jadi diri sendiri dan
simpan apa yang buruk pada diri anda. Anda mungkin akan
diprovokasi untuk dinilai ketahanan anda, tetapi anda harus
sedar bahawa itu sebenarnya dirancang dan anda
seharusnya merancang juga bagaimana untuk
menghadapinya.
24. Overconfident
• Saya pasti anda lebih mengetahui dan sedar yang ramai
calon gagal sebab mereka terlalu yakin pada diri sendiri dan
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 19
saya tak berhasrat untuk menghuraikannya dengan lebih
mendalam. Tapi kalau boleh, rendahkan sedikit diri anda,
berbual dengan calon lain sebelum mengambil ujian kerana
itu sebenarnya akan membantu anda mengurangkan
tekanan.
25. Datang Lewat
• Tiba lewat ke tempat ujian / PAC / temuduga. Anda mungkin
ketawa membaca faktor ini tetapi inilah hakikatnya. Ramai
yang gagal sebab mereka datang lewat. Bila anda lewat ke
tempat ujian, anda akan menjadi lebih gelabah dan kelam
kabut dan sudah pastinya hal ini akan menyebabkan setiap
tindakan anda menjadi serba tak kena. Ingat apa yang saya
huraikan dalam faktor gagal sebab gelabah? Datang lewat
inilah satu sebab yang menyumbang kepada gelabah itu.
Seharusnya anda datang lebih awal ke tempat ujian untuk
menenangkan diri anda atau dalam kata lain, berikan
peluang diri anda untuk berasimilasi dengan suasana tempat
ujian. Sehari sebelum tarikh ujian, luangkan sedikit masa untuk
survey dan kenal pasti tempat tersebut supaya esoknya
anda mudah ke situ tanpa tersesat jalan yang seterusnya
menambahkan ke’gelabah’an anda.
26. Ada Bakat tapi..
• Anda malu atau keberatan untuk memberitahu tentang
bakat anda. Anda seharusnya ketengahkan keseluruhan
bakat anda, jangan simpan kerana tak ada orang yang
akan korek bakat anda kalau anda tak bagitahu.
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 20
Manipulasikan kelebihan anda supaya ianya menjadi nilai
tambah yang bakal membezakan anda dengan calon yang
lain. Anda harus ingat bukan semua orang mempunyai
kelebihan yang anda ada dan anda harus yakinkan diri
anda bahawa anda lebih bagus dari calon yang lain dan
anda layak untuk menjawat jawatan pegawai PTD.
27. Sekadar Cuba Nasib
• Faktor lain yang sebenarnya ialah faktor utama mengapa
calon gagal ialah, mereka mengambil ujian ini atas dasar
suka-suka atau mencuba nasib. Apabila ianya ditanamkan
dalam diri, mereka tidak berusaha dengan sewajarnya.
Berlainan kalau anda melakukan sesuatu yang anda begitu
berkehendakkan ianya, sudah pasti anda akan memberikan
usaha semaksimum mungkin untuk mendapatkannya kan?
Begitu juga dengan ujian PTD, anda harus melakukan
persediaan rapi kerana anda mahu bersaing dengan
puluhan ribu orang lain yang mahu menjawat jawatan yang
sama. Jadi, apabila anda mendapat peluang untuk
menduduki ujian PTD, lakukan sepenuh hati anda, buat
persediaan yang rapi dan dapatkan maklumat selok belok
tentang PTD dengan bertanya kepada mereka yang
berpengalaman dan rujuklah kepada tempat-tempat yang
ada autoriti dalam bidang ini.
Sebenarnya jika mahu disenaraikan sebab-sebab mengapa calon gagal,
sudah pasti ada puluhan lagi sebab lain. Tapi cukup sekadar 27 sebab ini
yang berjaya dikumpulkan oleh ‘Team TipsPtd.com”. anda harus fahami
dan cuba perbaiki apa yang kurang dan belajar dari kesilapan orang lain
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog 21
kerana belajar dari kesilapan orang lain adalah jalan pintas untuk anda
berjaya.
Salam kejayaan dari kami,
Team Tipsptd.com
Sebarang komen bolehlah dihantar ke [email protected]
Blog TipsPtd.com dibangunkan khas untuk menjadi ‘One-stop-center’ untuk rujukan bakal PTD dalam mencari maklumat yang komprehensif dan tersusun. Kami sebolehnya mahu memberikan
informasi yang lengkap untuk anda berjaya dalam ujian PTD. Lawatilah tipsPtd.com untuk menyiapkan diri anda dalam
menghadapi ujian-ujian PTD.
27 Sebab Calon GAGAL Ujian PTD
http://tipsptd.com/blog
Dapatkan Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan Versi TERBARU! Anda bukan
hanya dapat 1 ebook, tapi 7 ebook yang komprehensif dalam 1 harga untuk anda lulus
temuduga! KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut.
1. Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Versi Kemaskini Yang
Kedua – dimuatkan rahsia-rahsia baru dalam menghadapi temuduga
kerja kerajaan
2. Ebook Koleksi Kisah – Kisah Temuduga Kerja Kerajaan – “kisah-kisah
suka duka mereka yang pernah melalui temuduga kerja kerajaan
dikongsikan bersama”
3. Ebook teknik - Teknik Rahsia Bagi Menjawab Soalan Temuduga Kerja
Kerajaan. – ketahui teknik - teknik yang sebenarnya ketika menjawab
soalan yang ditanyakan panel penemuduga
4. Tips Asas Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan
5. Ebook 70 Contoh Skema Soalan dan Jawapan Temuduga Kerja
Kerajaan – soalan – soalan dan jawapan yang begitu praktikal sebagai
panduan kepada calon
6. Ebook Secrets of Succesful Job Hunting – Rahsia orang USA bagaimana
untuk mencari dan mendapatkan kerja di musim kegawatan ekonomi
7. Template Resume (dalam format word) – memudahkan calon
menyediakan resume yang baik
22