4
SANG KANCIL DENGAN BUAYA Pencerita: Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang-binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja. Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari makanan di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari itu sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya Sang Kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil. Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan daun kegemarannya yang terdapat di sekitarnya. Apabila tiba di suatu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai… Dialog antara Sang Kancil dan Buaya pun bermula… Sang Kancil: “Wah, banyaknya buah-buahan.. Eemm…. Merahnya buah jambu air itu! Tentu sedap rasanya tetapi… Bagaimana aku dapat ke sana??” (bertanya sendiri).

27493475 sang-kancil-dengan-buaya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: 27493475 sang-kancil-dengan-buaya

SANG KANCIL DENGAN BUAYA

Pencerita:

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di

dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk

meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi

tempat tumpuan binatang-binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap

yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh

kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil

bercadang untuk mencari makanan di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari itu

sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan,

lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya

Sang Kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa

membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air

sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat

sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut.

Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil

memakan daun kegemarannya yang terdapat di sekitarnya. Apabila tiba di suatu

kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang

masak ranum di seberang sungai…

Dialog antara Sang Kancil dan Buaya pun bermula…

Sang Kancil: “Wah, banyaknya buah-buahan.. Eemm…. Merahnya buah jambu air itu!

Tentu sedap rasanya tetapi… Bagaimana aku dapat ke sana??” (bertanya sendiri).

Page 2: 27493475 sang-kancil-dengan-buaya

Pencerita:

Sang Kancil pun turun ke tebing sungai sambil berfikir tentang buah jambu air dan

buah-buahan lain yang sedang masak ranum itu. Sedang Sang Kancil meneguk air,

tiba-tiba air sungai berkocak dan ia terasa kakinya disambar sesuatu. Sang Kancil

terkejut tetapi ia tidak menunjukkannya kerana ingin memperdayakan buaya itu.

Sang Kancil: (tenang) “Hai Sang Buaya, tuan hamba telah menyambar ranting kayu

bukan kaki hamba.”

Sang Buaya: (terkejut) “Ah, ranting kayu?” (mengeluh sambil melepaskan kaki Sang

Kancil)

Sang Kancil: “Alahai Sang Buaya, nasib baik hamba bertemu tuan hamba.

Sebenarnya, hamba telah diperintahkan oleh Raja Sulaiman agar mengira jumlah kaum

tuan hamba yang tinggal di sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah

kepada kamu semua. Pergilah beritahu kepada semua buaya. Nanti, Raja Sulaiman

akan memberi kurnia.”

Sang Buaya: (ragu-ragu) “Betulkah begitu Sang Kancil? (berfikir sejenak mendengar

penjelasan Sang Kancil) Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun ke dasar sungai

untuk memanggil semua kaum aku”

Pencerita

Pada mulanya Sang Buaya berasa ragu-ragu tetapi Sang Kancil yang bijaksana telah

berjaya meyakinkannya. Tidak lama kemudian, timbulah kesemua buaya yang ada di

dalam sungai itu. Sang Kancil meminta buaya-buaya itu berbaris dari tebing sebelah

sini hingga tebing sebelah sana.

Sang Kancil: “Hai buaya sekalian, aku telah diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya

menghitung jumlah kamu semua kerana Raja Sulaiman akan memberi hadiah dan

Page 3: 27493475 sang-kancil-dengan-buaya

kurnia yang istimewa pada hari ini. Beraturlah kamu merentasi sungai ini bermula

daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana.”

Pencerita:

0leh kerana perintah tersebut adalah daripada Raja Sulaiman, semua buaya segera

beratur tanpa membantah.

Sang Buaya: “Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia.”

Pencerita:

Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas

buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung sambil menyanyi….

Sang Kancil: “Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk, empat lima enam dan tujuh,

lapan Sembilan dan sepuluh, sebelas dua belas dan tiga belas. Ekor kalian jangan

melibas, empat belas lima belas enam belas, perintah Raja Sulaiman ditunaikan lekas.”

Pencerita:

Sang Kancil terus mengira sehingga ia sampai ke seberang sungai. Kemudian, Sang

Kancil terus melompat ke tebing dan menuju ke pohon jambu air itu.

Sang Kancil: (gembira) “Terima Kasih wahai Sang Buaya sekalian. Kalian telah

menunaikan hajat hamba.” “Ha!..ha!..ha!”.. ( ketawa sambil bersorak riang kerana telah

berjaya memperdaya Sang Buaya) “Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa

Page 4: 27493475 sang-kancil-dengan-buaya

aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah atau kurnia yang akan diberikan

oleh Raja Sulaiman kepada kalian! Sekarang bersurailah”.

Sang Buaya: (marah setelah menyedari yang mereka telah diperbodohkan oleh Sang

Kanci) “Jahanam kamu Sang Kancil! Jika sekali lagi kamu datang ke sini, akan kami

siat-siat kulit dan dagingmu untuk menjadi hidangan kami!” (bersumpah dengan penuh

rasa benci lagi dendam) .

Pencerita:

Setelah mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu

kerana mereka telah di tipu oleh Kancil. Mereka bersumpah tidak akan melepaskan

Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan dating. Dendam buaya tersebut terus

membara sehingga ke hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan

dan terus meninggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalan

kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Sekian.