28427497 Modul Bmm 3104 Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis

Embed Size (px)

Citation preview

Tajuk : Pengajaran Komponan Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa

BAB 1: KEMAHIRAN LISAN

PengenalanApabila kita menyebut lisan kita akan tergambar dua orang atau lebih sedang bertutur, berinteraksi mahupun berkomunikasi. Walau apapun perkataan atau istilah yang digunakan namun perlakuan yang terlibat ialah mereka menerima mesej dan menghasilkan maklumat berdasarkan mesej yang diterima itu tadi. Maksudnya, kemahiran lisan melibatkan dua komponen lain yang sama penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Dengan itu, kita boleh simpulkan sekali lagi bahawa kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat. Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh memahami dan memproses maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan lancar, pastinya dia dapat mengembangkan daya pemikiran dan pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau situasi yang dialaminya ketika itu. Terdapat dua kemahiran lisan, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran Mendengar

i. Pengenalan

Dalam proses pemerolehan bahasa kita terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. Dengan itu kita menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialami daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita, dan kemudian kita cuba meniru serta menuturkannya berulang kali. Persekitaran inilah yang menjadi model kepada kita. Jika model itu merupakan model yang baik iaitu mereka yang menggunakan bahasa yang baik (yang standard), maka keadaan ini akan menguntungkan kita. Jika sebaliknya, kita akan rugi kerana memperoleh contoh dan meniru model yang salah.

ii.Jenis Kemahiran Mendengar

Penyataan di atas menyatakan bahawa kemahiran bertutur itu terhasil daripada proses mendengar. Apakah yang terjadi dalam proses mendengar itu? Ketika mendengar seseorang itu akan menangkap gabungan bunyi-bunyi bahasa, dan berasaskan pengetahuan serta pengalamannya, dia akan menghubungkaitkan bunyi itu dengan makna. Bunyi yang bermakna itu kemudiannya akan menjadi asas bagi seseorang itu membuat tindakan. Dengan itu dapat kita simpulkan bahawa proses mendengar itu melibatkan proses memaham, menghurai dan menilai apa yang didengar sebelum sesuatu tindakbalas yang sewajarnya perlu dibuat. Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu kemahiran mendengar pasif dan kemahiran mendengar aktif.

a.Mendengar Pasif

dalam satu situasi, guru menerangkan nama sejenis pokok dengan menggunakan istilah saintifiknya. Pelajar-pelajarnya berdiam diri menunjukkan bahawa mereka tidak faham apa yang dikatakan oleh gurunya. Jadi, apakah yang berlaku dalam proses mendengar ini? Inilah yang dinamakan mendengar pasif. Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala. Murid mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang diterima.

b.Mendengar Aktif

Mengapa pelajar-pelajar dalam situasi tertentu pula menjawab penyataan gurunya? Sebab pelajar-pelajar itu faham apa yang dikatakan oleh gurunya itu. Inilah yang dikatakan mendengar aktif. Oleh itu, mendengar aktif melibatkan komunikasi dua hala. Maksudnya, pelajar memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar.

iii. Peringkat Kemahiran Mendengar dan Memahami

Apabila kita berkata tentang proses, kita tidak dapat lari daripada sesuatu keadaan yang berlaku secara berperingkat dan mengikut aras-aras tertentu. Begitulah juga dengan proses kemahiran mendengar ini. Terdapat dua peringkat kemahiran mendengar yang mempunyai aras rendah dan aras tinggi.

Aras Rendah Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci

Mengenal maklumat khusus

Mengesan urutan

Mengenal sebab dan akibat

Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi

Mengenal sikap dan perasaan orang Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci

Mengenal maklumat khusus

Mengesan urutan

Mengenal sebab dan akibat

Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi

Aras Tinggi

Mengenal isi-isi penting

Mengenal peranan dan perhubungan yang bercakap

Mentafsirkan maksud orang yang bercakap

Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi

Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar

iv.Aktiviti Kemahiran Mendengar

Anda telah mengetahui jenis dan peringkat kemahiran mendengar. Sekarang bagaimanakah pula anda dapat menguasai kemahiran mendengar itu? Ataupun, bagaimanakah anda dapat mengajar pelajar-pelajar anda menguasai kemahiran mendengar secara berkesan? Sudah tentulah dengan menggunakan sesuatu cara. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, cara itu dimaksudkan sebagai aktiviti.

Apakah aktiviti yang dapat membantu pelajar menguasai kemahiran mendengar itu? Antara aktiviti-aktivitinya adalah seperti yang terkandung di dalam jadual di bawah:

(a) menegenal dan mengecam

Mengenal dan mengecam jenis-jenis bunyi.

Mengecam sebutan baku dan tidak baku dan bunyi kata.

Mengecam pelbagai jenis nada, intonasi, gaya pengucapan serta sikap penutur daripada perbualan, lakonan atau drama yang diperdengarkan.

Mendengar rakaman perbualan, wawancara, cerita dan berita.

Perbualan melalui telefon.

Mengenal pasti erti kata-kata.(b) Membuat inferens

Menerangkan sebab-sebab kejadian sesuatu perkara. Misalnya, jelaskan sebab-sebab terjadinya tanah runtuh?

(c) Menganalisis maklumat

Mencari makna perkataan berdasarkan konteks dengan merujuk kamus.

(d) Membuat rumusan

Membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berdasarkan maklumat yang telah dianalisis.

(e) Membuat penilaian

Memberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara yang didengar atau dibincangkan.

v. Pembinaan dan Penggunaan Bahan untuk Kemahiran Mendengar

Kita sedia maklum bahawa untuk menarik penumpuan dan minat pelajar-pelajar untuk mendengar, situasi pembelajaran itu mestilah menarik juga. Di samping pengajaran guru bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting. Ini bermaksud, seseorang guru yang masuk ke bilik darjah dengan hanya menggunakan kata-kata, suara, isyarat (gestures), papan tulis dan papan kapur sahaja, tidak akan dapat mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. Kenapa tidaknya? Sebab, pelajar hanya mendengar dan mempelajari sesuatu itu secara abstrak, jauh dan kabur. Ini tidak memungkinkan berlakunya perkongsian maklumat, idea, pandangan, sikap dan nilai antara pelajar dengan guru, pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan bahan. Mana mungkin pelajar hanya mendengar sahaja sedangkan kemahiran bahasa perlu dikuasai dengan yakin melalui visual dan pengalaman. Dengan itu, sebaiknya, guru bahasa perlu menggunakan alat dan bahan yang sesuai, menarik dan mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu agar semua deria pelajar dilatih untuk menerima pembelajaran yang berkesan, khususnya dalam kemahiran mendengar ini.

Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ia digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai.

a) Klasifikasi Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

BahanJenis alatBentuk bahan

1. AudioRadio, pita rakaman (audio), piring hitamPetikan bunyi haiwan, suasana, senikata nyanyian, petikan cerita, berita, dll.

2. Bahan bercetakKad, carta, peta, graf, kitSedutan sajak, pantun, dan nyanyian;, sedutan teks, novel,cerpen; dan sedutan rencana.

3. Visual Slaid, lut sinar dan OHP, filem, filem lajur, gambarIlustrasi, penjelasan konsep, kata kunci/ penunjuk, ayat kunci.

4. Objek FizikalBenda sebenar, modelKosa kata, ayat.

5. 5. Audia dan Visual

1. ( Pandang dan Dengar)T.V dan rakaman video, filemSeperti (i) dan (iii)

6. Manusia dan Alam SekelilingKumpulan rakan sebaya, situasi sesuatu tempatPerbincangan dialog, perbincangan teks.

7. KomputerDisket dan hasil cetakan komputerSeperti (ii) dan (iii)

8. Audio dan Bahan BercetakKedua-dua bahan dan alat (i) dan (ii)Seperti (i) dan (ii)

Jadual 1 : Klasifikasi alat dan bahan pengajaran

b.Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Mendengar

Setelah anda faham tentang prinsip pemilihan, pengolahan, pembinaan, penggunaan dan penilaian bahan pengajaran bahasa Melayu, sekarang mari kita tumpukan khas kepada bahan bantu mengajar untuk kemahiran mendengar sahaja.

Di atas tadi telah ditunjukkan klasifikasi alat dan bahan mengajar bahasa Melayu. Daripada senarai bahan-bahan tersebut kita boleh ambil beberapa bahan dan alat yang sesuai untuk pengajaran kemahiran mendengar. Bahan bantu mengajar yang paling kerap digunakan bagi melatih kemahiran mendengar ialah pita rakaman. Pita rakaman amat berkesan dalam latihan kemahiran mendengar kerana guru dapat memainkan semula bahagian-bahagian tertentu pada sesuatu rakaman sekiranya didapati perlu. Rakaman yang dimainkan semula kepada pelajar-pelajar itu dapat didengar tanpa apa-apa perubahan terhadap sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan.

Namun, pita rakaman video adalah lebih berkesan. Melalui pita rakaman video ini, murid-murid bukan sahaja dapat mendengar sebutan, nada intonasi dan gaya pengucapan tetapi mereka juga dapat melihat gerak-geri mimik muka orang yang bertutur. Unsur-unsur bahasa dan unsur-unsur paralinguistik yang didengar dan unsur-unsur bukan linguistik yang dapat dilihat melalui pita rakaman video akan memudahkan pendengaran dan pemahaman murid-murid. Di samping itu bahan bantu mengajar seperti gambar, ilustrasi, poster, rajah, carta, peta, dan kad-kad imbasan dapat digunakan juga untuk membantu pelajar-pelajar memahami bahan yang diperdengarkan. Begitu juga, bahan ini boleh menjadi alat yang dapat menggerakkan murid untuk sedia mendengar bahan rakaman.vi. Penilaian Kemahiran Mendengar

a.Kenapakah kita perlu menilai kemahiran mendengar?

Sebabnya adalah untuk mengetahui adakah pelajar-pelajar kita sudah menguasai atau belum kemahiran mendengar yang kita ajarkan.

b.Bilakah penilaian kemahiran mendengar perlu dilakukan?

Penilaian kemahiran mendengar seringkali dilakukan secara tidak formal ketika pelajar-pelajar melakukan aktiviti-aktiviti lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Walaupun aktiviti lisan itu dilakukan serentak dengan kemahiran bertutur tetapi fokusnya adalah penilaian terhadap kemahiran mendengarnya.

Penilaian terhadap kemahiran mendengar dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, ialah penilaian terhadap keupayaan mendengar dan mendiskriminasikan komponen-komponen linguistik. Pengujian terhadap kemahiran mendengar ini memerlukan pelajar mengenal pasti makna-makna perkataan mengikut konteks, mengenal pasti jenis-jenis ayat berdasarkan intonasi yang berlainan, mengasingkan perkataan mengikut golongan, dan mengenal pasti morfofonem tertentu yang hadir hasil daripada berlakunya proses pengimbuhan.

Kedua, ialah penilaian terhadap kemahiran mendengar bagi tujuan-tujuan komunikasi. Ini bermaksud guru menguji kemampuan pelajar menguasai kemahiran mendengar dan memahami serta menginterpretasi sesuatu wacana yang diperdengarkan kepada mereka.

c.Apakah instrumen yang kita gunakan untuk menilai kemahiran mendengar?

Sebenarnya ada pelbagai instrumen yang boleh kita gunakan untuk menguji atau menilai kemahiran mendengar pelajar kita, antaranya ialah pemerhatian dan latihan amali.

Penutup Sudahkah anda faham tentang kemahiran mendengar? Mari kita ingat semula penyataan penting tentang kemahiran mendengar ini. Kemahiran mendengar adalah:

1. satu daripada komponen kemahiran lisan,

2. diajar secara serentak dengan kemahiran bertutur,

3. merupakan kemahiran asas untuk menguasai kemahiran selanjutnya iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis,

4.mempunyai proses yang melibatkan dua aras penting,

5.pengajaran yang melalui dua peringkat yang berdasarkan kesukaran tugasan atau fungsi mendengar itu, dan

6. menguji kemampuan dan kecekapan mendengar.

Seperti kata Juriah Long (Perkedahan Pengajaran Bahasa Malaysia: 1990), kemahiran mendengar itu merupakan komponen kemahiran lisan yang tidak boleh diabaikan oleh guru-guru bahasa. Mendengar merupakan proses yang kompleks kerana dalam proses mendengar, seseorang individu itu bukan sahaja menggunakan alat pendengarannya, tetapi individu tersebut juga perlu menggunakan otaknya untuk mentafsirkan perkataan-perkataan atau ayat-ayat bahasa yang didengarinya dan kemudian memberi gerak balas terhadap sebutan bahasa tersebut. Oleh itu, katanya lagi, pelajar-pelajar perlu dilatih melalui beberapa aktiviti pembelajaran yang berkesan supaya mereka dapat mendengar dengan baik. Penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan juga dapat membantu guru dalam latihan-latihan mendengar tersebut.Kemahiran Bertutur

i.Pengenalan

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul, dan juga berdasarkan konteks yang sesuai.

Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur membolehkan pelajar menguasai kemahiran bercakap dengan tenang, dalam gaya (nada, intonasi dan tekanan) yang betul, lancar dan fasih mengikut situasi dan keperluan.

ii.Jenis Pertuturan

a. Pertuturan Sehala

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pertuturan sehala? Pertuturan sehala bolehlah ditakrifkan sebagai penyampaian mesej yang tidak menerima sebarang maklum balas secara spontan. Pengirim menyampaikan mesej manakala penerima tidak memberi sebarang maklum balas sesuai secara spontan. Ciri-ciri Penyampai aktif

Penerima pasif

Tiada maklum balas spontan

Bahasa jelas dan sesuai

Keberkesanan komunikasi bergantung kepada penyampai Khalayak besar

Jenis-jenis Aktiviti

Taklimat

Pengumuman

Pengucapan Awam

Memberi arahan/panduan

Pengacaraan Majlis

b. Pertuturan Dua Hala

Pertuturan dua hala pula boleh berlaku dalam pelbagai situasi. Apa yang terjadi ialah satu pihak menyampaikan maklumat dan satu pihak lagi menerima dan memberi respons kepada pihak penyampai tadi. Komunikasi ini berlaku secara spontan dalam satu masa dan di tempat yang serupa. Ciri-cirinya ialah penyampai dan penerima saling berinteraksi, penyampai dan penerima saling bersemuka, dan ada maklum balas spontan. Jenis-jenis aktiviti dua hala ialah;

Dialog

Forum

Wawancara / temu bual

Perbincangan

Perbahasan Mesyuarat

iii.Peringkat Peringkat Kemahiran Bertutur

Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan di sekolah dan dalam masyarakat, maka sudah tentulah kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat. Dengan itu, mari kita lihat peringkat-peringkat kemahiran bertutur iaitu peringkat pertuturan rendah dan peringkat pertuturan tinggi.

a. Peringkat Rendah

Pertuturan tentang hal-hal yang berlaku di sekitar diri dan pengalaman murid seperti;

Berbual tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi, serta nada yang sesuai.

Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan.

Menyatakan perasaan secara terus terang dan beradab tentang sesuatu perkara.

b. Peringkat Tinggi

Pertuturan untuk membuat analisis atau inferens, ramalan, pandangan, dan justifikasi seperti;

Mengemukakan pendapat/cadangan yang bernas dalam perbincangan.

Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat.

Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan.

Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu

Memberi respons peribadi tentang karya sastera

Memberi respons peribadi tentang karya sastera

iv.

Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur

Teknik pengajaran boleh direalisasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. Sepertimana teknik, terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa mengajar kemahiran bertutur ini. Modul ini hanya menerangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.

a.PerbualanAktiviti perbualan dijalankan untuk melatih pelajar berbicara dengan menggunakan kata, intonasi dan nada, ayat dan ungkapan yang sesuai dan betul semasa berhubung dengan orang lain dalam kehidupan hariannya. Selain daripada itu ianya juga boleh menyampaikan maksud yang tersurat atau tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan kepadanya.

Azam:Adik, tolong ambilkan abang buku cerita itu!

Azmi :Baik abang. Nanti adik ambil.

Azam:Emak, boleh saya pergi bermain bola di padang?

Emak :Boleh. Tapi, Azam sudah habiskan kerja rumahkah?

Dua situasi perbualan di atas menunjukkan tatacara berbual yang baik dan santun. Perbualan ini menunjukkan dua cara yang berlainan mengikut intonasi dan kata sapaan kata ganti nama diri yang digunakan oleh orang yang berbual. Dengan itu, untuk memastikan perbualan itu menggunakan pertuturan yang baik, orang yang bertutur mestilah tahu menggunakan kata-kata, ayat dan intonasi yang sesuai dengan konteks dan latar orang yang dilawan bertutur itu.

b.Memberi Pendapat

Aktiviti memberi pendapat membolehkan pelajar mencetuskan, menghuraikan dan mengemukakan idea yang bernas dalam perbincangan. Pelajar boleh mengaitkan pengalaman dan pemerhatian sendiri untuk menyokong pandangan misalnya tentang kesan perisa yang digunakan dalam makanan terhadap kesihatan. Pelajar boleh melanjutkan pandangannya seperti memberikan akibat, tujuan atau sebab- musabab.

c.

SimulasiTeknik simulasi ialah teknik yang memerlukan keadaan atau situasi sosial yang sebenar. Para pelajar perlu membayangkan keadaan tersebut terlebih dahulu sebelum melakonkannya dalam situasi tiruan berdasarkan bahan rangsangan yang disediakan. Contoh langkah-langkah pengajaran menggunakan teknik simulasi ialah; Pelajar diberikan kad peranan berdasarkan situasi tertentu

Pelajar melakonkan peranan secara individu ataupun secara kumpulan berdasarkan arahan dalam kad peranan

Guru dan pelajar membuat rumusan tentang peranan yang telah dimainkan

Guru memberi aktiviti susulan

Contoh kad arahanKAD A

Anda sebagai kerani pos sedang melayan pelanggan di kaunter dengan mesra.

KAD B

Anda sebagai pelajar ingin membeli setem kenang-kenangan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke -42. Anda ingin mendapat kepastian sama ada setem itu masih ada lagi atau sudah kehabisan stok, di samping itu anda diminta membantu seorang tua untuk mengisi borang kiriman wang.KAD C

Sebagai seorang tua yang menghadapi masalah untuk mengisi borang kiriman wang, anda meminta bantuan daripada seorang pelajar untuk melengkapkan borang tersebut. Anda dikehendaki menyatakan butiran yang diperlukan kepada pelajar itu.

d.

Main Peranan

Main Peranan ialah teknik pengajaran bahasa yang melibatkan gambaran pelajar terhadap situasi dan melakonkan peranan yang diberi berdasarkan situasi tertentu tanpa bantuan skrip. Teknik ini mementingkan interaksi pelajar secara individu atau kumpulan. Langkah-langkah pengajaran; Sediakan satu situasi sebenar untuk aktiviti main peranan yang dicadangkan

Tentukan watak-watak yang terlibat di kalangan pelajar

Pelajar diminta melakonkan peranan yang diberi

Guru dan pelajar membuat rumusan

Contoh:

Dua orang rakan anda telah ditahan oleh guru disiplin di pintu masuk ke sekolah anda. Dengan menggunakan teknik main peranan, lakonkan situasi tersebut.

e. Perbincangan

Perbincangan ialah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan. Sewaktu perbincangan dijalankan, pelajar-pelajar dikehendaki mengambil bahagian aktif untuk menyatakan pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu topik. Langkah-langkah pengajaran; Guru memilih tajuk yang sesuai untuk dibincangkan

Bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk perlu disediakan

Guru menerangkan prosedur perbincangan

Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan memilih ketua serta pencatat bagi setiap kumpulan

Pelajar menjalankan perbincangan dan membentangkan hasil perbincangan kumpulan

Guru memberi aktiviti dan membuat rumusan

v. Pembinaan dan Penggunaan Bahan Sumber

Anda telahpun membaca tentang pemilihan dan penghasilan bahan untuk kemahiran mendengar. Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. Oleh itu, tidak perlulah lagi kita mengulang memperkatakan proses pemilihan bahan ini. Baik kita teruskan perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu mengikut aktiviti kemahiran itu sendiri.

a. Aktiviti Perbualan

Untuk melatih murid-murid supaya dapat berbual dan berbicara dengan menggunakan kata, intonasi, nada, struktur ayat dan ungkapan yang betul, alat-alat yang boleh digunakan ialah pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.

b. Aktiviti Memberi Pendapat

Bahan-bahan untuk aktiviti memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog, seni kata lagu, sajak, pantun, petikan rencana/isu semasa daripada akhbar/majalah dan petikan peristiwa dalam cerpen/novel.

c. Aktiviti Bercerita

Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik yang membolehkan murid-murid menggunakan daya imaginasi yang tinggi serta kreatif semasa menyampaikan cerita melalui kemahiran pertuturan. Oleh itu guru perlulah menyediakan bahanbahan yang boleh menimbulkan rangsangan kepada murid. Contoh arahan;Ini ialah gambar tunggal pemandangan sebuah rumah yang terletak di tebing sebuah sungai. Berdasarkan gambar ini guru boleh meminta murid mereka cerita dengan menggunakan imaginasi sendiri hingga menjadi sebuah cerpen yang menarik.

Seperkara lagi, perlu diingat bahawa bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur sebaik-baiknya terdiri daripada bahanbahan yang autentik ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Contohnya, rencana kesihatan, berita bencana alam (banjir, kebakaran, tanah runtuh, angin puting beliung dan sebagainya), petikan cerpen,forum, bacaan sajak, syair, pantun dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid.

Kesimpulannya,

Contoh penggunaan alat bantu mengajar yang telah dibincangkan tadi merupakan panduan sahaja. Oleh itu, anda bolehlah mengubahsuaikannya mengikut keperluan dan keadaan yang sesuai dengan peringkat pembelajaran pelajar. Apa yang penting ialah bagaimana anda dapat melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti yang menyediakan peluang untuk mereka menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur dan memberikan pendapat secara kreatif dan kritis.

Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung pada sejauh mana deria seseorang itu dilibatkan. Oleh itu, pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

vi.

Penilaian Kemahiran Bertutur

Banyak aspek yang perlu diberi pertimbangan semasa hendak membuat penilaian kemahiran bertutur. Antaranya ialah aspek fonologi, tatabahasa, leksikal, konteks dan aspek-aspek bahasa yang lain. Apabila hendak membuat penilaian dalam aspek fonologi kita hendaklah melihat pelajar tersebut boleh menyebut dengan betul dan tepat tentang sesuatu perkataan, frasa atau ayat yang diminta oleh gurunya atau ayat yang dibina sendiri. Sebutan yang dimaksudkan itu ialah dari segi nada dan intonasi serta jeda dan tekanan. Maknanya murid tersebut mestilah boleh menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara harus juga dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Kepantasan bertutur juga perlu wujud dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dan sebagainya. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan. Pada aspek tatabahasa pula, salah satu penilaian yang boleh dilaksanakan ialah dari segi transformasi ayat. Contohnya, penilaian pada kecekapan pelajar menuturkan ayat cakap ajuk atau ayat cakap pindah semasa menceritakan atau menyatakan sesuatu perkara dalam aktiviti di dalam kelas.

Aspek leksikal juga tidak kurang pentingnya untuk dinilai oleh seseorang guru bahasa untuk memastikan sama ada nama-nama objek yang dituturkan itu betul atau tidak.

Guru menunjukkan sekeping gambar kepada pelajar dan meminta pelajar menyebut nama objek yang terdapat di dalam gambar tersebut. Adakah muridnya akan menyebut harimau, halimau, ghimau atau haghimau ? Di sini guru boleh membuat penilaian aspek leksikal pelajarnya dan mungkin boleh membuat aktiviti susulan untuk membetulkan kesilapan sebutan pelajarnya.

Seseorang yang dianggap petah berkata-kata pula ialah seseorang yang menguasai perbendaharaan kata, memilih dan menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat yang hendak diberitahunya itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu, dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza juga. Contoh:

Sekumpulan pengembara telah membuat satu ekspedisi di Hutan Lipur Bukit Hijau. Setelah berjalan beberapa kilometer mereka berhenti untuk melepaskan penat. Di sini berlaku dialog antara dua orang pengembara;

A:Eh! Eh! Hauslah.

B:Kalau haus minumlah.

A:Maksud aku bukan haus hendak minum air tetapi kasut aku ini, tapaknya telah haus.

B:Oh ! Aku ingatkan kau dahaga.

Perbualan di atas menunjukkan makna perkataan haus bagi Si A merujuk kepada tapak kasutnya yang menipis manakala makna perkataan haus bagi Si B pula ialah dahaga. Inilah yang disebut makna perkataan mengikut konteks.

Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi.

Contoh:

a. Silalah masuk.

b. Jemputlah makan.

c. Boleh pinjamkan saya buku itu.

d. Abang Long, marilah main dengan Angah.

Contoh ayat-ayat di atas merujuk kepada ujaran-ujaran hormat seseorang kepada orang yang dilawan bercakap. Seseorang itu akan menggunakan leksikon (perbendaharaan kata) tertentu dan berbeza-beza apabila berkomunikasi dengan orang lain berdasarkan situasi tertentu.Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu. Oleh yang demikian, penilaian dan pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini.

Penutup Pengajaran dan pembelajara kemahiran lisan melibatkan proses penyampaian dan penerimaan mesej. Ini memerlukan komunikasi yang jelas antara orang yang mendengar dan bertutur itu. Sudah tentu dalam proses berkomunikasi itu terdapat banyak halangan dan pengaruh tertentu mengikut latar penutur, konteks dan judul pertuturan. Contohnhya, pembelajaran lisan untuk penutur pertama dan kedua. Kita sedia maklum masalah bagi penutur kedua. Mereka belajar bahasa yang asing daripada bahasa ibunda mereka. Lantas mereka mempunyai segala masalah daripada penggunaan alat artikulasi untuk penyebutan dan juga pemahaman untuk mentafsir makna ujaran yang dipertuturkan. Namun, penutur bahasa pertama juga menghadapi masalah yang sama iaitu pengaruh daripada pelbagai dialek daerah. Walau apapun masalah yang timbul, guru memainkan peranan untuk mengetahui dan memahami konsep kemahiran lisan ini dan mengajar kemahiran itu kepada pelajar melalui aktiviti, dan bahan yang sesuai, kreatif dan menarik. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pula boleh dipastikan dengan mengaplikasikan pelbagai cara dan bentuk penilaian dan pengujian. Adalah diharap strategi pengajaran yang kreatif, bahan yang menarik dan penilaian yang berkesan, pelajar akan dapat menguasai kemahiran lisan yang terangkum di dalamnya kemahiran mendengar dan bertutur, dengan baik , fasih dan bermakna mengikut konteks dan wacana.KEMAHIRAN MEMBACA4.2.1 Pengenalan

Apakah bacaan? Kebanyakan pengertian yang telah diberi, menyatakan bacaan menekankan aspek-aspek yang khusus seperti kognitif atau pengamatan dan peringkat-peringkat bacaan iaitu mod yang berupa bacaan secara nyaring atau secara senyap. Pengertian ini tidak mampu memberi gambaran yang jelas dan menyeluruh tentang apa yang terjadi apabila seseorang itu membaca. Oleh itu, cuba kita bincangkan definisi-definisi ini.

i. Haris dan Sipay (1980:8) menyifatkan proses membaca sebagai satu proses mendapatkan interpretasi yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.

ii. Kenedy (1981:5) mentafsir proses membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya, berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mengintegrasikan maksudnya.

iii. Smith dan Johnson (1980:4) menganggap proses membaca sebagai satu proses komunikasi kerana dalam sesebuah perlakuan membaca, berlaku pertukaran idea-idea di antara penulis dan pembaca. Dengan itu, seseorang itu tidak dikatakan membaca sekiranya dia tidak berjaya mendapatkan mesej atau apa yang hendak disampaikan oleh penulis di dalam penulisannya.

Sekarang mari kita kenal pasti inti pati definisi-definisi di atas. Kita boleh rumuskan bahawa;

i. terdapat dua komponen dalam perlakuan mambaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan-perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca;

ii. aspek yang ditekan dalam proses membaca ialah aspek kepentingan berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca.

iii. proses membaca adalah untuk memahami isi, maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis;

iv. seseorang pembaca (contohnya, pelajar) akan membawa tujuan, jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu kepada apa yang dibacanya.

Dengan itu, membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari minda ke minda iaitu pengalihan mesej dari penulis kepada pembaca. Akan tetapi, sudah tentu ini tidak semudah kita fikirkan kerana kita terpaksa meneroka bagaimana kita memperoleh maksud melalui pembacaan dan bagaimana pembaca serta penulis teks akan memberi sumbangan kepada proses membaca itu sendiri.

Untuk menjawab soalan itu kita perlu mengenal pasti perkara yang perlu dilakukan semasa kita membaca. Dalam sebuah proses membaca, tugas-tugas berikut perlu dilakukan oleh pembaca.

i. Mengesan atau mengenal lambang-lambang atau perkataan-perkataan yang dilihat.

ii. Mengaitkan lambang-lambang atau perkataan-perkataan itu dengan lambang atau makna.

iii. Menterjemah makna perkataan itu dengan mengaitkannya kepada apa yang telah sedia ada di dalam minda.

iv. Cuba menghuraikan atau menjelaskan idea-idea yang didapati kepada diri sendiri, rakan atau guru.

Tegasnya, dalam perlakuan membaca itu, kebolehan untuk mengaitkan dan mengintegrasikan segala aspek tersebut di atas adalah penting bagi menghasilkan sebuah pembacaan dengan kefahaman.

Kita telah menyentuh perkataan kefahaman. Malah perkataan kefahaman ini adalah sinonim dengan perkataan bacaan. Maksudnya, apabila kita memperkatakan tentang bacaan, tidak boleh tidak, kita pasti menyentuh kefahaman. Malah, guru sendiri selalu bertanya pelajarnya bila sudah membaca sesebuah teks

" Kamu faham tak apa yang kamu baca tadi?"

" Cuba kamu beritahu apa yang kamu faham daripada teks yang kamu baca itu."

" Kamu sudah baca teks itu. Sekarang bagi tahu cikgu cerita

keseluruhan teks itu."

Jadi, apakah kefahaman itu? Kafahaman ialah keupayaan menubuh, mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca. Ini merupakan satu proses mendapatkan makna daripada komunikasi sama ada melalui lisan, tulisan atau penggunaan lambang-lambang tertentu. Proses kefahaman ini juga merangkumi proses mental yang kompleks seperti mengecam perkataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea-idea dengan perkataan dan pengalaman yang sedia ada, penyusunan idea-idea, penubuhan generalisasi dan juga penilaian. Tegasnya, tanpa kefahaman tentang apa yang dibaca, sesebuah perlakuan bacaan itu tidak lengkap. Oleh itu, bacaan adalah kefahaman. Sehubungan itu, matlamat guru mengajar kemahiran membaca dan memahami ialah supaya murid dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka akan dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.

4.2.2Jenis Bacaan

Sebentar tadi, kita telah memperkatakan tentang konsep dan pengertian bacaan dan kefahaman atau membaca dan memahami. Sekarang mari kita fahamkan tentang jenis bacaan itu pula. Bacaan terbahagi kepada dua jenis iaitu bacaan mekanis atau bersuara dan bacaan mentalis atau senyap. Cuba and baca dan fahami penyataan di bawah ini.

Jenis BacaanKeteranganCadangan pengajaran dan pembelajaran

Bacaan Mekanis/ kuat / nyaring

(bersuara) Bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.

Membaca dengan gaya dan intonasi yang betul. Beri petikan teks yang sesuai

Buat latih tubi baca perkataan/ rangkai kata yang sukar.

Tunjuk cara contoh bacaan yang betul.

Murid membaca dan guru memantau bacaan murid.

Guru berbincang dan bersoaljawab dengan pelajar tentang isi bacaan bagi menguji pemahaman pelajar.

Bacaan Mentalis/ akaliah

(senyap / kefahaman) Bacaan dalam hati tanpa suara.

Dijalankan sebelum atau selepas pelajar menguasai bacaan bersuara.

Membaca untuk memahami maklumat/ idea/ buah fikiran. Baca petikan secara senyap untuk mengesan maksud.

Bersoal jawab tentang isi petikan.

Aktiviti pengukuhan menceritakan semua isi petikan yang dibaca.

i.Bacaan Mekanis

Daripada keterangan bacaan mekanis di atas dapat kita simpulkan bahawa membaca mekanis itu adalah satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Ini bermaksud, orang yang membaca itu harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Oleh yang demikian, dia terlebih dahulu harus menguasai keterampilan persepsi yang menglibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya mengenal, dan memahami kata-kata dengan cepat dan betul. Begitu juga, dia mesti mampu dan cekap mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. Jadi, berdasarkan penerangan di atas kita sudah faham bahawa sebab-sebab pelajar tidak dapat membaca dengan lancar, tersekat-sekat dan berhenti pada tempat yang salah yang akhirnya menjejaskan wacana sesuatu teks yang dibaca itu adalah kerana mereka tidak cekap menanggap dan memberi makna kepada kata-kata yang dibacanya. Lantas, mereka tidak dapat membunyi dan menggayakan kata-kata atau ungkapan yang dibaca itu dengan nada dan intonasi yang betul mengikut konteks dan wacana teks yang dibacanya itu.

ii.Bacaan Mentalis

Membaca mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca dalam hati yang merupakan kegiatan membaca yang melibatkan pengaktifan mata dan ingatan (visual memory). Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Bacaan senyap ini juga lebih bertepatan dengan membaca secara perseorangan (personalized reading). Ini menyatakan bahawa seseorang itu lebih selesa membaca bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca pula, iaitu yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar mencari, memilih, dan maju sendiri, program membaca senyap secara perseorangan ini adalah satu strategi yang amat menarik.

Oleh itu, bacaan senyap ini ialah bacaan yang disuarakan di dalam hati. Pembaca menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Begitu juga, bacaan senyap ini boleh dilakukan lebih laju daripada bacaan bersuara atau mekanis. Ini adalah disebabkan bacaan senyap tidak perlu memberi pertimbangan seperti nada, suara, sebutan,dan intonasi yang jelas seperti mana yang diperlukan dalam bacaan bersuara. Bacaan mekanis dan bacaan mentalis ternyata mempunyai ciri-ciri dan cara pengendalian yang berbeza . Dengan itu, pengajaran kedua-kedua jenis bacaan ini juga sudah tentu mempunyai tujuannya masing-masing. Jadi, mengapakah anda mengajar jenis-jenis kemahiran membaca ini kepada pelajar anda?

4.2.3Teknik Bacaan

i.Bacaan pantas

Membaca pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuaannya menjimatkan masa. Walaubagaimanapun, kelajuan membaca itu disesuaikan dengan apa yang dibaca dan tujuan membaca ketika itu. Membaca pantas ini melibatkan pergerakan mata. Mata bergerak berperingkat-peringkat mengikut urutan baris-baris yang bercetak. Bagi pembaca yang lemah, mata mereka akan berhenti membaca pada tahap-tahap tertentu untuk menyerap perkataan atau berundur ke belakang kepada perkataan yang sebelumnya. Namun, pembaca yang baik akan melakukan perkara yang sama terutama apabila teks itu sangat sukar difahami. Oleh itu pergerakan mata penting dalam hubungan dengan kelajuan membaca. Dalam keadaan membaca pantas, pergerakan mata boleh mempengaruhi kandungan yang dibaca. Oleh yang demikian, kadar kelajuan membaca itu menentukan maklumat visual yang dapat diperoleh para pelajar dan ini memperlihatkan tahap keupayaan membaca para pelajar.

Membaca pantas hanya berlaku melalui bacaan senyap atau membaca dalam hati. Berbanding dengan bacaan kuat atau bersuara, pelajar sebenarnya menurunkan keupayaan membaca pada kadar kelajuan bercakap. Ini adalah kerana sewaktu membaca kuat, pembaca melibatkan pergerakan bibir dan lain-lain alat pengucapan manusia. Oleh itu, bacaan pantas adalah bacaan senyap yang melibatkan mental, manakala bacaan kuat pula adalah sebagailatihan bercakap.

Membaca pantas ini terbahagi kepda dua jenis iaitu skimming dan scanning.

JenisKeteranganCara pelaksanaan

Skimming Membaca secara sekilas pandang.

Mata bergerak dengan cepat, melihat bahan bertulis untuk mendapatkan maklumat denagn semerta.

Tujuan untuk mendapatkan kesan umum daripada sesebuah teks yang dibaca.

Mencari hal-hal yang melibatkan fakta dan informasi tertentu.

Kebaikannya, seseorang itu akan mendapat banyak maklumat dan fakta dalam satu jangka masa yang singkat. Pembaca meneliti halaman judul, kata pengantar, daftar isi, gambar dan diagram, indeks dan sebagainya.

Pembaca mendapatkan pandangan yang baik tentang organisasi teks tersebut.

Scanning Membaca secara sepintas lalu..

Disebut juga sebagai bacaan tinjauan.

Tujuan untuk mendapatkan maklumat awal dan gambaran keselruhan tentang teks sebelum menjadi pilihan untuk dibaca.

pembaca meneliti bahagia-bahagian buku.

Pembaca meneliti indeks, daftar kata, judul, bab, rangka kasar buku, bibliografi., kandunga prakata, pendahuluan, sinopsis, abstrak dan sebagainya.

Penerangan di atas tidak menunjukkan perbezaan secara jelas antara skimming dan scanning. Walau bagaimanapun, kita dapat menyimpulkan bahawa skimming adalah membaca secara pantas sesuatu bahan dengan tujuan memahami ide utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam kata lain, membaca bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu bahan yang dibaca.

Manakala, scanning pula adalah pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus dan bukan untk mendapat gambaran keseluhan sesuatu bahan bacaan itu. Pembacaan ini boleh melangkau bahagian-bahagian yang kurang penting. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini lebih pantas daripada skimming.

ii. Bacaan Intensif Definisi

Bacaan yang dilakukan secara teliti.

Melibatkan telaah isi dan bahasa.

Telaah isi melibatkan membaca untuk memahami, membaca kritis dan membaca idea.

Telaah bahasa menumpukan kepada aspek yang menyangkut tentang bahasa.Konsep

Membaca dengan pimpinan guru.

memberi penerangan tentang struktur perkataan yang sukar dan memperkembangan perbendaharaan kata.

Mengkaji ciri-ciri tatabahasa, seperti susunan kata dalam ayat,dan pengertian menurut kamus.

Men gembangkan lagi pengawalan penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.

Gerak laju dan kelinan latihan adalah dianggap penting.

Tujuan

Untuk membolehkan pelajar dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda bacaan denagn baik. Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. Menilai atau mengulas isi-isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca.

Mengesan dan menikmati unsur estetik dalam bahasa.

Mengenal pasti pelbagai laras bahasa

Membuat kesimpulan apa yang dibaca

iii.Bacaan Ekstensif

Definisi

Membaca secara luas.

Membaca sebanyak teks dalam wakgtu yang singkat.

Untuk memahami isi yang penting secara cepat.

Melibatkan membaca tinjauan meneliti indeks, daftar kata, judul, bab, kandungan dsb.

Membaca sekilas untuk mendapatkan maklumat umum, menemukan hal-hal tertentu dan menemukan bahan daripada perpustakaan.

Membaca dangkal untuk mendapatkan pemahaman luaran dan dilakukan secara santai.

Konsep

Dilakukan oleh pelajar secara sendiri di lauar kelas dan tanpa bimbingan guru.

Pelajar membaca sebanyak mana bahan yang termampu dengan perasaan puas, seronok dan terhibur.

Bahan bacaan adalah luas sesuai dari segi perbendaharaan kata dan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap serta cita-cita pelajar itu.

Bahan bacaan harus daripada bahan yang berbeza.

Tujuan

Membolehkan pelajar membaca secara sendiri.

Membolehkan pelajar membaca dengan fasih.

Memdapat pengetahuan di samping dapat menghiburkan hati.

Untuk memperkayakan bahasa iaitu perbendaharaan kata, ayat dan lain-lain.

Memberi peluang kepada pelajar untuk meluaskan bacaan.

Membina daya berfikir secara kreatif dan kritis.

Mengembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa berbentuk puisi dan prosa.

Menambah minat membaca dan membuat rujukan.

Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca.

Cara melaksanakannya

Pelajar diberi galakkan membaca seberapa banyak bahan yang diminati.

Perlakuan membaca ini di lakukan di luar kelas secara bersendiri tanpa bimbingan guru.

Pelajar membuat catatan mengenai bahan-bahan yang dibacanya seperti isi-isi penting dan isi keseluruhan

Lebih baik jika pelajar merekod bahan yang dibacanya beserta dengan perkara penting mengenainya seperti sinopsis, isi penting dan kebaikan serta kelemahan bahan bacaan tersebut.

Pelajar harus mendapat kepuasan dan keseronokan membaca.

Anda telah membaca dan memahami persamaan dan perbezaan di antara bacaan intensif dan bacaan ekstensif. Sebagai rumusannya dapatlah kita simpulkan bahawa bacaan intensif ialah untuk membaca untuk memperkembangkan kebolehan pelajar meneliti, memahami dan mentafsir bahan bacaan dengan tepat, termasuklah mengkaji tatabahasa, pembentukan dan penggunaan perkataan, memahami isi serta kesesuaian bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan.

Manakala, bacaan ekstensif pula ialah bacaan yang menekankan pengukuhan asas bacaan, menambahkan kemahiran memahami dan menaakul isi bahan bacaan, menambah kepantasan membaca, kebolehan memetik isi-isi penting dan membina minat membaca. Perlu dingat juga bahawa bacaan intensif memrlukan bimbingan guru, sebaliknya bacaan ekstensif adalah dilakukan bersendirian oleh pelajar.

Penutup Topik ini membicarakan konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), penghasilan bahan dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu.Rujukan

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Oublication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Azaman Wan Chik (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 & 2.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Noor (1990). Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah hamid, (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj Husin (2001). Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj Husin, Siti Hajar Hj Abdul Aziz, Arbie Sujud ( 1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin (1991). KBSM dan Model-Model Pengajaran

Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997). Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon (1989). Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran

Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

KEMAHIRAN MENULISPengenalan

Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca. Kemahiran menulis mempunyai hubungan yang erat dengan kemahiran bahasa yang lain. Oleh itu pengajarannya harus dirancang dengan teliti melalui gabung jalin kemahiran bahasa supaya murid-murid dapat menyampaikan idea dengan tepat dan berkesan. Kemahiran menulis amat penting untuk dikuasai kerana penulisan merupakan satu bentuk komunikasi yang penting dalam kehidupan harian. Di samping itu dalam sistem peperiksaan am di negara ini, pelajar-pelajar diuji dalam bentuk penulisan.

a) Jenis-jenis Penulisan

Kemahiran tersebut ialah kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran mentalis (pelahiran)

Kemahiran Mekanis

Anda perlu ketahui bahawa kemahiran menulis mekanis bertujuan supaya pelajar-pelajar menguasai kemahiran huruf-huruf kecil dan besar dalam abjad dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Anda harus memberi penekanan kepada kepentingan kemahiran ini kerana kemahiran ini harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.

Antara aktiviti kemahiran menulis mekanis ialah:

1. latihan menulis bentuk yang mirip kepada bentuk penulisan.

2. latihan menulis huruf daripada gambar-gambar yang mirip kepada huruf.

3. latihan menekap huruf mengikut acuan yang diperbuat daripada kad berlubang/ garis-garis putus.

4. latihan menamakan gambar secara terkawal.

5. latihan menyalin ayat atau frasa. Kemahiran Mentalis

Kemahiran menulis mentalis melibatkan proses mental dan lazimnya dikuasai setelah murid-murid menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti latihan mental boleh anda jalankan untuk membantu pelajar-pelajar anda menguasai kemahiran ini.

Latihan-latihan yang boleh anda jalankan ialah :

1. latihan pernyataan fikiran dan pendapat.

2. latihan pernyataan perasaan.

3. latihan pernyataan kehendak dan perbincangan.

4. menulis karangan esei, surat kiriman, rencana, berita.

5. menulis cerpen, puisi ,cereka.

6. menulis karangan berbentuk pengucapan awan seperti syarahan, ucapan perbahasan, forum dan sebagainya.

b)Kemahiran-kemahiran Mengarang

Adakah anda mempunyai bakat sebagai pengarang. Syabas, dan anda boleh mewariskannya kepada pelajar-pelajar anda! Jika sebaliknya jangan putus asa. Seseorang itu masih boleh menjadi penulis yang berpotensi jika tahu kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam penulisan karangan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran menulis karangan, anda harus memberikan penekanan kepada perkara-perkara berikut:

Mengenal pasti audiens

Mengenal pasti tujuan

Mengaitkan isi dengan tajuk dan tujuan

Kemahiran koheran dan kohensi

Kemahiran pemerengganan

Aspek kemahiran mekanis

Mengenal pasti audien

Audien amat penting dalam penulisan karangan. Jika anda tidak mengenali audien, karangan yang anda tulis tidak mungkin dapat menepati kehendak dan keperluan mereka. Dalam konteks ini audien ialah rakan-rakan pelajar dan guru-guru yang akan membaca dan memeriksa karangan tersebut. Justeru, karangan harus bersesuaian dengan kehendak dan keperluan mereka. Anda harus tahu keperluan pelajar-pelajar anda untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik dari segi kemahiran mengarang dan kemahiran sistem bahasa serta menepati kehendak-kehendak format yang ditentukan dalam peperiksaan. Anda harus tahu tahap pengetahuan dan keupayaan pelajar-pelajar anda. Dalam konteks ini, pengajaran anda harus dirancang berdasarkan kemahiran, keperluan dan kemampuan audien anda.

Jika pelajar-pelajar anda mempunyai pelbagai tahap kemahiran berbahasa, anda perlu mempelbagaikan pendekatan pengajaran supaya penyampaian pengajaran dan pembelajaran anda berkesan. Pelajar yang lemah mungkin perlukan bimbingan yang lebih berbanding dengan pelajar yang lain.

Mengenal pasti tujuan

Salah satu faktor yang penting dalam penguasaan kemahiran menulis ialah minat pelajar-pelajar untuk menulis. Minat menulis dan ditambah pula mempunyai tujuan-tujuan tertentu, merupakan adunan yang sangat baik untuk menghasilkan penulisan karangan yang bermutu.

Tujuan mengarang

Mengeluarkan idea/pendapat

Meluahkan perasaan

Mempertahankan hujah

Menghasilkan cereka/imiginasi

dengan bahasa yang retorik

Berdasarkan tujuan penulisan ini juga anda boleh mengajar pelajar- pelajar, membuat pemilihan kosa kata yang sesuai dan tatabahasa yang betul. Anda juga dapat membantu mereka mengolah ayat dengan berkesan, menggunakan format karangan yang betul dan menggunakan gaya bahasa yang sesuai. Apakah tujuan anda mengajar pelajar-pelajar anda kemahiran mengarang ?

Mengaitkan isi dengan tajuk dan tujuan

Pelajar-pelajar anda harus benar-benar memahami tajuk karangan. Tersalah mentasfsir tajuk akan meyebabkan isi karangan terpesong. Isi karangan harus jelas, logik relavan dan menarik minat orang yang membaca. Isi harus diolah dan disampaikan dengan teratur, kemas dan padat. Pemilihan dan pengolahan isi juga harus sesuai dengan tujuan penulisan karangan tersebut. Memahami tajuk karangan dengan tepat dan mengetahui tujuan penulisan, akan dapat membantu kita memilih teknik-teknik mengarang dan penggunaan kosa kata yang tepat serta format yang sesuai.

Koheran dan kohensi

Setiap isi karangan mestilah bersifat koheran iaitu mempunyai pertalian isi antara satu sama lain. Pertalian antara isi menampakkan satu pola atau keseluruhan karangan. Penyusunan isi harus mengikut susunan keutamaan tanpa mengabaikan pertalian antara isi-isi tersebut. Contohnya, jika kita melihat kesan akibat sesuatu tindakan, kesan itu harus disusun mengikut kesan keutamaan hasil kesan tersebut. Mungkin kesan ke atas faktor ekonomi menerima akibat yang paling banyak, diikuti oleh kesan sosial atau politik. Dalam kita mengolah isi karangan, kita akan menghuraikan kesan terhadap ekonomi terlebih dahulu, diikuti akibat kepada faktor sosial dan akhirnya kesan terhadap politik. Setiap isi yang ditulis akan memperlihatkan pertalian kesan antara faktor ekonomi, sosial dan politik akibat tindakan tersebut. Umpama permainan jisaw, keping-keping kecil yang disusun dengan betul akan menghasilkan satu gambar yang lengkap dan sempurna.

Kohensi pula merupakan unsur-unsur pertautan idea-idea utama yang didukung dengan huraian dan bukti, contoh-contoh dan fakta sokongan yang jelas dan bernas serta mempunyai pertalian dengan pokok persoalan. Setiap penulisan sesuatu perenggan isi mestilah dalam lengkongan tema yang sama. Pengolahan isi karangan sedemikian lebih menyakinkan audien dan dapat mengelakkan daripada penulisan isi karangan yang terpesong dan kabur.

Kemahiran Pemerengganan

Penyusunan pemerengganan penting dalam penulisan karangan. Perenggan pendahuluan yang sesuai dan menarik hendaklah ditulis terlebih dahulu. Pemerenganan pendahuluan harus ditulis dengan mengunakan bahasa yang tepat, padat dan ekonomis. Pendahuluan yang meleret-leret akan membosankan. Isi-isi penting perlu ditulis dalam perenggan yang berasingan mengikut keutamaan susunan isi karangan. Setiap perenggan isi perlu padat dan berfokus mengikut tema. Dalam penulisan karangan, setiap perenggan perlu didahului oleh ayat topik iaitu ayat yang menggambarkan tema atau isi penting dan disusuli dengan ayat-ayat huraian yang menghuraikan idea utama tersebut. Bukti-bukti atau contoh yang sesuai akan memperkukuh isi-isi karangan. Secara keseluruhannya, setiap perenggan dalam sesebuah karangan mesti mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

i. Apakah perenggan pendahuluan menarik dan berkaitan dengan tajuk dan menarik?

ii. Apakah setiap perenggan mengandungi satu isi penting dan isi itu dihuraikan dengan baik?

iii. Adakah terdapat keseimbangan panjang sesebuah perenggan? Jika sebuah perenggan itu terlalu panjang bolehkan perenggan itu dipecahkan kepada subtopik?

iv. Jika terdapat perenggan yang pendek berbanding perenggan yang lain, bolehkah perenggan itu digabungkan berdasarkan tema yang sama?

Kemahiran kosa kata, sistem bahasa dan gaya bahasa

Seseorang itu harus menguasai kemahiran sesuatu bahasa untuk memudahkan penyampaian idea dengan baik dan berkesan. Pemilihan kosa kata yang tepat dan bersesuaian amat penting dalam menghasilkan karangan yang baik. Pengetahuan tentang sistem bahasa yang merangkumi tatabahasa, ragam bahasa dan gaya bahasa yang bersesuaian amat perlu untuk menghasilkan sebuah karangan yang menarik.

Anda harus mengambil kira persoalan-persoalan yang berikut untuk melihat ketepatan penggunaan bahasa anda?

i. Adakah pemilihan kosa kata pelajar-pelajar anda sesuai dan tepat?

ii. Adakah bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar anda menarik, tepat, jelas dan mudah difahami?

iii. Adakah ayat-ayat yang pelajar-pelajar anda gramatis dan beragam jenis dari segi dan strukturnya?

iv. Adakah penulisan karangan pelajar-pelajar anda lancar?

v. Adakah gaya penulisan pelajar-pelajar anda menarik?

Kemahiran Aspek Mekanis

Aspek-aspek kemahiran bahasa yang perlu diambil kira semasa mengajarkan penulisan karangan.

Tulisan tangan pelajar-pelajar mesti kemas dan mudah dibaca.

Pastikan pelajar-pelajar anda tidak melakukan kesilapan ejaan.

Pastikan pelajar-pelajar anda menggunakan tanda baca yang betul.

c. Perancangan Aktiviti-aktiviti Pengajaran Mengarang

Objektif :

i. Membolehkan pelajar-pelajar melahirkan fikiran dan perasaan dalam bentuk penulisan.

ii. Menyuburkan minat suka menulis di kalangan pelajar.

iii. Memperkaya pengetahuan pelajar tentang kosa kata, sistem bahasa, dan gaya bahasa.

iv. Memperluas pengetahuan, pengalaman, dan meneroka ilmu-ilmu baru melalui peringkat prapenulisan.

Peringkat-peringkat Pengajaran Mengarang

Ada 3 tahap penulisan karangan yang perlu anda lalui untuk menghasilkan karangan yang baik. Berikut ialah tiga tahap penulisan yang perlu anda lalui untuk menghasilkan karangan yang baik:

Tahap tahap penulisan

Prapenulisan Semasa penulisan Pasca penulisan

Tahap prapenulisan

Tahap prapenulisan ialah proses memahami kehendak tajuk karangan, mencari, merangka, dan menyusun serta mengolah isi karangan. Anda haruslah membuat rujukan sama ada melalui media cetak atau media eletronik untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai bagi mendapatkan isi karangan yang mantap dan sesuai.

Peringkat Semasa Mengarang

Tahap penulisan bermaksud menulis draf karangan yang merangkumi perenggan pendahuluan, isi-isi penting dan kesimpulan atau penutup. Secara umumnya tahap penulisan ini melibatkan aktiviti yang berikut:

i. Membentuk ayat-ayat yang konkrit dan jelas bagi menyampaikan dan mengolah sesuatu isi.

ii. Memberi bukti, contoh atau alasan untuk menyokong is-isi atau kenyataan yang dibuat.

iii. Menghubungkan ayat-ayat dan membuat pemerengganan untuk memperlihatkan kesinambungan idea.

Peringkat Pasca Mengarang

Tahap penyemakan merupakan proses menambah isi jika perlu, mengubah dan menukar susunan isi, membaiki perenggan atau ayat, memilih kosa kata, membetulkan kesilapan ejaan, tanda baca dan membaiki tatabahasa, ekspresi dan gaya bahasa. Tahap ini merupakan peluang kedua kepada pelajar-pelajar untuk memperbaiki karangan. Justeru, pelajar-pelajar perlu dilatih menguasai kemahiran tahap penyemakan ini. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian pada tahap penyemakan ini. Antaranya:

i. membaiki perenggan dan ayat. Pastikan setiap perenggan mempunyai ayat topik, huraian, penjelasan atau bukti yang menyokong ayat topik dan panjang sesebuah perengan dengan perenggan yang lain hampir sama.

ii. ayat hendaklah padat, tepat dan gramatis

iii. aspek tatabahasa dan gaya bahasa disemak bagi memastikan tiada kesilapan ejaan, pemilihan kosa kata yang sesuai dan gaya bahasa yang menarik serta berkesan.

d) Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

Pendekatan Terkawali.Pendekatan Terkawal Sepenuhnya :

Pendekatan ini merupakan penulisan karangan peringkat awal. Pengawalan sepenuhnya dilakukan bagi mengelakkan pelajar-pelajar melakukan kesilapan. Latihan yang diberikan adalah berbentuk menyalin semula bahan yang diberikan. Latihan ini haruslah latihan yang pendek dan tujuan latihan ini adalah sebagai latihan mekanikal sahaja.

ii.Pendekatan Separuh Terkawal

Pada peringkat ini pelajar-pelajar diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya dengan bahan pengajaran dan pembelajaran. Antara latihan yang bersesuaian dengan penulisan peringkat ini ialah latihan menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadankan dengan perkataan lain yang disediakan

Karangan Berpandu

Murid-murid yang melalui peringkat ini diberi sedikit kawalan, mereka dipandu dalam membuat karangan tersebut. Pelajar-pelajar mungkin dipandu dari segi isi karangan atau diberikan beberapa urutan gambar dan diminta menghasilkan karangan berdasarkan ransangan-ransangan yang telah diberi.

Karangan Bebas

Anda harus ingat bahawa penulisan karangan mengikut pendekatan bebas hanya dapat dijalankan apabila pelajar-pelajar telah menguasai kemahiran bahasa dengan baik. Pelajar-pelajar diberi kebebasan menulis karangan tanpa bimbingan daripada guru. Pendekatan ini menegaskan bahawa murid-murid pada peringkat pertengahan perlu memberi perhatian kepada isi dan kelancaran penulisan. Hal demikian kerana pada peringkat ini mereka telah mempunyai pengetahuan tatabahasa dan kemahiran mekanis yang mencukupi. Dari segi teorinya, pendekatan karangan secara bebas memberi peluang kepada murid-murid menggambarkan pendapat mereka secara bersendirian tentang sesuatu tajuk karangan. Karangan jenis ini diperluaskan kepada bentuk naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif, dan argumentatif.

Karangan berbentuk naratif ialah karangan yang berbentuk penceritaan, sementara karangan deskriptif berbentuk gambaran suasana atau peristiwa. Karangan imaginatif pula berkait rapat dengan pengalaman dan karangan argumentatif berbentuk perbincangan, kritikan dan perbahasan. Karangan berbentuk kreatif pula meliputi penulisan puisi, cerpen drama dan sebagainya.

Pendekatan Proses

Pendekatan ini tidak mementingkan hasil penulisan tetapi lebih menekankan proses penulisan karangan tersebut. Biasanya pelajar-pelajar akan diminta:

i. menulis draf karangan terlebih dahulu

ii. menulis karangan

iii. menyemak karangan tersebut berulang kali.

Penyemakan boleh dilakukan oleh pelajar itu sendiri atau meminta orang lain melakukan penyemakan. Penulisan karangan lebih bertumpu kepada proses memperbaiki kesilapan dan menyusun semula isi mengikut keutamaaan. Penulisan draf yang pertama akan disemak untuk melihat kesilapan-kesilapan yang dilakukan sama ada dari segi tatabahasa atau keutamaaan susunan isi karangan. Guru atau rakan yang membuat penyemakan tidak akan membetulkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan tetapi memberikan cadangan-cadangan yang harus dipertimbangkan oleh penulis semasa memperbaiki penulisan karangan mereka. Penyemakan berulang kali secara tidak langsung menyedarkan pelajar-pelajar bahawa proses penyemakan yang berterusan akan menghasilkan suatu penulisan karangan yang lebih sempurna.

Anda harus juga mengetahui bahawa penulisan karangan secara proses memerlukan pelajar-pelajar melalui aktiviti pencarian maklumat terlebih dahulu sama ada secara membuat rujukan, perbincangan, sumbang saran, penerokaan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk penulisan.

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan ini mengutamakan penulisan karangan yang berdasarkan situasi sebenar tanpa mengabaikan sistem bahasa. Dalam penulisan karangan menggunakan pendekatan komunikatif, seseorang pelajar memerlukan pengalaman sosial dalam sesuatu situasi bagi membantu pelajar tersebut membuat pilihan kosa kata dan laras bahasa yang sesuai. Pelajar-pelajar seharusnya merebut dan memanfaatkan peluang-peluang yang diperoleh dalam pelbagai aktiviti-aktiviti komunikasi di dalam atau di luar bilik darjah sebagai sumber penulisan dalam karangan. Pengalamam komunikasi yang telah dialami oleh pelajar-pelajar membolehkan pelajar mengingati dan membayangkan semula peristiwa yang berlaku. Hal ini secara tidak lansung memudahkan mereka apabila membuat penulisan karangan. Pemilihan kata dan laras yang digunakan lebih tepat dan sesuai kerana berdasarkan kepada situasi yang sebenar.e.Membina Dan Bahan Sumber Pengajaran Menulis

Penggunaan bahan pengajaran yang terancang dan menarik dapat meningkatkan minat dan pemahaman serta keintelektualan pelajar-pelajar. Seperti yang anda ketahui, mengajar kemahiran menulis hanya akan dilakukan apabila pelajar-pelajar telah menguasai kemahiran bahasa yang lain. Ini bermakna mengajar kemahiran ini bukanlah perkara yang mudah. Anda harus mengeksploitasi semua kemahiran bahasa yang telah dikuasai bagi memantapkan pembelajaran kemahiran menulis. Di samping itu bahan pengajaran yang sesuai dan menarik amat perlu bagi meransang minda dan kreativiti pelajar-pelajar.

Sumber-sumber Pengajaran Menulis

Sumber P & P

Manusia Bukan manusia

Proses P & P yang berkesan

Sumber bukan manusia :

i. audio pita rakaman, radio

ii. bahan bercetak majalah, buku-buku almiah, bulletin, carta, gambar, cerpen, novel, keratan akhbar, internet, kartun dsbnya.

iii. audio dan visual televisyen, filem dan rakaman video

Sumber manusia dan persekitaran:

i. rakan sebaya, keluarga, guru, tokoh, dalam pelbagai bidang

ii. peristiwa dan tempat bersejarah dan menarik, adat resam dan kebudayaan dan bahan-bahan maujud lain yang sesuai.

f).Menilai Kemahiran Menulis

Penilaian harus dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menguji penguasan kemahiran bahasa, ujian merupakan alat untuk mengukur sejauh mana sesuatu kemahiran atau aspek bahasa telah dikuasai. Terdapat dua teknik dalam pengujian kemahiran penulisan :

i. Teknik global

ii. Teknik perincian.

Teknik global

Penilaian dibuat secara keseluruhan setelah sesebuah karangan itu dibaca. Karangan hendaklah menepati criteria-kriteria yang beriku :

i. Isi mencukupi

ii. Persembahan yang menarik

iii. Gaya bahasa yang sesuai

iv. Pemilihan kosa kata yang tepat dan menarik

v. Penguasaan sistem bahasa (tatabahasa, ragam bahasa)

vi. Ada unsur koheren dan kohensi

Teknik Perincian

Teknik ini jarang digunakan dalam penilaian karangan peringkat menengah. Teknik ini lebih lazim digunakan untuk menilai karangan murid-murid sekolah rendah. Setiap aspek bahasa yang dinilai telah ditentukan markahnya terlebih dahulu. Guru memperinci setiap aspek yang dinilai. Contohnya, (Juriah Long dan rakan-1990):

Isi (30%) Guru perlu menentukan jumlah isi yang dibincangkan, isi mesti lengkap dan dihuraikan dengan contoh.

Tatabahasa (30%) - Setiap kesalahan tatabahasa dan ejaan akan dipotong markah.

Gaya bahasa(10%) Penyampaian isi dinilai sama ada menarik atau tidak. Di sini termasuklah penggunaan laras bahasa yang sesuai dengan bentuk penulisan

Pengolahan(10%) - Bahagian ini memberi markah kepada teknik dan cara menulis dan mengolah isi. Permarkahan bahagian ini dibuat secara global.

Penutup Sebagaimana yang kita sedar setiap individu mempunyai perbezaan dari segi minat, kecerdasan dan bakat. Dalam pengajaran mengarang, bakat, minat, latihan, dan sikap yang tidak mudah putus asa merupakan adunan yang baik bagi menghasilkan sesuatu karya yang berkesan. Di samping kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik dorongan dan tunjuk ajar dari guru merupakan satu bonus yang sangat berharga kepada pelajar-pelajar.

KESUSASTERAAN MELAYUPengenalan

Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan Dengan bahasa juga, pembaca dapat menikmati keindahan yang ada pada karya kesusasteraan. Tidak hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang kesenian yang dianggap sangat bernilai berbanding cabang kesenian yang lain. Istilah kesusasteraan berakar dari kata susastera / sushastra dalam bahasa Sanskrit. Suku kata su bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2), kebenaran, keindahan dan kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar, ?: 1). Manakala sastera / shastra menurut Hashim Awang bermaksud huruf atau buku. Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula menegaskan sastera / shastra merupakan ilmu yang bersifat benar, tetap dan tidak berubah kerana berasal / ilham daripada sumber tertinggi (Pencipta). Daripada kata susastera telah diberikan imbuhan apitan ke- ... an menghasilkan kesusasteraan yang bertujuan memberi keindahan bunyi. Ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Indah dari segi pendengaran, emosi, imaginasi dan baik kerana hasil karya itu dapat diteladani.Sebenarnya, terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraan tanah air apabila mendefinisikan kesusasteraan. Baharuddin Zainal (1975) berpendapat karya sastera adalah sesuatu yang membincangkan apa yang berlaku dalam sesebuah masyarakat di samping mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya. Hashim Awang (1985) menyatakan sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Hal Ini demikian kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula mencatakan sebagai hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.Genre Kesusasteraan Melayua. Novel

Novel ialah cerita rekaan berbentuk prosa yang panjang. Istilah novel berasal daripada perkataan novella dalam bahasa Itali. Maksud novella ialah satu benda baru atau satu benda kecil yang baharu. Kini, istilah novella telah diringkaskan menjadi novel sahaja.

Hashim Awang menganggap novel ditulis untuk menceritakan kisah hidup manusia pada suatu tempat dan dalam suatu masa tertentu. Shahnon Ahmad pula berpendapat novel mengisahkan tentang kehidupan manusia. Nurazmi Kuntum menganggap novel mengisahkan tentang kehidupan dan liku-liku yang rencam dalam masyarakat dari dulu hingga sekarang. Manakala, Kamus Dewan mendifinisikan novel sebagai cerita dalam bentuk prosa yang agak panjang. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas dapat dirumuskan bahawa novel ialah sebuah karangan prosa fiksyen yang panjang menceritakan tentang hidup dan kehidupan manusia. Sebenarnya, novel mengisahkan tentang manusia melalui pelbagai watak. Ada novel menggunakan watak binatang. Misalnya novel Tikus Rahmat karya Hassan Ibrahim. Ada novel menggunakan benda-benda mati seperti novel Sampah karya Shahnon Ahmad. Walau bagaimanapun, novel menggunakan watak manusia lebih banyak dihasilkan.

Antara ciri-ciri novel ialah sebuah cereka prosa panjang yang lebih daripada 20,000 perkataan, mempunyai beberapa bahagian atau bab, terdapat banyak watak dan dialog watak-watak sama ada secara cakap ajuk atau cakap pindah, masanya lebih lama, masalahnya lebih kompleks, banyak masalah, watak dan peristiwa.

b. Cerpen

Istilah cerpen merupakan akronim kepada perkataan cerita pendek. Cerpen merupakan cerita rekaan yang kadang-kala terdiri daripada imaginasi pengarang semata-mata atau campuran fakta dengan imaginasi pengarang. Genre cerpen merupakan satu cereka moden. Lazimnya, akhbar akan menyiarkan cerpen pada setiap hari minggu. Antara ciri-ciri Cerpen ialah cerpen merupakan sebuah cereka pendek yang jumlah perkataannya antara 500 hingga 20,000, cerpen mempunyai satu tema dengan persoalan yang terhad, watak-watak dalam cerpen adalah terhad dengan tumpuan cerita kepada watak utama sahaja, cereka cerpen adalah terbatas kepada satu perkara/ permasalahan sahaja kerana jangka waktunya juga singkat, dan mempunyai satu permasalahan sahaja, dan latar dalam cerpen juga terhad. Ceritanya mungkin berlaku di satu tempat, satu masa yang singkat, atau dalam satu golongan masyarakat tertentu sahaja. Kesimpulan, cerpen merupakan satu cereka prosa yang pendek yang ditulis dalam bahasa moden. Ceritanya mengisahkan tentang sesuatu perkara dengan mempunyai satu atau dua konflik sahaja. Watak-wataknya juga terhad dan pembaca dapat menghabiskan pembecaan cerpen dalam masa yang singkat.

c. Sajak

Sajak ialah puisi moden. Bentuk sajak adalah bebas dan tidak terikat dengan peraturan tertentu. Bilangan baris dan perkataan dalam sesebuah sajak tidak menentu. Ada sajak terdiri daripada satu baris. Ada juga sajak yang berpuluh-puluh baris dan panjang berjela-jela. Sajak tidak mempunyai pola, bentuk dan rima khusus. Sajak terbina kesan daripada kejayaan penyir mengolah kata-kata. Menurut Rahman Shaari, sajak ialah kata-kata yang berkeupayaan menerbitkan makna tambahan. Sanusi Pane menganggap sajak ialah kata-kata yang keluar daripada sukma manusia yag mampu menerangi hati manusia yang menikmatinya. Daripada dua pengertian itu dapat dirumuskan bahawa sajak ialah kata-kata yang mempunyai makna tambahan yang terbit dari sukma manusia untuk dinikmati dan diambil hikmahnya.

d. Pantun

Pantun merupakan sejenis puisi Melayu lama paling tua. Menurut Harun Mat Piah, istilah pantun mungkin berasal dari akar kata tun yang terdapat dalam bahasa beberapa suku kaum di nusantara, yang merujuk kepada sesuatu yang teratur, yang lurus baik, yang konkrit mahupun yang abstrak. Demikian juga istilah pantun mungkin berasal dari bahasa-bahasa suku kaum berkenaan. Misalnya Tagalog (tonton), Jawa Kuno (tuntun), Bisaya (Panton), Toba (pantun) yang kesemuanya merujukkepada keteraturan, mendidik, memimpin dan kesopanan. Maksud istilah-istilah itu jika diteliti berkaitrapat dengan ciri pantun itu sendiri. Penciptaan pantun pula mungkin berkaitan dengan kebiasaan orang Melayu menyampaikan sesuatu secara bersajak atau berirama.

Ciri-ciri pantun dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu aspek luaran dan aspek dalaman.

a) Aspek Luaran

1. Istilah pantun terdiri daripada pantun dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, atau sepuluh rangkap. Pantun paling popular terdiri daripada empat rangkap.

2. Setiap rangkap terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembayang dan maksud. Pembayang terletak pada bahagian atas dan maksud terletak pada bahagian bawah.

3. Setiap baris mempunyai empat (yang terbaik) atau lima kata dasar denga jumlah suku kata antara lapan hingga sepuluh. Contohnya,

4. Mempunyai skema rima akhir yang tetap, iaitu a-b-a-b atau a-a-a-a atau a-a-b-b.5. Setiap rangkap mempunyai satu fikiran atau maksud sahaja.

b) Aspek Dalaman

1. Mempunyai isi atau pemikiran yang padat.

2. Isi atau pemikiran disampaikan secara perbandingan yang halus.

3. Setiap pantun mempunyai nilai dan pengajaran yang dituju kepada manusia

4. Terdapat perhubungan makna antara pembayang dengan maksud.

5. Terdapat penggunaan lambang-lambang atau persepsi tertentu yang diketahui oleh masyarakat.

6. Bahagian pembayang lazimnya terdiri daripada imej-imej alam.

Jenis-Jenis Pantun

Selain berdasarkan bentuk, penggolongan jenis-jenis pantun oleh para pengkaji adalah berdasarkan isi pantun. Antara jenis-jenis pantun ialah seperti yang berikut.

e. Syair

Istilah syair berasal daripada bahasa Arab, iaitu syir yang bermaksud puisi. Syair berbeza dengan pantun kerana tidak mempunyai pembayang. Semua barisnya merupakan mksud yang meliputi adat resam, budaya, falsafah, pemkiran, sosial, kepercayaan, sejarah dan sebagainya. Tidak seperti pantun, syair merakamkan satu kisah yang lebih panjang. Ciri-Ciri Syair ialah syair mempunyai empat baris serangkap, bilangan rangkap dalam syair tidak tetap, setiap baris syair mempunyai antara tiga hingga lima patah perkataan atau suku kata dalam sebaris antara lapan hingga dua belas suku kata, idea atau cerita antara rangkap adalah saling berhubungan dan melengkapi, satu syair menceritakan satu kisah yang lengkap dengan permulaan, pertengahan dan pengakhiran, dan rima akhir syair adalah sama, iaitu a-a-a-a. Contohnya syair ialah Syair Siti Zubaidah Perang Cina, Syair Ken Tambuhan, Syair Dandan Setia.

f. Seloka

Perkataan Seloka berasal daripada bahasa sankrit, iaitu Shloka. Hashim Awang menjelaskan seloka sebagai karangan berangkap yang tidak tetap jumlah perkataan dan rima pada akhir barisnya. Manakala, penciptaannya pula mengikut rentak pantun, syair atau perumpamaan. Kenyataan itu menunjukkan seloka sebuah puisi bebas. Nada seloka pada lazimnya bersifat menyindir dan mengandungi unsur-unsur jenaka. Ciri-Ciri Seloka ialah seloka tergolong dalam puisi Melayu tradisional, tidak seperti pantun dan syair, bentuk seloka adalah bebas. Terdapat seloka yang mempunyai empat baris dan lebih, isi seloka mengandungi sindiran dan ejekan di samping jenaka, senda gurau dan sebagainya. Biasanya, seloka mengisahkan nasib malang yang menimpa seseorang. Oleh sebab itu, fungsi seloka adalah sebagai bahan hiburan di samping sebagai bahan pengajaran agar pendengar tidak menerima nasib malang sebagaimana diceritakan. Pengungkapan seloka tidak serius, terasa nada melankolik dan berirama/ berlagu. Ini sesuai dengan isi seloka yang bersifat mengejek atau berjenaka. Penggunaan seloka tidak meluas. Pada lazimnya, seloka diselit dalam cerita terutama dalam cerita lipur lara atau cerita jenaka.

Kesimpulannya, seloka merupakan puisi tradisional yang penciptaannya tidak terikat pada mana-mana syarat. Namun, satu ciri penting ialah semua seloka mempunyai nada mengejek atau menyindir dengan mengisahkan nasib malang yang menimpa seseorang. Pengisahan nasib malang itu adalah bertujuan sebagai bahan hiburan dan agar audien mengambil iktibar daripada peristiwa malang watak yang diceritakan.g. Gurindam

Gurindam tergolong dalam puisi tradisional Melayu. Menurut Hashim Awang, gurindam terdiri daripada dua baris ayat serangkap dan mempunyai rima akhir yang sama. Dalam kedua-dua baris itu tersimpul satu fikiran lengkap yang berupa nasihat. Dalam kesusasteraan Melayu, Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji merupakan gurindam yang paling terkenal.

Ciri-Ciri Gurindam ialah bentuk gurindam ditulis secara berpasangan dan berfungsi sebagai satu rangkap. Setiap rangkapnya mempunyai kesatauan idea yang lengkap. Baris pertama atau dua baris awal setiap rangkap berfungsi sebagai syarat dan baris kedua atau dua baris akhir pula berfungsi sebagai pelengkap. Jumlah perkataan bagi setiap baris adalah bebas, namun, rima akhir baris bagi setiap rangkapnya mesti sama, iaitu a-a. Gurindam membawa persoalan yang serius, bersungguh-sungguh, tidak berkias dan tiada jenaka, sindiran atau berteka-teki. Fungsi gurindam ialah untuk menyampaikan pendidikan kepada manusia agar menjadi manusia yang berilmu, bermoral, berakhlak dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Kesimpulan, pada lazimnya, gurindam terdiri daripada dua baris ayat. Namun, terdapat juga gurindam yang mempunyai empat atau lebih baris. Setiap gurindam membawa kesatuan idea yang lengkap dan ideanya bersifat serius. Rima akhirnya adalah sama.

h. Nazam

Mengenal Struktur KaryaJika hendak membina sebuah rumah perlu ada sokongan untuk menjadikan rumah itu teguh dan kuat. Begitulah juga dengan sebuah karya sastera yang juga memerlukan asas atau unsur-unsur yang kemas untuk menjamiin karya tersebut baik dan bermutu.

(a) Tema dan persoalan

Tema ialah gagasan, fikiran atau persoalan utama/ pokok yang mendasari sesebuah karya sastera dan ia terungkap secara langsung dan tidak langsung. Manakala, Persoalan ialah Perkara-perkara atau masalah-masalah yang diketengahkan dalam sesuatu karya yang berhubung kait dengan tema.

(b) Watak dan Perwatakan Definisi watak ialah tokoh yang menggerakkan cerita dalam sesebuah karya. Perwatakan pula ialah pengisahan tentang watak dalam sesebuah karya (kejiwaan dan fizikal)

(c) Plot

Maksud plot merujuk pada susunan atau jalinan peristiwa yang menggerakkan cerita berdasarkan sebab dan akibat. Tidak semua peristiwa menjadi unsur pembina plot.d) Gaya BahasaCara pengarang menggunakan bahasa dalam sesebuah karya ciptaannya. Aspek kajian dalam gaya bahasa ialah;

(i) Diksi

Diksi ialah pemilihan, penyusunan dan penggunaan kata-kata yang tepat oleh pengarang dalam karyanya. Diksi yang baik memperlihatkan kesesuaian kata yang dapat menjelaskan tema , persoalan, peristiiwa, watak dan perwatakan dalam karya. Contoh: Sajak ke makam bonda. Usman Awang memilih diksi makam dan bonda kerana difikirkan lebih tepat berbanding diksi kubur / pusara dan ibu / emak.

(ii) Konotasi

Istilah konotasi ialah penggunaan bahasa yang memberikan kepelbagaian makna atau makna lain kepada pembaca. Contoh: buang kasut. Selain bermaksud buang, ia juga bermaksud tanggalkan kasut daripada kaki. Diksi bunga boleh merujuk kepada bunga sebenar atau gadis.

(iii) Metafora

Membandingkan sesuatu objek dengan idea atau sifat secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata perbandingan seperti, umpama, seperti, bagai, macam, bak, ibarat dan laksana. Metafora mengandungi perkataan bersifat konkrit (nyata) dan abstrak. Contoh: laut waktu. Laut bersifat konkrit, manakala waktu bersifat abstrak. Ia bermaksud waktu yang sangat luas.

(iv) Simile

Ungkapan yang membandingkan dua benda berbeza tetapi mengandungi unsur tertentu yang ada persamaan. Ungkapan simile menggunakan kata-kata perbandingan seperti, bagai, macam, bak, umpama, seperti, laksana dan ibarat. Contoh: berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

(v) Personifikasi

Memberikan sifat manusia pada benda atau perkara (unsur pengorangan) tertentu. Contoh: damai melambai senja. Damai telah diberikan sifat manusia, iaitu melambai, sedangkan damai bukan manusia yang boleh berbuat demikian.

(vi) Hiperbola

Penyataan agak melampau tentang sesuatu / gaya bahasa perbandingan yang melampau/ membesar-besarkan sesuatu. Contoh: lauatan api sanggup kurenangi, atau badai perkasa. Mustahil seseorang dapat merenangi lautan api. Badai pula memang bersifat perkasa. Tidak ada badai yang lembik. Justeru, badai yang perkasa itu diperkasakan lagi.

(e) Latar

Latar / Setting ialah latar belakang bagi sesebuah karya sastera. Latar mengandungi pelukisan masa, tempat, dan keadaan masyarakat yang melingkungi cerita.

(f) Nilai Merupakan sesuatu yang tinggi sifatnya. Nilai yang memberi kebaikan dan bersifat positif dikatakan sebagai nilai murni.

Kajian TeksAnda dikehendaki mengkaji setiap genre di atas yang diwakili buku-buku di bawah.1. Novel bertajuk Badai Semalam karya Khadijah Hashim terbitan K Publising.2. Cerpen Kumpulan cerpen Patah Tumbuh karya Kris Mas terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.3. Puisi Kumpulan sajak Elipsis karya Nassury Ibrahim terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

Kritik Sasteraa. Formalistik

b. Struktural

c. Feminisme

d. Sosial

Pendekatan Formalistik

a. Konsep pendekatan formalistik

Pendekatan formalistic atau disebut juga textbook merupakan pendekatan yang mengkaji aspek dalam atau intrinsic karya.Aspek dalaman seperti tema,persoalan,plot,gaya bahasa dan lain-lain lagi.

Komponan / formal dalam membina karya sastera; komponan itu ialah tema, plot, perwatakan, latar, bahasa,teknik,persoalan, sudut pandangan dan sebagainya; meneliti bagaimana komponan itu di adun / diolah; ada kesesuaian dan keseimbangan/ kesepaduan dalam bentuk dan isi karya

b. Aspek dalaman

1. Mengaitkan aspek-aspek yang membina sesebuah karya. Membincangkan aspek tema sebagai gagasan atau persoalan utama yang dikemukakan dalam sesebuah karya. Seseorang pengkritik akan dapat menentukan persoalan utama dalam karya setelah menghayati keseluruhan hasil karya

2. Plot Pengkritik melihat plot berdasarkan hukum sebab akibat. Plot terbina dalam tiga segman / bahagian, iaitu segmen permulaan / permukaan, segmen perkembangan (perumitan / konflik dan klimafs) dan segmen peleraian / pengakhiran. Kemantapan plot sesebuah kayra sasatera akan di analisis oleh pengkritik dengan menunjukkan kekuatan / kelemahan jalinan ceritanya

3. Watak dan perwatakan Watak menjadi penggerak utama dalam perkembangan plot dan tema cerita. Watak mengalami pelbagai peristiwa, watak bercerita, berinteraksi dengan diri. Pengkritik akan mengupas bagaimana pengarang memperkenalkan, mendedah dan mengindentifikasikan watak. Pengkritik juga melihat watak dari sudut peranan dan fungsi dalam karya. Seterusnya pengkritik akan membuktikan perwatakan yang ditampilkan berkesan / sesuai atau sebaliknya dengan plot, bahasa, dan tema karya

4. Gaya Bahasa Sejauhmana kejayaan atau kegagalan seseorang dalam menggunakan bahasa. Kejayaan sesebuah karya banyak bergantung pada kekuatan dan keindahan bahasa. Aspek bahasa yang diberi penekanan ialah diksi / pemilihan kata, penyusunan ayat, bahasa perbandingan seperti simile, metafora, personifikasi, perlambangan, anafora serta nada.

5. Latar latar tempat, latar masa, latar budaya.

6. Sudut Pandangan - terbahagi kepada 3 jenis iaitu sudut pandangan orang pertama, sudut pandangan orang ketiga dan sudut pandangan objektif

c. Tokoh pengkritik

Tokoh

KaryaAspek yang dikritik

1. Kassim Ahmad

2. Yahya Ismail

3. Ramli Isin

4. Hashim Awang

Diolog dengan sasterawan (1979)

Kesusasteraan Moden Dalam Esei dan Kritik (1967)

Puisi-Puisi Eksperimen Dalam Kesusasteraan Kita

Mengkaji Novel Keluarga Gerilya karya Promedya Ananta Teor

Mengkritik sajak-sajak Usman Awang,A. Latif Mohidin, Masuri S.N, A.Samad Said, Novel Ranjau Sepanjang Jalan, Salina

Pendekatan Formalistik di Malaysia

a. Banyak mengkritik cerpen

dan novel , mengunakan

pendekatan formalistik

b. Menyentuh aspek gaya

bahasa, tema, persoalan

a. Mengkaji aspek plot dalam novel tersebut

(sumber STPM Kelantan 2005)

Pendekatan FemenismeDari segi sejarah fahaman Femenisme bermula sejak abad ke 18 di Barat apabila golongan wanita berasa mereka tidak mendapat hak sewajarnya dalam bidang pendidikan,memiliki harta, hak mengundi dan bergerak bebas dalam masyarakat. Pelbagai definisi diberikan kepada Femenisme antaranya ialah menurut ( Juliet Mitchel: 1971) aliran yang menyokong kuat hak asasi dan emansipasi wanita,pembebasan dan hakpersamaan wanita.Cecilia Ng(1994) mengatakan ideologi yang mendasari pembebasan wanita ini ialah kepercayaan bahawa wanita menderita kerana mereka wanita sedangkan wanita juga perlukan ruang untuk bergerak bebas dalam masyarakat serta turut menyumbangkan kepada perkembangan negara.

Terdapat beberapa ciri yang perlu ada pada sesebuah karya untuk dimasukkan dalam kategori Femenis. Mengikut Cheri Register(1975) mengatakan antara ciri-ciri tersebut seperti karya hendaklah menjadi firum untuk wanita,pengetahuan mengenai pengalaman lelaki dan wanita penting bagi mewujudkan persefahaman,mengajukan watak contoh yang dapat diteladani,karya juga mestilah menonjolkan semangat persaudaraan dan hendaklah menimbulkan kesedaran melalui pengalaman yang dilalui oleh watak-watak wanita3. Pendekatan kemasyarakatan/sosiologi

(Sumber Artikal Dewan sasteraMY)

Pendekatan sosiologi mementingkan dua perkara

1. Sosiologi ada kaitan dengan sasterawan yang mencipta genre sastera itu sendiri

Biodata pengarang akan membantu untuk memberi maklumat kenapa sesebuah karya itu dihasilkan. Contoh novel Salina di mana pembaca merasa keberkesanannya ketika membaca kehidupan mangsa peperangan yang mendiami kampong Kandang kambing. Novel Salina bukanlah imaginasi yang melulu tanpa sebarang fakta dan watak Hilmi bukan mustahil dari gambaran pengarangnya

2. Berkaitan denag fungsi dan pengaruh kesusasteraan

Rujukan Abdul Aziz Abdul Talib. (2000) Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

______________.(1993). Menguji kemahiran bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan.(1987) Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

_______________(1986). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Ahmad Kamal Abdullah. (1989). Gejala esei dan kritikan puisi Melayu moden 1955-1986. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. M. Thani. (1981). Esei sastera ASAS 50. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Teeuw. (1983). Membaca dan menilai sastera. Jakarta : Penerbit P.T Gramedia.

Arbak bin Othman, ( 1981). Tatabahasa Bahasa Melayu. Sarjana Enterprise. Kuala Lumpur.

Asmah Hj Omar.(1981). Kaedah Pengajaran Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Teeuw. (1983). Membaca dan menilai sastera. Jakarta : Penerbit P.T Gramedia.

Awang Sariyan. (1995). Konsep kesalahan bahasa dalam bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Azman Wan Chik.(1987). Isu-isu semasa dalam pengukuran dan penilaian bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala