32
WAJ 3062 : HUBUNGAN ETNIK 1.0 Pengenalan Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. "Kita juga telah berjaya memberikan satu keperibadian yang sama kepada negara dengan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara ini dan usaha-usaha masih lagi dicari bagi menjadikan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dengan erti kata yang sebenarnya." - Tun Abdul Razak Hussein Merujuk kepada kata-kata Tun Abdul Razak Hussein, bahasa merupakan identiti yang sama kepada negara. Bahasa Malaysia (di dalam kenyataan di atas merujuk kepada bahasa Melayu) dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara Malaysia ini. Oleh itu, perlunya usaha-usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang perlu dituturkan oleh setiap warganegara Malaysia, perlu dihormati, perlu dipelajari tidak mengira pangkat, kaum dan darjat. Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang sama iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga cikrogayahmahalek 1

3 Penulisan Ilmiah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

:P

Citation preview

WAJ 3062 : HUBUNGAN ETNIK

1.0 Pengenalan Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. "Kita juga telah berjaya memberikan satu keperibadian yang sama kepada negara dengan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara ini dan usaha-usaha masih lagi dicari bagi menjadikan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dengan erti kata yang sebenarnya."- Tun Abdul Razak HusseinMerujuk kepada kata-kata Tun Abdul Razak Hussein, bahasa merupakan identiti yang sama kepada negara. Bahasa Malaysia (di dalam kenyataan di atas merujuk kepada bahasa Melayu) dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara Malaysia ini. Oleh itu, perlunya usaha-usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang perlu dituturkan oleh setiap warganegara Malaysia, perlu dihormati, perlu dipelajari tidak mengira pangkat, kaum dan darjat. Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang sama iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.Dalam situasi di sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Contohnya, dalam subjek bahasa Melayu, guru menerapkan nilai-nilai bekerjasama, cintai bahasa, menghormati dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang mana ianya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis. Pelajar bukan sahaja dapat mempelajari bahasa Melayu tetapi dapat menerapakan nilai-nilai murni dalam diri individu. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.Menurut Ahmad Haji Kambar di dalam buku Ahmad Ali Seman dan Warti Bt Kimi (2013)[footnoteRef:2] perpaduan bermaksud suatu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap masyarakat dapat membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga dengan tanah air. Manakala integrasi merupakan proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik. [2: Ahmad Ali Seman dan Warti Bt Kimi (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Freemind Horizons Sdn. Bhd. :Kuala Lumpur]

WAJ 3062 : HUBUNGAN ETNIK

2.0 cikrogayahmahalek 20

3.0 Konsep-Konsep Asas Dalam PerpaduanPelbagai proses yang dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses asimilasi, amalgamansi dan pluralisme.

Asimilasi di dalam kamus dewan edisi keempat ialah pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu seperti pemaduan unsur-unsur daripada kebudayaan yang berlainan menjadi satu kebudayaan)[footnoteRef:3]. Pada dasarnya proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang agak lama. Kejayaan dan keberkesanan asimilasi pada umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti. [3: Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat]

Walaubagaimanapun ianya hanya berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Dalam sesetengah kes masyarakat Cina di Malaysia telah mengamalkan kepelbagaian kebudayaan yang umum di mana pemikiran dan sentimen mereka walaupun bersifat kecinaan dari segi etnik namun mereka dikatakan berkongsi sentimen bersama dan beberapa cara hidup orang Melayu, India dan penduduk-penduduk Malaysia yang lain dan begitu juga sebaliknya samada dari segi pemakanan, pakaian dan sebagainya.Berbeza dengan konsep pluralisme[footnoteRef:4] ialah keadaan yang majmuk sayau keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama dan sebagainya. Kepelbagaian budaya inilah perlu dihormati oleh masyarakat anatarabangsa. Hal ini adalah bertentangan sama sekali dengan konsep asimilasi dan amalgamasi. Konsep ini menyatakan bahawa kepelbagaian adalah satu kekuatan dan kelebihan bagi sesebuah negara yang mengamalkannya dan percantuman pelbagai etnik sudah pasti akan mengayakan lagi warisan sesebuah masyarakat itu sendiri. [4: Ibid]

Di Malaysia proses integrasi[footnoteRef:5] merujuk kepada proses yang diusahakan untuk menyatukan kelompok-kelompok dalam sebuah masyarakat dengan satu identiti yang sama dan integrasi nasional[footnoteRef:6] merupakan jambatan yang menghubungkan antara satu kaum dengan kaum yang lain yang berpaksikan semangat kenegaraan dan kesejahteraan social yang tengah diusahakan oleh kerajaan boleh dicapai walaupun setiap kaum atau etnik lebih cenderung untuk mempertahan atau mengekalkan identiti kehidupan mereka masing-masing. Pengekalan ciri-ciri kebudayaan termasukkebudayaan kelompok minoriti berasaskan andaian asas di mana semua kelompok etnik atau kaum mempunyai hak terhadap warisan psikologi masing-masing, perbezaan dalam kebudayaan manusia adalah perkara biasa dan tidak dapat dielakkan namun akhirnya kepelbagaian ini akan menjadi pemangkin di dalam mengukuh dan menstabilkan negara. Dengan kepelbagaian budaya yang ada, kini Malaysia adalah salah satu negara pelancongan yang dikenali di seluruh dunia. [5: Mohd Asyraf Ibrahim, etl (2013). Hubungan Etnik. Oxford Fajar Sdn. Bhd: Selangor Darul Ehsan] [6: Ibid]

sikap toleransi, saling menghormati dan penerimaan dalam komuniti amat penting bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Makanan merupakan contoh terbaik asimilasi, terdapat banyak masakan berasal dari China dipengaruhi dengan bahan-bahan tempatan walaupun mereka mengekalkan budaya asal. Begitu juga setiap individu yang berjaya tahu pencapaian mereka adalah bergantung kepada kerjasama dalam komuniti. Oleh itu, sikap penerimaan ini amat penting bagi masyarakat untuk menyokong antara satu sama lain bagi mengekalkan perpaduan negara," -kata Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri(2013)[footnoteRef:7] [7: Sheila Rani Chandrasekaran. Utusan Online (2013) Proses asimilasi erat hubungan kaum. Diakses pada Ogos 2014 dari laman sesawang http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131018/dn_09/Proses-asimilasierat-hubungan-kaum]

Jelas Datin Rosmah di sini, usaha memastika perpaduan dalam kalangan rakyat merupakan visi utama para pemimpin negara ini sejak merdeka, malah dalam usaha memperkasakan semangat dan identity negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Pada pendapat saya pula, proses asimilasi seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi serta semulajadi. Sebarang percubaan atau usaha untuk mewujudkan asimilasi secara paksaan pasti akan menemui banyak halangan dan kegagalan.

4.0 Analisis Peranan Guru Yang Telah Ditemubual (Temubual melalui rakaman audio disertakan di dalam CD)Temubual telah dilakukan bersama Puan Jamilah binti Mail, selaku guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam, Miri. Beliau telah berkhidmat selama 23 tahun di sekolah rendah yang mempunyai pelbagai kaum. Melalui temubual bersama beliau, saya dapat menyenaraikan peranan yang telah dilakukan sama ada di peringkat sekolah mahupun dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, beliau menyatakan bahawa beliau amat menitikberatkan prasarana bilik darjah iaitu susun atur kerusi dan meja murid-murid di dalam bilik darjah di mana, murid-murid akan diberikan tempat duduk secara berkumpulan yang mempunyai pelbagai kaum. Ini akan memudahkan gerak kerja berkumpulan yang mana guru menggunakan strategi berpusatkan murid dan boleh membuat pembelajaran koperatif bersama murid-murid dari pelbagai kaum. Saya difahamkan, sekolah yang beliau ajar sekarang mempunyai lima kaum terbesar di Sarawak iaitu, Melayu, Melanau, Kayan, Iban dan juga Cina. Dengan pengurusan bilik darjah ini akan membantu merapatkan jurang antara kaum-kaum tersebut agar lebih banyak bergaul dan berkomunikasi antara satu sama lain. Saya juga turut bersetuju dalam penekanan prasarana susun atur bilik darjah, dalam memastikan murid-murid daripada pelbagai kaum ini tidak duduk dalam satu kelompok sahaja, Sebagai guru yang mungkin akan menjadi guru kelas kelak akan memastikan pengagihan tempat duduk dalam satu-satu kumpulan dalam pelbagai kaum. Tujuannya adalah sama agar mereka boleh bekerjasama, berinteraksi, memberi idea dan sokongan tanpa mengira kaum.Sementara itu, selaku guru penolong kanan Hal Ehwal Murid, beliau juga menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum tersebut dengan memperkenalkan budaya kaum masing-masing melalui sudut-sudut Kajian Tempatan & Sejarah yang disediakan di sekolah. Di sudut tesebut, guru-guru akan melekatkan pelbagai penerangan dan pengetahuan berkenaan kepelbagaian kaum sama ada budaya, pakaian, upacara perkahwinan dan sebagainya. Sudut ini akan menarik perhatian murid dan ianya merupakan pendedahan awal bahawa sekolah tersebut mempunyai pelbagai kaum yang perlu diketahui. Tambahan pula, sudut ini diletakkan pada papan kenyataan laluan ke kantin di mana, bukan sahaja murid-murid malah para guru sendiri akan mudah melihat pelbagai penerangan yang lebih berbanding di dalam kelas serta akan menambah minat murid tersebut untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kepelbagaian kaum yang ada di sekolah beliau.Selaku guru Bahasa Melayu di sekolah tersebut, beliau juga tidak menafikan bahawa peri pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Biasanya kaum-kaum lain akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, walaubagaimanapun, selaku guru bahasa Melayu merangkap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid perlu menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah tersebut. Jelas di sini bahawa peranan bahasa Melayu tersebut merupakan alat perpaduan bagi sekolah beliau. Bahasa Melayu wajib dituturkan oleh semua murid tidak mengira apa jua kaum. Beliau akan mengadakan peraturan iaitu mendenda sekiranya mendapati pelajar-pelajarnya tidak bertutur dalam bahasa Melayu, tidak kira pertuturan antara pelajar dengan guru atau pelajar dengan pelajar samada ketika pdp dijalankan atau di luar waktu pdp umumnya ketika pelajar masih di ruang waktu persekolahan. Peraturan ini akan diketatkan dalam bulanan bahasa Melayu yang dijalankan oleh panitia bahasa Melayu dengan mengenakan denda sebanyak 10 sen untuk satu patah perkataan yang dituturkan bukan bahasa Melayu. Aktiviti ini memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak, samada guru-guru, rakan-rakan pelajar dan pelajar itu sendiri.Begitu juga dengan saya, saya sangat bersetuju dengan peranan beliau sebagai guru bahasa Melayu dapat menekankan pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Murid-murid yang berlainan kaum dapat berkomunikasi antara satu sama lain, jadi tidak hairanlah jika bahasa Melayu merupakan alat komunikasi yang berkesan bagi menyatukan murid yang pelbagai kaum. Mereka ini akan ada rasa kekitaan dan kesepunyaan ketika di sekolah dan juga dalam masyarakat. Selain itu, di peringkat sekolah beliau pula akan mengadakan sambutan perayaan secara serentak pada tarikh-tarikh tertentu setiap tahun. Sambutan perayaan ini akan disambut oleh setiap kaum yang terdapat di sekolah beliau. Di sekolah tersebut, pelajarnya ada yang meraikan perayaan Tahun Baru Cina, sambutan Aidilfitri, perayaan Gawai Dayak dan Hari Krismas. Perayaan ini akan dirai secara serentak yang mana sekolah akan menyediakan pelbagai juadah dan mengharuskan murid-murid untuk menggunakan pakaian tradisional masing-masing. Dalam menjayakan program sekolah, beliau selaku PK Hem dan guru di sekolah tersebut, beliau mencadangkan kepada guru-guru lain supaya ada aktiviti bersama ibu bapa pelajar sebelum hari tersebut iaitu, aktiviti membakar lemang, menu wajib orang Melayu ketika perayaan khasnya hari raya Aidilfitri. Memandangkan kawasan sekolah beliau majoritinya ialah kaum iban manakala guru-guru pula majoritinya terdiri daripada kaum Melayu secara tidak langsung memperkenalkan budaya kaum Melayu kepada kaum lain. Di samping itu, para ibu bapa dan guru dapat bekerjasama, bertolak ansur dan menghormati budaya kaum lain, manakala pelajar dapat mengenal dan mengetahui pakaian tradisi kaum-kaum yang lain dan dapat mewujudkan sifat saling menghormati amalan dan adat kaum-kaum lain yang ada. Program ini sekali gus dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Warga sekolah juga boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam serta dapat membentuk sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Dalam aktiviti kokurikulum, sekolah beliau melaksanakan dan menyuburkan aktiviti RIMUP iaitu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan setiap tahun. Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri daripada pelajar Melayu, yang berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolahsekolah lain yang mempunyai pelajar berbilang kaum. Beliau sebagai PK HEM sekolah tersebut, kejujuran dan keadilan dalam memilih pelajar daripada pelbagai kaum mesti dilakukan dengan membuat pertimbangan yang adil, di mana pelajar sekolah ini sangat beria-ia untuk mengikuti program ini. Tidak dinafikan program ini membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat. Di bawah aktiviti kokurikulum, beliau menyatakan bahawa perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Walaubagaimanapun, sekolah beliau mengadakan sedikit kelainan daripada aktiviti perkhemahan badan-badan beruniform iaitu dengan menyelitkan sedikit aktiviti yang berunsurkan nilai perpaduan antara kaum. Beliau sangat tertarik dalam aktiviti memasak. Di mana aktiviti memasak ini dipertandingkan mengikut masakan kaum yang mana kumpulan tersebut terdiri daripada pelbagai kaum. Dalam pertandingan itu, bukan sahaja masakan yang diperlihatkan malah tarian dan pakaian kaum masing-masing dipamerkan kepada para juri. Beliau dapat melihat, semangat kerjasama berpasukan sangat tinggi walaupun mereka harus menyediakan makanan yang bukan dari kaum mereka. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza serta murid dapat mengetahui dan lebih menghormati kaum-kaum yang lain di sekelilingnya.Di sekolah beliau juga ada mengadakan Sukan Tahunan, aktiviti ini di bawah anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain aktiviti sukan-sukan seperti perlawanan bola sepak dan bola jaring dipertandingkan, pihak sekolah beliau menyelitkan sukan tradisi kaum-kaum yang terdapat di sekolah. Sebagai PK HEM menyarankan aktiviti daripada ibu bapa iaitu akan meminta para ibu bapa menyediakan satu jenis sukan tradisional mengikut kaum mereka pada temasya sukan tersebut. Sukan tradisional ini akan dimainkan oleh pelbagai kaum ketika temasya itu sekaligus dapat memperkenalkan sukan tradisi mereka kepada kaum-kaum lain. Contohnya, permainan gasing yang dianjurkan oleh ibu bapa murid-murid kaum Melayu akan dimainkan oleh peserta-peserta yang terdiri pelbagai kaum tidak kira Cina, Melanau dan Kayan begitu juga sebaliknya. Saya sangat bersetuju dengan peranan beliau dan cara menerapkan dan memperkenalkan budaya dan tradisi dalam sukan kaum masing-masing dalam aktiviti sekolah. Sebagai guru yang mengambil elektif Pendidikan Jasmani, saya melihat aktiviti sukan merupakan agen ataupun alat membentuk perpaduan, persefahaman, dan kerjasama anatar pelbagai kaum. Jika ianya diadakan di sekolah, saya sangat menyokong dan memberikan kerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan program tersebut dan akan memastikan program tersebut diadakan setiap tahun. Budaya sukan permainan tradisi setiap kaum yang disarankan oleh Puan Jamilah sangat menarik perhatian saya dan idea ini akan dipraktikkan ke sekolah nanti untuk memperkenalkan budaya sesuatu kaum dengan lebih lanjut.

5.0 Peranan Saya Sebagai Seorang Guru Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Dalam Kalangan Pelajar Saya sebagai seorang bakal guru yang akan mengajar subjek Sejarah kelak, saya akan berusaha menanamkan semangat perpaduan dalam kalangan murid-murid menerusi pengajaran Sejarah di dalam bilik darjah dan semasa aktiviti kokurikulum. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2012) perpaduan ditakrifkan sebagai penggabungan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan lain-lain lagi. Contohnya, di dalam sesebuah persatuan, bahasa dan sastera adalah alat untuk perpaduan kebangsaan. Perpaduan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut membawa maksud kesepakatan kebangsaan yang mana, sesuatu yang bergabung menjadi satu . Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu saya ambil untuk memupuk semangat perpaduan di sekolah ialah: Suasana Bilik DarjahPada pendapat saya, aspek penting yang perlu diambil kira dalam menyemai semangat perpaduan di kalangan murid-murid ialah suasana bilik darjah iaitu melalui kedudukan pelajar di dalam bilik darjah. Susun atur kedudukan pelajar harus diambilberat untuk memastikan murid-murid boleh bergaul dan berkomunikasi secara meluas di dalam bilik darjah tidak kira lah sama ada ketika proses pengajaran dan pembelajaran ataupun di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.Setelah menjalani pengurusan bilik darjah pada semester ini saya sedari bahawa susunan meja di dalam bilik darjah sangat memberi impak kepada rasa kekitaan antara satu sama lain. Peranan saya sebagai guru, haruslah memastikan tidak ada diskriminasi kaum di dalam kelas yang mana kelas tersebut terdiri dari pelbagai kaum. Saya akan menyusun meja dan kerusi pelajar secara berkumpulan, sama ada terdapat 4 atau 5 meja dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan tersebut, saya akan pastikan ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Apabila pelajar-pelajar yang berbilang kaum ini duduk dalam satu kelompok di dalam satu bilik darjah, mereka akan lebih kenal-mengenali antara satu sama lain apabila duduk berdekatan dan berkumpulan. Selain itu, saya akan memberikan kemudahan-kemudahan yang dikongsi oleh pelajar digunakan bersama contohnya selipar wudhu, sudut bacaan, dan peralatan kebersihan di dalam bilik darjah. Setiap pelajar perlulah membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan, oleh sebab itulah adanya program NILAM di sekolah untuk memupuk budaya membaca di kalangan pelajar sekolah. Saya menyokong program ini dengan mewujudkan sudut bacaan di dalam kelas yang mempunyai pelbagai bahan bacaan yang boleh digunakan oleh setiap pelajar di dalam kelas tersebut tanpa mengira pelbagai kaum. Dalam masa yang sama, mereka menggunakan kemudahan yang sama, memupuk rasa perkongsian bagi menjaga kemudahan tersebut agar boleh digunakan oleh orang lain di dalam bilik darjah tersebut. Dengan cara ini, tiada diskriminasi antara kaum untuk menggunakan kemudahan yang telah diberikan agar mereka lebih menyayangi, menghargai dan bekerjasama dalam menjaga peralatan dan kemudahan yang diberikan oleh guru.Kepelbagaian kaum atau etnik di dalam bilik darjah akan saya rasai lebih-lebih lagi apabila ditempatkan di Sarawak atau di Sabah. Oleh itu, saya mengambil pendekatan untuk saya akan menggunakan pembelajaran kooperatif iaitu membuat latihan dalam kumpulan yang memerlukan kerjasama dan luahan idea setiap individu di dalam kumpulan akan merapatkan jurang antara kaum tersebut. Saya akan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan tersebut mestilah terdiri daripada pelbagai kaum yang ada di dalam kelas tersebut. Dengan pergaulan di dalam satu kumpulan ini, semangat perpaduan dapat dipupuk melalui persefahaman, kerjasama dalam sesatu aktiviti. Mereka akan sentiasa berkongsi idea dan maklumat dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Pelajar juga dilatih agar menghormati keputusan dan idea orang lain. Nilai perpaduan kaum dapat dipupuk dalam diri murid apabila mereka dapat berinteraksi, bekerjasama dalam satu kumpulan tanpa mengira pelbagai kaum.

Mengimarahkan Aktiviti Sukan : Hari KeluargaLangkah kedua, ialah melalui aktiviti sukan. Aktiviti sukan yang dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat dan mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan di antara pelajar-pelajar sekolah. Pelbagai aktiviti sukan yang diadakan di sekolah sebagai aktiviti tahunan. Antaranya ialah Hari Sukan PIBG, aktiviti permainan ketika kokurikulum, dan sebagainya.Pada Hari Sukan PIBG, saya selaku guru akan berusaha membantu pihak sekolah sebanyak mungkin bagi menjayakan acara pada hari tersebut. Saya lebih menyenangi jika saya di bahagian menguruskan atau merancang aktiviti permainan ataupun sukaneka bagi Hari Sukan PIBG tersebut. Walaubagaimanapun, saya boleh menerima tugas lain yang diberikan kepada saya. Dalam merancang aktiviti, saya perlu menitikberatkan memupuk semangat perpaduan antara kaum dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang agar tidak menyinggung perasaan kaum-kaum lain. Saya akan merancang aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelbagai kaum agar mereka boleh bermain bersama-sama. Contohnya, saya akan mengadakan aktiviti pertandingan bola sepak bagi lelaki dan pertandingan bola jaring bagi perempuan. Permainan ini boleh dimainkan oleh semua kaum, oleh itu penyertaan bagi setiap kumpulan mestilah disertai oleh pelbagai kaum yang ada. Bagi memastikan pelbagai kaum menyertai dalam satu kumpulan tersebut, saya perlu menyediakan borang penyertaan setiap pertandingan. Kumpulan ini juga boleh disertai oleh para ibu bapa, guru-guru dan pelajar. Perancangan aktiviti ini perlulah teliti, jika kumpulan itu tidak disertai oleh pelbagai kaum, maka disarankan kepada kumpulan itu untuk mencari peserta dari pelbagai kaum sekurang-kurangnya 3 atau 4 kaum yang terlibat dalam satu kumpulan.Selain itu, saya sebagai guru juga dapat mencadangkan kepada guru besar atau penolong kanan bahawa ingin melaksanakan aktiviti sukan mengikut kaum, rasionalnya agar semua warga sekolah dapat mengetahui, merasai sendiri dan menghormati kepelbagaian sukan dalam sesuatu kaum. Saya sebagai perancang aktiviti dalam program tersebut, saya akan berbincang bersama ibu bapa dan guru untuk mencadangkan sekurang-kurangnya satu aktiviti berkumpulan untuk setiap kaum yang ada di sekolah saya. Contohnya, kaum Melayu mencadangkan aktiviti permainan sepak raga bagi lelaki ataupun permainan congkak bagi perempuan. Bagi kaum Cina pula boleh menyarankan pertandingan Yo-yo Cina. Manakala kaum India pula boleh mencadangkan permainan chaturanga, iaitu asal usul permainan catur moden atau permainan kabadi. Semua warga sekolah boleh bermain permainan tersebut mengikut peraturan yang telah ditetapkan, di mana pihak penganjur akan memastikan setiap kumpulan tersebut diwajibkan mempunyai ahli-ahli sekurang-kurangnya 3 kaum yang berlainan agar perjalanan program lebih lancer. Hal ini dilaksanakan agar warga sekolah dapat mengenali dan didedahkan permainan-permaian tradisi kaum-kaum lain, malah hubungan antara kaum dapat dieratkan lagi melalui kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut. Di dalam program sukan tersebut, pastinya ada perarakan perbarisan, perhiasan khemah dan sebagainya. Semua pelajar di sekolah, akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah tanpa mengira kaum tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh masyarakat. Setiap warga sekolah dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat khususnya masyarakat di sekitar sekolah malah dapat mengeratkan silaturrahim. Mereka juga dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat. BahasaPerpaduan di sekolah dapat dipupuk melalui penekanan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Saya sebagai bakal guru yang beretnik Kedayan iaitu salah satu etnik bumiputera Sarawak akan menerapkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah sebagai bahasa pengantar walaupun saya akan ditempatkan di kampung saya sendiri kelak, Inshaa Allah. Dalam hal ini, saya boleh menjadikan diri saya sebagai model untuk diikuti agar mereka dilatih menggunakan bahasa Melayu ketika bertutur di sekolah. Dalam memupuk perpaduan di sekolah, saya merasakan alat komunikasi adalah penting, pelajar ditekankan bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, saya akan mewajibkan pelajar-pelajar saya untuk bertutur dalam bahasa Melayu di dalam kelas saya walaupun pada masa itu saya mengajar Subjek Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni Visual. Saya akan memberikan 5 kupon untuk seorang pelajar, jika salah seorang pelajar di dalam kelas tersebut didapati bertutur selain bahasa Melayu pelajar tersebut mestilah menyerahkan 1 kupon kepunyaannya kepada pendengar yang mendapati kesalahan tersebut. Peraturan ini dilakukan selama seminggu. Selepas seminggu, kupon yang ada pada pelajar dikutip dan dikira untuk mengetahui pelajar yang banyak kupon dan pelajar yang sedikit kupon atau tiada kupon. Pelajar yang mempunyai banyak kupon diberi penghargaan atau peneguhan dan pelajar yang mempunyai sedikit kupon akan diberi nasihatagar lebih banyak bertutur dlama bahasa Melayu di dalam kelas khasnya dan di dalam sekolah amnya. Jika pelajar-pelajar tidak dapat mengikuti peraturan yang saya tetapkan, pelajar akan didenda sebanyak 20 sen setiap patah perkataan yang bukan bahasa Melayu keluar dari pertuturan pelajar tidak kira bersama guru mahupun bersama rakan sekelas. Inshaa Allah dengan cara ini, pelajar akan bertutur dengan lebih baik dan menambahkan kosa kata dalam bahasa Melayu. Melalui penekanan dalam pertuturan antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar dalam bahasa Melayu ini secara tidak langsung mereka mudah berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berbagai kaum dan memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain dan memahami budaya kaum lain.Sebagai bakal guru kelak, saya akan menyokong dan membantu seberapa yang boleh dalam mempertingkatkan penguasaan bahasa seperti program minggu bahasa Melayu, dan menekankan penggunaan bahasa Melayu semasa berinteraksi di dalam kelas. Jelaslah, ianya bahawa langkah penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.

Sambutan Bulan Patriotisme dan KemerdekaanSetiap tahun, sekolah akan mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulang tahun kemerdekaan negara kita. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, dan Persatuan Sejarah. Sebagai bakal guru Sejarah kelak, program sambutan bulan Kemerdekaan adalah tanggungjawab yang besar bagi memupuk perpaduan di kalangan kaum di sekolah. Saya lebih suka mencadangkan kepada jawatankuasa perancangan program dalam mengadakan pertandingan secara berkumpulan, contohnya pertandingan hiasan kemerdekaan kelas, bahas, kuiz dan sambutan detik kemerdekaan. Dalam mengadakan pertandingan hiasan kemerdekaan kelas, saya akan memastikan adanya unsur-unsur patriotik, kefahaman tentang kemerdekaan dan unsur 1 Malaysia dalam menghias kelas. Bagi kelas saya, iaitu saya sebagai guru kelas, saya akan membahagikan tugas menghias kepada beberapa kumpulan dan memilih kumpulan tersebut daripada pelbagai kaum sekurang-kurangnya 2 atau 3 kaum yang ada di dalam kelas tersebut. Ianya boleh memupuk semangat bekerjasama dalam menjadikan kelas mereka dihias dengan cantik. Dan pelbagai idea boleh dikeluarkan daripada pelajar-pelajar mengikut kreativiti masing-masing dalam tugas-tugas tersebut. Apabila mereka dapat bekerjasama dalam satu kumpulan, mereka boleh bersatu padu dalam menghias bilik darjah mereka. Jika sekiranya ada perkara yang tidak diingini atau berlaku salah faham di antara kumpulan, ketua kelas berperanan memberitahu secepat yang boleh agar perkara tersebut tidak berlarutan dan akan diselesaikan segera melalui perbincangan bersemuka dengan pelajar terbabit.Sebagai guru sejarah, kefahaman tentang kemerdekaan yang amat mendalam sangat diperlukan bagi mereka kerana masa depan kita perlu melihat sejarah dan memastikan sejarah tidak berulang lagi. Aktiviti kedua yang ingin dilaksanakan ialah pertandingan bahas kemerdekaan antara kelas-kelas. Seperti biasa pemilihan ahli-ahli dalam kumpulan tersebut mestilah terdiri dari pelbagai kaum. Selain itu, mereka mestilah mempunyai fakta-fakta mengenai kemerdekaan dan perlunya perbincangan dalam kumpulan tersebut. Adanya luahan idea dan perkongsian maklumat di dalam kumpulan boleh memupuk perpaduan. Pastinya isu-isu semasa yang meruncing akan diketengahkan dalam perbincangan perbahasan kemerdekaan ini, Jadi pelajar perlu bersedia dalam apa juga isu yang akan diperbincangkan kelak. Program-program seperti inilah yang akan saya ketengahkan supaya pelajar dapat mendalami erti semangat juang rakyat yang bersatupadu dalam meraih kemerdekaan daripada penjajah. Acara yang boleh dilaksanakan juga ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, pertandingan hiasan asrama, pidato, forum, penulisan esei, serta pameran. Program sambutan perlulah disertai dengan penglibatan pelajar itu sendiri agar dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, melahirkan sifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara. Penekanan Nilai dalam Pengajaran dan Pembelajaran Dewasa ini, guru mata pelajaran Sejarah dilihat amat ditekankan dalam membina perpaduan kaum di kalangan murid. Kenapa guru mata pelajaran lain tidak? Sedangkan di dalam rancangan pengajaran harian perlu ditulis dan dinyatakan kepada pelajar. Nilai yang ditulis dalam rancangan pengajaran harian bukan sahaja untuk ditulis tetapi ianya perlu ditekankan bahawa pentingnya nilai perlu dinyatakan dan diamalikan di dalam kelas untuk menyemai nilai-nilai tersebut di dlaam diri pelajar.Sebagai guru tidak kira guru Sejarah, atau bahasa Melayu ataupun PJK, saya sedar saya perlu berperanan dalam menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk setiap tajuk-tajuk tersebut. Saya suka menyebut dan mengaplikasikan pendekatan pembelajaran koperatif di dalam kelas yang mana pelajar akan bekerjasama, saling hormat-menghormati, cara berkomunikasi yang sesuai tidak mengira kaum. Bagaimana untuk mengaplikasikannya? Saya akan menggunkan teknik simulasi atau lakonan semula yang disunting dari beberapa peristiwa yang boleh dijadikan iktibar. Daripada pengajaran dan pembelajaran inilah, pelajar dapat mengetahui nilai-nilai yang patut di ambil daripada pengajaran pada hari itu. Sebagai bakal pendidik kelak, saya hendaklah menggunakan beberapa minit daripada jadual pengajaran sesuatu mata pelajaran untuk menanamkan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara. Melalui teknik penceritaan kepada pelajar, saya akan memberikan nilai-nilai yang baik untuk dijadikan teladan. Saya juga akan memeberikan beberapa contoh-contoh perlakuan dan akibat jika berbuat demikian lebih-lebih lagi peristiwa 13 Mei agar pelajar lebih faham kenapa kita perlu mengamalkan sifat-sifat bekerjasama dan hidup bersatu padu. Hal ini dapat menanamkan semangat perpaduan di kalangan pelajar sekolah.Selain itu, saya akan melekat atau menampalkan nilai-nilai yang telah dinyatakan kepada murid di dinding-dinding atau di papan kenyataan di dalam kelas. Jika murid membaca nilai-nilai tersebut murid akan mengingati pengajaran dan pembelajaran dan contoh-contoh yang diberikan oleh guru. Selain itu, murid dapat mengaplikasikan nilai tersebut dalam kehidupan seharian dan timbulnya rasa menghargai jesa guru dengan menjaga nilai-nilai yang dilekatkan di dalam kelas sebagai hiasan di dalam kelas tersebut. Dan ini adalah merupakan usaha-usaha yang dapat diterapkan dalam memupuk perpaduan di kalangan pelajar.

6.0 7.0 Sambutan KemerdekaanPeta i-Think : Membanding-beza antara peranan guru yang ditemubual dengan peranan saya sendiri.

Prasarana Bilik DarjahSambutan PerayaanSudut Kajian TempatanPenekanan Nilai dalam PdP

Perkhemahan RIMUPAktiviti SukanBahasaCIK ROGAYAHPUAN JAMILAH

8.0 9.0 PenutupUntuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi mengambil masa yang lama serta memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan bijaksana. Bidang pendidikan merupakan bidang yang paling penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan menyatupadukan dan mengintegrasikan pelbagai kaum. Oleh yang demikian, pelbagai dasar pendidikan telah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan suasana dan keadaan semasa untuk mencapai matlamat tersebut. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan telah menghadapi tentangan dan cabaran yang berbeza daripada pelbagai kaum di negara ini. Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum secara mutlak semua pihak perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya. Sekiranya sikap ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk mencapai perpaduan dan integrasi di negara ini hanya menjadi angan-angan yang tidak mungkin dapat dicapai.Di samping itu, di peringkat sekolah, usaha ini membuahkan hasil di mana kurangnya masalah disiplin di sekolah dan ianya boleh mengeratkan hubungan antara kaum menerusi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Sejajar dengan itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain