of 34/34
Nama Calon :Mohamed Fareed Bin Syed Mohamed. Tingkatan :2 Biru Nombor K/P :960909-10-6033 Nama Guru :Puan Abidah Binti Ahmad. 1 MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI JALAN BUKIT BINTANG.

31245241 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 Full Edition

  • View
    948

  • Download
    8

Embed Size (px)

Text of 31245241 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 Full Edition

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI JALAN BUKIT BINTANG.Nama Calon Tingkatan Nombor K/P Nama Guru :Mohamed Fareed Bin Syed Mohamed. :2 Biru :960909-10-6033 :Puan Abidah Binti Ahmad.

1

2.Senarai3.0 4.0 5.0 6.0 Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian

andungan.4 5 6 7 9 10 11

Kawasan Kajian 6.1 Peta Negeri Kuala Lumpur 6.2 Peta Daerah Bukit Bintang 6.3Lakaran Peta Kawasan Kajian Jalan Bukit Bintang.

7.0 8.0

Kaedah Kajian Dapatan Kajian 8.1Konsep migrasi penduduk 8.2Pola migrasi penduduk 8.3Faktor-faktor mempengaruhi migrasi dalaman 8.4 Kesan migrasi dalaman 8.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman

12 13 13 14 15 18 21

9.0

Rumusan

23

10.0 Lampiran 10.1 Lampiran 1: Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga 10.2 Lampiran 2 : Surat kebenaran ibu bapa / penjaga 10.3 Lampiran 3: Soal Selidik. 10.4 Lampiran 4 : Borang Temu Bual

24 25 26 27 30

11.0 Rujukan

33

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

3.0 PenghargaanSetelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia jayanya. Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik.Mazlan Bin Buniran Pengetua SMK Victoria, yang memberi galakan dan kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang menarik ini.

Tidak lupa juga kepada Puan Abidah Binti Ahmad yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk di sekitar kawasan Bukit Bintang, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakkan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa saya iaitu Encik Syed Mohamed Bin Abdul Rashid & Ackrosiya Banu Binti Sheik Dawood banyak membantu saya dari segi kewangan, moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkkan kajian ini.

4.0 pendahuluanKajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di kawasan kajian saya iaitu sekitar Bukit Bintang terdapat banyak migrasi dalaman kerana peluang pekerjaan.Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mei sehingga bulan Julai iaitu kira-kira 2 bulan.Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

5.0 Objektif KajianBerikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1)

Mendefinisikan konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas

2)

Menyatakan pola migrasi penduduk di Jalan Bukit Bintang.

3)

Menyatakan faktor yang mempengaruh imigrasi dalaman penduduk di Jalan Bukit

Bintang.

4)

Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk di Jalan Bukit Bintang.

5)

Mencadangkan langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di Jalan Bukit

Bintang.

6)

Penerapan nilai dan system patriotism terhadap penduduk di kawasan sekitar Bukit

Bintang mengenai kepentingan migrasi.

6.0 Kawasan KajianKajian ini telah dijalankan di Bukit Bintang,Kuala Lumpur.Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 7 kilometer dari KLCC. Bukit Bintang ialah nama bagi kawasan beli-belah dan hiburan yang masyhur dan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur, dan jalan yang melaluinya, Jalan Bukit Bintang. Kawasan ini menempatkan banyak sekali pusat beli-belah utama, kafe, kelab, kedai spesialti, dan sebagainya. Kawasan Bukit Bintang dilalui tiga jalan utama: Jalan Bukit Bintang bermula dari Jalan Pudu dan bersimpangan dengan Jalan Sultan Ismail. Terdapat sebilangan hotel dan restoran yang terletak di Jalan Raja Chulan dan Jalan Tengkat Tong Shin.

Tempat makan yang besar terdapat di Jalan Alor berdekatan Bukit Bintang, di mana para penjaja menawarkan makanan murah tetapi berkualiti tinggi dalam suasana yang senang beristirahat. Kawasan ini berhubung dengan Jalan Tengkat Tong Shin di mana struktur warisan berharga dari zaman silam Kuala Lumpur, dimodenkan menjadi kelab malam dan restoran di mana pelancong dan penduduk setempat bergaul membentuk suasana bandar yang berwarna-warni.

Untuk kemudahan pengunjung luar, hotel disediakan untuk menawarkan penginapan daripada yang bajet rendah kepada yang mewah. Antara hotel-hotel mewah dalam Bukit Bintang ialah The Grand Millenium, JW Marriott, Ritz-Carlton, Royale Bintang, Novotel dan Federal Hotel. Tidak dapat dinafikan bahawa Bukit Bintang adalah salah satu kawasan beli-belah utama di Kuala Lumpur, menawarkan pelbagai jenis barang-barangan untuk memenuhi segala citarasa dan kemampuan berbelanjaan. Pusat beli-belah utama di sini adalah seperti Lot 10 , Bukit Bintang Plaza,The Pavillion,Low Yat Plaza dan lain-lain lagi.

Laluan Bintang Walk terletak sepanjang barisan beli-belah di Jalan Bukit Bintang. Kawasan ini dibentuk sepanjang 5 tahun dahulu, menjadikannya salah satu tumpuan pelancong dan penduduk setempat dan kawasan beli-belah tersibuk. Kafe, restoran, kelab, kedai, pusat belibelah dan lainlain lagi mengisi laluan ini. Pada hujung minggu, beribu-ribu orang melalui sini untuk mencapai pusat beli-belah yang lain dalam kawasan ini. Bintang Walk adalah tempat yang mendefinasikan budaya 'lepak' yang mudah merebak dalam masyarakat. Hampir kesemua acara maalm utama diadakan di sini seperti sambutan tahun baru dan Hari Kemerdekaan, serta pertunjukan fesyen, konsert dan parti jalanan.

Terdapat sebilangan kafe dan kelab malam di Bukit Bintang. Antara penubuhan yang terpenting termasuk Nouva, Espanda, The Beach Club, Atmosphere, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood, dan Zouk. Bukit Bintang boleh dicapai perkhidmatan teksi dan bas. Selain itu, perkhidmatan monorel juga menempatkan empat stesen di dalam lingkungan kawasan Bukit Bintang: Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang dan Raja Chulan.

6.1 Peta Negeri Kuala Lumpur

U

6.2

Peta

Daerah

Bukit

Bintang.

U

6.3 Peta Kawasan Jalan Bukit Bintang.

7.0 Kaedah KajianSebelum memulakan kajian saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini.Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1) Pemerhatian.

saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pola migrasi yang berlaku di kawasan Bukit Bintang.

2) TemuBual.

seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk setempat untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang pola migrasi di kawasan saya.Saya menemu bual dengan penduduk di sekitar Bukit Bintang yang telah lama menetap di situ kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kajian saya.

3) Soal Selidik

saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk sekitar yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan.

4) Rujukan 5) selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi yang berlaku di Malaysia.

8.0 Dapatan Kajian8.1 Konsep migrasi pendudukBerdasarkan Azizan Bin Hj.Abu Samah migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa.Selain itu,menurut laman web yang saya layari definasi migarsi adalah penghijrahan sekumpulan manusia dari satu negara ke satu negara yang lain untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka. Sebagai contohnya pada tahun ke-5 kerasulan, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah melakukan proses penghijrahan atau migrasi dari Mekah ke Madinah untuk mempertahankan akidah dan agama Islam.Definisi penghijrahan atau migrasi ini amat berbeza dengan pelarian yang membawa maksud sekumpulan manusia yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain yakni berpindah ke tempat yang lebih selamat untuk mereka terus hidup setelah mengalami kehidupan yang sengsara kebiasaannya akibat meletusnya peperangan. Perkataan "pelarian " itu sendiri pertama kali digunakan sejak 300 tahun dahulu, bagi menerangkan orang-orang beragama Protestan Hugenots yang melarikan diri dari negeri Peranchis.

Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajianPola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu: Migrasi luar bandar ke bandar Migrasi ini merujuk kepada penduduk di Bukit Bintang yang berhijrah ke kawasan kajian saya dari bandar-bandar seperti Sabak Bernam, Bukit Belimbing, Kuala Besut dan sebagainya sama ada untuk mencari pekerjaan yang selesa dalam perindustrian, mahupun menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta. Terdapat 7 daripada 20 responden telah ke sini untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja. Migrasi bandar ke bandar Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung

pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta ataupun yang telah mendapat pertukaran atau pulang ke tempat asal. Misalnya ada sebahagian penduduk di flat San Peng yang bekerja sebagai tentera di Kem Sungai Besi pulang semula ke kediaman mereka selepas tamat perkhidmatan. Dan ada juga segelintir yang menyambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pulang ke Bukit Bintang setelah tamat

belajar.Terdapat 13 daripada 20 responden telah kembali ke Bukit Bintang apabila sudah tamat perkhidmatan.

8.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya ialah: Melanjutkan pelajaran Segelitntir anak-anak peneroka yang memperolehi keputusan peperiksaan UPSR dan PMR yang cemerlang akan menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah seperti SMK Victoria yang terdapat kemudahan asrama.Selain itu,anak-anak yang memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM juga boleh melanjutkan pelajaran di kolej yang terkenal seperti Kolej Segi.

Peluang Pekerjaan Terdapat beberapa orang yang behijrah Bukit Bintang untuk mencari pekerjaan yang lebih selesa dan untuk pendapatan yang lumayan dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan.Antaranya daripada bandar-bandar seperti Shah Alam Selangor, Bayan Lepas Pulau Pinang, Ipoh dan sebagainya. Ini kerana di kawasan mereka peluang pekerjaan yang ada amat terhad,manakala di Bukit Bintang terdapat banyak peluang pekerjaan .Terdapat 5 daripada 20 responden telah mendapat peluang pekerjaan di kawasan kajian saya..

Darjah Ketersampaian Darjah ketersampaian bagi kawasan sekitar Jalan Bukit Bintang ialah mudah kerana terdapat begitu banyak kemudahan disediakan seperti teksi, bas, motosikal dan kereta. Kemudahan seperti ini telah memudahkan pergerakan penduduk di Bukit Bintang. Sekaligus melancarkan perniagaan di kawasan tersebut.Kemudahan seperti LRT juga terdapat di kawasan kajian saya .Kemudahan seperti ini telah memudahkan segala masalah lain seperti ketiadaan pengangkutan jalan raya. Kemudahan asas Oleh kerana Bukit Bintang merupakan kawasan tanah pamah, kemudahan asas yang ada adalah terdapat banyak seperti sekolah, masjid,Balai Bomba,Balai Polis dan lainlain.Demi mendapatkan keselesaan hidup maka penduduk dari kawasan lain mengambil keputusan hidup untuk berpindah ke kawasan kajian saya yang lebih maju dan selesa seperti berpindah dari bandar-bandar seperti Gombak dan lain-lain. Hal ini kerana di kawasan kajian saya terdapat kemudahan yang lebih baik seperti jaringan pengangkutan yang cekap, hospital, kolej, pasaraya dan sebagainya.Terdapat 5 daripada 20 responden ke Bukit Bintang atas faktor kemudahan asas. Ikut Keluarga. Selain daripada faktor yang ternyata diatas.Ikut keluarga juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan berlaku migrasi.Terdapat seorang responden telah menyatakan bahawa migrasi keluarga mereka berlaku kerana mengikut keluarga dari Luar Bandar ke Bandar.Contohnya,kita patut bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di negara malaysia yang aman dan damai di samping kestabilan ekonomi yang banyak memberi manfaat kepada kita semua.

Fakt r Yang Mempengaruhi kawasan kajian Melanjutkan pelajaran Peluang pekerjaan Ikut Keluarga Kemudahan Asas Darjah Ketersampaian Jumlah

Sumber:

Carta Pai 1:Faktor yang mempengaruhi migrasi di Jalan Bukit Bintang.

Sumber:

B

migrasi di kawasan Jalan Bukit Bintang. Fakt r yang mempengaruhi migrasi terdiri daripada malanjutkan pelajaran,peluang pekerjaan,Ikut keluarga,darjah ketersampaian dan kemudahan asas.Peluang pekerjaan dan kemudahan asas ialah fakt r yang mempengaruhi migrasi yang paling banyak ,iaitu sebanyak 25 masing-masing.Manakala ikut keluarga dan melanjut % pelajaran adalah paling sedikit iaitu 15% masing -masing.Darjah ketersampaian pula jumlahnya,iaitu 20%.

Jumlah Penduduk

3 5 3 5 4 20

3orang/15% 3 Orang/15% 5 Orang/ 25%

Melanjutkan Pelajaran

Peluang Pekerjaan5 Orang /25%

Darjah Ketersampaian Kemudahan AsasIkut Keluarga

4 Orang/20%

C t

Pai diatas,menunjukkan fakt

fakt

yang mempengaruhi

8.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajianSecara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian:

8.4.1Kesan positifPenduduk bertambah Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kawasan saya telah meningkat walaupun terdapat penduduk yang telah berhijrah keluar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor perindustrian, menjual & menyewa rumah mereka untuk menjadikan rumah tumpang. Walau bagaimana pun penduduk di kawasan saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni oleh penduduk. Taraf hidup meningkat Penduduk yang berhijrah ke negara seperti United States Of America untuk melanjutkan pelajaran akhirnya pulang semula ke tempat asal iaitu di sekitar Bukit Bintang memperolehi pekerjaan yang lebih selesa sebagai pengurus hotel, kerani bank dan sebagainya yang mana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa serta mempu memiliki rumah yang lebih selesa. Taraf hidup yang tiggi ini menyebabkan masyarakat tempatan menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia.

Pasaran bertambah Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju, secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi barangan siap semakin bertambah.

8.4.2 Kesan negatifMasalah pengangguran Migrasi dalaman memberi kesan negatif kepada kawasan yang dituju. Misalnya penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga asing seperti Nepal dan Bangladesh ke kawasan kajian ini telah menyebabkan lambakkan tenaga buruh secara tidak langsung menyebabkan wujud persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan yang sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Dengan ini maka masalah pengangguran di kawasan kajian ini berlaku. Masalah sosial Ekoran daripada wujud masalah pengangguran di kawasan Bukit Bintang ini, maka wujud masalah sosial seperti merogol dan masalah penagihan dadah di kalangan penduduk tempatan di kawasan kajian. Hal ini kerana desakan hidup dan kos sara hidup yang sentiasa meningkat adalah tinggi. Komposisi penduduk berubah Kebanyakan mereka yang melakukan migrasi adalah terdiri daripada penduduk negara asing berbanding dengan penduduk tempatan dan penduduk yang baru migrasi dari negeri lain.Ini menyebabkan banyak masalah sosial seperti ugutan,rogol dan rompakan.

Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di Bukit Bintang mempunyai peluang pekerjaan yang mencukupi serta taraf hidup penduduk yang selesa.Taraf hidup yang tiggi ini menyebabkan saya dan masyarakat tempatan menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia.

Peta Minda 2: Kesan migrasi dalaman di Jalan Bukit Bintang.

8.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajianMewujudkan peluang pekerjaan Walaupun terdapat banyak peluang pekerjaan di kawasan kajian saya ini tetapi pekerjaan tersebut hanya diberikan kepada warga asing seperti warganegara

Bangladesh,Nepal dan IndiaBagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan Bukit Bintang pihak berwajib boleh mewujudkan peluang pekerjaan di dalam perindustrian atau pun industri hiliran. Hal ini bertujuan mengelakkan golongan belia menganggur dan membazir masa. Antara peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan adalah Seperti pelayan,kedai alat tulis dan poloklinik. Kuatkuasa undang-undang Dalam membanteras masalah sosial pihak polis atau pihak yang berkuasa perlu mengambil tindakan segera keatas penjenayah seperti perogol ,penagih dadah & terutama pelacuran.Tujuan ini adalah untuk bagi mengatasi masalah penagihan dadah di kalangan belia di kawasan kajian. Pada masa yang sama penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti polis dalam menguatkuasakan undang-undang dalam membanteras jenayah yang berlaku. Mewujudkan Rukun Tetangga Oleh kerana ramai golongan tua telah berhijrah dan hanya golongan bujang yang tinggal, bagi menjamin keselamatan yang lebih baik, pihak berkuasa boleh mewujudkan rukun tetangga.Ini kerana di kawasan kajian saya terdapat banyak kes-kes jenayah seperti merogol,meragut dan lain-lain lagi.Jika penduduk tempatan tidak dapat melaksanakannya mereka boleh memberi aduan atau dorongan untuk pihak polis supaya membuat rondaan pada waktu malam. Saya berasa amat gembira dan bangga kerana saya telah mendapat peluang untuk memberi cadangan untuk mengatasi kesan negatif tersebut.

Peta Minda 3:Cadangan mengatasi kesan migrasi kajian. dalaman Penduduk kawasan

Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman Wujudkan peluang pekerjaan

kuatkuasa undang-undang

Wujudkan Rukun Tetangga.

9.0 RumusanDaripada kerja kursus geografi ini,saya telah mendapat banyak maklumat. Antaranya,ialah konsep migrasi penduduk serta pola migrasi penduduk di Jalan Bukit Bintang.Selain daripada itu, saya juga telah mendapat tahu tentang kesan dan faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di Jalan Bukit Bintang.Saya juga sangat gembira kerana dapat menolong penduduk di kawasan kajian saya dengan memberikan cadangan mengatas i kesan migrasi di Jalan Bukit Bintang. Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk di sekitar Jalan Bukit Bintang ini. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan kawasan kajian saya.Saya juga berharap supaya pihak berkuasa dan penduduk di kawasan kajian saya menerima cadangan saya untuk mengelakkan kesan negatif tersebut.Saya berasa bersyukur dan bangga kerana kawasan kajian saya tidak mempunyai kesan negatif yang banyak.

Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di Sekitar Jalan Bukit Bintang.

Nama : Potten Nick A/K Patrick

1. Saudara berasal dari mana? Saya Berasal Dari Sabah. 2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ? Sudah 2 tahun 3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ? Polis 4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ? Dua ahli keluarga. 5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di kawasan ini ? Faktor pekerjaan.

Nama : Firdaus Bin Rahmat

1. Saudara berasal dari mana? Saya Berasal Dari Perak. 2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ? Sudah 1 tahun. 3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ? Tidak bekerja.Pelajar di Sekolah Menegah Kebangsaan Aminuddin Baki. 4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ? Tujuh ahli keluarga. 5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di kawasan ini ? Faktor Ikut Keluarga.

Nama : Hock Lim.

1. Saudara berasal dari mana? Saya Berasal Dari Shah Alam. 2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ? Sudah 6 tahun. 3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ? Pengurus Hotel Alpha Genessis 4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ? Lima ahli keluarga. 5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di kawasan ini ? Faktor peluang pekerjaan.

BORANG SOAL SELIDIK

BorangSoal Selidik. Nama:Mohamed Khairul Bin Aizat Umur:32 Tahun Pekerjaan:Kerani Bank. Alamt Rumah:No3,Jalan Rembia Off Tengkat Thong Shin. Sila tandakan pada Pola Migrasi yang terdapat di kawasan ini. Luar Bandar ke Luar Bandar Luar Bandar ke Bandar Bandar ke Luar Bandar Bandar ke Bandar Tidak Ya. Tidak Ya.

Sila tandakan pada faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan ini. Arahan Majikan Peluang Pekerjaan Petempatan Baru. Darjah Ketersampaian Kadar Upah Melanjutkan Pelajaran Bersara Tidak Ya Tidak Ya Ya Ya. Tidak

Sila tandakkan kesan migrasi di kawasan ini. Taraf hidup meningkat Pengangguran Penduduk Bertambah Ya. Ya Ya.

Contoh Borang Temu Bual. Nama: Umur: Pekerjaan: Alamat Rumah: Sila tandakan pada Pola Migrasi yang terdapat di kawasan ini. Luar Bandar ke Luar Bandar Luar Bandar ke Bandar Bandar ke Luar Bandar Bandar ke Bandar

Sila tandakan pada faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan ini. Arahan Majikan Peluang Pekerjaan Petempatan Baru. Darjah Ketersampaian Kadar Upah Melanjutkan Pelajaran Bersara

Sila tandakkan kesan migrasi di kawasan ini. Taraf hidup meningkat Pengangguran Penduduk Bertambah

11.0 RujukanSumber Internet 1. http://www.segi.edu.my/campus/sckl/ 2. http://en.wikipedia.org/wiki/Bukit_Bintang_Monorail_station 3. http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_roads_in_Kuala_Lumpur 4. http://sarjana.tripod.com/migrasi1.html Orang Sumber 1. Potten Nick A/K Patrick,27 tahun,Jalan Rembia Mutiara Villa Blok A-01-8 56000 Kuala Lumpur. 2. Firdaus Bin Rahmat,15 tahun,3Apartment Ceylon Blok C No 4 Jalan Bukit Bintang 54200 Kuala Lumpur. 3. Hock Lim,30 tahun,No 45 Jalan Ceylon Kuala lumpur 56000 Buku Teks: 1. Buku teks tingkatan 1:Rapeah Binti Ahamed, 2002, Geografi Tingkatan 1 Malaysia,Arus Intelek Sdn. Bhd. 2. Buku teks tingkatan 2:Azizan Bin Hj.Abu Samah dan Chong Mui Sen, 2003, Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Saufi.