343-683-1-SM

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 343-683-1-SM

    1/5

    SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

    Mu

    kaSurat

    133

    PENGGUNAAN TEKNIK ZIEFIR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN

    MENYELESAIKAN SOALAN DARAB NOMBOR TIGA DIGIT

    DENGAN NOMBOR DUA DIGIT BAGI MURID TAHUN 4

    Oleh:

    Farakemelia Binti Razali&Norizah Binti AhmadUnit Matematik Pendidikan RendahInstitut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail

    ABSTRAK

    Pendaraban ialah konsep kepada penambahan secara berulang. Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh

    murid dalam topik pendaraban ialah kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Tujuankajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji penggunaan Teknik Ziefir dalam meningkatkan kemahiran

    menyelesaikan solan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Kajian tindakan ini telah dijalankan

    terhadap 6 orang murid 4 Bestari di Sekolah Kebangsaan Telok Pasu. Tinjauan awal melalui pemerhatian,

    analisis dokumen dan juga ujian OTI 1 menunjukkan murid murid mempunyai masalah dalam melakukan

    pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit menggunakan algoritma biasa dan sukar mengingati

    sifir. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pos, analisis dokumen dan juga temubual. Datayang dikumpul bagi setiap responden dianalisis menggunakan jadual dan graf. Hasil dapatan kajian

    menunjukkan bahawa Teknik Ziefir telah berjaya membantu murid dalam menyelesaikan masalah yang

    berkaitan dengan pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit.

    PENGENALAN

    Pada 28 Januari 2010, pengkaji telah menjalani praktikum terakhir di Sekolah Kebangsaan Telok Pasu selama

    12 minggu dan diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas 4 Bestari bagi subjek Matematik. Kebanyakandaripada murid Tahun 4 Bestari mempunyai pencapaian yang rendah dalam subjek matematik. Secara

    umumnya, mereka dapat menguasai konsep penambahan dan penolakan dengan baik tetapi sangat lemah

    dalam menguasai konsep pendaraban dan pembahagian. Pengkaji mendapati kebanyakan murid masih tidakdapat melakukan pendaraban dengan baik terutamanya apabila melibatkan pendaraban dengan pekali lebih dari

    1 digit seperti 23 x 45, 135 x 24 dan sebagainya. Mereka seringkali mengalami kesukaran dalam meletakkan

    nombor mengikut nilai tempatnya. Kecuaian pula sering berlaku apabila murid murid melakukan prosespenambahan terutamanya apabila melibatkan pengumpulan semula. Selain itu, masih ada murid yang salah

    konsep apabila melakukan pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Malah, halangan terbesar

    yang dihadapi oleh murid dalam melakukan pendaraban ialah tidak mengingati sifir. Suraidah binti Abdul

    Salim, SK Sungai Manggis, dalam kajiannya berjudul Teknik Formula Kreatif Mengingati Sifir 6, 7, 8, 9 ada

    menyatakan bahawa kesukaran yang dihadapi murid dalam melakukan pendaraban adalah berpunca daripada

    kesukaran untuk menghafal dan mengingati sifir. Kajian Safinaz, Nellie dan Oon (1999) menyatakan punca

    kesilapan yang dilakukan murid adalah tidak berhati hati atau cuai, tidak menulis sifar di tempat yang

    sepatutnya dan tidak menguasai nilai tempat. Geary, 2004; Kilpatrick, Swafford, & Findell, 2001; Koscinski &

    Gast, 1993 pula berpendapat bahawa kebanyakan murid menggunakan cara pengiraan yang tidak tepat dan

    bersesuaian dalam melakukan pengiraan matematik. Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP, 1996)mengatakan bahawa apabila murid berupaya untuk menguasai sesuatu kemahiran, maka mereka akan

    mempunyai keyakinan diri, menyukai matematik, berminat dan bermotivasi tinggi untuk terus mempelajari

    Matematik. Dapatan daripada kajian ini telah menyokong dapatan Rozita binti Paiman, SK Kampung Melayu

    dalam kajiannya yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Mendarab Dua Nombor yang tururt menggunakan

    Teknik Ziefir.

  • 7/29/2019 343-683-1-SM

    2/5

    SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

    Mu

    kaSurat

    134

    METODOLOGI

    Bentuk kajian yang dijalankan ini adalah kajian tindakan kerana tindakan yang diambil adalahbertujuan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Objektif pertama

    kajian ini ialah meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan

    nombor dua digit menggunakan Teknik Ziefir. Objektif kedua kajian ini ialah mengenalpasti jenis kesilapan

    yang dilakukan oleh murid semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit sebelum dan selepas

    menggunakan Teknik Ziefir. Objektif ketiga kajian ini ialah mengenalpasti adakah Teknik Ziefir membantu

    murid dalam menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Pengkaji telah

    menggunakan kaedah persampelan tidak rawak iaitu persampelan bertujuan dalam memilih responden. Murid

    murid yang dijadikan kumpulan sasaran ini adalah dipilih berdasarkan keputusan Ujian OTI 1. Dalam Ujian

    OTI 1 tersebut, terdapat enam orang murid Tahun 4 Bestari yang telah meninggalkan ruangan kosong untuk

    soalan pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit dalam kertas 2 Matematik. Selain itu, keenam

    enam murid ini juga mendapat gred D bagi subjek Matematik dalam Ujian OTI 1 tersebut. Oleh itu, 6 orang

    murid ini telah dipilih sebagai responden pengkaji yang terdiri daripada empat orang lelaki dan 2 orang

    perempuan. Selain itu, keenam enam murid ini juga mempunyai pencapaian yang lemah dalam subjekmatematik berdasarkan pemerhatian pengkaji di dalam bilik darjah dan juga hasil analisis buku latihan mereka.

    Berikut ialah jadual tindakan yang telah dijalankan:

    Pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen kajian untuk mengumpul data yang diperoleh. Instrumen

    kajian ini adalah sangat penting untuk memastikan keberkesanan Teknik Ziefir dalam membantu

    meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit.

    Instrumen kajian yang telah digunakan oleh pengkaji ialah ujian pra, analisis dokumen, temubual dan juga

    ujian pos. Ujian pra telah diberikan pada peringkat awal kajian mankala ujian pos akan diberikan di peringkatakhir kajian. Ujian pra yang telah diberikan ini sangat penting untuk penyelidik mengetahui tahap murid dalamkemahiran pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Manakala, ujian pos yang diberikan kepada

    murid murid pula adalah untuk mengetahui sama ada terdapat peningkatan markah murid murid dalam

    ujian ini jika dibandingkan dengan ujian yang terdahulu. Ujian ini juga sangat penting untuk memastikan sama

    ada kajian ini berjaya atau tidak. Dalam kajian ini, analisis dokumen yang dilakukan oleh penyelidik ialah

    analisis terhadap jawapan murid di dalam ujian pra dan ujian pos. Analisis ini bertujuan untuk melihat jeniskesilapan yang dilakukan oleh murid semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit sebelum

    dan selepas menggunakan Teknik Ziefir. Temubual yang dijalankan pula adalah bertujuan untuk melihat

    adakah Teknik Ziefir membantu murid dalam menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor

    dua digit. Selain itu, pengkaji telah menggunakan alat statistik deskriptif untuk mengutip data bagi setiap

    bahagian.

    Bil Aktiviti Tarikh kumpul data Tempat / Catatan

    1 Ujian Pra 6 Julai 2010 Kelas 4 Bestari

    2 Temubual 7 Julai 2010 Kelas 4 Bestari

    3 Sesi Pengajaran 1 8 Julai 2010 Kelas 4 Bestari

    4 Sesi Pengajaran 2 12 Julai 2010 Kelas 4 Bestari

    5 Sesi Pengajaran 3 14 Julai 2010 Kelas 4 Bestari6 Sesi Pengajaran 4 18 Julai 2010 Kelas 4 Bestari

    7 Sesi Pengajaran 5 21 Julai 2010 Kelas 4 Bestari

    8 Ujian Pos 25 Julai 2010 Kelas 4 Bestari

    9 Temubual 26 Julai 2010 Kelas 4 Bestari

  • 7/29/2019 343-683-1-SM

    3/5

    SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

    Mu

    kaSurat

    135

    DAPATAN KAJIAN

    Dapatan pertama adalah berkaitan dengan peningkatan kemahiran menyelesaikan soalan darab nombor tiga

    digit dengan nombor dua digit menggunakan Teknik Ziefir. Graf di bawah menunjukkan graf markah semuaresponden pada ujian pra dan ujian pasca:

    Berdasarkan data yang ditunjukkan dalam graf di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatanmarkah yang mendadak diperoleh oleh setiap murid. Peningkatan markah yang paling tinggi adalah sebanyak

    100 markah iaitu apabila murid C dan E yang memperoleh markah 0 dalam ujian pra telah berjayamemperoleh markah 100 dalam ujian pos. Ini membuktikan bahawa Teknik Ziefir telah berjaya meningkatkan

    kemahiran murid dalam menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit dengan

    berkesan.

    Dapatan yang kedua pula ialah mengenalpasti jenis kesilapan yang dilakukan murid semasa mendarab nombor

    tiga digit dengan nombor dua digit sebelum dan selepas menggunakan Teknik Ziefir. Keputusan daripadaanalisis dokumen terhadap jawapan murid dalam ujian pra dan juga ujian pos menunjukkan bahawa terdapat

    empat jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua

    digit. Jenis jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah kesilapan nilai tempat, salah konsep, sifir dan

    juga kecuaian. Walaubagaimanapun, penggunaan Teknik Ziefir dilihat telah berjaya mengurangkan jumlah

    murid yang melakukan kesilapan semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Ini terbukti

    apabila ketika murid menjawab soalan ujian pra, kebanyakan murid melakukan pelbagai kesilapan tetapi

    setelah menggunakan Teknik Ziefir, hanya dua orang murid yang masih melakukan kesilapan dan hanya padasatu item. Jadual di bawah menunjukkan jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa mendarab nombor

    tiga digit dengan nombor dua digit beserta dengan kekerapan dalam ujian para dan juga ujian pos:

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    120

    A B C D E F

    MarkahMurid

    Murid

    Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

    Ujian Pra

    Ujian Pos

  • 7/29/2019 343-683-1-SM

    4/5

    SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

    Mu

    kaSurat

    136

    Dapatan yang ketiga adalah mengenalpasti sama ada Teknik Ziefir telah berjaya membantu murid dalam

    menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Melalui temubual yang telah

    dijalankan, didapati Teknik Ziefir telah berjaya membantu murid murid dalam menyelesaikan soalan darab

    nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Jadual di bawah menunjukkan peratusan jawapan temubual murid

    mengikut tema.

    Tema Soalan Dan

    Jawapan

    Kekerapan

    Pendapat Teknik ZiefirSenang

    Susah

    6

    0

    Analisis Jawapan

    Betul

    Salah

    5

    1

    Teknik Ziefir dapat

    membantu

    MembantuTidak membantu

    6

    0

    Bagi soalan pertama, pengkaji telah bertanyakan pendapat murid tentang Teknik Ziefir yang mereka gunakan

    samada cara itu menyenangkan ataupun menyukarkan mereka.Kesemua murid iaitu seramai 6 orang telah

    menjawab bahawa Teknik Ziefir senang dan tiada seorang pun yang menjawab susah. Bagi soalan kedua pula,

    pengkaji ingin melihat cara murid menggunakan Teknik Ziefir semasa menyelesaikan solan darab nombor tigadigit dengan nombor dua digit. Ini kerana pengkaji ingin memastikan bahawa murid murid telahmenggunakan Teknik Ziefir dengan menggunkana cara yang yang betul seperti yang diajar. Pengkaji juga

    ingin melihat sama ada muridmurid berjaya menyelesaikan soalan yang diberi dengan betul dan mengetahui

    punca bagi jawapan yang salah. Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, didapati 5 orang berjaya

    menjawab soalan yng diberi dengan betul manakala seorang murid lagi melakukan kecuaian ketika proses

    pengiraan jawapan akhir. Kesimpulannya, daripada hasil temubual yang telah dijalankan, kesemua murid

    mengakui bahawa Teknik Ziefir yang dipelajari telah berjaya membantu mereka menyelesaikan solan darab

    nombor tiga digit dengan nombor dua digit.

    PERBINCANGAN

    Kesilapan Kekerapan

    Ujian Pra Ujian Pos

    Nilai tempat 22 0

    Salah konsep 24 0

    Sifir 7 1

    Kecuaian 4 1

  • 7/29/2019 343-683-1-SM

    5/5

    SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

    Mu

    kaSurat

    137

    Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah berjaya

    membantu murid meningkatkan kemahiran menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua

    digit. Ini kerana, semua murid telah mendapat gred A dalam ujian pos yang telah dijalankan dan bersesuaiandengan syarat penyelidik yang menetapkan bahawa setiap murid hendaklah mencapai sekurang kurangnya

    gred B dalam ujian pos bagi menentukan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Melalui perbandingan markah

    yang diperoleh murid dalam ujian pra dan juga ujian pos, didapati setiap murid menunjukkan peningkatan

    markah yang ketara dalam ujian pos malah peningkatan markah yang tertinggi adalah sebanyak 100 markah.Selain itu, gred markah yang dicapai oleh murid dalam ujian pos juga telah berubah jika dibandingkan dengan

    ujian pra. Dalam ujian pra terdahulu, hanya seorang murid yang berjaya mendapat markah lulus denganmemperoleh gred D manakala lima murid lain memproleh gred E dan dikategorikan sebagai gagal. Namun,

    setelah menggunakan Teknik Ziefir, semua murid telah berjaya mendapat gred A.

    Analisis jawapan murid dalam ujian pra dan ujian pos pula memberikan gambaran yang jelas tentang jeniskesilapan yang dilakukan oleh murid semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit . Pelbagai

    kesilapan yang dilakukan murid apabila menjawab soalan pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua

    digit menggunakan algoritma biasa. Antaranya ialah kesilapan meletak nombor pada nilai tempat yang betul,

    kesilapan sifir, kesilapan konsep pendaraban nombor tiga digit dengan nombor dua digit dan juga kecuaian.

    Perbezaan ketara pula dapat dilihat pada ujian pos apabila tiada murid yang melakukan kesilapan nilai tempatdan juga salah konsep. Hanya seorang murid yang masih melakukan keslahan sifir dan seorang muridmelakukan kecuaian ketika melakukan pengiraan. Walaubagaimanapun, kesilapan itu hanyalah melibatkan

    satu item sahaja bagi setiap orang murid.

    Analisis jawapan temubual murid pula menujukkan bahawa Teknik Ziefir telah berjaya membantu murid

    dalam menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit. Ini terbukti apabila kesemua

    murid iaitu seramai 6 orang telah menjawab bahawa Teknik Ziefir senang dan tiada seorang pun yang

    menjawab susah. Malah, 5 orang murid telah berjaya menjawab soalan yang diberi ketika sesi temubual

    dijalankan dengan betul manakala seorang murid lagi melakukan kecuaian ketika proses pengiraan jawapan

    akhir. Di akhir sesi temubual juga, kesemua murid mengakui bahawa Teknik Ziefir yang dipelajari telah

    berjaya membantu mereka menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan nombor dua digit.

    BIBLIOGRAFI

    Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Huraian Sukatan Pelajaran Matematik

    Tahun 4. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Rozita Paiman (2008). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Dua Nombor Bagi Pelajar Tahun 5 Siantan 2.

    Kajian tindakan yang diserahkan untuk keperluan JPN Johor tidak diterbitkan. Johor.

    Suraidah binti Abdul Salim (2008). Tenik Formula Kreatif Mengingati Sifir 6,7,8 & 9. Kajian tindakan yang

    diserahkan untuk keperluan PPD Kuala Langat. Selangor.

    Dunn, R, Dunn, K (1978).Teaching Students through Their Individual Learning Styles. Blackwell Publishing.

    Gales, Yann (2001). Piaget Constructivism Theory. Presented at The American Educational Research

    Association, April, 2-20.

    Sharifah Alwiah Alsagoff. 1984.Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur:

    Heinemann Asia.