38571809-KERTAS-CADANGAN.docx

  • Upload
    as-mila

  • View
    16

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

KERTAS CADANGANPAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYATANJURANPANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATANDengan kerjasamaPIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIRSertaPEJABAT KESIHATAN DAERAH YAN

1TUJUAN KERTAS KERJA DAN PROGRAMKertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan bagi melaksanakan program yang dirancangkan. Ia juga disediakan bagi memohon peruntukkan kewangan bagi menjalankan program ini. Di samping itu ia juga bertujuan untuk memaklumkan kepada agensi yang terlibat sama dalam menjayakan program ini.

Program ini dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat bagi melahirkan Generasi Berilmu,Sihat dan Progresif melalui amalan gaya Hidup sihat Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek-aspek kebersihan,dan penjagaan kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar . Pengetahuan dan kemahiran mengenai kesihatan ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah . Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah. 2. PENDAHULUAN: Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat ini merupakan salah satu program Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan yang dirancang dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Singkir bagi menyempurnakan aktiviti tahunan sekolah.Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat.Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat kita yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.Program ini akan dijalankan dengan menyediakan sudut-sudut pameran, gerai-gerai jualan produk kesihatan,kiosk informasi kesihatan dan pemeriksaan kesihatan percuma,slot tayangan video ,pertandingan serta kempen-kempen kesihatan.

3. NAMA PROGRAMPameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat merupakan nama yang dipilih bagi program ini.Ia dipilih berdasarkan kempen amalan gaya hidup sihat yang ingin diterapkan ke sanubari masyarakat kita agar generasi yang terbentuk di masa hadapan merupakan mereka yang sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil tahu mengenai amalan kesihatan yang betul. Justeru, adalah diharapkan program ini berjaya selari dengan hasrat dan objektif pelaksanaannya.

4 TEMA PROGRAMProgram ini bertemakan sihat sepanjang hayat. Ia bermaksud cara dan amalan hidup yang mementingkan kesihatan perlu diterapkan setiap masa,di mana jua serta berterusan sepanjang hidup kita.Ia bukanlah sekadar satu program yang mendidik generasi muda dan masyarakat mengenai amalan gaya hidup sihat , namun amatlah diharapkan ia menjadi satu platform yang akan mendidik masyarakat kita kearah mengamalkan cara hidup sihat dan tidak berisiko selama-lamanya.

5. MATLAMATProgram ini bermatlamat bagi memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal,mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah di samping memberi pengetahuan seimbang mengenai kesihatan yang tepat kepada ahli masyarakat. Pengabaian terhadap isu-isu mengenai kesihatan sama ada dari aspek penjagaan kesihatan diri,amalan pemakanan,penyakit berisiko tinggi,keprihatinan terhadap bahaya rokok,penyalahgunaan dadah terlarang,ketagihan alkohol, aspek kesihatan sosial seperti gejala pelacuran,isu-isu kemanusiaan ,sek rambang,serta informasi tepat mengenai penyakit merupakan perkara-perkara yang harus diambil perhatian serius agar ia tidak terus menjadi isu-isu kesihatan yang lebih sukar ditangani.Lantaran itu diharapkan program ini dapat menjadi wadah bagi menggerak masyarakat agar menghargai hidup ini dengan lebih bermakna.

6. OBJEKTIFAntara objektif Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat ini ialah: .Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kebersihan,dan kesihatan dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat. Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar dan komuniti walau di mana mereka berada. Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan bersih,sihat dan selamat ketika di sekolah. Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok. Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap amalan-amalan kebersihan dan kesihatan secara keseluruhannya. Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah,seks rambang . Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama. 7. FORMAT PELAKSANAANPameran Gaya Hidup Sihat ini berformatkan gerai jualan dan pameran di samping terdapat kiosk-kiosk informasi mengenai kesihatan,klinik mini untuk pemeriksaan kesihatan percuma ,slot tayangan video ,pertandingan kuiz , ceramah kesihatan dan serta beberapa 8. PENGANJURPenganjur Program ini ialah Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan SK Singkir dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru serta Pejabat Kesihatan Daerah Yan.9. TARIKHTarikh cadangan bagi Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat ini ialah pada hari Rabu bertarikh 11.7.2010.10. TEMPATProgram ini akan dijalankan di Sek Keb Singkir,08110 Bedong, Kedah Darul Aman.11. PENYERTAAN KUMPULAN SASARANPihak penganjur mensasarkan golongan pelajar khasnya dan generasi muda amnya serta komuniti sekitar kawasan sekolah.

12. CARTA ORGANISASI Cadangan Carta Organisas AJK Induk Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.PENASIHATTN HJ ABD SAMAD B SALLEHGURU BESAR SK SINGKIR

PENGERUSIEN.ABD HALIM B SAIDGURU PENOLONG KANAN HEM

TIMBALAN PENGERUSIPN NASRI BT ARIFFIN((GPK1)PN RUHAIZA BT ISMAIL (PKKOKU)

PN NORABISHAH BT ZAINAL ABIDINKETUA PANITIA PJ PK

SETIAUSAHAPN ROSIMA BT HJ HANAFI SETIAUSAHA PANITIA PJ DAN PK

AJK

TN HJ HAMID SAAD PN NORAIN BT SALAM EN MUHD DANIAL B ZUBIR EN MUHD HANIF YAAKOBEN WAN LOKMAN W KHUS PN MEK LIMAH BT SAAUD PN DARWENA BT IDRIS EN MUHD FARIS FAKHRURAZIPN SHATIRAH BT OSMAN PN DELAILA HUSNA KADIRENCIK HAMZAH B ALI EN SOFIAN B SHUIB

JAWATANKUASA PELAKSANA PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT

PENASIHATTn Hj Abd samad B SallehGuru Besar SK Singkir

PENGERUSIEn Ahmad Hasan B HarunPen.Kanan HEM

TIMBALAN PENGERUSIPn Nasri Bt AriffinPen.Kanan 1

SETIAUSAHAPn Rosima Bt HJ HanafiSetiausaha Panitia PJ Dan PK

BENDAHARI Pn Saleha Bt Selamat

AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN URUSETIA/JEMPUTAN Guru Besar SKS Pn Norabishah Bt Zainal Abidin Tn Hj Abd Hamid B Saad YDP PIBG Pn Rosima Bt Hanafi Guru-guru Penolong Kanan En Muhd Faris B Fakhrurazi

HADIAHDOKUMENTASI Pn Nor Ain Bt Salam Pn Shatirah Bt Osman Pn Jaliliyah Bt Kadir Pn Ainol Badri Bt Bahari

SIARRAYA PROMOSI/BANNEREn Hamzah B Ali En Sofian B ShuibEn Romli B Ismail Pn Elliya Bt Aris

JAMUANPERALATANPn Darwena Bt Idris En Muhd Hanif B YaacobPn Nadzirah Bt Said En Kamaruzzaman B IbrahimAJK PIBG Pn Mardiana Bt Abd Rahman

KAWALAN MURIDPELANCARANEn Muhd Danial B ZubirPn Delaila Husna Bt KadirEn Pn Marissa Bt AhmadPn Syafinaz Bt Selamat PERTANDINGAN KUIZ KANAK-KANAK En Wan Lokman B Khushairy Panitia PJ dan PK Pn Muniyati Bt Kadir En Yusrizal B Mansor(PKDY) Pn Siti Fatimah Bt Bakar

13. TENTATIF PROGRAMBerikut ialah tentatif bagi Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang HayatHariMasaAcaraSasaran/PengisianLokasi

Ahad11.7.2010

8:00pg-Pelancaran Program Pameran GHSSH-Senamrobik Semua golongan

Dataran Ilmu

9:00pg-Jualan dan Pameran Produk-produk kesihatan/makanan-Kempen Makan Ulam-ulaman dan Produk Herba -Promosi Dan Jualan Diskaun Barangan Penjagaan Kesihatan Dari Syarikat OSIM-Kiosk PKDY-informasi kesihatan (Unit Promosi)

-Pertandingan Mewarna Anjuran Panitia PJ dan PKSemua golongan-Gerai Produk Barangan Penjagaan Kesihatan OSIM-Gerai Healthy Herbs-Gerai HPA-Gerai Buah-buahanTempatan -Gerai Makanan Organik Halal-Gerai IKS MakananRingan Berkhasiat

Murid-murid Tahap 1 dan Kanak-kanak Tabika

Ruang LegarPusat sumber Sekolah

(Dijalankan serentak)

Medan Letak Kenderaan 1

-Ceramah dan Pameran Anti Rokok Oleh PKDY-Ceramah Penyalahgunaan DadahAADK Daerah YanGolongan pelajar

Golongan pelajarDewan Ilmu

Bilik Wawasan

10:30-11:00pgRehat

11:00-12:00tgh-Kempen menderma darah-Pemeriksaan Kesihatan percuma-Ceramah Motivasi :Cara menangani konflik dan stress oleh Dr Zul -Ceramah Kesihatan:Gaya Hidup Sihat oleh Pusat Kesihatan Merbok

Golongan dewasa

Semua golongan

Golongan remaja dan dewasa

Semua golonganBilik Rawatan

Bilik Wawasan

Bilik Matematik

Dewan Ilmu

12:00-2:00 ptg

2:00ptgPertandingan memasak Menu Sihat oleh Kaum Bapa-Pertandingan Bayi Sihat Tajaan Panitia PJK

Bersurai Semua golongan

Semua golonganPerkarangan Kantin

Ruang Legar PSS

14. KAEDAH PELAKSANAAN KERJA Manual Perlaksanaan ProgramBilPelaksanaan TugasTindakan

1.-Penyediaan kertas kerja program. Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan asas dari pihak-pihak penganjur dan pelaksana program melalui mesyuarat dan bersemuka.-Mesyuarat Kali PertamaSetiausaha Program

2Pelantikan AJK Program secara rasmiSetiausaha Program

3Mengaktifkan sebuah bilik gerakan bagi pelaksanaan kerja-kerja asas program cadangan Bilik Wawasan

AJK Persiapan TempatSetiausaha Program

4Mesyuarat Kali ke 2 AJK Program-

5Menjalankan kerja-kerja penyediaan ,percetakan dan mengirim surat menyurat,kad /surat jemputan,borang-borangSetiausaha dan JK Promosi

6Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat pos laju,email,mesin faksimili atau pertemuan peribadi.(kepada agensi-agensi ,ahli sukerelawan dan individu terlibat)Setiausaha Program

7Menempah dan memasang banner untuk tujuan promosi-promosi mula dijalankanJK PRomosi/Seranta

8Menyedia dan mencetak borang-borang penyertaan,pemarkahan ,keputusan bagi pertandingan /kuiz yang diadakanJK Pertandingan

9Menyediakan hadiah dan cenderahatiJK Hadiah

10Tempahan makanan untuk jamuan dan jamuan VIPJK Jamuan

11Menyediakan bilik-bilik khas utuk kegunaan pameran dsb.Menyediakan dewan untuk tujuan pelancaranJK Persiapan Tempat

12Pengumpulan bahan /fotografi /rakaman video untuk pendokumentasianJK Dokumentasi

13Kerja pembersihan kawasan selepas program secara menyeluruh bersama-sama pihak sekolah , waris serta badan-badan yang terlibatSemua JK

15. ANGGARAN KEWANGAN15.1 ANGGARAN PENDAPATANBILSUMBER PENDAPATANRM

1SUMBANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURURM 300.00

2UNIT PANITIA PJ DAN PKRM 212.00

3SUMBANGAN SYARIKAT OSIM (M) Sdn Bhd.RM 500.00

4SUMBANGAN ORANG PERSEORANGANRM 150.00

JUMLAH PENDAPATANRM1162.00

15.2.ANGGARAN PERBELANJAANAnggaran PerbelanjaanBILPERKARAANGGARAN PERBELANJAAN (RM)

1Perbelanjaan Cetakan Booklet Program Surat-menyurat RM1.50 X 100RM150.00RM20.00

Jumlah Perbelanjaan CetakanRM170.00

2Promosi

BannerIklan PromosiRM40.00 X 3 helaiRM0.20 X 60 kepingRM120.00RM12.00

Jumlah Perbelanjaan PromosiRM132.00

3.Jamuan Jamuan ringan Jamuan VIP RM1.50 X 150 orangRM5.00 X 10 orangRM225.00RM50.00

Jumlah Perbelanjaan JamuanRM275.00

4.Hadiah Dan CenderahatiHadiah Pertandingan menu SihatCenderahatiHadiah KuizHadiah Pertandingan MewarnaSijil PenyertaanHadiah Pertandingan Bayi SihatCenderahatiRM30.00 X 3 orangRM 5.00 X 10 orang RM2.00 X 10 orang RM4.00 X 10 orang RM0.80 X 100 orang RM20.00 X 3orang RM2.00 X 25 orangRM90.00RM50.00RM20.00RM40.00RM80.00RM60.00RM45.00

Jumlah Perbelanjaan HadiahRM385.00

5.Lain-lain perbelanjaanRM200.00

Jumlah Perbelanjaan KeseluruhanRM1162.00

16. PENUTUPPameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat merupakan salah satu program Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi tahun 2010.Ia turut membawa misi panitia bagi merealisasikan pengetahuan mengenai gaya hidup sihat kepada amalan yang berterusan sepanjang hayat. Justeru itu, pihak panitia amatlah berharap agar program ini mendapat kelulusan dan sokongan dari pihak pentadbir .

Disediakan oleh:(PN ROSIMA BT HJ HANAFI)SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATANSEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR SESI 2010

Disemak oleh:(PN NORABISHAH BT ZAINAL ABIDIN)KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATANSEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR SESI 2010.

1.17 SURAT PERMOHONAN KELULUSAN PELAKSANAAN PROGRAM

SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR08110 BEDONG KEDAHTel/Fax : 04 4573166Email : [email protected]

Guru Besar SK Singkir, Surat Kami : SKS/YAN/60/002/14 (054)08110 Bedong ,Kedah DarulAman Tarikh : 15hb JUN 2010

Tuan,PERMOHONAN MENJALANKAN PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYATPerkara di atas dirujuk.Pihak Panitia Pendidikan Jasmani ingin mengadakan satu Program Kesihatan iaitu Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.Oleh itu, kami ingin memohon kerjasama pihak tuan bagi menjalankan program ini.2. Berikut ialah keterangan mengenai program yang akan dijalankan:Tarikh : 11Julai 2010 Hari : Ahad Masa : 8.00 Pagi Tempat: Dewan SK Singkir

3. Kerjasama dan sokongan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARAPENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG

Saya yang menurut perintah,

.(PN ROSIMA BT HAJI HANAFI)Setiausaha Pameran GHSSH 2010SK Singkir_______________________________________________________________________

Setiausaha Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat 2010Sek Keb Singkir

Saya dengan ini menyokong / tidak menyokong permohonan bagi menjalankan Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.Sekian .Terima kasih.

Tandatangan,

( )

1.18 SURAT PERMOHONAN PERUNTUKKAN KEWANGAN BAGI MENJALANKAN PROGRAM

SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR08110 BEDONG KEDAHTel/Fax : 04 4573166Email : [email protected]

Guru Besar SK Singkir, Surat Kami : SKS/YAN/60/002/14 (055)08110 Bedong ,Kedah DarulAman Tarikh : 15hb JUN 2010

Tuan,PERMOHONAN PERUNTUKKAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYATPerkara di atas dirujuk.Pihak Panitia Pendidikan Jasmani ingin mengadakan satu Pameran Kesihatan iaitu Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.Oleh itu, kami ingin memohon peruntukkan kewangan dari pihak tuan bagi menjalankan program ini.(Sila rujuk Kertas cadangan bahagian kewangan)2. Berikut ialah keterangan mengenai program yang akan dijalankan:Tarikh : 11Julai 2010 Hari : Ahad Masa : 8.00 Pagi Tempat: Dewan SK Singkir3. Kerjasama dan sokongan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARAPENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG

Saya yang menurut perintah,

.(PN ROSIMA BT HAJI HANAFI)Setiausaha Pameran GHSSH 2010SK Singkir_______________________________________________________________________

Setiausaha Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat 2010Sek Keb Singkir

Saya dengan ini bersetuju / tidak bersetuju meluluskan peruntukkan kewangan seperti yang termaktub di dalam kertas cadangan program bagi menjalankan Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.Sekian .Terima kasih.

Tandatangan,

( )