17
34 Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas UNIT PELAJARAN 3 ALAT PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. menjelaskan jenis-jenis pentaksiran 2. menjelaskan tujuan dan kriteria ujian 3. Menjelaskan Bentuk-bentuk Ujian 4. Menjelaskan Jadual Penentu Ujian dan Aras Ujian PENGENALAN Unit 3 modul ini akan memfokuskan kepada konsep dan prinsip pentaksiran dalam program pemulihan khas. Secara khususnya pentaksiran melibatkan membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Lantaran itu pentaksiran dan penilaian merupakan satu proses berterusan yang digabungkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pentaksiran secara umumnya mempunyai ciri-ciri iaitu satu proses mengumpul data bertujuan membuat keputusan tentang individu dan kumpulan. Ujian juga merupakan sebahagian daripada pentaksiran dan apabila pentaksiran dibuat kepada pelaja sebenarnya kita mengukur tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat diwjudkan. KONSEP PENTAKSIRAN PEMULIHAN KHAS Dalam konteks pentaksiran pemulihan khas lebih merujuk kepada Instrumen Penentu Penguasaan Tiga Kemahiran Asas iaitu kemahiran asas membaca,kemahiran asas menulis dan kemahiran asas mengira (IPP3M). Program IPP3M yang dibina pada tahun

3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 34

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

UNIT PELAJARAN 3

ALAT PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. menjelaskan jenis-jenis pentaksiran

2. menjelaskan tujuan dan kriteria ujian

3. Menjelaskan Bentuk-bentuk Ujian

4. Menjelaskan Jadual Penentu Ujian dan Aras Ujian

PENGENALAN

Unit 3 modul ini akan memfokuskan kepada konsep dan prinsip pentaksiran dalam

program pemulihan khas. Secara khususnya pentaksiran melibatkan membuat

keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran

merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Lantaran itu pentaksiran dan

penilaian merupakan satu proses berterusan yang digabungkan ke dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.Pentaksiran secara umumnya mempunyai ciri-ciri iaitu

satu proses mengumpul data bertujuan membuat keputusan tentang individu dan

kumpulan. Ujian juga merupakan sebahagian daripada pentaksiran dan apabila

pentaksiran dibuat kepada pelaja sebenarnya kita mengukur tahap kecekapan yang

perlu dikuasai pada satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat

diwjudkan.

KONSEP PENTAKSIRAN PEMULIHAN KHAS

Dalam konteks pentaksiran pemulihan khas lebih merujuk kepada Instrumen Penentu

Penguasaan Tiga Kemahiran Asas iaitu kemahiran asas membaca,kemahiran asas

menulis dan kemahiran asas mengira (IPP3M). Program IPP3M yang dibina pada tahun

Page 2: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 35

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

2000 oleh Jabatan Pendidikan Khas (Kini Bahagian Pendidikan Khas) Kementerian

Pelajaran Malaysia bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan 3M. Program IPPM

menggunakan pendekatan klinikal yang akan merawat kesukaran pembelajaran yang

dihadapi oleh murid pemulihan khas. IPP3M yang dibangunkan oleh JPK terdiri

daripada IPP3M1 (Program Pemulihan Khas Tahun 1) IPP3M 2 (Program Pemulihan

Khas Tahun 2) dan IPP3M 3 (Program Pemulihan Khas Tahun 3). Pentaksiran

menggunakan IPP3M ini dilaksanakan secara kesinambungan. Walau bagaimanapun

Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bermula 2010 hingga 2012 di seluruh negara.

Program LINUS ini bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 2010 dapat

menguasai kemahiran asas membaca,menulis dan mengira pada tahun 2012 iaitu

berada di Tahun 4. Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk

menghasilkan Instrumen Saringan. Tujuan penghasilan instrumen ini adalah untuk

mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas Literasi dan Numerasi

sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia.

Program Tiga M (PROTIM) juga telah dilaksanakan subjek Bahasa Melayu

dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran

asas membaca dan menulis di samping mengira, tiga kemahiran asas yang menjadi

fokus dalam KBSR. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun

4, 5 dan 6 pada mulanya akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun

6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR. Program

Khas Murid Orang Asli telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk memenuhi

keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasai kemahiran asas

lisan, membaca dan menulis. Mereka akan menjalani program Tahun Pemulihan

selepas Tahun 2. Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)

merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu

menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada

masa yang sama program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang belum

menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa

Melayu secara intensif. KIA2M ini dijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu

tahun satu.

Page 3: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 36

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN DALAM PEMULIHAN KHAS

a. Ujian Saringan

Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan

dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara

individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat

mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Dengan

lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk

dimasukkan ke program pemulihan khas Bahan atau topik. Bahan atau topik dalam

Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajar oleh guru kelas

sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah

ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian.

Ujian ini boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain itu ujian akan

dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan direkodkan

dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan. Bilangan murid yang diterima masuk ke

kelas Pemulihan Khas berdasarkan beberapa faktor seperti skor yang lemah, jenis

masalah yang dihadapi oleh murid dan ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas.

Instrumen ujian saringan ialah Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata

pelajaran Bahasa Malaysia dan Arithmatics Screening Test) bagi mata pelajaran

Matematik.

Biasa item yang ujian saringan perkara yang umum dan pendek dan

dilaksanakan dalam kumpulan kecil iaitu tidak melebihi 15 orang satu kumpulan.Ujian

ini dilaksanakan sebaik sahaja guru pemulihan menjalankan penyelidikan atau siasatan

iaitu mengetahui mengenai maklumat biodata murid pemulihan khas daripada guru

kelas biasa atau guru mata pelajaran. Beberapa kemahiran dalam Bahasa Melayu yang

boleh digunakan sebagai item dalam ujian saringan seperti;

Nama huruf

Bunyi huruf

Menyebut dua bunyi huruf vokal dan konsonan.

Membina perkataan mudah daripada suku kata mudah iaitu KV KV

Page 4: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 37

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

Membaca perkataan

Membaca cerita pendek dan memahami perkara yang mudah.

Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy dan Numeracy Screening atau

LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas Literasi dan Numerasi sejajar

dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua

instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina

berdasarkan kedalaman kandungan

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.

Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.

Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata

terbuka.

Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.

Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata

tertutup.

Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang

mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.

Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang

mengandungi diftong.

Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang

mengandungi vokal berganding

Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf

dan konsonan bergabung.

Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang

berimbuhan awalan dan akhiran.

Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat

berdasarkan bahan rangsangan.

Pentaksir hendaklah melengkapi Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI)

dengan nama murid, kelas dan tarikh taksiran dijalankan. Borang pelaporan

Page 5: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 38

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

penguasaan individu mengandungi 12 konstruk. Murid dikatakan menguasai sesuatu

konstruk jika mereka dapat menjawab item dalam Saringan Literasi Membaca dan

Saringan Literasi Menulis. Pentaksiran perlu mencatat penguasaan setiap konstruk

pada ruang yang disediakan mengikut respons murid. Tahap penguasaan minimum

membaca dan menulis yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Contoh :

Konstruk Saringan 1 Penguasaan Saringan 1

Membaca Menulis Menguasai Tidak Menguasai

1 5/5 5/5

2 /10 /10

3 /5 /5

4 /5 /5

5 /5 /5

6 /5 /5

7 /5 /5

9 /5 /5

10 /5 /5

11 /3 /3

12 /2 /2

b. Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan

Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan daerah-

daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid.Fungsi utama Ujian

Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru pemulihan khas

mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang

murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Ujian

ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-

Page 6: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 39

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

masalah yang dialami ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam

menguasai sesuatu kemahiran. Instrumen Ujian Diagnostik Sebagai panduan untuk

membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru Pemulihan Khas boleh merujuk Buku

Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).

Tujuan Ujian Diagnostik

Sebagai ujian yang boleh digunakan untuk mengesan daerah kelemahan dan puncanya

beberapa tujuan ujian ini dilaksanakan iaitu;

bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan

yang dihadapi oleh murid.

Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan

muridu ntuk menguasai sesuatu kemahiran.

Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan

tertentumengikutkebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi

oleh murid.

Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran

yangkhusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik

Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program

dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid

c. Ujian Pengamatan Pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindakbalas

pancaindera. Ujian ini disediakan untuk membantu mengesan murid membeza,

mengumpul dan membuat penumpuan sebagai persediaan untuk mengikuti

pembelajaran dan pengajaran. Sebagai panduan guru boleh merujuk kepada Buku

Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).

Apakah yang dimaksudkan dengan IPP3M

Page 7: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 40

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

TUJUAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN.

Pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan dalam bilik darjah pemulihan biasanya

bertujuan untuk mengenal pasti kelamahan dan kekuatan, diagnosis, pencapaian,

pemilihan dan penempatan,bimbingan dan kauseling dan tujuan-tujuan lain. IPP3M

contohnya dilaksanakan bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan 3M murid

Tahun 1 pada akhir penggal pertama persekolahan. Matlamat utama penilaian akhirnya

untuk memperbaiki kelemahan pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang

diperolehi dari penilaian akan digunakan oleh guru dan ibu bapa murid pemulinan khas

untuk membuat keputusan dan perancangan tindakan susulan. Rajah di bawah akan

lebih memudahkan anda untuk mengetahui tujuan pentaksiran dan penilaian di kelas

pemulihan khas.

a. Pensijilan

Murid yang menunjukkan kecekapan dalam sesuatu bidang pembelajaran guru yang

akan menentukan tahap pencapaian berbanding dengan kriteria yang telah ditetapkan.

Murid kemudiannya dinilai dan keputusan yang diperolehi akan menentukan murid

TUJUAN PENTAKSIRAN

DAN PENILAIAN

Bimbingan dan

Kaunseling

Diagnostik

Pemilihan dan

Penempatan

Kebertanggungjawaban Pencapaian

Pensijilan

Pemulihan

Motivasi

Page 8: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 41

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

berkenaan dinaikkan ke kelas yang lebih baik,sederhana ataupun ke kelas pemulihan

khas.

b. Kebertanggungjawaban

Penaksiran dapat menyokong perjalanan dan pelaksanaan sistem pendidikan dan

komunikasi dengan institusi pendidikan yang diwujudkan. Masyarakat memerlukan satu

kriteria kebertanggungjawaban yang boleh diukur dan sekolah dikehendaki menepati

piawaian yang ditetapkan.

c. Pemulihan

Penaksiran digunakan untuk mencari punca kelemahan dan membantu murid

berkenaan meningkatkan prestasi atau memperbaiki kaedah pengajaran yang dibuat.

d. Motivasi

Penaksiran dapat memotivasi pelajar untuk belajar. Mereka akan terus menghabiskan

tugasan yang diberikan kerana ganjaran akan diberikan jika memperoleh pencapaian

yang lebih baik.Sekira tugasan yang dilaksanakan cemerlang mereka akan diberikan

pengiktirafan di atas pencapaian mereka.

e. Bimbingan dan Kaunseling

Penilaian ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi dorongan yang bersifat dalaman

dan luaran.Penilaian sebegini dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk

meningkatkan motivasi untuk mencapaikan keputusan akademik yang lebih cemerlang.

Sebaliknya bagi pelajar yang lemah dan gagal maklumat penilaian akan membantu

guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar atau kaunseling untuk menangani masalah

murid berkenaan.

f. Pemilihan dan Penempatan

Dalam konteks ini guru akan menggunakan ujian ini untuk mengetahui pengetahuan

asas atau pengetahuan sedia ada murid dan kemahiran asas yang perlu diajar.

Page 9: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 42

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

Misalnya guru pemulihan yang hendak memulakan pengajaran membaca awal Bahasa

Melayu disarankan menggunakan instrumen penilaian Aras Membaca Kaedah

Gabungan Bunyi Kata (KGBK) yang boleh mengenal pasti tahap kebolehan membaca

murid pemulihan dengan cepat. Melalui maklumat ini guru boleh merancang tindakan

dan melaksanakan strategi mengajar yang berkesan. Guru juga boleh

mengelompokkan murid mengikut kebolehan berdasarkan aras kebolehan sekiranya

penguasaan mereka berbeza. Dalam keadaan ini penilaian bertujuan untuk memilih dan

menempatkan murid mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

g. Diagnostik

Penilaian ini memberi maklum balas tentang penguasaan murid setelah tamat sesuatu

tajuk atau sesi pengajaran dalam bilik darjah. Maklumat penilaian yang diperolehi

membolehkan guru mengenal pasti kemajuan seseorang muridnya berada pada tahap

sangat memuaskan, memuaskan, sederhanan dan lemah.Guru juga akan mengguna

data ujian ini untuk mengubah strategi pengajaran supaya bersesuaian dengan

keupayaan dan kebolehan murid pemulihan khas.Ujian ini juga membolehkan guru

mencari punca kelemahan murid sama ada disebabkan faktor murid,persekitaran,

kaedah atau bahan pengajaran.

h. Pencapaian

Ujian pencapaian ini kebiasaannya dilaksanakan setelah tamat sesuatu sesi pengajaran

ataupun di akhir tempoh persekolahan.Dalam konteks murid pemulihan khas ujian ini

akan dilaksanakan setelah tamat tempoh pemulihan, murid atau kumpulan murid yang

mengikuti Program Pemulihan Khas akan ditaksir dengan menggunakan instrumen

piawaian yang bersesuaian, iaitu Instrumen Penentu Penguasaan. Dalam hal ini

selepas sahaja murid telah mengambil IPP3M mereka akan mengambil IPP3M2.

Setelah murid ditaksir dengan menggunakan IPP3M 2 guru perlu merumuskan skor

yang diperolehi oleh murid tersebut. Berdasarkan rumusan skor yang dibuat guru

membuat keputusan sama ada murid ini perlu meneruskan Program Pemulihan Khas

atau mengikuti pemulihan di dalam bilik darjah atau mengikuti pengajaran dan

pembelajaran di kelas biasa.

JADUAL PENENTU UJIAN

Page 10: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 43

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

Jadual Penentu Ujian merupakan satu blue-print ujian yang perlu dibina. JPU yang dibina hanya

setelah pembina dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Pembinaan

JPU membantu pembina ujian mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi

keputusan yang akan dibuat ke atas kandungan ujian berkenaan. Bhasah (2012) menggariskan

6 peringkat dalam membina JPU iaitu;

Peringkat 1

Bahagikan jadual kepada dua dimensi, satu dimensi mengandungi

objektif yang dikehendaki atau kandungan utama dalam sukatan

mata pelajaran dan dimensi kedua mengandungi kemahiran

pengajaran bagi setiap objektif/kandungan

Peringkat 2

Mengkelaskan dari atas ke bawah. Menyusun mengikut susunan

dalam sukatan mata pelajaran.Penyusunan dibuat berdasarkan

kepentingan kandungan dan mengikut kepentingan

objektif/kemahiran dalam pengajaran atau perkembangan

kandungan kurikulum perlu disampaikan secara hieraki

Peringkat 3

Dalam dimensi kedua bahagikan lapan lajur mengikut susunan dari

kiri ke kanan:Pengetahuan,kefahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan

penilaian,jumlah item dan peratusan item (lihat contoh)

Peringkat 4

Tandakan dengan nombor yang berturutan dalam setiap sel bagi

menunjukkan item yang dibina. Kenal pasti format item yang sesuai

untuk mengukur penguasaan dan kebolehan murid mengikut objektif

perlakuan.

Peringkat 5 Tentukan bilangan item yang diperlukan itu mencukupi untuk

mengukur pencapaian murid bagi setiap objektif.

Peringkat 6

Semak semua jenis-jenis item/soalan yang boleh ditetapkan dan

tentukan ia telah menepati kehendak objektif kurikulum. Pastikan

soalan/item sama rata bagi setiap sel yang dibuat

Page 11: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 44

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

Contoh Jadual Penentu Ujian (JPU)- Pemulihan Khas

Bil Kandungan Kemahiran Jumlah Item

Wajaran (%)

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

1 Menamakan huruf

3 3 1 6 12

2 Membunyikan

Vokal

2 2 5 10

3 Membaca dan memahami

perkataan dan ayat

2 2 4 8

4 Pratulisan 2 2 4 8

5 Tulisan mekanis 1 1 2 4

6 Menulis

perenggan

1 1 2 4

7 Membilang

objek sama banyak

3 3 3 9 18

8 Mengira operasi

tambah

3 3 3 9 18

9 Mengira operasi tolak

2 2 2 6 12

10 Mengira operasi

darab

1 1 2 4

11 Mengira operasi bahagi

1 1 2

Jumlah Item 21 20 9 50

Wajaran (%) 42 40 8 100

Oleh kerana murid pemulihan khas kebiasaan item soalan yang diuji kebanyakannya

berbentuk soalan melengkapkan dan memadankan aras kemahiran yang ditetapkan

perlu pengubahsuaian supaya item/soalan yang diuji mewakili kandungan yang dirujuk

daripada sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

Kandungan ujian bagi sesuatu JPU hendaklah didasarkan kepada sukatan

pelajaran atau huraian sukatan pelajaran (HSP) dan buku teks yang digunakan

semasa.Perkara yang diperlukan pertimbangan termasuklah cakupan, skop dan

kedalamannya,pendekatan,kepentingan kemahiran yang diuji,kerencaman dan masa

yang diperuntukkan untuk ujian.Ciri-ciri ujian yang diberikan perhatian termasuklah

bilangan item/soalan untuk setiap tajuk atau objektif, cara penskoran, wajaran bagi

setipa tajuk. Pembinaan item/soalan perlu memikirkan aras kemahiran yang diuji,aras

Page 12: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 45

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

kemahiran yang akan diuji pada setiap bahagian soalan dan jumlah item bagi setiap

aras kemahiran.

ARAS UJIAN

Aras ujian biasanya merujuk kepada aras kemahiran yang diuji.Dalam penerangan JPU

telah dinyatakan pembinaan ujian disebut sebagai blue-print ujian. Dalam kerangka ini

aras kemahiran bergerak dari yang paling rendah (pengetahuan) kepada aras paling

tinggi (penilaian). Aktiviti pengetahuan lebih kepada daya ingatan tentang apa yang

dibaca atau dipelajari. Aras kemahiran penilaian dianggap sebagai yang paling sukar

kerana melibatkan proses mental sebelum seseorang itu membuat keputusan yang

tepat. Dengan kata lain perkataan aras kemahiran menjadi satu petunjuk kepada

kesukaran item yang dibina.Taksonomi Bloom menjelaskan domain kognitif yang

berbentuk hierarki dari mudah kepada kompleks. Kaedah ini memudahkan pembina

ujian menentukan aras ujian yang harus diuji bagi sesuatu kemahiran atau perkara.

Aras Taksonomi Ciri Soalan Contoh Kata Kerja

Pengetahuan Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal.

Labelkan,Senaraikan,Manakah dan Apakah.

Kefahaman Menguji kebolehan murid untuk

memahami apa yang dipelajari

dan menyatakan alasannya

sekali. Memerlukan calon

memahami fakta dan

menghuraikannya, memberi

contoh atau illutrasi dalam

bahasanya sendiri

Tukarkan,terangkan,bezakan,asingk

an, jelaskan, huraikan

Aplikasi

(Penggunaan)

Memerulan murid menggunakan

apa yang telah dipelajari kepada

suatu masalah atau situasi baru.

Soalan yang dibina memerlukan

murid menggunakan maklumat

yang telah dipelajari.

Kirakan,pindahkan,gunakan,

hasilkan,sediakan,selesaikan,hubun

gkan,tukarkan.

Analisis Memerlukan murid mengenal

pasti pertalian antara

Bezakan,simpulkan, pecahkan,

hubungkan, asingkan, buat

Page 13: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 46

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

idea,mencari persamaan.Aras

analisis menguji kebolehan murid

tentang bagaimana mereka dapat

memecahkan sesuatu perkara

kepada bahagian-bahagiannya

dan antara bahagian.

kesimpulan.

Sintesis Memerlukan murid mengumpul

maklumat atau menyatukan

maklumat, pengetahuan dan

kebolehan. Soalan aras ini

memerlukan murid menyelesaikan

masalah yang luar biasa dengan

cara yang unik.

Kategorikan, susunkan, bentukan,

rumuskan, fikirkan.

Penilaian Soalan yang dibina memerlukan

pelajar membentuk pertimbangan

tentang nilai atau makna terhadap

sesuatu kaedah,idea atau produk.

Taksirkan, selesaikan, terjemahkan,

pertahankan, sahkan, kritik

Senaraikan enam (6) aras ujian yang digunakan untuk membina item

kepada murid pemulihan khas.

a. ______________________________________

b. ______________________________________

c. _____________________________________

d. _____________________________________

e. ____________________________________

f. ____________________________________

Page 14: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 47

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

RUMUSAN

Program IPPM menggunakan pendekatan klinikal yang akan merawat kesukaran

pembelajaran yang dihadapi oleh murid pemulihan khas. IPP3M yang

dibangunkan oleh JPK terdiri daripada IPP3M1 (Program Pemulihan Khas Tahun

1) IPP3M 2 (Program Pemulihan Khas Tahun 2) dan IPP3M 3 (Program

Pemulihan Khas Tahun 3)

Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap

kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh

murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas.

Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan

pemulihan khas.

RUJUKAN

Bhasah Abu Bakar. 2012. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Quantum Books.Tanjong Malim.

Jabatan Pendidikan Khas. 2000. Instrumen Penentu Penguasaan 3M.Pencetakan Nasional

Berhad. Kuala Lumpur

Gargnilo, R.M (2006) Special Education in Contemporary Society. USA: Watsworth

Cole, P & Chan, L (1990) Methods and Strategies for Special Education. Sydney : Prentice Hall

Bachor, D. & Crealock, C. (1986) Instructional for Students with Special Needs. Ontario:

Prentice Hall

Polloway, E. & Patton, J. (1997). Strategies for Teaching Learners with Special Needs. Ohio:

Merrill

Page 15: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 48

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

Page 16: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 49

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas

Page 17: 3_Alat Pentaksiran Dan Penilaian

| 50

Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas