46625798 Kod Etika Kaunselor

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teknik

Citation preview

KOD ETIKA KAUNSELOR

KOD ETIKA KAUNSELORPERSATUAN KAUNSELING MALAYSIA(PERKAMA)Kod Etikaini bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor.Kod Etikaini menggariskan standard perlakuan kaunselor dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. la juga merangkumi etika perlakuan yang standard mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.Kod Etikaini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan kepada harga diri, digniti, dan keunikan semua individu termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murniApabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada semua prinsip yang terkandung dalamKod Etika.Kod Etikaini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawab

PENGENALANKod Etikaini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksimum.Kod Etikaini berperanan sebagai panduan kepadaMajlis Kaunseling Kebangsaanuntuk membuat keputusan dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan etikaPerkhidmatan Kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk berkembang kearah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usahakerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien.Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan (developmental), analisa dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan kefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain.Kaunselor berperanan sebagai pemudahcara kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya

SKOP KAUNSELINGKaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara standard dan identiti sebagai seorang kaunselor dan intergriti profesion kaunseling.Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.Kaunselor hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan perundingan (consultative support)

KOD TATALAKUKaunselor bertanggungjawab mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien korporat (organisasi).Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan jikalau maklumat itu akan membahayakan klien atau orang-orang dipersekitarannya.Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klienSemasa perhubungan kaunseling , kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fisikal dan psikologi klien, dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dalam aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya atau dalam apa bentuk sekalipun.Kaunselor hendaklah membimbing klien kearah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.KaunseIor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.

KLIENKaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fisikal, mental atau diskriminasi dalam apa-apa bentuk sekali pun.Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya diperingkat awal sesi kaunseling mengenai batasan umur kerahsiaan.Apa-apa persetujuan di antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh di semak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.Dalam kes di mana jelas terbukti bahawa klien, mengikut pertimbangan kaunselor menunjukkan dengan jelas, diri klien atau orang Iain berada dalarn keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya mengambil tindakan wajar untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, ataupun kepada mereka yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang berunsurkan penilaian terhadap prestasinya.Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin menukar kepada kaunselor yang lain.Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien yang diberi khidmat kaunseling tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya, kaunselor perlu merujuk klien kepada pihak berkenaan.Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang lain melainkan dengan kebenarannya, ini termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipita videokan

Kaunselor hendaklah saling berusaha untuk meningkat tahap kecekapan professionalisme masing-masing.Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan professionalnya.Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretikaKaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika

RAKAN PROFESIONALKaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat di mana dia berkhidmat.Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.

MASYARAKATORGANISASI / MAJIKAN Terdapat kaunselor yang berkhidmat dengan organisasi kerajaan atau bukan kerajaan. Peranan kaunselor dalam organisasi haruslah mempermudahkan pencapaian matlamat organisasi dengan mematuhi prinsip berikut:-Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.Kaunselor hendaklah berusaha mengikut polisi dan prosedur, serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya