Upload
duongliem
View
222
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
....5')_~~
BULAN OGOS BULAN MEMBACA • ~
rPERPUSTAKAAN DAN
INDUSTRI PENERBITANDALAM ERA DIGITAL
SESI II
Industri PenerbitanDi Malaysia:
Peranan Perpustakaan NegaraMalaysia
Kertas 3
Seminar Sehari Bersama Penerbit
Anjuran:Perpustakaan Negara Malaysia
Khamis, 5 Ogos 1999Auditorium, PNM
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
INDUSTRI PENERBITAN DI MALAYSIA: PERANANPERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Oleh:
Dr. Haji Wan Ali Wan MamatPengarah Pusat Penyerahan Negara
Perpustakaan Negara Malaysia
Dibantu bersama:
Puan Hashimah Mohd YusoffPusat Penyerahan Negara
Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Industri Penerbitan di Malaysia: Peranan Perpustakaan NegaraMalaysia
1. Pengenalan
Fungsi utama sesebuah perpustakaan negara ialah mengumpul dan
memelihara segala bahan terbitan dalam negara berkenaan untuk kegunaan
semasa dan akan datang. Sekiranya sesebuah negara itu belum ada
perpustakaan negara, sebuah perpustakaan lain atau institusi lain akan
diberikan tanggungjawab mengumpul dan memelihara semua bahan terbitan
dalam negara tersebut. Untuk mencapai tujuan itu, satu peruntukan undang-
undang akan diluluskan oleh negara berkenaan. Amalan ini tercatat dalam
panduan Unesco iaitu 'every deposit law have as its first objective the
accumulation and preservation of a national collection of library materials of
all kinds"
Fungsi utama Perpustakaan Negara Malaysia ialah mengumpul dan
memelihara bahan terbitan di negara ini untuk rujukan generasi kini dan
akan datang, mendokumentasi (menyenarai) bahan berkenaan dan
menerbitkan senarai tersebut untuk rujukan awam. Tanggungjawab ini
tersenarai dalam Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) yang
menggantikan akta terdahulu iaitu Akta Pemeliharaan Buku 1966.
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
2. Latar Belakang Sejarah
Syarikat percetakan pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun
1806 oleh A.B. Bone. Hasil terbitan beliau yang pertama ialah akhbar The
Government Gazette, yang diterbitkan pada 1 Mac 1806. Judul suratkhabar
tersebut berikutnya telah ditukar kepada Prince of Wales Island Government
Gazette, seterusnya ditukarkan pula kepada Prince of Wales Island Gazette.
Mesin cetak kedua yang digunakan di Pulau Pinang telah dibawa masuk oleh
seorang pengembang agama Kristian Walter Henry Medhurst pada tahun
1820. Beliau juga merupakan orang pertama yang menerbitkan buku dalam
bahasa Melayu iaitu sebanyak tiga judul pada tahun 1834.
Selepas Pulau Pinang, perkembangan percetakan di Tanah Melayu telah
berpusat di Melaka. Willian Milne, seorang pengembang agama Kristian
yang bekerja di London Missionary Society dengan bantuan seorang
pencetak bangsa Cina bernama Ah Fah, telah menerbitkan sebuah majalah
bulanan berbahasa Cina berjudul Ch'ai Shih Su Mei Yueh rung Chi Ch'uan
pada 5 Ogos, 1815.
Kedatangan Milne dan kegiatan London Missionary Society ke Melaka adalah
sesuatu yang tidak dirancang. Tujuan asalnya ialah untuk mengembangkan
agama Kristian di negara China. Tetapi setelah beberapa ketika di sana dan
kerana banyak tentangan dari pihak pemerintah, mereka terpaksa mencari
2
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
tempat lain di rantau ini sebagai pusat kegiatan sementara suasana di China
menjadi lebih sesuai. Pilihan Melaka sebagai pusat kegiatan sementara itu
berdasarkan kepada dua faktor utama. Pertama kerana tempatnya yang
strategik di antara India dan China, dan kedua kerana di Melaka terdapat
ramai orang Cina yang mungkin boleh di Kristiankan.
Syarikat percetakan yang diasaskan oleh Milne bagi pihak London Missionary
Society itu menggunakan berbagai-bagai nama, diantaranya ialah The
Mission Press, The Anglo-Chinese Press dan The Anglo-Chinese College
Press. Oalam usaha menjalankan kegiatan percetakan di Melaka, London
Missionary Society telah membawa masuk tinta huruf Roman dan Arab.
Huruf Arab yang pertama dibawa masuk ialah pada tahun 1816 yang
kemudiannya digunakan untuk mencetak buku-buku Melayu dalam tulisan
Jawi.
Oi Singapura, mesin cetak yang pertama telah dibawa oleh Claudius Henry
Thomsen, seorang pengembang agama Kristian dari Melaka pada bulan Mei,
1822. Beliau telah mendapat kebenaran pemerintah untuk membuka
perkhidmatan percetakan pada 23 Januari, 1823 tetapi didapati kegiatan
percetakan beliau telah dimulakan sejak tahun 1822 lagi.
Usaha pihak Inggeris dalam bidang penerbitan pada peringkat awalnya ialah
untuk memenuhi keperluan bacaan mereka sendiri, contohnya penerbitan
3
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
The Government Gazette. Tujuan lain ialah pengembangan agama Kristian
di kalangan rakyat negara ini, khususnya orang China, contohnya penerbitan
majalah Ch'ai Shih Su Mei Yueh T'ung Chi Yuan. Karya Melayu dicetak agak
lewat dan pemilihan judulnya dibuat berdasarkan selera Inggeris. Oleh itu,
karya Melayu yang dipilih untuk di cetak ialah karya-karya besar Melayu
mengikut pandangan mereka seperti Sejarah Me/ayu, Hikayat Hang Tuah
Hikayat Abdullah dan karya hikayat. Ini selari dengan sikap Inggeris untuk
tidak mengganggu tradisi dan budaya Melayu serta ekonomi desa. Mengikut
Tham Seong Chee (95-96):
"British policy therefore contributed to the preservation of the MalayCulture, including the traditional social system based on economicsubsistence. The guiding concern of the colonial administration wasnot to 'violate' the character of the Malay Society."
Dasar yang sama diamalkan oleh pihak British selepas sistem persekolahan
diwujudkan pada awal abad ke20. Mengikut Tham Seong Chee lagi (96):
"The British colonial administration not neglectful of the educationalneeds of the Malays. It initiated, on a cumulative basis, a system ofMalay elementary schools whose main function was to induct theMalays gradually into those habits and thoughts that would makethem more efficient and productive in their traditional occupations.The prevailing then was that education should playa conservativerole, preserving what was considered to be the best traditions of theMalays."
Disamping syarikat percetakan yang dipunyai Inggeris, terdapat banyak
syarikat yang dipunyai oleh orang tempatan, khususnya pada awal abad ke
20. Banyak buku, majalah dan akhbar dicetak dalam bahasa Melayu
(khususnya dalam skrip Jawi) dan bahasa Cina.
4
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
3. Pembinaan Sumber Perpustakaan Sebelum Merdeka
Sebenarnya Semenanjung Tanah Melayu sudah lama mempunyai peruntukan
undang-undang peme!iharaan bahan terbitan. Malangnya sekarang ini amat
sukar untuk memperolehi bagi tujuan rujukan bahan terbitan yang dicetak
sebelum tahun 1966. Walaupun terdapat beberapa ordinance dan
enactment tetapi ordinance dan enactment itu tidak dilaksanakan dengan
berkesan. Lantaran Institusi tempatan yang diberi tanggungjawab tidak
berjaya mengumpul bahan terbitan berkenaan, mungkin kerana tidak ada
langkah perolehan dan penguatkuasaan perolehan yang tersusun.
Sebaliknya pihak yang memperoleh banyak faedah daripada peruntukan
ordinance dan enactment itu ialah British Library di London yang
memprolehi segala terbitan dalam negara ini secara percuma. Muzium Perak
di Taiping, Muzium Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Johor adalah
diantara institusi yang sepatutnya memperoleh faedah daripada segala
ordinance dan enactment itu. Oi antara peruntukan undang-undang tersebut
ialah Straits Settlements Book Registration Ordinance 1886, Perak Book
Registration Order in Council 1895, Selangor Book Registration Enactment
1898, Federated Malay States Printing and Book Enactmant 1915 dan
Printing and Publication Enactment 1931. Selepas Perang Dunia Kedua,
Preservation of Books Ordinance 1950 menetapkan bahawa British Library
dan Universiti Malaya menjadi pusat penyerahan penerbitan, tetapi universiti
5
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
tersebut pada peringkat awalnya bertempat di Singapura sehingga tahun
1959 apabila ia berpindah ke Kuala Lumpur.
4. Peranan Perpustakaan Negara Malaysia
Seperti yang telah dinyatakan di atas, Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan
1986 (Akta 331) menggantikan Akta Pemeliharaan Buku 1966. Akta 331 itu
telah berjaya mengatasi beberapa kelemahan Akta Pemeliharaan Buku 1966.
Sebagai contoh, definisi bahan terbitan yang sebelumnya terhad kepada
bahan bercetak sahaja, telah diperluaskan merangkumi bahan-bahan tidak
bercetak seperti filem, pita rakaman dan sebagainya.
Oi samping itu, Perpustakaan Negara Malaysia sentiasa mengikuti amalan
antarabangsa dan memperkemaskan aktivitinya sesuai dengan standard
antarabangsa. Oi antara perkhidmatan tambahan itu ialah:
(i) Pusat Kebangsaan untuk ISBN (International Standard Book Number)
(ii) Pusat Kebangsaan untuk ISSN (International Standard Serial Number)
(iii) Menyediakan perkhidmatan Pengkatalogan-Dalam-Penerbitan
(iv) Menggalakkan penggunaan kod jalur (bar-coding) kepada penerbit.
6
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
5. Faedah Kepada Penerbit
Banyak daripada aktiviti dan perkhidmatan Perpustakaan Negara Malaysia,
khususnya yang berkaitan dengan pelaksanaan Akta Penyerahan Bahan
Perpustakaan 1986 memberi manfaat kepada industri penerbitan di negara
ini.
(a) Bahan perpustakaan yang dikumpul oleh Perpustakaan Negara
Malaysia di bawah Akta Pemeliharaan, 1966 dan Akta Penyerahan
Bahan Perpustakaan 1986 adalah untuk pemeliharaan dan rujukan
generasi kini dan akan datang. Apabila bahan berkenaan tidak ada
lagi dalam pasaran salinannya masih tersimpan di Perpustakaan
Negara Malaysia untuk rujukan sendiri.
(b) Semua bahan perpustakaan yang diterima di senaraikan dalam
terbitan Bibliografi Negara Malaysia. Bermula tahuan 1996
Bibliografi Negara Malaysia diterbitkan dalam bentuk CD-ROM.
Senarai tersebut menjadi alat penting memilih bahan perpustakaan
oleh perpustakaan dan pembeli buku di dalam dan di luar negara. Ini
membantu pemasaran terbitan negara ini.
(c) Penggunaan ISBN, ISSN, Kod bar dan Pengkatalogan-Dalam
Penerbitan membantu urusan penyimpanan, pendokumentasian,
7
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
pengeluaran dan kawalan inventori serta memudahkan urusan jualan
diperingkat global.
(d) Rekod bibliografi yang disediakan oleh Perpustakaan Negara
Malaysia membantu para penyelidik mengesan bahan rujukan yang
sesuai. Ini membantu penjualan kepada individu penerbitan dalam
dan Iuar negara.
(e) Data hasil terbitan di negara ini yang terkumpul di Perpustakaan
Negara Malaysia dapat membantu merancang bidang penerbitan di
negara ini.
Aktiviti ISBN/ISSN/C/P kini boleh diakses (pohon) melalui atas talian.
Disamping kegiatan yang berkaitan secara langsung dengan pelaksanaan
Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986, banyak lagi aktiviti,
perkhidmatan dan maklumat di Perpustakaan Negara Malaysia yang boleh
memberikan manfaat kepada industri penerbitan, secara langsung dan tidak
langsung. Perpustakaan Negara Malaysia sebagai puncak perkhidmatan
perpustakaan di negara ini, mempunyai rangkaian yang luas dengan
perpustakaan di dalam dan di luar negara. Pelbagai aktiviti perkhidmatan
dan sumber maklumat di Perpustakaan Negara Malaysia termasuk Manuskrip
Melayu, Urusetia Gerakan Membaca diperingkat kebangsaan, data
8
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
kebangsaan mengenai perkhidmatan perpustakaan dan lain-lain dapat
dimanfaatkan oleh industri penerbitan.
Sebagai contohnya, data mengenai senarai penerbitan yang terkumpul boleh
menjadi panduan kepada industri penerbitan tentang pola bidang perkara
yang diminati di negara ini. Sepanjang tempoh sepuluh tahun yang lalu
(1989-1998), tiga bidang perkara (bidang ilmu) yang paling banyak
diterbitkan di negara ini bagi kategori buku umum ialah kesusasteraan
11,981 judul, bahasa 7,801 judul dan agama 4,509 judul. Tiga bidang
perkara yang paling kurang diterbitkan ialah ketenteraan 49 judul,
perancangan bandar/desa/senibina 84 judul dan
perdagangan/komunikasi/pengangkutan 284 judul. Disamping itu jumlah
judul buku yang diterbitkan bagi kategori buku teks ialah 11,289 judul dan
kategori buku kanak-kanak 19,488 judul. Pola penerbitan buku kanak-kanak
didapati meningkat secara ketara tahun demi tahun secara konsisten.
Penerbitan buku lain pola peningkatannya juga meningkat tetapi tidak begitu
ketara.
9
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
6. Rumusan
Fungsi utama Perpustakaan Negara Malaysia ialah untuk memperoleh dan
memelihara hasil terbitan dalam negara untuk rujukan generasi kini dan
akan datang. Untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, beberapa aktiviti
dijalankan sesuai dengan keperluan semasa dan standard antarabangsa yang
sekarang menjurus kepada bentuk digital. Banyak daripada aktiviti
berkenaan memberi manfaat kepada industri penerbitan. Sebaliknya,
Perpustakaan Negara Malaysia memerlukan kerjasama pihak industri
penerbitan supaya matlamat penubuhannya dapat dicapai.
10
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Senarai Rujukan
CHEE, Tham Seong. Evoluation of the Malay Language. Singapore: SingaporeUniversity Press, 1995.
Conference of Directors of National Libraries Working Group on Legal Deposit andElectronic Publishing (report) presented at The Meeting of Conference of Directorsof Mnational Libraries Stockholm, 1990.
MALAYSIA. Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan, 1986. Kuala Lumpur: JabatanCetak Kerajaan, 1986.
Siti Zakiah bt Aman dan Hashimah Mohd Yusoff. Acquisition through legislation:Deposit of Library Material Act 1986. Kertas kerja yang dibentangkan di SeminarCum-Workshop: Children's Books Publishing In The Next Millenium, Holiday Inn,Shah Alam, 1977.
Zawiyah bt Baba. The development of information technolofy and its implicationfor legal depository functions in Malaysia. (Kertas kerja yang dibentangkan diSeminar On Information Technology, Singapura, 1991)
11
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1999 – Perpustakaan Negara Malaysia