4
5.0 Refleksi introspektif perkembangan tahap kompetensi kecerdasan emosi diri 5.1 Aspek Optimis Optimis ialah di bawah tajuk kompetensi personal iaitu dalam tajuk pengurusan kendiri. Optimis bermaksud seseorang individu itu mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah. Saya seorang yang bersifat optimis. Contohnya semasa saya menghadapi suatu halangan atau rintangan, saya akan memberitahu diri saya untuk bertenang kerana di setiap rintangan atau halangan belakang mesti ada cara penyelesaiannya. Saya telah membuatkan motto atau motivasi saya sendiri yang dapat melahirkan rasa kegigihan berusaha dan yakin akan masa depan yang cerah. 5.2 Aspek Penghormatan Kendiri Penghormatan kendiri juga di bawah tajuk kompetensi personal dalam kesedaran kendiri. Penghormatan kendiri adalah keupayaan dan kesedaran untuk memahami, menerima serta menghormati diri sendiri. Bagi saya, kita sebagai seorang individu perlu menghormati diri sendiri kita daripada orang lain menghormati kita. Saya juga semakin sedar akan kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Walaupun kadangkala cepat mengalah dengan keadaan, namun saya tetap berusaha untuk menguatkan diri untuk membangkit semula. Saya akan menerima teguran dan pandangan dari rakan-rakan saya untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada saya. 5.3 Pemangkin Perubahan

5.0 Refleksi Introspektif an Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi Diri

  • Upload
    avril

  • View
    217

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 5.0 Refleksi Introspektif an Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi Diri

8/2/2019 5.0 Refleksi Introspektif an Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi Diri

http://slidepdf.com/reader/full/50-refleksi-introspektif-an-tahap-kompetensi-kecerdasan-emosi-diri 1/4

5.0 Refleksi introspektif perkembangan tahap kompetensi kecerdasan

emosi diri

5.1 Aspek Optimis

Optimis ialah di bawah tajuk kompetensi personal iaitu dalam tajuk

pengurusan kendiri. Optimis bermaksud seseorang individu itu mempunyai

kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah. Saya

seorang yang bersifat optimis. Contohnya semasa saya menghadapi suatu

halangan atau rintangan, saya akan memberitahu diri saya untuk bertenang

kerana di setiap rintangan atau halangan belakang mesti ada cara

penyelesaiannya. Saya telah membuatkan motto atau motivasi saya sendiri yang

dapat melahirkan rasa kegigihan berusaha dan yakin akan masa depan yang

cerah.

5.2 Aspek Penghormatan Kendiri

Penghormatan kendiri juga di bawah tajuk kompetensi personal dalam

kesedaran kendiri. Penghormatan kendiri adalah keupayaan dan kesedaran

untuk memahami, menerima serta menghormati diri sendiri. Bagi saya, kita

sebagai seorang individu perlu menghormati diri sendiri kita daripada orang lain

menghormati kita. Saya juga semakin sedar akan kekuatan dan kelemahan diri

sendiri. Walaupun kadangkala cepat mengalah dengan keadaan, namun saya

tetap berusaha untuk menguatkan diri untuk membangkit semula. Saya akan

menerima teguran dan pandangan dari rakan-rakan saya untuk memperbaiki

kelemahan yang ada pada saya.

5.3 Pemangkin Perubahan

Page 2: 5.0 Refleksi Introspektif an Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi Diri

8/2/2019 5.0 Refleksi Introspektif an Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi Diri

http://slidepdf.com/reader/full/50-refleksi-introspektif-an-tahap-kompetensi-kecerdasan-emosi-diri 2/4

  Pemangkin perubahan terdapat di bawah tajuk kompetensi sosial dalam

kemahiran sosial. Pemangkin perubahan bererti seseorang itu akan memulakan

atau mengurus perubahan dalam kumpulannya. Orang itu akan menjadi model

perubahan untuk orang lain dan menyokong perubahan itu agar mendapat

sokongan orang lain. Saya pernah menjadi pengerusi untuk program kebajikan

bagi membuat lawatan ke Pusat Perpikat iaitu pusat golongan kurang upaya di

bawah program Kelab Leo. Di sana, saya dan rakan-rakan saya mengajar

mereka mewarna, menari, menyanyi dan lain-lain. Dengan ini, saya dan rakan-

rakan saya telah berubah persepsi masyarakat bahawa golongan kurang upaya

 juga mempunyai kebolehan untuk belajar hanya penerimaan mereka lambat sikit.

5.4 Pengurusan Konflik

Pengurusan konflik juga di bawah tajuk kompetensi sosial. Pengurusan

konflik bermaksud individu itu dapat membuat rundingan dan menyelesaikan

perselisihan dalam kumpulannya. Seseorang itu perlu membuat rundingan atau

musyawarah dan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya,

semasa dalam perbincangan kerja kursus dengan kawan, kami akan selalu

menghadapi masalah penyelesaian. Kami telah bertindak secara bijak untuk

menyelesaikan konflik tersebut. Kami akan merujuk beberapa buku rujukan dan

internet untuk mendapatkan penjelasan yang kukuh bagi mengurangkan

ketidakpastian kami.

5.5 Berorientasikan Pencapaian

Page 3: 5.0 Refleksi Introspektif an Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi Diri

8/2/2019 5.0 Refleksi Introspektif an Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi Diri

http://slidepdf.com/reader/full/50-refleksi-introspektif-an-tahap-kompetensi-kecerdasan-emosi-diri 3/4

Berorientasikan pencapaian adalah dalam tajuk kompetensi personal iaitu

dalam pengurusan kendiri. Berorientasikan pencapaian bererti desakan untuk

membaiki prestasi bagi memenuhi paiwai kecemerlangan yang ditetapkan.

Dengan motivasi yang tinggi, objektif dan piawaian akan cuba dipenuhi serta

berorientasikan hasil. Saya selalu membuat target yang tinggi dalam

peperiksaan saya. Walaupun kadangkala target yang tinggi tidak dapat dicapai

dan berasa kecewa tetapi saya tetap berusaha dan belajar dengan bersungguh-

sungguh supaya mencapai target yang saya ingini.

5.6 Membangunkan Individu

Membangunkan individu lain adalah di bawah tajuk kompetensi sosial. Ini

boleh ditakrifkan sebagai mengesan bagaimana orang lain dapat berkembang

dan memberi galakan kebolehan dan keupayaan mereka. Seseorang yang

mempunyai kecekapan ini biasanya memuji dan memberi ganjaran untuk

menghargai kekuatan, kejayaan dan perkembangan mereka. Saya sentiasa

memuji dan juga memberi ganjaran kepada adik saya yang pandai melukis

komik kerana saya percaya bahawa pujian dapat meningkatkan keyakinan

mereka. Saya juga cadangkan dia untuk menghadiri kelas lukisan bagi

meningkatkan prestasi lukisannya. Ini dapat mendorong mereka untuk

mempunyai hala tuju yang tepat.

5.7 Keyakinan Diri

Keyakinan diri adalah di bawah tajuk kompetensi personal. Keyakinan diri

didefinisikan sebagai pasti dengan nilai dan kepercayaan yang tinggi terhadap

Page 4: 5.0 Refleksi Introspektif an Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi Diri

8/2/2019 5.0 Refleksi Introspektif an Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi Diri

http://slidepdf.com/reader/full/50-refleksi-introspektif-an-tahap-kompetensi-kecerdasan-emosi-diri 4/4

diri sendiri di samping mempamerkan kesungguhan untuk mencapai sesuatu.

Saya memang seorang yang tidak yakin dan merendah diri pada masa yang lalu.

Namun, dengan memasuki bidang perguruan, latihan yang telah disediakan oleh

pensyarah telah membuatkan saya mempunyai keyakinan untuk berucap di

depan khalayak.

5.8 Inisiatif

Inisiatif adalah dalam tajuk kompetensi personal iaitu dalam pengurusan

kendiri. Inisiatif bererti sesuatu individu itu mempunyai kesediaan bertindak

apabila ada peluang dan bersedia untuk memaafaatkannya dengan sebaik

mungkin. Individu ini juga akan mengejar matlamat yang tinggi daripada yang

diperlukan atau dijangkakan di samping mengenepikan birokrasi dan peraturan

sekiranya perlu dalam menyelesaikan tugas. Saya akan cuba untuk tanya senior

atau mencari pelbagai sumber kajian apabila saya menghadapi masalah dalam

kerja kursus saya. Selain itu, saya juga berbincang masalah yang saya hadapi

dengan rakan-rakan saya dan juga dengan pensyarah.