53229193 Program Pemulihan Khas

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    1/36

    PROGRAM PEMULIHAN KHAS

    KONSEPDalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah : Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk muridmurid yang menghadapikesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca,menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah .

    MATLAMATProgram Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan.

    TAKRIFANAE Tanseley dan R. Culliford kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasanyang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa,

    M. F . Clough

    kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurangberkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahamitentang perkara yang agak abstrak.

    Sharifah Rahman Ali kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuanmempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana .Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).

    Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasaikemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya.

    Strategi PelaksanaanPencalonan Muridi) Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2Mii) Pencalonan murid boleh dibuat oleh:* guru mata pelajaran / guru kelas* guru besar* ibu bapaiii) Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak bolehdicalonkan.

    Pengumpulan Maklumati) Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas

    memahami murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlumengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Guru pemulihan khas juga dapatmengetahui tentang kesihatan dan taraf sisio-ekonomi murid.ii) Maklumat tersebut boleh didapati dari:a) Guru besar berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubunganb) Guru Kelas boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran,ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.c) Ibubapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    2/36

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    3/36

    vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.viii. Tidak kreatif.ix. Lemah pergerakan dan perbuatan.x. Lemah daya pemikiran/ingatan.xi. Tidak boleh mengingat kembali.

    Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas

    1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.2. Rekod-rekod prestasi3. Rekod kesihatan4. Kerja-kerja harian murid5. Laporan Adab Belajar ( LAB )6. Melalui pemerhatian7. Punca-punca lain yang diperolehi

    TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN

    KHAS

    1. PENGENALAN

    Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serbasedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir danketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriahmereka.

    2. PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

    Guru Pendidikan Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting seperti berikut:

    2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role )

    2.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yangmemerlukan pemulihan khas.

    2.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yangkhususyang dihadapi oleh murid-murid.

    2.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

    2.2 Preskriptif ( Presciptive Role )

    2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanakyangmempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

    2.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    4/36

    memerlukan..

    2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik)

    2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalahkemahiran

    asas 3M.

    2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai team teaching / gurupendamping sekiranya perlu.

    2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )

    2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.

    2.42 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid

    yang menghadapi masalah 3M.

    2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )

    2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumatdanlatar belakang murid.

    2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantudemikepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

    3. TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

    3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilihdariTahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1hingga 3.

    3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal:

    3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan samaada di kelas biasa atau kelas khas.3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.

    3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asassekiranya keadaan memerlukan.

    3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawaikebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumatlanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar belakangmurid.

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    5/36

    3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahuiprestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklahmengandungi:

    3.4.1 Laporan prestasi murid.3.4.2 Latar belakang murid.

    3.4.3 Laporan kesihatan murid.3.4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan

    3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri muridmengandungi:

    3.5.1 Borang Pencalonan.3.5.2 Borang Latar belakang Murid Pemulihan.3.5.3 Borang Pengumpulan Maklumat.3.5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik3.5.5 Lembaran Kerja3.5.6 Hasil Penilaian yang telah dijalankan.

    3.5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

    3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas sertamenjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

    3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di manakeadaan memerlukan.

    3.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-muridpemulihan di sekolah.

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    6/36

    BAHASA MELAYUDALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

    PERKEMBANGAN BAHASA

    Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau

    perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawakepada suatu peringkat kedewasaan.

    1.1. DEFINISI BAHASA:

    Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakilikonsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.

    1.2. FUNGSI-FUNGSI BAHASA

    1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untukmemenuhi keinginan dan hajat.

    1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan oranglain.

    1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.

    1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.

    1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.

    1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yangtelah dialami.

    1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.

    KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU

    a. Kemahiran Lisan

    b. Kemahiran Bacaan

    c. Kemahiran Tulisan

    d. Kemahiran Ejaan

    KEMAHIRAN LISAN

    1.1 PENGENALAN

    Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalampengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapatdua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    7/36

    meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

    1.2 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN

    KEMAHIRAN MENDENGAR

    Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal danmengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan.Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya danpengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakanmempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:

    - Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.- Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.- Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.- Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.

    - Mendengar secara kritikal.- auding- Mengikut arahan.- Memahami urutan atau sekuan.- Mengingat kembali.- Menentukan idea utama / terpenting.- Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

    KEMAHIRAN BERTUTUR

    Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitukemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-

    kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul.Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspekyang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahankepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

    Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasanapertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanandalam pengajaran dan pembelajaran.

    1.3: KEPENTINGAN LISAN

    Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang

    tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajarkanak-kanak membaca dan menulis.

    Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mulamendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa denganbahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah merekamenginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.

    Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    8/36

    mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikapdan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.

    Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa denganpemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jikaseseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak

    dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.

    Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara.Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.

    Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalahdipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secaralisan akan membina asas bahasa yang kukuh.

    Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awalpersekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkandan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini

    memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.

    1.4: PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN

    Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasipertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.

    Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina sertamelaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:

    - Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.

    - Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.- Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.- Melakukan auding yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.- Mendengar secara kritikal.

    Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisarakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid.

    Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnyadengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan auding.

    1.5: CARA MEMPERBAIKI KELEMAHAN-KELEMAHAN LISAN

    1.5.1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.

    1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    9/36

    1.5.3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahankhusus murid-murid.

    1.5.4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..

    1.5.5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

    1.5.6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalampengajaran dan pembelajaran.

    1.5.7. Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melaluisusun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.

    1.6: PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN

    1.6.1. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi

    perhatian :

    1.6.1.1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untukdidengar oleh pendengar yang ada.

    1.6.1.2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia adamurid.

    1.6.1.3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenaiperkara-perkara tertentu.

    1.6.1.4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.

    1.6.1.5. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahanmereka sendiri.

    1.6.1.6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjahpencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :

    o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.

    1.6.1.7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuksekali dua sahaja.

    1.6.1.8. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yangberikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.

    1.6.1.9. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jikadidapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secaraspontan.

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    10/36

    2. KEMAHIRAN BACAAN

    2.1 DEFINISI MEMBACA

    Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan jugamerupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa danmemproses perkembangan-perkembangan yang diterima.

    Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menuliskepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkanmakna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu.

    Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambangtulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.

    KESIMPULANNYA:

    Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara,memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid.

    2.2 PROSES BACAAN

    2.2.1. BACAAN SEBAGAI PROSES SENSORI (KEDERIAAN)

    a. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang.b. Pendengaran : Pendengaran yang jelas.

    2.2.2. MEMBACA SEBAGAI PROSES PENGAMATAN (PERCEPTUAL)

    a. Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan / mengasingkan.b. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih.c. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar.d. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan.e. Sintesis : Membuat kesimpulan

    2.2.3. MEMBACA SEBAGAI PROSES BAHASA (LINGUISTIK)

    a. Seni bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

    2.2.4. MEMBACA SEBAGAI PROSES MENTAL (KOGNITIF)

    a. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman.

    2.3. KESEDIAAN MEMBACA

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    11/36

    Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiranyang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu membaca. Ini adalahsatu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan. Ia

    juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukanditunggu-tunggu.

    2.3.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA

    2.3.1.1.KEADAAN FIZIKAL- Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.- Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik.- Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.- Umur: Peringkat umur yang berbeza.- Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaanmembaca.- Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya.- Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.

    2.3.1.2 PENGALAMAN DAN PERSEKITARANKeadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai.

    2.3.1.3. EMOSI, MOTIVASI DAN SAHSIAH

    - Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangandan gangguan emosi.- Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca .- Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakap

    dan lain-lain.

    2.3.1.4 KECERDASAN DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF:

    - Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza.

    2.3.1.5 DAYA DISKRIMINASI (PENGAMATAN)

    - Diskriminasi Penglihatan.- Diskriminasi Pendengaran.

    2.3.1.6PENGUASAAN BAHASA

    - Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.

    2.4 MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN

    2.4.1 BENTUK HURUF

    - Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    12/36

    - Huruf terbalik.- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.

    2.4.2 PERINGKAT SUKU KATA

    - Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.- Salah memecah / membatang suku kata.- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.- Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

    2.4.3 KESUKARAN DALAM PENGAMATAN

    - Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.- Mengeja sebelum membaca.- Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.- Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan- Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.- Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.- Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.- Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.

    - Menyebut perkataan mengikut loghat.

    2.4.4 KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT

    - Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.- Tertinggal.- Pembalikan perkataan.- Mengulang.- Merangkak-rangkak.- Membaca mengikut loghat.

    2.4.5 STRATEGI MEMBANTU KANAK-KANAK KE ARAH MEMBACA

    - Mengenal pasti kanak-kanak.- Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.- Susun strategi pemulihan.- Pelaksanaan.- Penilaian

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    13/36

    3 KEMAHIRAN TULISAN

    3.1. DEFINISI

    Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk

    grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkanlambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yangbermakna serta dijadikan alat komunikasi.

    3.2. PERANAN TULISAN

    Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapatmelahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.

    Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.

    Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasadan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

    Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakatkanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca,menulisdan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).

    Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajaklain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalampemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruhinsan umumnya.

    PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

    3.3.1 Pra Tulisan

    Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagimenyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima olehkelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di ataspermukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan

    menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan bendatersebut.

    Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanakmendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisanperlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

    1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    14/36

    menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.

    2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dansebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

    3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah danlain-lain.

    4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

    3.3.2 TULISAN MEKANIS

    Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah fahamdan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanismerupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagaipermulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta.membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah

    kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermuladengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /sempit.

    Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

    - Kemahiran mengawal dan memegang pensel.- Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.- Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

    3.3.3 TULISAN KREATIF

    Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkatini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkatmekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

    - Membina ayat.- Mengarang cerita.- Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.- Menulis surat kiriman.- Lain-lain yang berkaitan.

    3.3. MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN

    - Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataandenganperkataan- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    15/36

    - Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.

    - Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

    3.4. CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

    Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkatermulaan dan mendirikan asas.

    Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul,sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti denganmudah.

    Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat denganteliti dan betul.

    Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengansempurna.

    Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.

    Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanakiItu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

    4. EJAAN

    4.1. DEFINISI

    Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untukmelahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanakmahirmengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui

    kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemahdalam ejaan.

    4.2. PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN

    4.2.1. Lemah dalam ingatan penglihatan.

    - Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatuperkataan.

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    16/36

    - Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

    4.2.2. Lemah dari segi Analisis Pendengaran.

    - Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.

    - Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.

    - Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.

    - Kemungkinan lemah dalam bacaan.

    4.3. AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA

    - Membina perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung )Contoh: la bu la ku la yu la ki dll.

    - Mendiskriminasi perkataan.

    - Melengkapkan atau menambah perkataan.

    - Membina perkataan di dalam perkataan.

    - Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.

    - Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.

    - Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.

    - Permainan teka teki.

    - Permainan Silang kata.

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    ---

    1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN2. MENGENAL PASTI MASALAH3. STRATEGI PENGAJARAN4. PELAKSANAAN5. PENILAIAN

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    17/36

    1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN

    1.1 Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M)1.2 Berdasarkan PKBS, atau1.3 Berdasarkan pemerhatian guru, atau1.4 Berdasarkan perbincangan dengan guru besar, guru darjah, guru

    Bahasa Melayu, ibu bapa, atau kesemua di atas.

    2. MENGENAL PASTI MASALAH

    2.1 Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau deria murid: Adakah murid itu mengalami kecacatan atau masalah penglihatan, pendengaran ataupertuturan. Jika masalah tersebut agak berat, ianya memerlukan bantuan pakar yangberkemungkinan dikategorikan sebagai murid pendidikan khas. Jika masalah tersebut ringan memadai dengan menjalankan ujian pengamatanserta latihan-latihan yang berkaitan.

    2.2 Masalah yang berkaitan dengan akademik murid:2.2.1 Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur (contoh ujian diagnostik terdapatdalam buku Panduan - Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas terbitanJPK, KPM)2.2.2 Dalam buku tersebut ada 3 jenis ujian diagnostik BM, iaitu LISAN, PRAKTIK DANBERTULIS. (Jalankan ujian LISAN dan BERTULIS sahaja)2.2.3 Jangan fotostat semua helaian kemudian dibukukan dan diberi kepada muriduntuk menjawab.2.2.4 Beri sehelai demi sehelai. Masa menjawab tidak terhad. Guru tengok cara muridmenjawab. Jika murid membuat kesalahan semasa menjawab, biarkan. Murid bolehmenjawab secara individu atau kumpulan kecil.

    2.2.5 Murid berhenti menjawab jika gagal menjawab 3 item berturut-turut. Janganteruskan ujian.

    2.3 Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi;2.3.1 Masalah sosial seperti: Selalu tidak hadir ke sekolah Tiada galakan keluarga Kemiskinan Takut Malu Rasa rendah diri, dan lain-lain

    Perlu diselesaikan terlebih dahulu, dengan cara kaunseling, bantuan kewangan ataulain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

    3. STRATEGI PENGAJARAN

    3.1 Setelah selesai menjalani ujian diagnostik, guru perlu menganalisis semua jawapanmurid dan merekodkannya.

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    18/36

    3.2 Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid.3.3 Tampal senarai masalah di fail murid, agar mudah dirujuk.

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    19/36

    Pemulihan Membaca.

    Pengenalan

    Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk

    penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu.Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidakdapat menguasai kemahiran ini.

    Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapatmembaca:a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca)Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasanberbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada.b) Faktor yang ada pada bahan bacaan.Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan

    kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan danorganisasi bahan grafik.

    Aktiviti Pemulihan Bacaan.1. Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaranfonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkanpenerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dankonsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alatsebutan bunyi seperti:

    Bibir

    Gigi

    Gusi Lelangit keras

    Lelangit lembut

    Anak tekak

    Lidah

    Rongga tekak

    Rongga mulut

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    20/36

    4.0 Aktiviti Pemulihan Tulisan

    4.1 Cara-cara pelaksanaan rancangan pemulihan

    Pada masa ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah

    ditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikutipengajaran guru bersama murid lain diasingkan, dan seorang guru pemulihanditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. Beberapa waktu pelajaran telahdiasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini.Kelas pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam (yang kebetulannyamembawa berbagai-bagai makna negatif). Guru pemulihan yang ditugaskan akanmembuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya pengajaranbenar-benar sesuai untuk murid tersebut.Peperiksaan penilaian darjah tiga di sekolah rendah pula ialah bertujuanmengesan kelemahan murid untuk dibetulkan, atau diberi pemulihan dalamdarjah empat. Setakat mana perkara ini dilaksanakan terpulanglah kepadakemampuan dan kesanggupan guru-guru darjah empat. Selaras dengankeperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan kebolehanmembaca, menulis dan mengira, berikut dikemukakan cara-cara pelaksanaanrancangan pemulihan dalam 3M.Sebelum Sesutu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertamasekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukanpengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkahini diberi nama saringan. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dandiasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jeniskelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada bidangmembaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepadaguru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi

    kelemahan murid tersebut.

    4.2 Pemulihan membaca

    4.2.1 Saringan dan diagnosis.Beberapa cara dapat digunakan untuk membuat tindakan saringan dan diagnosisuntuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca. Cara-cara ini adalah

    seperti berikut :1. memerhatikan murid yang sedang membaca.2. menilai jawapan mereka dari soal selidik guru.3. menggunakan buku bacaan yang telah dikelaskan.4. mengkaji pergerakan mata murid ketika membaca.5. memberi ujian tara.6. memberi ujian yang direka oleh guru.7. memilih murid untuk pengajaran pemulihan (atau tambahan).

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    21/36

    Sebagai panduan, biasanya lebih daripada satu cara digunakan untuk mengesandan menentukan kelemahan membaca.

    1. Memerhatikan murid yang sedang membaca.Cara-cara mengesan murid yang mempunyai masalah membaca ialah dengan

    memerhatikan murid yang membuat perkara berikut :a. Membaca sesuatu muka surat terlalu lama, iaitu murid tersebut tidak menukarmuka surat yang dibaca dengan kadar sepatutnya.b. Menggerakkan bibir ketika membaca yang sepatutnya tidak perlu.c. Menggunakan jari atau pensil sebagai petunjuk ketika membaca sesuatubarisan.d. Menggerakkan kepala (dan bukan mata) ketika membaca.e. Tidak duduk senang, selalu bergerak-gerak dan melihat keluar ketikamembaca.Perbuatan atau tabiat diatas mungkin menunjukkan bahawa bahan bacaan yangsedang dibaca oleh murid tidak sesuai, atau tidak diminatinya. Walaupundemikian, perkara-perkara seperti diatas haruslah dikaji dengan teliti oleh guruuntuk menetukan perkaitan diantara tabiat tersebut dengan sesuatu kelemahanmembaca.

    2. Menilai jawapan dari soal selidik mengenai tabiat membaca.Guru boleh menyediakan dan memberikan soal selidik mengenai tabiat membacakepada murid. Jawapan-jawapan dari soal selidik ini dapat digunakan oleh guruuntuk mengesan sesuatu masalah khusus dengan lebih lanjut. Tujuan danmatlamat sesuatu rancangan membaca ialah agar murid mempunyai tabiatmembaca, dan terus membaca serta ia akan dapat kepuasan dari membaca.Berikut diturunkan satu contoh soal selidik yang dapat digunakan oleh guru.

    Nama murid : . Tarikh : ..

    1. Apa yang anda buat jika anda tidak berada di sekolah?2. Adakah anda suka membaca majalah dan buku?3. Apakah jenis buku yang anda suka baca?Riwayat hidupPengembaraanCerita binatangDongengBerita

    4. Namakan buku-buku yang telah anda baca pada tahun lalu dantandakan buku yang anda suka.5. Dari manakah anda dapat buku untuk dibaca?6. Majalah apakah yang selalu anda baca? Mengapa?7. Kerja sekolah jenis apa yang anda suka?8. Apakah cita-cita anda apabila dewasa?

    3. Menggunakan buku yang telah dikelaskan

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    22/36

    Jika ada buku yang telah dikelaskan mengikut darjah, maka murid yang disyakimempunyai kelemahan membaca boleh disuruh membaca buku tersebut.Kemudian kefahaman murid boleh diuji dengan memberinya soalan-soalanberkaitan dengan perkara yang telah dibacanya. Cara ini harus dapat dibuatuntuk beberapa peringkat, atau kelas bahan bacaan hinggakan murid tersebut

    benar-benar dapat membaca pantas dan faham bahan bacaan yang dibacanya.Biasanya, berbagai-bagai jenis bahan bacaan dikemukakan kepada muridtersebut, kerana bahan sains mungkin menimbulkan kerumitan, manakala bahansejarah mungkin didapati lebih senang.

    4. Mengkaji pergerakan mata ketika murid membaca.Pakar-pakar psikologi telah mengkaji pergerakan mata ketika membaca. Darikajian mereka, beberapa maklumat telah diperolehi. Antaranya adalah sepertiberikut :a. Ketika proses membaca, mata pembaca bergerak dalam satu siri lompatan disatu barisan tulisan.b. Pembaca yang pantas akan membuat perhentian dan pematahan balik yangsedikit ketika membaca jika dibandingkan dengan pembaca yang lambat.Contohnya seorang murid darjah dua di Amerika Syarikat didapati telahmembuat 200 perhentian (lompatan) untuk membaca 100 perkataan (20perhentian untuk 10 perkataan), manakala seorang murid berkebolehan biasa diGred 8 di Amerika Syarikat ( tingkatan 2 di Malaysia) membuat 93 perhentianuntuk membaca jumlah perkataan yang sama. Dari kiraan ini, murid darjah duatadi membuat 50 pematahan balik untuk 100 perkataan (5 pematahan balikuntuk 10 perkataan), manakala murid tingkatan dua membuat 17 pematahanbalik untuk 100 perkataan seperti yang digambarkan dalam rajah berikut :

    Pergerakan mata ketika membaca untuk murid darjah dua.

    10 perkataan

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10l l l l l l l l l l= 10 perhentian= 15 pematahan balik

    = 10 perhentianl l l l l l l l l l

    jumlah : 20 perhentian

    5 pematahan balik

    Pergerakan mata ketika membaca seperti ini adalah petunjuk semata-mata untukbeberapa proses yang berlaku dalam otak ketika membaca. Untuk pengajaranpemulihan dalam bidang membaca, tidaklah betul jika matlamat pengajaranpemulihan ialah untuk melatih pergerakan mata semata-mata. Rancangan

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    23/36

    pemulihan harus memberi pengalaman membaca kepada murid-murid tertentu.Rekod pergerakan mata seperti ini harus digunakan untuk mengesan danmenentukan kelemahan membaca dengan maklumat, atau bukti dari ujian dancara mengesan yang lain.Untuk mengira perhentian dan pematahan balik pergerakan mata, alat yang

    paling mudah dan paling murah ialah dengan menggunakan cermin biasa.Cermin diletakkan di sebelah kiri halaman buku, dan murid disuruh membacahalaman kanan. Guru berdiri di belakang murid dan mengira perhentian danpematahan balik pergerakan mata murid tersebut ketika membaca. Untukmemudahkan pengiraan, perhentian dikira terlebih dahulu, dan pematahan balikdikira kemudian, atau sebaliknya. Dengan sedikit latihan cara ini akan menjadimudah dan keputusan yang diperolehi amatlah tepat. Berikut diturunkan jumlahpurata perhentian dan pematahan balik bagi murid-murid berkebolehan biasadari Gred 1 hingga ke maktab di Amerika Syarikat. Jadual ini adalah untukpanduan kasar semata-mata, kerana data tempatan tidak diperolehi.

    Purata pergerakan mata untuk murid-murid dari berbagai-bagai darjah.

    Perhentian untuk 100 perkataan 1250 2200 3175 4140 5125 6120 7115 Menengah atas 93 Maktab 80Pematahan balik untuk 100 perkataan

    60

    50

    40

    30

    25

    23

    21

    17

    10

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    24/36

    5. Memberi ujian tara

    Ada banyak ujian tara yang boleh digunakan untuk menilai peringkat membacaseorang murid, tetapi hampir kesemua ujian ini telah direka di Amerika Syarikatberpandukan data murid-murid disana. Tambahan pula ujian ini menguji

    pembacaan di dalam Bahasa Inggeris. Dengan itu, berikut diturunkan di antaraujian-ujian bacaan yang lazim digunakan untuk pengetahuan dan maklumansahaja.a. Gates Primary Reading Test : Ujian ini sesuai digunakan untuk murid gred1,2, dan 3. Masa pengujian ialah antara 15 hingga 25 minit.b. Gates Reading Survey for grades 3 to 10 : Ujian ini menguji empat aspekpembacaan iaitu perbendaharaan kata, peringkat kefahaman, kepantasan, danketepatan.c. Iowa Silent Reading Test : Sesuai untuk menguji bacaan murid gred 4 hingga8.d. SRA Reading Record : Ujian ini sesuai digunakan untuk murid-murid gred 8hingga 13. Ujian ini menguji 10 kemahiran membaca iaitu kadar kecekapan,kefahaman, maksud perenggan, membaca direktori, membaca peta, jadual, graf,membaca iklan, penggunaan indeks, perbendaharaan kata teknikal, makna ayat,dan perbendaharaan kata am.

    6. Memberi ujian yang direka oleh guruBerbagai-bagai cara mengesan dan menetukan kelemahan membaca dikalanganmurid dapat dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah.Untuk menguji kecekapan membaca, satu cara yang mudah boleh digunakan.Semua murid dalam bilik darjah disuruh membaca satu bahagian dari buku teksmereka yang belum dibaca mereka lagi. Semua murid disuruh mula membacapada masa yang sama, dan disuruh membaca dengan cepat. Kemudian setelah 10

    atau 15 minit, semua murid disuruh berhenti membaca, dan disuruhmenandakan perkataan yang terakhir dibaca. Dari jumlah perkataan yang dibacadan masa yang digunakan, kadar kecekapan membaca dapat dikira untuk semuamurid dalam bilik darjah tersebut. Untuk menentukan bahawa murid fahambahan yang dibaca, mereka boleh disuruh menjawab soalan mengenai perkarayang dibaca. Bahan-bahan lain, selain dari buku teks seperti majalah, suratkhabar, novel, atau bahan bacaan yang sesuai boleh digunakan. Sebaik-baiknya,semua murid harus membaca bahan yang sama. Untuk menguji kefahamansahaja, amatlah baik jika masa yang digunakan oleh murid tidak dihadkan,kerana ujian tersebut bertujuan menguji sama ada murid benar-benar fahambahan yang dibacanya. Jenis soalan yang boleh digunakan untuk menguji

    kefahaman adalah seperti berikut :a. Soalan yang mengukur kebolehan memahami fakta semata-mata.b. Soalan yang mengukur kebolehan memahami fakta yang dimaksudkan, atautidak begiti nyata dalam bacaan.c. Soalan yang menguji sama ada murid dapat mengumpulkan maklumat pentingdalam sesuatu perenggan.d. Soalan yang menilai kebolehan membaca dan memahami soalan.e. Soalan yang menguji pengetahuan murid mengenai makna perkataan.

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    25/36

    Dari ujian-ujian ini, guru bilik darjah dapat membuat skel norma atau puratabagi pembacaan untuk darjahnya atau untuk sekolahnya.

    7. Memilih murid untuk pengajaran pemulihan (tambahan)Setelah murid diberi ujian ( berbagai-bagai cara lain ) untuk mengesan dan

    menentukan kelemahan membaca, guru harus memilih murid yang memerlukanpengajaran pemulihan. Walaupun demikian, perlu ditegaskan di sini bahawasemua murid perlu memperbaiki teknik membacanya, tidak kira sama ada muridtersebut perlu pengajaran pemulihan, atau tidak. Murid-murid yangberkebolehan biasa dan berkebolehan lebih tinggi dalam bilik darjahnya harusdiberi pengajaran biasa. Untuk murid yang jauh ketinggalan dan tiada harapanuntuk mengejar kemajuan rakannya dalam darjah yang sama. Mereka ini harusdiberi pengajaran asing atau mereka harus disatukan dengan murid yang samakebolehan untuk diberi pengajaran pemulihan. Perkara ini harus dimulakan padaawal tahun supaya masa tidak terbuang, dan pengajaran pemulihan dapatdimulakan awal-awal lagi.

    4.3 Kaedah pengajaran pemulihan membaca dan penilaiannya.

    4.3.1 Teknik amPengajaran pemulihan ( iaitu kaedah, rancangan dan penilaiannya) harusdilaksanakan berdasarkan maklumat dari saringan dan diagnosis. Jika kecacatanfizikal yang menyebabkan kelemahan itu ( masalah penglihatan, pendengaran,kekurangan makanan, atau zat makanan, atau penyakit teruk) maka masalah iniharus dirujuk kepada pihak berkenaan (klinik atau hospital). Kira-kira 95 %masalah penglihatan dapat diatasi dengan penggunaan kaca mata. Walaubagaimanapun, kerja pengajaran pemulihan harus jangan dimulakan kiranyamasalah fizikal murid yang sepatutnya dapat dirawati, masih belum diberi

    pertolongan.Jika saringan dan diagnosis menunjukkan bahawa murid tersebut amatlahlembab dari segi kebolehan mental, maka guru harus mengajarnya lebih perlahandengan menggunakan contoh dan unit-unit konkrit dalam usaha membinaperbendaharaan kata mereka. Oleh kerana murid lembab ini biasanya tidak sukamembaca, kerana terpaksa membaca bahan bacaan yang terlalu susah untuknya,maka berikut dikemukakan langkah-langkah untuk panduan guru bagi mengatasimasalah ini.a. Bincangkan perkara mengenai buku, di mana hendak mendapatkannya, danmaklumat-maklumat seronok yang terkandung di dalamnya.b. Suruh murid membaca buku yang senang dan seronok baginya tanpa meminta

    ringkasan buku tersebut.c. Tolong murid mencari dan memilih buku yang senang dan seronok baginya.Cerita pendek, dongeng dan riwayat yang mengandungi perbendaharaan kataterhad amatlah sesuai untuk murid ini.d. Berikan projek kecil, atau aktiviti yang memerlukan pembacaan.Jika masalah yang dihadapi oleh murid berpunca dari rumah, guru yangbijaksana mungkin dapat menemui ibu bapa murid tersebut untukmengurangkan masalah ini jika masalah tersebut dapat dikawal.

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    26/36

    Semua data yang dikumpulkan dari usaha saringan dan diagnosis harusdipertimbangkan dan digunakan untuk merancang sesuatu rancanganpemulihan. Setip murid yang lemah amatlah berbeza jika dibandingkan denganmurid lemah yang lain. Rancangan pemulihan dan seterusnya teknik mengajarharuslah berpandukan maklumat setiap murid dalam rancangan tersebut. Walau

    bagaimanapun, ada beberapa prinsip asas yang boleh digunakan.a. Mulakan pengajaran di tahap kebolehan murid. Kesilapan yang sering dibuatoleh guru ialah menganggap bahawa seseorang murid itu mengetahui lebihdaripada kebolehannya yang sebenar. Bahan yang baru dan lebih tinggi tidakdapat dipelajari selagi bahan asas belum dikuasai.b. Murid harus diberitahu selalu mengenai kemajuannya. Kemajuan murid harusditunjukkan kepada murid tersebut dengan menggunakan graf, carta atau rekod-rekod lain. Ini akan menggalakkan murid tersebut berusaha lagi.c. Kerja, atau pelajaran yang diikuti oleh murid harus penting baginya dan miripkepada keadaan sebenar. Latihan mengenai sesuatu semata-mata untuk latihansahaja tanpa memasukkan perkara-perkara yang bermakna tidak akanmenimbulkan kesan. Keperluan murid harus diambil kira.d. Murid harus merasa puas mengikuti pelajarannya. Latihan-latihan yang dapatmelahirkan rasa puas hati murid akan mempercepatkan proses pembelajarannyalagi.e. Latihan-latihan yang banyak dan berbagai-bagai jenis harus diberikan. Muridmemerlukan pengalaman yang baru.

    4.3.2 Teknik khusus.Beberapa teknik khusus boleh digunakan untuk pengajaran pemulihan dalambidang membaca. Berikut diturunkan secara kasar teknik khusus yang bolehdigunakan diikuti dengan pemerian tiap-tiap satu secara lebih terperinci.

    4.3.2.1 Teknik pengajaran pemulihan membaca.1. Menambahkan perbendaharan kata.a. Menambahkan perbendaharaan kata yang dilihat.b. Membaca selalu.c. Penggunaan kamus.d. Kajian perkataan secara sistematik.e. Kajian punca perkataan.2. Cara-cara mempelajari perkataan yang belum dikenali.3. Menambahkan kadar kecepatan membaca.a. Membaca untuk maklumat pentingi . Latihan

    ii . Menyatakan tajuk utamaiii . Menyatakan idea pusat.iv . Mencari ayat tajukv . Membaca sepintas lalu.b. Membaca untuk maklumat terperinci.

    I. Menambahkan perbendaharaan kataJika saringan dan diagnosis menunjukkan bahawa seseorang murid itu lemah

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    27/36

    dalam perbendaharaan kata, maka latihan latihan dalam perkara ini harusdiaturkan. Ini adalah kerana aktiviti pembacaan bergantung berat kepadapenguasaan makna perkataan yang mengcukupi.a. Perbendaharaan kata yang dilihat. Sebelum memulakan seseorang muriddalam sebarang rancangan pemulihan membaca, guru harus memastikan

    bahawa murid tersebut dapat mengenal perkataan-perkataan yang seringterdapat dalam sebarang bacaan. Dalam Bahasa Inggeris ada dua ratus dua puluhperkataan yang mewakili lebih dari 50% dari semua bahan bacaan biasa. Senaraiperkataan seperti ini biasanya terdiri dari sendi nama, sendi kata, nama, adjektif,adjektif, adverba dan berbagai-bagai permainan dapat direka oleh guru bersamadengan murid untuk menguasai perkataan-perkataan biasa ini. Perkataan-perkataan itu boleh ditulis diatas kad-kad, seperti daun terup, tiap-tiap satuperkataan diatas satu kad. Kemudian dua orang murid boleh bermain dengankad-kad ini. Seorang menjadi pemain dan seorang lagi pembantunya. Kad-kaddicampurkan dan seorang pembantu akan mengambil satu kad lalu menanyapemain. Jika pemain dapat mengenal perkataan di kad tadi, maka kad tersebutdisimpan, jika tidak kad itu diasingkan dan akan disebut oleh pembantu, diikutioleh pemain. Maklumat mengenai kemajuan pemain akan dicatatkan pada tiap-tiap akhir permainan, iaitu berapa kali betul dan salah, hinggakan semuaperkataan itu dikenali.b. Membaca selalu. Cara yang paling berkesan untuk menambahkanperbendaharaan kata ialah dengan membaca selalu, dan membaca berbagai-bagai bahan bacaan. Dalam konteks sesuatu ayat, makna perkataan yang tepatmudah dipelajari. Pelajaran mengenai makna perkataan harus diperkaitkansecara langsung kepada ayat dalam konteks yang dibaca dan tidak boleh dikajisecara sendiri.c. Penggunaan kamus. Murid harus digalakkan menggunakan kamus. Bagi muridsekolah rendah, kamus yang mudah harus digunakan, tanpa simbol dan definisi

    makna yang membingungkan. Ujian, atau latihan yang memerlukan kemahiranmenggunakan kamus boleh juga digunakan. Contohnya adalah seperti berikut :i . Aturkan perkataan-perkataan sebagaimana ia mungkin terdapat didalamkamus.ii . Cari makna yang sesuai dari kamus bagi perkataan yang bergaris.d. Kajian perkataan secara sistematik. Kesan pembacaan dapat ditambahkan lagidengan satu rancangan yang sistematik mengenai perkataan. Perkataan yangsusah mudah dipelajari dengan menggunakan latihan yang sesuai senaraiberbagai-bagai latihan yang boleh digunakan adalah seperti berikut :i . Membuat senarai seerti, berlawanan, dan hononim( perkataan yang samaejaan dan bunyi tetapi berlainan makna ).

    ii . Mencari perkataan lain untuk perkataan yang terlalu sering digunakan.iii . Membuat pasangan perkataan di satu senarai dengan senarai yang lain.iv . Mengisi tempat-tempat kosong dalam perenggan dalam perkataan dalamsenarai.v . Menukar perkataan khusus kepada perkataan am.vi . Membuat senarai perkataan yang mewakili satu keluarga perkataan yangdibina dari punca yang sama.vii . Membuat pasangan perkataan dalam jadual tertentu seperti nama dengan

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    28/36

    adjektif, kata kerja dengan adverba, nama dengan kata kerja.viii . Menyimpan buku nota untuk perkataan, tiap-tiap satu perkataan diikutidengan ayat.ix . Memilih gambar dan membuat senarai perkataan yang sesuai dengan gambartersebut.

    x . Mencari perkataan yang sesuai untuk perkataan percakapan biasa, sepertimember, relax, best, dan sebagainya.xi . Menggantikan perkataan bergaris dengan perkataan serti.Bermacam-macam lagi latihan boleh direka atas bijakpandai dan pengalamanguru. Latihan seperti ini boleh digunakan untuk berbagai-bagai peringkat, atautahap kebolehan membaca. Tahap yang rendah akan menggunakan perkataanyang mampu digunakan oleh murid ditahap itu.e. Kajian punca perkataan. Sama ada Bahasa Inggeris, atau Bahasa Malaysiabanyak perkataan menggunakan imbuhan. Kajian makna asal sesuatu perkataan,iaitu tanpa menggunakan imbuhan akan memudahkan mengingati maknaberbagai-bagai bentuk perkataan itu kemudian. Kemudian makna imbuhan pulaharus dikaji supaya makna sesuatu ayat itu jelas difahami dari segi makna asaldan bersama dengan imbuhannya.

    II. Cara-cara mempelajari perkataan yang belum dikenali.Murid yang kurang cekap membaca biasanya lebih banyak mengetahui maknaperkataan, tetapi tidak dapat mengenalnya secara tulisan. Dalam keadaan ini,guru harus memberi murid pelajaran fonik (atau bunyi biasa). Banyak cara bolehdigunakan untuk belajar menyebut bunyi perkataan, sama ada dalam BahasaInggeris, atau Bahasa Malaysia. Satu daripada cara-cara itu adalah sepertiberikut :w.. Apakah bunyi yang anda sebut apabila meniup lilin?r... Bagaimanakah bunyi kucing berehat?

    Sy Apakah bunyi yang anda sebut untuk memberi isyarat supayaJangan bisang?C . Apakah bunyi yang anda sebut apabila bersin?OwApakah bunyi yang anda sebut apabila kesakitan?O . Apakah bunyi yang anda sebut apabila sesuatu yang tidak disangkaberlaku.Gr Apakah bunyi anjing apabila ia marah? (selain dari menyalak)Banyak lagi bunyi yang dapat ditambahkan kepada senarai ini dari pengalamanguru bilik darjah.

    III. Menambahkan kadar kecepatan membaca.

    Apabila seseorang murid itu sudah mula pandai membaca, menambahkan kadarmembacanya adalah perkara yang paling mudah. Kadar kecepatan membacaseseorang murid itu biasanya bergantung kepada tabiatnya. Berbagai-bagai caratelah dikemukakan dan digunakan dalam usaha menambahkan kadar kecepatanmembaca.a. Membaca selalu. Cara yang mudah dan yang baik untuk menambahkankecepatan membaca iailah dengan membaca selalu bahan bacaan yang mudahdibaca dan yang seronok. Murid yang lambat membaca biasanya kurang

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    29/36

    membaca. Mereka hanya membaca buku teks sekolah yang memerlukan bacaanperlahan, dan perhatian sepenuhnya.b. Penggunaan masa yang terhad. Cara yang kedua yang mudah digunakan untukmempercepatkan kadar membaca ialah dengan menghadkan masa membaca.Katakan sesuatu cerita, atau rencana itu memerlukan setengah jam untuk dibaca

    dengan kadar biasa, hadkan masa ini kepada dua puluh minit pula. Dengan caraini, pembaca terpaksa membaca pantas supaya rencana tersebut selesai dibacapada masa yang terhad itu. Dalam mengikuti cara ini, pada mulanya setengah-setengah makna dalam rencana itu akan kabur sedikit, tetapi lama-kelamaanperkara ini dapat diatasi.c. Penggunaan alat-bantu kadar membaca. Berbagai-bagai alat Bantu kadarmembaca telah direka dan dijual di negara maju. Untuk kegunaan guru bilikdarjah di negara ini, cara yang paling mudah dan murah untuk menambahkankecepatan muridnya membaca ialah dengan menggunakan sekeping kad yangditolak oleh guru, atau rakan murid. Sebelum menggunakan teknik ini, guruharus memastikan kadar pembacaan seseorang murid terlebih dahulu. Katakanmurid tersebut mengambil masa tujuh saat untuk membaca satu baris. Masa iniboleh dikurangkan kepada enam saat. Caranya seperti berikut :i . Suruh murid membaca sesuatu bahan seperti biasa.ii . Apabila murid tersebut telah membaca satu, atau dua baris, sekeping kadakan digunakan untuk menutup baris yang baru lalu.iii . Untuk tiap-tiap satu baris,guru harus mengira enam saat, sama ada denganmenggunakan jam, atau dengan mengira seperti satu-ribu-satu, satu-ribu-dua, dan sebagainya, hingga enam kali untuk enam saat.iv . sedikit demi sedikit masa ini boleh dikurangkan agar kadar pembacaan muridtersebut bertambah cepat.Berbagai-bagai alat lain boleh digunakan, tetapi kesemuanya menggunakanprinsip yang sama.

    IV. Menambahkan kefahaman membacaTujuan utama semua rancangan membaca ialah untuk menambahkankefahaman. Perkara yang diperkaitkan dengan kefahaman membaca ialahkeadaan fizikal, rasa hati, kecerdasan akal, perbendaharaan kata, kadarmembaca, pengalaman membaca, minat dan latihan dalam sesuatu bidang yangtertentu.Panduan am untuk menambahkan kefahaman tidak dapat diberikan, keranakefahaman membaca biasanya dikaitkan dengan isi kandungan, dan kecekapantertentu. Walau bagaimanapun, beberapa keperluan membaca dapat dilatih olehguru.

    a. Membaca untuk maklumat penting. Biasanya, bukan semua perkara dalamsesuatu perenggan itu penting. Murid harus dapat membaca dan mengingatperkara yang penting sahaja. Perkara lain tidak perlu diingat, dan membacaperkara yang tidak penting ini dengan teliti adalah membuang masa semata-mata. Beberapa latihan untuk mencapai matlamat ini dapat dikemukakan olehguru. Antaranya adalah seperti berikut.i . Latihan kefahaman : seperti menanya soalan penting, maklumat penting,memberikan tajuk yang sesuai, dan sebagainya.

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    30/36

    ii . Mengarang tajuk utama : seperti contoh tajuk di surat khabar.iii . Menyatakan idea pusat : di dalam sesuatu perenggan. Berbagai-bagai bahanbacaan boleh digunakan untuk tujuan ini.iv . Mencari ayat utama : latihan mencari ayat utama dalam sesuatu perengganharus diberikan juga. Biasanya, murid tidak tahu bahawa kebanyakan perenggan

    mempunyai ayat utama yang biasanya terletak di permulaan, atau di akhirperenggan. Kadang-kadang ayat ini mungkin terletak dimana-mana sahaja dalamperenggan tersebut.v . Membaca sepintas lalu : kebolehan membaca sepintas lalu harus diajar awal,khususnya untuk membolehkan murid yang sudah lancar membaca untukmemilih buku yang ingin dibacanya, atau untuk mencari maklumat penting.Membaca sebuah buku sepintas lal, bukanlah bermaksud membaca denganpenuh ertikata membaca. Apabila seseorang murid membaca sepintas lalu, iahanya mencari maklumat yang dikehendakinya seperti, melihat jadual isikandungan, dan melihat bab-bab tertentu secara kasar sahaja tanpa membacatiap-tiap perkataan. Perkara-perkara kecil, seperti tajuk kecil, petikan dansebagainya tidak perlu dibaca. Sebaik-baiknya sebelum membaca sesuatu bahanbacaan ( kecuali cerita yang seronok) maka lebih baik jika pembaca membacabahan itu sepintas lalu secara kasar dahulu, kerana ini akan mengurangkan masamembaca bahan tersebut sepenuhnya, sebab bentuk keseluruhan bahan itusudah diketahui.

    b. Membaca untuk maklumat terperinci.Kadang-kadang murid perlu juga membaca Sesuatu perkara dengan terperinci.Contohnya ialah membaca langkah-langkah tertentu untuk ujikaji, mengikutiperaturan mengenai penggunaan sesuatu alat dan sebagainya. Bacaan seperti inimemerlukan perhatian yang sepenuhnya agar perkara-perkara kecil danterperinci tidak tertinggal.

    Sebagai kesimpulan, guru pemulihan membaca membaca perlu mengajar,menggabungkan teknik dan bahan pengajarannya, dan menilai kemahiran yangdiperlukan muridnya supaya dapat membaca. Berikut diturunkan kemahiran iniuntuk panduan guru dan untuk memastikan bahawa murid tersebut telahmenguasainya.i. Kemahiran dekod : kemahiran persepsiPersepsi visual setiap hurufPersepsi visual urutan hurufPersepsi pendengaran sebutan bunyi konsonan, diftong dan dwilambang.Persepsi pendengaran perkataan dalam urutan.ii . Kemahiran dekod mengenal perhubungan fonem-grafem

    Analisa fonetik perkataan.Analisa struktur perkataan.Perkaitan perkataan yang dilihat dengan perkataan yang diingat dan disebut :bersama maknanya.Kemahiran membaca secara automatik.iii . Kemahiran kefahaman.Memberi makna sesuatu faktaMemahami makna satu urutan fakta ( perenggan atau cerita )

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    31/36

    Membuat kesimpulan atau penutupMembuat atau mengingat perkara-perkara yang terperinci dalam sesuatu cerita.Membuat seperti yang diarahkan.Mengikuti satu urutan arahan (seperti dalam resepi)Mencari perhubungan yang menyebabkan sesuatu.

    Meramal sesuatu akan terjadi atau berlaku.Menyelesaikan masalah, termasuk mencari maklumat yang diperlukan.Menilai maklumat untuk kepentingan dan keesahannya.iv . Kemahiran belajar.Mengetahui urutan abjadMengetahui dan dapat menggunakan berbagai-bagai bahagian buku (tajuk,jadual isi kandungan, indeks, glosari, dan sebagainya)Menggunakan format buku ( susunan buku kepada bahagian tertentu, bab danperenggan) sebagai panduan untuk mencari idea pentingMengelaskan bahan kepada tajuk-tajuk tertentu.Menggunakan bahan rujukan (panduan telefon, kamus dan sebagainya)Membaca peta,graf,jadual, dan carta.Menggunakan fail-fail dan bibliografi.Membuat rencana kasar dan ringkasan.

    4.3.3 Ujian praUjian ini dijalankan kepada semua murid yang terlibat untuk mengetahui sejauhmana mereka dapat menguasai kemahiran membaca pada peringkat asas.Setelah dianalisis keputusannya, majority murid-murid gagal menguasai

    kemahiran membaca peringkat asas terutamanya yang melibatkan gabungansuku kata KV dan KVK. ( rujuk jadual 1 )

    Jadual 1 : keputusan ujian praMarkah % Jumlah murid Peratus10 12 5520 3 1430 5 23

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    32/36

    40 1 450 1 460 0 070 0 080 0 0

    90 0 o100 o 0Jumlah 22 100

    Dapatan di atas menunjukkan:a ) 4 % murid berjaya mendapat markah > 50%b ) 27% murid mendapat markah antara 30% - 40%c ) 69% murid mendapat markah < 20%

    Dapatan daripada analisis ini jelas menggambarkan kepada kita betapapentingnya rawatan segera dilakukan agar masalah ini dapat diselesaikan. Olehyang demikian, beberapa tindakan telah dilakukan bagi memulihkan murid-murid ini.

    4.3.4 RawatanTindakan awal yang dijalankan bagi membantu murid-murid ini menguasaikemahiran membaca terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata kv dankvk ialah dengan mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai. Pengkaji telahmemilih untuk menggunakan kaedah pembelajaran masteri di dalam bilikdarjah. Memandangkan kaedah lebih menjurus kepada kebolehan seseorang,maka ia amat sesuai digunakan untuk kumpulan sasaran.

    4.3.4.1 Aktiviti Rawatan

    i. Stesen bacaanPengkaji telah menyediakan Stesen bacaan di salah satu sudut di dalam kelas.Di stesen ini, disediakan dengan pelbagai bahan bacaan seperti :a) kad suku katab) kad perkataanc) kad ayatd) carta cinta pendek.

    Stesen ini diwujudkan bertujuan memberi ruang kepada murid-murid untukmengisi masa terluang selepas selesai sesuatu aktiviti. Mereka akan membaca distesen ini setelah guru mengesahkan yang mereka berjaya melaksanakan aktiviti

    yang diberi. Aktiviti ini dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Muridberlumba-lumba menyelesaikan aktiviti dengan jayanya untuk melayakkanmereka pergi ke stesen bacaan. Murid yang telah berjaya membaca bahan yangdisediakan di stesen ini dengan lancar akan diberi hadiah.

    Kaedah pembelajaran masteri telah dipilih memandangkan kumpulan sasaranmerupakan golongan yang melakukan sesuatu mengikut minat. Dalam kaedahpembelajaran masteri, aspek utama yang diberi penekanan adalah pembelajaran

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    33/36

    mengikut kebolehan. Oleh itu, sekiranya kumpulan sasaran diberi tugasan yangmereka boleh lakukan mengikut kebolehan sedia ada, secara tidak langsungdapat menarik minat mereka terhadap proses P & P. Selain itu, pembelajaranmasteri lebih memberi peluang individu itu untuk bertindak atas usaha sendiritanpa arahan guru. Kaedah ini lebih kepada konsep pembelajaran kendiri iaitu

    guru hanya bertindak sebagai pembimbing. Akhir sekali, dalam kaedah ini muriddapat beralih ke tahap yang lebih tinggi selepas berjaya pada tahap sebelumnya.

    Stesen 1Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yangmenggabungkan KV dan KVK seperti bakul dan jalan. Murid-muriddikehendakimengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad tersebut.

    Kad suku kataba + kul = bakulja + lan = jalanse + ko + lah = sekolah

    Penggunaan tulisan berwarna pada setiap perkataan juga adalah penting. Iabertujuan untuk memudahkan kumpulan sasaran mengenal pasti danmembezakan antara suku kata KV dan KVK. Malahan penggunaan warna padasuku kata juga dapat memudahkan murid untuk mengeja ataupun membacasesuatu perkataan yang diberi. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapatmembantu murid membaca dengan cepat.

    Stesen 2

    Di dalam stesen ini, pengkaji menyediakan kad perkataan yang mengandungigabungan suku kata KV dan KVK seperti :

    kad perkataan : bukumejamemasaktembikaiKad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebutsuku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapatmelihat peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kadperkataan ini.

    Stesen 3Di sini, pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudahseperti:KAD AYAT1. Ibu memasak nasi lemak di dapur.2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    34/36

    Dalam melaksanakan aktiviti ini, guru menggunakan dua langkah

    a ) PengukuhanPengkaji meminta murid mengeja dan membatangkan suku kata. Kemudian

    murid dikehendaki menyebut suku kata berwarna dan membatangkanperkataan.Ini adalah sebagai pengukuhan aktiviti di stesen-stesen sebelumnya.b ) PengayaanPengkaji meminta murid-murid membaca terus ayat tunggal yang diberi.Kemudian pengkaji bersoal-jawab untuk mengetahui tahap kefahaman muridterhadap ayat yang dibaca. Dengan demikian, murid dapat menguasai duakemahiran serentak, iaitu membaca dan memahami teks bacaannya.

    Stesen 4

    Di stesen 4 ini, pengkaji menyediakan Big Book . Big Book adalah sebuah bukuyang dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna danmenarik. Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latarbelakang. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

    a ) Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkilpengetahuan am dan sedia ada.b.) Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja.c ) Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagaipengukuhan.d ) Penilaian

    4.3.5 Ujian Pos

    Ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran setelah proses rawatan selesaidijalankan.Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknikyang dilaksanakan. Dapatan daripada analisis ini jelas menunjukkan adapeningkatan berlaku walaupun tidak secara keseluruhannya

    4.4 TEKNIK PENGAJARAN PEMULIHAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS

    Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulismempunyai kaitan rapat dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapandalam menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar danmembentuk makna.

    Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tanganialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegangalat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul sertamengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna.

    Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalahmenulis. Mercer (1985) yangbersetujuh dengan pendapat Hidreth (1947)menyatakan bahawa punc utama ialah masalah psikomotor, masalah emosi,kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    35/36

    lemah. Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat,arah tulisan yang tidak betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget,terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis.

    4.4.1 CARA MELAKSANAKAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS

    Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolahrendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisantangan (mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul danberbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagaipanduan untuk murid menulis. Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil, guruhendaklah berulang kali mengajar konsep saiz dengan menunjukkan fungsisetiap garisan di atas kertas.

    Contohnya, Huruf c hendaklah ditulis di dlam garisan, lihat contoh berikut

    Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalahini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan.

    Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas mejaketika dia menulis untukmemastikan pergerakan yang betul.

    Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanisialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah inicuba latih tubi murid menulis huruf mengikut jark hujung jari atau diukurdengan jarak sebatang pensel.

    Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativitisendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktivitimenulis ini juga boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindarikebosanan murid jika guru terlalu kerap menggunakan teknik latih tubi. Gurujuga boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk menarik minat muridketika menulis.4.5 KesimpulanDapatan dari kajian yang dijalankan terbukti menunjukkan kaedah pembelajaran

    mengikut kebolehan (stesen) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran

    bacaan kumpulan sasaran secara positif. Kenyataan ini dapat dikukuhkan lagidengan perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankanke atas mereka. Selain itu, ia turut meningkatkan keyakinan diri murid untukterlibat dalam proses P & P. Hasil dari ujian pos yang dijalankan terhadapkumpulan sasaran dapat menjelaskan bahawa kaedah pembelajaran adalahfaktor penting untuk meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran. KaedahPembelajaran Masteri yang cuba diterapkan oleh pengkaji menampakkan hasilyang membanggakan.

  • 7/29/2019 53229193 Program Pemulihan Khas

    36/36

    Melalui kaedah ini, kumpulan sasaran merasakan diri mereka lebih dihargai dansecara tidak langsung telah berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka.Malahan semangat ingin berjaya yang ditunjukkan oleh mereka amatmengagumkan. Perubahan sikap yang positif kepada kumpulan sasaran turutmembantu kejayaan mereka. Oleh yang demikian, wujudlah suasana P & P yang

    lebih menyeronokkan. Kumpulan sasaran juga lebih berminat untuk menyertaisetiap aktiviti yang dijalankan kerana mereka memahami apa yang dipelajari.Selain itu, respons baik yang diberi oleh mereka terhadap P & P secara tidaklangsung dapat meningkatkan keyakinan guru. Ini adalah kerana setiap aktivitiyang dirancang dapat diikuti dengan penuh minat. Disebabkan semangat inginberjaya telah wujud dalam diri mereka, dengan sendirinya murid-murid inimenggunakan masaterluang dengan aktiviti membaca bahan yang disediakan .

    4.5.1 Cadangan pembelajaranMurid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel daninovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang sama penting ialahsatu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali maklumat yangdiajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walau bagaimanapun,peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supayamereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Bahan yang diberijuga tidak boleh terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiridaripada mereka yang cepat merasa bosan.