Upload
vodiep
View
272
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Penglibatan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pertubuhan tempatan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai Negara telah dimulai semenjak tahun 2007. Sebagai usaha untuk menggalakkan penglibatan pihak NGO ini dalam program penanaman ini, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju meluluskan peruntukan kewangan di bawah peruntukan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara kepada pihak NGO. Sebanyak sebelas (11) organisasi NGO telah terlibat dalam program penanaman bermula dari tahun 2007 sehingga 2010 iaitu Global Environment Centre (GEC), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Wetlands International (WI), Tabung Alam Malaysia (WWF – Malaysia), Mangrove Research and Conservation Unit (MARU) - UMT, Institut Rimbawan Malaysia (IRIM), Persatuan Kawalan Hakisan Antarabangsa Malaysia (IECAM), Sahabat Alam Malaysia (SAM), Jaringan Bertindak Nelayan Pesisir Pantai Semenanjung (JARING), Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA) dan Pertubuhan Muafakat Warga Desa (Rural Citizens) Negeri Kedah Darul Aman.
Pada tahun 2010, penglibatan NGO dalam program penanaman ini telah memasuki tahun ke empat (ke-4). Usaha untuk melibatkan pihak NGO di dalam program ini telah menampakkan perkembangan dan impak yang positif dalam memastikan kejayaan pelaksanaan projek penanaman ini. Dengan menerapkan konsep kesedaran awam di kalangan penduduk tempatan melalui beberapa pendekatan yang diketengahkan seperti aktiviti pendidikan, latihan, tapak model demonstrasi, ‘Sahabat Hutan Bakau’/Mangrove Ranger’s/Penanaman Pokok yang disertai oleh penduduk tempatan. Peranan NGO dilihat sebagai satu cabang untuk mendekatkan pihak kerajaan dengan masyarakat selaras dengan slogan kerajaan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh NGO yang terlibat pada tahun 2010 adalah seperti berikut :
Laporan Tahunan 2010 60
5.8 AKTIVITI-AKTIVITI KESEDARAN KOMUNITI YANG DIJALANKAN OLEH BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
5.8 AKTIVITI-AKTIVITI KESEDARAN KOMUNITI YANG DIJALANKAN OLEH BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
5.8.1 Global Environmental Center (GEC)
5.8.2 Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)
Tajuk Projek : Sahabat Hutan Bakau Extension Programme – Local Community Participation In Mangrove Rehabilitation And Education
Aktiviti : 1. Program Kesedaran Alam Sekitar Dan Penanaman Bakau
2. Membuat Pameran Sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia
3. Bengkel Sara Hidup Dan Perniagaan Sampingan Berasaskan Hutan Paya Laut
Penglibatan : Masyarakat Setempat, Pelajar-Pelajar Sekolah dan Pelawat
Tempat : Kuala Gula, Perak
Tempoh : Sepanjang Tahun 2010
Tajuk Projek : Program Pemuliharaan Dan Pendidikan Alam Sekitar Hutan Paya Bakau Bersama Masyarakat Tempatan Dan Para Pelajar 2010
Aktiviti : Pendidikan Alam Sekitar Berkenaan Ekosistem Hutan Bakau Dan Pesisiran Pantai Yang Berterusan Kepada Masyarakat Dan Pelajar Tempatan
Penglibatan : Pelajar Sekolah dan Penduduk Setempat
Tempat : Kedah, Pulau Pinang, Selangor Dan Terengganu
Tempoh : Sepanjang Tahun 2010
Laporan Tahunan 201061
5.8 AKTIVITI-AKTIVITI KESEDARAN KOMUNITI YANG DIJALANKAN OLEH BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
5.8 AKTIVITI-AKTIVITI KESEDARAN KOMUNITI YANG DIJALANKAN OLEH BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
5.8.3 Wetlands International (WI)
5.8.4 World Wildlife Fund Malaysia (WWF)
Tajuk Projek : Projek Yang Mengintegrasikan Pemuliharaan Hutan Bakau Dengan Penggunaan Sumber Alam Secara Mampan Di Sedili Kechil, Johor
Aktiviti : 1. Bengkel Untuk Pemuliharaan Hutan Bakau Dan Penggunaan Sumber Alam Secara Bestari
2. Penyediaan Tapak Semaian Pokok Bakau Dan Penanaman Semula Hutan Bakau
3. Ceramah Untuk Meningkatkan Kesedaran
Penglibatan : Masyarakat Tempatan dan Pelajar-Pelajar Sekolah
Tempat : Sedili Kechil, Johor
Tempoh : Sepanjang Tahun 2010
Tajuk Projek : Penglibatan Komuniti Dalam Pemuliharaan Hutan Bakau Dan Spesies Yang Sesuai Di Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands), Terengganu
Aktiviti : 1. Mengadakan Kempen ‘Sayangilah Penyu, Tuntung Dan Bakau’
2. Pelancaran Kit Pendidikan Tanah Lembap Di Zoo Negara
3. Melibatkan Aktiviti-Aktiviti Seperti Ceramah, Kuiz Pendidikan, Pameran & Penyediaan Bahan-Bahan Maklumat
Penglibatan : Masyarakat Tempatan dan Pelajar-Pelajar Sekolah
Tempat : Setiu, Terengganu Dan Zoo Negara, Kuala Lumpur
Tempoh : Sepanjang Tahun 2010
Laporan Tahunan 2010 62
5.8.6 Institut Rimbawan Malaysia (IRIM)
Tajuk Projek : Program Pelaksanaan Tapak Semaian, Tapak Penanaman dan Pengeluaran Nira Nipah (Nypa fruticans) di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu
Aktiviti : 1. Program Peningkatan Kuantiti Anak Pokok Nipah Di Tapak Semaian
2. Memperluaskan Kawasan Tapak Penanaman
3. Program Pengendalian Pengeluaran Nira Nipah
4. Program Penubuhan Taman Di Dalam Kawasan Hutan Nipah
Penglibatan : Masyarakat Setempat dan Pelajar IPT
Tempat : Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu
Tempoh : Sepanjang Tahun 2010
Tajuk Projek : Kempen Menanam Pokok Bakau di H.S. Sungai Pulai, Johor Bharu, Johor
Aktiviti : Penanaman Pokok Bakau Di Kompartmen 465, Hutan Simpan Sungai Pulai, Johor Darul Takzim
Penglibatan : Pelajar Sekolah
Tempat : H.S. Sungai Pulai, Johor Bharu, Johor
Tempoh : 3 Julai 2010
5.8.5 Mangrove Research and Conservation Unit, Institute of Oceanography, Universiti Malaysia Terengganu (MARU)
Laporan Tahunan 201063
5.8.7 Sahabat Alam Malaysia (SAM)
5.8.8 Persatuan Kawalan Hakisan Antarabangsa Malaysia (IECAM)
Tajuk Projek : Pengupayaan Komuniti Untuk Pemeliharaan & Pemuliharaan Biodiversiti Hutan Bakau 2010
Aktiviti : 1. Program Kesedaran Alam Sekitar & Ekosistem Hutan Bakau
2. Program Pendidikan Kesedaran Hutan Bakau
Penglibatan : Masyarakat Setempat, Pelajar Politeknik , Pelajar Sekolah Rendah dan Pelajar Sekolah Menengah
Tempat : Kedah dan Pulau Pinang
Tempoh : Sepanjang Tahun 2010
Tajuk Projek : Penyertaan Masyarakat Untuk Perlindungan Pesisiran Pantai Dan Pemulihan Hutan Bakau
Aktiviti : Membina Pemecah Ombak, ‘Eco-Wave Breaker’ dan Penanaman Anak Pokok Api-Api
Penglibatan : Masyarakat Orang Asli Kaum Mahmeri dan Staff dari Jabatan Perhutanan Negeri
Tempat : Pulau Carey, Selangor
Tempoh : 5-9 Julai 2010
Laporan Tahunan 2010 64
5.8.9 Jaringan Bertindak Nelayan Pantai Semenanjung (JARING)
5.8.10 Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA)
Tajuk Projek : Projek Rehabilitasi Bakau 2010
Aktiviti : Aktiviti Kesedaran Masyarakat Nelayan
Penglibatan : Pelajar Sekolah dan Masyarakat Setempat
Tempat : Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor
Tempoh : Sepanjang Tahun 2010
Tajuk Projek : Memulihara Hutan Bakau
Aktiviti : 1. Aktiviti Penanaman Pokok Bakau
2. Bengkel Kesedaran Kepentingan Hutan Paya Laut
3. Kempen dan Pameran Berkaitan Kepentingan Hutan Paya Laut
Penglibatan : Pelajar Sekolah, Pelajar Siswazah, Agensi Kerajaan dan Masyarakat Setempat
Tempat : Kedah Dan Pulau Pinang
Tempoh : Sepanjang Tahun 2010
Laporan Tahunan 201065
5.8.11 Pertubuhan Muafakat Warga Desa Negeri Kedah (RURAL CITIZENS)
Tajuk Projek : Kehijauan Pantai Kuala Muda Ke Arah Tarikan Pelancong Ke Memorial Tsunami 2004
Aktiviti : 1. Penyediaan Tapak Semaian
2. Kempen Cintai Alam Sekitar
Penglibatan : Pelajar Sekolah dan Masyarakat Setempat
Tempat : Kedah
Tempoh : Sepanjang Tahun 2010
Laporan Tahunan 2010 66