5.Peraturan Dan Perundangan Dalam Pengurusan Bengkel

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Peraturan Dan Perundangan Dalam Pengurusan Bengkel RBT

Citation preview

PENGHARGAAN

Bismillahhirrahmannirrahim. Pertama sekali kami panjatkan pujian dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana telah berjaya kami menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih kami tujukan kepada Encik Zulkifly bin Yusuf selaku pensyarah pembimbing yang telah memberikan tunjuk ajar serta bimbingan sehingga terlaksana dan terhasilnya tugasan kerja kursus kami ini. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada senior kami yang begitu banyak membantu kami dalam memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam mencari maklumat sepanjang penghasilan tugasan ini selain sokongan moral yang turut diberikan. Tidak dilupakan juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan sumbangan yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih.

PENGENALAN UNIT

Unit ini memfokuskan peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar . Unit ini menitikberatkan pengurusan personel dalam pengurusan bengkel. Anda akan didedahkan kepada agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, kesihatan dan sosial untuk semua pekerja di Malaysia serta peraturan keselamatan pekerjaan yang telah dilaksanakan. Selain itu, unit ini akan membincangkan pengurusan personel untuk sebuah panitia mata pelajaran teknik dan vokasional serta penglibatan pelajar dalam pengurusan bengkel.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar seharusnya dapat :1. Mengenal pasti peranan dan fungsi jabatan-jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk keselamatan, kesihatan dan sosial pekerjaan.2. Menghuraikan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dipraktikkan di Malaysia dan peraturan-peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan 1996.3. Menghuraikan bentuk pengurusan personel yang lazim dalam organisasi bengkel sekolah dan latihan personel yang sesuai.4. Merancang penglibatan personel dalam pengurusan bengkel yang efisien.

CARTA ORGANISASI UNIT 5

PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL

14.1 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 14.2 Institusi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 14.3 Pertubuhan Keselamatan Sosial

14.3.1 Misi Perkeso14.3.2 Strategi Perkeso14.3.3 Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan14.3.4 Pendaftaran Perkeso14.3.5 Caruman Perkeso14.3.6 Skim Insurans Bencana Pekerjaan.

14.2.1 Peranan Institusi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan( NIOSH )

14.1.1 Objektif JKKP14.1.2 Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan14.1.3 Perundangan14.1.4 Perkhidmatan JKKP

MODUL PEMBELAJARANPERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL

PENGENALANPengurusan bengkel sekolah menekankan peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta memastikan keselamatan terjamin dan keperluan kesihatan dipatuhi. Oleh itu, mewujudkan keadaan yang selamat dan sihat merupakan matlamat utama pengurusan bengkel. Prosedur, peraturan dan undang-undang keselamatan di makmal sains dan bengkel-bengkel dinyatakan Dalam Panduan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia. Para guru teknik dan vokasional perlu didedahkan kepada aspek perundangan seperti akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang sedang dikuatkuasakan. Pelbagai jabatan dan institusi yang telah diberi peranan mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan.

Selaras dengan kehendak dan peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan berkaitan , penekanan terhadap falsafah keselamatan dan kesihatan meliputi :

1. mengelakkan kecederaan dan kehilangan nyawa.2. menjimatkan wang ringgit dan mengelakkan kerugian.3. menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti.4. mengekalkan moral mereka yang terlibat dalam aktiviti pekerjaan.

Antara faedah mengamalkan keselamatan dan kesihatan di bengkel sekolah bagi :

1. membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan penyakit pekerjaan.2. mengelakkan kerugian daripada kerosakan dan kemusnahan harta benda.3. pekerjaan dijalankan dengan tekun , efisien dan produktif. 4. menghasil produk dan perkhidmatan yang berkualiti dikendalikan secara berterusan dalam jangka masa panjang.5. meningkatkan produktiviti.6. meningkatkan keupayaan bersaing.

OBJEKTIFDi akhir bab ini, anda seharusnya dapat :

1. Mengenalpasti peranan dan fungsi badan-badan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan, kesihatan dan sosial bagi majikan dan pekerja.

2. Menghuraikan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dipraktikkan di Malaysia.

3. Menerangkan peraturan-peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Dan 1996.

14.1 JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN ( JKKP )

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan didirikan pada tahun 1878 apabila pemeriksa jentera pertama dilantiik. Selepas itu, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Jentera sehingga tahun 1970. Kemudian nama jabatan ditukar kepada Jabatan Kilang Dan Jentera (JKJ). Dengan terwartanya akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan pada tahun 1994 jabatan ini sekali lagi menukar nama Kepada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) . JKKP kini merupakan agensi kerajaan utama yang berfungsi memastikan keselamatan , kesihatan dan kesejahteraan pekerja semasa bekerja.Untuk mencapai matlamat yang dinyatakan di atas, JKKP melaksanakan tiga aktiviti penting iaitu :1. perumusan piawaian2. penguatkuasaan3. penggalakan

JKKP akan menggubal peraturan , kod amalan dan garis panduan yang berkaitan dari semasa ke semasa untuk membimbing para majikan dan pekerja. Bagi memastikan perkara tersebut dipatuhi , jabatan ini menjalankan aktiviti penguatkuasaan dengan berkesan. Untuk tujuan ini, JKKP mempunyai pejabat cawangan di setiap negeri kecuali negeri Perlis. JKKP juga jalankan aktiviti penggalakan dengan memberi ceramah dan menganjurkan pameran serta kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Tujuannya ialah meningkatkan kesedaran majikan ,pekerja dan masyarakat mengenai pentingnya KKP untuk mewujudkan satu budaya kerja yang selamat dan sihat.

Objektif JKKP1. Menggubal dan mengkaji dari semasa ke semasa melalui proses tripartisme dasar, undang-undang, dan garis panduan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.2. Menjalankan kegiataan penguatkuasaan dan galakan.3. Membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakan , latihan, penyebaran maklumat dan penyelidikan untuk agensi kerajaan dan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sebagainya dalam usaha untuk meningkatkan lagi taraf keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.

14.1.2 Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan mempunyai dasar untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.Secara khususnya dasar JKKP ialah :1. menyediakan dan menyelenggarakan tempat kerja yang selamat dan sihat.2. memastikan bahawa semua kakitangan telah diberi maklumat, arahan,latihan dan penyeliaan mengenai cara menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.3. menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi.4. mematuhi kehendak perundangan berkenaan keselamatan dan kesihatan dan peraturan-peraturannya dan taat amalan yang diluluskan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.5. menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja6. mengkaji semula dasar ini apabila perlu.

JKKP bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ini akan tercapai melalui perumusan piawai, penguatkuasaan, penggalakan, dan penyediaan khidmat nasihat dengan :

1. membangunkan sebuah organisasi yang bertenaga, bersemangat dan memandang ke arah kebersihan.2. mewujudkan dan penyelenggara sekumpulan tenaga kerja yang profesional serta berdaya saing mengikut perkembangan semasa.3. merumuskan perundangan, kod amalan dan garis panduan yang menyeluruh serta berkesan, yang menyediakan asas sesuai unutuk pengaturan diri, kerjasama dan usaha sama.4. menjalankan penguatkuasaan yang strategik dan berkesan.5. menggalakkan pelanggan dan masyarakat umum supaya menyertai secara aktif usaha membentuk budaya kerja selamat dan sihat.6. menggunakan teknologi dan teknik yang sesuai dalam menjalankan urusan.7. membandingkan tahap amalan keselamatan dan kesihatan negara kita dan negara negara yang maju.

14,1.3 PerundanganPeraturan-peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ( Akta 514 ) telah mendapat kelulusan Parlimen pada tahun 1963 dan diwartakan pada Februari 1994. Dengan kelulusan akta ini, mulai April 1994 Jabatan Kilang dan Jentera dikenali sebagai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP ) sementara pegawai Pemeriksa dikenali sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.Di bawah akta ini sektor-sektor industri yang terlibat adalah seperti berikut :a) pengilanganb) perlombongan dan penguraianc) pembinaand) pertanian, perhutanan dan perikanane) kemudahan-gas, elektrik, airf) pengangkutan. penyimpanan dan komunikasig) perdagangan borong dan runcith) hotel dan restoran

Selain itu, terdapat beberapa peraturan yang dilaksanakan bersama Akta 514, iaitu:1. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan( Penyata) Dasar Am Keselamatan dan Kesihatan Majikan ( Pengecualian ) tahun 1995.2. Peraturan Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan ( Pengawalan Kemalangan Bahaya Besar Industri) .3. Peraturan Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan ( Klasifikasi, Pembungkusan Perlabelan Bahan Kimia Berbahaya ).4. Peraturan Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan ) tahun 1996..5. Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Pegawai Keselaamatan Dan Kesihatan) tahun 1997.6. Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Penggunaan Dan Piawaian Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan ) tahun 2000.7. Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan) tahun 1997.8. Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Larangan Penggunaan Bahan ) tahun 19979. Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Larangan Penggunaan Bahan ) tahun 199910.Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Larangan Penggunaan Bahan) tahun 1999, telah diwartakan pada 12 Julai 1999 dan mula berkuatkuasa pada 2 Ogos 1999. Terdapat juga peraturan-peraturan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 yang terus berkuatkuasa iaitu : Factories And Machinery ( Certificates Of Competency Examinations ) Factories And Machinery ( Electric Passenger And Goods Lift )Regulations 1970. Factories And Machinery ( Fencing Of Machinery And Safety )Regulations 1970 Factories And Machinery ( Notification Of Fitness And Inspections)Regulations 1970 Factories And Machinery ( Person In Charge ) Regulations 1970 Factories And Machinery ( Safety,Health And Welfare ) Regulations 1970 Factories And Machinery ( Steam Boilers And Unfired Pressure Vessel )Regulations 1970 Factories And Machinery ( Administration ) Regulations 1970 Factories And Machinery ( Compounding Of Offences ) Rules 1978 Factories And Machinery ( Compoundable Offences ) Regulations 1978 Factories And Machinery ( Leads ) Regulations 1984 Factories And Machinery ( Abestos ) Regulations 1984 Factories And Machinery ( Building Operations And Works Of EngineeringConstruction) ( Safety ) Regulations 1986 Factories And Machinery ( Noise Exposure ) Regulations 1989 Factories And Machinery ( Mineral Dust ) Regulations 1989

Perintah ini dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan di bawah seksyen 35 (1) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, yang memberi kuasa kepada beliau untuk mengeluarkan perintah bagi melarang penggunaan sebarang loji dan bahan yang akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja.Perintah melarang penggunaan bahan-bahan telah dibuat berdasarkan maklumat dan kajian yang telah dijalankan oleh pelbagai institusi dan pertubuhan antarabangsa seperti Agensi Antarabangsa Bagi Penyelidikaan Barah ,yang mengesahkan bahawa bahan-bahan yang dilarang penggunaanya telah terbukti sangat berbahaya dan mempunyai risiko kesihatan yang sangat tinggi terhadap pekerja-pekerja yang terdedah kepada bahan-bahan ini.

14.1.4 Perkhidmatan JKKP

Perkhidmatan JKKP merujuk kepada aktiviti-aktiviti utama jabatan seperti berikut :a) Penyediaan Piawaian ( Standard ) PERKHIDMATAN JKKP - penyediaan piawaian - penguatkuasaan -promosi dan publisiti -menjadi urusetia Majlis Negara bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaani) Kajian dasarDari semasa ke semasa , JKKP akan menjalankan kajian ke atas dasar-dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang sedia ada untuk meninjau sejauh mana dasar-dasar tersebut telah mencapai tujuan asal yang dirangkakan. Dasar-dasar tersebut, jika didapati perlu, akan dipinda mengikut kehendak dan keadaan semasa supaya mencapai matlamat untuk mewujudkan budaya kerja selamat dan sihat di kalangan semua majikan dan pekerja melalui pendekatan pengaturan diri.ii) Penggubalan peraturan, garis panduan dan kod amalan industri baru. Untuk membantu pihak industri menyempurnakan tanggungjawab am mereka dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti yang dikehendaki oleh Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Jabatan ini talah dan sedang menggubal dan meminda peraturan-peraturan yang sedia ada dalam proses menyediakan peraturan-peraturan , garis-garis panduan dan kod amalan industri yang baru.

Peraturan-peraturan baru atau tambahan kepada peraturan sedia ada seperti berikut -Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Penyataan Am Keselamatan Dan Kesihatan Majikan ) ( Pengecualian) 1995.-Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian ) 1996-Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan ) 1996-Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Pengelasan, Pembungkusan Dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997-Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan ) 1997-Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan) 1997-Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan ) 2000-Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Larangan Penggunaan Bahan ) 1999b) PenguatkuasaanJKKP bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja serta melindungi orang lain daripada bahaya yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti pekerjaan. JKKP menjalankan aktiviti penguatkuasaan ke atas industri-industri yang diliputi oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang dan Jentera 1967 dan sebahagian daripada Akta Petroleum ( langkah-langkah keselamatan ) 1984, iaitu yang berkaitan dengan penghantaran, pengstoran dan penyelenggaraan.

Aktiviti-aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan oleh JKKP ditunjukkan dalam jadual 14.1 seperti berikut : AktivitiPenerangan

kelulusanmengeluarkan kelulusan dan kebenaran bagi reka bentuk dan prosedur membaik pulih dandang atau enjin stim, pengandung tekanan tak berapi dan mesin angkat.

pendaftaranmendaftarkan kilang dan jentera-jentera yang memerlukan sijil perakuan kelayakan.

pengikhtirafansijil diberi kepada pekerja yang berkebolehan dalam bidang pengendalian dandang stim, pemasangan dan penyelenggaraan lif penumpang, mengawal kadar bising habuk, pemeriksaan dan pengujian sistem pengalihudaraan ekzos setempat, kerja kimpalan ke atas jentera-jentera tertentu dan penyediaan laporan keselamatan.

pemeriksaanmelaksanakan pemeriksaan awal, ulangan, tambahan atau khas ke atas dandang-dandang stim, pengandung-pengandung tekanan tak berapi, mesin-mesin angkat, premis-premis kilang dan tempat-tempat kerja yang lain.

siasatan kemalangan dan aduanpenyiasatan ke atas kemalangan dan penyakit perusahaan.

c) Promosi Dan PublisitiBagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan majikan dan pekerja, JKKP berusaha untuk memberi penerangan dan tunjuk ajar supaya semua perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat dipatuhi. Sebagai rakan kongsi dalam melaksanakan dasar Persyarikatan Malaysia, JKKP berpendapat bahawa semua pelanggan JKKP perlu diberikan maklumat yang secukupnya mengenai bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Oleh itu, pelbagai aktiviti promosi dan publisiti dilaksanakan untuk menyebarkan maklumat keselamatan dan kesihatan.

Antara aktiviti dan usaha promosi dan publisiti yang telah dijalankan oleh JKKP adalah : menganjurkan ceramah dan latihan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. menjalankan kerja-kerja promosi dan galakan seperti kempen dan menganjurkan pameran yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. memberi khidmat nasihat berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada agensi-agensi awam, swasta serta persatuan-persatuan. mengumpul dan menyediakan maklumat berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk rujukan ,pinjaman dan sebaran.

d) Menjadi Urusetia Majlis Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan PekerjaanAkta Keselamatan Dan Kesihatan memberi kuasa kepada Menteri Sumber Manusia untuk menubuhkan sebuah majlis yang dinamakan Majlis Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. Majlis ini akan membincang , mengkaji, dan menyiasat melalui proses tripartisme mengenai peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia juga boleh mengemukakan syor-syor kepada menteri mengenai perkara yang selaras dengan tujuan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan bagi memperbaiki tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di semua sektor industri. Seorang pegawai kanan JKKP telah dilantik sebagai Setiausaha kepada Majlis tersebut.

14.2 Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (National Institute Of Occupational Safety & Health (NIOSH))Institut Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan kebangsaan (NIOSH) telah ditubuhkan pada 1 Disember 1992 di bawah. Akta Syarikat 1965. Sebagai sebuah syarikat berhad ia diharap menjadi pemangkin kritikal dan tulang belakang bagi mewujudkan budaya kerja yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan. NIOSH ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang ahlinya terdiri daripada pihak kerajaan dan swasta. Ia berkuasa autonomi dan bertindak dengan lebih berkesan dengan kekangan birokrasi pentadbiran yang paling minimum.NIOSH mempunyai misi untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Sementara visi NIOSH adalah mewujudkan persekitaran pekerjaan yang sihat dan selamat di Malaysia.

14.2.1 Peranan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)Peranan NIOSH adalah seperti berikut: Memastikan persekitaran pekerjaan adalah selamat dan sihat untuk semua pekerja. Menerima dan menilai hasil daripada setiap operasi dengan mengambil kira keperluan perundangan, piawaian kebangsaan dan antarabangsa serta mematuhi kod amalan yang ditetapkan. NIOSH akan menentukan sumber dan latihan yang mencukupi bagi sesuatu tempoh yang sewajarnya. Pengurusan keselamatan Dan kesihatan akan terus diberi perhatian untuk tujuan penyemakan serta memastikan pembaikan berterusan

14.3 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai jabatab kerajaan pada 1 Januari 1971 bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 dan kemudian menjadi sebuah badan berkanun mulai 1 Julai 1985.PERKESO mentadbirkan skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada para pekerja menghadapi kejadian di luar jangkaan seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian.Objektif skim keselamatan sosial adalah untuk menjamin pembayaran faedah kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangkaan terhadap pekerja itu. Perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan vokasional juga disediakan. Di samping itu, PERKESO juga mengambil langkah untuk mencegah kejadian kemalangan dan meningkatkan tahap keselamatan pekerjaan. Kemudahan pemulihan adalah bertujuan untuk membolehkan pekerja ditimpa bencana kembali bertugas secepat mungkin.

14.3.1 Misi PERKESOPERKESO bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan sosial dan ekonomi semua rakyat Malaysia yang bekerja. Tanggungjawab PERKESO dijalankan menerusi cara berikut: Melaksanakan prinsip Insurans Keselamatan Sosial Menyediakan perkhidmatan yang cepat, berkualiti dan cekap pada kos yang paling ekonomik (cost-effectiveness) dengan menggunakan teknologi canggih serta pembangunan sumber manusia Mengkaji struktur faedah yang disediakan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kemampuan kewangan dan sistem pemberian faedah. Seboleh-bolehnya tanpa kenaikan kadar caruman, usaha yang diambil untuk memelihara dan meneguhkan kumpulan wang PERKESO boleh dijalankan melalui pengurusan kewangan dan pelaburan yang baik. Memupuk dan menggalakkan kesihatan serta keselamatan pekerjaan di kalangan pekerja dan majikan.

14.3.2 Strategi-strategi PERKESO Strategi-strategi PERKESO adalah seperti berikut: Mengutamakan kepentingan Negara dan organisasi setiap masa Memberi perkhidmatan yang berkualiti, adil, tepat, cepat dan ekonomi kepada pelanggannya Meningkatkan kemahiran serta kepakaran kakitangan PERKESO disamping penggunaan teknologi canggih bagi meningkatkan perkhidmatannya. Memelihara serta menguatkan kumpulan wang dibawah tanggungjawab PERKESO supaya menjadi lebih teguh. Menghayati nilai-nilai murni di kalangan kakitangan PERKESO. Bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dengan keselamatan social14.3.3 Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Maklumat PERKESO ialah untuk mencapai sebuah organisasi yang sihat dan selamat berlunaskan prinsip bahawa keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah tanggungjawab semua. Pengurusan dan kakitangan PERKESO berhasrat untuk membentuk amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja supaya dapat membendung kecederaan akibat pekerjaan di samping kerosakan harta benda dan nyawa.Organisasi ini menjamin kejayaan dasar ini dengan: Memperkembangkan program untuk melatih pekerja mengenai kesihatan dan pencegahan kemalangan. Menyamai hemah untuk mengawal tindakan individu yang akan memudaratkan kesihatan dan keselamatannya serta orang lain. Sentiasa menepati perubahan piawaian keselamatan dan kesihatan, tren serta teknik. Memeriksa secara kerap ke atas kemudahan-kemudahan pejabat untuk mengenal pasti dan membetulkan apa-apa kelemahan dari segi keselamatan dan kesihatan. Mengkaji pelan loji baru atau kemudahan, kelengkapan pejabat supaya reka bentuk dan pembinaannya terjamin. Memastikan kerja pemasangan peralatan dan operasinya adalah mengikut peraturan-peraturan kerajaan.

Pengurusan PERKESO beriltizam untuk menjamin setiap orang dalam organisasi memahami serta menerima yang dia mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatannya sendiri dan juga persekitarannya.

14.3.4 Pendaftaran PERKESOSetiap pekerja yang didaftarkan dengan PERKESO akan diberikan Nombor Pendaftaran Keselamatan Sosial. Sekiranya manikin masih belum mendaftarkan pekerjanya dengan PERKESO, maka mereka perlu menghubungi pejabat tempatan PERKESO yang berhampiran.

Pendaftaran majikan dan pekerja adalah seperti berikut:

Takrif MajikanMajikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja dan lebih dikehendaki mandaftar dan membayar caruman setiap bulan kepada PERKESO.

Takrif PekerjaSeseorang yang ditawarkan pekerjaan oleh sesebuah majikan dibawah kontrak perkhidmatan atau perantisan merupakan seorang pekerja seperti mana takrifan di bawah Akta. Sekiranya pekerja berkenaan menerima gaji bulanan sebanyak RM2000 atau kurang, pekerja berkenaan diwajibkan untuk mencarum dengan PERKESO. Perlindungan PERKESO hanyalah untuk pekerja warganegara Malaysia. Semua pekerja yang layak, perlu didaftar dan dicarum dengan PERKESO tanpa mengira status perkhidmatannya sama ada sementara, sambilan, percubaan atau telah disahkan dalam jawatan.Bagi pekerja yang menerima gaji lebih daripada RM2000 sebulan dan belum pernah berdaftar serta mencarum dengan PERKESO, mereka diberi pilihan sama ada bersetuju ataupun tidak untuk turut dilindungi dibawah Akta ini. Persetujuan perlu diperolehi daripada kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja.

14.3.5 Caruman PERKESOMajikan perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta. Caruman pekerja sebanyak 0.5% perlu dibayar untuk perlindungan di bawah Skim Pencen Ilat dan caruman majikan 1.25% bagi perlindungan di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan. Kedua-dua kadar caruman tersebut adalah berdasarkan kepada jumlah gaji bulanan yang dibayar kepada seseorang pekerja berkenaan. Caruman perlu dibayar mulai bulan pertama pekerja itu diambil bekerja.Jenis dan kategori caruman dibahagikan kepada:i. Jenis PertamaCaruman dibayar oleh majikan dan pekerja untuk Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

ii. Jenis KeduaCaruman dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan. Caruman jenis ini hanya untuk pekerja yang tidak dilindungi di bawah Skim Pencen Ilat.Bank yang dilantik dikehendaki memindahkan kutipan caruman pada hari bekerja pertama setiap minggu atau apabila amaun kutipan caruman mencapai jumlah RM20,000 mengikut mana yang terdahulu ke akaun PERKESO di Malayan Banking Bhd iaitu Akaun Kumpulan Wang Keselamatan Sosial.

14.3.6 Skim Insurans Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan ini memberi perlindungan kepada pekerja terhadap:

i.Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan

Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan dan berpunca daripada pekerjaannya.

ii.Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan

Mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanyaAntara tempat kerjanya dengan tempat makan dalam waktu rehat yang dibenarkanApa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya

Nota : Dengan syarat kemalangan itu tidak berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau apa-apa lencongan pada waktu perjalanan itu.

iii.Kemalangan Semasa KecemasanKemalangan yang berlaku sewaktu kecemasan dalam atau berdekatan premis majikan bagi tujuan membantu, menyelamat atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya bagi mengelakkan atau mengurangkan kerosakan harta di premis itu.

Contoh : kebakaran di premis majikan.

iv.Penyakit KhidmatPenyakit yang berpunca akibat pekerjaannya. Senarai penyakit dan agen penyebab penyakit boleh dirujuk di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.

Contoh: Hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berpanjangan, penyakit sesak nafas atau asma akibat tersedut habuk atau serbuk bagi pekerja-pekerja di kilang papan.

Cara Melaporkan KemalanganLaporan kemalangan atau penyakit khidmat boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:Laporan Kemalangan (Borang 21) atauLaporan Penyakit Khidmat PKS(P) 68 (sekiranya masih bekerja) atau Notis Penyakit Khidmat PKS(P) 69 (sekiranya telah berhenti kerja)Salinan kad pengenalanSalinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu)Bagi kemalangan jalanraya atau luar tempat kerja

-Laporan Polis asal

-Peta lakar (yang menunjukkan tempat mula perjalanan, laluan yang diikuti, tempat kemalangan dan tempat yang dituju)

Tempoh Lapor KemalanganMajikan hendaklah melaporkan kemalangan dalam tempoh 48 jam selepas dimaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa pekerjanya.

Faedah-faedah skim ini adalah seperti berikut:

(a) Faedah perubatan Perlindungan kepada pekerja yang ditimpa Bencana Pekerjaan atau mengidap penyakit khidmat berhak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan. Pekerja yang menerima rawatan di klinik panel PERKESO hendaklah meneruskan rawatan sehingga pulih. Perpindahan tempat rawatan ke hospital kerajaan hanya boleh dibuat atas rujukan panel berkenaan sahaja. Bagi kecederaan parah, rawatan mestilah diperolehi, dari hospital kerajaan dan pekerja akan diberikan rawatan di wad kelas dua. Rawatan pakar di hospital kerajaan diberikan jika diperlukan.

(b) Faedah hilang upaya sementara Bergantung kepada jumlah hari yang disahkan oleh doktor sebagai bilangan hari mereka tidak berupaya bekerja iaitu sekurang-kurangnya empat hari termasuk hari kemalangan. Faedah akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Faedah tidak akan dibayar pada tempoh cuti sakit. Kadar harian faedah akan dibayar ialah 80% dari gaji harian purata anggapan pekerja. Sekiranya pekerja menerima gaji kurang dari RM10.00 sehari, faedah minimum akan dibayar pada kadar RM10.00. Kadar maksimum yang boleh dibayar ialah RM52.00 sehari bagi pekerja yang bergaji lebih RM1900 sebulan.

(c) Faedah hilang upaya kekal Diberi perlindungan di bawah Skim Pencen Ilat. Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada seorang pekerja terhadap keilatan atau kematian diakibatkan oleh sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Keilatan bermaksud, suatu keuzuran yang serius, kekal dan tidak boleh atau tidak mungkin akan sembuh dan yang akan menyebabkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga keupayaan seseorang pekerja yang normal.

(d) Elaun layanan sentiasa Penerima Pencen Ilat juga berhak menerima elaun ini jika dia tidak berupaya dengan sendiri dan sentiasa memerlukan bantuan orang lain. Kadar elaun ialah 40% daripada kadar Pencen Ilat yang dikurangkan tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500.00 sebulan. Kelayakan untuk mendapatkan elaun ini diputuskan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan dan bayarannya dibuat terus kepada penerima faedah.

(e) Faedah orang tanggungan ( Pencen penakat)

Pencen ini dibayar kepada orang tanggungan pekerja yang mati akibat sebab-sebab berikut:

(i) Semasa seseorang pekerja menerima pencen ilat tidak kira berapa umurnya.(ii) Semasa pekerja (yang bukan menerima pencen ilat) belum mencapai umur 55 tahun meninggal dunia tetapi telah memenuhi sama ada syarat kelayakan caruman penuh atau syarat kelayakan caruman yang dikurangkan.

Kelayakan caruman penuhCaruman bulanan berkenaan telah dibayar bagi sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan kematiannya; atau caruman bulanan berkenaan telah dibayar bagi tidak kurang daripada 2/3 bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Pencen Ilat dengan tarikh kematiannya. Ia juga tertakluk kepada syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 24 bilangan.

Kelayakan caruman yang dikurangkanSeseorang pekerja disifatkan telah memenuhi syarat kelayakan caruman yang dikurangkan jika caruman bulanan berkenaan telah dibayar bagi tidak kurang daripada 1/3 bulan bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Pencen Ilat dengan tarikh kematiannnya. Ia juga tertakluk kepada syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam tempoh tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 24 bilangan.

Kadar pencen penakatJika seorang pekerja yang meninggal dunia itu adalah penerima pencen ilat, kadar penuh pencen penakat adalah sama banyak dengan kadar pencen ilat yang diterimanya. Sekiranya pekerja yang meninggal dunia itu bukan penerima pencen ilat, kadar penuh pencen penakat jika memenuhi syarat kelayakn caruman penuh ialah di antara 50% hingga 65% daripada gaji bulanan puratanya bergantung kepada bilangan caruman yang dibuat. Bagi pekerja yang memenuhi syarat kelayakan caruman yang dikurangkan, kadar penuh pencen penakatnya adalah sebanyak 50% dari gaji bulanan puratanya. Orang tanggungan yang layak menerima pencen ini adalah sama seperti di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan.

(f) Faedah pengurusan mayat

Faedah pengurusan mayat akan dibayar bagi pekerja-pekerja yang meninggal dunia ketika: Sedang menerima pencen ilat Sebelum mancapai umur 55 tahun dan telah memenuhi syarat kelayakan caruman penuh atau syarat kelayakan caruman yang dikurangkan. Amaunnya dan orang yang layak menerima faedah ini adalah sama seperti di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan.

(g) Faedah pemulihan

Pekerja yang menghidap keilatan juga berhak menerima faedah pemulihan seperti pemulihan jasmani dan vokasional seperti mana yang diperuntukkan di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan.

(h) Faedah pendidikan

Faedah ini juga ditawarkan kepada anak tanggungan pekerja yang sedang menerima bayaran faedah bulanan di bawah pencen ilat dan pencen penakat. Semua syarat dan jumlah pinjaman adalah sama seperti faedah pendidikan di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan.

LATIHAN

1. Nyatakan tiga objektif utama penubuhan JKKP . ( 6 markah )2. Senaraikan empat sektor industri yang terlibat di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ( akta 514 ) . ( 4 markah )3. Nyatakan empat peraturan yang dilaksanakan bersama Akta 514 . ( 8 markah )4. Nyatakan dua peraturan di bawah Akta Kilang Dan Jentera 1967 . ( 4 markah )5. Apakah kaitan antara JKKP dan Majlis Negara bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan? ( 2 markah )6. Apakah fungsi Majlis Negara bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ? ( 4 markah )7. Nyatakan tugas penguatkuasaan JKKP . ( 2 markah )8. Mengapakah tugas publisiti dan promosi merupakan tugas penting JKKP ? ( 2 markah )9. Berikan dua peranan NIOSH . ( 4 markah )10. Nyatakan empat strategi PERKESO . ( 8 markah )11. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PERKESO untuk menjayakan perlaksanaan Dasar Keselamatan dan Kesihatan ? ( 6 markah )

RUMUSAN

Dalam bab ini , anda telah mempelajari tentang fungsi dan peranan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta peraturan di bawah Akta Keselamataan Dan Kesihatan Pekerjaan, objektif dan fungsi institusi Kebangsaan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( NIOSH ) dan peranan PERKESO dalam memberi perlindungan kepada para pekerja. kesemua agensi dan akta yang anda belajar dalam bab ini adalah bertujuan untuk memberi perlindungan kepada pekerja dan majikan dari segi keselamatan, kesihatan dan sosial.

REFLEKSI

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya kami dapat melaksanakan tugasan kerja kursus yang telah diberikan. Kami telah menerima tugasan ini oleh pensyarah pembimbing kami iaitu En. Zulkifly Bin Yusuf bagi subjek RBTS3023 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel. Menerusi tugasan ini, kami perlu melaksanakan modul pembelajaran bagi unit 5 iaitu Peraturan Dan Perundangan Dalam Pengurusan Bengkel serta mencipta pelan Bilik Jahitan bagi abad ke-21. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang banyak memberi penerangan dan tunjuk ajar .Selain itu,tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang sangat membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Kami satu kelas menjayakan tugasan ini dengan penuh harapan yang tinggi untuk berjaya.

Subjek Pengurusan dan Keselamatan Bengkel ini sangat membantu kami dan rakan-rakan untuk mengajar kelak. Ilmu pengetahuan yang kami dapat sangat membantu dalam tugasan yang diberikan kepada kami. Sementara itu, segala nilai-nilai yang baik dapat dipraktikkan. En. Zulkifly banyak membantu dalam bagaimana untuk mencari maklumat,mengulas isi dan melakar pelan. Selain itu, semasa menjalankan tugasan yang diberikan, kelemahan kami ialah kami masih tidak mahir membuat pelan menggunakan perisian autocad. Bagi kami tugasan ini sangat sukar kerana ia memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran ICT yang mendalam.

Namun, atas bantuan pensyarah, rakan-rakan dan juga sumber rujukan di perpustakaan, kami semakin jelas mengenai kepentingan pengurusan dan keselamatan bengkel kepada semua golongan yang terlibat. Kami keluar dari kelemahan kami dengan cara selalu bertanya mengenai perkara yang kurang difahami kepada orang sekeliling. Kami juga mencari bahan bacaan yang berkaitan dengan tajuk supaya kami lebih jelas mengenainya. Alhamdulillah, kami cuba buka minda dan positifkan diri serta cuba mencari jalan penyelesaian masalah bagi tugasan ini. Sekian terima kasih.

RUJUKAN

(2015). In Pengurusan Dan Keselamatan Bengkel. Shah Alam: Universiti Terbuka Malaysia.Fatimah, S. (2011, November Isnin). Pengurusan Bengkel. Retrieved from http://khskcyberjaya.blogspot.com/2011/11/pengurusan-bengkel-kh.htmlMusa, A. (2012, Julai 27, Jumaat). Keselamatan di dalam bengkel . Retrieved from http://mayrbt3119.blogspot.com/2012/07/keselamatan-di-dalam-bengkel-makmal.html

LAMPIRAN

33