6
6.0 CARA MENGUTIP DATA Data dikumpulkan dan dinilai untuk memastikan tahap keberkesanan pendekatan kontekstual yang dijalankan. Data dikutip berdasarkan lima peringkat instrumen yang dijalankan ke atas peserta kajian iaitu pemerhatian, ujian pra, ujian pasca, soal selidik, analisis gambar foto. Setiap instrumen mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Instrumen-instrumen ini dipilih bagi menjawab soalan dan objektif kajian. Jadual 11: Instrumen Pengumpulan Data Objektif kajian Instrumen pengumpulan data Murid dapat meningkatkan pencapaian prestasi dalam tajuk proses perubahan keadaan bahan pemerhatian, ujian pra, ujian pasca, soal selidik, analisis gambar foto. Pendekatan kontekstual dapat meningkatkan minat murid dalam tajuk proses perubahan keadaan bahan pemerhatian, soal selidik, analisis gambar foto.

6 Cara Mengutip Data

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 6 Cara Mengutip Data

6.0 CARA MENGUTIP DATA

Data dikumpulkan dan dinilai untuk memastikan tahap keberkesanan pendekatan

kontekstual yang dijalankan. Data dikutip berdasarkan lima peringkat instrumen yang

dijalankan ke atas peserta kajian iaitu pemerhatian, ujian pra, ujian pasca, soal selidik,

analisis gambar foto.

Setiap instrumen mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Instrumen-

instrumen ini dipilih bagi menjawab soalan dan objektif kajian.

Jadual 11: Instrumen Pengumpulan Data

Objektif kajian Instrumen pengumpulan data

Murid dapat meningkatkan pencapaian prestasi dalam tajuk

proses perubahan keadaan bahan

pemerhatian, ujian pra, ujian pasca, soal selidik, analisis gambar foto.

Pendekatan kontekstual dapat meningkatkan minat murid

dalam tajuk proses perubahan keadaan bahan

pemerhatian, soal selidik, analisis gambar foto.

6.1 Ujian Pra

Ujian pra yang telah dijalankan adalah melibatkan 6 orang peserta kajian tahun 5

untuk menguji kefahaman murid mengenai tajuk keadaan bahan. Terdapat 10 soalan

Page 2: 6 Cara Mengutip Data

objektif dan satu soalan kloz. Jumlah markah bagi ujian pra ialah 15 dan akan dijadikan

dalam bentuk peratusan 100%. Setiap soalan yang diberikan memenuhi objektif kajian

yang pertama.

Tahap kesukaran soalan ujian adalah hampir sama dengan ujian pasca nanti

supaya guru dapat membanding beza keputusan ujian sebelum dan selepas

menggunakan pendekatan kontekstual.

6.2 Ujian Pasca

Ujian pasca dijalankan selepas pelaksanaan pendekatan kontekstual. Hal ini

bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah yang digunakan mampu

membantu murid dalam menamakan proses perubahan keadaan bahan dan menentukan

kebolehpercayaan pelaksanaan pendekatan kontekstual.

Tahap kesukaran soalan yang digunakan adalah hampir sama dengan soalan yang

diberikan ketika ujian pra. Contoh soalan ujian pra seperti dalam Lampiran A dan pasca

sama seperti Lampiran B.

6.3 Pemerhatian Berstruktur.

Pemerhatian ialah proses mengutip maklumat secara langsung dengan melihat sendiri

situasi yang sebenarnya sedang berlaku; bukannya sekadar mendengar daripada pihak

Page 3: 6 Cara Mengutip Data

ketiga (Choong, 2011). Melalui pemerhatian, saya dapat mengamati sesuatu tingkah laku

subjek berpandukan pembolehubah yang telah dikenalpasti berpandukan borang senarai

semak pemerhatian (Lampiran C). saya telah melihat situasi yang berlaku dan

kemudiannya membuat analisis atau interpretasi tentang pemerhatian berdasarkan

pengalaman, pengetahuan dan kepakaran.

Keadah pemerhatian ini biasa digunakan dalam kajian etnografi sebagaimana

lazimnya seseorang penyelidik akan turut menyertai sebahagian daripada kehidupan

biasa kumpulan dan menggunakan dapatan yang diperolehi dan dipelajari daripada

peyertaan ini untuk memahami interaksi antara ahli kumpulan tersebut (Akhiar Pardi,

Shamsina Samsuddin, 2011).

Pemerhatian dijalankan ketika peserta kajian melakukan aktiviti dalam stesen

dan menamakan proses perubahan keadaan bahan. Satu senarai semak mengenai perkara

yang perlu diperhati dijadikan sebagai perkara yang dilihat sepanjang aktiviti dijalankan.

6.4 Soal selidik

Saya juga mengedarkan borang soal selidik (Lampiran C) untuk mendapatkan reaksi

peserta kajian berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berfokus

kepada keseronokan belajar. Borang soal selidik yang diberikan kepada peserta kajian

berbentuk soalan tertutup yang menggunakan Skala Likert, peserta kajian harus memberi

skala ( 1 hingga 5) bagi setiap item soal selidik tersebut. Soalan bagi soal selidik yang

dibina adalah menjurus kepada objektif kajian iaitu meningkatkan minat murid dalam

Page 4: 6 Cara Mengutip Data

tajuk proses perubahan keadaan bahan dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai,

jelas, mudah difahami, soalan tidak terlalu panjang serta tiada diskriminasi jantina

mahupun agama.

Semasa sesi soal selidik dijalankan, saya terlebih dahulu membaca dan

menjelaskan setiap item soal selidik beserta skala kepada peserta kajian. Saya memberi

penerangan yang teliti bagi setiap item bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan peserta

kajian. Saya juga mengingatkan peserta kajian supaya menjawab soal selidik tersebut

dengan jujur dan telus. Berdasarkan dapatan daripada soal selidik tersebut, saya dapat

membuat kesimpulan bahawa pendekatan kontekstual dapat meningkatkan minat murid

dalam tajuk proses perubahan keadaan bahan dengan suasana yang menyeronokkan.

6.5 Koleksi Gambar Foto

Melalui koleksi gambar foto, ia boleh menerangkan sesuatu situasi. Contohnya,

murid sedang melakukan tugasan dalam kelas, situasi yang berlaku di belakang guru,

kerangka fizikal dalam kelas, pola organisasi sosial di dalam kelas seperti susunan

kedudukan antara murid dan guru, postur dan kedudukan guru ketika mengajar.

Selain itu, gambar foto boleh diambil dengan bantuan seorang pemerhati, namun

guru sendiri sudah mencukupi untuk mengumpulkan bukti. Bukti-bukti ini boleh dibawa

dalam perbincangan dengan peserta lain yang sedang melakukan kajian tindakan.