60719733 E Book Seminar Pemikiran Politik Islam Asy Syahid Sayyid Qutb

  • Upload
    abc46

  • View
    135

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Seminar Pemikiran Politik Islam: Asy-Syahid Sayyid Qutb

Ustaz Adlan Abdul Aziz Dr Ahmad Farouk Musa Ustaz Mohd Syauqi Md Zahir al-Kulimi

Diterbitkan oleh Islamic Renaissance Front Berhad Level 8, Pavilion KL 168 Jalan Bukit Bintang 55100, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Malaysia http://irfront.org/

Cetakan pertama, 2011.

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar-ulang mana-mana bahagian artikel dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua samada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Islamic Renaissance Front Berhad.

daftar isi MEMPERINGATI SAYYID QUTBUstaz Adlan Abdul Aziz

1

MENGKAJI SEMULA "PETUNJUK SEPANJANG JALAN"Dr Ahmad Farouk Musa MEMBEDAH "DI BAWAH BAYANGAN AL-QUR'AN" Ustaz Mohd Syauqi Md Zahir al-Kulimi

9

18

iv

Memperingati Sayyid Qutb Ustaz Adlan Abdul Aziz

Kita sering mendengar nama Sayyid Qutb (terkadang ditulis Syed Qutb) atau membaca tentang idea dan penulisan beliau. Tetapi mungkin tidak ramai yang berkesempatan untuk melihat kehidupannya dengan lebih dekat dan terperinci. Semoga tulisan ini dapat membantu memberikan maklumat baru ke arah mengenali peribadi tokoh terkemuka ini. Sebahagian besar maklumat di sini saya ringkaskan daripada sebuah buku yang amat terperinci tentang peribadi dan pemikiran Sayyid Qutb iaitu buku yang ditulis oleh salah seorang guru saya semasa menuntut di Jordan, Dr. Solah Abd. Fattah al-Khalidi bertajuk: Sayyid Qutb; Min al-Milad Ila al-Istisyhad (Sayyid Qutb, dari kelahiran hingga syahid)1. Di antara rujukan lain juga adalah seperti: Biodata Sayyid Qutb melalui huraian adiknya sendiri iaitu Muhammad Qutb2. Sayyid Bin Qutb atau lebih popular dengan nama Sayyid Qutb merupakan anak kelahiran sebuah kampung kecil di Mesir bernama Musyah dalam daerah Asyut. Tarikh kelahirannya ialah 9 Oktober 1906. Dibesarkan dalam suasana penuh keagamaan,

1. Cetakan Dar al-Qalam, Syria , tahun 1994. 2. Terjemahan Li Hayat Sayyid Qutb kuliah Muhammad Qutb islamway.com. 1

beliau telahpun menghafaz Al-Quran ketika berumur 10 tahun. Selesai pengajian peringkat asas, beliau melanjutkan pelajaran ke beberapa tempat seperti Madrasat al-Muallimin pada tahun 1922, Kulliyyah Dar al-Ulum pada 1929 dan lulus dengan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kesusasteraan Arab pada tahun 1933. Sejak berada di dalam pengajian lagi beliau telah menyertai dan memimpin pergerakan pelajar contohnya di Dar al-Ulum sehingga berjaya menerbitkan majalah Dar al-Ulum. Sayyid Qutb tidak pernah berkahwin. Beliau pernah jatuh cinta dan bertunang tetapi Allah SWT mentaqdirkan dan kita manusia hanya merancang. Kisah cinta beliau yang penuh dengan ujian telah diterjemahkan ke dalam beberapa penulisan dan sajak yang menyentuh jiwa. Akhirnya pertunangan itu putus di tengah jalan. Beliau cuba untuk berkahwin beberapa kali tetapi terhalang kerana dipenjara. Alam pekerjaan beliau bermula sebagai guru di beberapa buah sekolah rendah di Mesir. Salah seorang pengkaji yang menulis tentang Sayyid Qutb Abdul Baqi Muhammad Husain telah melihat dengan sendiri fail Sayyid Qutb sepanjang perkhidmatannya dalam bidang perguruan dan mendapati bahawa Sayyid telah berkhidmat di 4 buah sekolah rendah dalam tempoh lebih kurang 6 tahun. Seterusnya selepas enam tahun, beliau kemudiannya berkhidmat di Kementerian Pelajaran Mesir dan di situ beliau telah diminta membuat kajian dan memberikan2

pandangan dalam isu-isu pendidikan Mesir. Beliau juga telah dihantar untuk membuat kajian di Amerika Syarikat pada sekitar tahun 1948 1950. Pemergian Sayyid ke sana bukanlah sematamata kerana kepentingan kajian tetapi juga bertujuan untuk menyekat Sayyid daripada mengembangkan idea perubahan dalam negara Mesir. Ketika mula sampai di Amerika, Sayyid Qutb menghabiskan masa beberapa bulan untuk mempelajari Bahasa Inggeris bagi memudahkan urusannya iaitu mengkaji sistem pendidikan di sana untuk dimanfaatkan di Mesir. Beliau telah melawat bandarbandar utama Amerika seperti New York, Colorado, California dan San Fransisco. Sewaktu di sana beliau tetap menulis artikelartikel yang dicetak dan disebarkan di Mesir. Malah beliau turut menulis dalam sebuah majalah yang diterbitkan di Colorado iaitu majalah Fulcrum. Ketika berada di California, Sayyid mendapat berita kematian Mursyid Am al-Ikhwan al-Muslimun, Imam Hasan al-Banna. Sayyid Qutb kembali ke Mesir dengan jiwa yang penuh kerinduan terhadap kampung halamannya. Beliau pulang ke Mesir pada tahun 1950. Beliau juga kembali ke Mesir dengan jiwa dan keazaman yang lebih mantap lantas menyebabkan musuhmusuhnya kecewa kerana lawatan ke Amerika nampaknya tidak melunturkan semangat dan keimanan Sayyid Qutb. Berada di dalam Kementerian yang mengendalikan hal ehwal pendidikan dan pelajaran menyebabkan Sayyid sentiasa berusaha3

untuk membuat perubahan dan mengusulkan cadangan untuk tujuan penambahbaikan. Namun pelbagai cadangan itu tidak begitu disenangi dan diterima dengan baik. Sayyid menjelaskan bahawa itu adalah di antara sebab beliau meletakkan jawatan sebagaiman ditulis dalam majalah al-Risalah edisi Julai, 1952. Perbezaan pandangan di antara Sayyid Qutb dan pegawai atasan di Kementerian Pelajaran tidak dapat dibendung lagi. Beliau telah menulis surat perletakan jawatan beliau pada tarikh 18 Oktober 1952. Walaupun beliau dipujuk oleh Menteri Pelajaran agar menarik balik perletakan jawatan itu, Sayyid tetap tegas dan tidak berganjak. Sayyid aktif dalam memberikan ceramah dan juga penulisan berkaitan kesusasteraan Arab dan isu-isu berkaitan bahasa. Kehebatan beliau terserlah sejak beliau masih bergelar penuntut ilmu lagi. Beliau aktif menulis dalam akhbar dan majalah seperti: al-Balagh, al-Jihad, al-Hayat al-Jadidah, al-Ahram, Kaukab as-Syarq, al-Amam, al-Risalah, as-Saqafah, Dar al-Ulum, alAdib, al-Ikhwan al-Muslimun dan lain-lain lagi. Artikel pertama beliau diterbitkan oleh akhbar al-Balagh, pada tahun 1922 ketika umurnya baru 16 tahun. Penulisan beliau merangkumi artikel berkaitan pelbagai tajuk terutama isu-isu bahasa malah termasuk juga mengarang sajak dan syair. Ia bukan hanya sekadar membentangkan idea tetapi mencabar idea penulis dan pengkritik sastera yang lain. Ini menghasilkan peperangan antara beliau dengan penulis dan pengkritik sastera terkenal yang lain seperti: Mustafa Sadiq ar-Rafie, Ahmad Syauqi, Mahmud Syakir, Toha4

Hussain, Ali at-Tantawi dan lain-lain lagi. Perlu juga dicatatkan bahawa tidak semua majalah dan akhbar itu membayar Sayyid royalti penulisan, malah ada yang dilakukannya tanpa menerima sebarang bayaran. Sayyid pernah terkesan dengan salah seorang sasterawan terkemuka Mesir Abbas al-Aqqad sehingga menyebabkan beliau terlibat dengan Parti al-Wafd tetapi setelah beberapa ketika, Sayyid mula menjauhkan diri dari idea-idea al-Aqqad. Penglibatan Sayyid dalam politik sememangnya bermula dengan Parti al-Wafd yang merupakan di antara parti yang disokong majoriti rakyat Mesir pada waktu itu. Selepas Parti al-Wafd, beliau memasuki Parti as-Sadiyyin yang merupakan serpihan al-Wafd. Seterusnya Sayyid tidak lagi terlibat dengan mana-mana parti politik walaupun beliau masih lagi berjuang untuk perubahan. Sebahagian peminat Sayyid Qutb menyangka bahawa penulisan dan pemikiran beliau yang mempunyai ciri Islam bermula sejak beliau menyertai gerakan al-Ikhwan al-Muslimun (IM) sedangkan itu tidak benar sama sekali. Buktinya ialah penulisan beliau yang dihasilkan beliau sebelum menyertai IM (Sayyid menyertai IM pada 1953) telah pun membawa pemikiran Islami seperti : artikel at-Taswir al-Fanni Fi Al-Quran al-Karim dalam majalah al-Muqtatof pada tahun 1939. Buku at-Taswir al-Fanni Fi Al-Quran al-Karim pada5

-

tahun 1945. Buku Masyahid al-Qiyamah Fi Al-Quran pada tahun 1947. Buku al-Adalah al-Ijtimaiyyah Fi al-Islam pada tahun 1949. Buku Marakat al-Islam wa ar-Rasumaliyyah pada tahun 1951. Buku As-Salam al-Alami wa al-Islam pada tahun 1951. Buku Dirasaat Islamiyyah pada tahun 1953. Tafsir Fi Zilal al-Quran yang mula ditulis pada 1952 hingga tahun 1954.

-

-

-

Sayyid Qutb mengakui bahawa pemikiran beliau melalui tempoh perkembangan dan terdapat beberapa ketika dalam hidupnya beliau berpegang dengan pemikiran yang tidak beliau redhai selepas itu. Hal ini juga diakui oleh mereka yang hampir dengannya dan mereka yang sentiasa mengikuti penulisannya. Dr. Solah Abd. Fattah al-Khalidi telah menyebut bahawa tempoh beliau berada dalam proses mencari-cari pemikiran yang sebenar adalah sekitar tahun 1925 hingga 1940. Oleh itu amat perlu bagi mereka yang ingin menilai pemikiran Sayyid Qutb agar melihat kepada tarikh sesuatu penulisan beliau agar tidak pula disalah fahami lalu dikritik tanpa kebenaran. Dr. Solah al-Khalidi juga menyatakan bahawa pemikiran yang sedikit tersasar pada waktu6

itu tidak langsung menjejaskan akhlak dan amalan Sayyid yang sentiasa menunaikan solat dan mengerjakan perintah Allah SWT. Perubahan Sayyid ke arah idea dan pemikiran Islami yang lebih menyerlah bermula sedikit demi sedikit dan berperingkat. Setelah menyertai IM, beliau merupakan di antara tokoh penting yang menguruskan pelbagai program ilmu di dalam IM seperti menyelenggarakan cetakan majalah dan memberikan penerangan kepada anggota IM. Seperkara lagi yang saya rasakan perlu disebut juga ialah tentang tubuh badan dan kesihatan beliau. Sayyid Qutb mengidap pelbagai penyakit dan beliau sentiasa berada dalam keadaan yang lemah dan tidak sihat. Namun yang mengkagumkan ramai ahli ilmu ketika itu ialah bagaimana kesakitan dan kelemahan itu tidak kelihatan dalam karya-karya beliau. Salah seorang tokoh sastera dan dakwah terkemuka zaman ini, Ali at-Tantawi merupakan salah seorang yang begitu kagum dengan kekuatan penulisan Sayyid Qutb dan seolah ia tidak sepadan dengan keadaan badan beliau yang lemah. Ini dinyatakan sendiri oleh Ali at-Tantawi dalam salah satu artikelnya dalam majalah alRisalah. Rasa takjub juga dirasai oleh seorang lagi tokoh dakwah dan sastera terkemuka dunia Islam, Abu al-Hasan an-Nadwi seperti yang dinyatakan beliau dalam buku Mudzakkirat Saaih Fi as-Syarq al-Arabiy. Maka jangan disangka kelemahan dan kesakitan boleh melemahkan semangat mereka yang beriman dan tabah jiwanya.

7

Beliau memasuki penjara apabila ditangkap kali pertama pada tahun 1954 selama tiga bulan. Kemudian setelah beliau dibebaskan, beliau ditangkap kembali dengan tuduhan baru pada tahun yang sama. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Namun begitu, di atas campur tangan Presiden Iraq ketika itu iaitu Abdul Salam Arif, Sayyid dibebaskan pada tahun 1964. Namun setahun berikutnya iaitu pada 1965 beliau ditahan sekali lagi di atas tuduhan merancang pembunuhan Presiden Mesir ketika itu iaitu Jamal Abd. Nasir. Kali ini beliau telah dijatuhkan hukuman bunuh. Sayyid dan beberapa orang rakannya telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Mesir. Hukuman tersebut telah dijalankan pada 29 Ogos 1966.

8

Mengkaji Semula Petunjuk Sepanjang Jalan (Maalim fi at-Tariq) Dr Ahmad Farouk Musa

Umat manusia hari ini sedang berada di ambang kehancuran, bukan kerana ancaman penihilan yang tergantung di atas ubunubunnya ini hanyalah sekadar simtom dan bukan penyakitnya yang sebenar tetapi kerana kemanusiaan sudah bangkrap dengan nilai vital yang mustahak bukan untuk penerusan pembangunannya sahaja tetapi bagi kemajuannya yang sebenar. Hal ini adalah pernyataan pertama yang ditulis oleh Sayyid Qutb dalam bukunya yang terakhir Malim fi at-Tarq (Milestones/Petunjuk Sepanjang Jalan), karya yang diyakini oleh kebanyakan pencatat biografi Sayyid Qutb sebagai punca utama yang menyebabkannya disabitkan dengan hukuman gantung. Bagi kebanyakan Muslim di seluruh dunia, Petunjuk Sepanjang Zaman dianggap sebagai sebuah buku teks dakwah Islamiyyah. Ia boleh diungkapkan dengan yakin bahawa tidak ada seorang aktivis Islam yang telah melalui zaman kebangkitan Islam di negara kita dalam era selepas Revolusi Iran, yang tidak membaca Petunjuk Sepanjang Jalan.9

Dan buku ini juga yang telah mengangkat reputasi penulisnya sebagai artikek penting dalam mazhab militan Islam moden. Sama ada Qutb berhak dinobatkan dengan penghargaan sinis tersebut, atau sama ada kematiannya telah menterbalikkan Petunjuk Sepanjang Jalan sebagai teks-ikon kepada gerakan militan Islam masih terus diperdebatkan. Artikel ini akan cuba menganalisis kesan daripada karyanya yang terakhir ini yang dibayangi oleh latar kesyahidannya.

Generasi Quran yang Unik Premis keseluruhan daripada Petunjuk Sepanjang Jalan ditunjangi oleh dasar untuk mendidik dan memotivasi kader yang berpotensi untuk menggerakkan usaha Islamisasi. Buku ini ditulis untuk memugar semula fikrah Muslim dengan kebijakan yang dapat mengilhamkan kekuatannya untuk mengarahkan transformasi yang revolusioner dan kesedaran sebagaimana diilhamkan oleh al-Quran. Berlatarkan penzahiran inilah telah diungkapkan bahawa prinsip yang digariskan oleh Hassan al-Banna pengasas Ikhwan al-Muslimun menjadi jelas hanya setelah Sayyid Qutb menulis Maalim fi at-Tariq. Seperti kebanyakan revivalis Islam kontemporari, Qutb merasa kecewa dengan keadaan masyarakat yang semakin terpisah daripada nilai Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran. Beliau10

menekankan keperluan untuk membezakan ketinggian pada masyarakat Islam seperti yang terlihat pada generasi Islam pertama yang digelarnya al-jl al-Qurn atau generasi al-Quran, dan kebanyakan masyarakat jahiliah (kejahilan) dalam dunia kontemporari. Menurut Qutb, satu-satunya harapan yang tinggal adalah bagi gerakan Islam yang baru untuk menyelamatkan kemanusiaan daripada cengkaman jahiliyah. Qutb menzahirkan beberapa resipi yang utama dalam penciptaan generasi Qurani. Pertama dan yang terpenting, adalah mata air yang jernih yang telah diteguk oleh generasi pertama dari mana mereka melepaskan kehausannya. Mata air yang diteguk oleh para sahabat Rasulullah hanyalah al-Quran, dan hanya al-Quran, kerana hadith Rasulullah adalah pancaran dari mata air ini. Al-Quran merupakan satusatunya acuan yang telah mencorakkan kehidupan mereka. Ia bersandarkan pada suatu rencana pemikiran yang terancang untuk menyediakan generasi yang bersih dhamirnya, luhur fikiran dan suci pemahamannya. Latihan mereka harus didasarkan kepada manhaj yang digariskan oleh Tuhan yang menurunkan al-Quran, yang suci daripada sebarang pengaruh yang muncul dari luar. Ciri kedua daripada resipi ini menurut Qutb terangkum dalam pendekatan terhadap al-Quran. Generasi pertama menurutnya tidak mendekati al-Quran kerana menuntut faham budaya dan11

maklumat dan bukan untuk meraih ilmu atau untuk merungkai sebahagian permasalahan sains dan hukum. Mereka merujuk al-Quran untuk menggarap ketentuan yang dititipkan oleh Sang Pencipta yang Maha Agung terhadap mereka dan jamaah yang hidup bersama mereka. Mereka kemudian akan menjawab tuntutan ayat dengan pantas seperti pasukan tentera di medan perang yang akan melaksanakan arahan dengan spontan. Menurut Qutb, pemahaman ini bahawa perintah adalah untuk dipraktikkan, telah membuka pintu bagi pencapaian rohaniah dan keilmuan. Kaedah bagi generasi kemudian adalah arahan untuk perdebatan akademik dan tanpa ragu, inilah faktor kedua yang menjadikan generasi kemudian berbeza dengan generasi unik yang pertama dalam Islam. Ciri ketiga, dan ini adalah isu yang paling banyak diperdebatkan dalam analisis Qutb; terletak dalam pemisahan keislaman Muslim kini sebaik ia mendakap Islam dan menyingkirkan pengaruh jahiliyyah nya yang lepas. Penyingkiran persekitaran jahili, adat dan tradisinya, ide dan konsep, menurut Qutb; berlaku dengan penggantian kekufuran dengan konsep keTauhidan Tuhan, daripada pandangan hidup jahili dan keduniaan dengan pandangan Islam.

Doktrin L ilha illa Allh (Tiada Tuhan Melainkan Allah)12

Daripada analisis Qutb, adalah jelas bahawa generasi Quranik bermula dari tempoh awal fasa Mekah di mana aqidah ditanam dengan revolusi kesedaran. Dalam pandangan Qutb, ummah yang sebenar ( telah luntur dalam abad yang panjang. Dan cabaran yang mendepani aqdah jaddah (akidah baru) yang menghadirkan dirinya di tengah-tengah permusuhan masyarakat jahiliyyah sejak kurun ke-7 telah muncul semula di era moden kita ini. Pembinaan semula masyarakat baru menuntut renungan semula terhadap perkembangan Islam tahap terawal di Mekah dengan komitmen yang segar terhadap aqidah yang asli dan hakiki. Dikotomi dalam pandangan dunia antara nilai jahili moden dan Islam yang asli ini mungkin suatu contoh tentang apa yang diungkapkan oleh ahli mantik sebagai kekeliruan hitam dan putih. Hujahannya enggan membenarkan jalan tengah atau kawasan kelabu di antara dua pemisah ini. Sebahagian ulama Islam kontemporer telah mengkritik pandangan dikotomi ini dan mengingatkan ancaman salah tafsiran tentang pemisahan ini yang boleh memperkukuh hujah puak ekstremis dan jihadis yang menganjurkan keganasan untuk mencapai matlamat mereka. Tanpa sangsi, Qutb menyeru perubahan struktural dalam sistem masyarakat kepada doktrin Islam yang mengumandangkan L ilha illa Allh, yang berusaha membebaskan manusia daripada cengkaman eksploitasi oleh sesama insan.

13

Doktrin L ilha illa Allh telah digagaskan sebagai doktrin asas dalam revolusi menentang sebarang autoriti atau sistem yang merampas Kekuasaan Tuhan sebagai satu-satunya kuasa yang hak dan mutlak. Qutb ingin menzahirkan relevensi Islam sebagai suatu sistem alternatif, positif dan bersifat menyokong (manhaj takful wa ijbi) berbeza daripada kaedah orthodoks yang bertahan dalam kapitalisme dan komunisme. Apa yang menjarakkan Islam daripada sistem yang lain adalah keprihatinannya yang ketara terhadap keadilan sosial. Menurut Qutb, kalangan yang menghalang cita-cita Islam sedar pada setiap saat bahawa cara hidup Islam yang suci dan lurus bakal mengancam kepincangan kuasanya, kepentingan, kerobohan strukturnya, dan praktisnya yang sesat.

Inilah Jalannya Manakala Qutb telah menzahirkan dengan jelas dalam Maalim fi at-Tariqnya tentang aturan sosial yang baru berlandaskan sistem Islam yang sebenar, dan agama tidak hanya bersandar pada ungkapan lahiriah, sebaliknya berpaut pada tindakan, budaya, cara hidup dan sistem yang mencorakkan hidup manusia; tidak wujud satu bukti untuk mencadangkan beliau menyeru pada keganasan bagi menegakkan sistem Islam. Qutb malah menjangkakan tekanan dan pendakwaan terhadap mana14

mana kumpulan yang menerima peranan untuk memulakan proses yang akan membawa pada perobahan struktural seperti dicadangkan dalam bukunya. Sekiranya penentangan ganas yang dihasratkannya, maka bab terakhir daripada bukunya akan memaparkan kisah yang berlainan sama sekali. Tetapi bab terakhir daripada buku ini berjudul Inilah Jalannya. Al-Quran tidak sunyi daripada menjalin kisah konfrontasi antara kebenaran dan kepalsuan, antara baik dan jahat. Sekiranya Qutb cuba mengilhamkan keganasan dalam menggerakkan penentangan terhadap kerajaan despotik, maka kemungkinan kisah Talut melawan Jalut seperti dinyatakan dalam ayat 246-251 daripada surah kedua di dalam al-Quran adalah lebih sesuai dikemukakan: Berapa ramai kumpulan yang kecil dapat mengalahkan pasukan yang besar dengan izin Allah. Dan Allah bersama orang-orang yang bersabar [2:249] Bagaimanapun, dalam bab terakhir dari Maalim fi at-Tariq, Qutb memilih kisah al-Quran tentang al-ashb al-ukhdd (Penggali Parit) seperti yang dirakamkan di dalam surah alBurj (Gugusan Bintang); surah ke lapan puluh lima di dalam al-Qurn. Dalam kisah ini, al-Quran menyingkapkan kepada orang beriman jalan orang-orang yang sebelum mereka dan mempersiapkan mereka untuk berdepan dengan tabah apa jua rintangan yang menanti di hadapan, yang belum diketahui oleh mereka, dengan keizinan Tuhan yang Maha Bijaksana.15

Ini adalah kisah tentang sekelompok manusia yang percaya kepada Tuhan dan menzahirkan keyakinan mereka secara terbuka. Mereka berhadapan dengan tindakan yang opresif dari musuh yang berterusan menafikan hak manusia untuk beriman kepada Allah. Kaum yang beriman akan didera oleh pemerintah yang zalim, dibakar hidup-hidup, yang menjadi hiburan kepada para penzalim dengan raungan kesakitan yang diderita mereka. Qutb menegaskan bahawa walaupun seorang Muslim gagal meraih kejayaan di dunia, dia masih mencapai kemenangan kerana kejayaan tertinggi adalah di dalam kemenangan mempertahankan keyakinan ke atas penyeksaan.

Keganasan dan Terorisme Mungkin jauh daripada menganjurkan keganasan, Qutb sebenarnya merangka konsep falsafah perjuangan yang dirumuskan daripada teks al-Quran, suatu konsep perjuangan menuntut keadilan yang digerakkan dengan aman dan tanpa sebarang keganasan. Dan mungkin, konsep tanpa-keganasan dalam perjuangan menentang penindasan ini adalah cara yang lebih berkesan bagi kalangan yang lemah untuk melawan pemerintah tirani dan menumpaskan ketidakadilan. Harus difahami bahawa dalam wacana tentang keganasan dan terorisme, kalangan yang berkuasa yang akan menentukan16

bahawa diskusi ini akan berpihak pada mereka. Manakala dunia teruja dengan aksi keganasan oleh sebahagian kelompok atau yang lainnya daripada dunia Islam bagi meraih sekelumit keadilan; terorisme yang diterajui oleh golongan penguasa dengan handalnya dilindungi oleh tirai moral, seolah merekalah pelopor kebebasan atau hak kemanusiaan dan demokrasi. Natijahnya, kebobrokan moral mereka tidak terserlah. Sayyid Qutb telah hidup dan mati kerana mempertahankan keyakinannya. Walaupun Maalim fi at-Tariqnya mungkin disalah ertikan sebagai mengundang faham radikal yang tersasar, bacaan yang menyeluruh dan teliti akan menyediakan batu penanda yang agung yang akan membangkitkan ummah.

17

Membedah Di bawah Bayangan al-Quran (Fi Zilalil Quran) Ustaz Mohd Syauqi Md Zahir al-Kulimi

Muqaddimah Tafsir Fi Zilalil Quran merupakan antara karya agung asy-Syahid Sayyid Qutb yang terlibat secara langsung dengan politik Mesir sekitar tahun 50 dan 60-an. Penglibatan asy-Syahid Sayyid Qutb dengan pertubuhan Ikhwan al-Muslimin dan suasana politik ketika itu banyak memberi kesan langsung kepada pemahaman beliau terhadap ayat-ayat al-Quran yang berkait rapat dengan aspek politik. Latarbelakang asy-Syahid Syed Qutb sebagai seorang sasterawan yang terlibat dengan politik Mesir melalui mata penanya membuatkan ulama tafsir moden seperti alSyeikh Solah Abdul Fattah Al-Khalidi mengklasifikasikan tafsir Fi Zilalil Quran sebagai al-Tafsir al-Haraki.

Penekanan Isu Politik Dalam Fi Zilalil Quran Politik merupakan elemen penting daripada kehidupan seorang manusia. Allah SWT melalui banyak ayat al-Quran telah membentangkan prinsip-prinsip asas politik yang perlu diaplikasi oleh manusia untuk kesejahteraan hidup samada di peringkat in18

dividu atau masyarakat. Ayat-ayat yang membincangkan tentang konsep al-Khalifah, al-Hukm, al-Adalah, Ulu al-Amri banyak disebut dalam surah-surah al-Quran. Selain itu, kisah-kisah pemerintah terdahulu seperti kisah Zulqarnain, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf, Firaun turut disebut di dalam al-Quran. Sebagai sebuah tafsir yang bermanhaj Haraki dan Tarbawi, sudah pasti banyak isu-isu politik yang ditimbulkan dalam Fi Zilalil Quran. Secara tidak langsung, Sayyid Qutb telah menyampaikan aspirasi politiknya kepada masyarakat Islam seluruhnya melalui tafsirnya itu. Kelantangan Sayyid Qutb dalam isu-isu kezaliman, penindasan, korupsi, isu Palestin, pemerintahan, perlembagaan negara banyak disuarakan dalam Fi Zilalil Quran berbanding bukunya yang lain. Kemampuannya mengaitkan isu-isu ini melalui ayat-ayat al-Quran menjadikan pembaca lebih terkesan dan sedar dengan isu-isu politik. Faktor utama yang menjadikan beliau mampu menghidupkan ayat-ayat tersebut adalah kerana beliau merupakan seorang mufassir yang turun ke dalam masyarakat (mufassir al-maydan) yang terlibat secara langsung dengan gerakan masyarakat, merasai denyut nadi politik semasa. Menurut Syeikh Solah Abdul Fattah Al-Khalidi, hal ini berbeza dengan mufassir yang lain yang menulis di perpustakaan sahaja. Namun, beliau tidak menafsirkan ayat-ayat tersebut dengan menurut akal yang tidak berpanduan atau hawa nafsunya. Dia menuruti segala kaedah yang diguna pakai oleh mufassir- mufassir terdahulu. Berkata Syeikh Solah Abdul Fattah Al-Khalidi:19

Sesungguhnya Sayyid menuruti jalan yang mulia yang ditetapkan oleh para ulama tafsir; maka ditafsir al-Quran dengan al-Quran, kemudian dengan hadith nabawi, kemudian dengan sirah Rasulullah dan kehidupan para sahabatnya, kata-kata para sahabat, dinukil riwayat yang diambil dari golongan salafussoleh. Pendekatan yang digunakan dalam tafsirnya telah menjadikan beliau seorang pejuang Islam yang matlamat hidupnya adalah untuk memusnahkan masyarakat Jahiliyyah dan digantikan dengan masyarakat Islamik yang akan mengguna-pakai suruhan al-Quran sebagai perlembagaan hidup yang mengatur aktiviti kehidupan manusia keseluruhannya. Matlamat ini menjadi panduan utama beliau dalam melihat dan memahami setiap ayat yang ditafsir. Latarbelakang penulisan tafsir Fi Zilalil Quran juga menunjukkan bahawa beliau benar-benar terlibat secara langsung dengan proses sistem politik negaranya. Keterlibatan beliau dalam politik telah memberi kesan kepada konsep politik yang cuba dinyatakan beliau melalui tafsiran ayat-ayat al-Quran di dalam Fi Zilalil Quran. Fasa penulisan Fi Zilal Quran boleh dibahagi kepada dua peringkat: a. Penghujung tahun1951 sehingga Januari 1954: Ini adalah fasa di mana timbul keinginan Sayyid Qutb untuk menulis secara berkala dalam jurnal al-Muslimun. Walaupun beliau telah mula menulis tentang al-Quran20

melalui bukunya iaitu Al-Taswir Al-Fanni Fi Al-Quran namun melalui jurnal ini beliau berhasrat untuk membincangkan isu-isu sosio-politik dengan menggunakan al-Quran sebagai parameter supaya masyarakat faham bahawa permasalahan yang dibincangkan adalah bersumberkan wahyu Ilahi. Beliau juga mula menggunakan nama Fi Zilalil Quran untuk kolum beliau. Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan dari pembaca, beliau mengambil keputusan berhenti menulis untuk jurnal tersebut dan menumpukan segala masa dan tenaga untuk menulis secara sepenuh masa tafsir yang lengkap. Maka, pada fasa ini beliau telah menulis tafsiran lengkap bermula dari surah al-Fatihah sehingga surah al-Nahl. b. Tahun 1954-1964: Fasa ini merupakan tempoh penulisan yang kritikal bagi Syed Qutb kerana beliau menghabiskan masa penulisannya di penjara. Baki tafsir alQuran ditulis beliau di penjara. Walaupun berada dalam tekanan politik yang hebat, namun ia tidak sedikit pun menjejaskan moral semangatnya menulis. Bahkan beliau menganggap ujian ini sebagai insentif spiritual dan intelektual yang membolehkan beliau lebih memahami mesej yang disampaikan Al-Quran dalam bentuk realiti dan fakta sebenar. Tergambar bagaimana perasaannya ketika di penjara melalui tafsirnya tentang ujian para nabi dalam surah al-Anbiya, beliau seolah-olah cuba menyampaikan perasaannya dengan berkata:21

Pembawa dakwah perlu bersedia menanggung beban dakwah itu. Kekal bersabar dengan pendustaan dan penyeksaan disebabkan dakwah itunamun bersabar ketika itu adalah sebahagian daripada tugas dakwahdia perlu mengulang-ulang dakwah tersebut.

Konsep Kekuasaan Kekuasaan berkait rapat dengan politik. Justeru Sayyid Qutb memberi penekanan yang lebih kepada konsep ini dengan membangkitkan istilah al-Hakimiyyah dalam Fi Zilal. Sayyid Qutb banyak menggunakan istilah ini ketika membahaskan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan kekuasaan, pemerintahan, perlembagaan, sistem cara hidup yang mana amat rapat dengan isu politik. Sebagai contoh, dalam ayat 40 surah Yusuf beliau menyebut dengan jelas konsep kuasa pemerintahan yang dimaksudkan oleh kata-kata nabi Yusuf kepada dua banduan penjara yang bersama baginda. Menurut Syeikh Solah Al-Khalidi, yang dimaksudkan Sayyid Qutb dengan istilah al-Hakimiyyah adalah: Menerima Allah SWT sahaja yang dengan zatNya bersendirian dalam menentukan hukum, undang-undang syariat, kepimpinan, pemerintahan, dan mengambil ke semua syariat dan sistem hidup dari Allah sahaja dan mengaplikasinya dalam keseluruhan sistem kehidupan.22

Menurutnya, kekuasaan mutlak adalah hak Allah SWT. Keinginan manusia tertakluk kepada kekuasaan mutlak Allah SWT. Maka manusia perlu melaksanakan kekuasaan yang diberi Allah SWT menurut hukum yang Dia tetapkan untuk manusia. Tafsir Fi Zilalil Quran juga memberi penekanan kepada konsep kekuasaan manusia dengan gaya bahasa yang halus penuh sindiran terhadap golongan manusia yang berkuasa. Sebagai contoh ketika menafsirkan ayat 62 dari surah al-Naml iaitu antara surah yang ditulis ketika dipenjara, beliau menyebut: Ayat ini menyentuh kesedaran mereka apabila mengingatkan mereka dengan perasaan-perasaan jiwa dan keadaan-keadaan yang berlaku kepada mereka. Orang yang berada di dalam saat saat kesusahan dan kesulitan tidak menemui perlindungan yang lain melainkan Allah. Kepadanyalah dia berdoa supaya dihapuskan kesusahan dan kesulitan yang menimpanya itu. Keadaan ini berlaku apabila kepungan dan tekanan kesusahan itu dirasakan begitu sempit dan mencekik dan apabila kekuatan menjadi begitu lemah dan tempat-tempat pergantungan runtuh ranap semuanya. Kekuatan dirinya dan kekuatan-kekuatan yang ada dibumi tidak dapat lagi menolongnya. Manusia lupakan hakikat ini apabila mereka berada disaat kesenangan dan kelalaian. Mereka lupa hakikat itu lalu mereka mencari kekuatan, pertolongan dan perlindungan pada mana-mana kuasa daripada kuasa-kuasa bumi yang lemah dan kecil. Tetapi apabila mereka ditekan kesusahan, maka selaput kelalaian yang membalut fitrah mereka hilang dan mereka akan kembali bertaubat kepada23

Tuhan mereka walaupun sebelum ini mereka lupakanNya dan sombong terhadapNya. Kemudian Al-Quran terus menyentuh perasaan mereka dengan menyebut hakikat yang wujud dalam kehidupan mereka: dan melantik kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi. Siapakah yang melantik manusia sebagai khalifah-khalifah di bumi? Bukankah Allah yang melantik bangsa manusia sebagai khalifah di muka bumi pada permulaan kali? Bukankah Dia yang telah melengkapkan mereka dengan daya tenaga dan bakat-bakat kebolehan yang membolehkan mereka memerintah bumi ini? Secara umumnya, dapat disimpulkan iaitu konsep kekuasaan dijelaskan dengan mengaitkannya dengan aspek keimanan seseorang kepada Allah SWT dan hakikat manusia serta peranannya di muka bumi. Syeikh Solah Al-Khalidi turut menyebut bahawa kelebihan Tafsir Fi Zilal adalah penekanannya dalam menjelaskan peranan manusia dibumi ini. Hal ini dapat dilihat apabila penjelasan yang panjang tentang pengajaran yang diambil dari kisah Nabi Adam dan Iblis. Selain itu dijelaskan juga dalam ayat yang lain tentang peranan aqal anugerah Allah SWT kepada manusia dan hubung-kaitnya dengan Al-Hakimiyyah Allah SWT.

Penggunaan Kisah-Kisah Al-Quran Tafsir Fi Zilalil Quran turut menggunakan kisah-kisah yang disebut al-Quran untuk menjelaskan aspek politik kepada pembacanya. Sebagai contoh kisah Zulqarnain yang disebut dalam24

surah al-Kahfi. Sayyid Qutb secara jelas menjauhi kisah-kisah Israiliyyat yang melingkari inidividu yang bernama Zulqarnain, tempat pengembaraan baginda dan kaum-kaum yang ditemui baginda. Berkata Sayyid Qutb: Nas al-Quran tidak menyebut apa-apa tentang syakhsiah Zulqarnain, tidak pula tentang zamannya atau tempatnya. Beginilah cara biasa di dalam kisah-kisah al-Quran, kerana yang dimaksudkan disini bukannya catatan sejarah, tetapi pengajaran yang diambil dari kisah. Pengajaran itu boleh dicapai tanpa memerlukan kepada penentuan zaman dan tempat pada kebanyakan masa. Penekanan tafsir beliau adalah mengenai urus tadbir yang baik (good governance) yang ditonjolkan oleh Zulqarnain. Di akhir pentafsirannya tentang kisah Zulaqarnain, Sayyid Qutb menyebut: Dengan ini berakhirlah babak sirah Zulqarnain sebagai contoh yang baik bagi pemerintah yang salih yang telah dikurniakan Allah kedudukan yang teguh di bumi dan kemudahan segala jalan, di mana beliau mengembara timur dan barat, tetapi beliau tidak berlagak sewenang-wenang, angkuh, melampau dan takabbur. Beliau tidak menggunakan penaklukan-penaklukan sebagai alat untuk mendapat keuntungan-keuntungan kebendaan atau untuk mengeksploitasi individu-individu, kumpulan-kumpulan dan negeri-negeri, beliau tidak melayani negeri-negeri yang ditakluk dengan layanan hamba abdi. Beliau tidak menggunakan25

penduduknya untuk kepentingan-kepentingan dan ketamakannya. Malah beliau mengembangkan keadilan disetiap tempat yang dimasuki dan membantu kaum-kaum mundur dan menghalang pencerobohan tanpa sebarang upah. Beliau menggunakan kekuatan yang dikurniakan Allah kepadanya untuk tujuan pembangunan dan islah, juga untuk menolak pencerobohan dan menegakkan kebenaran, kemudian beliau memulangkan segala kebaikan yang telah dilaksanakannya itu kepada Rahmat dan limpah kurnia Allah. Beliau tidak lupa kepada Qudrat Kuasa Allah ketika beliau berada dikemuncak kekuasaannya dan beliau sentiasa pulang kepada Allah. Inilah objektif khusus yang diletak Sayyid Qutb ketika menulis Fi Zilalil Quran iaitu untuk menganalisis secara kritikal ayatayat al-Quran sebagai sumber yang membebaskan manusia daripada sebarang eksploitasi oleh manusia lain. Contoh lain adalah melalui kisah Firaun yang disebut alQuran. Kisah ini tidak dilihat dari aspek sejarah tetapi lebih kepada aplikasi sifat Firaun dalam realiti di zaman sekarang. Ketika menafsirkan ayat 101-103 dari surah al-Isra, beliau menegaskan: Pada hemat pemerintah-pemerintah yang zalim, kalimah kebenaran, konsep mentauhidkan Allah, konsep menyeru manusia supaya meninggalkan kezaliman, pencabulan dan penindasan itu tidak terbit melainkan daripada seorang yang terkena sihir yang tidak mengerti apa yang dikatakannya. Oleh sebab26

itu, pemerintah-pemerintah yang zalim seperti Firaun tidak berupaya memahami konsep-konsep ini dan tiada seorang pun daripada mereka yang sanggup memperkatakan tentang konsep-konsep ini selama dia masih memiliki daya kekuatan akal. Di waktu itulah Firaun yang zalim bertindak menggunakan kekuatan fizikal dan berazam untuk menghapuskan Bani Israel daripada bumi Mesir; Dia mahu mengusir mereka daripada negeri mesir. Demikianlah mentaliti pemerintah-pemerintah yang zalim untuk menentang dan menolak kalimah kebenaran. Di sinilah terletaknya kelebihan Tafsir Fi Zilal apabila Sayyid Qutb mampu mengaplikasikan ayat-ayat al-Quran dengan realiti semasa dan membebaskan nas-nas Al-Quran daripada kongkongan masa dan tempat. Tujuannya adalah untuk menunjukkan dinamiknya nas-nas tersebut dengan peredaran zaman dan tempat. Ini berbeza dengan tafsir-tafsir sebelumnya yang terikat kepada perbincangan riwayat-riwayat tafsir. Apa yang menarik juga bagaimana tajamnya sindiran beliau terhadap pemerintah yang zalim khususnya kepada pihak yang memenjarakan beliau kerana ayat ini ditafsir ketika fasa kedua iaitu beliau dipenjara.

Isu Ketaatan Sayyid Qutb berpandangan bahawa segala ketetapan manusia dalam perlembagaan negara yang ditetapkan pihak berkuasa perlu selari dengan hukum ketetapan Allah SWT bersesuaian dengan konsep kekuasaan yang dibincangkan sebelum ini.27

Kerana ketaatan rakyat kepada keputusan perlembagaan pihak berkuasa adalah tertakluk kepada keharmonian perlembagaan tersebut dengan hukumNya. Sekiranya bercanggah maka tiada lagi ketaatan dalam hal yang maksiat tersebut berdasarkan hadith-hadith yang dinukil oleh Sayyid Qutb dari sahih Bukhari dan Muslim seperti: (Sesungguhnya ketaatan adalah dalam perkara yang makruf) Dalam menafsirkan ayat 59 dari surah al-Maidah, Sayyid Qutb menjelaskan tentang konsep Ulu al-Amri: Al-Hakimiyyah (Yang Menentukan Hukum) adalah hak Allah sahaja dalam segala kehidupan manusia dan dalam segala perkara kecil atau besar. Dan Allah telah membuat syariat dan undang-undang yang terkandung dalam Al-Quran dan dilantik rasulNya untuk menjelaskannya kepada manusia. Justeru, sunnah rasulNya juga merupakan sebahagian dari syariatNya. Dan Allah wajib ditaati. Dan satu daripada elemen penting dalam Uluhiyyah Allah adalah Allah yang mensyariatkan undang-undang. Maka syariatNya wajib dilaksanakan. Oleh kerana Allah telah menghantar RasulNya, maka mentaati rasulNya juga adalah sebahagian dari mentaatiNya. Ayat yang memberi arahan untuk taat kepada Allah dan RasulNya juga mengarahkan yang pihak berkuasa yang diamanahkan turut ditaati. Namun mereka dijelaskan daripada kalangan kamu iaitu daripada golongan mukminin yang memenuhi syarat iman dan ruang lingkup ajaran Islam. Hal ini memerlukan mereka mentaati Allah dan RasulNya, menerima keEsaan Hakimiyyah28

Allah dan melaksanakan syariatNya. Ketaatan kepada Ulu alAmri adalah mengikut kepada ketaatan mereka kepada Allah dan RasulNya. Sayyid Qutb menegaskan di sini bahawa, keperluan memilih pemimpin yang beriman adalah asas ketaatan manusia kepada manusia yang lain. Kerana manusia yang beriman akan bertindak dalam lingkungan hukum Allah SWT. Bahkan sekiranya tiada nas yang jelas tentang sesuatu hukum dalam Al-Quran dan Sunnah RasulNya maka ijtihad yang dilakukannya pasti di atas dasar iman dan ilmu yang bersumberkan wahyu Allah SWT.

Isu Palestin Isu Palestin dan Zionisme turut diberi penekanan oleh Sayyid Qutb dalam Fi Zilalil Quran. Walaupun tidak di sebut secara langsung, namun penjelasan beliau tentang hakikat punca permasalahan tersebut dibincang panjang lebar terutama ketika membahaskan ayat 120 dari surah al-Baqarah. Antara yang disebut beliau: Tetapi realiti peperangan ke atas Islam dan komuniti Islam oleh Zionism, Imperialisme Kristian termasuk Komunisme adalah atas dasar ideologi dan bertujuan untuk memusnahkan sebuah batu yang kukuh walaupun dengan usaha mereka yang berterusan, mereka masih gagal mengubahnya. Sesungguhnya, ia adalah peperangan ideologi dan bukan peperangan kerana29

kawasan. Tafsir Fi Zilalil Quran menjadikan ayat tersebut bukan sekadar hakikat yang perlu diterima seperti yang terkandung dalam semua kitab tafsir sebelumnya, tetapi menjelaskan lagi punca permasalahan yang perlu diatasi oleh ummat Islam keseluruhannya. Bagi beliau, isu Palestin melangkaui isu negara semata, tetapi melibatkan semua penganut Islam berhadapan dengan cabaran Zionisme dan lain-lain. Keperluan kepada kesatuan ummat Islam tanpa dipisahkan oleh aspek kenegaraan seseorang penganut Islam akan membantu menyelesaikan isu Palestin ini. Fi Zilalil Quran melalui ayat ini telah membawa pembaca kepada dimensi pentafsiran yang baru dengan melangkaui politik antarabangsa yang melibatkan kepentingan masyarakat Islam secara global.

Isu Istilah Beberapa permasalahan juga timbul disekitar istilah-istilah yang diguna oleh Sayyid Qutb dalam tafsirnya seperti al-Hakimiyyah, al-Jahiliyyah dan sebagainya. Istilah-istilah ini turut di sebut di dalam bukunya yang lain seperti Maalim Fi al-Tariq. Namun, penggunaannya dalam tafsir al-Quran lebih menonjol dikalangan pengkaji pemikiran Islam kerana beliau telah menggunakan setiap ayat al-Quran yang berkaitan untuk mengulang-ulang dan menegaskan asas pemikiran politik beliau berbanding bukunya yang lain.30

1. Al-Hakimiyyah: Seperti yang dibincangkan dalam tajuk Konsep Kekuasaan dalam Fi Zilalil Quran, Sayyid Qutb menggunakan istilah al-Hakimiyyah berulang kali dalam tafsirnya. Sehinggakan ada sesetengah ummat Islam salah faham kepada konsep al-Hakimiyyah di dalam Fi Zilalil Quran ini. Salah faham ini sebenarnya berasaskan dua faktor. Pertama: Ketiadaan istilah khusus di dalam al-Quran dan Hadith. Sekiranya faktor ini diguna untuk menolak istilah yang diguna pakai oleh Sayyid Qutb, maka menurut Syeikh Solah Al-Khalidi, kebanyakan istilah lain seperti AlRububiyyah, Al-Uluhiyyah, Al-Ubudiyyah juga perlu ditolak kerana tidak disebut secara khusus dalam al-Quran. Sebenarnya istilah yg digunakan Sayyid Qutb adalah bersandarkan banyak ayat-ayat al-Quran yang mana boleh dirujuk kepada ayat-ayat berikut yang telah pun dibincangkan sebelum ini (7:54, 12:40, 12:67, 5:59, 5:64). Al-Hakimiyyah yang di maksudkan beliau juga merupakan satu aspek kepada pemahaman Uluhiyyah dan Rubbubiyyah Allah SWT yang berkaitan dengan Iman dan Islam. Faktor kedua adalah apabila digembar-gemburkan bahawa golongan Khawarij adalah yang pertama menimbulkan istilah tersebut, maka dituduh Syed Qutb sebagai Khawarij. Isu Khawarij menggunakan istilah tersebut sebenarnya sudah diketahui Sayyid Qutb. Pernah beliau ditanya tentang maksud al-Hakimiyyah, beliau menjawab: Menjadikan syariat Allah sebagai kaedah perlembagaan. Dan ditanya juga, tidakkah beliau sedar yang Khawarij juga menggunakan istilah yang sama? Beliau31

menjawab dengan kata-kata Saiyyidina Ali Sesungguhnya ia adalah kalimah yang benar tapi menginginkan kebatilan 2. Al-Jahiliyyah: Istilah ini juga banyak disebut dalam Fi Zilalil Quran kerana berkait rapat dengan istilah al-Hakimiyyah. Ketika menafsir ayat 50 dari surah al-Maidah, beliau menyebut: Al-Jahiliyyah seperti yang disebut Allah dan ditentukan dalam al-QuranNya adalah hukum manusia ke atas manusia kerana ia adalah perhambaan manusia ke atas manusia dan terkeluar daripada perhambaan kepada Allah dan menolak uluhiyyah Allah dan mengiktiraf disebalik itu dengan uluhiyyah kepada sebahagian manusia. Dan Al-Jahiliyyah berdasarkan nas ini tidak terikat kepada sesuatu zaman atau tempat. Keadaan ini wujud kelmarin, wujud sekarang dan wujud esok. Maka sifat kepada Jahiliyyah adalah bertentangan dengan Islam. Syeikh Solah al-Khalidi menjelaskan bahawa Jahiliyyah di sini buka merujuk kepada individu yang menjadi ahli masyarakat Jahiliyyah tetapi merujuk kepada nilai-nilai, undang-undang dan moral yang mendominasi masyarakat tersebut. Manakala dari segi status individu tersebut, bergantung kepada kaedah yang selain dari kaedah jahiliyah yang dimaksudkan beliau.

32

Kesimpulan Walaupun tafsir Fi Zilalil Quran bukanlah sebuah buku politik yang membincangkan secara khusus pemikiran politik Sayyid Qutb, namun kemampuan beliau untuk menggarap idea politik Islam dengan menjadikan tafsiran kepada ayat-ayat al-Quran sebagai dalil perbincangan, merupakan suatu pembaharuan yang disumbangkan beliau kepada masyarakat Islam. Setiap ayat akan ditafsirkan bersesuaian dengan keadaan realiti semasa dan mencambah idea untuk pembaikan masyarakat Islam yang pada ketika itu amat terkesan dengan ideologi sekularisme dengan imperialisme Barat. Pembaharuan tersebut juga tidak menjadikan Sayyid Qutb untuk meninggalkan terus kaedah asas yang dilalui oleh setiap mufassir al-Quran. Sifat beliau yang cintakan al-Quran dan cintakan kebaikan ummat Islam menjadikan beliau berterusan dalam dakwah melalui penulisan. Justeru, dalam membaca tafsir beliau ini, perlu ada sifat adil dalam menilai idea yang disebut. Keadilan terhadap tafsir Fi Zilal dan Syed Qutb akan dapat direalisasikan sekiranya dikaji secara menyeluruh aspek- aspek berikut:1. Memahami keadaan zaman Sayyid Qutb 2. Mengenal latarbelakang Sayyid Qutb 3. Mengetahui objektif penulisan Fi Zilalil Quran 4. Mengetahui manhaj Sayyid Qutb secara menyeluruh 5. Mengkaji secara menyeluruh pendapat Sayyid Qutb ten33

tang sesuatu isu.

RUJUKAN Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah. Fi Zilalil Quran: Fi alMizan (2000); Dar Ammar: Jordan. Qutb, Sayyid. Fi Zilalil Quran (1992); Dar Al-Syuruq: Kaherah. Yusuf, Badmas Lanre. Sayyid Qutb: A Study of His Tafsir (2009); Islamic Book Trust: Kuala Lumpur.

34

35