27
RKK HANG TUAH JAYA laporan draf akhir 161 CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN C- 6.0 PENGUKUHAN KAWASAN REKREASI DAN TARIKAN PELANCONGAN 6.1 Cadangan Pembangunan Kawasan Rekreasi Kemudahan kawasan lapang dan rekreasi dan memainkan peranan yang penting dalam menggalakan penduduk setempat mengamalkan gaya hidup sihat dan Secara tidak langsung menjadi daya tarikan pelancongan. Tarikan terhadap kawasan ini adalah dipengaruhi oleh konsep reka bentuk taman, jenis aktiviti, tahap penyelenggaraan dan kualiti kemudahan sokongan yang ditawarkan oleh kawasan rekreasi tersebut. 6.1.1 Matlamat Matlamat utama mewujudkan kemudahan rekreasi baru serta menaiktaraf kawasan-kawasan rekreasi sedia ada bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat dan secara tidak langsung menjadikan Hang Tuah Jaya sebagai pusat pelancongan konvensyenal lengkap dengan lingkaran kemudahan rekreasi atau jaringan hijau (green network). 6.1.2 Objektif i. Menaiktaraf kawasan-kawasan rekreasi sedia ada dan mewujudkan kemudahan rekreasi baru untuk keselesaan pengguna setempat dan pengunjung dari luar kawasan. ii. Sebagai memenuhi unjuran keperluan kemudahan rekreasi dan kawasan lapang pada masa akan datang. iii. Menjadikan Hang Tuah Jaya sebagai pusat tumpuan pelancongan. Penyediaan kawasan rekreasi yang lengkap dengan elemen-elemen kejur dan lembut mampu untuk meningkatkan taraf dan gaya hidup rakyat

6.1 Pelancongan REKREASI

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

161

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

6.0 PENGUKUHAN KAWASAN REKREASI DAN TARIKAN PELANCONGAN

6.1 Cadangan Pembangunan Kawasan Rekreasi Kemudahan kawasan lapang dan rekreasi dan memainkan peranan yang penting dalam menggalakan penduduk setempat mengamalkan gaya hidup sihat dan Secara tidak langsung menjadi daya tarikan pelancongan. Tarikan terhadap kawasan ini adalah dipengaruhi oleh konsep reka bentuk taman, jenis aktiviti, tahap penyelenggaraan dan kualiti kemudahan sokongan yang ditawarkan oleh kawasan rekreasi tersebut.

6.1.1 Matlamat Matlamat utama mewujudkan kemudahan rekreasi baru serta menaiktaraf kawasan-kawasan rekreasi sedia ada bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat dan secara tidak langsung menjadikan Hang Tuah Jaya sebagai pusat pelancongan konvensyenal lengkap dengan lingkaran kemudahan rekreasi atau jaringan hijau (green network).

6.1.2 Objektif i. Menaiktaraf kawasan-kawasan rekreasi sedia ada dan mewujudkan

kemudahan rekreasi baru untuk keselesaan pengguna setempat dan pengunjung dari luar kawasan.

ii. Sebagai memenuhi unjuran keperluan kemudahan rekreasi dan kawasan lapang pada masa akan datang.

iii. Menjadikan Hang Tuah Jaya sebagai pusat tumpuan pelancongan.

Penyediaan kawasan rekreasi yang lengkap dengan elemen-elemen kejur dan lembut mampu untuk meningkatkan taraf dan gaya hidup rakyat

Page 2: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

162

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

Berikut merupakan unjuran keperluan kawasan lapang dan rekreasi bagi kawasan

Rancangan Khas Hang Tuah Jaya sehingga tahun 2030 berpandukan Garis

Panduan Perancangan Kawasan Lapang Jabatan Perancang Bandar Dan Desa

Semenanjung Malaysia.

Jadual 6.1.1 : Unjuran Keperluan Kawasan Lapang dan Rekreasi bagi Kawsan RKK

Hang Tuah Jaya

Tahun Anggaran Bilangan

Penduduk

Hiraki Taman Penduduk/hektar

Jumlah Bilangan

Saiz Minima keluasan tanah

diperlukan (hektar)

Taman Bandar 1 40 Taman Tempatan 2 16 2010 126,100 Taman Kejiranan 11 22 Taman Bandar 1 40 Taman Tempatan 3 24 2015 153,500 Taman Kejiranan 13 26 Taman Bandar 1 40 Taman Tempatan 4 36 2020 191,200 Taman Kejiranan 16 32 Taman Bandar 1 40 Taman Tempatan 5 40 2025 244,000 Taman Kejiranan 20 40 Taman Bandar 1 40 Taman Tempatan 6 48 2030 311,400 Taman Kejiranan 26 52 Taman Bandar 1 40 Taman Tempatan 8 64 2035 397,500 Taman Kejiranan 33 66

Walau bagaimanapun, senarai cadangan pembangunan kawasan rekreasi seperti di bawah adalah berdasarkan keperluan sehingga tahun 2010 sahaja. Rujuk Jadual 6.1.2 dibawah yang menunjukkan senarai cadangan pembangunan dan keluasan yang diperlukan sehingga tahun 2015.

Jadual 6.1.2 : Senarai Cadangan Pembangunan dan Keluasan yang Diperlukan

Sehingga Tahun 2015 Bil. Lokasi Keluasan (hektar)

1. Taman Tempatan Durian Tunggal, Pekan Durian Tunggal 10

2. Taman Rekreasi UTeM, Universiti Teknologi Teknikal Malaysia 2

3. Taman Diraja Kesultanan Melayu Melaka 6 4. Taman Tempatan Bemban, Pekan Bemban 8 5. Taman Belia, Seri Negeri 2 6. Taman Wilayah 262 7. Taman Kampus, Multimedia Universiti 2 8. Taman Tempatan Bukit Katil 8 9. Taman Air Keroh ‘Dataran Hang Tuah’ 9

10. Taman Peringgit, Taman Peringgit Baru 1 11. Taman Airport City 2 12. Taman Bandar Science City 29

Page 3: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

163

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

6.1.3 Lokasi dan Cadangan i. Taman Tempatan Durian Tunggal, Pekan Durian Tunggal

Cadangan Pembangunan Kawasan Rekreasi Taman Tempatan Durian Tunggal adalah terletak selepas laluan masuk dari Pekan Durian Tunggal dengan keluasan 10 hektar. Matlamat cadangan pembangunan ini adalah untuk mewujudkan sebuah taman tempatan untuk tujuan rekreasi dan riadah penduduk tempatan dan sebagai lingkaran hijau kawasan Durian Tunggal.

Ciri-ciri pembangunan Taman Tempatan Durian Tunggal, Pekan Durian Tunggal adalah seperti ; a) Membangunkan kawasan taman rekreasi berkonsepkan ’rekreasi dalam dusun

buah-buahan’ b) Mengutamakan keperluan pengguna tempatan dengan memberi tumpuan

terhadap keseimbangan antara ruang bagi aktiviti pasif dan aktif dalam memberikan kepelbagaian ruang untuk aktiviti rehat, riadah, bersosial dan pembelajaran.

c) Penyediaan ameniti awam dan rekreasi aktif dan pasif yang lengkap seperti gelanggang & padang permainan, lot permainan kanak-kanak, tapak refleksologi dan sebagainya memenuhi keperluan rekreasi setiap peringkat umur.

d) Menanam pokok teduhan utama yang terdiri dari jenis buah-buahan secara komersil bagi membentuk tarikan tersendiri bagi taman ini serta mewujudkan pendapatan sendiri (self generate) bagi menampung kos penyelenggaraan taman.

e) pejalan kaki, trek jogging dan berbasikal, menara pandang, wakaf, kolam memancing dan lain-lain dengan konsep reka bentuk yang bersesuaian dan sesuai dengan ciri-ciri tempatan Pekan Durian Tunggal.

Di antara cadangan aktiviti rekreasi aktif yang boleh dilakukan oleh pengunjung di Taman Tempatan Durian Tunggal

Page 4: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

164

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

Jadual 6.1.3 : Anggaran Kos Cadangan Pembangunan Taman Tempatan Pekan Durian Tunggal Tajuk Projek: Cadangan Pembangunan Taman Tempatan Pekan Durian Tunggal

Kod Projek: Lokasi/Lot No.: Selepas laluan masuk dari Pekan Durian Tunggal / Lot 605, Mukim Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah

Komponen-komponen: Rasional (lebih berbentuk isu yang dapat diatasi):

1. Laluan pejalan kaki, trek jogging dan berbasikal, menara pandang, wakaf, kolam memancing, alat permainan kanak-kanak, lampu taman dan pengindahan landskap

1. 80% daripada kawasan cadangan adalah landskap lembut untuk keselesaan pengunjung

2. Memastikan reka bentuk tanaman memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.

3. Kemudahan rekreasi perlu disediakan setimpal dengan arus pembangunan bagi kesejahteraan penduduk.

Kebaikan:

1. Dapat mewujudkan kawasan rekreasi dan riadah penduduk tempatan.

Guna tanah Semasa: Kawasan Lapang Guna tanah dicadangkan

Kawasan rekreasi

Penggunaan Semasa: -TM- Pemilikan semasa: -TM-

Keluasan: 10 hektar Plinth: -TB-

Nisbah Plot -TB-

Densiti -TB- Ketinggian: -TB-

Panjang -TB- Lebar: -TB-

Cadangan Agensi pelaksana Pihak Kerajaan / PBT

Tahap Keutamaan [ ] Amat Tinggi [ ] Tinggi [ ] Rendah [ ] Terendah

Cadangan Fasa Projek [ ] 2008-2010 [ ] 2011-2015 [ ] 2016–2020 [ ]

Anggaran Kos (kecuali kos pengambilan tanah) RM 5 juta

Kos Pengambilan Tanah (acquisition costs) –TB-

Cadangan kaedah pelaksanaan/perincian

Peruntukan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

* TM: Tiada Maklumat * TB: Tidak Berkaitan

Page 5: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

166

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

ii. Taman Rekreasi UTeM, Universiti Teknologi Teknikal Malaysia

Cadangan pembangunan kawasan rekreasi Universiti Teknikal Kejuruteraan Malaysia (UTeM) adalah terletak di kawasan tasik sedia ada yang terdapat di kawasan kampus tersebut. Keluasan kawasan cadangan ini adalah 2 hektar. Matlamat cadangan pembangunan ini adalah untuk mewujudkan sebuah taman rekreasi berorientasikan air untuk tujuan pelajar beriadah dan pengunjung dari luar beriadah dengan penekanan kepada kemudahan rekreasi berkonsepkan ICT.

Ciri-ciri pembangunan Taman Rekreasi UTeM, Universiti Teknologi Teknikal Malaysia adalah seperti ; a) Mewujudkan kemudahan rekreasi berasaskan sukan air mengikut keperluan

pengguna setempat yang bersesuaian b) Mengutamakan keperluan rekreasi pelajar dengan memberi tumpuan

terhadap keseimbangan antara ruang bagi aktiviti pasif dan aktif. Ruang tersebut adalah seperti untuk melakukan aktiviti berehat, beriadah, bersosial dan pembelajaran.

c) Menggabungkan elemen-elemen seperti laluan pejalan kaki, trek jogging dan ameniti awam lain seperti tandas, tempat letak kereta dan sebagainya dengan menggunakan reka bentuk yang bersesuaian.

d) Memastikan reka bentuk kawasan rekreasi bersesuaian dengan keadaan persekitaran untuk mengawal kesimbangan alam semulajadi.

Aktiviti rekreasi pasif iaitu memancing dan berehat adalah sesuai di kawasan Taman Rekreasi UTEM

Page 6: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

167

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

Jadual 6.1.4 : Anggaran Kos Cadangan Pembangunan Taman Rekreasi Universiti Teknologi Teknikal Malaysia (UTeM)

Tajuk Projek: Cadangan Pembangunan Taman Rekreasi Universiti Teknologi Teknikal Malaysia

Kod Projek: Lokasi/Lot No.: Sekitar kawasan tasik UTeM, Mukim Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah

Komponen-komponen: Rasional (lebih berbentuk isu yang dapat diatasi):

1. Tempat memancing ikan, cycling, kenu dan trek jogging dan basikal, lampu taman dan pengindahan landskap

1. Memberi tumpuan kepada keseimbangan antara ruang aktif seperti beriadah dan pasif iaitu berehat dan pembelajaran.

2. Memastikan reka bentuk kawasan rekreasi bersesuaian dan mudah diselenggara

Kebaikan:

1. Dapat mewujudkan kawasan rekreasi dan riadah untuk kesejahteraan penduduk tempatan.

Guna tanah Semasa: Institusi Guna tanah dicadangkan Kawasan rekreasi

Penggunaan Semasa: -TM- Pemilikan semasa: -TM-

Keluasan: 2 hektar Plinth: -TB-

Nisbah Plot -TB- Ketinggian: -TB-

Densiti -TB-

Panjang -TB- Lebar: -TB-

Cadangan Agensi pelaksana Pihak Kerajaan / PBT

Tahap Keutamaan [ ] Amat Tinggi [ ] Tinggi [ ] Rendah [ ] Terendah

Cadangan Fasa Projek [ ] 2008-2010 [ ] 2011-2015 [ ] 2016–2020 [ ]

Anggaran Kos (kecuali kos pengambilan tanah) RM 5 juta

Kos Pengambilan Tanah (acquisition costs) –TB-

Cadangan kaedah pelaksanaan/perincian Peruntukan dari Kerajaan Persekutuan

* TM: Tiada Maklumat * TB: Tidak Berkaitan

Page 7: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

169

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

iii. Taman Diraja Kesultanan Melayu Melaka

Cadangan Pembangunan Taman Diraja Kesultanan Melayu Melaka terletak di kawasan taman tema sedia ada dan berkeluasan 6 hektar. Matlamat cadangan pembangunan ini adalah untuk mewujudkan sebuah taman berkonsep diraja bagi menonjolkan identiti dan latarbelakang sejarah Hang Tuah Jaya yang unik dan tersendiri

Ciri-ciri pembangunan Taman Diraja Kesultanan Melayu Melaka adalah seperti ; a) Ciri-ciri reka bentuk dan susunatur lama istana akan diserapkan di dalam ruang-

ruang dan aktiviti-aktiviti yang akan dicadangkan. b) Mewujudkan taman tema berkonsepkan kesultanan melayu Melaka

berpandukan kepada sejarah lampau. c) Penekanan kepada reka bentuk venekular bagi menghidupkan suasana zaman

silam. d) Kajian mendalam perlu dibuat terhadap jenis aktiviti, kemudahan dan jenis

spesis tanaman yang berkaitan dengan kegunaan diraja. e) Pelan pengurusan taman yang khas perlu disediakan bagi taman ini kerana

penyelenggaraannya berbeza dengan taman-taman yang lain.

Ruang-ruang seperti laman istana dengan arca lagenda ‘Hang Tuah’ merupakan elemen yang dicadangkan.

Page 8: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

170

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

Jadual 6.1.5 : Anggaran Kos Cadangan Pembangunan Taman DiRaja Kesultanan Melayu Melaka Tajuk Projek: Cadangan Pembangunan Taman DiRaja Kesultanan Melayu Melaka

Kod Projek: Lokasi/Lot No.: Kawasan Taman Tema Sedia Ada / Sebahagian Lot No 23, Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah dan Lot No. 1823, Mukim Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah

Komponen-komponen: Rasional (lebih berbentuk isu yang dapat diatasi):

1. Berkuda, memanah, padang permainan rakyat seperti tapak latihan silat, laluan pejalan kaki dan pengindahan landskap.

2. Ciri-ciri rekabentuk adalah mengadaptasi susunatur laman istana.

3. 80% daripada kawasan cadangan adalah landskap lembut untuk mewujudkan ketenangan dan keharmonian

4. Pemilihan jenis tanaman yang memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.

Kebaikan:

1. Dapat mewujudkan kawasan taman tema berkonsepkan diraja.

Guna tanah Semasa: Kawasan lapang Guna tanah dicadangkan

Kawasan rekreasi

Penggunaan Semasa: -TM- Pemilikan semasa: -TM-

Keluasan: 6 hektar Plinth: -TB-

Nisbah Plot -TB-

Densiti -TB- Ketinggian: -TB-

Panjang -TB- Lebar: -TB-

Cadangan Agensi pelaksana Pihak Kerajaan / PBT

Tahap Keutamaan [ ] Amat Tinggi [ ] Tinggi [ ] Rendah [ ] Terendah

Cadangan Fasa Projek [ ] 2008-2010 [ ] 2011-2015 [ ] 2016 – 2020 [ ]

Anggaran Kos (kecuali kos pengambilan tanah) RM 8 juta

Kos Pengambilan Tanah (acquisition costs) –TB-

Cadangan kaedah pelaksanaan/perincian

1. Peruntukan dari Kerajaan Negeri 2. Peruntukan dari Kementerian Pelancongan dan

Kementerian Kebudayaan dan Warisan

* TM: Tiada Maklumat * TB: Tidak Berkaitan

Page 9: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

172

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

iv. Taman Tempatan Bemban, Pekan Bemban

Cadangan Pembangunan Kawasan Rekreasi Taman Tempatan Bemban terletak selepas laluan masuk dari Pekan Bemban. Kawasan cadangan ini mempunyai keluasan 8 hektar. Matlamat cadangan pembangunan ini adalah untuk mewujudkan sebuah taman tempatan untuk tujuan rekreasi dan riadah bagi penduduk tempatan yang juga berfungsi sebagai kawasan lingkaran hijau kawasan Pekan Bemban.

Ciri-ciri pembangunan Taman Tempatan Bemban, Pekan Bemban adalah seperti ; a) Mewujudkan taman berkonsepkan perkampungan budaya di mana ia

menjadi tempat pameran acara kebudayaan dan tradisional seperti bersilat, main gasing, congkak, layang-layang dan sebagainya,

b) Perkampungan artis seni tampak, seni lukis, bengkel pembuatan kraftangan & makanan tradisonal dan pusat jualan bagi memberi pulangan kepada taman bagi tujuan penyelenggaraan.

c) Mengambilkira keperluan pengguna tempatan dan pelancong asing dalam menyediakan ruang dan kemudahan taman.

d) Memastikan reka bentuk tanaman adalah mudah untuk diselenggara denga tanaman daripada pelbagai jenis tumbuhan, saiz dan bentuk. Ini juga adalah untuk menyeimbangkan keadaan semujadi kawasan cadangan.

Bersilat dan bernain gasing yang merupakan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh penduduk tempatan

Page 10: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

173

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

Jadual 6.1.6 : Anggaran Kos Cadangan Pembangunan Taman Tempatan Pekan Bemban Tajuk Projek: Cadangan Pembangunan Taman Tempatan Pekan Bemban

Kod Projek: Lokasi/Lot No.: Laluan masuk dari Bemban / Lot no. 2305 dan 2306, Mukim Ayer Panas, Daerah Jasin

Komponen-komponen: Rasional (lebih berbentuk isu yang dapat diatasi):

1. Laluan pejalan kaki, trek jogging dan berbasikal, menara pandang, wakaf, kolam memancing, alat permainan kanak-kanak, lampu taman dan pengindahan landskap

1. Memastikan reka bentuk tanaman dikombinasikan dengan persekitaran

2. 80% daripada kawasan cadangan adalah landskap lembut untuk mewujudkan keselesaan

3. Kemudahan rekreasi perlu disediakan berdasarkan kepada arus pembangunan dan keperluan penduduk

Kebaikan:

1. Dapat mewujudkan kawasan rekreasi dan riadah penduduk tempatan.

Guna tanah Semasa: Kawasan Lapang Guna tanah dicadangkan Kawasan rekreasi

Penggunaan Semasa: -TM- Pemilikan semasa: -TM-

Keluasan: 8 hektar Plinth: -TB-

Nisbah Plot -TB-

Densiti -TB- Ketinggian: -TB-

Panjang -TB- Lebar: -TB-

Cadangan Agensi pelaksana Pihak Kerajaan / PBT

Tahap Keutamaan [ ] Amat Tinggi [ ] Tinggi [ ] Rendah [ ] Terendah

Cadangan Fasa Projek [ ] 2008-2010 [ ] 2011-2015 [ ] 2016–2020 [ ]

Anggaran Kos (kecuali kos pengambilan tanah) RM 5 juta

Kos Pengambilan Tanah (acquisition costs) –TB-

Cadangan kaedah pelaksanaan/perincian

Peruntukan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

* TM: Tiada Maklumat * TB: Tidak Berkaitan

Page 11: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

175

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

v. Taman Belia, Seri Negeri

Cadangan pembangunan adalah terletak bersebelahan dengan bangunan World Youth Foundation dengan keluasan 2 hektar. Matlamat cadangan pembangunan ini adalah untuk mewujudkan sebuah taman rekreasi untuk golongan remaja bagi menggalakkan golongan muda ini melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat iaitu beriadah.

Ciri-ciri Taman Belia, Seri Negeri adalah seperti ; a) Menerapkan ciri-ciri reka bentuk yang kontemporari dan moden dimana selari

dengan imej remaja yang aktif. b) Menyediakan elemen-elemen yang mempunyai keutamaan untuk aktiviti

beriadah dan aktiviti aktif seperti tapak untuk sukan lasak berbasikal, bermain papan luncur, elemen landskap kejur dan lembut.

c) Jenis tanaman yang dipilih adalah dapat memberi teduhan dan berbunga bagi mewujudkan persekitaran yang segar dan harmoni.

Aktiviti bermain papan luncur yang selari dengan imej remaja yang aktif

Page 12: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

176

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

Jadual 6.1.7 : Anggaran Kos Cadangan Pembangunan Taman Belia Tajuk Projek: Cadangan Pembangunan Taman Belia

Kod Projek: Lokasi/Lot No.: Bersebelahan bangunan World Youth Foundation / Lot 1838, Mukim Bukit Katil, Melaka Tengah

Komponen-komponen: Rasional (lebih berbentuk isu yang dapat diatasi):

1. Laluan pejalan kaki, trek jogging dan berbasikal, papan luncur, wakaf, lampu taman dan pengindahan landskap

1. Ciri-ciri rekabentuk kontemporari dan moden selaras dengan golongan remaja.

2. Menyediakan kemudahan rekreasi yang bersesuaian dan mencukupi

3. Pemilihan jenis tanaman yang teduh dan menarik

Kebaikan:

1. Golongan remaja dapat melibatkan diri dengan aktiviti sihat

Guna tanah Semasa: Perdagangan Guna tanah dicadangkan

Kawasan rekreasi

Penggunaan Semasa: -TM- Pemilikan semasa: -TM-

Keluasan: 2 hektar Plinth: -TB-

Nisbah Plot -TB-

Densiti -TB- Ketinggian: -TB-

Panjang -TB- Lebar: -TB-

Cadangan Agensi pelaksana Pihak Kerajaan / PBT

Tahap Keutamaan [ ] Amat Tinggi [ ] Tinggi [ ] Rendah [ ] Terendah

Cadangan Fasa Projek [ ] 2008-2010 [ ] 2011-2015 [ ] 2016 – 2020 [ ]

Anggaran Kos (kecuali kos pengambilan tanah) RM 4 juta

Kos Pengambilan Tanah (acquisition costs) –TB-

Cadangan kaedah pelaksanaan/perincian Peruntukan dari Kerajaan Negeri

* TM: Tiada Maklumat * TB: Tidak Berkaitan

Page 13: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

178

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

vi. Taman Wilayah

Cadangan pembangunan adalah merangkumi keseluruhan kawasan taman rekreasi sedia ada di Ayer Keroh iaitu seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Dataran Sejarah, Mini Malaysia dan Kawasan Hutan Simpan. Ia adalah untuk menaiktaraf kawasan taman rekreasi sedia ada kepada sebuah taman wilayah bagi kawasan Ayer Keroh dan untuk menampung keperluan terhadap kawasan rekreasi di kawasan Hang Tuah Jaya. Jumlah keluasan untuk kawasan cadangan ini adalah 262 hektar. Matlamat cadangan pembangunan ini adalah untuk. Mewujudkan sebuah taman rekreasi bertaraf taman wilayah dengan menyediakan satu struktur pusat pengurusan dan penyelenggaraan di Dataran Sejarah di dalam usaha untuk mengukuhkan tarikan pelancongan dan rekreasi di Hang Tuah Jaya.

Ciri-ciri pembangunan Taman Wilayah adalah seperti ; a) Menerapkan ciri-ciri reka bentuk yang seragam dari segi konsep dan

pengurusan kawasan-kawasan rekreasi sedia ada. b) Menaiktaraf kemudahan dan persekitaran yang terdapat di kawasan rekreasi

sedia ada membentuk satu lingkaran hijau yang bersepadu. c) Menambah dan menaiktaraf elemen-elemen landskap sedia seperti wakaf,

kolam memancing, menara pandang dan lain-lain. d) Pemilihan jenis tanaman yang memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan

bercirikan alam semulajadi bertujuan mengekalkan ciri-ciri asal kawasan sedia ada.

Rekreasi aktif yang merupakan aktiviti yang dicadangkan di kawasan Taman Belia, Seri Negeri

Page 14: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

179

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

Jadual 6.1.8 : Anggaran Kos Cadangan Pembangunan Taman Wilayah Tajuk Projek: Cadangan Pembangunan Taman Wilayah

Kod Projek: Lokasi/Lot No.: Kawasan rekreasi sedia ada / Lot 5530, 5242, 2363, 2349, 1873dan 4349, Mukim Bukit katil, Daerah Melaka Tengah

Komponen-komponen: Rasional (lebih berbentuk isu yang dapat diatasi):

1. Laluan pejalan kaki, trek jogging dan berbasikal, menara pandang, wakaf, kolam memancing, alat permainan kanak-kanak, lampu taman dan pengindahan landskap

1. Ciri-ciri rekabentuk adalah seragam dengan konsep dan pengurusan taman rekreasi sedia ada.

2. Menyediakan kemudahan rekreasi yang bersesuaian dan mencukupi

3. Pemilihan jenis tanaman bercirikan alam semulajadi

Kebaikan:

1. Dapat mewujudkan satu taman willayah yang dapat menampung pertambahan penduduk terhadap keperluan untuk berekreasi.

Guna tanah Semasa: Kawasan rekreasi Guna tanah dicadangkan

Kawasan rekreasi

Penggunaan Semasa: -TM- Pemilikan semasa: -TM-

Keluasan: 262 hektar Plinth: -TB-

Nisbah Plot -TB-

Densiti -TB- Ketinggian: -TB-

Panjang -TB- Lebar: -TB-

Cadangan Agensi pelaksana Pihak Kerajaan / PBT

Tahap Keutamaan [ ] Amat Tinggi [ ] Tinggi [ ] Rendah [ ] Terendah

Cadangan Fasa Projek [ ] 2008-2010 [ ] 2011-2015 [ ] 2016 – 2020 [ ]

Anggaran Kos (kecuali kos pengambilan tanah) RM 50 juta

Kos Pengambilan Tanah (acquisition costs) –TB-

Cadangan kaedah pelaksanaan/perincian Peruntukan Kerajaan Persekutuan

* TM: Tiada Maklumat * TB: Tidak Berkaitan

Page 15: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

181

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

vii. Taman Kampus, Multimedia Universiti

Lokasi cadangan adalah terletak di jalan masuk ke Universiti Multimedia (MMU) dan mempunyai keluasan 2 hektar. Matlamat cadangan pembangunan ini adalah untuk mewujudkan sebuah taman rekreasi yang merangkumi jaringan hijau untuk golongan pelajar MMU dan penduduk setempat. Ciri-ciri pembangunan Taman Kampus, Multimedia Universiti adalah seperti ; a) Menerapkan ciri-ciri reka bentuk yang moden bersesuaian dengan imej MMU

yang merupakan pusat pengajian berasaskan teknologi. b) Mengutamakan elemen-elemen untuk aktiviti beriadah dan aktiviti pasif seperti

trek berbasikal, jogging, berkuda, landskap kejur dan landskap lembut. c) Cadangan pemilihan jenis tanaman yang boleh memberikan teduhan dan

berbunga bagi mewujudkan persekitaran yang segar dan harmoni.

Cadangan untuk menyediakan aktiviti beriadah seperti menaiki basikal adalah bersesuaian dengan

imej Taman Kampus

Page 16: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

182

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

Jadual 6.1.9 : Anggaran Kos Cadangan Pembangunan Taman Kampus Tajuk Projek: Cadangan Pembangunan Taman Kampus

Kod Projek: Lokasi/Lot No.: Berhampiran jalan masuk ke Universiti Multimedia (MMU), Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah

Komponen-komponen: Rasional (lebih berbentuk isu yang dapat diatasi):

1. Trek jogging dan berbasikal, wakaf, lampu taman, aktiviti berkuda dan pengindahan landskap

1. Menyediakan elemen-elemen landskap yang bersesuaian dan mencukupi

2. Pemilihan jenis tanaman yang memberi teduhan dan berbunga

3. Kemudahan rekreasi perlu disediakan mengikut kepada arus pembangunan bagi kesejahteraan penduduk.

Kebaikan:

1. Dapat mewujudkan sebuah taman rekreasi untuk golongan pelajar dan penduduk setempat

Guna tanah Semasa: Kawasan Lapang Guna tanah dicadangkan Kawasan rekreasi

Penggunaan Semasa: -TM- Pemilikan semasa: -TM-

Keluasan: 2 hektar Plinth: -TB-

Nisbah Plot -TB-

Densiti -TB- Ketinggian: -TB-

Panjang -TB- Lebar: -TB-

Cadangan Agensi pelaksana Pihak Kerajaan / PBT

Tahap Keutamaan [ ] Amat Tinggi [ ] Tinggi [ ] Rendah [ ] Terendah

Cadangan Fasa Projek [ ] 2008-2010 [ ] 2011-2015 [ ] 2016 – 2020 [ ]

Anggaran Kos (kecuali kos pengambilan tanah) RM 4 juta

Kos Pengambilan Tanah (acquisition costs) –TB-

Cadangan kaedah pelaksanaan/perincian Peruntukan dari Kerajaan Negeri

* TM: Tiada Maklumat * TB: Tidak Berkaitan

Page 17: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

184

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

viii. Taman Tempatan Bukit Katil

Lokasi cadangan adalah meliputi kawasan tanah tinggi Bukit Katil sedia ada dan berkeluasan 8 hektar. Matlamat cadangan pembangunan ini adalah untuk mewujudkan sebuah taman

rekreasi untuk kemudahan penduduk setempat serta bertujuan untuk memelihara

antara puncak tertinggi di kawasan Hang Tuah Jaya untuk warisan generasi akan

datang.

Ciri-ciri pembangunan Taman Bukit Katil adalah seperti ;

a) Komponen cadangan guna tanah adalah lebih kepada pengekalan kawasan

sedia ada dan penerokaan yang minima bertujuan Keperluan pengekalan

alam semulajadi dan tumpuan terhadap penyelidikan adalah menjadi

keutamaan.

b) Menetapkan pembangun tidak lebih dari 30% dari keseluruhan kawasan

sebagai taman rekreasi dan 70% kawasan sebagai kawasan hijau semulajadi

bagi keseimbangan ekologi bandar.

c) Menyediakan aktiviti rekreasi aktif berasaskan rekreasi bukit seperti pendakian

bukit, berkhemah, pendidikan alam dan tumbuhan dan sebagainya.

d) Jenis tanaman berkonsepkan arboretum dengan pemilihan pokok spesis hutan

berbukit seperti: Keruing, kempas, Meranti, Damar, Jelutong dan sebagainya

Aktiviti mendaki bukit dan berkhemah yang disediakan untuk tujuan riadah.

Page 18: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

185

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

Jadual 6.1.10 : Anggaran Kos Cadangan Pembangunan Taman Tempatan Bukit Katil Tajuk Projek: Cadangan Pembangunan Taman Tempatan Bukit Katil

Kod Projek: Lokasi/Lot No.: Kawasan tanah tinggi sedia ada Bukit Katil / Lot 1755, 1820, 1821 dan 1822 Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah

Komponen-komponen: Rasional (lebih berbentuk isu yang dapat diatasi):

1. Kawasan mendaki bukit dan ruang untuk perkhemahan.

1. Kepentingan kawasan adalah untuk pengekalan kawasan alam semulajadi

2. Pembangunan hendaklah menitikberatkan keseimbangan ekologi bandar

3. Tanaman adalah berkonsepkan arboretum.

Kebaikan:

1. Dapat mewujudkan sebuah taman rekreasi untuk kemudahan penduduk setempat dan memelihara kawasan semulajadi

Guna tanah Semasa: Perumahan Guna tanah dicadangkan Kawasan rekreasi

Penggunaan Semasa: -TM- Pemilikan semasa: -TM-

Keluasan: 8 hektar Plinth: -TB-

Nisbah Plot -TB-

Densiti -TB- Ketinggian: -TB-

Panjang -TB- Lebar: -TB-

Cadangan Agensi pelaksana Pihak Kerajaan / PBT

Tahap Keutamaan [ ] Amat Tinggi [ ] Tinggi [ ] Rendah [ ] Terendah

Cadangan Fasa Projek [ ] 2008-2010 [ ] 2011-2015 [ ] 2016 – 2020 [ ]

Anggaran Kos (kecuali kos pengambilan tanah) RM 5 juta

Kos Pengambilan Tanah (acquisition costs) –TB-

Cadangan kaedah pelaksanaan/perincian Peruntukan dari Kerajaan Persekutuan

* TM: Tiada Maklumat * TB: Tidak Berkaitan

Page 19: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

187

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

ix. Taman Air Keroh ‘Dataran Hang Tuah’

Matlamat cadangan pembangunan ini adalah untuk mewujudkan sebuah dataran di kawasan Hang Tuah Jaya Pusat tumpuan penduduk Hang Tuah jaya untuk kegiatan acara sukan yang tersusun, sukan bermusim atau menikmati persekitaran semulajadi. Lokasi cadangan adalah berhampiran dengan IPK Melaka dan mempunyai keluasan 9 hektar.

Ciri-ciri pembangunan Taman Ayer Keroh ini adalah seperti ; a) Pembangunan sebuah dataran yang di namakan Dataran Hang Tuah yang

berkonsepkan Heart of Hang Tuah Jaya

b) Intensiti penggunaannya meliputi aktiviti-aktiviti fizikal, sosial dan kebudayaan

yang menarik penduduk tempatan dan pelancong asing, pelbagai guna serta

sukan dengan ruang menonton terbuka.

c) Tanaman yang dicadangkan adalah yang dapat memberikan teduhan dan berbunga dengan konsep formal disebahagian kawasan dan semi-formal di sebahagian kawasan lain.

d) Penyediaan ameniti awam seperti sistem pengangkutan awam, surau, tandas, tempat letak kereta yang mencukupi perlu diambil kira dalam penyediaan taman ini.

Cadangan Dataran Hang Tuah yang menyediakan kemudahan untuk menjalankan aktiviti dan acara sukan serta ruang terbuka untuk menonton.

Page 20: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

188

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

Jadual 6.1.11 : Anggaran Kos Cadangan Pembangunan Taman Ayer Keroh (Dataran Hang Tuah) Tajuk Projek: Cadangan Pembangunan Taman Ayer Keroh (Dataran Hang Tuah’

Kod Projek: Lokasi/Lot No.: Berhampiran dengan IPK Melaka / Lot 26, 27, 28, 33, 994, 995, 996, 2361, 2363 dan 2365, Mukim Baru, Daerah Melaka Tengah

Komponen-komponen: Rasional (lebih berbentuk isu yang dapat diatasi):

1. Surau, tandas, tempat letak kereta dan ruang terbuka untuk sukan dan ruang menonton terbuka

1. Intensiti penggunaan adalah meliputi aktiviti fizikal, sosial dan kebudayaan yang menarik.

2. Pemilihan jenis tanaman yang memberi teduhan dan berbunga

Kebaikan:

1. Dapat mewujudkan sebuah pusat tumpuan iaitu dataran Hang Tuah Jaya untuk kawasan beriadah.

Guna tanah Semasa: Kawasan Lapang Guna tanah dicadangkan Kawasan rekreasi

Penggunaan Semasa: -TM- Pemilikan semasa: -TM-

Keluasan: 9 hektar Plinth: -TB-

Nisbah Plot -TB-

Densiti -TB- Ketinggian: -TB-

Panjang -TB- Lebar: -TB-

Cadangan Agensi pelaksana Pihak Kerajaan / PBT

Tahap Keutamaan [ ] Amat Tinggi [ ] Tinggi [ ] Rendah [ ] Terendah

Cadangan Fasa Projek [ ] 2008-2010 [ ] 2011-2015 [ ] 2016 – 2020 [ ]

Anggaran Kos (kecuali kos pengambilan tanah) RM 10 juta

Kos Pengambilan Tanah (acquisition costs) –TB-

Cadangan kaedah pelaksanaan/perincian Peruntukan dari Kerajaan Persekutuan

* TM: Tiada Maklumat * TB: Tidak Berkaitan

Page 21: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

190

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

x. Taman Peringgit, Taman Peringgit Baru

Cadangan mewujudkan Taman Peringgit adalh berdekatan dengan papan tanda masuk ke Hang Tuah Jaya dari arah Peringgit. Keluasan kawasan cadangan adalah 1 hektar. Matlamat cadangan pembangunan ini adalah untuk mewujudkan sebuah taman poket dan berfungi sebagai sebahagian lingkaran hijau di kawasan Hang Tuah Jaya.

Ciri-ciri pembangunan Taman Peringgit, Taman Peringgit Baru adalah seperti ; a) Ciri-ciri reka bentuk vernakular Hang Tuah Jaya dicadangkan iaitu gabungan

konsep reka bentuk moden sebagai ruang menyambut. b) Menyediakan elemen-elemen menyambut di kawasan Hang Tuah jaya

dengan kesan ‘sense of welcoming’. c) Jenis tanaman yang dapat memberikan teduhan dan penunjuk arah jalan

dicadangkan

Contoh cadangan taman poket yang berfungsi sebagai lingkaran hijau di Taman Peringgit

Page 22: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

191

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

Jadual 6.1.12 : Anggaran Kos Cadangan Pembangunan Taman Peringgit Tajuk Projek: Cadangan Pembangunan Taman Peringgit

Kod Projek: Lokasi/Lot No.: Berhampiran papan tanda masuk ke HTJ / Lot 158, 308, 309, 310, 330 dan 900, Mukim Pernu, Daerah Melaka Tengah

Komponen-komponen: Rasional (lebih berbentuk isu yang dapat diatasi):

1. Pegola dan trelis, menara jam, wall feature, bangku, laluan pejalan kaki, ruang rehat, wakaf, lampu taman dan pengindahan landskap

1. Menyediakan elemen-elemen landskap yang bersesuaian dan mencukupi

2. Pemilihan jenis tanaman yang memberi teduhan dan penunjuk arah jalan

3. Kemudahan rekreasi perlu disediakan mengikut kepada keperluan penduduk

Kebaikan:

1. Dapat mewujudkan sebuah taman rekreasi untuk penduduk setempat

Guna tanah Semasa: Perdagangan Guna tanah dicadangkan

Kawasan rekreasi

Penggunaan Semasa: -TM- Pemilikan semasa: -TM-

Keluasan: 1 hektar Plinth: -TB-

Nisbah Plot -TB-

Densiti -TB- Ketinggian: -TB-

Panjang -TB- Lebar: -TB-

Cadangan Agensi pelaksana Pihak Kerajaan / PBT

Tahap Keutamaan [ ] Amat Tinggi [ ] Tinggi [ ] Rendah [ ] Terendah

Cadangan Fasa Projek [ ] 2008-2010 [ ] 2011-2015 [ ] 2016–2020 [ ]

Anggaran Kos (kecuali kos pengambilan tanah) RM 5 juta

Kos Pengambilan Tanah (acquisition costs) –TB-

Cadangan kaedah pelaksanaan/perincian

Peruntukan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

* TM: Tiada Maklumat * TB: Tidak Berkaitan

Page 23: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

193

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

xi. Taman Airport City

Cadangan mewujudkan Taman Airport City berhampiran dengan Lapangan

Terbang Batu Berendam dan mempunyai keluasan 2 hektar.

Matlamat cadangan pembangunan ini adalah untuk mewujudkan taman rekreasi

bagi memenuhi keperluan warga tempatan dan pelancong yang baru sampai ke

Negeri Melaka melalui jalan udara dan juga memperindah salah satu kawasan

pintu masuk utama ke Hang Tuah Jaya.

Ciri-ciri pembangunan Taman Airport City adalah seperti ; a) Menerapkan ciri-ciri reka bentuk yang berkonsepkan ’rehat dan rawat’. b) Menekankan kepada imej Hang Tuah Jaya sebagai bandar pintar. d) Menyediakan elemen-elemen untuk beriadah dan bersantai dengan kombinasi

elemen landskap kejur seperti tempat rehat dan sebagainya. e) Mengutamakan tumbuhan rendang dan berbunga bagi mewujudkan suasana

selamat datang yang mesra dan memperbanyakan tanaman f) Taman ini juga berfungsi sebagai kawasan penampan serta agen

keseimbangan ekologi dengan guna tanah persekitaran.

Page 24: 6.1 Pelancongan REKREASI

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

194

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

C -

Ilustrasi menunjukkan kawasan taman rekreasi yang dicadangkan di Taman Airport City

Page 25: 6.1 Pelancongan REKREASI

C -

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

195

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

Jadual 6.1.13 : Anggaran Kos Cadangan Pembangunan Taman Airport City Tajuk Projek: Cadangan Pembangunan Taman Airport City

Kod Projek: Lokasi/Lot No.: Berhampiran Lapangan Terbang Batu Berendam / Lot 4, 5, 8 dan 3210, Mukim Batu Berendam, Daerah Melaka Tengah

Komponen-komponen: Rasional (lebih berbentuk isu yang dapat diatasi):

1. Wall feature, bangku, laluan pejalan kaki, ruang rehat, wakaf, alat permainan kanak-kanak, kiosk, lampu taman dan pengindahan landskap

1. Menyediakan elemen-elemen landskap yang bersesuaian dan mencukupi

2. Pemilihan jenis tanaman yang memberi suasana redup dan boleh mengurangkan pencemaran bunyi dari kawasan lapangan terbang yang berdekatan

Kebaikan:

1. Dapat mewujudkan sebuah taman rekreasi dan kawasan rehat untuk penduduk setempat dan pengunjung

Guna tanah Semasa: Kawasan Lapang Guna tanah dicadangkan

Kawasan rekreasi

Penggunaan Semasa: -TM- Pemilikan semasa: -TM-

Keluasan: 2 hektar Plinth: -TB-

Nisbah Plot -TB-

Densiti -TB- Ketinggian: -TB-

Panjang -TB- Lebar: -TB-

Cadangan Agensi pelaksana Pihak Kerajaan / PBT

Tahap Keutamaan [ ] Amat Tinggi [ ] Tinggi [ ] Rendah [ ] Terendah

Cadangan Fasa Projek [ ] 2008-2010 [ ] 2011-2015 [ ] 2016–2020 [ ]

Anggaran Kos (kecuali kos pengambilan tanah) RM 5 juta

Kos Pengambilan Tanah (acquisition costs) –TB-

Cadangan kaedah pelaksanaan/perincian Peruntukan dari Kerajaan Persekutuan

* TM: Tiada Maklumat * TB: Tidak Berkaitan

Page 26: 6.1 Pelancongan REKREASI

C -

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

197

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

xii. Taman Bandar Science City

Terletak di kawasan Cadangan Melaka Science City (MSC) dan berkeluasan kira-kira 29 hektar. Matlamat cadangan pembangunan ini adalah untuk mewujudkan sebuah taman rekreasi bagi penduduk dan pelancong yang datang ke kawasan perbandaran Science City.

Ciri-ciri pembangunan Taman Airport City adalah seperti ; a) Menerapkan ciri-ciri reka bentuk yang berkonsepkan taman linear

kontemporari yang mengambil kira kelebihan tapak yang mempunyai badan air yang indah.

b) Menyediakan elemen-elemen untuk beriadah dan bersantai dengan kombinasi elemen landskap kejur seperti tempat rehat dan sebagainya.

c) Taman ini juga berfungsi sebagai kawasan penampan serta agen keseimbangan ekologi bandar.

Contoh cadangan taman rekreasi yang juga berfungsi sebagai agen keseimbangan ekologi bandar

Page 27: 6.1 Pelancongan REKREASI

C -

R K K H A N G T U A H J A Y A l a p o r a n d r a f a k h i r

198

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

Jadual 6.1.14 : Anggaran Kos Kos Cadangan Pembangunan Taman Science City Tajuk Projek: Cadangan Pembangunan Taman Science City

Kod Projek: Lokasi/Lot No.: Terletak di kawasan cadangan Melaka Science City (MSC) / Lot 1426, 3208, 3210 dan 3220, Mukim Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah

Komponen-komponen: Rasional (lebih berbentuk isu yang dapat diatasi):

1. Tempat rehat dan ruang untuk beriadah. 1. Mengambilkira kelebihan tapak yang mempunyai badan air yang indah

2. Tanaman berfungsi sebagai kawasan penampan serta agen keseimbangan ekologi bandar.

Kebaikan:

1. Dapat mewujudkan sebuah taman rekreasi bagi penduduk dan pelancong yang datang ke kawasan perbandaran science city

Guna tanah Semasa: Kawasan Lapang Guna tanah dicadangkan Kawasan rekreasi

Penggunaan Semasa: -TM- Pemilikan semasa: -TM-

Keluasan: 29 hektar Plinth: -TB-

Nisbah Plot -TB-

Densiti -TB- Ketinggian: -TB-

Panjang -TB- Lebar: -TB-

Cadangan Agensi pelaksana Pihak Kerajaan / PBT

Tahap Keutamaan [ ] Amat Tinggi [ ] Tinggi [ ] Rendah [ ] Terendah

Cadangan Fasa Projek [ ] 2008-2010 [ ] 2011-2015 [ ] 2016 – 2020 [ ]

Anggaran Kos (kecuali kos pengambilan tanah) RM 2 juta

Kos Pengambilan Tanah (acquisition costs) –TB-

Cadangan kaedah pelaksanaan/perincian Peruntukan dari Kerajaan Persekutuan

* TM: Tiada Maklumat * TB: Tidak Berkaitan