7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

  • View
    226

  • Download
    1

Embed Size (px)

Text of 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

KATA ADJEKTIF ARAS TINNGI

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.1. Budak lelaki itu melecur teruk akibat terkena minyak _______________. Dia ditempatkan di wad ICU, Hospital Temerloh.

A terik

B kelat

C tawar

D panas

2.Akibat terlalu lapar, pengemis itu makan dengan begitu _______________.A cepatB kasarC gopohD gelojoh

3.Biskut itu sudah _____________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.A lemauB empuk C lembikD kembang

4.Ketika berusia sembilan bulan, adik saya sudah ____________ bertatih.A baikB bijakC fasihD pandai

5.Buaya adalah sejenis haiwan berdarah ______________ .A sejukB manisC panasD masam

6.Wanita yang memiliki wajah berbentuk _______________ sirih itu ialah jiran saya.A bujurB bulatC tirus D lonjong

7.Lukisan abstrak itu telah dilukis oleh seorang pelajar yang cukup ________.A bijakB bagusC kreatifD pandai

8.Suara abang ____________ kerana terlalu lama bersorak semasa menyaksikan perlawanan bola sepak.A serakB lunakC mersikD nyaring

9.Kaki emak terseliuh kerana terjatuh di bilik air yang _________ itu.A licinB kesatC basahD lembap

Soalan 10 berdasarkan gambar 1

Gambar 1 10.kakak berasa mual ketika menyiang ikan yang berbau ____________ itu.A busukB hanyir C tengikD hamis

11.Ikan keli, sepat dan patin merupakan sejenis ikan air _________________.A tawarB pahitC manisD masin

12.Pada minggu lepas, kakak saya selamat melahirkan bayi perempuan yang sungguh _______________.A cantikB comelC kacakD manja

13.Lipan boleh menyelinap dan menyelit ditempat-tempat yang tersembunyi kerana bentuk yang _______________.A tirusB leperC bujurD pipih

14.Sang Kancil berjaya memperdayakan Sang Buaya kerana Sang Kancil seekor haiwan yang ___________________.A baikB rajinC majuD cerdik15.Pokok mangga di belakang rumah saya telah tumbang akibat ditiup angin __________ petang semalam.A lajuB cepatC lambatD kencang

16.Perasaan ______________ menyelubungi keluarga empat beradik yang mati lemas petang semalam tatkala jenazah mereka dikebumikan pagi tadi.A sedihB sayangC terharuD gembira

17.Rasa buah rambutan yang masih muda amat _____________ sekali.A kelatB maungC pahitD masam

18.Saya mahu kalian berkumpul di bawah pohon yang _____________ itu, arah Cikgu Anu kepada murid-muridnya.A redupB renekC rendahD rendang

19.Darvin tidak suka makan ubat yang ________________ itu.A manisB pahitC tawarD payau

20 Suara Zaitun yang _____________ itu telah membuka peluang kepadanya untuk berkecimpung dalam dunia hiburan.A gurauB kasarC merduD nyaring

21.Sungai yang ________________ di Malaysia ialah Sungai Rejang.A terbesarB tercantikC terpendekD terpanjang

22.Pasangan pengantin itu sama _____________ sama padan, bagai pinang dibelah dua.A kecilB cantikC manisD gembira

23.Adik suka mencium bau mawar yang _____________ itu.A manisB masam C harum D busuk

24.Saran berlari dengan ____________ untuk sampai ke garisan penamat.A lajuB kencangC cepatD segera

25.Zala amat_________________ kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita.A sukaB gembiraC dukaD ceria

26.Pakaian budak lelaki itu ________ kerana terjatuh ke dalam selut di tepi rumahnya.A lusuh

B comot

C cemar

D luntur

27.Bangunan Masjid Terapung amat ________ sehingga berupaya menjadi daya tarikan pelancong yang datang ke Malaysia.

A. unik

B. besar

C. cerah

D. menawan

28. Akil makan dengan ________ sehingga tercekik dan terpaksa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.A. cepat

B. teratur

C. cermat

D. gelojoh

29. Ramai pengguna suka akan makanan yang ________tanpa menyedari ia boleh memberi kemudaratan kepada kesihatan tubuh.

A. lembut-lembut

B. rangup-rangup

C. masin-masin

D. manis-manis

30 Kakak kelihatan ________ apabila mengenakan baju kebaya berwarna keemasan pada hari persandingannya.

A. ayu

B. rapi

C. comel

D. anggun

31 Sikap Dato Zainal yang ________ terhadap semua pekerja menyebabkan beliau disukai. A. sopan

B. bosan

C. ramah

D. sombong

32 Walaupun peria rasanya ________ namun ia amat baik untuk kesihatan kita.

A. pahit

B. kelat

C. manis

D. masam

33 Puan Merlin kelihatan ________ memikirkan masalah kewangan yang dihadapinya sejak akhir-akhir ini.

A. sedih

B. gusar

C. sugul

D. bingung

34 Penjenayah ragut yang ________ itu akhirnya berjaya diberkas oleh pihak polis hasil daripada maklumat orang ramai.

A. liat

B. ligat

C. licik

D. lincah

35 Bau ________ dan busuk ditandas-tandas awam adalah kerana sikap pengguna yang tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan.

A. hanyir

B. hapak

C. hamis

D. haring

36 Daging yang ________ itu perlu direbus dengan lebih lama supaya empuk.

A. liat

B. keras

C. lemau

D. kasar

37 Rina berasa sangat ________ apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajarannya di universiti.

A. seronok

B. girang

C. suka

D. ceria

38 Kakak terpaksa membuang kacang tanah itu kerana telah ________ walaupun pada mulanya dia ingin memasaknya.

A. hapak

B. busuk

C. hangit

D. tengik

39 Keropok ikan yang ibu goreng pagi tadi telah ________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.

A. lemau

B. lembut

C. lembik

D. empuk

40 Air sungai di belakang rumah saya menjadi ________ selepas hujan turun dengan lebat malam tadi.

A. tohor

B. keruh

C. jernih

D. cemar

41 Lampu jalan di pinggir kampung itu telah ________ kerana mentolnya sudah lama tidak ditukar.

A. kabur

B. gelap C. malap

D. suram

42 Umur datuk sudah enam puluh tahun tetapi dia masih ________ kerana selalu bersenam setiap pagi.

A. segar

B. gagah

C. kuat

D. sihat

43 Muka Raji ________ akibat menahan perasaan marah yang meluap-luap.

A. putih melepak

B. merah padam

C. hitam legam D. pucat lesi

44 Permaidani di rumah kakak yang ditenggelami banjir minggu lepas tetap berbau ________ walaupun sudah dijemur.

A. masam

B. hanyir

C. hapak

D. busuk

45 Amat ________ untuk memastikan yang mana adik dan abang kerana mereka adalah kembar seiras.

A. susah

B. pelik

C. sukar

D. keliru

46 Rumah ________ itu telah menjadi tempat penagih dadah berkumpul dan menghisap dadah.

A. tua

B. usang

C. uzur

D. lapuk

47 Ikan kelah sesuai hidup dalam arus air yang ________ kerana saiz badannya yang besar.

A. perlahan

B. laju

C. deras

D. kuat

48 Pihak pengurusan Kejora FC mengutamakan para pemain yang ________ untuk mewakili pasukan itu. A. pantas

B. cekap

C. lincah

D. laju

49 Tangan kakak berbau ________ setelah menyiang beberapa ekor ikan sungai.

A. hamis

B. hanyir

C. hapak

D. hancing

50 Sebahagian besar kemalangan jalanraya berpunca daripada sikap pemandu yang ________ semasa memandu.

A. cuai

B. rakus

C. sambalewa

D. bersaing

51 Keropok yang baru digoreng itu _______________. A lemau B garing C keras D reput

52. Angin yang bertiup ______________ menyebabkan pokok itu tumbang. A pantas B hebat

C kencang

D cepat

53 Pokok-pokok di puncak gunung Kinabalu ______________ kerana tanah di puncak gunung biasanya gersang dan cuacanya dingin. A rendang B kontot C kurus

D renek

54 Bersenam menjadikan badan kita _____________ dan otak kita ________________. A aktif tekad B sihat lancar C cergas cerdas D tabah kekal

55. Kerja itu tidak ____________ seperti yang kusangkakan. A semudah B sekerap

C seisi

D seketika56. Semasa lalu di tepi longkang itu, Aniruth menutup hidungnya kerana air longkang itu berbau _____________. A hapak B masam

C hamis

D busuk

57. Tolong jemurkan pakaian itu di tengah panas agar cepat _________, kata ibu kepada Resmi. A kering B bersih C keras

D lembut

58. Sang Arnab meninggalkan Sang Kura-kura yang berjalan _____________ di belakang. A lemah B lambat

C pantas

D deras

59. Kain baju kurung yang dipakai oleh Kushboo terlalu ______________. A lebar B besar

C luas

D labuh

60. Buah mangga muda yang dibeli oleh ayah agak ______________. A manis B besar

C masam

D lebat

61. Rahimi mengecas bateri telefon bimbitnya yang semakin ____________ itu. A rendahB lemah

C kurang

D susut

62. Hup Seng berbadan gempal berasa ___________ apabila rakan-rakan asyik mengejeknya.

A ba