Upload
nur-az
View
2.402
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
BAB 7PENYERTAAN POLITIK
DISEDIAKAN OLEH:SAG 2010
PENDAHULUAN
T/jawab untuk membangunkan negara bukan terletak semata-mata di bahu kerajaan tetapi juga rakyat
Rakyat perlu melibatkan diri dalam aspek pemerintahan negara samada secara langsung ataupun tidak langsung.
Inilah yang disebut sebagai penyertaan politik (political participation).
Definisi Penyertaan Politik
Penyertaan politik ialah ”satu konsep yang menggambarkan keadaan di mana rakyat keseluruhannya, termasuk individu dan kumpulan bukan politik, membabitkan diri dalam proses politik”
Robertson, “penyertaan politik ialah satu bentuk aktiviti kolektif yang dijalankan oleh institusi formal dalam sistem politik”
McClosky (1968), Roberts dan Edwards (1991), serta Axford dan Rosamond (1997), “Penyertaan politik ialah satu bentuk aktiviti yang bersifat sukarela (voluntary act).”
Tujuan Penyertaan Politik
Penyertaan politik amat penting bagi memastikan kelangsungan (survival) negara
Menurut Burns, Schlozman dan Verba (2001), tujuan utama penyertaan politik ialah untuk mempengaruhi kerajaan samada secara langsung seperti mempengaruhi proses pembuatan dan pelaksanaan dasar negara, ataupun secara tidak langsung dengan mempengaruhi pemilihan pegawai-pegawai kerajaan.
PARTI POLITIK
Parti politik ialah satu mekanisma utama rakyat dalam proses penyertaan politik
Rakyat bebas memilih untuk menyertai mana-mana parti politik mengikut aliran pemikiran mereka dan ianya juga bukanlah sesuatu yang wajib.
Definisi Parti Politik Istilah ‘parti’ berasal daripada perkataan Latin
‘pars’ yang bermaksud ‘part’ (bahagian). Ia sering dikaitkan dengan ideologi
berbanding dengan orang-orang yang menganggotainya
Kebanyakan nama parti politik itu sendiri menggambarkan ideologi yang menjadi asas penubuhannya
Parti demokrat ditubuh berdasarkan kepada ideologi demokrasi, parti liberal berdasarkan ideologi liberalisme, parti nasionalis berdasarkan ideologi nasionalisme, dll.
Fungsi dan Peranan Parti Politik
1. Penghubung antara Rakyat dan Kerajaan Ia sebagai ‘jambatan’ antara rakyat dan kerajaan Masalah dan permintaan rakyat dikemukakan kepada
kerajaan Dengan menyertai parti politik dan mengundinya,
rakyat dapat mempengaruhi proses pembuatan dasar dalam negara.
2. Mengumpul Kepentingan Rakyat Berfungsi mengumpul kepentingan rakyat yang
berbagai2 Membantu rakyat jelata dan semua jenis kumpulan
berkepentingan (interest group) dikemukakan kepada kerajaan
3. Sebagai Ejen Sosialisasi Politik Ia menjalankan kempen dan memberi
penerangan mengenai politik serta dasar parti politik
Menimbulkan kesedaran politik serta menarik sokongan mereka terhadap parti politik
Ia juga merekrut ahli baru ke dalam parti.4. Sebagai Ejen Memobilisasikan Pengundi Sewaktu kempen pilihanraya dan mengajak
rakyat untuk keluar mengundi pada hari pilihan raya
5. Membentuk Kerajaan Parti politik yang menang dalam pilihan raya
berfungsi membentuk kerajaan dalam negara Melaksanakan semua janji-janji dalam
manifesto6. Parti Pembangkang Parti politik juga berfungsi sebagai parti
pembangkang dalam negara Berusaha mengurangkan sokongan rakyat
terhadap parti pemerintah
Klasifikasi Parti Politik Matlamat utama parti politik ialah
untuk mendapat kuasa politik dan seterusnya menguasai pemerintahan negara
Faktor utama yang mempengaruhi pembentukan sesebuah parti politik ialah ideologi.
Samada ia berfahaman kekiri (leftist), kekanan (rightist), ataupun ketengah (centrist).
Jenis-Jenis Parti Politik1. Mass Party Parti yang memerlukan sejumlah besar sokongan
rakyat bagi membolehkannya memenangi pilihanraya dan menguasai negara
2. Cadre party Parti yang hanya menarik sokongan daripada elit-elit
politik dan mempunyai satu bentuk organisasi yang bersifat terpusat (centralized) seperti parti Komunis di China dan Vietnam.
3. Devotee party Parti yang dibentuk bagi mempromosikan imej
seseorang pemimpin diktator seperti Hitler (Parti Nazi), Peron (Argentina), Vargas (Brazil) dan Saddam Hussein (Parti Baath).
Sistem Parti
1. Sistem Satu Parti Satu parti yang dibenarkan ditubuhkan di sesebuah negara
yg mengamalkan sistem totalitarian dan pemerintahan scara diktator seperti di bekas USSR, China, Korea Utara, dan beberapa buah negara di Asia dan Afrika
2. Sistem Parti Dominan Wujud satu parti yang dominan dalam negara di samping
parti2 lain, contoh Parti Kongres (India), LDP (Jepun) dan Barisan Nasional (Malaysia).
3. Sistem Dua Parti Wujud di negara demokrasi Barat seperti Amerika Syarikat
dan Britain di mana kedua-dua parti yang bertanding mempunyai peluang yang sama rata untuk memenangi pilihan raya
4. Sistem Pelbagai Parti Kewujudan pelbagai parti dalam negara yang
bertanding dalam pilihan raya seperti di Sweden, Israel, Italy, Holland, dan Norway
5. Sistem Dua Parti dan Lebih Sistem ini menyaksikan kewujudan dua buah parti
yang besar di samping beberapa buah parti kecil seperti di Jerman dan Austria.
6. Sistem Tiada Parti Tiada parti politik wujud kerana negara tersebut
mengamalkan sistem pemerintahan monarki seperti di Arab Saudi, negara-negara Teluk (Gulf states) dan Brunei.
KUMPULAN-KUMPULAN BERKEPENTINGAN
Kekeliruan mengenai pendefinisian istilah ini. Kumpulan-kumpulan berkepentingan juga kadangkala disebut sebagai kumpulan-kumpulan pendesak (pressure groups)
Kumpulan2 berkepentingan dan parti politik mempunyai banyak persamaan dan juga banyak perbezaan. Sbg contoh, parti politik berjuang untuk mendapat kuasa politik dan ia juga bertanggungjawab kepada rakyat
Roskin (2004: 170), perbezaan yang wujud antara kumpulan-kumpulan berkepentingan dan parti politik seperti berikut:
1. Matlamat Matlamat parti politik ialah untuk mendapatkan
kuasa politik dan kumpulan2 berkepentingan lebih mementingkan kepada program dan isu-isu tertentu
Kumpulan2 berkepentingan juga cuba untuk mempengaruhi parti politik dan pemimpin mereka untuk menyokong dasar-dasar tertentu tetapi tidak bertindak sebagai pembuat dasar.
2. Bentuk Keahlian Kebanyakkan parti politik memerlukan sokongan
daripada rakyat bagi memenangi pilihanraya manakala kumpulan2 berkepentingan yang tidak perlu bertanding dalam pilihanraya.
Bentuk keahlian dalam kumpulan ini bersifat ‘selective’ dan bergantung kepada bentuk isu,
Contoh, Greenpeace dianggotai oleh mereka yang berjuang dalam isu mengenai alam sekitar, manakala CUEPACS pula dianggotai oleh kakitangan perkihdmatan awam di Malaysia.
3. Jumlah Bilangan Sistem pelbagai parti (multi party
system), jumlah parti politik biasanya terhad
Jumlah kumpulan2 berkepentingan pula tiada had dan boleh dibentuk dan ditubuhkan pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan
Klasifikasi Kumpulan-Kumpulan Berkepentingan
1. Kumpulan Berkepentingan ‘Associational’
Kumpulan ini mempunyai nama yang tertentu, ibu pejabat, keahlian yang profesional, serta menggunakan prosedur yang efektif untuk menjayakan matlamat mereka
Terdiri daripada ahli perniagaan, industri, pertubuhan perdagangan, kesatuan buruh, persatuan ahli-ahli profesional, kumpulan petani dan lain-lain.
2. Kumpulan Berkepentingan ‘Non-associational’
Kumpulan ini tidak mempunyai nama ataupun bentuk struktur organisasi formal
Masih mempunyai identiti yang tersendiri dan mempunyai ciri-ciri dan kepentingan yang sama.
Kumpulan ini terdiri daripada kumpulan yang berbentuk budaya, etnik, sosial dan keagamaan.
3. Kumpulan Berkepentingan ‘Institutional’ Ia wujud dalam kerajaan dan mempunyai struktur
organisasi yang tersusun seperti birokrasi kerajaan, angkatan tentera, ahli parlimen dan lain-lain.
4. Kumpulan Berkepentingan ‘Anomic’ Wujud secara spontan apabila ada segelintir
masyarakat memperjuangkan sesuatu isu atau dasar tertentu
Tidak mempunyai perancangan awal, namun demikian ia tidak menghalang ahli2 membentuk satu organisasi secara ‘ad-hoc’ bagi memperjuangkan sesuatu isu penting.
Peranan Kumpulan-Kumpulan Berkepentingan
Sebagai mekanisma rakyat dalam konteks perwakilan politik
Membenarkan proses politik menjadi lebih ‘responsive’ dan seterusnya Kerajaan akan lebih peka bahawa setiap dasar yang dikeluarkannya
Sebagai ‘orang tengah’ (mediator)
Membantu kerajaan dalam merangka dasar-dasar negara
Sebagai platform bagi rakyat untuk bertidak secara kolektif dalam
Mengemukakan permintaan dan masalah kepada kerajaan.
Mengelakkan konsentrasi kuasa kerajaan secara total. Ia bertindak sebagai ‘watch-dog’ bagi pihak rakyat jelata
PILIHAN RAYA Pilihan raya wujud dalam sistem demokrasi
secara perwakilan (representative democracy) Rakyat memilih wakil daripada kalangan
mereka untuk memerintah negaraDefinisi Pilihan Raya Istilah ‘pilihan raya’ (election) berasal daripada
perkataan Latin ‘eligere’ yang bermaksud ‘untuk memilih’ (to pick out; to choose).
Ringkasnya pilihan raya ialah satu proses pemilihan pemimpin yang dilakukan secara mengundi untuk memilih wakil rakyat ke dewan perwakilan.
Fungsi Pilihan Raya
a. Sebagai cara rakyat memilih dan mengawal wakil-wakil mereka.
b. Sebagai saluran penyertaan politik untuk rakyat
c. Sebagai satu bentuk komunikasi antara memerintah dan yang diperintah.
d. Sebagai cara untuk mengesahkan mereka yang memerintah.
e. Sebagai cara sesebuah kerajaan mendapat pengesahan (legitimacy) daripada rakyat.
Ciri-Ciri Pilihan Raya
Antara ciri-ciri sebuah pilihan raya bebas ialah seperti berikut:
1. Diadakan Secara ‘Regular’ Pilihan raya mesti diadakan secara ‘regular’
atau mengikut tempoh tertentu yang ditetapkan oleh perlembagaan negara.
2. Pengundi Mempunyai Pilihan Calon Pengundi mesti mempunyai pilihan calon
lebih dari seorang atau sekurang-kurangnya dua orang sebagai alternatif dalam mengundi.
3. Kebebasan Memilih Calon Pengundi mesti mempunyai kebebasan
untuk memilih dan mengundi mana-mana calon yang mereka sokong tanpa apa-apa tekanan ataupun paksaan.
4. Kebebasan Mengenal Calon Pengundi berhak mengenali calon-
calon pilihan raya dan manifesto mereka sebelum mengundi
5. Kebebasan Berkempen Calon berhak berkempen mengenalkan manifesto
serta parti mereka kepada rakyat6. Hak Mengundi bagi yang Layak Setiap orang yang layak mengundi mesti diberikan
hak tersebut tanpa sebarang sekatan, tekanan ataupun paksaan.
7. Peluang Mengundi yang Sama Rata Setiap orang yang layak mengundi mesti diberikan
peluang yang samarata Tanpa sebarang sekatan di mana setiap orang
mempunyai satu undi.
8. Mendaftar Mengundi Secara Bebas
Tanpa sebarang sekatan, tekanan atau paksaan.
9. Pengiraan Undi yang Betul Pengiraan undi mestilah dilakukan
dengan betul dan tepat
Syarat-Syarat MengundiRanney (1993): Terdapat beberapa syarat umum yang boleh menentukan seseorang individu itu samada layak atau tidak untuk mengundi seperti berikut:
1. Kewarganegaraan Warganegara mereka sahaja untuk mengundi, tidak
kita samada individu tersebut lahir di negara tersebut ataupun di luar negara
2. Umur Setiap negara memperuntukkan had umur tertentu
untuk mengundi Misalannya berumur 21 tahun ke atas layak untuk
mengundi manakala bayi, kanak-kanak atau remaja tidak dibenarkan mengundi.
3. Pemastautin Pemastautin tetap di negaranya atau
untuk tempoh tertentu bagi melayakkannya mengundi.
4. Pendaftaran Mengundi Bagi mengelakkan sebarang bentuk
penipuan undi,
Sekian