93
UNIT 1 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH SINOPSIS Unit ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk pertama ianya mendedah dan dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai; Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Teks dan Buku Panduan Guru serta Pembinaan Rancangan Semester, Mingguan dan Harian. Seterusnya memberi pendedahan dan penekanan kepada pelajar mengenai perlaksanaan Pendidikan Islam 6 bulan Pertama Tahun Satu . Hasil Pembelajaran Di akhir unit ini anda dapat 1. memahami dan menghuraikan matlamat, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah 2. memahami dan menghuraikan bidang, tajuk, isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam 3. menghurai dan mengaplikasi bahan dari Buku Teks dan Buku Panduan Guru dalam pengajaran dan pembelajaran 4. menguasai kemahiran membina rancangan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam 5. Memahami Perlaksanaan Kaedah Iqra’ Tahun Satu 1

7. Unit1, Unit 2, Panel

  • Upload
    bro-qim

  • View
    266

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 7. Unit1, Unit 2, Panel

UNIT 1PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH

RENDAH

SINOPSIS

Unit ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk pertama ianya mendedah dan dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai; Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Teks dan Buku Panduan Guru serta Pembinaan Rancangan Semester, Mingguan dan Harian. Seterusnya memberi pendedahan dan penekanan kepada pelajar mengenai perlaksanaan Pendidikan Islam 6 bulan Pertama Tahun Satu .

Hasil Pembelajaran

Di akhir unit ini anda dapat

1. memahami dan menghuraikan matlamat, objektif dan organisasi

kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

2. memahami dan menghuraikan bidang, tajuk, isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

3. menghurai dan mengaplikasi bahan dari Buku Teks dan Buku Panduan Guru dalam pengajaran dan pembelajaran

4. menguasai kemahiran membina rancangan pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam

5. Memahami Perlaksanaan Kaedah Iqra’ Tahun Satu

1

Page 2: 7. Unit1, Unit 2, Panel

TAJUK 1.1 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

1.1.1 Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Pelajar-pelajar sekelian!

“ Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya 27 Jan 1999, menyarankan Kementerian Pendidikan menyemak semula kurikulum Pendidikan Islam (PI) dengan memberi penekanan kepada kandungan teks dan kaedah perlaksanaan kurikulum yang lebih berkesan kepada murid-murid sekolah. Kurikulum Pendidikan Islam disemak semula mulai tahun 2000 dengan beberapa penambahbaikan. Pada 8 Mac 2001 YAB Perdana Menteri telah menerima beberapa saranan dari Jawatankuasa Semakan Sukatan Pelajaran “

(Petikan dari Kertas Dasar Semakan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan KBSM 2000 Bahagian kurikulum Pendidikan Islam dan Moral )

Anda sekarang adalah seorang pendidik. Untuk menjadi seorang pendidik yang professional anda perlulah mengetahui, memahami dan menguasai isi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam , Huraian Sukatan , Buku Teks dan Buku Panduan Guru. Justeru itu modul ini diharap dapat membantu anda dalam menjalankan tugas seharian

Pendidikan Islam sekolah rendah adalah pendidikan awal yang wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pendidikan Islam sekolah rendah memenuhi tuntutan fardu ain, menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim. Selaras dengan proses perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani murid-murid. Merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.

Tumpuan Khusus mata pelajaran Pendidikan Islam:

i. Pendidikan Asas Tilawah al-Quranii. Pembentukan Aqidah dan Bimbingan Asas Fardu Ainiii. Pemupukan amalan Fardu Ain dan Kifayah yang dituntut oleh Syariativ. Penerapan Adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai cita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara.

2

Page 3: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya matapelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang kearah pembentukan muslim mumin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab, beramal salih dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah ;

Matlamat pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al Quran dan al Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang kearah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Objektif Pendidikan Islam;

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah, murid dapat :

1. Membaca surah-surah terpilih dari juzu’ Amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca al Quran dan menjadi amalan

2. Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya kearah meyakini al Quran sebagai rujukan petunjuk Allah

4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan

5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam

6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah saw sebagai asas perkembangan tamadun manusia

7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian

8. Membaca dan menulis jawi serta mencinta ilmu sebagai warisan budaya bangsa

Kandungan Kurikulum

Kandungan pendidikan Islam sekolah rendah dibahagikan kepada empat bidang seperti berikut, iaitu:

3

Page 4: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Rajah : Bidang-bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Rajah di atas menunjukkan kandungan bidang-bidang mata pelajaran yang terdapat dalam Pendidikan Islam sekolah rendah. Untuk mendalami bidang-bidang tersebut;

Sila rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 2002

Organisasi Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Bidang Asuhan Tilawah al-Quran

Bidang Asas Ulum Syari’yah

Bidang Asas Akhlak Islamiah

Bidang PelajaranJAWI

4

Page 5: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Bil. BIDANG OBJEKTIF TUMPUAN

1

Asuhan TilawahAl-Quraan

1. Membaca Surah–surah terpilih dari juzuk Amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca A-Quraan dan menjadi amalan.

2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadah harian.

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari ddengan menghayati beberapa surah sebagai rujukan petunjuk Allah.

1 Membaca ayat-ayat al-Quraan dengan Betul dan fasih.

2 Menghafaz ayat-ayat tertentu dengan betul dan fasih

3 Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada Juzuk Amma (Juzuk 30 ) dan menghayati pengajarannya.

2

Asas Ulum As-Syariah 1. Memahami dan

meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benting keagmaan

2. Mengamalkan ibadah-ibadah asas Fardu Ain s erta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam

3. Memahami dan mengambil Iktibar dengan sirah Rasulullah S.A.W. sebagai asas perkembangan tamadun manusia,

1. Penekanan akidah,pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah

.2. Pengetahuan

mengenai peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah Taala dan melaksanakannya

3. Percontohan dan pengambilan iktibar dari Sirah Rasulullah S. A..W

4. Implikasi Akidah,Ibadah dan Sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga,masyarakat dan Negara.

Asas Akhlak Islamiah

Mengamal adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian

1. Kepatuhan terhadap perturan dan cara hidup

Muslim dalam hubungan dengan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W

2. Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara

perhubungan manusia dengan diri, keluarga, alam sekitar,masyarakat

5

Page 6: 7. Unit1, Unit 2, Panel

dan Negara

3 Pelajaran Jawi Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

1. Menulis tulisan jawi dengan baik

2. Membaca jawi dengan lancar

3. mempelajari seni tulisan jawi.

Latihan

i. Berdasarkan rajah di atas, bincangkan bidang-bidang pendidikan Islam sekolah rendah mengikut susunan?

ii. Senaraikan Objektif setiap bidang mengikut tumpuan sukatan tersebut.

Syabas! Atas kesabaran anda ………………..

Rehat sekejap !!!

1.1.2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Anda telah pun memahami secara terperinci Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR melalui unit yang lepas, Insyaallah, semoga dengan pemahaman dan pengamatan yang telah anda berikan itu, memudahkan anda meneruskan pembelajaran seterusnya.

Baiklah, sekarang marilah kita meneruskan perbincangan ini mengenai Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR.

Dalam unit ini anda akan dapat mengetahui secara lebih terperinci mengenai matlamat, objektif dan bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah dari tahun 1 hingga tahun 6.

Matlamat

Huraian Sukatan Pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembangkan dan memperjelaskan maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran. Sukatan Pelajaran perlu dibaca bersama dengan Huraian Sukatan. Penguasaan terhadap apa yang terkandung dalam Huraian Sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid. Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dibina berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.

Objektif

6

Page 7: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Fungsi utama Huraian Sukatan Pelajaran ialah untuk:

Menentukan skop sukatan

Panduan guru dalam menyediakan isi pelajaran dan pemilihan aktiviti pembelajaran

Kegunaan penyedia buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih dan membina isi kandungan aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan kerja lanjutan

Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran samada berbentuk formatif atau sumatif

Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian sukatan pelajaran disusun dengan menggunakan format yang diselaraskan bagi

semua matapelajaran. Kandungan Huraian Sukatan dipersembahkan dalam bentuk

lajur seperti berikut :.

Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran Cadangan Pengalaman Pembelajaran

Aras 1 :

Aras 2 :

Aras 3 :

Keterangan lajur

Lajur Kandungan dalam Lajur

Lajur Bidang Pembelajaran Mengklasifikasikan kandungan sukatan pelajaran berdasarkan agihan mengikut tahun pembelajaran.

Lajur Hasil Pembelajaran Berkaitan dengan objektif yang mesti dicapai oleh murid.

Mengandungi kenyataan atau keterangan mengenai kesan atau hasil dari proses pembelajran yang dialami oleh murid, samada kesan berbentuk dalaman (implicit) atau luaran ( eksplisit)

Hasil pembelajaran yang mesti dicapai bagi setiap tajuk telah dibahagikan

7

Page 8: 7. Unit1, Unit 2, Panel

kepada 3 aras bertujuan untuk memenuhi keperluan tiga golongan prestasi murid;

Aras 1 : Aras ini bertujuan memenuhi keperluan golongan murid pencapaian rendah. Ia merupakan aras yang paling mudah yang mesti dikuasai oleh keseluruhan murid.. Bimbingan dan dorongan dengan aktiviti yang sewajarnya perlu diberi untuk mencapai penguasaan hasil pembelajaran aras 1, iaitu tahap yang paling rendah

Aras 2 : Aras sederhana yang perlu dikuasai

oleh murid yang mempunyai aras kebolehan yang sederhana. 60% - 70% daripada keseluruhan murid dalam kelas sepatutnya menguasai tahap ini

Aras 3 : Aras paling tinggi. Ia perlu dikuasai

oleh murid-murid pencapaian tinggi. Selalunya 15 % - 20% murid yang diajar boleh menguasai aras ini

Lajur Cadangan Pengalaman Pembelajaran

Memuatkan cadangan strategi, kaedah, teknik, aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran yang baik.

Cadangan kepada guru tentang pengalaman pembelajaran yang akan dialami oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Sila rujuk buku Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah (KBSR) Tahun 1 dan Tahun 4, KPM

8

Page 9: 7. Unit1, Unit 2, Panel

A. Asuhan Tilawah al-Quran

Perhatikan rajah berikut kemudian ikuti huraiannya:

Rajah : Bidang satu Asuhan Tilawah Al-Quraan

Rajah di atas , menunjukkan Bidang Asuhan Tilawah Al-Quran, bidang ini

mengandungi tiga bahagian iaitu Bacaan, Hafazan dan Kefahaman seperti berikut;

I. Bacaan :

i. Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris fathah, kasrah,dhammah, tanwin, sukun dan syaddah.

ii. Membaca kalimah dan potongan ayat

iii. Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris

iv. Membaca surah-surah dengan betul dan fasih :

v. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi tanda bacaan mad dan waqaf

vi. Membaca ayat-ayat pendek mengandungi nun sakinah dan tanwin

vii. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi mim syaddah, nun syaddah dan mim sakinah

viii. Membaca potongan ayat-ayat daripada surah-surah tertentu yang mengandungi bacaan qalqalah.

Berikut surah-surah yang dicadangkan;

.Asuhan Tilawah Al-Qurann.Asuhan Tilawah Al-Qurann

1. Bacaan1. Bacaan

2 Hafazan2 Hafazan

3. Kefahaman3. Kefahaman

9

Page 10: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Bil Surah Bil Surah Bil Surah

1 Al-Fatihah 11 Al-Fil 21 Al-Tin

2 An-Nas 12 Al-Humazah 22 Al-syarh

3 Al-Falaq 13 Al-‘Asr 23 Al-Dhuha

4 Al-Ikhlas 14 Al-Takathur 24 Al-Lail

5 Al-Masad 15 Al-Qari’ah 25 Al-Syams

6 Al-Nasr 16 Al-Adiyat 26 Al-Balad

7 Al-Kafirun 17 Al-Zalzalah 27 Al-Fajr

8 Al-Kawthar 18 Al-Bayyinah 28 Al-Ghasiyyah

9 Al-Ma’un 19 Al;-Qadr 29 Al-A’la

10 Al-Quraisy 20 Al-‘Alaq 30 Al-Tariq

II Hafazan :

Menghafaz surah-surah berikut :

a. Al-Fatihah l. Al-Takathur

b. An-Nas m. Al-Qari’ah

c. Al-Falaq n. Al-Adiyat

d. Al-Ikhlas o. Al-Zalzalah

e. Al-Kafirun p. Al-Bayyinah

f. Al-Kawthar q. Al;-Qadr

g. Al-Ma’un r. Al-‘Alaq

h. Al-Quraisy s. Al-Tin

i. Al-Fil t. Al-syarh

j. Al-Humazah u. Al-Dhuha

k. Al-‘Asr

III Kefahaman :

Pengertian Al-Quraan

10

Page 11: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Kelebihan membaca Al-QuraanSejarah ringkas al-QuraanMemahami surah-surah berikut secara umum Surah Al-Fatuhah ayat 1 - 7 Surah al-Nas ayat 1-6 Surah al-Falaq ayat 1-5 Surah al-Ikhlas Surah al-Kawthar Surah al-Ma’un ayat 1-7 Surah al-Qadr ayat 1-5 Surah al-Dhuha ayat 1-11

Lihat rajah berikut kemudian ikuti huraiannya:

Rajah 13 : Bidang Asas Ulum Syar’iyah

Perhatikan dengan teliti bidang Asas Ulum Syar’iyah terdapat di dalam rajah di atas, bidang ini terbahagi kepada bidang Akidah, Ibadah dan Sirah.

B Bidang Ulum Syariah . I. Tajuk-tajuk Akidah ialah:

Pengertian Rukun Iman Beriman Kepada Allah Beriman Kepada Maliakat Beriman Kepada Rasul Beriman kepada Kitab-Kitab Beriman kepada Hari Akhirat Beriman kepada Qadak dan Qadar Pengertian Rukun IslamSifat wajib Allah Nama-nama Allah (Asma al-Husna ) yang berikut: Pengertian Dosa dan pahala Pengertian Syirik. Sam’iyyat : Pengertian Perkara-perkara sam’iyyat

II Ibadah

Konsep Ibadah

Bidang Asas Ulum Syar’iyah

Akidah Ibadah Sirah

11

Page 12: 7. Unit1, Unit 2, Panel

PengertianJenis-jenisFardhu Ain dan Fardhu Kifayah Jenis-jenis hukumBersuci : Pengertian Tanggungjawab bersuci Istinjak Bersuci dari najis Bersuci dari hadas TayammumSolat:

Pengertian Solat Fardu Bacaan dalam solat serta

terjemahannya- Takratul Ihram- Surah AlFatihah- iii.Doa Iftitah- Ketika Ruku’- Ketika Iktidal- Ketika Sujud- Ketika duduk antara dua sujud- Tahyatul awal dan akhir- Doa Qunut.

Pelakuan Solat (Rukun Fi’li) dan hikmahnya

Perkara-perkara yang membatal solat Rukun-rukun Syarat-syarat wajib Syarat-syarat sah Sunat Ab’adh dan Hai’ah. Azan dan Iqamah Solat berjamaah Solat Jumaat Ibadah puasa Solat Hari Raya Aidil fitri dan Aidiladha Solat Jenazah

III Sirah :

3.1 Tanda-tanda kenabian 3.16 Tentangan terhadap Rasulullah

12

Page 13: 7. Unit1, Unit 2, Panel

3.2. Salasilah keturunan Nabi 3.17 Israk dan Mikraj3.3 Penyusuan dan Pemelihraan Nabi 3.18 Perjanjian Aqabah3.4 Nabi dibesarkan dan dididik nilai

murni3.19 Hijrah kemadinah

3.5 Kematian bapa dan ibu Nabi 3,20 Pembinaan Masjid pertama3.6 Kematian Datuk 3.21 Persaudaraan Muhajirin dan Ansar3.7 Pemeliharaan Nabi oleh bapa

saudara3.22 Pembentukan Negara Madinah

3.8 Pekerjaan Nabi( Semasa Kecil & Dewasa

3.23 Mempertahankan Madinah

3.9 Pekhawinan Nabi 3.24 Piagam Madinah3.10 Peritiwa Hajarul al-Aswad 3.25 Perjanjian Hudaibiah3.11 Peristiwa di Gua Hira’ 3.26 Pembukaan Kota Mekah3.12 Mukjizat Al-Quraan 3.27 Perkembangan Islam Zaman

Rasul3.13 Dakwah Rasulullah (sulit dan

terang)3.28 Haji Wida’

3.14 Hijrah ke Habsyah 3.29 Kewafatan Rasulullah S.A.W.3.15 Pembesar Mekah terima

Rasulullah

Sebenarnya anda sekarang sedang mengkaji perincian sukatan dalam bidang Ulum Syar’iah mulai dari tahun 1 hingga tahun 6. Syabas dan tahniah !.

C. Bidang Adab dan Akhlak Islamiah

Rajah 16 : Bidang Adab dan Akhlak Islamiah

Anda akan meneliti setiap bahagian yang terdapat dalam rajah 16 satu persatu. Adakah

anda bersedia sekarang!.

a. Adab dalam Kehidupan Harian

Adab dan Akhlak IslamiahAdab dan Akhlak Islamiah

Adab dalam Kehidupan HarianAdab dalam Kehidupan Harian

Adab terhadap Kehidupan SosialAdab terhadap Kehidupan Sosial

Adab Menuntut IlmuAdab Menuntut Ilmu

Adab terhadap ibubapa/keluarga Adab terhadap ibubapa/keluarga

Adab dengan Al-QuranAdab dengan Al-Quran

13

Page 14: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Dalam bahagian ini anda akan didedahkan mengenai perkara

berikut :

3.1.1 Adab Makan Minum 3.1.7 Adab berkenderaan

3.1.2 Adab Qada Hajat 3.1.8 Adab masuk dan keluar rumah

3.1.3 Adab tidur dan bangun

tidur

3.1.9 Adab menghidang makan dan

minuman

3.1.4 Adab mandi dan bersugi 3.1.10 Adab berjalan

3.1.5 Adab berwuduk 3.1.11 Adab bertanya

3.1.6 Adab berpakaian 3.1.12 Adab mengurus diri

b. Adab terhadap Ibu Bapa dan Keluarga

Adab bercakap dengan ibu bapaAdab menolong ibu bapaAdab bergaul dengan keluarga

c. Adab dalam kehidupan Bersosial

3.2.1 Adab bergaul dengan rakan

3.2.12 Adab berkumpul

3.2.2 Adab di masjid dan surau

3.2.13 Adab berjual beli

3.2.3 Adab bercakap dengan rakan

3.2.14 Adab bekerja

3.2.4 Adab melayan tetamu

3.2.15 Adab menziarah jiran

3.2.5 Adab menziarah orang sakit

3.2.16 Adab ketika bermaian

3.2.6 Adab menziarah rakan

3.2.17 Adab terhadap tempat dan harta benda awam

3.2.7 Adab menziarah orang tua

3.2.18 Adab kecintaan kepada Negara

3.2.8 Adab dengan orang tua

3.2.19 Adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar

3.2.9 Adab menziarah jenazah kubur

3.2.20 Adab rehlah

3.2.10 Adab makan di majlis keramaian

3.2.21 Adab manusia dan makhluk lain

3.2.11 Adab berjiran 3.2.22 Adab dengan pemimpin

d. Adab Menuntut Ilmu

i. Adab bercakap dengan guruii. Adab ke sekolahiii. Adab Belajariv. Adab semasa di sekolah

14

Page 15: 7. Unit1, Unit 2, Panel

v. Adab berhujahvi. Adab menolong guruvii. Adab menjaga harta benda sekolah

e. Adab dengan Al-Quraan

3.5.1 Adab membawa dan menyimpan Al-Quraan3.5.2 Adab membaca Al-Quraan

2. Pelajaran Jawi

a. Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi tunggalb. Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi sambungc.Mengenal , menyebut dan menulis suku kata terbukad. Mengenal , menyebut dan menulis suku kata tertutupe. Membaca dan menulis rangkai kata dan ayatf. Mengenal , membaca dan menulis perkataan pinjamang. Mengenal , membaca dan menulis perkataan berimbuhan

dan ayat pendekh. Menggunakan tanda bacai. Membaca pelbagai jenis teks bacaanj. Menulis pelbagai jenis teksk.Mengenal dan menulis khat Nasakh dan Rik’ah.

Latihan

i) Berpandukan kepada Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Tahun 1 – 6 bagi tahun 2002, anda dikehendaki mencerakinkan semula agihan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Mulai Tahun 1 hingga Tahun Enam mengikut bidang-bidang yang ditentukan.

ii) Setelah anda mencerakinkan matapelajaran pendidikan Islam tersebut, sekarang anda dikehendaki membina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut bidang mata pelajaran tersebut.

Rumusan

Kurikulum pendidikan Islam adalah bermatlamat untuk mencapai keberkesanan dari segi penghayatan dan aplikasi, berfungsi sebagai benteng keagamaan dan amalan nilai-nilai budaya bangsa. Oleh itu, setiap bakal pendidik hendaklah memahami dengan jelas tentang Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah kerana ia merupakan asas utama sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dengan pemahaman ini guru akan lebih mudah merancang pengajaran mereka serta dapat menghurai setiap tajuk yang dicadangkan. Huraian sukatan pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembang dan memperjelas maksud serta kehendak sukatan pelajaran. Sukatan ini mempunyai institusi yang tinggi yang hampir setara dengan sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran perlu difahami

15

Page 16: 7. Unit1, Unit 2, Panel

bersama-sama dengan huraian sukatan pelajaran. Penguasaan terhadap segala yang terkandung dalam huraian sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid.

Mengkaji dan meneliti Sukatan Pelajaran adalah amat mustahak sebelum guru memulakan tugasan dibilik darjah, pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan kepada sukatan Pelajaran, melalui sukatan pelajaran pelajar dapat menimba ilmu dan kemahiran.

1.1.3 Penggunaan Buku Teks

Buku teks Pendidikan Islam terbaru dibina berdasarkan ‘ semakan Semula KBSR . Ianya telah melalui proses pemerakuan yang tertentu diperingkat Kementerian. Isi kandungannya memenuhi dan menepati kehendak sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

Ciri-ciri semakan kepada buku teks ialah untuk menampilkan buku teks sebagai agen perubahan yang berkemampuan untuk membantu memberikan prospek baru dlam penerokaa, penguasaan kemahiran baru dan terkini, progresif, dinamik dan seimbang yang dapat dinikmati oleh anak dididk kita. Seterusnya dapat membantu dalam menyediakan guna tenaga Negara dan peningkatan kualiti pendidikan.

Buku teks merupakan satu wadah penulisan yang mengandungi fakta, pengetahuan dan maklumat lain yang diperlukan untuk membentuk minda pelajar. Ianya tidak hanya berfokus kepada aspek peperiksaan sahaja tetapi lebih dari iru. Penggunaaan bahasa yang ringkasa dan padat, disamping ilustrasi yang menarik diharap dapat merangsang minda pelajar menghayati matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum anda teruskan, dapatkan dulu Buku Teks Pendidikan Islam KBSR ( Semakan), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Semakan KBSR Pendidikan Islam

Buku Teks Pendidikan Islam Tahun Satu mengandungi dua jilid. Jilid Satu untuk ‘ Asuhan Tilawah Al Quran’ dan ‘Pelajaran Jawi’ dan Jilid Dua “Bidang Asas Ulum Syariyyah’ dan “Adab dan Akhlak Islamiah’Setiap tajuk dalam buku teks dipecahkan kepada aspek-aspek berikut :

Tajuk Matlamat Isi Pengajran Pembelajaran Akitiviti Pengajran dan Pembelajaran Cuba jaya Penghayatan

Dapatkan buku teks yang lama dan buat perbandingan dengan buku teks terkini.

16

Page 17: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan

i. Cuba semak buku teks yang lama dan yang baru. Buat perbandingan.

ii. Dapatkan maklumat dari pelajar mengenai perasaan mereka apabila menggunakan buku teks. Tentu ada pro dan kontranya. Bincangkan.

iii. Senaraikan 10 aktiviti yang difikirkan menarik dan menyeronokkan murid yang oleh diperolehi di dalam buku teks

Tahniah ! kerana anda telah menyelesaikan tugasan dengan baik sekali. Simpan dokumen latihan anda dengan sempurna.

Rumusan

Buku teks sangat membantu anda dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ilustrasinya yang menarik dan aktiviti berpusatkan murid akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas anda ‘hidup dan menyeronokkan’ . ia perlu dijadikan sebagai sumber rujukan utama murid. Kita hendaklah menanamkan kepada pelajar mengenai kepentingan mengguna dan memelihara buku teks. Pendekatan Buku Teks Semakan Semula diharapkan menjadi rujukan terkini pelajar. Isu pelajar sering mendapatkan sumber dari buku tambahan luar lebih dari buku teks seharusnya dapat diatasi.

1.1.4 Penggunaan Buku Panduan Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Pelajar sekelian!

Bagi memastikan hasrat dan tujuan pendidikan dapat dicapai sepenuhnya, Kementerian Pendidikan telah menyediakan bahan asas seperti Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran. Buku ini disediakan secara berasingan bagi setiap bidang di mana ianya mencadangkan butur-butir terperinci bagi membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran .

Sebenarnya terdapat beberapa lagi dokumen yang dibina bersesuian dengan kurikulum semakan Pendidikan Islam 2002. Dokumen tersebut :

Sukatan Pelajaran ( sudah pun diterangkan di unit 1.1.1 ) Huraian Sukatan Pelajaran ( sudah diterangkan di unit 1.1.2 ) Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Buku Penilaian Kendalian Sekolah Rendah Buku Penilaian Kendalian Sekolah Menengah Buku Panduan Asas Fardu Ain Buku Panduan Jawi Buku Panduan Penilaian Al Quran Buku Panduan Amali Buku Panduan Pengurusan Panitia

17

Page 18: 7. Unit1, Unit 2, Panel

(Anda boleh dapatkan naskhah buku-buku di atas dari panitia sekolah atau di Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri ).Buku-Buku Panduan ini mengandungi pelbagai contoh kaedah pengajran dan pembelajran dan contoh Rancangan Mengajar bagi setiap bidang. Ianya dapt memb antu anda sebagai guru dalam memantapkan pengajran dan pembelajran Pendidikan Islam, di samping untuk merangsang daya pemikiran murid anda supaya lebih kreatif, kritis dan inovatif.

Ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam Buku Panduan Guru antaranya ialah:

Wujud pembelajaran yang berkesan dan suasana bilik darjah yang mengembirakan .

Penglibatan murid secara aktif Strategi pengajaran yang merangsangkan perbincangan dan penerokaan Suasana pembelajran kooperatif di mana murid berpeluang melihat diri

mereka sebagai murid yang berkebolehan Kemahiran Berfikir Pengajran Berasaskan kajian Masa Depan (KMD) Pembelajaran secara konstruktivisme Pembelajran secara kontekstual Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Latihan

I. Baca Buku Panduan Guru Pendidikan Islam sepenuhnya. Kemudian senaraikan teknik yang sering anda gunakan yang terdapat dalam buku panduan guru

II. Senaraikan juga teknik yang jarang dan tidak langsung digunakan oleh anda semasa pengajaran namun anda mengetahuinya bahawa ia menarik dan menyeronokkan pelajar

Rumusan

Buku Panduan Guru ialah antara strategi Kementerian Pendidikan bagi memastikan kurikulum dilkasanakan dengan cara yang terbaik dan terkini. Melalui Buku ini pembelajaran akan menjadi lebih ceria dan menyeronokkan. Setiap pendidik hendaklah merealisasikan Buku Panduan Guru ini dalam pengajran dan pembelajaran mereka

TAJUK 1.2 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Matlamat

18

Page 19: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Objektif

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah berkebolehan untuk:

1. membaca al-Quran dengan betul,fasih dan bertajwid serta mengamalkan pembacaan dalam kehidupan seharian

2. menghafaz surah-surah terpilih dari juzu’ amma untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;

3. memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya;

4. membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serat menghayati pengajarannya;5. memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan

benteng keagamaan;6. memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ‘ain serta fardu

kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam;7. memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam

rasa kecintaan kepada Baginda;8. memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam

kehidupan seharian; dan 9. membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa

Fokus

Kurikulum standard Pendidikan Islam memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemanrapan asas-asas akidah, ibadah, akhlak dan sirah Rasulullah saw serta kemahiraan jawi. Pada akhir pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah murid mampu memahami, mengamal dan menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian.

Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran

1. Bidang al Quran2. Bidang Hadis 3. Bidang Akidah 4. Bidang Ibadah 5. Bidang Sirah 6. Bidang Adab

19

Page 20: 7. Unit1, Unit 2, Panel

7. Bidang Jawi

Tajuk 1. 3 MEMBINA RANCANGAN PENGAJARAN SEMESTER, MINGGUAN DAN HARIAN

Pelajar-pelajar yang dikasihi!

Sebelum anda memulakan satu-satu sesi pengajaran, anda perlulah menyediakan rancangan pengajaran terlebih dahulu. Ini untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektifnya .

Rancangan pengajaran merupakan komponen yang mesti difahami oleh seorang guru bagi memudah proses pengajaran di bilik darjah berjalan dengan lancar dan tercapai hasil pembelajaran yang dirancang.

Tahukah anda ada tiga jenis rancangan pengajaran. iaitu ; iaitu Rancangan Semester atau Rancangan Tahunan, Rancangan Mingguan dan Rancangan Harian.

Dalam unit ini anda akan didedahkan dengan ketiga-tiga rancangan tersebut satu persatu.

1. Rancangan Semester atau Tahunan.

Dalam Rancangan Semester guru hendaklah membuat perancangan sebanyak 20 minggu bagi semester satu dan 20 minggu bagi semester kedua. Peruntukan waktu bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah ialah 6 (Enam ) waktu seminggu.

Jumlah bidang bagi mata pelajaran Pendidikan Islam berpandukan Sukatan Pelajaran ialah empat, iaitu bidang; Tilawah Al_Quran,Bidang Ulum Syari’ah, Adab dan Akhlaq Islamiah dan Pelajaran Jawi.

Kekerapan seminggu untuk mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah ialah enam waktu . Dua waktu bidang Tilawah, dua waktu bidang Ulum Syar’iyah, satu waktu Bidang Adab dan Akhlak Islamiah serta satu waktu bagi bidang Pelajaran Jawi.

Contoh Kekerapan Waktu

Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Bidang Asuhan Tilawah

A-Quraan Ulum Syar’iyah Jumlah

20

Page 21: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Minggu

Adab &

Akhlak

JAWi

Waktu

semingguBaca

an

Hafazan

Kefahaman

Akidah

Ibadah

Sirah

1 / / / / / / 62 / / / / / / 63 / / / / / / 64 / / / / / / 65 / / / / / / 66 / / / / / / 67 / / / / / / 68 / / / / / / 69 / / / / / / 6

10 / / / / / / 611 / / / / / / 612 / / / / / / 613 / / / / / / 614 / / / / / / 615 / / / / / / 616 / / / / / / 617 / / / / / / 618 / / / / / / 619 / / / / / / 620 / / / / / / 6

Jumlah 20 10 10 13 14 13 20 20 120

Contoh Rancangan Mengajar Semester Pendidikan Islam, Sekolah Rendah

SEMESTER MINGGU BIDANG

TAJUK ISI KEMAHIRAN KAEDAH BBM CATATAN

21

Page 22: 7. Unit1, Unit 2, Panel

P

E

R

T

A

M

A

P

E

R

T

A

M

A

Tilawah Huruf Tunggal

Huruf HijaiyahAlif - Wau

Dapat: Mengecam Mengenal MenyebutHuruf Hijaiyyah

Talaqi MushafahahLatih tubi

Kad HurufCartaGambar

Hafazan Surah Al Fatihah

Surah Al-Fatihah ayat 1-7

Menyebut kalimah Membaca Menghafaz ayat

Latih TubiMendengarTalaqi MushafahahMenyambung bacaan guru

Carta Kalimahdan ayat Surah Kaset

Akidah Rukun Iman

Taarif.Rukun Iman 6 Perkara

MendengarMembacaSoaljawabMenulis

Latih tubiKumpulan IndividuPerbincangan

Kaset NasyidCartaKad Imbasan

Ibadah Istinja’ TaarifDalilAlat

Mengerti TaarifMenyebut dalilMenyenarai alat

PeneranganSimulasimenulis dalil

KadAirTisuKulit kayu

AkhlaqAdab makan/minum

Cara makan/minum

MenyebutMembaca doaMenyenarai

Sumbang-saranSimulasi

Perbincangan

GambarMakananAirGelas

Jawi Huruf Jawi tunggal

Huruf Alif Sampai huruf Ya’

MenyebutMemberi contohmenghafaz

Soal jawabHafazanMeneka silangkata

Kad hurufKasetGambar

Contoh Rancangan Pengajaran MingguanPendidikan IslamSekolah Rendah

22

Page 23: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Rancangan Mengajar MingguPendidikan Islam

Sekolah Rendah Kebangsaan Penarik, Setiu

Minggu 1Tarikh : 5 Jan – 9 Jan 2003

Tarikh / Hari Masa Tahun Pelajaran/

BidangTajuk Catatan

5.1.2003(Ahad)

7.45- 8.201

Bestari TilawahHuruf Tunggal

35 minit

9.45-10.201

Bestari HafazanSurah

Al-Fatihah35 Minit

6.1.2003(Isnin)

11.00-11.35 1Bestari Akidah Rukun Iman 35 minit

7.1.2003(selasa) 7.45-8.20

1Bestari Ibadah Istinja’ 35 Minit

8.1.2003(Rabu)

9.45-10.20 1Bestari

Akhlak Adab Makan/Minum 35 minit

9.1.2003(Khamis)

12.00-12.35 1Bestari

Jawi Huruf Jawi Tunggal

35 Minit

LAMPIRAN 1

PERSEDIAAN MENGAJAR HARIANBUKU IQRA’ 2

Persediaan Mengajar Harian

23

Page 24: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Mata Pelajaran : Asuhan Tilawah Al-Quran

Kelas : 1 Cempaka

Tarikh :

Masa : 10.30-11.00 pg.

Bilangan Murid : 30 orang

Tajuk : Bacaan panjang pendek

Buku Iqra’ 2 ms 25

Kemahiran : Membaca dengan fasih dan bertajwid

PENGETAHUAN SEDIA ADA:

1. Murid telah belajar buku Iqra’2 ms 24 sebelum ini.

HASIL PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Membezakan huruf-huruf hijaiyah yang dibaca panjang dan pendek.

2. Membaca panjang dan pendek pada kalimah-kalimah dalam buku Iqra’ 2 ms 25

dengan betul.

KEMAHIRAN BERFIKIR;

1. Banding beza.

2. Membuat generalisasi.

PENERAPAN NILAI:

1. Menyedari penting bacaan al-Quran bertajwid

2. Menanamkan rasa suka membaca al-Quran.

BAHAN BANTU MENGAJAR:

1. Kad perkataan2. Pita rakaman

Langkah/Masa Isi Aktiviti P&P Catatan/Alat

Pendahuluan (2 minit)

Bacaan Doa

الخ علينا افتح اللهم Ketua kelas membaca doa diikuti oleh murid-murid lain

24

Page 25: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Langkah/Masa Isi Aktiviti P&P Catatan/Alat

Set Induksi (3 minit)

Lagu”Kami anak Malaysia”Oleh DR Sam Rasputin

كا مليسيا" انق مي "

Guru meminta murid bersama-sama menyanyi lagu dengan menekankan pada suku kata Ka dibaca panjang.

Guru menerangkan setiap huruf hijaiyah selepasnya ada alif hendaklah dibaca panjang.

Guru mengaitkan huraian di atas dengan tajuk pelajaran.

Kad perkataan

Langkah 1 (7 minit)

Bacaan beberapa kalimah yang mengandungi huruf Hijaiyah panjang dan pendek diambil dari buku Iqra’ 2 ms 25.

��ا �ت� ث �ات� ب �ب ث�ا �ات �ب ث

Guru menerangkan fungsi huruf hijaiyah (ا ) selepas baris atas bacaannya dipanjangkan dengan kadar 2 harakat. Contoh:

�ا ) (ث

Guru menunjukkan cara bacaan panjang dengan diikuti murid-murid.

Guru menunjukkan perbezaan cara bacaan panjang dan pendek dengan diikuti murid-murid

Guru meminta beberapa orang murid membaca contoh bacaan panjang dan pendek.

Kad perkataan

Langkah 2 (10 minit)

Buku Iqra’ 2, ms 25.

�ت� �اب �ات� ث �ب ث –

��ح�ب� �ل� ال ض�ال

Guru meminta murid-murid membaca teks yang terdiri dari kalimah-kalimah yang mengandungi huruf-huruf hijaiyah bacaan panjang dan pendek secara kelas, kumpulan dan individu dengan fasih dan bertajwid sementara guru memperbetulkan bacaan yang salah.

Guru meminta 3 orang murid membaca semula teks kalimah yang mengandungi huruf-huruf hijaiyah bacaan panjang dan

Buku Iqra’ 2

25

Page 26: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Langkah/Masa Isi Aktiviti P&P Catatan/Alat

pendek.

Pengayaan/ Pemulihan (5 minit)

Pengayaan Latih tubi bacaan

panjang pendek berlagu

�ان� �ان� ن �ن �ان ن �ن�� �نا �ا �نن �ن ن �ان� �ن ن

Pemulihan Latihtubi bacaan

panjang pendek dan memperbetulkan bacaan (makhraj huruf)

Guru meminta murid-murid yang menguasai buku Iqra’ 2 ms 25 menyanyikan kalimah yang mengandungi huruf-huruf hijaiyah panjang pendek mengikut kaset.

Bagi kumpulan murid yangmasih belum menguasai ms 25 ini guru menjalankan pemulihan dengan latih tubi.

Pita rakaman

Kad perkataan

Penutup(3 minit)

Bacaan teks huruf hijaiyah (panjang pendek)

Guru meminta semua murid membaca buku Iqra’ 2 ms 25.

Guru meminta seorang murid yang paling bagus bacaanya membaca Buku Iqra’ 2 ms 25.

Buku Iqra’ 2

PERSEDIAAN MENGAJAR HARIANULUM AL-SYARIAH

26

Page 27: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Persediaan Mengajar Harian

Mata Pelajaran : Asas Ulum Syariah (Ibadah)

Kelas : 4 Cempaka

Tarikh :

Masa : 10.30-11.00 pg.

Bilangan Murid : 30 orang

Tajuk : Cara menyucikan najis

Kemahiran : Mempelajari dan memahami cara menyucikan najis.

PENGETAHUAN SEDIA ADA:

1. Murid-murid telah mengetahui serba sedikit mengenai najis melalui pendidikan

ibu bapa di rumah dan guru di sekolah.

2. Murid-murid pernah melihat ibu mencuci pakaian yang kotor di rumah.

HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Memberi maksud bersuci daripada najis dan hadath.

2. Menyenaraikan jenis-jenis najis.

3. Menerangkan cara-cara menyucikan najis mughallazah, mutawassitah dan

mukhaffafah.

KEMAHIRAN BERFIKIR:

1. Menyusun atur

2. Membanding beza

3. Merumuskan / meringkas

PENERAPAN NILAI:

1. Sentiasa mengamalkan kebersihan rohani dan jasmani.

BAHAN BANTU MENGAJAR:

1. Nota lagu

2. Papan gulung

Langkah/Masa Isi Aktiviti P&P Catatan/Alat

27

Page 28: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Pendahuluan(2 minit)

Bacaan Doa

....علينا افتح اللهمالخ

Ketua kelas membaca doa diikuti oleh murid-murid lain

Set Induksi (3 minit)

Gambar kanak-kanak bermain bola di dalam hujan.

Guru menunjukkan gambar beberapa orang yang bermain bola dan pakaian mereka berlumpur.

Soalan;Dengan berpakaian yang berlumpur adakah sembahyang mereka sah?

Berdasarkan beberapa jawapan murid, guru mengaitkannya dengan tajuk pelajaran.

Gambar

Langkah 1 (5 minit)

Pengertian bersuci daripada najis dan hadath ialah:Menghilangkan najis dan kekotoran dari tubuh badan, pakaian dan tempat, yang mengharuskan ia melakukan ibadah tertentu.

Guru meminta 3 orang murid menyatakan apa yang mereka faham tentang bersuci

Guru menerangkan pengertian bersuci dari najis dan hadath

Guru meminta 5 orang murid memberikan maksud bersuci menggunakan ayat sendiri.

Papan gulung

Langkah 2 (8 minit)

LaguNajis mughallazah atau najis berat,Anjing, babi dan keturunankeduanya,Pertama hilangkan ‘ain najis,Basuh sebanyak tujuh kali,Sekali air bercampur tanah,Enam kali air biasa.

Najis pertengahan, najis mutawassitah,Darah, nanah, muntah, tahi, kencing dan lain-lain,Pertama hilangkan ‘ain najis,

.Guru meminta murid menyanyi bersama-sama sebanyak dua kali mengikut rentak lagu “Rasa sayang-sayang hei”

Guru membahagikan murid dalam enam kumpulan dan meminta mereka menyenaraikan jenis-jenis najis berdasarkan lirik lagu.

Kumpulan 3 dan 5 diminta membentangkan hasil dapatan mereka, sementara

Nota laguKertas mahjung

28

Page 29: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Basuh dengan air biasa,Hilang bau, warna dan rasa,Baru mengikut kehendak syarak.

Najis mukhaffafah kencing bayi lelaki,Bawah dua tahun hanya menyusu ibu,Pertama hilangkan ‘ain najis,Renjis dengan air biasa,Ia hanya najis yang ringan,Sudah mengikut kehendak syarak.

Lagu :Rasa Sayang Hei

kumpulan lain diberi peluang membuat teguran.

Langkah 3 (8 minit)

LaguNajis mughallazah atau najis berat,Anjing, babi dan keturunankeduanya,Pertama hilangkan ‘ain najis,Basuh sebanyak tujuh kali,Sekali air bercampur tanah,Enam kali air biasa.

Najis pertengahan, najis mutawassitah,Darah, nanah, muntah, tahi, kencing dan lain-lain,Pertama hilangkan ‘ain najis,Basuh dengan air biasa,Hilang bau, warna dan rasa,Baru mengikut kehendak syarak.

Najis mukhaffafah kencing bayi lelaki,Bawah dua tahun hanya menyusu ibu,Pertama hilangkan ‘ain najis,Renjis dengan air biasa,Ia hanya najis yang ringan,

Sudah mengikut kehendak syarak.

Lagu: Rasa Sayang Hei

Guru meminta murid dalam kumpulan yang sama menyenaraikan cara-cara menyucikan najis:

Kumpulan 1 & 2 najis mughallazah

Kumpulan 3 & 4 najis mutawassitah

Kumpulan 5 & 6 najis mukhaffafah

Guru meminta wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan dan membetulkan jika terdapat sebarang kesalahan.

Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu menyucikan najis mengikut tugasan masing-masing.

Nota laguKertas mahjung

29

Page 30: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Pengayaan/ Pemulihan(2 minit)

Pengayaan Akibat tidak bersuci

daripada najis dalam ibadah dan kehidupan harian

Guru bersoal jawab dan menerangkan kepada murid-murid akibat tidak bersuci dalam:

Ibadah Kehidupan harian

Penutup(2 minit)

Lagu:Jenis najis dan cara menyucikannya

Guru meminta tiga orang murid menerangkan jenis-jenis najis dan cara menyucikannya.

Guru dan murid menyanyi bersama-sama lagu di atas.

Ulasan kendiri

Ulasan Pembimbing / Penyelia

30

Page 31: 7. Unit1, Unit 2, Panel

CONT0H RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 1 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam

Kelas : Tahun 1 Budiman

Tarikh : 17 Januari 2012 / 23 Safar 1433H

Masa : 8.30 hingga 9.30 pagi

Bilangan Murid : 10 orang (Lelaki : 6, Perempuan :4)

Bidang : Jawi

Standard Kandungan : 6.1 Mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf jawi tunggal.

Standard Pembelajaran : 6.1.1 Mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf jawi tunggal dengan betul

Isi Pelajaran : Huruf-huruf Jawi tunggal ( Ώ dan Ε )

Objektif : Murid-murid dapat ;

: Mengenal dan menyebut huruf Ώ dan Ε dengan betul melalui bimbingan guru.

: Mengecam dan membezakan Ώ dan Ε dengan betul setelah aktiviti permainan bowling

: Menulis huruf Ώ dan Ε mengikut kaedah yang betul selepas melakukan aktiviti melakar dan membentuk huruf.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid telah mempelajari huruf pada pelajaran yang lepas.

Kemahiran Berfikir : Banding beza huruf Ώ dan Ε Gabungjalin : Al-Quran – persamaan bunyi dengan huruf Ώ berbaris atas Penerapan Ilmu : PJK – Latihan psikomotor kasar melalui permainan bowling dan Latihan psikomotor halus melalui peembentukan huruf menggunakan

plastersin Penerapan Nilai : Berusaha dan bersungguh-sungguh , mencintai tulisan jawi Bahan Bantu Mengajar : 1. Filem Bujang Lapok 2. Kad Imbasan Huruf Jawi 3. Permainan Bowling 4. Pelastersin

31

Page 32: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Langkah Pengajaran/

MasaIsi Standard Kandungan

Aktiviti StandardPengajaran Pembelajaran Catatan

Muqaddimah( 3 Minit)

Bacaan Doa :

% م %س& ح&م�ن% الله% ب الر*

% ح%يم الر**له,م* �ل �ح& "ا �ا اف&ت &ن �ي ع�ل

�ك� &م�ت ر ح%ك &ش, �ا و�ان �ين ع�ل%ن% م%ن ائ %ك� خ�ز� ح&م�ت ر�

�ا ح�م� ي ر&� ". أ ح%م%ين� الر*شهادة: نءباخا

ه�د, �ش& �ن "ا � أ �ه� ال �ل * إ %ال إه�د, الله� �ش& �ن* و�أ أ

س,ول, م,ح�م*د< الله ر*

- Seorang murid diminta oleh guru mengetuai bacaan doa.

- Murid-murid lain diminta mengikut bacaan doa bersama-sama/ mengaminkan bacaan doa.

- Semua murid-murid melafazkan kalimah Syahadah bersama-sama

Set Induksi(5 minit)

Filem Bujang Lapok

Soalan :1. Siapa tahu nama cerita ini?2. Di manakah mereka belajar ?3. Sebutkan apa yang sedang mereka pelajari?

- Murid diarahkan menonton tayangan filem Bujang Lapok.

- Sumbang saran antara guru dengan murid mengenai tayangan filem tersebut.

- Murid menjawab soalan guru

- Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk pelajaran

- Pelbagai Kecerdasan : Visual

- Kaedah : Sumbangsaran

- ABM : Filem Bujang Lapok

Langkah I(10 minit)

Huruf ب dan ت

- Murid ditunjukkan kad imbasan yang tertera

huruf ب dan ت- Murid-murid

diperkenalkan huruf-huruf tersebut

- Murid-murid diminta menyebut huruf-huruf tersebut berulangkali secara kelas, kumpulan, berpasangan dan individu

- Kaedah : Pandang sebut dan latih tubi

- Rentasan Ilmu : Al-Quran

- ABM : Kad imbasan

32

ب ت

Page 33: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Langkah Pengajaran/

MasaIsi Standard Kandungan

Aktiviti StandardPengajaran Pembelajaran Catatan

Langkah II(10 minit)

Huruf ب dan ت

Soalan :

1. Bagaimana bentuk huruf ب ?

2. Bagaimana bentuk huruf ت ?3. Apakah persamaan antara kedua-dua huruf tersebut?

- Soaljawab di antara guru dan murid mengenai

perbezaan huruf ب dan

ت- Murid mengenalpasti

perbezaan huruf ب dan

.dengan betul ت

- KB : Banding beza- Kaedah : soal

jawab- ABM : Kad

Imbasan

Langkah III(20 minit)

Huruf ب dan ت - Murid dimunta bersedia untuk bermain bowling.

- Murid bermain permainan bowling

- Murid diminta menyebut huruf yang jatuh hasil dari balingan bowling.

- Murid diminta menyatakan perbezaan di

antara huruf ب dan ت

- Gabungjalin : PJK- Kaedah :

Permainan- Pelbagai

Kecerdasan : Kinestetik

- ABM : Bowling

Langkah IV( 7 minit)

Huruf ب dan ت - Murid-murid ditunjukkan

cara menulis Huruf ب

dan ت dengan betul.

- Murid-murid diminta

melakar Huruf ب dan

di udara, di meja dan تdi belakang kawan dengan jari.

- Murid-murid diminta

membentuk Huruf ب

dan ت dengan pelastersin

- Murid menyebut huruf-

- Kemahiran belajar : menulis dengan betul

- Kaedah : tunjuk cara

- Pentaksiran : Latihan menulis

- Penerapan Nilai : Bersungguh-sungguh

33

Page 34: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Langkah Pengajaran/

MasaIsi Standard Kandungan

Aktiviti StandardPengajaran Pembelajaran Catatan

huruf yang dibentuk

- Murid menulis Huruf ب

dan ت dikertas atau buku mengikut kaedah yang betul

-

Penutup(5 minit)

Kognitif

Sosial

Kerja Lanjutan

- Murid diminta menyebut semula huruf-huruf yang telah dipelajari

- Bersoaljawab tentang perbezaan bentuk huruf

- Murid diberi penghargaan di atas usaha untuk belajar

- Murid-murid diingatkan supaya mengulang kaji pelajaran di rumah.

- Menulis semula huruf-huruf yang telah dipelajari hari ini di dalam buku latihan atau lembaran kerja*

- Pentaksiran : Soaljawab

(* Lembaran kerja diedarkan untuk tugasan lanjutan. Murid-murid diingatkan supaya mendapatkan tanda tangan ibubapa setelah selesai membuat tugasan)

Refleksi Kendiri :

Ulasan Pensyarah/ Guru Pembimbing :

34

Page 35: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Latihan:

1. Anda telah melihat dengan jelas contoh rancngan pengajaran Semester, Mingguan dan Harian. Cuba anda buat perbandingan antara rancangan Semester dengan Rancangan Harian berdasarkan kepada Grafik banding beza.

2. Senarai komponen yang perlu ada dalam format Rancngan Mengajar Mingguan dan Rancangan Mengajar Harian.

3. Bina satu Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap, mata pelajaran Ibadah tahun dua berdasarkan sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

4. Cuba anda praktikan Rancangan yang dibina dalam kelas,kemudian buat ulasan kendiri sejAaU mana ianya memberi kesan kepada para pelajar.

Rumusan

Membina Rancangan Pengajaran Semester, MIngguan dan Harian adalah memerlukan pengetahuan yang mendalam dan kemahiran yang tinggi.Pelatih tidak seharusnya melihat rancangan Pengajaran itu satu bebanan tepai itu adalah satu pengalaman yang perlu diperolehi oleh setiap pelatih untuk mendapatkan kemahiran mengajar dibilik darjah.

Ianya bergantung kepada kecekapan dan kemahiran guru mengolah satu-satu rancangan agar apa yang dirancang itu benar-benar-benar dapat dilaksanakan dan mendapat hasil yang baik.Murid akan merasa seronok dan guru akan berjaya menyampaikan pengajaran dan pemebelajaran didalam kelas.

35

Page 36: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan KBSM pada 21 Januari 1994 telah bersetuju supaya murid tahun satu sekolah kebangsaan diberi penekanan Pendidikan al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra` dalam jangka masa 6 bulan mulai sesi persekolahan 1994/1995. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siaran KP.5206/3/60 Jld.3 (4) yang dikeluarkan pada 1 Mac 1994 telah memaklumkan pelaksanaan kaedah Iqra` dalam tilawah al-Quran di sekolah. Dalam jangka masa 6 bulan tersebut murid-murid hendaklah dipastikan dapat menguasai bacaan al-Quran.

Pada tahun 2003 sedikit perubahan dari segi pelaksanaan Jawi dan al-Quran KBSR dan KBSM dilakukan. Mengikut surat siaran (JAPIM) 5206/4/4.1 Jld. 2 (4) bertarikh 3 Januari 2003 telah memaklumkan beberapa mekanisma baru perlaksanaan tersebut antaranya:

Murid tahun satu diberi tumpuan khusus dalam 6 bulan pertama persekolahan. Guru hendaklah memberi tumpuan khusus kepada penguasaan kemahiran menulis dan membaca Jawi dan al-Quran. Selepas 6 bulan guru boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Satu yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.

Dalam tempoh ini juga perkara-perkara yang berkaitan Rukun Iman, Rukun Islam dan Solat hendaklah diajar seperti biasa manakala bahagian Adab dan Akhlak Islamiah diajar secara merentas.

Selepas 6 bulan pertama persekolahan guru hendaklah melaksanakan pemulihan dan pengayaan secara berterusan.

Untuk murid tahun 2 dan seterusnya serta sekolah menengah aktiviti pemulihan dan pengayaan Jawi dan al-Quran dibuat secara berterusan di semua peringkat rendah dan menengah.

Tulisan Jawi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam di peringkat sekolah.

Aktiviti-aktiviti khusus, latih tubi dan kerja rumah serta sebarang bentuk pertandingan dan sebagainya melibatkan tulisan jawi di peringkat bilik darjah dan sekolah dilaksanakan bagi memperkukuh dan meningkatkan penguasaan kemahiran tersebut.

36

1.4 Pelaksanaan Kaedah Iqra’ Tahun Satu

Page 37: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Objektif

Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam dengan mempastikan setiap murid menguasai kemahiran al-Quran dan Jawi terutama di peringkat awal persekolahan.

Murid-murid dapat menguasai bacaan al-Quran dalam masa 6 bulan pertama tahun satu.

Penguasaan bacaan al-Quran melalui kaedah Iqra`, sekaligus membantu murid-murid dapat membaca dan menulis jawi dengan fasih dan betul.

Murid-murid tidak akan rasa dibebani dengan sukatan pelajaran yang berat di peringkat ini.

Program ini disertakan dengan program transisi Pendidikan Islam agar murid-murid tidak menghadapi kejutan budaya.

Panduan ini diharapkan dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam untuk 6 bulan pertama tahun satu mengikut surat siaran yang diedarkan.

Kumpulan Sasaran dan Waktu Pembelajaran

Kumpulan sasaran ialah semua murid tahun satu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan bermula tahun 2003.

Masa yang diperuntukkan dalam waktu pembelajaran seminggu adalah seperti berikut:i. Asas Ulum Syariah ialah 30 minit (1 waktu)ii. Pelajaran Jawi ialah 60 minit (2waktu)iii. Asuhan Tilawah al-Quran (Iqra`) ialah 90 minit (3waktu)

Pelajaran Jawi diajar dengan menggunakan Buku Sayang jawi 1, Buku Sayang Jawi 2 dan Buku Kemahiran Menulis yang disusun mengikut Sukatan Pelajaran Jawi KBSR.

Langkah Pengajaran

Guru mengenalpasti murid di dalam sesuatu kelas dari segi kuantiti, kualiti pencapaian murid dan latar belakang keluarga secara rambang.

Guru hendaklah merangka strategi pengajaran dengan mengenalpasti satu kaedah yang akan digunakan seumpama kaedah berkumpulan atau individu. Jika sekiranya bilangan murid adalah kecil, adalah lebih berkesan digunakan pendekatan pengajaran secara individu. Tetapi sebaliknya jika murid melebihi

37

Page 38: 7. Unit1, Unit 2, Panel

kuantiti yang sewajarnya guru boleh mengenalpasti murid yang mahir untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran boleh berasaskan taburan P&P yang dicadangkan dalam panduan ini.

Penilaian pertama terhadap pencapaian murid hendaklah dilakukan selepas tiga bulan pengajaran dijalankan. Penilaian ini hendaklah menggunakan borang penilaian yang dilampirkan.

Guru mesti membuat analisis pencapaian murid dan seterusnya merangka strategi sehingga tempoh 6 bulan berakhir.

Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam tempoh tersebut, pemulihan mesti dijalankan agar tidak ada pelajar yang cicir.

Selepas tamat tempoh 6 bulan satu lagi bentuk penilaian keseluruhan hendaklah dibuat bagi mengenalpasti semua pelajar dapat membaca al-Quran dengan baik, membaca dan menulis jawi dengan betul dan fasih serta beradab.

Tindakan Susulan

Pemantauan berterusan Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri bagi mempastikan program ini berjalan lancer dan dapat mencapai tahap kejayaan yang diharapkan. Pemantauan ini adalah bertujuan memberi bimbingan kepada guru-guru dan membuat penambahbaikan dari aspek pelaksanaan.

Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri juga dikehendaki menyediakan laporan lengkap yang menunjukkan prestasi guru dan murid serta kekangan-kekangan yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Laporan tersebut hendaklaj dihantar ke Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Guru mestilah menyediakan laporan lengkap prestasi pencapaian murid dalam Tilawah al-Quran, Pelajaran Jawi dan perkembangan lain. Contoh borang maklumat prestasi murid dilampirkan. Laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dan salinan kepada Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri.

Harapan

Mudah-mudahan usaha murni semua pihak termasuk guru akan membuahkan hasil yang diharapkan. Kegigihan guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat diharapkan. Pemantauan JPN juga secara berterusan amat perlu bagi mengesani masalah-masalah seasa pelaksanaan.

38

Page 39: 7. Unit1, Unit 2, Panel

UNIT 2 PENGENALAN KONSEP j-QAF

Para pelajar sekalian…

Di dalam unit 1 modul ini anda telahpun didedahkan dengan berbagai jenis bahan penting yang terdapat di sekolah untuk anda kenali serta fahami. Sungguhpun anda tidak menggunakan bahan-bahan tersebut secara khusus tetapi anda digalakkan menyimpan satu salinan setiap bahan tersebut bagi tujuan rujukan.Selepas ini anda akan diberi pula pendedahan mengenai konsep j-QAF termasuk empat jenis model/modul j-QAF di dalam bidang Fardhu Ain, Al-Quran dan Jawi. Setiap satu model perlu anda kuasai dan fahami dengan mendalam kerana ini merupakan tugas dan tanggungjawab anda sebagai guru j-QAF. Anda merupakan tempat rujukan utama di sekolah di dalam segala aspek berkaitan dengan j-QAF.Sebelum anda mendalami keseluruhan isi kandungan unit 2 ini, eloklah anda melihat dahulu rajah ringkasan isi kandungan unit ini secara sepintas lalu:

39

PERANCANGAN

&

APLIKASI

PERANCANGAN

&

APLIKASI

j-QAFj-QAF

Pengenalan j-QAF

KemBestari Solat

KelasPemulihan Jawi

Page 40: 7. Unit1, Unit 2, Panel

TAJUK 2.1 PENGENALAN j-QAF

Mukadimah Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana menteru menyampaikan ucapan pada perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Keli ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut tentang khatam al-Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati amalan fardhu ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan supaya perkara tersebut dilaksanakan seeberapa segera yang boleh.

Kementerian pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan seminar Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-Qaf) pada 3 hinga 5 Mac 2004. Semiman ini telah bersetuju menerima beberapa model untuk dilaksanakan sebagai projek rintis pada April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara berperingkat-peringkat.

Konsep j-Qafj-Qaf adalah satu projek memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Projek ini dilaksanakan diperingkat persekolahan rendah.

Objektif j-QafSetelah projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua murid yang menganut agama Islam, semasa di sekolah rendah dapati menguasai bacaan dan tulisan jawiii khatam al-Quraniii mempelajari bahasa Arab daniv mantap dan menghayati fardhu ain

Kepentingan j-Qaf

i. Kepentingan JawiJawi telah diajar sebagai komponen Pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 6 bulan pertama di tahun 1. Laporan pemantauan mendapati penguasaan bacaan Jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan

ii. Kepentingan al-QuranAl-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan tilawah al-Quran pada masa ini. Namun tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Qudan. Ia hanya mengutamakan kebolehan membaca sahaja.

40

Page 41: 7. Unit1, Unit 2, Panel

iii. Kepentingan Bahasa ArabStatus Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahaan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya

iv Kepentingan Fardhu AinIbu bapa masih belum berpuas hati dengan pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka dalam Fardhu Ain terutama hal ibadah mendirikan solat.

V Kepentingan Projek j-Qaf pada keseluruhanMasa pengajaran PI Sekolah Rendah pada masa ini ialah 6 waktu, 5 waktu di SJKT dan 4 waktu di SJKC. Peruntukan waktu ini tidak membolehkan aktiviti-aktiviti khatam al-Quran, pemulihan dan pengukuhan Jawi dan latihan amali Fardhu Ain yang mencukupi di laksanakan di sekolah-sekolah. Manakala Bahasa Arab di sekolah- sekolah diajar oleh guru Pendidikan Islam sedia ada. Ini menyukarkan pelaksanaan Bahasa Arab di semua sekolah sekiranya guru Bahasa Arab yang hakiki tidak diwujudkan.

Pelaksanaan j-Qafj-Qaf akan dilaksanakan mulai tahun 2005 secara berperingkat-peringkat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberi maklumat yang lebih lengkap mengenai cara pelaksanaan model-model yang terpilih serta persiapan-persiapan khusus bagi pelaksanaan 2005. Panduan modul yang terkandung di dalam buku ini adalah maklumat awal yang berguna untuk persiapan kearah pelaksanaan sebenar. Ia tidak menggambarkan keadaan sebenar pelakasanaan j-Qaf melainkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil keputusan mengekalkan panduan dan modul yang terkandung dalam buku ini.

41

Setalah membaca topik ini, dengan menggunakan grafik buatkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Islam dengan Kurikulum j-Qaf.

Page 42: 7. Unit1, Unit 2, Panel

2.2 PERANCANGAN DAN PELAKSANAANKEM BESTARI SOLAT j-QAF

Pelajar sekelian,

Seminar Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain ( j-QAF ) Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah berlangsung pada 3 hingga 5 Mac 2004 telah memutuskan supaya Model Bestari Solat dilaksanakan secara rintis bersama model-model projek j-QAF yang lain bagi menguji sejauhmana kelemahan dan kekuatannya. Program Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan Program j-QAF. Kerjasama dan hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa amat penting bagi mempastikan hasrat murni dapat direalisasikan.

Tahukah pelajar apakah maksud ‘Kem Bestari Solat’?

Kem Bestari Solat ialah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

Apakah objektif Kem Bestari Solat diadakan ?

Kem Bestari Solat diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat:

mengetahui kepentingan solat berwuduk dengan sempurna mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu melaksanakan semua perbuatan dalam solat dengan betul menguasai bacaan dan mengaplikasikannya dalam solat dengan betul dan

lancar

42

Murid Tahun 2 di sekolah Projek Rintis dan Semua murid Islam sekolah rendah.

Siapakah yang diwajibkan mengikuti Kem Bestari Solat ?

Page 43: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Pelajar sekelian,Sekiranya anda ditugaskan untuk melaksanakan Kem Bestari Solat di sekolah anda, apakah langkah-langkah yang perlu dibuat anda ambil ?

Bagi memastikan Kem Bestari Solat berjalan dengan lancar , beberapa langkah perlu diambil:

1. Panitia Pendidikan Islam hendaklah menyediakan kertas kerja dan dibentangkan dalam mesyuarat bagi memutuskan perkara-perkara berikut:

Membentuk Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat Menentukan guru layak untuk menjadi fasilitator Menyediakan jadual pelaksanaan aktiviti Kem Bestari Solat Mengagihkan murid-murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat

mengikut kumpulan yang ditentukan. Memberi taklimat kepada fasilitator sebagai panduan tenaga pengajar

dalam Kem Bestari Solat. 2. Program ini dilaksanakan dua kali dalam tempoh setahun. 3. Aktiviti ini dilaksanakan dalam bentuk kursus intensif di luar waktu P & P sama

ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.4. Setiap kem peringkat sekolah tidak melebihi 60 orang murid dan setiap

kumpulan tidak melebihi 10 orang.5. Antara pengisian aktiviti Kem Bestari Solat ini ialah latihan amali wuduk, amali

solat, solat berjemaah, ujian penilaian pra dan pasca program, riadah, pertandingan bacaan dan amali solat.

6. Instrumen penilaian perlu disediakan bagi menentukan tahap kebolehan murid dalam mendirikan solat ( seperti di lampiran 1 )

7. Menyusun pengisian aktiviti kem ( seperti cadangan Jadual Aktiviti Kem Bestari Solat di lampiran 2 )

8. Mengumpul maklumat murid yang tidak tahu solat selepas tamat Kem Bestari Solat

9. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali aktiviti dilaksanakan. ( Seperti di lampiran 3a dan 3b ).

10. Melaporkan rekod pencapaian murid kepada guru yang mengajar, ibu bapa, penjaga, ketua panitia dan guru besar.

11. Borang Catatan Pelaksanaan Solat. ( seperti di lampiran 4 ) Borang Catatan Pelaksanaan Solat diedarkan kepada ibu bapa dan penjaga. Ibu bapa / penjaga hendaklah mencatat pelaksanaan amalan solat murid di rumah selama dua bulan Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah untuk dianalisa. Pihak sekolah akan menyediakan laporan untuk pelaksanaan Kem Kedua.

43

Page 44: 7. Unit1, Unit 2, Panel

12. Kem Bestari Solat Kedua dilaksanakan setelah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Kem Bestari Solat Pertama.

Para pelajar sekelian,

Sebelum melaksanakan Kem Bestari Solat, sebuah jawatankuasa pelaksana perlulah ditubuhkan.(seperti Cadangan Panduan Tugas di lampiran 5 ). Jawatankuasa Pelaksana terdiri daripada : 1. Penaung 2. Penasihat 3. Pengerusi 4. Setiausaha 5. Bendahari 6. Ahli Jawatankuasa : i. Urusetia ii. Pendaftaran dan Penginapan iii. Makanan dan Minuman iv. Keselamatan / Kebajikan / Disiplin v. Dokumentasi / Penilaian vi. Riadhah vii. Kem Komandan viii. Siaraya ix. Warden x. Teknik & Peralatan xi. Sijil dan Hadiah.

7. Kewangan 7.1 Sumber 7.1.1 Peruntukan kewangan khusus 7.1.2 Sumbangan PIBG 7.1.3 Sumbangan swasta dan lain-lain

7.2 Perbelanjaan ( seperti lampiran 6 ) 7.2.1 Penyediaan Bahan ( Kertas Kerja, kertas Edaran, Fail ) 7.2.2 Perbelanjan Runcit 7.2.3 Perbelanjaan makan dan minum 7.2.4 Hadiah galakan

8. Fasilitator

8.1 Guru Pendidikan Islam ( Dalaman / Luaran ) 8.2 Guru-Guru Akademik yang berkebolehan 8.3 Ibubapa / Penjaga yang berkebolehan 8.4 Guru-Guru KAFA 8.5 Pihak lain yang berkelayakan dan dipersetujui oleh pihak pengurusan Sekolah.

44

Page 45: 7. Unit1, Unit 2, Panel

9. Penutup

Program Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan Program j-QAF. Bagi mencapai hasrat murni ini, kerjasama dan hubungan erat pihak sekolah dan ibu bapa amat penting. Mudah-mudahan ia menambah rasa tanggungjawab dan minat murid terhadap perintah Allah s.w.t.

LAMPIRAN 1 (a)

SOALAN UJIAN PENILAIAN PRA KEM BESTARI SOLAT

NAMA : ……………………………………………...

TAHUN : ………………………………………………

TANDAKAN PADA RUANGAN BERKENAAN

Bil Soalan Ya Tidak

1 Saya selalu menunaikan solat fardu.

2 Saya dapat membaca niat solat lima waktu dengan betul.

3 Saya hanya solat pada waktu tertentu sahaja.

4 Saya menunaikan solat jika diarahkan oleh ibu bapa.

5 Saya dapat menghafaz doa iftitah dengan betul.

6 Bacaan al-Fatihah saya sangat baik.

7 Ibu bapa saya tidak pernah memarahi jika saya tidak menunaikan solat fardu.

8 Saya menunaikan solat tanpa membaca surah pendek.

9 Saya membaca tasbih 3 kali ketika rukuk.

10 Ibu bapa saya tidak pernah menyuruh saya solat.

11 Bacaan doa ketika duduk antara dua sujud dapat saya baca.

12 Saya dapat membaca tasbih ketika sujud dengan tertib.

13 Saya dapat membaca doa Qunut dengan bacaan yang baik.

14 Bacaan Tahiyyat Awal saya betul.

45

Page 46: 7. Unit1, Unit 2, Panel

15 Saya tidak dapat menghabiskan bacaan Tahiyyat Akhir.

LAMPIRAN 1 (b)

UJIAN LISAN PASCA KEM BESTARI SOLAT

NAMA : ………………………........................ SKOR : ………….…

TAHUN : ………………………………………..

1. Sila sebut lafaz niat solat fardu berikut:

a) Solat Subuhb) Solat Zuhur.c) Solat Asar.d) Solat Maghrib.e) Solat Isyak.

2. Beri erti lafaz-lafaz solat di atas.

a) Solat Subuhb) Solat Zuhur.c) Solat Asar.d) Solat Maghrib.e) Solat Isyak.

3. Sila baca doa iftitah.

4. Sila baca surah al-Fatihah.

5. Sila sebut bacaan ketika rukuk.

6. Sila sebut bacaan ketika iktidal.

7. Sila sebut bacaan ketika sujud.

8. Sila sebut bacaan ketika duduk antara dua sujud.

9. Sila sebut bacaan Tahiyyat awal dan akhir.

46

Page 47: 7. Unit1, Unit 2, Panel

47

Page 48: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Lampiran 2

CADANGAN JADUAL AKTIVITI BESTARI SOLAT MASA

HARI 5.306.30

-7.30

7.00-

8.00

8.00-

10.00

10.00-

10.30

10.30-

12.30

12.30-

2.30

2.30-

4.30

4.30-

5.15

5.15-

6.00

6.00-

7.00

7.00-

9.00

9.00-

10.0010.00

JUMAATPendaftaran & pembahagian

kumpulan

So

lat dan m

inum

taklimatK

em

as diri dan m

akanSolat & kuliah

Maghrib 1LDK 1 M

inum

& T

idur

SABTU

Ke

mas diri &

So

lat Subuh

Ku

liah Subuh

Sa

rapan LDK 2 S

olat da

n min

um

LDK 3

Makan &

solat

LDK 4 RiadahSolat & kuliah

Maghrib 2LDK 5

AHAD LDK 6

Ujian & Penilaian

(Amali Solat)

Majlis Perasmian Penutup

(12.30—1.15)

LDK 1 - Amali Solat Solat Fardhu IsyaLDK 2 - Amali WudhuLDK 3 - Amali Solat Fardhu SubuhLDK 4 - Amali Solat Fardhu ZuhurLDK 5 - Amali Solat Fardhu AsarLDK 6 - Amali Solat Maghrib

* Setiap aktiviti amali wudhu’ dan solat hendaklah dijalankan dalam kumpulan beredasarkan borang senarai semak

48

Page 49: 7. Unit1, Unit 2, Panel

LAMPIRAN 4

REKOD CATATAN PELAKSANAAN SOLAT FARDU

NAMA : …………………………………………………

TAHUN : …………………………………………………

BULAN : …………………………………………………

H/B WAKTU PENGESAHAN IBU / BAPA

SUBUH ZUHUR ‘ASAR MAGHRIB ISYAK123456789

10111213141516171819202122232425262728293031

Pengesahan Guru Pendidikan Islam, Tarikh:…………………………………………… ………………( )

49

Page 50: 7. Unit1, Unit 2, Panel

LAMPIRAN 5

PANDUAN TUGAS JAWATANKUASAKEM BESTARI SOLAT

1. PENGERUSI

Membentuk Jawatankuasa Pelaksana. Mempengerusi dan mengendali mesyuarat pelaksanaan.

2. SETIAUSAHA

Menguruskan surat – menyurat. Menyelaras dan menyelia persiapan Jawatankuasa Program. Membentuk Jawatankuasa Kecil, mencatat dan menyedia minit / keputusan Mesyuarat. Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa. Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program.

3. BENDAHARI

Menyedia anggaran perbelanjaan. Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa. Mengurus / menyelia perolehan dan perbelanjaan. Menyediakan laporan kewangan.

4. URUSETIA

Menentukan perkataan ‘ Backdrop ‘. Menentukan pengerusi majlis. Menentukan fasilitator bertugas pada setiap aktiviti. Mengagihkan kumpulan peserta. Menyedia borang-borang.

5. PENDAFTARAN

Menyediakan keperluan pendaftaran

o Meja

o Tempat

o Senarai nama peserta

o Fail Mengedarkan buku program

50

Page 51: 7. Unit1, Unit 2, Panel

6. PENGINAPAN

Menyedia dan menyelia hal-ehwal penginapan peserta, fasilitator serta tetamu

Memberi taklimat penginapan kepada peserta dan semua Jawatankuasa

7. MAKAN DAN MINUM

Membentuk Jawatankuasa Kecil

Menyedia menu kepada peserta, fasilitator dan tetamu.

Menyedia anggaran perbelanjaan makan dan minum.

Menentu tempat, masa dan bentuk jamuan.

Memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi sepanjang program.

Mengurus bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui Bendahari.

8. FASILTATOR DAN PENCERAMAH

Menyedia bahan dan tajuk ceramah yang sesuai.

Membimbing dan memudah cara peserta melaksana aktiviti dan Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ).

9. KESELAMATAN, KEBAJIKAN DAN DISIPLIN

Memberi taklimat kepada peserta sebelum aktiviti bermula.

Menyedia peralatan dan bantuan kecemasan.

Menyedia senarai barangan keperluan peserta.

10. PELAPORAN, DOKUMENTASI DAN PENILAIAN

Mengurus fotografi dan rakaman audio-video.

Menyedia dan menerbitkan laporan penuh aktiviti.

Menyelaras agenda post-mortem program

11. RIADHAH

Menyedia tenaga pembimbing riadhah dan sukan.

Menyelaras aktiviti bersenam dan permainan.

51

Page 52: 7. Unit1, Unit 2, Panel

12. KEM KOMANDEN

Menyelaras dan mengelolakan setiap arahan kepada peserta.

Memastikan program berjalan menepati masa dan jadual.

13. SIARAYA DAN PUBLISITI

Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot.

Menyediakan banner dan sepanduk publisisti.

14. TEKNIK DAN PERALATAN

Menyediakan dan menyusun tempat aktiviti.

Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti.

Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada gangguan.

15. BUKU PROGRAM

Membentuk Jawatankuasa Kecil

Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz.

Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Kerja.

Mendapatkan senarai nama fasilitator dan penceramah.

Memastikan buku program diterbitkan dan diedarkan dengan lancar.

52

Page 53: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Lampiran 6

CADANGAN PERBELANJAAN KEM BESTARI SOLAT

1. Penginapan dan Makan

Urusetia dan Fasilitator

RM30.00 x 2 hari x 15 orang RM900.00

Peserta

RM30.00 x 2 hari x 60 orang RM3,600.00 RM5,400.00

2. Alatan dan Bahan Cetak

RM4.00 x 60 orang RM240.00

3. Hadiah dan Cenderamata

RM7.00 x 60 orang RM420.00

4. Pengangkutan

RM300.00 x 2 buah bas RM600.00

Jumlah kecil RM5,760.00

5. Perbelanjaan Runcit ( 10% ) RM576.00

JUMLAH KESELURUHAN RM6,336.00

53

Page 54: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Lampiran 7

SENARAI ALATAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTAKEM BESTARI SOLAT

1. PAKAIAN

Uniform Sekolah.

Pakaian Harian.

Pakaian Sukan / Riadah.

Kasut.

2. ALATAN SOLAT

Pakaian yang sesuai

Songkok ( L )

Sejadah

Telekong

3. ALATAN MANDI Tuala

Kain Basahan

Sabun

Berus Gigi dan Ubat Gigi

4. ALATAN TIDUR Bantal

Selimut

Tikar / Alas Tidur yang sesuai

5. KEPERLUAN HARIAN Minyak Rambut

Sikat

Bedak

Selipar

54

Page 55: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Ubat ( jika perlu )

LAMPIRAN 8

BORANG MAKLUMAT PESERTAKEM BESTARI SOLATPERINGKAT SEKOLAH

2004

Bil Nama Peserta Tahun Alamat No Telefon

123456789101112131415161718192021222324252627282930

T.T. Guru Besar / Cop Sekolah Tarikh

………………………………….. …………………...

55

Page 56: 7. Unit1, Unit 2, Panel

LAMPIRAN 9(a)

REKOD PENCAPAIAN MURIDKEM BESTARI SOLAT

NAMA : …………………………………………………………..

TAHUN : …………………………………………………………..

TAJUK : WUDUK

BIL PERKARATAHAP PENCAPAIAN

MENGUASAI BELUM MENGUASAI

1 BACAAN BASMALAH (S)2 MEMBASUH DUA TANGAN (S)3 BERKUMUR (S)4 MEMASUKKAN AIR KE HIDUNG (S)5 NIAT WUDUK (R)6 MEMBASUH MUKA (R)7 BASUH DUA TANGAN HINGGA KE

SIKU (R)8 MENYAPU AIR KE KEPALA (R)9 MENYAPU KEDUA-DUA BELAH

TELINGA (S)10 MEMBASUH KEDUA-DUA BELAH

KAKI (R)11 BACAAN DOA LEPAS WUDUK (S)

(R=Rukun) (S=Sunat)

Disahkan oleh,

……………………………………………..( )Guru Besar,

56

Page 57: 7. Unit1, Unit 2, Panel

LAMPIRAN 9(b)

REKOD PENCAPAIAN MURIDKEM BESTARI SOLAT

NAMA : …………………………………………………………..

TAHUN : …………………………………………………………..

TAJUK : SOLAT

BIL PERKARATAHAP PENCAPAIAN

MENGUASAI BELUM MENGUASAI1 NIAT SOLAT SUBUH2 NIAT SOLAT ZUHUR3 NIAT SOLAT ‘ASAR4 NIAT SOLAT MAGHRIB5 NIAT SOLAT SUBUH6 TAKBIRATUL IHRAM (R)7 MEMBACA DOA IFTITAH (S)8 MEMBACA SURAH AL-FATIHAH (R)9 MEMBACA DUA SURAH (S)

10 BACAAN RUKUK (S)11 BACAAN IKTIDAL (S)12 BACAAN SUJUD (S)13 BACAAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD (S)14 BACAAN TAHIYYAT AWAL (S)15 BACAAN TAHIYYAT AKHIR (R)16 SALAM PERTAMA (R)17 SALAM KEDUA (S)18 BACAAN DOA QUNUT (S)19 PERGERAKAN

(R=Rukun) (S=Sunat)

Disahkan oleh,

……………………………………………..( )Guru Besar,

57

Page 58: 7. Unit1, Unit 2, Panel

LAMPIRAN 10

ANALISA CATATAN PELAKSANAAN SOLATKEM BESTARI SOLAT

BULAN : …………………………… BILANGAN MURID : ………….

TARIKH JUMLAH MURID YANG SOLAT CATATA

NSUBUH ZUHUR ‘ASAR MAGHRIB ISYAK123456789

10111213141516171819202122232425262728293031

Disediakan oleh,

…………………………………………………….( )Ketua Panitia,Pendidikan Islam.

58

Page 59: 7. Unit1, Unit 2, Panel

1. PENDAHULUAN

Buku ini bertujuan menjelaskan tentang pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi.

2. TAKRIF

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pemulihan untuk memulihkan murid keciciran dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.

3. OBJEKTIF

Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf tunggal, sukukata terbuka, sukukata tertutup dan perkataan-perkataan mudah yang dibina daripada sukukata terbuka dan sukukata tertutup.

4. KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar kelas ini ialah murid-murid yang tidak dapat melepasi ujian khas iaitu tidak dapat mengenal huruf tunggal atau sukukata terbuka.

5. STRATEGI PELAKSANAAN

5.1 Menubuhkan jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar.

5.2 Jawatankuasa Pelaksana bermesyuarat bagi memutuskan perkara tersebut:

a. Mengenalpasti murid-murid yang keciciran melalui ujian khas atau maklumat daripada guru yang mengajar. Jumlah murid bagi satu kelas pemulihan hendaaklah di antara 6 hingga 10 orang.

b. Penyediaan tempat bagi pelaksanaan kelas pemulihan.c. Penyediaan bahan bantu mengajar.

5.3 Melaksanakan Kelas pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah ditentukan.

5.4 Proses pengajaran dan pembelajaran akan menekankan kaedah permainan dan nyanyian yang menyeronokan.

5.5 Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali kelas dilaksanakan.

2.3 MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI j-QAF

59

Page 60: 7. Unit1, Unit 2, Panel

6. AGIHAN TUGAS

6.1 Guru besar bertanggungjawab;

a. menubuhkan Jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.b. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanakan Kelas Pemulihan jawi.c. memastikan Kelas pemulihan jawi ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.d. memantau pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi

6.2 Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab:

a. bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.b. Bekerjasama dengan guru pemulihan dan guru-guru Pendidikan Islam menyediakan

keperluan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.c. Menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran dan guru pemulihan

6.3 Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab:

a. membuat ujian khas untuk memilih pelajar yang akan mengikuti Kelas Pemulihan Jawi.

b. Meneruskan pengajaran mengikut jadualk persekolahan biasa.

6.4 Guru Pemulihan bertanggungjawab:a. melaksanakan kelas pemulihan jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.b. Merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran dan

pembelajaranc. Melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua Panitia

60

Page 61: 7. Unit1, Unit 2, Panel

7. AGIHAN KEMAHIRAN

Murid yang hendak dipulihkan diberi kemahiran-kemahiran seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR. Berikut dikemukakan contoh agihan kemahiran untuk dua belas waktu pengajaran:

Waktu KemahiranWaktu 1

Memperkenalkan huruf tunggal ح ج ث ت ب ا Waktu 2

Memperkenalkan huruf tunggal ز ر ذ د خ خWaktu 3

Memperkenalkan huruf tunggal ظ ط ض ص ش س Waktu 4

Memperkenalkan huruf tunggal ق ف ف غ غ ع Waktu 5

Memperkenalkan huruf tunggal و ن م ل ض ك Waktu 6

Memperkenalkan huruf tunggal ث ي ء ال ه ؤ Waktu 7

Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ت ب ا Waktu 8

Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf د خ ج Waktu 9

Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf غ س ر Waktu 10

Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ك ف ض

Waktu 11Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ن م ل

Waktu 12Membaca dab menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ث ه

8. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBagi memastikan keberkesanan Kelas Pemulihan Jawi dan bersesuaian dengan kemampuan murid, guru dicadangkan banyak menggunakan kaedah permainan dan nyanyian semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Permainan dan nyanyian yang dicadangkan ialah:8.1 Permainan Bagi Kemahiran Huruf Tunggal:

a. Boling b. Tenteng c. Main kadd. Kereta api

8.2 Permainan Bagi Kemahiran Sukukata:a. Sahibbab. Pancing ikan

8.3 Nyanyian:a. Rasa Sayang Jawi

61

Page 62: 7. Unit1, Unit 2, Panel

b. Eja dan Bacac. Vokal dan Sukukata

8. PENILAIAN

Guru hendaklah melaksanakan penilaian setiap kali kelas dijalankan. Penilaian hendaklah menguji kemahiran membaca dan menulis huruf-huruf dan sukukata-sukukata yang dipelajari. Hasil penilaian hendaklah direkodkan ke dalam Borang Kelompok Penilaian Jawi.

Sila ambil perhatian….

Contoh aktiviti dan huraian bagi tajuk 7 dan 8 terdapat di dalam Buku Panduan Pelaksanaan Model Dan Modul Pengajaran & Pembelajaran keluaran Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. Sila buat rujukan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam dan juga sebagai panduan dalam pelaksanaan program.

62

Page 63: 7. Unit1, Unit 2, Panel

TUTORIAL

1 Meningkatkan penggunaan Buku Teks di kalangan pelajar dan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Buku Teks. Bawa keratan akhbar atau maklumat Internent yang berkaitan untuk perbincangan tutorial

2. Membincangkan Buku Panduan Guru di dalam pengajaran dan pembelajaran . Ciri yang difokuskan di dalam pengajaran dan pembelajaran dan ciri-ciri murid yang dikehendaki

3. Anda dikehendaki berbincang dalam kumpulan kecil 3-5 orang mengenai Rancangan Pengajaran Semester, Mingguan dan Harian berdasarkan contoh yang diberi.

4. Secara kumpulan bina Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap meliputi setiap Bidang Asas Tilawah Al-Quran,Asas Ulum Syar’iyah, Akhlak dan Jawi

5. Jelaskan secara grafik konsep j-QAF

6. Bincangkan dalam kumpulan bagaimana anda merancang pelaksanaan program j-Qaf seperti berikut:

i. Kem Bestari Solatii. Kelas Pemulihan Jawi

7. Bincangkan kesan program pemulihan jawi yang telah anda rancang, nyatakan juga masalah-masalah yang anda hadapi serta langkah mengatasi masalah tersebut.

8. Anda telah pun memahami tentang program Kem Bestari Solat yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bincangkan bersama rakan anda tentang Kepentingan Kem Bestari Solat dalam melahirkan insan yang bertaqwa.

Tindakan…..!

Serah hasil tugasan anda kepada pensyarah pada masa yang ditetapkan.

Soalan-soalan berikut memerlukan anda memahami dengan mendalam tajuk yang dibincangkan….. sediakan nota ringkas sebagai bantuan !

63

Page 64: 7. Unit1, Unit 2, Panel

RUJUKAN

Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997),Shah Alam , Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 ) ( 1997 ) Shah Alam, Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah,( Semester 1 ) ( 1996 ), . Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti, Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan KPLI ( semester 1 ) ( 1999 ), Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd..

Mok Soon Sang , Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan (1994), Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa ( KL ) SDn. Bhd .

Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Kementerian Pendidikan Malaysia,Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka.2002

Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka 2002.

Abdullah Basmih, (1985) Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran Bahagian Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur

Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, (1991) Kursus Qari dan Qariah , Setakan ke 18, Terbitan Pustakan Aman Press , Kota Bharu, Kelantan.

Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997),Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam , Selangor.

Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 ) ( 1997 ), Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.

Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah,( Semester 1 ) ( 1996 ), Penerbit Fajar Bakti, Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.

Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan KPLI ( semester 1 ) ( 1999 ), Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

64

Page 65: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Teks Pendidikan Islam, Tahun 1- 6

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan dan Pengurusan Kurikulum j-QAF (2004).

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. J-QAF: Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan KoKurikulum (2004).

65

Page 66: 7. Unit1, Unit 2, Panel

PANEL PENULIS, PEMURNI DAN PENYEMAK MODUL

EN. ALEAS BIN MOHD ISA (Penyelaras Edisi I)

Bahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

Tel: 03-2507269

Kelulusan:M. Ed. UKM 1999B.A (Hons) Pengajian Islam UKM 1992Sijil Perguruan Lanjutan UKM 1986Sijil Perguruan MPI 1979

Pengalaman Mengajar:13 Tahun (sekolah)4 Tahun (maktab)

PN. HABSAH BT. OMAR

Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit, 21030 Kuala TerengganuTerengganu. Tel: 09- 6663054

Kelulusan:B.A. Hons (Pengajian Islam) UKM 1978M.A Bimbingan Kaunseling UTM 1999Diploma Pendidikan UKM (1978)

Pengalaman Mengajar:12 Tahun (sekolah)13 Tahun (maktab)

EN. SAIFUL BAHRI BIN YAZIZ

Maktab Perguruan Islam, 43650 Bangi, Selangor. Tel: 03-89250352

Kelulusan:B.A. Hons (Pengajian Islam) UKM (1985)Master (Pendidikan) USM (1997)Diploma Pendidikan UM (1989)

Pengalaman Mengajar:6 Tahun (sekolah)10 Tahun (maktab)

EN. ABU HISHAM BIN YUSOF

Maktab Perguruan Islam,43650 Bangi, Selangor. Tel: 03-89250352

Kelulusan:B.A. (Dirasat ) AL-Azhar (1995)Diploma Pendidikan , UIA (1996)

Pengalaman Mengajar:6 Tahun (sekolah)3 Tahun (maktab)

US. OTHMAN BIN LOMAN (Penyelaras Edisi Ke II)

Institut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pelajaran MalaysiaCyberjaya

Kelulusan:B.A (Hons) Pengajian Islam( Al-Quran dan As-Sunnah) UKM.Sijil Perguruan Khas( Al-Qiraat dan Tarannum) MPISijil Perguruan Asas SR MPI

66

Page 67: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Pengalaman :Penolong Pengarah Unit Kuriulum BPG 2 Tahun.Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik IPGM 2 Tahun5 tahun (IPG Kampus)18 tahun(Sekolah)

PN. FAZLULAINI BT. MOHD YUNUS

Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran MalaysiaAras 1, Enterprise Building 3Cyberjaya.

Kelulusan:M.Ed. UM (2006)Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) UTM (2003)

Pengalaman Mengajar:6Tahun (Sekolah)2 Tahun (BPG)4 Bulan (IPGM)

HJ. ALEAS BIN MD ISA

IPGM Kampus Pendidikan Teknik56000 Kuala Lumpur

Tel: 0391318058

Kelulusan:M. Ed. UKM 1999B.A (Hons) Pengajian Islam UKM 1992Sijil Perguruan Lanjutan UKM 1986Sijil Perguruan MPI 1979

Pengalaman Mengajar:14 Tahun (sekolah)4 Tahun (maktab)

HJ. SAIFUL BAHRI BIN YAZIZ

IPGM Kampus Pendidikan Teknik56000 Kuala Lumpur

Tel: 0391318058

Kelulusan:B.A. Hons (Pengajian Islam) UKM (1985)Master (Pendidikan) USM (1997)Diploma Pendidikan UM (1989)

Pengalaman Mengajar:6 Tahun (sekolah)10 Tahun (maktab)

67

Page 68: 7. Unit1, Unit 2, Panel

EN. FARIDON BIN BAHARIN

IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor43650 Bangi, Selangor.

Kelulusan:B.A Syariah (Hons) UMKPLI (Pend.Islam) MPISarjana (Pentadbiran Pendidikan) UM

Pengalaman:

PN. FADZILAH BT. MUSTAPA

IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor43650 Bangi, Selangor.

Kelulusan:BA Usuluddin (Hons) UMKPLI (Pendidikan Islam) UIA

Pengalaman:

PN. SHAMSINA BT. SHAMSUDDIN

IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor43650 Bangi, Selangor.

Kelulusan:BA Pengajian Islam UKMSarjana Pendidikan

Pengalaman:

DR. MAIMON BT. HJ.DAUD

IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor43650 Bangi, Selangor.

Kelulusan:B. Is. Ed (Hons) UM (1988)Sarjana Pengajian Islam UKM (2003)Doktor Falsafah Pengajian Islam UKM (2010)

Pengalaman:

68

Page 69: 7. Unit1, Unit 2, Panel

LAMPIRAN

SILA GUNAKAN ICON-ICON BERIKUT BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Buatkan ujikaji.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

69

Page 70: 7. Unit1, Unit 2, Panel

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.

Senarai penerangan makna ba gi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

70

Page 71: 7. Unit1, Unit 2, Panel

71